Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

6
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 1 Prosedur Penghasilan & Penilaian Kerja Kursus Seni Visual STPM Oleh: Hassan Mohd Ghazali [email protected] Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengenalan Kertas 970/3 adalah merupakan kertas penghasilan karya untuk calon sekolah yang mengambil mata pelajaran Seni Visual di peringkat STPM. Kertas ini menguji kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Melalui bimbingan guru seni visual, calon akan melaksanakan projek berdasarkan pemilihan soalan yang telah dihantar oleh MPM pada awal Januari. Sepanjang lapan bulan (Februari hingga September)calon yang dibimbing oleh guru seni visual membuat projek yang dipilih berdasarkan soalan dari MPM. Aspek penting yang diberi penekanan ialah aspek penerokan idea, penghasilan karya @ produk dan pendokumentasian projek. Oleh yang demikian pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini perlu dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Kertas ini akan dinilai secara pendekatan pengujian authentic. Justru itu hasil kerja portfolio dan hasil karya perlulah memenuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Beberapa perkara asas perlu dihalusi oleh guru pembimbing sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan karya antaranya: 1. Arahan Kertas Soalan 2. Tanggungjawab Guru Seni Visual 3. Tanggungjawab Pengetua 4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya 5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya. Prosedur penghasilan Secara umum kertas ini adalah dibuat secara amali di sekolah, oleh itu keakraban antara calon (pelajar) dan guru seni visual (Pembimbing) adalah perkara yang sangat penting. Bagi calon, mereka sangat mengharapkan guru pembimbing membantu mereka dari aspek teori dan amali pengajaran seni visual. Sebenarnya kertas penghasilan karya seni visual STPM memerlukan pelajar atau calon berpengetahuan dan berkemahiran dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Tanpa ketiga-tiga domin ini, portfolio dan penghasilan tidak dapat dilakukan dengan baik. Sebagai contoh, soalan Nombor 1 (Pengkaryaan). Soalan tersebut berkehendakkan calon menghasilkan karya bertemakan ‘Gelombang’. Aspek kognitif: calon perlu mencari sumber maklumat mengenai gelombang, samada melalui pembacaan, pencarian maklumat dari internet,

Transcript of Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Page 1: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 1

Prosedur Penghasilan & Penilaian Kerja Kursus Seni Visual STPM

Oleh:

Hassan Mohd Ghazali

[email protected]

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengenalan

Kertas 970/3 adalah merupakan kertas penghasilan karya untuk calon

sekolah yang mengambil mata pelajaran Seni Visual di peringkat STPM.

Kertas ini menguji kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni

visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Melalui bimbingan guru

seni visual, calon akan melaksanakan projek berdasarkan pemilihan soalan

yang telah dihantar oleh MPM pada awal Januari. Sepanjang lapan bulan

(Februari hingga September)calon yang dibimbing oleh guru seni visual

membuat projek yang dipilih berdasarkan soalan dari MPM. Aspek penting

yang diberi penekanan ialah aspek penerokan idea, penghasilan karya @

produk dan pendokumentasian projek.

Oleh yang demikian pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini

perlu dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru

pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Kertas ini

akan dinilai secara pendekatan pengujian authentic. Justru itu hasil kerja

portfolio dan hasil karya perlulah memenuhi peraturan yang telah ditetapkan

oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Beberapa perkara asas perlu dihalusi oleh

guru pembimbing sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan

karya antaranya:

1. Arahan Kertas Soalan

2. Tanggungjawab Guru Seni Visual

3. Tanggungjawab Pengetua

4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya

5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya.

Prosedur penghasilan

Secara umum kertas ini adalah dibuat secara amali di sekolah, oleh itu

keakraban antara calon (pelajar) dan guru seni visual (Pembimbing) adalah

perkara yang sangat penting. Bagi calon, mereka sangat mengharapkan

guru pembimbing membantu mereka dari aspek teori dan amali pengajaran

seni visual.

Sebenarnya kertas penghasilan karya seni visual STPM memerlukan

pelajar atau calon berpengetahuan dan berkemahiran dari aspek kognitif,

psikomotor dan afektif. Tanpa ketiga-tiga domin ini, portfolio dan

penghasilan tidak dapat dilakukan dengan baik.

Sebagai contoh, soalan Nombor 1 (Pengkaryaan). Soalan tersebut

berkehendakkan calon menghasilkan karya bertemakan ‘Gelombang’.

Aspek kognitif: calon perlu mencari sumber maklumat mengenai gelombang,

samada melalui pembacaan, pencarian maklumat dari internet,

Page 2: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 2

perbincangan dan sebagainya. Aspek teori dari segi makna dan nilai kreatif

juga perlu dititik beratkan melalui kajian maklumat dan kajian visual. Aspek

Psikomotor (kemahiran): calon perlu mahir tatacara melukis dan membentuk

(Ketukangan) dengan menggunakan media dan teknik bagi menghasilkan

sebuah karya 2D yang bertemakan ‘Gelombang’ tersebut. Aspek Afektif

(Nilai); colon perlu menyiapkan portfolio dan hasil karya dengan kemas dan

kreatif. Persoalannya, aspek pembelajaran seni visual adalah pokok utama

yang perlu ditegaskan sebelum memikirkan aspek-aspek yang lain.

Pengetahuan aspek organisasi penghasilan

Kelaziman berlaku apabila calon menghasilkan karya seni visual akan

memikirkan bagimana cara penghasilan?, apakah bahan yang hendak

digunakan?, dan apakah cara teknik dibuat?. Antara lain yang menjadi

persoalan awal ialah:

1. Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan,

2. Olahan idea dan pengolahan karya,

3. Penentuan bahan dan teknik,

4. Kemasan dan Persembahan.

Sebenarnya, penghasilan sebuah karya seni visual memerlukan banyak

aspek lain yang memerlukan perbincangan antara calon dan guru

pembimbing. Antara lain ialah mengetahui faktor tersirat karya dan faktor

tersurat karya seni visual sebagai cantuman kekuatan berkarya. Antara

perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam penghasilan sebuah

karya ialah:

Faktor tersirat:

i. Nilai estetik (merangkumi niali kreativiti)

ii. Nilai makna

iii. Nilai konteks

iv. Nilai emosi

v. Pengaruh

Faktor tersurat:

i. Media dan teknik

ii. Kemahiran penghasilan

iii. Fungsi

iv. Kemasan

v. Peragaan dan persembahan

Langkah-langkah penghasilan

1. Penghasilan pengkaryaan

Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau

tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja

Page 3: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 3

mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal

proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah

mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang

kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah

penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan.

Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman

bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan

pengkaryaan.

2. Penghasilan Perekaan

Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya

perekaan. Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza

mengikut bidang. Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara

penghasilan dengan bindang reka bentuk. Perbezaan penghasilan

reka bentuk industri pula berbeza dengan reka bentuk persekitaran.

Oleh yang demikian guru seni visual sebagai pembimbing perlu

penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk mastikan cara

bimbingan kepada colon akan berlaku dengan betul. Di sini

ditunjukkan beberapa cara produksi pengurusan yang bersistematik

untuk mendapatkan produk akhir yang baik. Sebagai contoh

ditunjukkan bagimana sebuah firma ‘Flo Design Consultancy’ (Laura

Slack, 2006) mengorganisasikan penghasilkan produknya. Langkah-

langkah penghasilan produknya adalah sebagai satu cara langkah-

langkap proses perekaan yang bersistematik.

PENGGUNA

• Kehendak • Keperluan

Rajah 2 : Disesuaikan dari ‘Flo Creator Model Consultancy’

STAGE 1 STAGE 2 STAGE 3

STAGE 1 PENYELIDIKAN PENYATAAN KONSEP VISUALISASI REALISASI PENGEDARAN

• Keperluan Pelanggan

• Lakaran • Lukisan • Model • 3D

• CAD/3D • Grafik Viktor • Lepaan

• Prototaip • Penilaian

Produk • Produksi

• Promosi • Logistik

TEMA PROSES

PENGWUJUDAN IDEA

PEMETAAN KONSEP KREATIF

PENENTUAN MEDIA DAN

TEKNIK

PROSES GUBAHAN

KEMASAN

PERAGAAN

2D @ 3D • Kemahiran pembuatan • Kemahiran pengunaan

Bahasa Seni Visual

Rajah 1: Proses Penghasilan Pengkaryaan

Page 4: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 4

Namun demikian secara umumnya proses penghasilan perekaan lebih

tertumpu kepada permasalahan sosial dan pengguna. Bertolak dari situ

pereka akan membuat penyelidikan dan mencari maklumat untuk

menyelesaikan melalui reka bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat

atau pengguna. Contoh di atas dapat sedikit sebanyak membantu proses

penghasilan perekaan sebagai menjawab soalan penghasilan perekaan.

Cara umumnya proses reka bentuk reka bentuk industri atau reka bentuk

automobil adalah melalui proses seperti rajah 3.

Dalam bidang reka bentuk grafik, proses penghasilan berbeza sedikit dari

reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran. Antara elemen penting

dalam proses reka bentuk grafik ialah lakaran kenik (Thumbnils) dan Lukisan

Komprehensif sebagai kerja terakhir sebelum proses percetakan. Aspek

kebersihan, kehalusan kerja dan persembahan yang kreatif sangat

dititikberatkan dalam karya komprehensif. Media dan teknik pelukisan dalam

grafik memerlukan kemahiran khusus, dan tidak keterlaluan dikatakan

bahawa proses akhir kerja grafik memerlukan penggunaan perisian grafik

komputer seperti grafik vektor dan grafik bitmap.

FASA 1 Permasalahan

Mengumpul maklumat

FASA 2 Kreatif

Mencari-penyelesaian Mengeluarkan Idea

Visualisasi

FASA 3 Kemungkinan

Dan Pengoptimum

FASA 4 Penyempurnaan

Penilian di peringkat sekolah

PROSES REKA BENTUK

PEREKAAN

PENGESAHAN

PENILAIAN

PENYEMPURNAAN MENSISTESIS

MENGANALISIS

Rajah 3: Fasa Proses Reka Bentuk Perekaan

Page 5: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 5

Perbandingan Pengkaryaan dan Perekaan

Secara umumnya saya membuat perbandingan melalui rajah 5 dan

rajah 6 untuk memberi penjelasan proses penghasilan. Apabila melihat

perbandingan tersebut kita boleh membincangkan bagaimana

perancangan yang bersistematik dapat dilakukan apabila menerima soalan

dari MPM.

TEMA

BAHASA SENI

NILAI ESTETIK

GAYA

TEKNIK BERKARYA

MAKNA

KONTEKS

NILAI KEASLIAN

ASPEK KOMUNIKASI

NILAI KREATIF

PENGARUH

PERAGAAN

Rajah 5: Sebuah Karya Seni (Pengkaryaan)

Rajah 4: Proses Reka Bentuk Grafik (Bob Cotton, 1990)

Proses idea: Mencari maklumat

Proses lakaran kenik sebanyak mungkin

Proses lakaran sebenar dari lakaran

kenik

Proses Komprehensif

Page 6: Seni Visual STPM, Aspek Penghasilan

Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 HASSAN GHAZALI 6

Penutup

Kertas 970/3 merupakan kertas amali untuk calon persekolahan yang

diberi penekanan dalam proses penghasilan karya sepanjang lapan bulan.

Guru pembimbing Seni Visual memainkan peranan penting sebagai

pembimbing dan penilai utama. Aspek teori dan amali perlu diberi

penekanan sepanjang proses dalam penghasilan. Portfolio adalah

merupakan dokomentasi penghasilan karya dan sebagai bahan bukti proses

teori dan amali berjalan dengan baik.

Bibliografi

Amy e. Arntson (2007). Graphic Design Basics, USA: Thomson.

Bob Cotton (1990). The New Guide To Graphic Design, New Jersey: Chartwell Book

Inc.

Laura Slack (2006). What Is Product Design, Singgapore: Page One

Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a Portfolio a

Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.

PERMASALAHAN

BAHASA SENI

KESESUAIAN BAHAN

GAYA ESTETIK

TEKNOLOGI

TEKNIK PRODUKSI

NILAI KETEPATAN

KEASLIAN

ASPEK KOMUNIKASI

NILAI KREATIF

NILAI EKONOMI

PERSEMBAHAN

Rajah 6: Sebuah Produk (Perekaan)