senikini#23

32
23 # DISKUSI BUKU OLEH SASTERAWAN NEGARA DATUK BAHA ZAIN IN-A-BOOK : INTERNATIONAL ART BOOK FAIR MCAT NEGERI DI BAWAH BAYU GARISAN LANDASAN SABAH MELESTARIKAN MINDA DALAM 555 KOREA DAN HEGEMONI AMERIKA SYARIKAT OF TASTE AND FRIVOLITY

description

In-A-Book : International Art Book Fair 2014 oleh Faizal Sidik | Diskusi Buku oleh Sasterawan Negara Datuk Baha Zain oleh Faizal Sidik | Melestarikan Minda dalam 555 Fairus Ahmad Yusof | Kembara Keretapi Garisan Landasan Sabah 2014 oleh Mohd Sawari Rahim | MCAT Negeri Di Bawah Bayu oleh Shahrul Niza Zaini | Pameran Retrospektif Choong Kam Kow | Citra Budaya Lensa Diraja oleh Aripin Said | Of Taste and Frivolity : A Quick Overview of Art Happenings in 2014 oleh Zanita Anuar & Baktiar Naim | Seni Visual Warisan : Koleksi Yayasan Warisan Johor 1998-2014 oleh Nor Alisa Abdul Rahman | 3rd Annual Langkawi International Art Colony | Nasir Baharuddin & Mohd Hairul Azizi | Langkawi Art Biennale 2014 by Chuah Shu Ruei | Gerhana Dunia Yang Menyelubungi Kehidupan Manusia oleh Erry Arham | Atelier 11 Loo Foh Sang Art Eleven oleh Faizal Sidik | Korea dan Hegemoni Amerika Syarikat oleh Faizal Sidik | Aesthetically or Ethically by Cheryl C. Thiruchelvam & Roopesh Sitharan.

Transcript of senikini#23

Page 1: senikini#23

23#

DISKUSI BUKU OLEH SASTERAWAN NEGARA DATUK BAHA ZAIN

IN-A-BOOK : INTERNATIONAL ART BOOK FAIR

MCAT NEGERI DI BAWAH BAYU

GARISAN LANDASAN SABAH

MELESTARIKAN MINDA DALAM 555

KOREA DAN HEGEMONI AMERIKA SYARIKAT

OF TASTE AND FRIVOLITY

Page 2: senikini#23

Seni dan Pelancongan bukanlah sesuatu perkara baru di dalam pertembungannya sebelum ini. Pada sekitar tahun 20 tahun dahulu Malaysia buat pertama kalinya telah melancarkan 'Tahun Melawat Malaysia 1990' dimana semua jentera kerajaan telah digerakkan untuk menyajikan keunikan kepelbagaian etnik di negara ini dari segi acara seni dan budaya dalam menarik kehadiran pelancongan ke Malaysia.

Seni Kontemporari Pelancongan Malaysia atau Malaysia Contemporary Art Tourism (MCAT) adalah sebuah acara tahunan bersepadu dalam usaha untuk membangunkan seni visual Malaysia yang bukan hanya bertumpu di Kuala Lumpur atau di Lembah Kelang tetapi juga menyeluruh dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Dengan tema ‘Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Seni Baru Anda’ atau Malaysia Your New Art Tourism Destination. Ia adalah dalam usaha untuk memberikan penjenamaan semula dan nafas baru kepada seni visual Malaysia menerusi publisiti dan promosi yang dijalankan di dalam dan luar negara.

edisi ke 23 ini membuat liputan khas penganjuran MCAT yang kini telah berlangsung diseluruh negara antaranya penulisan Mohd Sawari Rahim mencatat perjalanan seni dalam‘Kembara Keretapi : Landasan Garisan Sabah’. Ahmad Fairus Yusof pula membuat ulasan pameran 555 dalam ‘Melestarikan Minda dalam 555’ anjuran Rajawali International Group yang merupakan program satelit MCAT Pahang. Shahrul Niza Zaini menulis perkembangan terkini seni visual di Sabah dalam ‘MCAT Negeri Di Bawah Bayu’. Terdapat dua penganjuran acara seni di Langkawi iaitu '3rd Annual Langkawi International Art Colony' yang diulas oleh Nasir Baharuddin dan Mohd Hairul Azizi manakala 'Langkawi Art Biennale 2014' oleh Chuah Shu Ruei. Penulisan-penulisan lain adalah Cheryl C. Thiruchelvam dan Roopesh Sitharan dengan tajuk 'Aesthetically or Ethically'. 'Seni Visual Warisan: Koleksi Yayasan Warisan Johor' oleh Nor Alisa Abdul Rahman, 'Gerhana Dunia Yang Menyelubungi Kehidupan Manusia' oleh Erry Arham manakala Zanita Anuar dan Baktiar Naim dengan tulisan imbasan sepintas lalu pameran 2014 dengan tajuk 'Of Taste and Frivolity: A Quick Overview of Art Happenings in 2014'

Fokus utama edisi 23 juga adalah mengenai diskusi buku dan dialog budaya antara sidang editorial Senikini iaitu Faizal Sidik dengan Datuk Baha Zain dengan tajuk ‘Diskusi Buku oleh Sasterawan Negara Datuk Baha Zain. Dalam bicara ini Sasterawan Negara Datuk Baha Zain mendesak penubuhan Majlis Kesenian Negara bagi kepentingan program pembangunan perkembangan kesenian dan kebudayaan dalam hala tuju Malaysia ke arah negara maju.

Tahniah ke atas semua yang terlibat dalam program-program 2014!

PUBLISHER Balai Seni Visual Negara (BSVN)National Visual Arts Gallery Malaysia (NVAG)Ministry of Tourism and Culture Malaysia

No 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur MALAYSIAP : 603 4026 7000 F : 603 4025 4987 W : www.artgallery.gov.my

| EDITOR-IN-CHIEF Haned Masjak l EDITOR Zanita Anuar | ASSISTANT EDITORS Hasimah Nyok, Faizal Sidik, Osmihamidy Osman, Rosaniza Abidin, Norsharzeela Shaharuddin | HEAD DESIGNER Shamizar Rahim | DESIGNER Nuzaihan Mustapa | PHOTOGRAPHY Mohd Khazrul Sharuddin, Mohd Yuzaini Ahmed, Intan Idarina Mohammad Kusairry |

Melestarikan Minda dalam 555 | Fairus Ahmad Yusof

Gerhana Dunia Yang Menyelubungi Kehidupan Manusia | Erry Arham

In-A-Book : International Art Book Fair 2014 | Faizal Sidik

Seni Visual Warisan : Koleksi Yayasan Warisan Johor 1998-2014 | Nor Alisa Abdul Rahman

Citra Budaya Lensa Diraja| Aripin Said

Of Taste and Frivolity : A Quick Overview of Art Happenings in 2014 | Zanita Anuar & Baktiar Naim

Atelier 11 Loo Foh Sang Art Eleven | Faizal Sidik

Korea dan Hegemoni Amerika Syarikat | Faizal Sidik

BSVN Sana Sini

Latest Publications

11

22

04-05

18-19

16

17

14-15

23

24-26

29-30

31

can be accessed at senikinibsln.blogspot.comAny feedbacks and comments please email to us at : [email protected] and [email protected] publisher, National Visual Arts Gallery Malaysia, holds the copyright to all editorial content.SENIKINI (ISSN : 1985-7233) is published four times a year by the National Visual Arts Gallery Malaysia.All Rights Reserved. Copyright © 2014 SENIKINI Malaysian Art Now Printed in Malaysia.

C O N T E N T S

Cover Trail

Bagaimana reka bentuk muka depan dibuat...

Reka bentuk kulit edisi #23 yang awal dicadangkan ialah reka bentuk grafik penganjuran Malaysia Contemporary Art Tourism (MCAT). Rekaan ini dicadangkan kelangsungan daripada liputan khas yang memokuskan acara ini diseluruh negara.

Reka bentuk karya Koleksi Seni Visual Negara oleh Choong Kam Kow yang bertajuk 'Vibration' (1969) akhirnya dipilih dan dipersetujui sempena pameran Retrospektif Choong Kam Kow. Semasa proses penyuntingan majalah ini beliau bersama-sama mencadangkan agar tulang bingkai (frame) dihilangkan.

Sidang editorial Senikini mendengar saranan Dr. Choong Kam Kow semasa pemilihan muka depan dilakukan di Unit Rekabentuk

Reka bentuk akhir dengan imej yang lebih jelas dan seimbang disamping pemilihan skema warna yang lebih harmoni pada tajuk majalah bagi mencetuskan impak dan tarikan kepada mata yang melihat.

1.

2.

3.

4.

5.

23#

ANUAR RASHID OUT OF THE ASYLUM

PEMBUKAAN. APA ITU PENJELASAN & PENJELASAN SETELAH REFLEKSI

THE TRANSFORMATION OF ROLESCURATIST (ARTIST AS CURATOR)

SURAT-SURAT UNTUK ‘PEMBUKAAN’

ART BASEL MIAMI 2014

PENAPISAN SENI

Kangar • Alor Setar • Langkawi • George Town • Ipoh

Kota Bharu • Kuala Terengganu • Kuantan • Kuala SelangorShah Alam • Damansara • Kuala Lumpur • Putrajaya • SepangSeremban • Bandar Melaka • Lendu • Johor Bharu • Kuching

Miri • Labuan • Kota Kinabalu • Sandakan

23#

SASTERAWAN NEGARA DATUK BAHA ZAIN : MALAYSIA MEMERLUKAN MAJLIS KESENIAN NEGARA

IN-A-BOOK : INTERNATIONAL ART BOOK FAIR

MCAT NEGERI DI BAWAH BAYU

GARISAN LANDASAN SABAH

MELESTARIKAN MINDA DALAM 555

MOHD SHAIMY HASHIM : SUREALIS 1981-2014

23#

DISKUSI BUKU OLEH SASTERAWAN NEGARA DATUK BAHA ZAIN

IN-A-BOOK : INTERNATIONAL ART BOOK FAIR

MCAT NEGERI DI BAWAH BAYU

GARISAN LANDASAN SABAH

MELESTARIKAN MINDA DALAM 555

KOREA DAN HEGEMONI AMERIKA SYARIKAT

OF TASTE AND FRIVOLITY

Terdapat 3 karya yang dicadangkan diperingkat kedua pemilihan untuk muka depan iaitu karya Dr. Choong Kam Kow yang bertajuk 'Composition in Red, Blue & Green' (1967), Paradox (1972)dan karya Koleksi Seni Visual Negara yang bertajuk 'Vibration' (1969),

Han

ed M

asja

k |

Edito

r-In

-Chi

ef

nota

Diskusi Buku oleh Sasterawan Negara Datuk Baha Zain | Faizal Sidik

06-10

3rd Annual Langkawi International Art Colony | Nasir Baharuddin & Mohd Hairul Azizi

20

Pameran Retrospektif Choong Kam Kow

Langkawi Art Biennale 2014 | Chuah Shu Ruei21

Aesthetically or Ethically | Cheryl C. Thiruchelvam & Roopesh Sitharan

27

13 MCAT Negeri Di Bawah Bayu | Shahrul Niza Zaini

Kembara Keretapi Garisan Landasan Sabah 2014 | Mohd Sawari Rahim

12

Page 3: senikini#23

Seni Visual Warisan : Koleksi Yayasan Warisan Johor 1998-2014 | Nor Alisa Abdul Rahman

NO 2 JALAN TEMERLOH OFF JALAN TUN RAZAK 53200 KUALA LUMPUR T + 603 4026 7000 F + 603 4025 4987 www.artgallery.gov.my

18.11.2014 - 31.3.2015

BALAI SENI NEGARA NATIONAL ART GALLERY

GALERI GALLERY 2A · 2B

Aesthetically or Ethically | Cheryl C. Thiruchelvam & Roopesh Sitharan

Page 4: senikini#23

IN-A-BOOK: INTERNATIONAL ART BOOK FAIR 2014

| Faizal Sidik

B ercambahnya minat membaca dikalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun yang lalu melalui

kempen-kempen yang dijalankan sebelum itu dia media-media elektronik yang kerap kempen nasional seperti ‘Mari Membaca’, ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’, ‘Bulan Membaca’ dilakukan dalam usaha untuk memberi galakan kepada masyarakat supaya membaca. Usaha ini tidak memadai jika hanya sekadar memberi dorongan tanpa menyediakan platfom bagaimana bahan bacaan itu boleh diperolehi dan dimiliki. Oleh itu maka tumbuhlah bak cendawan tumbuh selepas hujan pesta-pesta buku dalam memenuhi permintaan-permintaan ini. Pesta-pesta buku samada peringkat antarabangsa, nasional, negeri atau swasta dilakukan samada

agensi kerajaan, syarikat pengedar buku atau badan bukan kerajaan seperti ‘Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur’, ‘Pesta Buku 1Malaysia’, ‘Big Bad Wolf Book Sale’, ‘Pesta Buku Selangor’, ‘Ekspo Buku Islam Putrajaya’, ‘Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur’, ‘Malaysia Art Book Fair, ‘Pesta Buku Universiti’ dan lain-lain ini adalah dalam usaha galakan kerajaan untuk menjadikan masyarakat kita celik ilmu. Membaca kerana ilmu janganlah disempitkan hanya untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tetapi ia hendaklah dijadikan sebagai budaya yang bukan sahaja membaca di bilik darjah atau di rumah namun dimana jua kita berada samada di dalam kereta, pengangkutan awam, kefeteria, menunggu seseorang. Pendek kata buku tidak terlepas dari gengaman masyarakat kita jika kita ingin setanding bangsa Jepun dan Eropah dalam menuju negara maju yang ekonominya berasaskan pengetahuan budaya.

Dalam pesta-pesta buku yang berskala besar saiznya dan tiadanya fragmentasi mengenai genre-genre atau kategori buku dalam sesuatu temasya, pasti menyukarkan dan membantutkan minat pembeli atau pengumpul buku yang mempunyai minat yang lebih menjurus terhadap sesuatu tema buku. Buku yang bertemakan seni lukis atau dalam ertikata yang lebih luas seni visual

yang merangkumi pelbagai bidang seperti seni halus, seni bina, senireka grafik, illustrasi, fesyen, seramik, tekstil, reka industri, reka bentuk dalaman dan lain-lain mempunyai peminat-peminat yang tersendiri samada pelajar, pelukis, pereka, pendidik, penyelidik, kolektor atau pecinta seni. Dalam memenuhi permintaan buku dan bahan terbitan yang lebih menjurus inilah maka Balai Seni Visual Negara (BSVN) sejak tahun 2011 mengambil inisiatif mengadakan sebuah pameran dan jualan buku Malaysia Art Book Fair.

Sebagai sebuah penerbit buku seni sejak penubuhannya 56 tahun yang lalu BSVN telah menerbit lebih 500 judul bahan penerbitan samada buku, katalog pameran, kertas kerja seminar, prosiding dan lain-lain. Boleh dikatakan 50 peratus penerbitan seni visual negara diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan BSVN. Kejayaan BSVN bukan sahaja sebagai sebuah penerbit bahan bacaan seni sepanjang 5 dekad usianya. Penerbitan sampingan koleksi promosi pameran, cenderamata seperti reka bentuk poster, poskad, portfolio, diari, t-shirt menjadi buruan kolektor bahan seni sebegini. Setelah 5 tahun penganjuran dan Malaysia Art Book Fair mula menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu kehadirannya, BSVN merasakan tibalah masanya untuk pergi lebih jauh lagi dengan mengorak langkah maju ke depan untuk menjenamakan semula penganjuran ini kepada International Art Book Fair atau nama popularnya In-A-Book.

In-A-Book adalah sebuah pesta jualan dan promosi buku yang mengambil model pesta buku yang bertaraf antarabangsa yang lain seperti Frankfurt Book Fair dan London Book Fair. Walaupun kedua-dua pesta itu menghimpunkan pemain-pemain industri dalam pelbagai genre buku namun In-A-Book ini memberi kelainan dalam penganjurannya agar lebih terfokus kepada penerbit, pengedar atau penjual buku-buku seni lukis, seni reka, seni bina dan seni budaya. In-A-Book Fair pertama yang diadakan

4

Antara hadirin yang hadir pada malam Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014.

1 -2 Gempak Starz3 Soka Gakkai Malaysia4 Sylvia Lee Goh5 Basheer Graphic6 Taman Pustaka Enterprise7 Embassy of Switzerland8 Embassy of Argentina9 Fishing Chefs Studio10 Persatuan Seni Tulis Malaysia11 Pelita Akal12 Younie Galerry13 Embassy of Russia Federation14 Mr. Uneh15 Malaysia Book Expo16 Art Expo Malaysia

17 ASWARA18 ROGUEISH Enterprise19 Merpati Jingga20 Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia21 JKKN22 Kraftangan Malaysia23 Jabatan Muzium Malaysia24 Perpustakaan Negara Malaysia25 Dr. Lakshmi Selvaratnam26 Institut Terjemahan Buku Malaysia27 Da Tang Fine Arts28 Malaysia Book Of Record29 National Gallery Singapore30 Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd31 UM and Nikon

Susunan pelan lantai gerai-gerai peserta In-A-Book Fair 2014

Kelihatan antara gerai-gerai yang mengambil bahagian seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muzium Negara, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Kraftangan Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Dato Mahadzir Lokman menerima hadiah sebuah kamus Rusia-Bahasa Melayu semasa membuat lawatan ke gerai wakil dari Kedutaan Rusia.

Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014 oleh YBhg. Dato Mahadzir Lokman iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara disaksikan oleh Duta Argentina di Malaysia, Ambassador Maria Isabel Rendon dan juga Tuan Hj.Hasan Hamzah iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Negara Buku Negara (YPBN).

Gerai utama In-A-Book Fair 2014 yang memperagakan hasil penerbitan Bahagian Penerbitan BSVN tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan.

Page 5: senikini#23

selama empat hari di ruang legar aras satu pada 27 hingga 30 September 2014 bukan sekadar hanya jualan dan promosi malah menjaringkan penerbit buku-buku seni tempatan dan antarabangsa dengan artis dan peminat buku.

Sungguhpun In-A-Book ini adalah penganjuran pertama ianya dibuka kepada negara luar, namun ia telah memahat kejayaan awalnya apabila disertai oleh 30 peserta pameran yang hanya terdiri daripada negara negara di Eropah, Amerika Selatan dan Asia seperti Switzerland, Rusia, Taiwan, Argentina dan Singapura. Pemamer luar dan tempatan yang turut serta dalam jualan dan promosi ini terdiri daripada institusi-institusi dan galeri-galeri seni seperti National Gallery Singapore, Da Tang Fine Art (Singapura), Soka

Gakkai Malaysia, Persatuan Seni Tulis Malaysia dan Younie Gallery. Syarikat-syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta yang turut serta seperti Basheer Graphic, Taman Pustaka Enterprise, Rogueish Enterprise, Gempak Starz, Fishing Chef Studio, Pelita Akal, Art Expo Malaysia, Merpati Jingga, Malaysia Book of Record, Step Ronee Lau dan Nikon Malaysia. Manakala itu

penerbit institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan terdiri daripada Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA), Universiti Malaya, Perpustakaan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Kraftangan Malaysia, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN), Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) disamping wakil pelukis seperti Sylvia Lee Goh dan Dr Lakshmi Selvaratnam.

Pelbagai program sampingan yang diadakan yang bukan sahaja sebagai acara satelit Malaysia Art Expo yang diadakan daripada 25 hingga 28 Septermber di MATRADE. Penyediaan bas pengantar daripada kedua-dua lokasi antara Matrade dan BSVN menghidupkan lagi pameran seni kontemporari berasaskan buku iaitu 'Book Art' yang dikuratorkan oleh Faizal Sidik. Pameran yang diadakan selama 4 bulan daripada 27 September hingga 31 Disember ini menghimpunkan 15 orang artis seperti Wong Hoy Cheong, Khalil Ibrahim, Mustapha Haji Ibrahim, Sushilawati Sulaiman, Nur Hanim Khairuddin, Nasir Baharuddin, Lee Kwai Fei, Fuad Osman dan lain-lain

jemputan luar bercerita mengenai cerita ‘Mama Tok, Gagak Malang dan Mat Mit Mut. Wokshop buku diisi dengan bengkel kraf pertukangan tangan mudah daripada subjek daripada buku terpakai seperti ‘Recycled ABC’ oleh Philip Wong manakala Alonzo Abu Bakar mengajar cara mudah menghasilkan imej yang keluar menerusi buku melalui kreativiti aktivit ‘Pop-up Arts Wokshop with Alonzo’. Penerbitan yang bagus

memerlukan sumber gambar dari kualiti yang terbaik, Zubair Afandi mewakili syarikat kamera Nikon hadir memberi tip-tip kepada peserta mengenai teknik-teknik rakaman studio di dalam penerbitan menerusi bengkel ‘Nikon: I Am Heritage’.

Cafe atau cafe merujuk kepada kedai kopi, restoran kecil yang ekonomi, tempat minum teh atau tempat makanan dan minuman yang agak kasual berdasarkan sesuatu budaya. Mengambil idea Cafe Montparnass di Paris yang telah menjadi pusat

intelektual dan artistik seni moden pada abad ke-20 ini bukan sahaja kepada pelukis atau pengarca tetapi penulis, penyajak, pengarah filem duduk berbincang dalam merencana pengkaryaan mereka. Seniman seperti Manet, Degas, Pablo Picasso, Jean Cocteau, Marc Chagall, Fernand Leger, James Joyce, Ernest Hemingway, Amedeo Modigliani, Ezra Pound, Marcel Duchamp, Constantin Brancusi, Diego Rivera, Alberto Giocometti, Andre Breton, Salvador Dali, Samuell Backet dan Joan Miro adalah antaranya. Sebagai tempat pertemuan pembinaan Art Book Cafe merubah anjung depan BSVN sebagai medan

temu kepada seniman dan budayawan bertukar-tukar fikiran mengenai dunia perbukuan seni kita di sini. Berkonsepkan retrospektif, reka bentuk perabut samada kerusi, meja dan prop disekelilinginya seperti ingin mengimbas kembali kenangan sekitar tahun 1970 an. Penyediaan kedai kopi dan makanan ringan atau snek berideakan santai ini menghidupkan lagi getaran penganjuran International Art Book Fair 2014.

Bahagian Penerbitan BSVN yang menganjurkan program ini mempunyai perancangan sebagai penerbit penting dalam penerbitan buku-buku seni negara dalam mempromosi produk kesenian tempatan diperingkat antarabangsa. Dengan pengantarabangsaan penganjuran ini ia diharap dapat melonjakkan nama seni lukis Malaysia untuk memasuki pasaran yang lebih global .

yang dipasang dan dipamerkan di sekitar dinding Ruang Legar tingkat 1 dan Galeri 2C bukan sahaja memberi impak dengan berdialog dengan ruang- ruang jualan dan promosi malah mengajak khalayak merespon dengan karya-karya yang bertemakan seni sebegini rupa melalui aktiviti-aktiviti sampingannya.

Antara program-program yang memenuhi In-A-Book Fair ini adalah Bicara Buku, Kid Storryteller, Terbitan Baru, Family Art Treasure Hunt, Wokshop Buku dan Art Book Cafe. Program Bicara Buku diadakan sepanjang empat hari penganjuran ini diadakan bagi berkongsi informasi dengan khalayak bukan sahaja untuk

memperkenalkan terbitan baru buku seni terkini yang berada dipasaran ia juga sebagai satu medan perbicaraan dua hala antara penulis, pelukis, pereka, penerbit dan pembaca untuk mengetahui selok belok dunia penerbitan buku seni daripada

panel yang berpengalaman dalam bidang ini antara mereka adalah pelukis Khairul Azmir Shoib dan penulis buku ilustrasi Quek Sue Yian yang membicarkan koloborasi buku mereka berdua yang bertajuk ‘Tulip The Dog that Ate Nightmare’. Dr Tan May Ling pula membicarakan aspek-aspek atau sisi-sisi yang jarang diketahui dalam pengkaryaan Huang Yao melalui penerbitan buku terbaru pameran ‘Huang Yao: The Remarkable Guest of Malaya’ (Huang Yao: Tetamu Malaya Yang Terbilang) yang telah diterbitkan oleh Balai Seni Visual Negara. Kemuncak program bicara buku adalah diskusi buku ‘Modern Artists of Malaysia' yang ditulis oleh Redza Piyadasa dan T.K. Sabapathy oleh Datuk Baharuddin bin Zainal atau Baha Zain iaitu

Sasterawan Negara yang ke-13 bagi membedah penglibatan beliau secara langsung terhadap penerbitan buku berkenaan.

In-A-Book Fair adalah sebuah program jualan dan promosi buku secara interaktif yang bukan sahaja menarik jualan buku tetapi juga menggunakan elemen-elemen kreatif untuk menarik minat membaca. Dalam memenuhi permintaan program ke arah itu program yang melibatkan keluarga dan kanak-kanak diadakan seperti ‘Family Art Treasure Hunt’. Acara berkumpulan ini untuk mencari jawapan terhadap soalan-soalan sejarah seni didalam karya koleksi pameran Book Art dan Absurdcity yang sedang berlangsung. ‘Kid Storyteller’ untuk pembaca cilik menjemput penglipurlara atau tukang cerita

Bengkel fotografi dalam penerbitan ‘Nikon: I Am Heritage’ oleh Zubair Afandi Omar.

Bengkel ‘Pop-up Arts Wokshop with Alonzo’ iaitu cara mudah menghasilkan imej yang keluar menerusi buku oleh Alonzo Abu Bakar.

Bicara buku yang bertajuk ‘Tulip The Dog that Ate Nightmare’ iaitu koloborasi antara penulis buku ilustrasi Quek Sue Yian dan artis Khairul Azmir Shoib aka Meme.

Bicara buku terbitan baru Balai Seni Visual Negara iaitu ‘Huang Yao: The Remarkable Guest of Malaya’ (Huang Yao: Tetamu Malaya Yang Terbilang) Negara oleh Dr Tan May Ling.

Dr Tan May Ling

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara iaitu En. Haned Masjak dan En. Mawardi Said, Pengarah Perancangan & Korporat Kom, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

En. Yeh Chin Kuei @ Jack iaitu Director Culture Division di Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia menerangkan buku-buku yang di bawanya dari Taiwan.

Remaja dan pelajar sekolah berkerumun digerai Gempak Starz yang mempamer buku-buku animasi dan majalah berillustrasi.

Pengunjung yang datang terdiri daripada pellbagai latar belakang dan peringkat umur

Wokshop ‘Recycled ABC’ iaitu kraf pertukangan tangan mudah bersubjekkan buku terpakai oleh Philip Wong.

Bicara buku 'Upside Down Art & Books' oleh En. Lee Yee Dian.

In-A-Book Fair 2014 bukan sekadar sebuah pameran dan jualan buku malah ia merupakan tempat untuk membuat jaringan antara pemain-pemain industri buku seni.

Page 6: senikini#23

Diskusi Buku oleh Sasterawan Negara Datuk Baha Zain | Faizal Sidik

6

Buku karangan bersama Redza Piyadasa dan T.K. Sabapathy iaitu Modern Artists of Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1983. Tercetusnya idea buku yang mempunyai ketebalan 171 muka surat ini adalah dari buah fikiran Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain semasa memegang jawatan Timbalan Pengarah di Dewan Bahasa dan Pustaka yang merasakan pada waktu itu perlu ada satu penerbitan yang merekod seni lukis moden Malaysia untuk dikongsi dengan masyarakat. Rentetan daripada situ sempena In-A-Book atau International Art Book Fair 2014 yang telah diadakan pada 27 hingga 30 September di Balai Seni Visual yang lalu, Bahagian Penerbitan Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah menjemput Sasterawan Negara Datuk Baha Zain untuk berbicara mengenai buku ini di dalam “Diskusi Buku ‘Modern Artists of Malaysia’ oleh Baha Zain”. Di dalam bicara ini beliau bukan sahaja menyentuh mengenai penerbitan buku ini secara langsung malahan mencakupi perkembangan dan permasalahan kesenian dan kebudayaan Malaysia secara menyeluruh terutamanya desakan beliau terhadap penubuhan Majlis Kesenian Negara kepada kerajaan yang dikira beliau boleh memacu lagi pembangunan seni dan budaya negara.

Faizal Sidik : Sempena penubuhan Balai Seni Visual Negara yang ke-55 pada 27 Ogos 2013 ini satu pameran khas yang bertajuk ‘Siapa Pelukis Malaysia: Koleksi BSVN’ telah diadakan yang dikuratorkan oleh Zanita Anuar dan Faizal Sidik. Pameran ‘Siapa Pelukis Malaysia’ ini dinamakan bersempena mengambil nama buku Modern Artists of Malaysia yang ditulis oleh T.K Sabapathy dan Redza Piyadasa ini telah diterbitkan pada tahun 1983 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. ‘Siapa Pelukis Malaysia’ adalah pameran kesinambungan daripada penerbitan buku ini yang menghimpunkan karya-karya seni lukis moden oleh 26 artis yang penting dan sangat signifikan bukan sahaja kepada koleksi BSVN malah kepada pensejarahan seni lukis moden negara. Antara pelukis-pelukis pelopor yang diperkenalkan dalam buku Modern Artists of Malaysia dan juga dalam pameran ‘Siapa Pelukis Malaysia’ ialah seperti Abdul Latif Mohidin, Zulkifli Mohd. Dahalan, Ibrahim Hussein, Syed Ahmad Jamal, Ismail Zain, Redza Piyadasa, Suleiman Esa, Anthony Lau, Yeoh Jin Leng, Patrick Ng Kah Onn, Lai Foong Moi, Chia Yu-Chian, Chuah Thean Teng, Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong, Mohamed Hoessein Enas, Mazli Mat Som, Nik Zainal Abidin, Khoo Sue-Hoe, Tay Hooi Keat, Cheong Laitong, Lee Joo For, Jolly Koh, Syed Thajudeen, Ruzaika Omar Basree dan Nirmala Shanmughalingam. Datuk Baha Zain adalah orang yang memainkan peranan penting dalam penghasilan buku ini, boleh Datuk Baha (Zain) ulas bagaimana penerbitan ini terhasil dan impaknya dalam dunia seni pada ketika itu?

Baha Zain : Pada pada tahun 1978 saya dan beberapa kawan-kawan telah mengambil keputusan setelah beberapa tahun merdeka kita mesti mempunyai majalah bulanan iaitu Dewan Budaya. Itulah perjalanan awal majalah Dewan Budaya pada tahun 1979, dimana saya menjadi ketua editornya. Salah satu yang ditetapkan ialah ruangan seni lukis moden, jadi setiap bulan daripada tahun 1979, 1980, 1981 ada ruangan seni lukis, saya tidak pasti samada

ianya diteruskan atau tidak. Ia bukan sahaja daripada tema-tema tertentu yang diperolehi daripada penulis (budaya) tetapi juga seni lukis. Pada sekitar pada tahun 1981 saya berbincang dengan saudara Piyadasa mengapa tidak ada satu buku yang dapat dijadikan rujukan tentang perkembangan seni lukis moden kita di negara ini. Jadi saya berbincang dengan saudara Piyadasa bagaimana boleh diterbitkan (sebuah buku), dengan inisiatif dia dan saya (berusaha) untuk menyusun satu buku bukan sebagai buku sejarah sekurang-kurangnya rujukan kepada perkembangan seni moden kita. Kemudian arwah Piyadasa bersetuju dan dia mencadangkan Dr. T.K. Sabapathy dari Singapura turut bersama menyusun buku ini. Saya tidak tahu barangkali sudah ada usaha untuk mencatitkan rujukan tentang perkembangan sejarah seni moden kita, sekarang (mungkin) sudah ada, Alhamdulillah. Namun pada masa itu pada tahun 1970 an tidak ada, itulah pada ketika bagaimana terbitnya buku itu pada tahun 1983. Setiap hari editor Dewan Budaya akan menghantar artikel-artikel terpilih pada Piyadasa dan Piyadasa akan membuat salinan fotokopi untuk memilih mana yang sesuai dan bahan rujukan pelukis-pelukis moden dan Alhamdulillah, pada tahun 1983 terbitlah buku ini. Inilah juga buku yang pertama Dewan Bahasa dan Pustaka juga terbitkan dalam bahasa Inggeris dan selepas itu tiada lagi, tidak diketahui samada ianya dirancang. Saya bercadang agar buku ini akan diteruskan dengan ciri-ciri yang baru ataupun

revised edition dan kemudian diterjemahkan, tetapi setahun kemudian saya mengambil keputusan meninggalkan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bergerak secara bersendirian, jadi terbantutlah rancangan saya itu dan tiada sesiapa yang melanjutkannya.

Itulah serba sedikit latar belakang dan mungkin buku ini boleh diedarkan juga (kepada audien). Tandatangan

Piyadasa dan Sabapathy juga ada di situ dan itu hanya sekadar cerita-cerita. Cuma barangkali kita boleh berbincang apa selanjutnya yang patut kita lakukan. Saya bukan pelukis, cuma peminat sahaja dan bukan pengkritik seni lukis, hanya tahu mendengar khabar sahaja, bukan seperti saudara Zabas (Zainol Abidin Sharif) yang kritikal dan analitikal. Memang saya meminati seni lukis dan mengharapkan seni lukis harus menjadi sebahagian dalam kehidupan manusiaan dan estetik kepada bangsa kita dan di ruang inilah kesatuan kaum dapat bertemu tanpa

ada prejudis politik. Ini adalah aspek kebudayaan dan estetik amat penting bagi perpaduan bangsa kita yang harus dieksploitasi sebaik mungkin untuk menjadikan kita suatu bangsa Malaysia. Itulah pandangan kami pada tahun 1980 an selepas tragedi Mei 1969. Kita berharap ruang seni moden akan menjadi sebahagian yang penting dalam perspektif pembinaan negara dari segi politik bukan sahaja dalam ekonomi barangkali dalam transformasi iaitu dalam economic transformation programme.

Saya tidak tahu sejauh mana aspek kesenian ini, aspek kebudayaan, aspek sosial menjadi bahagian penting dalam pembangunan bangsa kita yang dirancangkan dan sudah di mulai dan sasarannya adalah pada tahun 2020 iaitu Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi berkapita hampir RM 45,000 berkapita untuk menjadi salah satu negara moden termaju didunia. Saya cuma tidak jelas bagaimana aspek kebudayaan dan aspek kesenian menjadi sebahagian yang penting daripada economic tranformation programme yang ada tinggal 10 tahun sahaja lagi. Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan disasarkan menjadi 10 juta penduduk. Berdasarkan ini prospek kesenian moden amat optismis, lebih banyak audien, lebih banyak duit circulation, lebih banyak orang untuk membeli lukisan dan kesenian, tetapi adakah ini termasuk dalam perancangan saya sendiri tidak tahu. Selain itu saya kira sewaktu saya menjadi anggota Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara sebanyak 2 kali salah satu yang saya ajukan ialah agar Balai Seni Visual Negara mempunyai unit penerbitan (sendiri) supaya mempunyai satu unit berkenaan yang dapat menerbitkan majalah dan sekarang sudah ada majalah Senikini.

Faizal Sidik : Senikini adalah sebuah penerbitan Balai Seni Visual Negara ia diterbitkan setahun empat keluaran iaitu setiap tiga bulan satu edisi.

Buku 'Modern Artists of Malaysia' karangan T.K. Sabapathy dan Redza Piyadasa diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1983 dipamerkan di dalam kotak kaca semasa pameran 'Siapa Pelukis Malaysia' di Galeri Reka, Balai Seni Visual Negara pada 2013

Teks dinding dan senarai artis pameran 'Siapa Pelukis Malaysia' yang diinspirasikan daripada seni reka grafik buku 'Modern Artists of Malaysia'.

Panorama pameran 'Siapa Pelukis Malaysia'' iaitu pameran karya-karya daripada koleksi Balai Seni Visual Negara seperti yang terdapat di dalampenerbitan buku 'Modern Artists of Malaysia' '.

Page 7: senikini#23

7

Perluasan Seni dan Budaya

Baha Zain : Walaupun seni visual semakin hebat tetapi saya tidak senang hati, lukisan akan terus hidup. Jadi beberapa tahun lampau saya mencadangkan sendiri Balai Seni Lukis Negara (ketika itu) mempunyai unit penerbitan bukan sekadar mempunyai bahan pameran, brosur dan katalog tetapi saban bulan menerbitkan majalah yang menjadi forum atau dialog-dialog tentang apakah butiran kepada peminat-peminat dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang ini sudah dimulai dan sekarang ini baguslah sudah ada pameran tentang buku-buku kesenian seni lukis, saya tidak tahu samada (wakil) Asean ada datang?.

Faizal Sidik : Kita ada wakil dari Asia.

Baha Zain : Saya melihat boundaries iaitu sempadan-sempadan diantara genre kesenian. sekarang semakin kalut dan semakin kabur, interaksi perhubungan diantara sasterawan, penyair, dramatis, pelukis, novelis, pembikin filem sudah tidak dismentalized (suatu pembongakaran) seperti dahulu. Sewaktu saya di Indonesia selama dua tahun, saya kira perhubungan interaksi diantara seniman-seniman misalnya diantara pelukis dengan dramatis, novelis, penyair umpamanya sangat akrab dan inilah saya kira salah satu kekuatan di Indonesia, iaitu saling memperkaya diantara pelukis, penyair, novelis, tetapi di sini saya lihat agak lain sedikit, mereka sangat rapat agak insular pelukisnya, penyairnya, pembikin filem dengan kelompoknya, jadi kurang interaksi.

Faizal Sidik : Saya ingin mencelah sedikit Datuk (Baha Zain), kita lihat semasa Datuk (Baha Zain) menjadi Timabalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970 an, kita lihat ada satu Sudut Penulis yang berperanan untuk menyatukan antara penulis dan pelukis. Pernah diadakan juga satu pameran malah bukan hanya satu, pameran ‘Towards a Mystical Reality’ diantara Redza

Piyadasa dan Suleiman Esa. Bukan itu sahaja ada juga pameran ‘Manifestasi 2 Seni’ dan ‘Manifestasi 3 Seni’ yang diadakan di Sudut Penulis itu sendiri untuk mempertemukan diantara pelukis dan penulis sehingga begitu akrab. Apakah ada sesuatu yang ada kena mengena yang dalam penyatuan mereka ini dan adakah perkara ini seiringan dan tidak?

Baha Zain : Saya percaya perlunya interaksi untuk saling memperkaya, sewaktu saya menjadi Presiden PENA (Persatuan Penulis Nasional) selama beberapa tahun, di Rumah Pena juga saya jadikannya ruangan juga bukan sahaja di Dewan Bahasa. Di rumah Pena saya memberikan ruang kepada Fauziah Nawi dan kumpulan dramatis yang lain untuk mengadakan latihan-latihan, begitu juga dengan penulis dan penyair, sampai ke hari ini Med Anuar (Ismail) seorang pengarca bagi saya dia seorang yang cukup serius dan merupakan pengarca penting dalam seni arca negara. Sewaktu saya melawat ke rumahnya saya tengok ruang yang agak sempit untuk dia membuat arca, jadi saya tawarkan supaya dia membuatnya di Rumah Pena. Jadi sampai ke hari ini saya kira sudah lebih sepuluh tahun dia masih membuat arca atau sculpture yang besar-besar kerana di kawasan Rumah Pena itu lapang, jadi dia buat pondok di belakang. Dia juga melatih bakat-bakat baru seperti Fauzi (Tahir), Fauzi pada mulanya adalah kerani di Rumah Pena yang melakukan kerja pengkeranian akhirnya Med Anuar latihnya untuk melukis kemudian membuat seramik, dan apabila Kementerian Kebudayaan membuat pameran di luar negara contohnya

menjemputnya supaya mempamerkan karya-karyanya. Jadi ini bagi saya ini satu kepuasan untuk melihat bakat terpendam diangkat ke atas dan bakat yang ada dikembangkan. Cadangan saya dalam perbincangan ini, saya ingin lontarkan patut ada sinergi kerjasama antara institusi seperti Dewan Bahasa, Balai Seni Visual Negara, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku jadi kalau masing-masing buat kerja kali empat setiap insitusi itu empat kali dengan empat jadi enam belas, jadi kalau berlaku sinergy symetrical progress 4x4 bukan lagi 4+4+4+4. Jadi saya lihat kerjasama diantara insitusi terutamanya di Kuala Lumpur ini masing-masing dengan objektifnya, sedangkan ini dunia moden dimana boundaries itu telah kabur.

Pengalaman saya secara peribadi daripada puisi saya Joseph Tan terjemahkan dalam bentuk visual, Yee I-Lan seorang seniman fotografi dia telah membuat fotografi, dia telah menangkap (gambar) di dinding rumah saya kemudian pokok-pokok palm, kerusi-kerusi saya, jadi saya lihat puisi itu bukan lagi hak saya semata-mata tetapi ia telah diterjemahkan dalam genre yang lain. Kemudian baru-baru ini Fauziah Nawi telah mengangkat puisi-puisi saya untuk dijadikan teater selama satu jam. Ini adalah satu perluasan dalam kesenian, barangkali kenapa tidak di Balai Seni Visual Negara ini penyair pula menterjemahkan dalam bentuk puisi? Bagi

saya ini memperkaya kebudayaan kita dan kesenian moden, masing-masing tidak duduk dengan dunia sendiri malah kesenian ini juga boleh diterjemahkan dalam bentuk filem, mungkin En Zabas boleh bercerita banyak dalam hal ini. Dahulu kita melihat seni lukis abstrak daripada lukisan yang berbentuk empat segi (format) tetapi sekarang ini ia telah berkembang dalam bentuk warna dan juga bunyi sebagaimana yang saya lihat dalam televisyen baru-baru ini. Mungkin juga ia sedang berlaku di Malaysia dari hal-hal yang

sebegini dimana kita meluaskan ruang seni dan kita merapatkan lagi pelbagai pekerja seni. Adalah sangat produktif dan penting terutama negara kita ke arah creative industry untuk melangkau ke dunia global selagi kita tidak orang kata menyegarkan, menggerakkan, mendinamikan dunia kesenian kita barangkali sulit bagi kita untuk menembusi dunia luar international. Barangkali sulit juga untuk kita menyakinkan kepada kerajaan bahawa kerajaan harus terlibat dalam marketing memperluaskan, memberi publisiti tentang

“ Malaysia memerlukan Majlis Kesenian Negara ”

kesenian kita ke luar negara bukan sekadar pameran di luar dan sebagainya. Hanya sekadar itu sahaja dahulu,saya ingin mendapatkan saranan daripada saudara sekalian, kalau saya tidak dapat jawap kawan-kawan yang lebih mahir boleh menjawap.

Faizal Sidik : Terima kasih atas Baha Zain atas buku yang dibicarakan iaitu tentang buku Modern Artists of Malaysia. Kita di Balai Seni Visual Negara pernah mengadakan ataupun satu kursus untuk kakitangan Balai (Seni Visual Negara) untuk peringkat Pembantu

Muzium dan Kurator iaitu kursus ‘Pengenalan kepada Seni Moden Malaysia’ dan ‘Pengenalan Kepada Seni Lukis Asia Tenggara’ yang telah diadakan dan disyarahkan oleh saudara Zabas kita pada tiga tahun yang lepas jadi kita harap program-program ini akan diteruskan dimasa hadapan untuk meningkatkan pengetahuan kita

tentang seni lukis moden Malaysia dan seni lukis Asia Tenggara. Kita buka lagi persoalan daripada audien jika ada?

Nur Hanim Khairuddin : Assalamualaikum. Saya berminat untuk bercakap tentang apa yang Datuk Baha (Zain) sebutkan tadi tentang rentas disiplin ataupun perhubungan tentang non-party per se dimana pada tahun 70 an dahulu begitu rancak perkara ini berlaku terutamanya pada zaman Anak Alam yang mana kita lihat dunia seni lukis bercampur baur dengan dunia teater dengan dunia sastera. Jadi saya nak tanya sementelah Datuk (Baha Zain) ada membantu dan begitu rapat dengan kumpulan ini. Apakah program-program yang diatur untuk mempertemukan orang-orang yang berlainan latar belakang ini? Adakah ia tumbuh begitu sahaja semangatnya itu? Kita lihat memang benar pada zaman sekarang sehingga ianya bersifat insensual atau ‘sumbang mahram’ dalam komuniti sendiri dalam kelompok sendiri. Walaupun ada tetapi sangat kecil, saya lihat yang ada pun terdiri daripada anak-anak muda, generasi-generasi baru yang mencuba menyediakan platform untuk menyatukan pemuzik, sastera dan sebagainya. Saya ingin tahu samada ada formula dan strategi yang dibuat oleh Datuk (Baha Zain) sendiri dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka misalnya untuk mempergiatkan lagi sikap tersebut?

Majlis Kesenian Negara

Baha Zain : Terima kasih saudari Hanim (Nur Hanim Khairuddin), saya rasa ini pertanyaan yang penting yang hendak saya ceritakan. Begini ya, macam mana ya? Saya diantara yang termuda masuk di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1940 an dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada masa itu ada Keris Mas, Usman Awang dan ramai lagi wartawan dan sasterawan dari Singapura, sewaktu sebelum merdeka pada tahun 1957, mereka para wartawan waktu itu di Singapura tiada boundaries. Generasi itu adalah generasi yang sangat social-oriented orang yang berjuang menggunakan tulisan kewartawanan, puisi untuk memerdekakan tanahair. Jadi mereka bukan seniman per se yang murni dalam ertikata “aku penulis aku pencipta untuk projek seni untuk pengucapan sebagai self-expression”, ia tidak begitu

tetapi sebagai alat perjuangan. Kemudian sewaktu saya masuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1963 ada juga Samad Ahmad ketika yang datang daripada Singapura pada waktu itu sebagai wartawan dan ini adalah orang-orang perjuangan, dan saya ke Universiti Malaya terlibat dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, dan ini adalah persatuan yang berjuang untuk mengisi kemerdekaan dan saya membesar dengan ramai kolonial, lahir pada sebelum zaman British dan zaman Jepun, kemudian British kembali dan akhirnya Merdeka, jadi

Sasterawan Negara Datuk Baha Zain

Page 8: senikini#23

empat zaman berubah. Generasi saya, generasi Keris Mas hidup dalam kemiskinan, dalam humiliation dalam pembinaan ekonomi kemiskinan dan apabila kita bertukar kepada negara merdeka tiada lain (hanyalah) untuk mengisi kemerdekaan, semangat untuk berjuang untuk membantu masyarakat sangat besar. Itu bukan dibuat-buat, ia datang sendiri, jadi itu adalah satu sebab bagaimana kita selalu berfikir hidup kita ini adalah product soceity bukan untuk diri sendiri.

Apabila saya pergi ke Dewan Bahasa (dan Pustaka) saya bertemu dengan generasi 50 an yang bermotokan ‘Sastera Untuk Masyarakat’, tetapi saya telah membawa membawa satu nilai-nilai lain dan yang lebih memberontak adalah pada generasi saya. Keris Mas, Usman Awang, Hassan Ahmad adalah orang yang sangat pandai memanfaatkan generasi baru keluaran universiti. Keris Mas tidak pergi ke universiti (tetapi) dia belajar agama, mereka adalah orang-orang perjuangan yang pandai memanfaatkan generasi baru sehingga kita rasa kita dipentingkan, kita dipancingkan, dimanfaatkan kita untuk sama-sama berjuang dan memang perjuangan dalam masyarakat itu menjadi sebahagian daripada semangat kita. Pada masa itu tiada masalah, kalau pekerja-pekerja Dewan Bahasa (dan Pustaka) dia datang (pagi) dan balik petang, duduk di kantin pun tidak lama-lama pasal semangat perjuangan. Saya nak cerita sewaktu saya membuat susunan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 1970, kita bekerja

dan saya dipindahkan masa itu pada tahun 1965 sampai tahun 1969, kita bekerja empat tahun siang dan malam. Habis kerja pada pukul 4 sahaja pukul 8 malam datang balik untuk menyiapkan kamus itu supaya tepat pada tahun 1970 kita terbit. Tidak menjadi masalah untuk fikir tentang elaun dan apa-apa, semangat itu bukan pada ketua sahaja tetapi semangat itu merata sampai ke bawah. Namun selepas datang Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1980 an masyarakat menjadi semakin makmur dan nilai-nilai telah berubah, ada kemodenan, seni visual menjadi semakin kuat dan masyarakat semakin fragmented. Orang dari luar dapat berinteraksi kerana ada internet, take advantage dalam kajian masyarakat sangat hebat sehinggalah generasi anak saya sekarang ini penuh dengan kemewahan seperti bag, telefon pintar ini dianggap sebagai yang biasa, bila kita lahir (sebagai sesuatu yang) natural nothing to worry about it, makan Kentucky Fried Chiken, makan McDonald itu (sudah menjadi) biasa, inilah masalah sekarang.

Masing-masing bawa dunia sendiri, pelukis, sasterawan, penyair, dramatis ini adalah new power dalam dunia kesenian moden bangsa kita iaitu fragmentation in soceity itu telah berlaku dalam dunia seni yang sulit untuk digugat bagi kepentingan bangsa ataupun masyarakat. Tetapi ia tidak gelap, ada sedikit orang kata excellence performance of soceity disamping experiment of innovation individu yang terpendam itu tersimpan dihidupkan bagaimana masyarakat dapat manfaat. Saya telah beberapa kali melontarkan idea supaya kerajaan menubuhkan Majlis Kesenian Negara. Ini berbeza dengan National Arts Council ataupun dengan Arts Council Scotland di bawah British Arts Council itu bukan fine arts tetapi saya punya idea apabila kesenian Malaysia ini ia cuba barangkali mempengaruhi arah perkembangan pelbagai jurnal dan pelbagai institusi kesenian.

Satu arah untuk tolerence people untuk seniman supaya menjadi lebih penting dan bermakna. Pandangan saya kalau kita ingin menerobos ke dunia global, kita mesti mempunyai satu program milik negara yang jelas, apa objektif kita, apa program kesenian kita, agar tidak Institut Terjemahan Buku Malaysia berjalan sendiri, Dewan Bahasa dan Pustaka berjalan sendiri, tidak Balai SenI Visual Negara berjalan sendiri, Majlis Perbadanan Perbukuan juga berjalan sendiri, mesti ada minimum of one co-ordination diantara pelbagai intellectual institution itu jawapan saya.

Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain), ada persoalan dan pertanyaan lain?

Tan Hui Kun : Selamat pagi Datuk Baha Zain, saya Kun (Tan Hui Kun) dari Balai (Seni Visual Negara). Saya begitu sedar bahawa untuk melampaui sempadan sudah pasti menghadapi cabaran-cabaran sebegini. Namun bagi generasi baru sekarang ini walaupun setiap bidang saya nampak apa yang diperjuangkan oleh setiap bidang memberi dan menimbulkan juga permasalah-permasalahan lain yang belum dapat diselesaikan. Contohnya apabila kita membuat program rentas sempadan antara bidang saya nampak penulis-penulis atau profesion-profesion yang lain akan menimbulkan persoalan-persoalan tentang hakcipta atau royalti, jadi hal ini menjadi permasalahan teknikal untuk meningkatkan projek-projek koloborasi. Saya minta saranan Datuk (Baha Zain) bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini?

Baha Zain : Ya terima kasih, ini satu pertanyaan yang relevan yang selalu difikirkan iaitu intellectual property, hakcipta terutamanya. Sebab itu saya tadi pada mulanya saya ajukan supaya ada kerjasama yang rapat antara pelbagai institusi, sebagai contoh bagi saya kekayaan sesebuah institusi itu malahan negara pun bukan fixed asset atau bukan harta tetap, bukan tangibe asset tetapi intellectual property, sebagai contoh saya tahu Dewan Bahasa (dan Pustaka) mempunyai sekitar 10 ribu judul-judul buku. Saya diberitahu kawan-kawan di Dewan Bahasa (dan Pustaka) kekayaan Dewan Bahasa dan Pustaka bukan dengan bangunan 13 tingkat sahaja tetapi intellectual property iaitu copyright dan permission right yang mereka ada, tetapi apabila hak ini terpendam tidak diterjemah, tidak diterbitkan semula bukan sahaja institusi itu rugi tetapi pengarang juga rugi. Saya dari dulu lagi dalam Kertas Ucaptama saya kepada pengarah-pengarah muda di Johor saya mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia mengadakan kerjasama rapat iaitu sinergi yang saya sebutkan tadi, supaya buku-buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bahasa Melayu itu diserahkan kepada Institut Terjemahan Buku Malaysia untuk diterjemahkan bukan sahaja dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Mandarin, bahasa Jerman dan sebagainya. Barangkali bukan sahaja diterjemah tetapi di pasarkan, ada badan lain yang membuat kerja pemasaran. Mungkin Balai Seni Visual Negara bekerjasa sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka contohnya, dimana Unit Pengarang Dewan Budaya pun ada di sini. Dewan Budaya barangkali boleh bantu terbitkan artikel yang ditulis oleh kawan-kawan di Balai Seni (Visual Negara) ini dan Dewan Bahasa (dan Pustaka) akan membayar, dan barangkali juga Dewan Bahasa (dan Pustaka) mungkin boleh menerbitkan lagi buku (Modern Artists of Malaysia) seperti ini. Jadi apabila institusi saling rapat dan bekerjasama kita boleh selesaikan isu hak cipta, tetapi selagi masing-masing berjalan ikut arah jalan sendiri selama itu juga akan timbul masalah.

Saya lihat Malaysia ini diantara yang paling banyak memberi galakan dari pelbagai institusi bukan sahaja Perpustakaan Negara Malaysia, Balai Seni Visual, Institut Perbadanan Perbukuan Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan banyak lagi dan setiap tahun macam-macam hadiah dan anugerah yang bakal diberikan barangkali ada juga di Filipina dan Indonesia. Barangkali perancangan dan coordination itu yang tiada, mungkin dalam satu hal ianya bagus supaya lebih advanced dan lebih authentic tetapi the explanation jadi saya harap, sebab itu apa yang saya sebutkan tadi kerajaan mesti menubuhkan Majlis Kesenian Malaysia supaya dapat melihat bukan sahaja seni moden tetapi seni tradisional di Sabah dan Sarawak cukup kaya dengan seni tradisional ini. Kerajaan juga mungkin boleh membantu untuk seniman-seniman kita sebagai seniman residen di luar negara. Cuma kerajaan harus mengeluarkan perbelanjaan 100 juta umpamanya untuk seni moden ini untuk (diperuntukan) Majlis Kesenian Negara, sehingga ke hari ini kita tiada (Majlis Kesenian Negara), di Singapura ada Arts Council, Scotland ada, Denmark ada, Perancis ada, Norway ada, saya tidak tahu mengapa Malaysia tidak boleh. Jadi saya minta saudara Zabas dan kawan-kawan yang lain tolong war-warkan, kalau tidak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang tahu, orang lain tidak tahu sedangkan dunia kesenian dan kreativiti kita sangat terancang it just is possible one head can understand.

Barangkali kalau ada satu kelompok yang saya maksudkan dengan Majlis Kesenian Negara ini mestilah mereka yang pemikir-pemikir kebudayaan, practising artists and writers, thinkers, profesional dalam multimedia, dari academician jadi kita pull all the resources untuk kita berfikir tentang ke mana arah seni moden kita, ke mana arah creative industry kita. Kita boleh mengadakan bermacam-macam gajet itu tetapi (yang penting) pengisian, itu seniman sendiri, intellectual, cendekiawan dalam seni, animasi, drama dan filem kita. Saya hampir tiap-tiap hari menengok program NHK (syarikat penyiaran Jepun) baru-baru ini, hebat bukan sahaja subjek tetapi juga wording perkataan-perkataan, seperti misalnya National Geographic kadang-kadang kita terpukau dengan perkataan sahaja, the voice over, jadi kita punya script-writers, screenplays, artists must together untuk mengangkat seni filem kita.

Faizal Sidik : Datuk (Baha Zain) ada lontarkan tentang persoalan-persoalan yang perlu dijawap oleh pekerja-pekerja seni contohnya artis, pensejarahan seni, pengkritik, pelukis dan sebagainya, kita minta respon atau persoalan lain mungkin dari En. Zabas. Beliau En Zabas merupakan penulis yang juga terlibat secara langsung dalam penerbitan buku 'Wawasan dan Idea' (Vision and Idea) bersama T.K. Sabapathy dan Redza Piyadasa dalam buku tersebut. Adakah En. Zabas melihat penerbitan Vision and Idea itu untuk menyaingi apa yang dilontarkan oleh buku Modern Artists of Malaysia ataupun adakah ia adalah penulisan semula terhadap seni moden Malaysia seperti apa yang En. Zabas sebut di dalam penulisan itu?

Zainol Abidin Sharif (Zabas) : Terus pandangan saya buku atau projek Vision and Idea yang menyusuli projek Modern Artists of Malaysia dikemukkan berikutan tanggapan Redza Piyadasa, T.K. Sabapathy dan Krishen Jit tentang betapa perlunya projek Modern Artists of Malaysia ini dilanjutkan sebagaimana yang Datuk Baha Zain katakan tadi harus ada kesinambungannya, jadi tajuk kecilnya adalah ReLooking Modern Malaysian Art (Melihat Semula Seni Lukis Moden Malaysia). Di dalam konteks itu kemudiannya juga bila saya sembangkan dengan Sabapathy, hanya saya dan Sapabathy pada ketika itu, siap sahaja buku itu diterbitkan sudah ada keperluan untuk mengadakan relooking sekali lagi, dan saya di sini ingin menyatakan betapa projek ini dikendalikan oleh Rogue Art yang telah diimpikan dan kini menjadi realiti dan itulah yang saya nak nyatakan mengenai buku ini. Saya mahu nyatakan satu hal, banyak quotations, banyak perbatuan atau milestones sejarah Malaysia ini, di dalam penerbitan sejarahnya, penerbitan perkembangan budayanya sebelum merdeka, selepas merdeka, pembentukan Malaysia, 13 Mei, kembali ke Asas 50 seterusnya tahun 1970 an Kongres Kebudayaan Kebangsaan.

Buku Vision and Idea: ReLooking Modern Malaysian Art diterbitkan oleh Balai Seni Visual Negara pada tahun 1994 mengandungi penulisan T.K Sabapathy, Redza Piyadasa, Zainol Abidin Shariff (Zabas) dan Krishen Jit.

8

Page 9: senikini#23

Saya ingin tanya Datuk Baha Zain sebagai witnessed of an era, ramai yang telah pergi, Datuk Baha Zain sebagai witnessed of an era adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, saya nak tanya satu soalan sahaja samada pihak Dewan Sastera pernah membuat liputan tentang Kongres Kebudayaan Kebangsaan? Saya katakan milestone itu kerana kongres itu merupakan satu yang telah menjejaskan perkembangan kebudayaan dan kesenian Malaysia sebagaimana sepertimana Asas 50 dahulu telah memberi sokongan, membuka jalan atau melihatkan peta untuk terus berkembang (kebelakang). Kongres Kebudayaan Kebangsaan 70 an itu saya rasa yang kita tahu ada sebagaimana susulan daripada

Peristiwa 13 Mei 1969, kemudian daripada itu wujud Dasar Kebudayaan Negara yang kemudiannya Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Kementerian Kebudayaan pernah membukukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan semua seolah-olah bersempena memperlihat perjalanan sosio-budaya kita pada waktu itu 70 an, 80 an memperlihatkan perpecahan tokoh-tokoh kesenian ada yang lari dan ada yang bertukar pemikiran. Saya ingin tahu sama ada Dewan Bahasa (dan Pustaka) khususnya juga Dewan Sastera sebab saya membesar terlebih dahulu daripada Dewan Budaya. Dewan Sastera semasa saya ditingkatan 6 itulah yang memang

mempengaruhi diri saya tetapi semasa saya di universiti dahulu saya tidak berapa ingat laporan Dewan Sastera mengenai perkembangan akibat Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diliputi, dijelaskan atau diperjuangkan oleh Dewan Bahasa (dan Pustaka)?

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Baha Zain : Terima kasih saudara Zabas, pertamanya saya nak bawa dan nyatakan keputusan Kongres Kebudayaan Kebangsaan itu tidak diiktiraf oleh kerajaan. Ia tidak menjadi instrumen yang menentukan dasar kecuali apabila kabinet menerimanya, jadi selepas kongres itu, ia habis dengan begitu sahaja terpulanglah kepada sesiapa yang hendak menggunakannya sebagai guidelines untuk kegiatan. Bagi Dewan Bahasa dan Pustaka yang jelas tentang penggunaan bahasa itu tiada tolak ansur yang digunakan, kecuali dalam hal-hal tertentu untuk kepentingan terjemahan. Tetapi dalam aspek lain aspek tentang agama dan sebagainya itu orang kata dalam hal-hal yang covenient (sesuai) bukan sebagai mengekang kita tidak benarkan kebudayaan lain malahan kebudayaan lain bukan Islam turut dimuatkan untuk rujukan dan pengetahuan. Cuma tentang Dewan Bahasa (dan Pustaka) yang dipegang teguh adalah tentang bahasa sebagai medium, tetapi dalam waktu yang sama yang menjadi dasar untuk tidak menerbitkan hal-hal yang bertentangan dengan agama yang boleh dan bertentang dengan adat sopan iaitu sensitiviti dengan perkauman, tetapi keputusan kongres itu bukan untuk sekalian kegiatan. Aktiviti menyalahi agama, perkauman, perpaduan, akhlak, moral diketepikan, jadi yang pentingnya ialah kita jangan menerbitkan apa-apa yang bertentangan dengan Islam. Islam itu sangat toleransi ia tidak mendiskriminasi agama apa-apa pun. Tapi kalau orang faham betul-betul bahawa agama Islam itu bukan bererti kita berlaku tidak adil kepada agama lain, ianya hanya sebagai panduan sahaja tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu memang tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan.

Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain), Dasar Kebudayaan yang telah di mulakan pada tahun 1971 dan dalam bidang seni lukis sendiri ia diteruskan dengan Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi yang diadakan pada tahun 1979 di ITM (Institut Teknologi Mara) pada masa itu dan selepas pada tahun 1979 banyak pelukis keluaran ITM yang mencari semula atau apa yang dipanggil revivalism mencari semula identiti Kemelayuan atau Nusantara dalam pengkaryaan mereka. Perkara ini tidak hairanlah selepas pameran ‘Towards a Mystical Reality’ dimana Redza Piyadasa ke arah rupa Malaysia dan Sulaimen Esa kepada seni Islam jadi masing-masing membawa haluan sendiri. Seterusnya jika kita ada persoalan-persoalan lain, ya silakan.

Katalog pameran Wawasan dan Idea: MeLihat Semula Seni Lukis Moden Malaysia diterbitkan oleh Balai Seni Visual Negara pada tahun 1994 yang dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

9

Rafiq Rahman : Bismillahnirahmanirahim, Assalamualaikum terima kasih kepada Datuk Baha (Zain) kerana menjemput saya bersama dalam program ini. Saya Rafiq Rahman iaitu Penolong Editor majalah Dewan Budaya, ada beberapa yang saya hendak ketengahkan di sini. Pertama, hasil ruang-ruang seni visual yang diilhamkan oleh Datuk Baha (Zain) masih diteruskan dan ada juga (penulis) yang dari Balai Seni Visual Negara sendiri yang biasanya (menyumbang) iaitu saudara Faizal Sidik dan ada juga pengkarya-pengkarya dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan) sendiri. Cuma yang kita ketandusan bagi saya individu yang sama menulis dan menghasilkan karya yang lebih bermutu dalam penulisan yang berunsur perpaduan, itu yang kita utamakan di dalam Dewan Budaya itu sendiri, sebab apa saya lihat dari segi karya-karya ini pentingnya ruang-ruang tersebut oleh penulis yang dilihat unsur perkauman itu semakin tersebar luas. Kita berkehendakan (tulisan) yang dapat menyatukan dan berasaskan satu matlamat kepada negara yang lebih maju dan nilai-nilai budaya yang tinggi. Keduanya, saya ada pertanyaan kepada Datuk Baha (Zain) sendiri, pada zaman dahulu zaman Datuk Baha (Zain) sendiri, saya mungkin generasi yang keempat atau kelima yang mengenali Dewan Budaya dimana pada waktu Datuk Baha (Zain) penulis dan pelukis seiring untuk memerdekakan negara kita dan mewujudkan perpaduan tetapi sekarang ini penulis dan pelukis ini mereka mempunyai membawa ideologi dan identiti mereka sendiri. Saya lihat kurangnya titik pertemuan yang mengutamakan unsur-unsur perpaduan dan nilai-nilai identiti bangsa di dalam penulisan mahupun lewat karya-karya mereka. Bagaimana Datuk (Baha Zain) melihat kita boleh kembali ke zaman Datuk (Baha Zain) membantu agar ia selari dengan kehendak sekarang ini bermakna semangat nasionalisme semakin kurang dikalangan remaja dan belia, sebab saya lihat itu yang perlu diutamakan?

Baha Zain : Terima kasih saudara Rafiq, saya kira begini, zaman dahulu telah terlalu lama, tiga dekad, empat dekad dan mungkin tidak boleh kembali ke zaman itu dalam semua hal. Mengenai kebebasan saya ambil cerita Anak Alam yang saudari Hanim sebut, waktu Anak Alam dahulu giat sesama ahlinya dan kita Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memberi sokongan, ada beberapa pengkritik tidak senang dengan kehadiran Anak Alam bergiat, ada merasakan ia begitu elit, sebab mereka lebih mementingkan pengucapan peribadi daripada pengucapan sosial. Latif Mohidin, Mustapha Hj Ibrahim, Siti Zainon dan lain-lain, jadi satu keghairahan

kesenian yang luar biasa yang diucapkan oleh mereka masing-masing sehingga beberapa pengkritik zaman sebelum merdeka sangat kritis, tetapi saya sendiri mempunyai satu pendirian yang berbeza meskipun saya amat mementingkan perpaduan nasional, perpaduan masyarakat. Saya sendiri adalah pencipta dan penulis, saya merasakan itu adalah hak bakat masing-masing untuk mengucapkan diri asal tidak melanggar moral ataupun masuk ke sempadan orang lain. Kebebasan itu penting untuk memperkayakan kesenian kita asal jangan ada subversif kepada kepentingan bersama malah itu adalah caranya tradisi kesenian moden kita. Kita memperkaya dan memberi kebebasan yang besar tetapi dengan keinsafan bahawa inilah human expression yang penting untuk misi kesenian kita. Saya kira sebagai editor jangan terlalu obses, orang kata antara kepentingan social and nation kadang-kadang kita tersepit, editor harus push the boundaries.

Saya ambil satu contoh Salleh Ben Joned salah seorang penyair dan penulis, saya membawa dia menulis dalam Dewan Sastera. Saya melihat bakat tetapi agak sakit sedikit, Latif Mohidin sangat

individualistik, Salleh Ben Joned, Ibrahim Hussein, saudara Zabas dan Hanim pun apa kurangnya, seniman-seniman memang sebegitu jika tidak mereka tidak jadi seniman. Seniman pun bukan selalu anti-sosial, kita kena faham itu, kita sebagai editor kena ada banyak kefahaman atau understanding tentang kehidupan sebagai seniman sangat sensitif, bentuk pengucapan self expression. Tidak semua hasil seniman itu bertentangan dengan kepentingan sosial, di sini kebijaksanaan editor sangat penting how we attached about it. Jangan siapkan dengan pagar-pagar dan tembok yang tebal-tebal tetapi kalau nampaknya menimbulkan hal yang sensitif kita kena duduk bersama artis. Artis bukan hanya seorang yang kreatif tetapi seorang yang cerdik dan reasonable people bukan yang luar biasa, cuma inilah kesulitan profesion sebagai editor iaitu disamping menghormat dasar penerbit. Jika tidak penjelasan itu akan mati, ianya tidak akan membawa semangat-semangat dan pemikiran-pemikiran yang baru. Sebab itu saya menggalakan ruang Dewan Budaya memberi ruangan polemik ada pro dan kontra, jadi jangan ada pro sahaja dan kontra sahaja, di situ baru orang akan dapat manfaat dari ruang-ruang di Dewan Budaya akan menjadi daya tarikan lebih ramai orang. Kalau tidak jangan baca ia akan menjadi klise, apabila majalah atau seniman sendiri menjadi klise saya tidak tahu apa untuk menjawapnya. Namun zaman saya telah lampau, sekarang ini ramai bakat-bakat baru dengan doktornya, peguamnya yang lebih international (pengalaman) Zaman saya tak ramai yang keluar negara pun, kita berlegar-legar di sini ini sahaja, kita punya hanyalah semangat sahaja dan ilmu tidak sehebat seniman-seniman sekarang, daripada segi exposure seniman sekarang lebih hebat dan lebih global daripada dahulu. Jadi saudara sebagai editor mempunyai masalah dan kesulitan yag lebih besar.

Faizal Sidik : Ada soalan lagi? Saudari Intan (Rafiza) mungkin ini soalan yang terakhir saya rasa.

Intan Rafiza : Assalamuaalikum dan selamat tengah hari nama saya Intan Rafiza, Kurator daripada Balai Seni Visual Negara. Saya tertarik tentang pernyataan oleh Datuk Baha (Zain) bagaimana menyediakan ruang kreativiti kepada penulis atau pelukis sepatutnya menjadi platform kepada seniman dalam satu ke arah kreativiti. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut daripada Datuk Baha (Zain) dahulu sebagai seniman dan sasterawan (budayawan), apabila kita bercakap tentang pengkritik itu menyoal tentang ruang kreativiti dan critical thinking itu yang pada pendapat saya dan bagaimana critical thinking itu pada waktu dahulu (berlaku) dan sekarang adakah pada waktu itu iaitu waktu Datuk Baha Zain aktif dalam arena penulisan dengan rakan-rakan yang lain dalam era itu. Adakah terjadinya apa-apa momen yang masuk campur daripada pihak pemerintah tentang hal-hal yang dianggap mungkin menghasut ataupun mempersoalkan beberapa polisi dan adakah ia pernah menjadi satu bentuk polemik dan yang dibincangkan dalam ruang yang lebih sihat dalam bentuk penulisan dan sebagainya?

Baha Zain : Terima kasih, saya sebenarnya beruntung berpengalaman sebagai penulis, ya barangkali sebagai penulis, editor dan penerbit. Sewaktu saya menjadi editor di Dewan Bahasa (dan Pustaka) satu hari Ketua Pengarah memanggil saya dia kata seorang profesor ini telah mengadu kenapa saya terbitkan satu artikel, yang dia katakan pemikiran-pemikiran (penulisan yang terbit) adalah pemikiran dia itu adalah pelajarnya yang tulis, dia melaporkan kepada Ketua Pengarah. Saya sebagai editor saya harus mengambil tanggungjawab, saya kata begini, saya tidak tahu yang tulisan (yang terbit) ini profesor itu yang buat, sebab nama pengarang (telah) ada di situ, kalau dia tidak menulis saya tidak tahu, tetapi tidak mengapalah saya katakan dan saya tidak akan minta maaf tetapi saya bagi ruang untuk profesor itu menjawap apa yang diterbitkan itu adalah pemikiran dia, itu adalah salah satu jalan saya. Kedua,

Page 10: senikini#23

10

Sasterawan Negara Datuk Baha Zain bersama En Haned Masjak (Ketua Pengarah BSVN), Faizal Sidik (Kurator Penerbitan), Zainol Abidn Shariff (pensejarahan seni dan penulis) dan Pn. Zanita Anuar (Timbalan Pengarah Operasi BSVN).

Diuruskan Oleh:Dengan Kerjasama:

Anjuran Bersama: Dengan Sokongan:Anjuran:

saya bercakap dengan Ketua Pengarah, minta maaf cakap kalau saya profesor itu, saya gembira kalau anak murid saya pandai yang menggunakan pemikiran-pemikiran saya. Ilmu ini kadang-kadang ini orang kata ethic academic Barat yang bagi kredit pada pemikiran-pemikiran yang dikutip. Tetapi saya kira dalam dunia Allah yang Maha Pemurah ini kalau saya jujur saya tidak perlu acknowledged academic ethic dan profesional dia. Akhirnya dia tidak berani jawap, jadi lepas saya punya tanggungjawab, sebab saya bagi ruang kepada dia menjawap.

Kemudian saya menerbitkan majalah Era, saya jadi editor dan seorang kawan saya menulis mengatakan korban di Mina itu membazir, saya sudah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya serta pegawai Kementerian Dalam Negeri dan pegawai Jabatan Agama yang tidak senang (dengan tulisan) itu mencadangkan saya memohon maaf, saya katakan tidak, saya bagi ruang supaya jabatan agama menjawab apa yang tidak betul supaya masyarakat tahu dan pembaca saya tahu, dicadangkan supaya majalah saya itu diharamkan, jadi isu-isu begini yang saya (harungi). Sebagai satu contoh lagi, Hishamuddin Rais aktivis PKR (Parti Keadilan Rakyat) sewaktu dia di England dia menjadi penyumbang majalah Era saya setiap bulan dan Hishamuddin melaporkan Lorrain Esme Osman yang lari ke London pasal skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance), tetapi walaupun Hishamuddin lari dari Malaysia namun dia menyumbang. Saya disarankan oleh Kementerian Dalam Negeri supaya jangan terbitkan, jadi saya buat keputusan dari segi keselamatan negara dan sebagainya. Saya sendiri sebagai penulis dan penyair pernah diserang oleh satu dua orang, tetapi saya tidak pernah jawap sebab apa sahaja saya tulis terutamanya puisi, saya tidak akan mempertahankan. Jika ada seribu yang membaca puisi saya, saya akan izinkan seribu tafsiran, itu adalah puisi penerbit, itu adalah hak peribadi. Kalau saudara buat lukisan dan saya terjemahkan begini saudara tidak boleh marah saya, itu hak saya sebagai peminat viewer jangan marah saya jika saya salah tafsir, saya kira itu terjemahan. Baru-baru ini saya ditanya melalui satu sidang media dimana pada masa itu puisi saya digunakan oleh Fauziah Nawi dalam teater ‘Topeng-Topeng’ apakah saya setuju, tak setuju, kecewa. Saya menulis puisi dalam bentuk puisi untuk apabila diterbit itu bukan lagi adalah hak saya untuk mentafsirkan. Kalau saya sebagai penulis tidak mempunyai kebebasan saya pun perlu memberikan seniman lain untuk mempunyai kebebasan. Jadi saya tidak menganggu satu pun apa yang Fauziah Nawi hendak buat, boleh tanya dia sepatah pun saya tidak (ganggu), digunakan puisi-puisi saya, digunakan buku binatang-binatang itu pementasannya satu patah pun saya tidak (ganggu) itu saya serahkan kepada dia. Jadi harus ada pada seniman kita jangan melatah kecuali dia ia melibatkan peribadi, itu kita kena mempertahankan.

Pengalaman saya ada seorang pengkritik menuduh saya menggelapkan penulisannya, menuduh saya itu satu tuduhan yang merbahaya, sebagai bukti saya kena bersihkan nama saya. Dia menulis surat dan minta maaf dan saya maafkan. Penulis dan editor berhadapan ribuan kata yang merbahaya dan juga boleh membina, jadi kita kena kawal. Saya sekarang ini diterima menulis dalam Dewan Sastera (penulisan) pendek sahaja tidak panjang, saya tahu orang bosan menulis panjang-panjang, saya membaca 4 kali baca baru saya hantar, takut menyinggung orang baru saya hantar.

Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain) atas pengalaman bukan sahaja berhadapan dengan penulis buku Modern Artists of Malaysia malahan pelukis, seniman dan pengkritk beliau. Sebuah buku bukan hanya sebagai buku tetapi ia boleh bercerita mengenai politik, ekonomi, sosial dan budaya. Buku dan pameran itu sebenarnya meliputi masyarakat yang berada di dalamnya. Sekian, terima kasih.

*Sebarang komentar boleh dihantar kepada [email protected]

Page 11: senikini#23

11

M alaysian Contemporary Art Tourism (MCAT) 2014 sekali lagi berfenomena buat para seniman

tempatan dan mapan, berkarya dan berpameran di seluruh gedung seni dan galeri meraikan cinta yang sekian sentiasa terpendam rindu. Tahniah dan pujian harus diberikan buat angkatan Rajawali Art Groupe Internationale, menghijrahkan budi, ruang dan masa buat seniman tempatan sekitar Kuantan dan Pahang serta seluruh tanahair khususnya menvisualkan Pameran LimaLimaLima 555 di Galeri Rajawali, Kuantan pada 27 September 2014.

Seniman dan masyarakat harus berinteraksi dalam ruang sistem yang terbuka agar masyarakat sekeliling akan agar proses kesenian itu berlaku secara jalinan rangkaian sosial. Guetzkow (2002) melihat bagaimana hubungan akrab antara seniman dan masyarakat mampu dan saling berinteraksi dalam pembinaan jalur hubungan sosial masyarakat. “When speaking of “the arts” do we refer to individual participation

(as audience member or direct involvement?), to the presence of arts organizations (non-profit and for-profit?) or to art/cultural districts, festivals or community arts? When speaking of “impact,” do we refer to economic, cultural or social impact; do we refer exclusively to direct community-level effects or do we also include individual- and organizational-level ones? By “communities,” do we mean regions, cities, neighborhoods, schools or ethnic groups?”. Kesinambungan hubungan interaksi seni dan masyarakat ini mampu membina karisma sosial yang berinovasi, intelektual, kesamarataan pelbagai bidang kehidupan. Kesalingperluan ini adalah inspirasi kepada pembinaan negara bangsa yang bertamadun seperti yang telah berlaku sejak zaman ketamadunan lama di Mesir lagi. Mereka memperkasakan tamadun Mesir dengan membina empayar keseniaan dan seni bina yang teragung dalam tamadun manusia. Rajawali Art Groupe Internationale bukan suatu kumpulan seni yang asing dalam seni visual Malaysia. Mereka bergerak dan membangun secara aktif bersama kumpulan-kumpulan seni yang lain. Gagasan seni untuk masyarakat adalah satu laungan jiwa berkomuniti yang meletakkan seniman dan penduduk sekitar saling berinteraksi membentuk budaya murni kemasyarakatan. Tjetjep (2000) juga melihat bahawa

dengan menempatkan atau memilih kreativitas sebagai aspek penting dalam kehidupan manusia -sebagai pedoman untuk memenuhi keperluan hidup maupun dan sekaligus menghadapi sumber lingkungan yang senantiasa berubah--, maka secara langsung maupun tidak langsung kita telah memihak ke masa depan. Kita didorong untuk menciptakan yang baru, mengadakan pembaharuan bahkan dari yang baru itu sendiri; berkreasi dan berekreasi dengan kesedaran untuk meninggalkan yang lapuk dan berbau usang.

Antara 555 Dan LimaLimaLima

LimaLimaLima (555) menjadi judul bual pameran, sengaja memusingkan akal dan fikiran, menaikkan syak dan wasangka, menerbitkan cetusan nurani, berahi pada soalan-soalan lazim konteks sosial budaya; buku hutang 555, rokok 555, atau karya yang harus diberi nilai dalam Ringgit Malaysia sebanyak RM555.00 dan ke bawah atau sebaliknya. Istilah-istilah ini membawa kepada permainan akan dan jiwa menerusi karya-karya lukisan, catan, arca, cetakan, fotografi yang menafaskan diri di ruang kerdil Galeri Rajawali menjadi tontonan khalayak yang hadir dam pelbagai genre. Kejelasan tentang soal bentuk dan makna diilhamkan dalam karya melalui pelbagai bahasa dan seloka media yang rata-rata menggunakan media campuran dan konvensional. Alam sekeliling kita adalah visual semulajadi yang harus kita terokai. Kita membina makna, memancarkan ilham melalui komunikasi visual di sekeliling kita. Kita pegun kepadaNya, dan sikap kesukaan kepada keindahan itu telah menyerap dalam budaya kehidupan harian kita. Rupa karya daripada ketaksuban realis pembawaan era sebelum pasca hingga kepada seni abstrak dan pop melontarkan dalam nada yang bersahaja, memberikan imbangan kepada tahap keintelektual pengkarya yang menyertai pameran ini. “The world we inhabit is filled with visual image. They are central to how we represent, make meaning, and communicate in the world around us. In many ways, our culture is an increasingly visual one.” (Sturken dan Cartwright 2004).

Kepekaan para pelukis nyata telah mencetuskan polimik dalam masyarakat terhadap isu-isu sosial, agama, sistem hidup, pendidikan, aktiviti harian, tragedi, dan sebagainya. Semua isi ini digarap dengan penuh cermat dengan gaya bahasa

visual setiap genre. Kepelbagaian latarbelakang pendidikan setiap pelukis nyata menghairahkan acara seni santai ilmiah. Kemeriahan berpameran ini harus berlangsung secara berterusan dan berdaya hayat agar generasi muda dan masyarakat sekeliling boleh menerima bahkan mampu memenuhi ruang-ruang acara seni secara berterusan, tidak perlu belanja yang besar, yang mustahak isi dan pengisiannya. Taman Cenderawasih Kuantan menjadi saksi, kehadiran mereka menerbitkan cinta, membaca setiap babak kata dan warna memancarkan kemerduan jiwa muda dan anggun di setiap penjuru galeri Rajawali. Meninjau secara umum karya-karya yang dipersembahkan, nyata kematangan setiap pelukis yang terlibat harus diberi peransang, 555 tiada pertandingan tapi bermatlamat untuk berpameran, berkongsi idea juga mengukur pengalaman mereka secara peribadi dan idealis, dalam rasa tua dan muda, warna kulit dan nama bukan gaya pengukuran status sebenar. Karya harus dirangsangkan dengan ilmu dan akal yang waras, ilham akan terus terbit memancarkan idea-idea yang boleh dikongsi keceriaan dan kedukaan sang pelukis, memahat setiap nadi yang bersumberkan alam dan kemasyarakatan juga Tuhan yang maha Esa. Semoga kelestarian 555 menjadi inspirasi dan wadah kesenian yang memperkasakan kemasyarakatan dan memurnikan akal-akal yang bijaklaksana.

Melestarikan Minda Dalam “Dalam Baju Ada Taman Dan Dalam Taman

Bunganya Dalam Aku Ada Dia dan Dalam Dia Kita Ada Semua”

- M. Nasir

“Saya bemimpikan sebuah lukisan, dan saya lukiskan mimpi itu”

- Vincent Van Gogh Persembahan Pameran 'LimaLimaLima 555'.

Pameran LimaLimaLima 555 di Galeri Rajawali, Kuantan.

| Fairus Ahmad Yusof

MC

AT

PAH

AN

G

Diuruskan Oleh:Dengan Kerjasama:

Anjuran Bersama: Dengan Sokongan:Anjuran:Majlis Pelancaran Festival Pelancongan Seni Kontemporari

Malaysia (MCAT) Negeri Pahang pada 24 Sept 2014, bertempat

di Kompleks Yayasan Pahang yang dirasmikan oleh wakil YAB

Dato Sri Diraja Hj Adnan bin Yaacob Hj Yaacob, Menteri Besar

Pahang. Seramai 50 artis telah menyertai 'Pameran Utama

1MCAT' Peringkat Negeri Pahang yang terdiri dari Pensyarah IKIP,

Rajawali Art Studio dan Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu

Negeri Pahang (SENIKA).

24 OCT MCAT Pahang, Kompleks Yayasan Pahang

Page 12: senikini#23

P ersatuan Seni Visual Sabah dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Balai Seni Visual Negara dan Balai Seni Lukis Sabah telah menganjurkan Program Garisan Landasan Sabah 2014. Tujuan pengembaraan menaiki keretapi ini adalah sebahagian dari langkah mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 menerusi keunikan sistem pengangkutan keretapi negeri Sabah sebagai produk pelancongan kepada pengunjung di dalam dan luar negara.

Program yang julung-julung kali diadakan di negeri ini merupakan gabungan 75 penggiat seni yang terdiri daripada pelukis, penulis dan jurufoto tanahair termasuk 6 penyertaan antarabangsa memulakan pengembaraan menaiki keretapi yang bermula dari stesen Tanjung Aru menuju ke arah selatan melalui tanah datar ke stesen Beaufort sejauh 85 kilometer. Di perkarangan stesen Beaufort peserta meluangkan masa melakukan aktiviti melukis dan membaca puisi bersama warga daerah Beaufort di samping mendengar taklimat panduan keselamatan keretapi.

Dari stesen Beaufort, perjalanan keretapi menuju ke Tenom sejauh 49 kilometer dengan mendaki kawasan tanah berbukit setinggi kira-kira 170.6 meter dari paras laut. Perjalanan tersebut dapat merasai pengalaman baru kepada penumpang kerana pemandangan yang sangat menarik di sepanjang Sungai Padas. Peserta mengambil kesempatan melakar dengan pelbagai gaya dan medium untuk merakam keindahan pemandangan tersebut.

Pada penghujung program diadakan Malam Apresiasi Seni yang menyaksikan penyair-penyair mendeklamasikan sajak dan lagu-lagu puisi, persembahan bicara berirama daripada Badan Bahasa Tenom dan menariknya persembahan pada malam itu turut diserikan oleh artis terkenal tanahair Sani Sudin daripada kumpulan Kopratasa. Perasmian penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Kamarlin Haji Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan.

Peserta program telah menghasilkan karya dalam bentuk visual lakaran, fotografi dan penulisan. Hasil karya pelukis dan jurufoto adalah berdasarkan pengalaman di dalam keretapi di samping dapat merakam keindahan alam dan aktiviti budaya serta kemasyarakatan di sepanjang landasan dan hentian keretapi. Manakala penulis menterjemah cetusan rasa menerusi puisi dan catatan pengembaraan. Hasil daripada program ini, setiap karya peserta akan didokumentasikan melalui penerbitan buku selain dipamerkan untuk tatapan umum.

Penyelaras program, Mohammad Puad bin Bebit menjelaskan program seumpama ini berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan seni dalam kehidupan berbudaya. Dalam kehidupan seharian kita mempunyai hubungan rapat dengan seni, tidak kira sebesar mana peranannya dalam kehidupan, seni itu dilihat sebagai satu keperluan hidup. Katanya lagi, program ini diharap dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang memandangkan ianya sangat bermanfaat di samping sambutan yang menggalakkan dari semua pihak.

| Mohd Sawari Rahim

Kembara Keretapi GARISAN LANDASAN SABAH 2014

Peserta bergambar di Stesen Keretapi Tenom.

Mohammad Puad Bebit (Kiri) penyelaras program memberi penerangan tentang hasil lakaran-lakaran pelukis kepada Datuk Kamarlin Ombi.

Lakaran penuh makna oleh pelukis terkenal Ahmad Shukri Elias ketika gerabak merentasi kampung Kinarut Papar.

Lakaran pen dan dakwat oleh Syahrul Niza Zaini.

Aktiviti lakaran di dalam gerabak keretapi perjalanan ke Tenom.

David dan Theresa antara peserta antarabangsa menjadikan alam semulajadi sebagai subjek lakar.

Sesi penerangan sebelum berangkat.Stesen Keretapi Beaufort.

MC

AT

SABA

H12

Page 13: senikini#23

| Syahrul Niza Zaini

MCAT NEGERI DI BAWAH BAYUProgram Garisan Landasan Sabah yang diadakan

telah mencetuskan rasa ingin tahu penulis tentang perkembangan seni lukis di Sabah dan Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS). Persatuan Seni Visual Sabah merupakan sebuah persatuan sukarela yang didaftarkan pada 27 Ogos 2004. Penubuhan persatuan ini adalah untuk menggerakkan pelukis Sabah dalam merancang dan menyertai pameran yang diadakan di dalam dan di luar negeri.

Charles Mawan sebagai pengerusi PSVS berperanan membawa hala tuju persatuan dengan merancang beberapa pameran, seminar dan aktiviti seni kepada ahli persatuan. Beliau dibantu oleh Fuad Bebit sebagai naib pengerusi PSVS dalam menggerakkan matlamat persatuan serta menggerakkan program dan lawatan seni bagi mendedahkan pengalaman baru kepada setiap ahlinya. PSVS turut dianggotai oleh Christianne Goonting, Haleza Kimin, Allbendoy Widin, Maduni Majidin, Husman Razak, Sawari, Halim Moksin, Daiman Bona, Datu Ruslan Sulai, Hassan Majidin, Rohasmezan, Affandi Yubah, Abdul Mark, Awang Azmi dan Sawir Dualis.

Kebanyakan karya seni lukis pelukis di bawah bayu ini tercetus daripada keindahan alam fauna dan ikon budaya yang terdapat di negeri Sabah. Subjek-subjek yang bertemakan budaya seperti lukisan sawah padi, lanskap, bunga rafflesia, periuk kera, orang-orang tua, kampung-kampung, monyet belanda, orang utan dan gunung kinabalu merupakan subjek yang kerap dihasilkan dalam karya seni pelukis.

Pengembaraan menaiki keretapi dari Tanjung Aru ke Tenom dalam Program Garisan Landasan Sabah telah membuka pengalaman baru kepada penulis dan peserta program dalam merakamkan lakaran keindahan Sabah, kehijauan flora dan keunikan budaya masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Perjalanan keretapi turut melewati laluan bukit bukau, sungai, hutan dan desa. Eksplorasi melakarkan lakaran spontan diiringi bacaan puisi ini disertai oleh 70 orang peserta dan pelajar.

Lawatan Pengerusi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Dato’ Mahadzir Lokman bersama pelukis-pelukis yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah telah memberi peluang kepada pelukis dalam menyuarakan harapan kepada pihak Balai Seni Visual Negara dalam membantu aktiviti pelukis di Sabah. Pihak BSLN menyatakan beberapa program Festival Pelancongan Seni Kontemporari (1MCAT) akan diadakan pada 2014 bagi membantu pelukis dan penggiat seni di Sabah.

budaya tempatan. Pengisian acara-acara ini bukan sahaja memberi penekanan dan penyemarakkan aktiviti dan penghayatan seni visual semata, sebaliknya turut sama meneroka, menemui dam

memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan yang baru disetiap

lokasi terlibat.

Secara keseluruhan perancangan 1MCAT yang dilaksanakan di setiap negeri telah menyuntik keghairahan pelukis menghasilkan karya. Justeru itu, program 1MCAT ini telah memberikan lebih banyak ruang dan peluang

kepada pelukis Sabah dan pelukis tempatan melalui program pameran serta dapat mencetuskan impak dalam seni visual negara.

Diharap program yang dilaksanakan oleh pihak BSVN dapat membantu pelukis-pelukis negeri

dalam meningkatkan kreativiti, daya saing dan menyemarakkan lagi seni visual di Malaysia.

Fuad Bebit bersama pelukis-pelukis PSVS sedang menyiapkan mural di tembok besar bandar Sandakan.

Husman Razak membuat demonstrasi lukisan di majlis perasmian Bazaar Industri Seni Kreatif.

Balai Seni Lukis Sabah.

Aktiviti 1MCAT Sabah bermula dengan program Bazaar Industri Seni Kreatif yang diadakan pada 21 - 22 Jun 2014

di Dataran Dasoka Kota Kinabalu, Sabah. Program ini melibatkan pameran, jualan karya seni, demonstrasi seni graffiti,

pertandingan dan persembahan produk seni. Acara tersebut telah dirasmikan oleh

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dan turut

dihadiri oleh Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Sabah,

Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS), Balai Seni Lukis Sabah dan JKKN Sabah.

Pada 24- 28 September 2014 telah diadakan Program NBOS: Street Art Grafiti di Bandar Sandakan. Program ini melibatkan penyertaan dari sukarelawan voluntourism (NBOS) Kementerian Pelancongan dan pelukis- pelukis Sabah. Aktiviti melukis mural grafiti disepanjang tembok dan tebing penghadang pantai bertemakan ‘Street Art Grafiti Mengindahkan Bandar Sandakan’. Program ini telah menarik tumpuan pelancong dan memberikan impak pada bangunan sekitar Sandakan.

Program Khemah Seni Kiulu yang diadakan pada November 2014 telah melibatkan penyertaan pelukis dan pelajar sekolah menengah dari beberapa daerah di Kampung Kiulu Tamparuli, Sabah. Pelajar telah didedahkan tentang perkembangan seni kontemporari disamping mengikuti bengkel melukis, menghasilkan mural sekolah dan lukisan batik. Program ini diharap dapat menarik minat pelajar disamping dapat melahirkan pelukis-pelukis baru di negeri Sabah.

Pertemuan Pelukis SeMalaysia kali ke-2 akan diadakan di Sabah pada Disember 2014 dengan penyertaan beberapa orang pelukis di setiap negeri. Program 1MCAT bagi tahun ini telah mengetengahkan seni kontemporari dalam memberikan lebih makna dalam mendalami karya-karya lukisan mengikut ideologi

Mural yang dihasilkan oleh pelajar dan sukarelawan voluntourism (NBOS) di tembok tebing pantai, Sandakan.

MC

AT

SABA

H

Page 14: senikini#23

MERENTASI BUDAYA • MELINTASI ERAKEMBARA SENI YANG TERUS MEKAR

PAMERAN RETROSPEKTIF

B alai Seni Visual Negara(BSVN) amat berbesar hati dengan mengajurkan Pameran Retrospektif

Choong Kam Kow: Merentasi Budaya· Melintasi Era dari 18 November 2014 ke 31 Mac 2015, sebagai penghormatan kepada pencapaian Dr. Choong Kam Kaw, seorang pelukis yang telah aktif selama 60 tahun di antarabagsa dan seorang ahli akademik terkemuka dalam pendidikan bidang seni dan reka bentuk. Majlis ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, turut hadir bersama adalah Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara serta para penggiat seni tanah air pada 15 Januari 2015.Beliau mempamerkan sebanyak 252 buah karya yang melibatkan pelbagai jenis media dan teknik ekspresi yang telah dihasilkannya semenjak akhir 50-an. Sepanjang penglibatannya di dalam dunia seni dan bidang kreativiti selama enam dekad, beliau telah menghasilkan sejumlah 15 siri karya yang cukup

komprehensif dan benar-benar mencabar minda berdasarkan pemerhatian, respons serta reaksi beliau terhadap dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Antara beberapa tema dan subjek yang diungkapkannya dengan begitu kreatif menggunakan bahantara cat air, minyak, media campuran dan dakwat Cina ialah keindahan pemandangan Lembah Kinta tempat beliau membesar, pemandangan jalanan di Taipei dan landskap alam di Taiwan di mana beliau menimba pendidikan formal dalam bidang kesenian di sebuah universiti di sana sekitar akhir 1950-an, dan kecantikan bentukan batu-batan di kawasan Endau-Rompin dan Taman Negara Bako yang dilihat ketika kembara ekspedisinya ke hutan rimba tersebut pada 1980-an.

Siri Shaped Canvas, dengan karya-karya bermedia akrilik yang merangsang minda yang menyorot keindahan industri dan siri SEA-Thru, dengan karya-karya bermedia campuran dalam bentuk timbul berciri abstrak yang menggambarkan konsep Ying & Yang di samping hubungkait di antara jisim fizikal dan ilusi optikal, merupakan dua siri paling penting di dalam Pameran Retrospektif beliau ini yang memaparkan gagasan vanguardisme gaya konseptual. Kehadiran kedua-dua siri ini memperlihatkan

satu titik perubahan dalam perjalanan kreatif beliau hasil daripada pendedahannya terhadap seni kontemporari sepanjang berada di New York pada era 1960-an.

Pameran ini juga mempertontonkan karya-karya terbaik dari siri Festival yang menampilkan nilai-nilai tradisional serta semangat muhibah masyarakat setempat menerusi pentafsiran semula ke atas bentuk-bentuk kueh-mueh tempatan, seperti pulut panggang, ketupat, otak-otak, anggu dan zhongzi (chang), dan lain-lain objek serta artifak yang ada kaitan dengan sambutan perayaan.

Lain-lain karya termasuklah lukisan-lukisan dari siri Kungfu yang memaparkan pelbagai gerakan serta jurus kungfu, dan lukisan-lukisan dari siri Dragon yang menonjolkan imej-imej berkenaan naga, yakni simbol kekuasaan, kekuatan dan kreativiti yang amat diminati artis.

Lakaran pelan lantai pameran.

Persedian pameran oleh Bahagian Penyelidikan dan Pameran di studio pelukis.

Proses penyediaan inventori oleh Bahagian Penyelidikan.

Siri The Shaped Canvas (1969-1972).

Panorama pameran Retrospektif Choong Kam Kow di Galeri 2A Balai Seni Visual Negara.

| Kumpulan Kuratorial BSVN

14

Page 15: senikini#23

Dr. Choong percaya bahawa media, proses dan teknik yang dipakai oleh seseorang artis dapat mempengaruhi sifat serta mutu karyanya. Cara betul mengendali bahan dan proses akan mempertingkatkan kualiti sesebuah karya. Beliau lebih gemar berkarya dari satu siri ke satu siri kerana pendekatan sebegini memberikannya cukup ruang dan peluang untuk melakukan inovasi agar beliau dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.

Kaedah pengkaryaannya selalunya tidak mengikut mana-mana kaedah yang lazim, namun hasilnya cukup inovatif. Sepanjang kariernya, beliau giat berusaha menggabungkan dua atau lebih teknik, media dan proses pengkaryaan untuk mencipta karya-karya dengan kesan-kesan yang menarik dan ekspresi serta manifestasi yang unik. Di awal penglibatannya, seperti yang dapat dilihat pada siri-siri Kinta dan Formosa, beliau menggabungkan medium cat air dengan dakwat Cina di atas kertas cat air dan kertas xuan Cina. Siri Beautiful Riverside memperlihatkan bukan sahaja keindahan pemandangan dan suasana di tepi sungai tetapi juga cara hidup masyarakat di kawasan desa.

Di dalam siri New York, beliau menggunakan roller lembut dan berus cat minyak bersaiz lebar untuk mengolah bentuk-bentuk geometri berwarna terang dan menghasilkan permukaan bersifat taktil di atas kanvas-kanvas berukuran besar, di mana sebahagian permukaannya telah ditempel terlebih dahulu dengan butiran pasir kasar. Sekitar penghujung 1960-an, beliau mengaplikasi olahan-olahan geometri abstrak, yang dihasilkannya dengan menggunakan kaedah modular untuk mencantum kepingan-kepingan kecil kanvas, bagi menggarap karya-karya non-konvensional dalam siri Shaped Canvas yang cukup terkenal itu. Beliau mengambil pendekatan sebegini agar dapat mengungkap cita keindahan dan sistem industri. Untuk siri SEA-Thru pula, yang dihasilkannya pada awal 1970-an, beliau menebuk lubang-lubang segiempat di atas panel-panel kanvas berelemen cetak timbul untuk mengekspresi konsep Yin & Yang serta perkaitan di antara jisim fizikal dan ilusi optikal sepertimana yang dianjurkan oleh fahaman Daoisme dan falsafah Yi-Jing (I-Ching), yakni Kitab Perubahan.

Sekitar pertengahan 1970-an, konsep pengkaryaan beliau beralih kepada melibatkan proses mentafsir semula bentuk-bentuk kueh-mueh dan artifak tradisional serta objek-objek yang mempunyai kaitan dengan perayaan masyarakat tempatan bagi mengungkap keceriaan sambutan perayaan dan juga semangat perkongsian yang sudah menjadi amalan sebati serta satu elemen penting dalam cara hidup rakyat Malaysia. Beliau menggunakan kertas buatan sendiri sebagai komponen asas, membuat model pulut panggang dan otak-otak daripada pulpa kertas, dan mengolah replika kuih ketupat dan kuih anggu dengan acuan kek, lalu mengatur kesemua bahan ini di atas permukaan kertas buatan tangan untuk menghasilkan karya asemblaj berunsur relief bagi menzahirkan konsep sambutan perayaan dalam masyarakat majmuk kita.

Sebagai respons kepada kempen anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia pada 1980-an, Dr. Choong mengikuti ekspedisi menjelajah kawasan hutan rimba di Endau-Rompin dan Taman Negara Bako. Ekspedisi ini bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat, menerusi karya-karya lukisan yang memaparkan keindahan alam, terhadap peri pentingnya memulihara alam sekitar. Pembabitannya di dalam ekspedisi tersebut telah mengilhamkan beliau untuk menghasilkan arca-arca cendawan lingzhi berukuran besar dengan menggunakan pulpa kertas. Arca-arca ini kemudiannya disusun secara berulang-ulang untuk menggambarkan idea berkenaan kitaran hayat yang diperhatikannya wujud pada warisan alam.

Beliau sekali lagi menggunakan mesin penyembur cat untuk menyembur warna ke atas kanvas dan kertas buatan tangannya yang berselirat dengan jalinan dalam siri-siri Rhythm of Growth, Rockscape dan Earthscape untuk mendapatkan kesan-kesan 2-D dan 3-D pada karya-karya beliau itu. Kemudian, beliau bereksperimen menggabungkan teknik cetakan suterasaring dan lukisan tangan bagi membolehkannya mengadun imej-imej dan sapuan-sapuan yang diolah secara manual dengan bentuk-bentuk yang sedia ada dan teks-teks cetakan yang lama lalu menjana kesan-kesan serta ciri-ciri warna yang unik dalam siri-siri Dragon dan Kungfu.

Karya-karya ciptaan Dr. Choong sentiasa menonjolkan kemantapan gaya tersendiri hasil daripada usaha gigihnya mengeksplorasi, bereksperimen dan memanfaatkan berbagai-bagai bahan, kaedah dan proses. Beliau menegaskan yang pengkaryaan seni tidak boleh sesekali dilakukan seperti dibuat-buat. Kehidupan berseni dan kreatif itu sendiri merupakan satu perjalanan yang sentiasa bermekaran. Malahan pada usianya yang sudah menjangkau 80 tahun, beliau masih terus bereksplorasi dan mencipta siri-siri karya yang serba baru dan mengagumkan.

Dr. Choong memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari National Taiwan Normal University pada 1961, dan Ijazah Sarjana Seni Halus dari Pratt Institute di New York, Amerika Syarikat pada 1968. Beliau dianugerahkan Biasiswa Fulbright pada 1965 untuk mengkaji seni moden di Amerika Syarikat, dan Biasiswa Fulbright-ACLS pada 1980 untuk menyelidik seni kontemporari di sana. Pada 2006, beliau menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesenian dari Robert Gordon University, Scotland atas sumbangbakti beliau dalam bidang seni halus dan pendidikan seni dan reka bentuk. Di samping Anugerah Fulbright Hays yang cukup berprestij, Dr. Choong turut memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan seni lukis, termasuklah Hadiah Pertama (lukisan) dan Hadiah Kedua (cat air) di Pameran Seni Virginia, Hadiah Kedua (landskap) di Pertandingan Seni Lukis PNB, dan Hadiah Ketiga di Pertandingan Seni Lukis anjuran Association of Bank.

Setakat ini, Dr. Choong telahpun mengadakan 18 pameran solo di pelbagai muzium dan galeri seni, termasuklah di Fukuoka Asian Art Museum, Jepun, Guangdong Museum of Art, China, Taipei Fine Arts Museum dan National Taiwan Museum of Fine Arts di Taiwan. Beliau juga telah terlibat di dalam lebih daripada 100 pameran seni yang penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau sekarang memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Pelukis Asia peringkat Malaysia. Beliau pernah menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dari 2005 hingga 2009, dan Jawatankuasa Perolehan dari 2002 hingga 2006.

Karya-karya beliau terdapat di dalam koleksi-koleksi Balai Seni Visual Negara, Malaysia; Metropolitan Museum of Art, New York City, Amerika Syarikat; Fukuoka Asian Art Museum, Jepun; Singapore Art Museum; National Taiwan Museum of Fine Arts dan Taipei Fine Arts Museum, Taiwan; Frederikshavn Museum of Art, Denmark; Guangdong Museum of Art, China; Kyushu Sangyo University Art Museum, Fukuoka, Jepun; Art Museum of Guangzhou Academy of Fine Arts di University City, Guangzhou, China; pelbagai institusi serta korporat awam dan swasta, dan pengumpul-pengumpul persendirian. Pembelian karya-karya beliau oleh berbagai-bagai muzium seni di Asia dan Eropah membuktikan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap pencapaian beliau sebagai artis.

Dr. Choong memulakan kariernya sebagai artis dan juga guru seni lukis di beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar akhir 1950-an dan awal 1960-an sebelum beliau pergi ke Amerika Syarikat sebagai artis pelawat di bawah tajaan Biasiswa Fulbright pada pertengahan 1980-an. Dr. Choong pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Seni di Sekolah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, New York City (1966-1968); pensyarah, tutor Kursus di Jabatan Seni Halus dan pensyarah kanan, ITM (sekarang UiTM; 1969-1989); Dekan Fakulti Seni Halus di LASALLE-SIA College of the Arts, Singapura (1989-1994); dan Naib Presiden (1995-1999) serta Presiden/CEO (2000-2009) Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang artis, Dr. Choong banyak terdedah kepada dan terpengaruh dengan gaya-gaya Ekspresionisme Abstrak, Pop Art, Hardedge, Konseptualisme dan gerakan seni antrabangsa ketika tinggal di New York pada 1960-an dan awal 1980-an. Sepanjang kariernya sebagai artis, beliau telah melalui proses menyerap pelbagai gaya estetika dan juga mengekalkannya, dan pada masa yang sama, tekun melibatkan dirinya di dalam proses mengeksplorasi dan menerapkan pengalaman-pengalaman dirinya ke dalam karya-karya seninya.

Karya-karya ciptaan beliau mencerminkan usaha tanpa hentinya untuk mengkaji dan menyelidik budaya dan sejarah, teori dan praktis, kemanusiaan dan aneka persoalan, teknik dan media. Beliau berjaya menyelami semangat intelektual sezaman dan zaman seterusnya, dan menggunakannya sebaik mungkin untuk meneliti persekitaran budayanya, lalu mengintegrasi serta mensintesiskannya bagi mencanai makna-makna dan nilai-nilai baru dalam pengkaryaan seninya.

Penyelidikan kuratorial di studio pelukis.

Sesi fotografi karya-karya pameran oleh Bahagian Dokumentasi.

Model pelan pameran di Galeri 2A.

Siri Earthscape (1992-1994).

15

Page 16: senikini#23

A l Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Negeri Terengganu meninggalkan

khazanah permata budaya untuk kita semua melalui lensa kamera merakan gerak nadi Negeri Terengganu seawal tahun-tahun 50-an dan 60-an. Minat baginda yang mendalam dalam bidang fotografi mempamerkan kemahiran dan ketelitian menggunakan kamera serta manafaat cahaya serta suasana alam menghasilkan kreativitinya.

Lebih jauh dari itu baginda memiliki makmal tersendiri yang lengkap serta mempunyai ruang masa yang khusus bekerja mencetak hasil sentuhan baginda dalam rupa hitam putih. Oleh kerana itu baginda merupakan peneroka peringkat awal menyusun kehidupan alam-manusia Negeri Terengganu serta perintis dalam bidang fotografi pada zamannya.

Kepekaan serta cakna baginda kepada kehidupan rakyat, aktiviti sezaman serta lanskap alam sekitar menjadi bahan utama menggunakan lensa kamera diolah dengan kemahiran pandangan manipulasi cahaya menghasilkan visual yang sangat berkesan dan bermakna. Ke mana sahaja baginda berangkat mencemar duli; di dalam mahupun di luar negari, menyelami suka duka rakyat, menyelesaikan kerumitan negeri dengan anugerah dan kurnia segala-galanya itu terakam penuh keindahan dan makna dalam cetakan hitam-putih sebagaimana yang dimaksudkan.

Ketika mencemar duli berangkat mendekati kehidupan rakyat jelata di seluruh ceruk rantau negeri Terengganu umpamanya, perhatian baginda cepat sahaja merasai denyut nadi penduduk Wakaf Tok Yeh yang membawa barang-barang dagangan mereka untuk dipasarkan. Wanita-wanita rajin dan bekerja keras menjujung bakul dimuatkan dengan tikar mengkuang, buah-buahan tempatan menjadi sasaran lensa baginda. Keanggunan wanita berkain batik dan berbaju kebaya memperlihatkan gambaran budaya busana pada zamannya. Matahari pagi dengan cahayanya yang nyaman; membentuk bayang-bayang panjang menjadi kesatuan visual yang dihasilkan oleh baginda.

Sekumpulan wanita yang menunjukkan kemahiran membuat kuih-muih tempatan dalam satu demonstrasi turut menjadi ilham baginda untuk dirakamkan. Kumpulan wanita tersebut dalam foto hitam-putih yang dihasilkan bukan sekadar memperlihatkan kemahiran yang diwarisi turun temurun tetapi juga menyatakan kerjasama, ketelitian serta disiplin yang tinggi di kalangan mereka.

Semangat cintakan tanahair, cinta bangsa dan agama diperlihatkan dalam gerak silat atau lebih terkenal dengan tari perang. Diiringi dengan tepukan gong gendang dipersembahkan oleh penduduk kampung ketika baginda berangkat mencemar duli menemui rakyat. Budaya warisan turun temurun tetap terpelihara tanpa ragu dan sangsi sebagai gambaran keikhlasan khidmat untuk raja dan negeri Terengganu.

Negeri Terengganu Darul Iman terkenal dengan kampung nelayan, pukat serta perahunya. Lautan tempat mencari makan. Ada kala bergelombang ada masanya tenang. Ini juga mendapat pandangan istimewa oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah menggunakan lensa kamera baginda.

Baginda cepat sahaja merasai dan menghayati suasana perahu payang yang tersadai di pantai sebelum digunakan oleh para nelayan menongkah gelombang mencari makan. Lautan yang saujana mata memandang mengufuk ke kaki langit menjadi gubahan yang mengasyikkan dalam visual foto yang dihasilkan. Pemandangan ini dirakamkan menggambarkan budaya hidup anak negeri Terengganu yang tinggal di pantai memanjang menjadi sempadan geografi negeri itu di persisir Laut China Selatan.

Demikian keperihatinan seorang sultan yang memerintah negeri bukan sekadar menentukan kesejahteraan rakyat hanya melihat atau mendengar dari istana namun lebih jauh dari itu merasakan sendiri ketika menemui bertemu dengan mereka dalam program mencemar duli berangkat ke serata negeri.

Kesejahteraan, perpaduan, kerjasama serta keperkasaan hidup di sebuah negeri terukir dalam foto ‘kayuhan perahu’ beramai-ramai dalam satu temasya yang diadakan di Sungai Terengganu. Kemakmuran rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah serta rasa cinta kepada negeri dan bangsa. Inilah cerita indah terakam dalam setiap foto yang dihasilkan baginda. Khazanah kekal ini pastinya melonjakkan nama negeri Terengganu dengan kata-kata ‘Negeri cantik, budaya menarik’ itu.

Dalam sejarah minat baginda dalam bidang fotografi; Sultan Ismail Nasiruddin Shah menaungi program Hadiah Persatuan Fotografi Malaysia. Baginda juga menjadi ahli bersekutu persatuan Fotografi Diraja, United Kingdom. Baginda menerima anugerah kecemerlangan dalam bidang seni foto daripada Federation Internationae de L’Art Photographique sebuah badan fotografi bertaraf dunia.

TRIVIA SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sutan Zainal Abidin III diputerakan pada 24 Januari 1907 dan naik tahta pada 16 Disember 1945. Baginda ditabalkan pada 6 Jun 1949. Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke 14. Pada 21 September 1965 baginda terpilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-4 sehingga 20 September 1970.

Baginda telah berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Tengku Seri Setia Raja pada 3 April 1944.DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada 20 September 1979.

Kenangan bersama mengiring DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah melawat mangsa-mangsa banjir di Kemaman.

DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di daerah Kemaman sekitar bulan Disember 1972. Sebagai pemberita daerah untuk sebuah akhbar utama tanahair serta bersama seorang lagi pemberita iaitu Datuk Haji Harun Hassan kami turut serta mengiringi keberangkatan sultan.

Sewaktu menaiki bot bagi menyusur tebing sungai Kemaman yang dilanda banjir, kenaikan baginda telah mula bertolak meninggalkan pengkalan merupakan satu hujung alan yang telah dinaiki air. Kami serta beberapa orang yang ain masih lagi berdiri di pengkalan tersebut.

Saya membawa sebuah kamera dan Haji Harun juga membawa kameranya.

Ketika kenaikan Tuanku Al-Sultan sudah berada kira-kira sepuluh meter dari pengkalan, tiba-tiba kami mendengar Tuanku Al-Sultan Bertitah.

“Balik, balik ke tepi. Pemberita kita tertinggal.”

Kami melihat bot yang menjadi kenaikan baginda dengan dipandu oleh seorang anggota tentera berpatah balik ke pengkalan dengan titah baginda itu. Ketika bot berhenti di pengkalan saya dan Haji Harun mengangkat sembah.

“Ampun Tuanku, patik-patik berdua ada bot lain yang disediakan.”

“Tak apa. Tak apa. Naik dengan saya,” titah Tuanku Al-Sultan.

Ketika di dalam bot saya mengangkat sembah kepada Tuanku Al Sltan dan berkata, “Ampun Tuanku, patik menjujung kasih.”

Setelah lawatan selesai dan kami sudah berada di atas jalanraya yang kering, semua yang mengiringi menjabat tangan tuanku. Ketika saya berdatang sembah dan berjabat tangan baginda, Tuanku Al Sultan masih sempat memegang dan membelek kamera saya. Titah baginda, “Datanglah ke Terengganu (Kuala Terengganu), boleh tengok kamera saya dan kita cuci gambar.”

“Saya ada bilik cuci gambar,” titah baginda lagi.Sekali lagi saya mengangkat sembah dan berkata, “ Ampun Tuanku, patik menjunjuh kasih Tuanku.”

Citra Budaya Lensa Diraja

| Aripin Said

Melawat Pakistan. A Marhum tetap dengan kamera di tangan.

16

Catatan : Dianggarkan beratus-ratus foto hasil kreativiti baginda masih lagi disimpan dengan baik oleh waris baginda dan 25 daripadanya pernah dipamerkan dalam pameran khusus dan eksklusif di tanahair. Khazanah ini merupakan dokumen penting untuk Negara bangsa mekar sepanjang zaman dengan tema Citra Budaya Lensa DiRaja. Apatah lagi kreativiti ini tercetak dalam warna hitam putih menjadi asas penting dengan kemajuan foto dari kamera digital menjadi minat semua kalangan dewasa ini.

Khazanah ini juga menjadi penanda kemajuan olahan seni foto dari zaman ke zaman. Amarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyumbangkan manifestasi inspirasinya yang tidak ternilai dalam perkembangan teknolologi ini.

Perahu Payang / kolek.

Al Marhum Baginda di bilik memproses gambar di Istana Badariah.

Pesawat mendarat di Telaga Batin.

Page 17: senikini#23

It has been 10 years since Susan Sontag (b.1933-2004) passed on. Initially many

regarded her protests against the hermeneutics of art rather frivolous, she yearned for an ‘erotics of art’. The idea of ‘erotics of art’ was to respond to passion (art) with passion rather than masking the response in stoic politically correct art historical explanations. The demise of Sontag aroused concerns among the art world of the end of passionate outpourings in the stoic Western dialectics of art; now a decade after her demise , are we less passionate?

In Malaysia on February 2014 the passion of Malaysian maestro, H.H Lim in The beginning of Something at Wei-Ling Contemporary shone through as all guests were invited to complete a 24foot canvas work with Lim, but it also heralded the end of one year residency at the much loved Rimbun Dahan which triggered a nagging fear about the impending end of the Malaysia-Australia residency program that had begun in 1994.

Taste is directed only to the

external surface on which

feelings play –Hegel

The Desruptive / Habitat: 19th Residency exhibition held from 16th to the 30th March saw the works of Malaysian Sabri Idrus and Australians Claire Healy and Sean Cordeirowhich presented a charming zoo-Lego-gy of plastic fiction alongside the admirable scrutiny of Sabri’s provocations on object, time and Nature. Following our interview visit to his studio and exhibition, The National Visual Art Gallery later acquired his mesmerizing Kunang halo from this show. The work had also won the Jurors Award in the 2014 Open Show.

Undeniably there were countless good shows at mapKL Publika this year; the solo NN Gallery’s Expression of 60 years of Cheong Laitong was handsome, the annual MEA Awards exhibition had drawn great interest, but the most memorable, still talked about, contemporary group exhibition of the year, The Prudential MALAYSIAN EYE exhibition was excellent. The show curated by Serenella Ciclitira, Global Eye Programme co-founder and Royal College of Art Honorary Fellow, Nigel Hurst, Saatchi Gallery CEO ,Chang Tsong-Zung, Hanart TZ Gallery director and China Art Academy guest professor took place from 27 March to 30 April presented best works in which selected artists (Zelin Seah, Kow Leong Kiang, Ahmad Shukri Mohamed, Sabri Idrus and Anne Samat) exhibit their works in the Prudential Eye Zone show in London as part of the START Art Fair at the Saatchi Gallery in London, in June 2014. The handsome publication printed in Italy is one of the more scintillating photo perfect compilations of Malaysian contemporary art.

In April, the works of Fatimah Chik were installed beautifully alongside that of the late Syed Ahmad Jamal (b.1929-2011), and Sivam Selvaratnam (b.1937-2014 ) in the Fine Art of Fabrics exhibition at the Muzium and Galeri Seni Bank Negara. The curator Lucien or Melorinda’s dated modernist premise of recognising craft as art is meritorious. The aesthetic reunion of three masters invoked great nostalgia and was highly pleasurable to the eye.

What was most pleasurable to the mind for this year was UNPACK-REPACK: A Tribute to Ismail Hashim (1940-2013). This intimate yet curatorially laborious and comprehensive salute curated by Wong Hoy Cheong , was held from the 23 June to the 31st August at the Whiteways Arcade in Penang, and was launched by TK Sabapathy in conjunction with the opening of George Town Festival 2014 . The exhibition space was a conservators challenge in mediating heritage sites for archival shows. This Fergana Art project shall be further accessed by communities outside of Penang as it will be presented alongside NVAG’s collection of Ismail Hashim in an upcoming exhibition at the NVAG in March 2015 .Fergana Art’s Jaafar Ismail is also the one behind the artist to watch in 2014, Kamal Mustafa. The exhibition Simulations, showcases new media and paintings through a series of 22 static and ‘extended’ paintings. Dwelling on the construction of memory, history and knowledge, the show offers appendages of the award –winning director’s treatise on bended truths.

Which art exhibition blows our mind in July of 2014? Mihraj: Space Flight, I am just a Story teller. The re-discovery of grand narrative paintings, investigating the iconoclast artist (who disappeared from the art scene for two decades) and balancing artist-curatorial intentions with enourmous painting conservation duty must have fuelled the curator Amerrudin Ahmad to excell. It was exhilarating for many art lovers to be amongst the huge canvasses, to be re-acquainted with the much bemoaned appropriated artwork ‘owned’ by Redza Piyadasa, to partake of copious amounts of zikr and very exhausting to convince members of the public that Annuar Rashid painted

Hikayat Inderaputra-Burung Tukang Pandai Mendarat with the mirage of an aeroplane long before the tragic MH17 crash.

August has become the month of national persuasions of sorts for artist and curators. This year, the days nearing our national day trigger Chong Kim Chiew, Liew Kwai Fei, Low Yi Chin and Minstrel Kuik Ching Chieh, at the Lostgens space to re-question the Constitution, the policies and racism in the group exhibition “刻舟求剑 - Pulau Melayu - Lost and Found” . Pulau Melayu ( literally translates to ‘isolate the Malay’) . Although the title was promising, the forms merely reprocessed the ‘islands’ of the socio-cultural critique maestro, Wong Hoy Cheong .

The eighth edition of the international Art Expo Malaysia (AEM) has made its way into the Malaysia Book of Records as the longest-running art expo with the largest number of participants. It kept us curiously diverted and wondering if AEM will reach the RM 22 million sales target in the few days beginning September 25 at the Matrade Exhibition and Convention Centre . AEM shared with us some Miro amidst Chinese ink stars such as Li Xiaoke (son of Li Keran), Zao Wou-ki, and Yayoi Kusama also Hoshitomo Nara. The AEM’s new Special Project for the Young (SPY) space showcased 12 artists Ali Bebit, Cheng Yen Pheng, Chuah Shu Ruei, Haimiza Johan, Izzat Mustapa, Louise Low, Shaliza Juanna Alfred, T.C. Liew, Tony Mdy and Safira Rashid, Yau Sir Meng, Yim Yen Sum and Yuki Tham Yoke In. Pang Gonglai and Jia Youfu.AmBank Group is the main sponsor of this event, which was also co-funded by the National Visual Art Development Board.

November heralded a charmed response to sculpture in two absorbing programs namely the KL Art Park and For the Imaginary space : Pakhruddin and Fatimah Collection exhibition.The former paid attention to

Abdul Multhalib Musa, Lisa Foo, IM Project by Izan Tahir and Marvin Chan, Nizam Abdullah, Rahman Roslan, Sabri Idrus, Sharmiza Abu Hassan, Umibaizurah Mahir Ismail, Tey Beng Tze from the Findars Art Collective, Yeoh Lian Heng and Tsuji Lam from the Lostgens Art Collective and a Young Artists Initiative with Noor Mahnun Mohamed.

Art In The Park, curated by Senja Alias,also lent some international flavour with the works of French engraver Marie Hugo a descendant of French literary legend Victor Hugo, who played a part

in popularising the pantun form in Europe, shared her paper, ink and bamboo Pantun Forest, Indonesian sculptor Handiwirman Saputra and Filipino craft and social enterprise Rags2Riches. The impressive public exhibition, For the Imaginary Space: Selected Sculptures and Installations from the Pakhruddin & Fatimah Sulaiman Collection, curated by Rachel Jegaratnam was held at The Edge Galerie from Nov 19 till Dec 19 and allowed for a nostalgic reunion of sculptors including Sharmiza Abu Hassan, Mad Anuar, Noorazizan Rahman Paiman, Juhari Said and Multhalib Musa alongside patrons where the rest just enjoyed pondering on the aesthetic motivations of the couple.

December 2014 sees the closing of NVAG’s much extended ABSURD(C)ITY, curated by Baktiar Naim in 2013. We actually had requests from schools and tour groups to extend the show and we found that the Zulkifli Dahalan’s Kedai-kedai (1974) Tan Chin

Kuan’s the Soul under Midnight (1996) had amassed great fascination among visitors, the illusory narratives from our national collection crowned by the iconic Anthony Lau ‘s Jin Api is truly worthwhile.

New art spaces relocated in 2014 ; Philip Wong’s Artseni at Gateway Kiaramas which opened with ABC by 33 malaysian artists and Wei-Leng Contemporary relocated to the roof top on the 6th floor of the Gardens Mall with a survey exhibition by Ivan Lam in December.

All in all in 2014, Malaysian art has simply acted as Sontag’s credo : Moved on.

An Overview of Art in 2014OF TASTE AND FRIVOLITY:

| Zanita Anuar & Baktiar Naim

17

Desruptive / Habitat: 19th Residency Exhibition.

ABSURDCITY

The Prudential MALAYSIAN EYE - Contemporary Malaysia Art catalogue

'For the Imaginary Space: Selected Sculptures and Installations from the Pakhruddin and Fatimah Sulaiman Collection' at The Edge Galerie, Mont Kiara

Nizam Abdullah discussing his artwork with the Mayor of KL

UNPACK-REPACK: A Tribute to Ismail Hashim (1940-2013) catalogue.

Page 18: senikini#23

18

M alaysia mempunyai sumber budaya dan warisan yang kreatif serta luas dalam bidang

seni persembahan, seni halus, kaligrafi Islam dan penulisan Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimajukan dan diterokai. Potensi ekonomi industri budaya kreatif hendaklah terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta, selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia di semua peringkat. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi menjamin warisan dan budaya yang kita miliki ini terus dilestarikan kepada generasi yang akan datang. Ini perlu bagi membangunkan Modal Insan kelas pertama yang bukan sahaja dijana untuk mempunyai kekuatan pengetahuan yang cemerlang tetapi mampu menjana ekonomi negara secara kompetetif dengan menyeimbangkan faktor gunasama yang berhubungkait rapat dengan kekuatan nilai sains, teknologi dan nilai kekayaan budaya serta warisan yang masyarakat kita miliki.

Dalam tahun 1990-an aspek pendidikan seni visual amat kurang mendapat sambutan dan pengiktirafan daripada masyarakat. Ini kerana, dasar kerajaan Malaysia yang lebih menumpukan pendidikan modal insan yang mahir dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi kehendak pembangunan Industri Pembuatan negara. Walaupun sehingga kini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan seni visual dalam kehidupan manusia berada ditahap yang minima dalam meningkatkan identiti nasional dengan memperkukuhkan perpaduan negara, keharmonian dan integrasi kaum pelbagai promosi telah dilaksanakan bagi menyokong Industri Pelancongan Negara bagi mempromosi Malaysia di Persada Dunia. Selain itu pelbagai aktiviti dijalankan bagi memperkukuhkan, mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Seni Visual dalam pembangunan kapasiti negara bagi memastikan pembangunan berterusan dalam bidang seni visual.

Kini, peranan seni visual semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dalam pembangunan Modal Insan dan Ekonomi Negara, ini kerana Malaysia kaya dengan sumber kreatif yang menjadi tarikan utama golongan pelancong asing datang melawat Malaysia. Sumber-sumber kreatif masyarakat terdahulu dan perkembangan inovatif masyarakat terkini dapat membantu dalam mewujudkan sebuah Negara yang mempuyai identiti tersendiri dan unik serta berdaya saing dalam membangunkan Negara.

Justeru, bersempena tahun melawat Malaysia bagi tahun 2014, satu Pameran Koleksi Seni Visual Yayasan Warisan Johor yang bertemakan Warisan dan Budaya dianjurkan bagi memperkenalkan kesenian tradisional yang dimiliki oleh masyarakat kita melalui karya-karya seni visual. Hasil karya ini pastinya dapat mengembalikan nostalgia kepada masyarakat terhadap objek-objek dan imej-imej kebudayaan dan warisan yang digambarkan melalui seni visual.

Penampilan motif-motif budaya dan warisan dalam karya lazimnya tercermin menerusi gambaran aktiviti seni pesembahan, permainan rakyat, kemahiran kraftangan, motif-motif ukiran atau kerawang dan kegiatan harian masyarakatnya. Motif-motif warisan dan budaya dalam karya-karya pelukis ini sebenarnya mencerminkan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat setempatnya. Ini merupakan identiti kebangsaan yang seharusnya diketengahkan agar seluruh masyarakat dan pelancong yang datang ke negara ini mengetahui serba sedikit kebudayaan dan warisan yang kita miliki. Sejak tahun 1998 sehingga kini sebanyak 44 buah karya seni visual yang bertemakan warisan dan budaya telah dikumpulkan menjadi karya

WARISAN BUDAYA :KOLEKSI YAYASAN WARISAN JOHOR (1998-2014) | Nor Alisa Abdul Rahman

Siti Zainon Ahmad, Ghazal, Pensel Warna, 101 x 75 cm, 1998

Abd Malik Bin Zainal Abidin, Kenangan Silam, Kayu, 90 x 100 cm, 2003

Qhazril Bin Fauzi, Dawai 2011, Campuran, 70.5 x 91.1 cm, 2011

Majlis diserikan dengan perasmian oleh Encik Ian Mak Konsul General Republik Singapura pada 13 Mac 2014 di Galeri Seni Johor Yayasan Warisan Johor.

Page 19: senikini#23

19

Baharim Bin Samuri, Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Campuran, 180 x 180 cm, 2003

Faizal Sidik, Movement Of Dancer : Kuda Kepang, Metal, 30 x 40 x 65 cm, 2003

koleksi tetap Yayasan Warisan Johor. Walaupun jumlah koleksi belum menjangkau tahap membanggakan namun mampu diketengahkan untuk menjadi satu tarikan kepada pengunjung dalam memartabatkan warisan dan kebudayaan negara kita. Sebanyak 34 buah karya berbentuk catan, 5 dalam bentuk arca dan 5 dalam bentuk batik dan cetakan telah dilihat memaparkan imej, ikon atau masej yang bertemakan warisan dan budaya walaupun tidak secara dominan.

Johor merupakan sebuah negeri yang kaya dengan warisan dan budayanya yang tersendiri. Melaluinya, lakaran imej atau objek utama yang sering digunakan oleh pelukis dalam menghasilkan karya seni visual adalah imej kuda kepang yang begitu sinonim dalam kebudayaan negeri ini. Jika dilihat secara keseluruhan koleksi seni visual YWJ yang bertemakan warisan dan kebudayaan, kuda kepang merupakan imej

paling dominan dalam setiap karya seni visual yang dihasilkan dalam penyampaian yang berbeza-beza sama ada di sampaikan dalam bentuk abstrak yang menekankan pergerakan atau ‘movement’ kuda kepang itu sendiri atau hanya menjadi sebahagian daripada imej utama yang perlu ada di dalam setiap karya seni bagi menonjolkan keunikan negeri Johor. Namun masih terdapat juga karya-karya yang menekankan imej kuda kepang itu sebagai imej warisan dan kebudayaan yang perlu dipelihara selain menggunakan imej kuda kepang sebagai lambang atau ikon sejarah Johor. Selain itu dapat juga di lihat dalam hasil karya seni batik dan arca yang menggunakan kuda kepang sebagai ‘subjek matter’ dalam mempersembahkan sebuah karya yang menarik dalam bentuk 2 dimensi atau 3 demensi. Penggunaan media seperti kayu, logam, seramik dan bahan campuran digunakan dalam membentuk ‘form’ yang menarik dalam penghasilan karya.

Antara imej-imej lain yang sering menjadi ikon kebudayaan dan warisan adalah seperti tarian melayu terutamanya Zapin Johor. Jika dilihat, terdapat hasil karya tarian Zapin yang dihasilkan sendiri oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Ini menunjukkan tarian zapin juga antara imej-imej yang popular dalam kebudayaan negeri Johor terutamanya penekanan dalam gambaran pemakaian baju Melayu Johor yang sempurna beserta samping dan aksesorinya. Ini menggambarkan bahawa penggunaan baju

melayu dan hiasan yang dipakai oleh penari tersebut merupakan imej-imej warisan dan budaya yang perlu dipelihara selain pergerakan tarian yang di gambarkan dengan kelembutannya yang tersendiri.

Penggunaan imej-imej seperti persembahan ghazal dengan peralatan muziknya juga antara subjek kajian yang digunakan oleh pengkarya dalam menghasilkan karya yang bertemakan kebudayaan dan warisan negeri Johor itu sendiri. Ini jelas menunjukan gambaran kuda kepang, zapin dan ghazal merupakan satu ikon yang penting dalam memartabatkan kebudayaan dan warisan negeri ini. Namun imej-imej lain seperti wayang kulit, wau, labu sayong, kain batik, senjata melayu, seni ukiran, seni logam seperti seterika dan tepak sireh yang menjadi lambang kemegahan negara kita juga dapat dilihat dalam hasil karya seni visual koleksi YWJ. Disamping itu, terdapat juga koleksi karya-karya yang menggambarkan tentang kehidupan harian masyarakat terdahulu dengan gambaran adat dan budaya, makanan tradisi serta permainan tradisional masyarakat melayu.

Kepelbagaian bangsa, tradisi, kesenian, warisan dan budaya masyarakat telah melahirkan kepelbagaian bentuk dan makna seni. Justeru kita sebagai masyarakat yang mempunyai warisan dan kebudayaan yang tersendiri seharusnya memelihara khazanah yang tidak ternilai ini. Ini kerana unsur-unsur budaya dan warisan yang kian pupus ini mungkin hanya dapat dijelmakan melalui seni visual sebagai suatu bentuk kenangan peribadi atau masyarakat, rakaman nostalgia, ataupun peringatan untuk khalayak di masa-masa akan datang.

Sharul Sahee, Misi Arjuna, Akrilik & Bitumen, 122 x 152 cm, 2011

Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Zapin, Akrilik, 60 x 45 cm, 2003

Syahrul Niza Zaini, Alun Tari Kepang 2, Catan, 52 x 90 cm, 2003

Kurator pameran Nor Alisa Abdul Rahman mengiring Encik Ian Mak Konsul General Republik Singapura melawat pameran

Umi Baizura bt Mahir@Ismail, My Parent Was Born In Johore, Campuran, 101 x 78 cm, 1998

Page 20: senikini#23

3rd Annual Langkawi International

artcolony 2014

O ver the last few years WIBA PRIMA Foundation & Beranda Gallery @ Residency Langkawi has

developed Langkawi into artist’s residency program as art and culture concerned. The programs have become an important component of Langkawi’s cultural landscape and have made a remarkable contribution to the national and international art practices. Situated at the hearts of Langkawi Island, this program has been developing an inter-regional and international relationship which embraces an active intercultural dialogue an gives opportunity to the artistically active and make contact with the local to participate and interact. This leads to numerous public events such as exhibitions, projects presentations, performance, installation, architecture and music.

The long term and general goal of Langkawi Artist in Residency is artistic exchange at an international level from all over the world and leading to permanently self-renewing of the Malaysia artistic culture scene. The artists were selected, invited to Langkawi and hoping during their residence, given help and support especially concerning the realization of their artistic projects and pictures the myth of Langkawi’s landscape according to various disciplines of artistic approaches. These exercise will create cooperation and valuable partnership in order to look further as ‘new space of possibilities’ regarding new values and different points of view into being through art practices and participation.

Imagine experiencing the sheer magnificence of the morning sunrise splashed with the shimmering hues of the rainbow with myriads of mirrored waters perfectly created by Mother Nature with Love… only at the Magical Isles of Langkawi…

The Magical Isles of Langkawi will be greeting, welcoming and hosting the convergence of approximately 100 renowned local and international artists’ who will be showcasing their ‘love for art’ while in fruitful synergy in ‘sowing the passion’ in the development of the arts’, to our guests’ from the 8th to the 18th of October 2014, with the goals of meeting the needs of the sustainable visual arts community in Beautiful Malaysia… Organised by Berandaresidensi together with the positive synergy of YAYASAN WIBA PRIMA and Nation Heritage as our branding partner, Liac 2014 is a platform to assist young talented locals of Enchanting Langkawi and fellow artists’ to continue their education in art development while further assisting the local visual and performing artists of the Magical Isles of Langkawi, followed by the conservation and restoration of local art pieces…

The Langkawi International Art Colony 2014, series of programs will be launched by Yang Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir, the Chief Minister of the State of Kedah Darulaman while the Night Preview and Closing Ceremony is by Yang Berbahagia Dato’

Hj. Mohd Rawi B. Abd Hamid Tourism Exco of the State of Kedah Darul Aman at the Four Points by Sheraton Langkawi.

The proposed event will be held at strategic points of the famous Pantai Cenang and Pantai Kok areas of which a lineup of events by fellow artists, performing artistes, expressionists and even chefs will greet their guests by showcasing their skills with passion hence exemplifying the rich tapestry of the Magical Isles of Langkawi…

There will be various mediums, illustrations and streams of paintings, drawings, sculptures and contemporary creations which will be showcased and sold to interested art enthusiasts’…

The list of events in the itinerary include poetry recitals by renowned and budding poets, following which with a number of cultural, folk and contemporary dance performances together with fashion shows highlighting our local designers… We will be expecting an estimated influx of a minimum of 10,000 visitors to the Enchanting Isles of Langkawi, during the stipulated period of which a portion of these visitors are Malaysians followed by a portion of international travelers and expatriates living here in Beautiful Malaysia…

20

Langkawi International Art Colony 2014 launched by Yang Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir, Chief Minister of the State of Kedah.

3rd Annual Langkawi International Art Colony di Four Points Sheraton Langkawi.

Four Points Sheraton Langkawi exhibition space

Mr. Haned Masjak, Director General National Visual Art Gallery (NVAG) with Yang Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir, Chief Minister of the State of Kedah.

Four Points Sheraton Langkawi

| Nasir Baharuddin & Mohd Hairul Azizi

Page 21: senikini#23

2121

M alaysia’s first international art island biennale took place on Langkawi Island from 12th till

21st October 2014 at Langkawi Lagoon Resort, Pantai Cenang. The event was organized by ArtMalaysia Association (a local art platform, and publisher of ArtMalaysia magazine) and funded by LPSVN curated by Cid Reyes (Philippino art critic and artist) and Rizki A. Zaelani (Bandung based curator).

THEME

‘Migration’ plays an important role in the current international issue of globalisation, where intercultural encounters blur borders and cultural identity. Considering Malaysia’s extensive multicultural history, ‘Migration’ is an apt theme for an international art biennale set in Malaysia.

The theme also reflects how the biennale initiated the migration of a total of 250 local and international artists. They arrived as 17 group delegations and 3 individual delegates from 38 countries around the world. Convening in Langkawi, these artists exhibited artworks following the theme ‘Migration’. Their various origins resulted in a rich diversity of paradigms, interpretations and expressions on the theme, which many artists creatively expanded beyond the expected context of globalisation.

Ironically, the biennale itself also kept to its theme. In the days leading towards the event, the original venue, Laman Padi became flooded by continuous rain. Instead of cancelling, the organizers pushed on to ‘migrate’ the biennale to the Langkawi Lagoon Resort. The resort’s Kencana Ballroom was converted into the main exhibition space for paintings, sculptures, prints and indoor installations. Humour aside, the admirable tenacity and steady patience of the organizing staff held the event together. Perhaps the highlighted installations also helped inspire the cooperative attitude within the biennale community, as the organizers and artists worked together to overcome arising constrictions and make the best of the situation.

BIENNALE HIGHLIGHTS

The 3 event highlights were 2 installations and 1 group exhibition. The installations ‘Gotong Royong Angkat Rumah’ and ‘Scarecrows on The Paddy Field’ both took place during the official opening on 18th October, whereas ‘Friendship Is Forever’ was a joint exhibition of 40 Malaysian and Chinese artists, representing and commemorating 40 years of Malaysia - China diplomatic relations.

‘Gotong Royong Angkat Rumah’ by Khairruddin bin Abdul Hamid (Malaysia), required the male artists to cooperate in lifting 3 wooden houses a couple hundred metres, starting from the Kuala Melaka Inn to just outside the main exhibition area at the Kencana Ballroom. ‘Angkat Rumah’ refers to a traditional Malay village practice of literally ‘moving house’. Instead of abandoning old homes to build new ones later, a village community would ‘gotong-royong’ (communal cooperation), helping each other carry their treasured homes to new locations. Actual involvement in moving the houses was intended to re-evoke the spirit of ‘gotong-royong’ in modern day Malaysians, who otherwise leave traditional values behind as the nation becomes increasingly urbanised.

‘Scarecrows on The Paddy Field’ by Malaysian artist Chee Wai Loong, consisted of 100 uniquely designed wooden scarecrows. While the men participated in ‘Gotong Royong Angkat Rumah’, these scarecrows were painted by the women artists, before later being installed outdoors throughout the resort area. Scarecrows and paddy fields allude to Kedah’s history as the ‘Rice Bowl of Malaysia’, and the installation addressed the migration of rural youth, who leave Kedah’s paddy fields to find work in urban areas. Consequentially, this creates a generational rift between older and younger rural folk, in their ability to empathize with each other, particularly in terms of work experience.

OTHER ACTIVITIES

Aside from the highlights, the biennale activities also included group painting activities, where small groups of 3 to 5 artists would share a canvas between them to create a new painting together. Artists were also invited to explore Langkawi island where and when they pleased. In forming exploration groups to share buses/touring expenses, the artists also formed ties with one another as they shared the experience of Malaysian culture, and derived artistic inspiration from the natural beauty of Langkawi Island.

WHY LANGKAWI?

Art biennales are typically held in major cities. However, through the Langkawi Art Biennale, the Ministry of Tourism and Culture Malaysia intends to synergize our art and tourism industries by setting Langkawi (one of Malaysia’s top ranking tourist attractions) as a new art tourism destination, directing Malaysian fine art as a contributor towards Malaysia’s tourism economy and cultural appeal. Hosting the Langkawi Art Biennale adds another cultural dimension to the island, which attracts a new visitor demographic of international art enthusiasts and professionals to the island.

CONCLUSION

It is heartening to see the Langkawi Art Biennale add to the list of public contemporary art events, such as Pangkor Island Festival and Melaka Arts & Performance Festival. Not only do these events open career opportunities for the art community, but they also help decentralize the Malaysian art scene. Geographically expanding public access beyond the major cultural centres of Kuala Lumpur and Penang means bringing art to more Malaysians. It is an important step in developing the Malaysian art experience from one of pilgrimage and exclusive elitism, to art as a conveniently accessible pubic amenity, for the equal ease, enjoyment, education and enculturation of all Malaysians. Let us look forward to 2016, with hope that the Langkawi Art Biennale receives continued support and opportunities to build, improve and maintain a sustained momentum as a contributing component to Malaysia’s soft power development.

| Chuah Shu Ruei

Artists work in a group of five to produce an art piece after the workshop.

The Patron of Langkawi Art Biennale 2014, Y.A. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

The group photo with Chinese artists, complemented by the work of art by Ng Kim Heoh.

‘Gotong Royong Angkat Rumah’ by Khairruddin bin Abdul Hamid (Malaysia).

Langkawi Art Biennale 2014 is officiated with three strikes of a traditional Malay instrument, the gong by Dato' Mahadzir Lokman.

Page 22: senikini#23

P ameran ‘World Eclipse’ menghimpunkan dua puluh hasil karya lukisan dari Arif

Fauzan. Ini merupakan pameran solo kedua Arif Fauzan yang di adakan di Arti Galeri bertempat di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Lukisan-lukisan ini dihasilkan dengan menggunakan akrilik di atas permukaan kanvas dan juga cat minyak di atas kayu. Sementara imejan figuratif menjadi subjek utama dalam karya beliau.

Di dalam pameran ini, Arif ingin mengetengahkan beberapa isu penting yang seakan tidak jelas dengan pandangan mata kasar kita sebagai manusia. Apabila berbicara soal gerhana, seringkali yang menjadi topik utama adalah dua fenomena gerhana yang berlaku pada masa kini iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Namun begitu bukan itu yang ingin diperkatakan melalui karya di dalam pameran ini. Cumanya gerhana menjadi simbol kepada suasana yang dikutip. Simbol suasana yang dikutip ini adalah keadaan di kala gerhana terjadi dan kita sebagai manusia dapat merasakan perubahan suasana yang mula menunjukkan suram dan kelam ketika gerhana berlaku.

Gerhana dunia yang Arif maksudkan ini adalah sebuah kesamaran dan ketidak pastian akan sesuatu kejadian yang berlaku dalam kehidupan manusia. Semuanya seolah-olah tergantung sehingga menjadi tanda tanya sama ada ia benar atau tidak. Seperti adanya konspirasi, seperti tidak adanya ketelusan, seperti adanya perkara yang disembunyikan, seperti adanya tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan untuk manusia atau kuasa besar. Sudah pasti sebagai manusia, kita semua pernah merasai perasaan ini, bila mana ada perkara-perkara yang kita pertanyakan pada diri kita sendiri akan kesahihan dan kebenaran sesuatu perkara yang telah berlaku. Sebagai manusia juga, lumrahnya mencari kebenaran dan kepastian adalah suatu keinginan yang mendalam bagi seseorang manusia.

Setiap bentuk perbuatan manusia itu muncul dalam bentuk kesamaran dan tanda tanya sepertimana yang Arif lukiskan imejan figuratif dalam karyanya. Arif memilih watak seorang lelaki dan dua orang wanita sebagai subjek utama dalam lukisannya. Lelaki berpakaian pejabat, wanita berbaju gelap mendominasi setiap karya Arif. Sebagai seorang pelukis figuratif, Arif berjaya membina bentukan figuratif-figuratif ini secara realis. Penekanan cahaya yang diberikan oleh Arif dalam membentuk figuratif tersebut telah menimbulkan unsur dramatik dalam karyanya sepertimana pelukis-pelukis seperti Baglione, Caravaggio dan Vermeer yang menggunakan konsep ‘chiaroscuro’ dalam lukisan mereka. Penggunaan ‘shallow space’ juga dapat dilihat melalui karya-karya Arif, di mana

konsep ‘shallow space’ ini sering digunakan oleh pelukis-pelukis dalam seni catan barat pada awal abad ke-19 yang juga dipengaruhi melalui karya seni jepun. Namun, tidak cukup sekadar kita melihat aturan formalis yang dibina oleh Arif semata-mata kerana setiap karya itu harus juga dilihat terhadap makna yang ingin disampaikan olehnya.

Untuk projek solo kedua Arif ‘World Eclipse’, seperti tajuknya, tiada penerangan atau penulisan editorial yang dimuatkan di dalam katalog pameran. Ianya digantikan dengan penulisan-penulisan kreatif oleh dua orang penulis yang disusun bersama imej-imej lukisan di dalam pameran ini. Namun penulisan ini bukanlah bertujuan menerangkan karya, tetapi ianya bertujuan memberi seakan suatu ‘clue’ atau sebagai ‘compliment’ kepada hala tuju interpretasi lukisan tersebut.

Di dalam siri lukisan Arif dalam pameran ini, watak wanita dan lelaki menjadi struktur utama dalam lukisannya. Jika ingin dikaitkan dengan penulisan yang disusun, watak wanita digambarkan secara simbolik sebagai alam atau ‘nature’ manakala watak

lelaki disimbolkan sebagai manusia. Setiap watak memaparkan sesuatu kejadian samada sebelum sesuatu perkara berlaku atau sesuatu perkara yang sudah berlaku. Imej-Imej ini merupakan plot drama yang menggambarkan tindak tanduk perbuatan manusia elit sebagai sebuah bentuk simbol antagonis melalui ekspresi tubuh badan dan muka. Manakala watak wanita (baca: alam) sebagai protagonis yang seolah menyimpan kemarahan terhadap perbuatan manusia ini. Faktor-faktor kegerhanaan itu tadi memberi tindak balas kepada corak kehidupan manusia sehingga manusia mudah menjadi ‘pak turut’ dan mengangguk sahaja apa yang diperkatakan, menjadi manusia yang seperti mesin dimana bergerak mengikut struktur yang ditetapkan dan dibaiki sekiranya melanggar arahan, menjadi manusia ingin mengejar kekuasaan

walaupun kekuasaan yang dimilikinya itu sekadar kuasa mencuci jamban, menjadi manusia yang diperdagangkan mahupun dikambing hitamkan, menjadi manusia yang sekecil-kecilnya sehingga mengatasi kecilnya kuman di dalam badan. Semua ini merupakan tindakan-tindakan ataupun tindak balas terhadap perkara-perkara yang dialami oleh seseorang manusia atas kepalsuan, kesamaran dan kegerhanaan yang manusia alami.

Gerhana dunia ini telah menyelubungi kehidupan manusia berabad lamanya, secara sedar atau tidak, gerhana ini telah memberi kesan tinggalan terhadap tindak tanduk manusia dan mempengaruhi kehidupan kita secara amnya. Watak-watak dengan gaya bahasa tubuh badan dan ekspresi muka manusia yang jelas kebingungan menjadi faktor utama dalam pengucapan bahasa tanda atas perkara-perkara yang tidak tahu kebenarannya dalam kehidupan manusia. Arif sepagai pelukis, sedar akan fenomena ini, dan sebagai seorang artis, Arif cuba meyakinkan manusia lain iaitu khalayak untuk turut sedar dan tidak terlena atas percaturan-percaturan yang telah dibina oleh kuasa-kuasa besar yang penuh konspirasi dan kepalsuan.

| Erry Arham Azmi

GERHANA DUNIA YANG MENYELUBUNGI KEHIDUPAN MANUSIA

Ambergris 183 x 244 cm Acrylic on canvas 2014

Tree Hugger #1 92 x 92 cm Acrylic on canvas 2014

Out Of These Devious Boxes 147 x 274 cm Acrylic on canvas 2014

Stain On Your Fingernails 137 x 92 cmAcrylic on canvas2014

Eclipse # 192 x 92 cm Acrylic on canvas 2014

22

Page 23: senikini#23

23

I nspirasi daripada ruang studio terkemuka dan menjadi lagenda di kalangan seniman seni

cetak iaitu Atelier 17 di Paris oleh pelopor gerakan seni cetak kontemporari iaitu Standley William Hayter (1901-1988). Studio Atelier 17 di Paris dan New York begitu sinonim dengan karya seni cetak oleh seniman besar seperti Picasso, Giocometti, Miro, Calder, Chagall, Pollock dan Rothko yang pernah menghasilkan karya mereka di sini yang dipantau oleh Hayter. Seni lukis tempatan dimeriahkan lagi dengan pembukaan sebuah lagi ruang pameran yang berkonsepkan studio galeri sedemikian iaitu Atelier 11, ianya dirasmikan oleh Y. Bhg Dato' Hasan Nawawi Bin Abd Rahman iaitu Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 4 Oktober yang lalu.

Lokasi yang terletak di Wisma Pausan, Taman Taming Jaya, Belakong Selangor. Atelier 11 yang mempunyai senibina gabungan antara moden dan kontemporari adalah galeri seni yang dibangunkan untuk memberi ruang dan peluang kepada program pembangunan seni, wokshop, ekperimentasi dan penerokaan kepada pelbagai bentuk seni di negara ini terutamanya kepada kepada aliran catan China oleh Pelukis-pelukis Nanyang yang lahir bukan sahaja daripada sebelah Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia yang kita kenali sebelum ini tetapi juga daripada tanah besar China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan dan Perancis.

Selain membina identiti galeri yang memokuskan pengkhususan dalam catan China galeri yang baru dibuka ini juga mempunyai tanggungjawab seni dalam mempromosikan artis-artis muda dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan pameran secara berkala yang akan diadakan sepanjang tahun. Perintis galeri ini iaitu artis Loo Foh Sang dan isterinya Tan Pek Cheng yang juga pernah menerima didikan awal di Nanyang Academy of Fine Art dan kemudian melanjutan kemahiran mereka di Ecole Nationale Superieure des Beaux Arts di Paris percaya bahawa ruang mereka ini adalah sebuah perkongsian artistik yang akan menghasilkan membina bakat-bakat muda.

Atelier 11 Loo Foh Sang Art Eleven mempunyai objektif dan visi yang jelas dalam menggalakkan penghasilan karya yang berkualiti seterusnya membina kecermelangan artistik kepada pengkaryaan kesenian Asia terutamanya dalam seni cetak, seni arca dan batik dalam usaha galeri ini untuk mendekatkan khalayak awam Malaysia kepada karya seni dengan menawarkan pelbagai stail seperti abstrak, realisme, surealisme dan lain-lain aliran seni.

Sehubungan dengan pelancaran rasmi galeri ini satu pameran antarabangsa bersempena pembukaan yang disertai oleh 71 artis daripada 8 negara dilangsungkan. Pameran yang dikuratorkan oleh artis Jasmin Kok memberi penghormatan kepada tajuk nama galeri ini sendiri iaitu “Atelier 11 Art Exhibtion 2014” berlangsung daripada 4 Oktober sehingga 16 Disember 2014. Diantara artis yang mengambil bahagian selain Loh Foh Sang sendiri adalah seperti Fatimah Chik, Kim Ikmo (Korea Selatan) June Yap Yudan, Li Dongxia (Korea Utara) Hsueh-Ching Lin (Taiwan), Sia Bon Chuan, Haromi Sonoyama (Jepun) Tan Hui Chong, Tan Kian Por (Singapura) Rahman Mohamed, Jean Francois Bardez (Perancis), Lu Zhiping (China), dan lain-lain.

Semoga usaha Loo Fong Sang dengan penubuhan ruang Atelier 11 ini dapat melahirkan ramai lagi bakat-bakat seni cetak di Malaysia seterusnya memenuhi permintaan karya sebegini yang semakin diburu oleh peminat-peminat dan kolektor seni

Atelier 11Loo Foh Sang Art Eleven

Kim, Ikmo (Korea Selatan) Sunrise 52 x 35 cm Lino cut 2014

Loo Foh Sang Malaysia Culture Series 2A 70 x 50 cm Etching 2011

Harumi Sonoyama (Jepun) Signe-P 69.2 x 10.1 cm Litograph 2012

Hsueh-Ching Lin (Taiwan) A Bright Moon on All Generations 40 x 50 cm Litography, Paper 2013

Rahman Mohamed (Malaysia) Cerita Dunia 15 x 20 cm Intaglio 2012

Ruang pameran utama Ruang pameran hadapan Wokshop seni cetak Y. Bhg Dato' Hasan Nawawi Bin Abd Rahman, DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diiringi oleh kurator pameran 'Atelier 11 Art Exhibition' iaitu artis Jasmin Kok melawat pameran disertai oleh Loo Foh Sang

| Faizal Sidik

Atelier 11 terletak di Taman Tanming Jaya, Belakong, Selangor

Page 24: senikini#23

S atu tanggapan di sini dalam melihat cara pandang dunia mengenai negara Korea akan mengaitkan semenanjung Korea

kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Selepas Perang Dunia Kedua satu blok yang mengamalkan sistem komunis (sosialis) Korea Utara disokong oleh Rusia dan China manakala Korea Selatan atau Republik Korea pula disokong blok demokrasi (kapitalis) oleh Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Era persaingan meluaskan pengaruh atau Perang Dingin antara kedua-dua kuasa besar itu membahagikan kedua-dua negara kepada dua blok selepas Perang China dimana negara China terpaksa melepaskan negara itu kepada sebuah kerjaan sendiri. Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950 hingga 1953 telah mengorbankan 2.5 juta nyawa. Sehingga ke hari ini tiada perjanjian rasmi yang menamatkan perang Korea bermakna kedua-kedua negara masih berperang dalam ertikata perang secara senyap. Sempadan antara kedua-dua negara adalah sempadan yang paling ketat dan merbahaya didunia, tidak hairanlah jika belanjawan kedua-dua negara banyak menumpukan kepada aspek keselamatan dan ketenteraan. Korea Selatan mendapat sumber persenjataan daripada sekutunya Amerika Syarikat manakala Korea Utara daripada Rusia dan juga China.

Persaingan meluaskan pengaruh Perang Dingin ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung Korea sahaja malah melimpah fahaman juga dirantau Asia Tenggara kita sendiri, Eropah, Afrika dan negara Timur Tengah. Misalnya negara Vietnam mengalami perang saudara yang dikenali Perang Vietnam 1959 hingga 1975 diantara Vietnam Utara dikuasai Vietcong yang beraliran sosialis yang disokong oleh Kesatuan Soviet menentang Vietnam Selatan yang ditaja Amerika Syarikat. Seluruh dunia telah tahu Amerika Syarikat malu besar kerana kalah dalam peperangan itu yang dimenangi puak utara yang membentuk Republik Sosialis Vietnam pada 1976. Begitu juga dengan pengabungan Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1990. Selepas Perang Dunia Kedua 1945 Jerman telah dipecah-pecahkan kepada sektor demokrasi yang dikawal (Euro-Amerika) oleh Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat membentuk Republik Persekutuan Jerman iaitu Jerman Barat yang berpusat di Bonn. Pembahagian kawasan tadbiran blok komunis Kesatuan Soviet pula membentuk Republik Demokratik Jerman yang di kenali dengan Jerman Timur yang berpusat Berlin Timur.

Bagi menjamin keselamatan Korea daripada serangan dan ancaman, Amerika menempatkan pengkalan tenteranya di seluruh Semenanjung Korea sehingga ke hari ini ada sekitar 28 000 tentera Amerika di seluruh Korea Selatan. Dalam sejarah tradisi Korea iaitu sebelum persempadanan antara utara dan selatan Korea pernah berperang dengan China dan Jepun. China menganggap Korea adalah sebahagian daripada wilayahnya dan tidak hairanlah pada hari ini Korea masih berkongsi budaya dari negara China dari segi senibina, tulisan dan makanan. Sikap anti-Jepun masih berlaku lagi di

Poster filem 'The Interview' (2014).

Perbarisan Hari Kebangsaan Korea Utara.

Page 25: senikini#23

KOREA DAN HEGEMONI KUASAAMERIKA SYARIKAT'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia’Sebuah Pameran Seni Asia Tenggara Dalam Membina Kepercayaan dan Membawa Kedamaian Asia Pasifik

Korea walaupun selepas Perang Korea-Jepun tamat. Demonstrasi dan piket daripada berita dunia sering memaparkan wanita-wanita warga emas Korea yang dahulunya dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun memohon kerajaan itu meminta maaf dan membayar ganti rugi semasa pendudukan Jepun di Korea 1910. Bekas-bekas tinggalan sejarah inilah yang memaksa Korea menempatkan pengkalan-pengkalan tentera Amerika Syarikat jika berlaku krisis Asia Timur.

Untuk mengendurkan ketegangan Selepas Perang Dunia Kedua Jepun tidak dibenarkan memiliki bala tenteranya sendiri oleh Amerika melalui PBB. Amerika yang juga menempatkan pengkalan tenteranya Jepun sehingga kini terdapat 50 000 soldadu Amerika di sana dan pada tahun 2025 Amerika merancang untuk menempatkan tiga perempat daripada jumlah bala tentera laut, darat dan udaranya di Asia. Amerika tidak menanggap Eropah Timur yang dahulunya menyokong blok komunis sebagai ancaman tetapi memuncungkan persenjataannya ke Asia apa yang dinamakan Pasak Asia (Pivot Asia). Penstrategian ini memaksudkan bahawa mendefinasikan China sebagai musuh. Perihal ini tidak menghairankanlah apabila Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang terkenal dengan gelaran pemaharuan ekonomi Jepun sebagai 'Abenomic' meningkatkankan perbelanjaan pertahanan dari tahun 2014 hingga 2019 bagi memulihkan tentera Jepun dalam menghadapi pertikaian wilayah kecilnya dengan China. Apa yang ditulis oleh media adalah hanya peningkatan bajet ketenteraan oleh Jepun tetapi hakikatnya adalah perkakasan itu sudah tentunya dibekalkan oleh Amerika.

Apabila kita membaca konteks politik semasa kita juga boleh melihatnya dalam konteks seni kontemporari yang hadir pada hari ini. Kita mungkin tertanya-tanya mengapa begitu mudah ahli-ahli lembaga muzium di Amerika dan negara-negara Eropah atau dibaca negara North Atlantic Trade Organisation (NATO) memprojek artis-artis dari tanah besar China yang radikal dan tidak sehaluan dengan kerajaan misalnya Ai Wei Wei dimuzium mereka. Selain daripada penahannya yang oleh tentera Revolusi, publisiti meluas yang diterima beliau oleh media barat terhadap kebebasan artistik telah mengolah persetujuan dunia bahawa kerajaan China menekan seniman dibaca permusuhan secara lembut melalui seni untuk membawa kepada permusuhan yang lebih besar iaitu penyisihan masyarakat dunia terhadap dasar-dasar China. Melihat dari satu sudut ini jika artis-artis atau seniman dari Dunia Ketiga yang sungguh-sungguh diprojekkan oleh dana, geran atau yayasan-yayasan seni dan budaya untuk menaja pencapaian dan pembaharuan dilakukan oleh anda, anda wajib diberitahu bahawa telah diperdaya oleh kaum pemodal antarabangsa Yahudi misalnya Rockeffeller Foundation yang mempunyai perancangan yang lebih besar untuk negara anda.

Filem Hollywood adalah salah satu buktinya, Amerika menggunakan saluran gambar bergerak ini sebagai salah satu cara perluasan hagemoninya. Lihat bagaimana filem-filem adiwira atau superhero ditayang untuk mengatakan mereka adalah

penyelamat dunia daripada penjahat sedaya upaya untuk mengolah persetujuan mereka adalah yang paling berkuasa. Produk Hollywood itu berpropaganda Iran dan Korea Utara adalah satu ancaman dalam mengajak dunia melawan keganasan. Mereka sekali lagi ingin bermain api dengan Korea Utara baru-baru dengan penerbitan filem 'The Interview' (2014). Ini bukan cerita angan-angan Mat Jenin lihatlah realiti apa yang berlaku di Mesir, Libya, Syria dan Ukraine misalnya bagaimana budak suruhan Amerika iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dikerah untuk membuat kacau dinegara berkenaan. Kapal-kapal terbang Malaysia turut terheret sama dalam pergeseran yang maha dasyat percaturan negara Dunia Pertama dalam menjadi

kuasa ekonomi dunia dalam merebut punca-punca kekayaan yang berasaskan minyak pada hari ini. Adakah ini adalah ancaman kepada Malaysia terhadap perundingan Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA)?

Korea Selatan mula membina negaranya pada tahun 1960 an walaupun dikatakan disabotaj dari negara Utara. Negara ini mula membina hubungan luar dalam menjana ekonomi menerusi hubungan politik. Korea menjalin hubungan dengan negara luar dalam usahanya memacu ekonomi domestik dan antarabangsa. Dalam hubungan luar Korea Selatan menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1991. Korea Selatan menjalin hubungan diplomasi dengan lebih 188 negara. Ia juga mengembangkan hubungan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara sebagai anggota badan pemerhati ASEAN tambah 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Atas cadangan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahatdir Mohamed dalam meredakan hubungan pasang surut hubungan yang tegang antara Korea Selatan dikalangan negara jiran-jiran disekitarnya. Malaysia pada 1997 mencadangkan pembentukan ASEAN +3 dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group. ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut. sebagai alternatif kepada EAEC (East Asia Economic Caucus) kerana ia dilihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi, kewangan, pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan pembangunan infrastruktur. ASEAN + 3 dilihat cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik.

Sebelum itu dialog-dialog antara negara-negara antara Korea Selatan dengan negara ASEAN telah pun terjalin sejak 25 tahun dahulu melalui ASEAN-ROK Dialogue Relations sejak tahun 1989 lagi. Dalam meraikan Jubli Intan 25 tahun hubungan dialog antara negara-negara ASEAN dan Korea Selatan. ASEAN-Republic Korea Commerative Summit 2014 atau Sidang Kemuncak Negara-negara ASEAN- Korea 2014 telah diadakan di Bandaraya Metropolitan Busan pada 11 hingga 12 Disember. Sejak terbinanya hubungan dialog ini pada tahun 1989 banyak pembangunan yang dapat dilihat daripada hubungan ini. Pada hari ini negara ASEAN bukan sahaja rakan dagang dan destinasi pelaburan kedua terbesar Korea, malah rantau ini juga adalah muncul sebagai rakan yang cukup signifikant dalam sosio-budaya dimana lebih 4 juta rakyat Korea melawat negara Asia Tenggara setiap tahun.

| Faizal Sidik

25

Wakil-wakil negara Asean semasa perasmian pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' oleh Datuk Bandar Metropolitan Busan di Busan Museum of Art pada 10 Disember 2014.

Panorama pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' di Busan Museum of Art (BMA), Busan Korea .

Page 26: senikini#23

Busan Museum of Art is hosting and sponsoring the special exhibition, 'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia' to celebrate ASEAN-Republic of Korea Commemmorative Summit 2014 from December 11 to 12, 2014.

100 artists from 10 ASEAN member countries are participating to evoke 'dramatic nostalgia' for this exhibition. It reinterprets the contemporary art, crafts, and design of each country's culture and mingles all of its aesthetic creativity together.

Therefore, Busan Museum of Art wishes that viewers will acknowledge a new way to observe the tradisional and historical antiquities in terms of art and culture of Southeast Asia through this exhibition.

Malaysia National Visual Arts Gallery (NVAG)Galeri Petronas

IndonesiaNational Museum of Indonesia

BruneiBrunei Museum Department

LaosDepartment of Fine Art Laos

MyanmarNew Treasure Art Gallery

SingaporeSingapore Art Museum (SAM)

ThailadMuseum of Contemporary Art, Bangkok

CambodiaMinistry of Culture and Fine Arts, Kingdom of Cambodia

VietnamVietnam Lotus Gallery

KoreaBusan Museum of Art (BMA)

Visitor InformationVisiting Hours : 10:00 - 20:00

Closed : Every MondayAdmission : Free

T +82 51 - 744 - 2602www.art.busan.go.kr

Busan Museum of Art58, APEC-ro, Haeundae-gu, Busan,South Korea

Special Exhibition of ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit 2014

'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia' Busan Museum of Art

10 Dec 2014 - 1 Feb 2015

26

Kunjungan saya baru-baru ini bersama rakan Fairus Ismail pada musim sejuk atas tajaan dan jemputan pengarah Busan Museum of Art mengesahkan lagi bahawa Korea adalah sebuah projek Amerika Syarikat. Apabila saya mengatakan hagemoni Amerika begitu kuat di Semenanjung Korea dan Filipina samalah apabila saya mengatakan Malaya dan Singapura adalah sebuah projek British, Indonesia adalah projek Belanda dan Kemboja adalah sebuah projek Perancis, namun Amerika telah gagal di Vietnam. Tetapi pernahkah anda tanya atas dasar apa rancangan ini direncanakan? Ia dirancangan oleh penanam modal bukan sahaja untuk mengepung China tetapi untuk mengawal kemaraan ekonomi China. Saya ulangi sekali lagi disini inilah yang dinamakan Pasak Asia (Asia Pivot). Mengapa apabila kerahan tentera di negara yang bergolak terutamanya di Asia Barat dan negara-negara Commonwealth, British bersama-sama dengan Amerika? British masih lagi ingin bermemori yang mereka adalah negara kolonial. Dan apabila ahli-ahli Parlimen Britain baru-baru ini mengundi untuk tidak bersama-sama Amerika untuk menyerang Syria, ini adalah satu tamparan untuk sekutunya Amerika.

Apabila melihat Korea dalam aspek kesenian kontemporari peminat seni mungkin tidak boleh menidakkan atas pengaruh Korea yang mempunyai Pavillion atau astakanya sendiri di Gradini semasa Venice Biennale. Astaka Korea adalah astaka yang terakhir dibina di sana pada tahun 1995 dan selepas itu tiada lagi pavillion yang dibenar oleh Datuk Bandar Venice yang mana negara yang lain perlu menyewanya dimerata lokasi sekitar bandar air itu. Apabila hanya tiga sahaja wakil Asia dibenarkan memiliki pavillion sendiri selain Jepun dan Mesir mungkin kita tertanya-tanya mengapa tiada pavillion kekal kuasa besar China di sana, ini adalah satu persoalan yang lain. Pavillion China perlu menyewa dua tahun sekali di Arsenale sejak 2000, Adakah ini juga satu penyisihan bentuk Amerika-NATO?

Busan adalah bandaraya kedua terbesar Korea Selatan selepas Seoul. Berpopulasi penduduk berjumlah 3.6 juta orang, Busan terletak di pesisir tenggara Korea Selatan yang juga merupakan bandaraya pelabuhan yang dikatakan ketiga terbesar di dunia. Salah satu tarikan seni dan budaya bandaraya Busan adalah penganjuran Busan International Film Festival (BIFF) dan Busan Biennale yang diadakan di Busan Museum of Art dan beberapa lokasi disekitar bandaraya ini. Sempena ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit atau Sidang Kemuncak Negara-negara ASEAN dan Korea satu pameran seni telah dianjurkan oleh Busan Museum of Art yang bertajuk The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia daripada 10 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015. Sebuah pameran seni Asia Tenggara yang dikuratorkan oleh kurator BMA iaitu Lee Jinchul membawa 100 artis dan 120 karya dari rantau ini dalam menginterpritasikan atau cerminan seni tradisi dan seni kontemporari dalam pengalamannya terhadap budaya global. Persoalnya bolehkah sebuah pameran seni itu membina kepercayaan dan membawa kedamaian? Walauapaun cabaran Korea terhadap sekutu dan tetangganya pameran ini adalah sepucuk surat keamanan kepada dunia mengenai sumbangan gambaran dan cita-cita daripada negara-negara rantau ini melalui ASEAN yang mempromosikan keharmonian dalam melihat hubungan luarnya dengan Asia Timur terutamanya Korea terus kukuh dan kental.

Upacara perasmian.

Pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' berlangsung daripada 11 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015

Kurator pameran Lee Jianchul memperkenalkan wakil Malaysia yang diwakili Balai Seni Visual Negara dan Galeri Petronas kepada Datuk Bandaraya Metropolitan Busan iaitu Soh Byong-Soo

Penulis bersama Fairus Ismail

Page 27: senikini#23

AESTHETICALLY or ETHICALLY ?

A review on David Berman’s Talk on Design Sustainability @ Balai Pasiban, School of the Arts, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang - Sept 2013.

How do you determine the value of a particular design? To begin with, the visual sensual

perception factor of ‘beauty’ will be one of the considerations -is it something that pleases the eye and/or suits our preferred ‘taste’? The second factor will be the commercial value of the particular

artwork-the amount of money that is needed to purchase and own it. Thirdly, what messages will the artwork communicate or imply to its viewer? And lastly, even though many of us may not weigh upon these vital factors; message(s) in the artwork that contributes towards betterment of the society or bring about positive changes or solves existing problem in particular. Is a sculpture erected merely to fit void spaces or is there more than what meets the eye? David Berman’s talk on ‘Design Sustainability-How to make the Planet Your Client?’ was more than inspiring and refreshing with a new perspective for young students aspiring to make it in the design world. Perhaps if we could get the clients to listen and analyse on ideas such as David Berman’s, wouldn’t the world be a better place? Unlike any other talks that emphasized on design creativity or ways to market and sell your ideas, David’s approach was much more critical and wholesome in regards to the impact of advertisement and its product to the world at large and humanity as a whole. The presentation began with David interestingly highlighting on the different contexts within the same subject. For instance, a bench in the park does not have to serve as furniture fitting solely; instead as a designer and/or social activist (only if you wanted to) the bench can be designed with certain message to raise awareness on environmental issues.

It is vital to note that, as a ‘designer’ we should not be merely designing or creating products or ideas that will sell. Above numbers and financial gains, we should be able to design as well as solve problems through our creations. If the design or artwork is able to educate the public, raise consciousness and result in positive changes; that would be better for the society. Consequently, this points towards ethics in design: benefits or wholesome goodness that are brought upon the society by the specific artwork. Despite the nature of the subject (print advertisement, furniture fix in public space, or online ads); its content - direct message(s) as well as implied message(s); it is

bewildering to see and learn how different parts of the world (a third world country or developing country against a developed nation) react towards advertising, despite its long term effect or damage. Therefore, this proves how some of us can be so accustomed to negative message(s) that is being projected in some advertisements that we take it for granted.

A moot point that was raised and shared during the presentation was that, Canada as a nation has implemented a ban on cigarette advertisements, and, on the contrary a local cigarette advertisement could be the largest signage in a remote village in certain parts of Africa. Now, putting a side advertising, marketing and sales issues, David was more concerned and disturbed about the public being exposed to messages that were be both hazardous and endangering to one’s health and human race as a whole. Perhaps, this is only one of the many examples that clearly points out on how we have become so complacent to the extent that we allow ourselves and the younger generation to be bombarded with the wrong messages and images. It is at this juncture that brings us to the question of ‘legality’ of consumer product advertising. Nevertheless, the reason why an adult or teenager chooses to smoke can be argued upon - as it would lead to personal choice and behavior; despite the health hazard warning that appears on the product. What is more important, as a designer, one should take responsibility upon their design, the message in it and the reaction or response from the public. Perhaps we should examine ourselves critically and consider the impact(s) and other consequences that may rise from our artwork or design. If the health hazard message on the cigarette packs does not substantiate for the intended action, despite all other efforts to raise awareness on the dangers of smoking, perhaps, we as designers could think of a different approach to curb this social disease.

In line with that, David further raised the question on what is our personal contribution as an individual to various problems in the world. This question would lead us back to a talk during Design Yatra in Kuala Lumpur back in 2008, when one of the speakers highlighted that design is an on-going process and does not stop at a certain stage, but rather it is a continuous practice that allows for innovation and improvement. Along with that, it was also noted, that designers are problem solvers! Inextricably, along the process of ‘designing’, we are trying to solve certain problem(s) or improve on certain condition(s).

And back to the question by David, “If one person could take one problem and use their passion, interest, talent, and wealth to help solve that one particular problem?” Perhaps, we would need to instill this culture of being thoughtful and mindful about others instead of trying to be ahead of the rest while forgetting the bigger picture. Although it may sound impossible trying to solve the world’s problems

individually, nevertheless, making small yet significant contribution(s) may help solve the many issues that we faced at large. To change the marketing strategy or objective of the client may not be viable, but, to convince the client to make small alternation in their marketing and sales strategy is neither IMPOSSIBLE. Proof to this, was the Anti-Diarrhea Kit that was placed in-between the Coke bottles in a 24 bottles carton box to disperse these medicine kits to certain remote parts in Africa. The carton boxes which were transferred to remote areas as part as their marketing and sales strategy, provided a carrier for the medicine

kits that were made available to the villagers to overcome some of their health problems. This rings true especially if this act would contribute towards their Corporate Social Responsibility or even to their brand building at large for the client.

‘Quadraple Design Thinking Bottom Line’ as posited by David Berman was indeed a new and wholesome approach towards designing. This model consists of four elements: Design - Culture, Planet - Environment, Prosperity - Financial, People - Social. To summarize on this model, David emphasized that a design project should consider and take into account of all these elements and how it affects one another. More importantly, he highlighted that we as designers who have the knowledge and capacity to decide and execute on ideas, should seriously consider on the implications of design and its products have on the planet. Now, this model exemplifies the ethical practice of a designer whereby the ‘VALUE’ factor is considered at every element, and how it would add value in total to society’s life as the end result. Albeit, these elements are seen to be independent and separate, in fact they are indeed inter-dependent, affecting one another and are in a volatile state. This is such, as humans are ever changing and evolving, the presence of human would result in reciprocal effects and fluctuating situations to the environment that we live in. As complicated as this model may seem, maybe as designers we can begin by making small yet countable positive changes to the society through our creations.

Parallel to Design for Sustainability and the Quadrable Design Thinking Process as summated by David Berman, perhaps USM would need re-look, re-evaluate, and re-consider on the signage for new students registering at the Institute for Postgraduate Studies (IPS) in its main campus. Before USM can take the straddle to proceed on designing for sustainability, perhaps, “FFF” - Form Follows Function is more in need and significant to its current shortcomings at the registration office at IPS. The signage (which looks

more like a notice) is supposed to direct new students who are registering. However,

it is placed at the back corner of the office, on a short rostrum like pedestal.

What was the initial need to have this signage? (Was it supposed to guide students to the proper direction?) How do you assess the VALUE of this signage - the physical form and its function? The ‘visual sensual

perception’ of this signage may be secondary, but more importantly,

does this signage serve to solve certain issues or overcome a particular problem?

There is a dire and pressing need for the ‘FUNCTIONALITY’ of a design before it takes on a larger approach on DESIGN SUSTAINABILITY. In this case, the signage - a tool of way finding or directory for students; should guide students to the particular location, instead of misleading them or wasting their time waiting at the wrong counter.

In conclusion, how would you assess the VALUE of your very own design?

David who is a Canadian was raised with much conscientiousness’ towards social activism that was taking place in his homeland even as a child. David noted that, “Taking care of social activism was not optional”. Perhaps it was his upbringing and family values that have made him into the thoughtful person that he is, as he continues to strive to make this world a better place! (Speaker wishes to be a ‘Kerning Super Hero” where he has the ability to kern fonts to suit readability and legibility as it annoys him to notice typo error on signage!)

| Cheryl C. Thiruchelvam Roopesh Sitharan

David B. Berman

David B. Berman, 'Do Good: How Designer Can Change The World', 2009

27

Page 28: senikini#23
Page 29: senikini#23

SANA SINI

26OCT

Majlis Perasmian Penutup Festival Pelancongan Seni

Kontenporari Malaysia MCAT-LIAC pada 26 Oktober 2014

oleh wakil Ketua Menteri Melaka. Lembaga Pembangunan

Seni Visual Negara diwakili oleh Pn Faridah Hanim. Lendu

International Art Camp (LIAC) merupakan satu program

yang dibagunkan bagi membawa gagasan seni komuniti.

Program ini telah digerakkan oleh sekumpulan ahli akademik

dari UiTM Lendu, Alor Gajah dengan mewujudkan kolobrasi

antara seniman-seniman di serata pelusuk tanahair dalam

membangunkan seni untuk sebuah komuniti di Kampung

Lendu, Alor Gajah Melaka.

MCAT-LIAC MELAKA 2014

11AUG

Majlis Pelancaran 1MCAT Kuala Lumpur, di Hotel Pullman

Bangsar sempena pameran 'Malaysia Rupawan' dan

pameran 'Inspirasi Alam' dirasmikan oleh Menteri Pelancongan

dan Kebudayaan (KPK)Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada

11 Ogos 2014.

MCAT KUALA LUMPUR

06SEPT

Ahli Lembaga Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

(LPSVN) Datuk Taib di Majlis Pelancaran Festival Pelancongan

Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) Negeri Johor, 6

September 2014 di Danga City Mall Johor Bahru. MCAT Johor

dilancarkan oleh wakil Dato' Sri Mohamed Khaled Bin Nordin,

Menteri Besar Johor.

MCAT JOHOR

22-26OCT

Festival Pelancongan Seni Kotemporari 1Malaysia (MCAT) dan

Negeri Sembilan Art Tourism Festival 2014 berlangsung pada 22

sehingga 26 Oktober 2014. Majlis perasmian dilancarkan oleh

YB Tuan Haji Tun Hairudin Abu Bakar, Pengerusi Jawankuasa

Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan

MCAT NEGERI SEMBILAN

12Aug

Majlis Perasmian 1MCAT peringkat Negeri Terengganu

yang dirasmikan pada 12 Ogos 2014 bertempat di Muzium

Negeri Terengganu bersempena dengan perasmian sebuah

pameran seni yang bertajuk "Buatmu Duhai Tanahair" yang

menggabungkan seni lukis dan sastera. Ia seiring dengan

sambutan bulan kemerdekaan dan objektifnya adalah untuk

mempamerkan aspirasi semangat nasionalisme dan patriotik

terhadap negara. Pameran ini dibuka kepada pengunjung

daripada 12 Ogos sehingga 12 September 2014.

MCAT TERENGGANU

12OCT

Perasmian Pameran Seni Lukis Terbuka Perlis 2014 Sempena

Program MCAT Peringkat Negeri Perlis Diadakan di Galeri Seni

Lukis Negeri Perlis, Simpang Empat, Perlis pada 12 Oktober

2014. Pelbagai Pengisian Program telah dianjurkan dari 11

sehinggan 12 Oktober 2014 antaranya Pertandingan Melukis

Sek. Men. dan Ren. dan demonstrasi lukisan oleh Pelukis

Negeri Perlis. Pameran ini bermula dari 10 Oktober 2014

sehingga 10 November 2014.

MCAT PERLIS

08OCT

Majlis Pelancaran Festival Pelancongan Seni Kontemporari

Malaysia (MCAT Pior Perak) sempena program Royal Belum

International Festival - The Finale pada 8 Oktober 2014,

bertempat di Hotel Impiana Ipoh, Perak dirasmikan oleh YB

Dato' Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi iaitu Pengerusi

Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

Negeri Perak. Pelancaran ini dihadiri sama oleh En. Haned

Masjak, Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara (BSVN), Dr

Ahmad Lothfi Ibrahim iaitu Presiden Persatuan Pelukis Perak,

UiTM Seri Iskandar, UPSI dan para pelukis.

MCAT PERAK

24OCT

Majlis Perasmian Festival Pelancongan Seni Kontenporari

Malaysia (MCAT) iaitu pameran 'Warnarasa Selangor' dan

'Warnarasa Café Art' pada 24 Ogos 2014, 8 malam di

Hotel Royale Chulan, Damansara dirasmikan oleh Ybr Encik

Rashid bin Hasbullah iaitu Timbalan Ketua Setiausha (Industri

Pelancongan)

MCAT SELANGOR

BSVN28OCT

Majlis Perasmian Malaysia Contemporary Art Tourism Festival

(MCAT) Peringkat Negeri Melaka, pameran 'Ecuadorian Art

In The Historic City of Melaka' dan pameran Expression yang

disempurnakan oleh Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin

Yaakob, TYT Yang di - Pertua Negeri Melaka pada 28 Ogos

2014, 11.00 pagi di Dutch Square, Melaka.

MCAT MELAKA

Page 30: senikini#23

31OCT

Sempena Festival Kesenian dan Kebudayan Islam

Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF 2014) dan 1MCAT 2014

pameran 'Al-Aqsa: Forms of the Doa’ telah di adakan pada

30hb Oktober hingga 02hb November 2014 di Perbadanan

Putrajaya. Majlis perasmian PIIACUF ini telah di rasmikan

oleh Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib b Tun Haji

Abdul Razak pada 31hb Oktober 2014 (Jumaat)

pada jam 5.00 petang.

MCAT - FESTIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAN ISLAM ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PIIACUF 2014)

29 DIS

Asian Art Biennale Bangladesh (AABB) kali ke-16 telah

berlangsung dari 1 hingga 31 Disember 2014 bertempat

di Shilpakala Academy, Dhaka, Bangladesh. AABB ini

telah dimulakan sejak tahun 1981, dan acara ini sedaya

upaya membangunkan sektor kesenian dan kebudayaan

bagi negara membangun seperti Bangladesh sebagai

mempromosi negara, hubungan diplomatik, seniman dan

ekonomi. AABB kali ini disertai oleh para seniman daripada

31 buah negara tidak termasuk Bangladesh sendiri. Majlis

penutup ini disertai olah En. Ameruddin Ahmad dan Baktiar

Naim dari Bahagian Koleksi dan Konservasi. Para seniman di

Malaysia dijemput untuk persediaan jika ingin menyertai Asian

Art Biennale Bangladesh kali ke -17 pada tahun 2016 akan

datang. Info ringkas mengenai AABB:

http://asianartbiennalebd.org/.

'BANGLADESH BIENNIAL' 2014

26-30NOV

Bertempat di Auditorium Ibarapuera Sao Paolo, Brazil telah

diadakan World Biennial Forum yang ke-2 sempena Sao

Paolo Biennial. World Biennial Forum (WBF) adalah medan

pertemuan penganjur dan appreciator biennial dalam

membincangkan sesuatu topik dan permasalahan dalam

pembinaan pameran seni kontemporari dan penganjuran

biennial antarabangsa yang berperanan besar sebagai

pemerhati alam biennial itu sendiri selain peneroka dan

penyelidik kepada pelbagai perjalanan dan penganjuran

biennial dalam pelbagai kawasan, World Biennial Forum No

2 pula penganjuran bersama Fundacion de Sao Paulo dan

ICCA (Instututo Cultura Contemporanea). Malaysia diwakili

oleh Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara iaitu En

Oi Kok Chuen dan kurator pameran Pn. Intan Rafiza. Seminar

World Biennial Forum No 2 ini diadakan selema 5 hari.

‘WORLD BIENNALE FORUM NO 2’ (WBF) , AUDIOTORIO IBARAPUERA SAO PAOLO, BRAZIL

03-06NOV

World Travel Market (WTM) adalah program industri

pelancongan yang diadakan setiap tahun di London. Hampir

46,000 profesional dalam bidang industry pelancongan,

menteri dan wakil kerajaan serta perwakilan media

antarabangsa hadir membuat liputan di ExCel London untuk

menghadiri World Travel Market (WTM) pada bulan November

setiap tahun. Balai Seni Visual Negara yang kini berada

di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

diwakili oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat iaitu

Puan Faridah Hanim Wahab dalam delegasi ke World Travel

Market yang diadakan pada 3 hingga 6 November dalam

mempromosikan BSVN sebagai salah satu produk destinasi

pelancongan Malaysia.

‘WORLD TRAVEL MARKET’ (WTM), EXCEL LONDON, BRITAIN

29 NOV-8 DIS

Artigiano in Fiera atau 19th International Craft Selling Exhibition

adalah sebuah pameran perdagangan seni dan kraf yang

dianjurkan oleh FieraMilano SpA yang berpengkalan di Milan,

Itali. Bertempat di pusat dagangan FieraMilano Rho-Pero

ini pameran perdagangan yang terbesar di Itali. Balai Seni

Visual Negara melalui kerjasama dan gabungan antara pihak

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kraftangan

Malaysia telah memilih beberapa pelukis antaranya Raja

Shahriman Raja Azidin, Ali Bebit, Shaarim Sahat, Osman Limat,

Mohd Nazeri Mat Sood, Najihah Lee Abdullah, Jing Chung,

Dayang Umi Atiyah dan Chin Sau Lim. Penyertaan Malaysia

ke pameran perdagangan ini adalah untuk membantu

penggiat industri kreatif seni kraf dan seni visual menembusi

dan memasarkan produk karya tempatan ke persada

antarabangsa. Seterusnya, merancakkan pembangunan

industri kreatif tempatan di samping menjana

ekonomi Negara.

‘L'ARTIGIANO IN FIERA’. FIERAMILANO RHO-PERO, MILAN, ITALI

04-09SEPT

Lembaga Pembanguan Seni Visual Negara (LPSVN) menyertai

bersama misi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

(KPK) dan agensi di bawah KPK mempromosikan Tahun

Festival Malaysia (MyFEST) 2015 yang diadakan di Cevahir

Square, Istanbul dengan tema 'Endless Celebrations'. Acara

itu menampilkan keunikan wajah-wajah Malaysia melalui

festival pelbagai etnik, budaya, warisan tradisional, keindahan

bandar raya dan keenakan makanan dan banyak lagi.

Malaysia diwakili oleh 4 orang artis iaitu Faizal Suhif, Zanubah

Hamzah, Rohaizad Shaari dan Amir Xtremeart

MINGGU BUDAYA MALAYSIA 2014 ISTANBUL, TURKI

17-19OCT

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

(LPSVN) Dato’ Mahadzir Lokman dijemput oleh The National

Taiwan Museum of History untuk menghadiri Majlis Perasmian

Pameran 'Revolution / Renaissance: The Art of Liu Kuo-Sung'

dan Dr. Choong Kam Kow dijemput sebagai moderator untuk

Simposium 'Revolution Againts the Brush and Ink: the Return

to the Primordial and the Emergence of New Possibilities'

sempena Pameran Liu Kuo-Sung (17-19 Oktober 2014) diiringi

oleh penolog kurator BSVN Lim Ai Woei sebagai Curatorial

Research Assistant. Beberapa lawatan ke Muzium Seni dan

Galeri National telah dibuat.

THE NATIONAL TAIWAN MUSEUM OF HISTORY, TAIWAN

12-16NOV

Bazaar Berlin merupakan sebuah ekspo perdagangan

bertema A World Full of Beauty - For More Than 50 Years atau

‘Dunia penuh kecantikan - Selama lebih 50 Tahun’. Bazaar

yang telah dimulakan sejak 1962 ini menonjolkan konsep

yang unik iaitu “Pasaran Global bagi Produk Tempatan”.

Bazaar Berlin 2014 melibatkan seramai 500 ruang pameran

dari 60 buah negara peringkat antarabangsa. Seramai 40,000

pengunjung dari Berlin dan persekitarannya serta pembeli

antarabangsa menghadiri pameran ini selama empat 4 hari.

Balai Seni Visual Negara telah memilih empat pelukis wanita

untuk pengisian program ini iaitu Umi Baizurah Mahir Ismail,

Diana Ibrahim, Fadilah karim dan NurZahirah.

‘BAZAAR BERLIN’, MESSE BERLIN, JERMAN

11 DIS

Anugerah Buku Negara 2014 Kategori Seni Visual adalah

penganjuran bersama antara Balai Seni Viisual Negara

dengan Yayasan Pembangunan Buku Nebgara (YPBN).

Berikut adalah senarai penerima anugerah mengikut

kategori: 1. Ilustrasi Kulit Seni Terbaik - 'Kailash' oleh Quek Sue

Yuen & Khairul Azmir Shoib 2. Reka Seni Grafik Terbaik - 'With

Knowledge We Serve' oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

3. Buku Seni Terbaik (IPT) - 'Ijtihad: Kumpulan Esei-Esei Seni'

oleh Safrizal Shahir (USM). 4. Seni Mushaf Terbaik - 'Al-Quran

Mushaf Malaysia dan Terjemahan' oleh Yayasan Restu dan 5.

Buku Seni Terbaik (Awam) - 'Menanggap Identiti - Naratif Seni

Rupa Malaysia - Jilid 1oleh Nur Hanim Khairuddin & Baverly

Yong (Rogue Art). Pada Persidangan Buku Antarabangsa

bersempena dengan Expo Buku Negara dan Anugerah

Buku Negara itu Pn. Zanita Anuar telah mewakili LPSVN

menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk 'Cabaran Ilmu

Visual Dalam Pembangunan Buku'

ANUGERAH BUKU NEGARA 2014 KATEGORI SENI VISUAL, PWTC, KUALA LUMPUR

Page 31: senikini#23

RETROSPEKTIF CHOONG KAM KOW MERENTAS BUDAYA • MELINTAS ERARETROSPECTIVE CHOONG KAM KOW CROSS CULTURE • TRANS ERA

• Buku dan katalog ini diterbitkan sempena pameran Retrospektif Choong Kam Kow yang diadakan di Balai Seni Visual Negara pada 18 November 2014 hingga 31 Mac 2015

• Malay & English

• Muka surat Pages 460 RM 120

• Muka surat Pages 92 RM 25

LONG THIEN SHIH : SEPANJANG ZAMANLONG THIEN SHIH : MAN OF THE TIMES

• Esei oleh Tan Sei Hon, Azzad Diah Ahmad Zabidi dan Dr. Pedro Tseng.

• Katalog ini diterbitkan sempena pameran solo Long Thien Shih : Sepanjang Zaman yang diadakan di Balai Seni Visual Negara pada 12 Ogos-26 Oktober 2014.

• Muka surat Pages 176

• Malay & English

RM 38

HUANG YAO : TETAMU MALAYA YANG TERBILANGHUANG YAO : THE REMARKABLE GUEST OF MALAYA

• Esei oleh Zanita Anuar, Terence Wong, Prof. Tay Lian Soo, Dr Andrew Pok Choong Boon, Chang Yueh Siang, Dr Lee Kean Yau, Tang Ah Chai dan Dr Low Siew Choong.Nur

• Katalog ini diterbitkan sempena pameran Huang Yao : The Remarkable Guest of Malaya yang diadakan pada 2013 di Balai Seni Visual Negara.

• Muka surat Pages 238

• Malay & English

RM 100

MIHRAJ : PENERBANGAN DI LANGIT (AKU HANYA SEORANG TUKANG CERITA)MIHRAJ: SPACE FLIGHT(I AM JUST A STORYTELLER)

• Esei oleh Amerudin Ahmad, Stefano Buldrini dan Badrolhisham Mohamad Tahir.

• Katalog ini diterbitkan sempena pameran solo Anuar Rashid yang diadakan di Balai Seni Visual Negara pada 21 Jun- 10 Oktober 2014.

• Muka surat Pages 164

• Malay & English

RM 100

All publications can be purchased at the Gallery Shop located at National Visual Arts Gallery.For enquiries please email to [email protected] or publicationbsvn.blogspot.com

LATEST PUBLICATIONS

BACK COVER ART for #23is a artwork by Long Thien ShihDied Soul Is Laughing At Us1974Etching48 x 48 cmNational Visual Arts Gallery Collection

FRONT COVER ART for #23is a artwork by Choong Kam KowVibration 1969Emulsion canvas213 x 152 cmNational Visual Arts Gallery Collection

NEW!

NEW!

28-30 OCT

The World Islamic Economic Forum atau WIEF bermula dengan

nama OIC Business Forum yang diadakan pada pertama

kalinya pada 15 Oktober 2003 bersempena Persidangan

OIC atau OIC Summit yang ke sepuluh di Putrajaya

Malaysia. Forum ini menemukan dan membincangkan dunia

perniagaan dikalangan negara-negara OIC yang dihadiri

oleh pemimpin kerajaan, pelopor industri, ilmuan akademik,

pakar serantau, profesional dan pengurus korporat. 10th

WIEF 2014 telah diadakan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu

pada 28 hingga 30 Oktober 2014. Bersempena dengan

program ini telah diadakan satu pameran seni MOCA Fest

(Marketplace of Creative Arts) 2014. Balai Seni Visual telah

mengambil bahagian dalam mempamerkan karya-karya

seni kontemporari dalam koleksinya. Malaysia diwakili oleh

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

(LPSVN) Dato’ Mahadzir Lokman, Ketua Pengarah BSVN En

Haned dan wakil Bahagian Koleksi dan Konservasi iaitu En

Musrizal Mat Isa dan Rosli Hasbullah.

WIEF (MOCA FEST) DUBAI 2014

BAKAT MUDA SEZAMANYOUNG CONTEMPORARIES

• Esei oleh Hasnul Jamal Saidun, Nasir Baharuddin, Nur Hanim Khairuddin, Sudjud Dartanto dan Yap Sau Bin.

• Sebuah pameran dan anugerah seni kontemporari pelukis-pelukis muda Malaysia

• Muka surat Pages 352

• Malay & English

RM 50

Page 32: senikini#23

23 #

DISKUSI BUKU OLEH SASTERAWANNEGARA DATUK BAHA ZAIN

IN-A-BOOK : INTERNATIONALART BOOK FAIR

MCAT NEGERI DI BAWAH BAYU

GARISAN LANDASAN SABAH

MELESTARIKAN MINDA DALAM 555

KOREA DAN HEGEMONI AMERIKA SYARIKAT

OF TASTE AND FROVOLITY