Senyap4085e74b-9ccc-4c0f-b3bc... · Web viewSuara itu meninggi lagi. Diselitkan unsur sindiran...

7
‘GURUKU’ Semua kepala menunduk ke bawah. Menunduk seperti kepala dibebani dengan timbangan yang berat. Berat sehingga tak larat kepala untuk mengangkatnya. Kalau tak punya kekuatan leher, leher akan patah. Tentu setiap muka akan tersembah ke lantai. Lantai yang menjadi tempat untuk dipijak dan berjalan. Lantai-lantai ini juga tempat persinggahan ludah- ludah. Adakalanya terkumpul juga kahak. Kahak yang hijau. Lantai yang kotor dan berabuk. Senyap. Sepi. Tak ada siapa yang berani mengeluarkan suara. Hendak membuka mulut pun takut. Kecut. Menjadi kecil macam tikus. Hanya bunyi jantung yang berdegup-degup. Kalau boleh dengar, tentu deras. Deras macam air terjun yang menjunam dari atas gunung. Semua terus membisu. Membisu seperti mulut telah dikunci. Dikunci rapat. Siapa yang tak baca Gema Gong dan Rebana Rodat? Suara yang garang memecahkan kesepian. Rasa marah yang membuak-buak terjelma berserta dengan perasaan benci. Tapi bukan benci pada semua kepala yang menunduk itu tapi benci pada sikap yang terus menyala dalam setiap jasad mereka. Sikap yang telah menebal dalam dalam hati. Menebal sehingga menjadi sebati. Menjadi sebahagian darah daging. Tapi sayang, bukan sikap yang murni. Semua kepala masih menunduk ke bawah. Masih menunduk seperti kepala tetap dibebani dengan timbangan yang berat. Seperti kepala dijadikan daripada batu. Batu yang berton-ton beratnya. Setiap muka masih memandang ke bawah. Memandang ke bawah seperti di lantai ada diletakkan peti televisyen LCD. Buat-buat khusyuk. Dan fikiran juga terbang ke dunia lain. Dunia yang lebih bererti dan manis lagi. Tik! Tik! Tik! Tik! Setiap saat bergerak dengan pantas sekali. Makin cepat, makin baik. Kalau boleh setiap saat itu berputar dengan ligat. Pejam mata, masa dah tamat. Itulah yang diharapkan. Yang didoa-doakan. Masih sepi. Setiap saat masih bergerak tapi meninggalkan masa yang berlalu. Dan masa yang berlalu tak akan kembali. Namun mereka tidak merasa rugi. Malah itulah yang diharap-harapkan sejak insan yang berada di depan mereka bersuara. Malah itulah yang dihajatkan mereka daripada berdepan dengan insan yang berada di depan mereka. Tetap diam, tetap membisu. Kalau boleh, pergerakan nafas pun hendak ditahan kerana tak mahu insan di depan mereka mendengarnya. Kalau didengari tentulah rahsia setiap jasad yang ada akan terbongkar. Macam harimau! Bisik Shukri dalam hati kecilnya. Tak berani hendak bersuara. Hanya itu sahaja yang berani dilakukannya. Hakikat sebilangan manusia, berani dalam senyap. Berani di belakang sahaja, tapi untuk bertantang mata tentu tak berani. Yang lain masih takut hendak memandang ke hadapan. Memandang muka yang sedang marah. Takut memandang muka yang sedang dirasuk syaitan. Lebih baik pandang ke lantai walaupun lantai itu kotor dan berhabuk. Lantai yang ada kesan tapak kaki dan bekas ludah. Lebih baik arahkan kepala ke arah lantai. Kalau dihalakan ke hala lain tentu ditemplek. Tentu diherdik. Lebih selamat pandang lantai. Siapa yang tak baca Gema Gong dan Rebana Rodat? Suara yang bertanya itu semakin meninggi. Membara hatinya. Sakit hatinya kerana tak dijawab soalan yang ditanya. Soalan yang mudah yang tak dapat dijawab. Soalan yang hanya memerlukan jawapan saya saya. Tak ada suara yang mengatakan saya . Tak ada tangan yang diangkat. Semua kepala hanya memandang ke lantai. Semua tangan diletakkan riba sambil menggenggam jari-jari. Mulut dikatup rapat. Ada yang menarik nafas dengan deras, kembang-kecup hidung dibuatnya. Siapa yang tak baca? Suara yang nyaring macam harimau itu terus bergema. Terus lantang. Seperti singa mendaulatkan kawasannya. Masih senyap. Masih sepi. Tak ada yang berani mengangkat muka ke atas. Tak berani hendak menjawab. Tak berani hendak mengangkat tangan kerana sudah jelas kesalahan. Cara terbaik hendak diam. Hanya membisu. 1

Transcript of Senyap4085e74b-9ccc-4c0f-b3bc... · Web viewSuara itu meninggi lagi. Diselitkan unsur sindiran...

‘GURUKU’

Semua kepala menunduk ke bawah. Menunduk seperti kepala dibebani dengan timbangan yang berat. Berat sehingga tak larat kepala untuk mengangkatnya. Kalau tak punya kekuatan leher, leher akan patah. Tentu setiap muka akan tersembah ke lantai. Lantai yang menjadi tempat untuk dipijak dan berjalan. Lantai-lantai ini juga tempat persinggahan ludah-ludah. Adakalanya terkumpul juga kahak. Kahak yang hijau. Lantai yang kotor dan berabuk.

Senyap. Sepi. Tak ada siapa yang berani mengeluarkan suara. Hendak membuka mulut pun takut. Kecut. Menjadi kecil macam tikus. Hanya bunyi jantung yang berdegup-degup. Kalau boleh dengar, tentu deras. Deras macam air terjun yang menjunam dari atas gunung. Semua terus membisu. Membisu seperti mulut telah dikunci. Dikunci rapat.

“Siapa yang tak baca Gema Gong dan Rebana Rodat?” Suara yang garang memecahkan kesepian. Rasa marah yang membuak-buak terjelma berserta dengan perasaan benci. Tapi bukan benci pada semua kepala yang menunduk itu tapi benci pada sikap yang terus menyala dalam setiap jasad mereka. Sikap yang telah menebal dalam dalam hati. Menebal sehingga menjadi sebati. Menjadi sebahagian darah daging. Tapi sayang, bukan sikap yang murni.

Semua kepala masih menunduk ke bawah. Masih menunduk seperti kepala tetap dibebani dengan timbangan yang berat. Seperti kepala dijadikan daripada batu. Batu yang berton-ton beratnya. Setiap muka masih memandang ke bawah. Memandang ke bawah seperti di lantai ada diletakkan peti televisyen LCD. Buat-buat khusyuk. Dan fikiran juga terbang ke dunia lain. Dunia yang lebih bererti dan manis lagi.

“Tik! Tik! Tik! Tik!” Setiap saat bergerak dengan pantas sekali. Makin cepat, makin baik. Kalau boleh setiap saat itu berputar dengan ligat. Pejam mata, masa dah tamat. Itulah yang diharapkan. Yang didoa-doakan. Masih sepi. Setiap saat masih bergerak tapi meninggalkan masa yang berlalu. Dan masa yang berlalu tak akan kembali. Namun mereka tidak merasa rugi. Malah itulah yang diharap-harapkan sejak insan yang berada di depan mereka bersuara. Malah itulah yang dihajatkan mereka daripada berdepan dengan insan yang berada di depan mereka. Tetap diam, tetap membisu. Kalau boleh, pergerakan nafas pun hendak ditahan kerana tak mahu insan di depan mereka mendengarnya. Kalau didengari tentulah rahsia setiap jasad yang ada akan terbongkar.

“Macam harimau!” Bisik Shukri dalam hati kecilnya. Tak berani hendak bersuara. Hanya itu sahaja yang berani dilakukannya. Hakikat sebilangan manusia, berani dalam senyap. Berani di belakang sahaja, tapi untuk bertantang mata tentu tak berani.

Yang lain masih takut hendak memandang ke hadapan. Memandang muka yang sedang marah. Takut memandang muka yang sedang dirasuk syaitan. Lebih baik pandang ke lantai walaupun lantai itu kotor dan berhabuk. Lantai yang ada kesan tapak kaki dan bekas ludah. Lebih baik arahkan kepala ke arah lantai. Kalau dihalakan ke hala lain tentu ditemplek. Tentu diherdik. Lebih selamat pandang lantai.

“Siapa yang tak baca Gema Gong dan Rebana Rodat?” Suara yang bertanya itu semakin meninggi. Membara hatinya. Sakit hatinya kerana tak dijawab soalan yang ditanya. Soalan yang mudah yang tak dapat dijawab. Soalan yang hanya memerlukan jawapan “saya” saya. Tak ada suara yang mengatakan “saya”. Tak ada tangan yang diangkat. Semua kepala hanya memandang ke lantai. Semua tangan diletakkan riba sambil menggenggam jari-jari. Mulut dikatup rapat. Ada yang menarik nafas dengan deras, kembang-kecup hidung dibuatnya.

“Siapa yang tak baca?” Suara yang nyaring macam harimau itu terus bergema. Terus lantang. Seperti singa mendaulatkan kawasannya. Masih senyap. Masih sepi. Tak ada yang berani mengangkat muka ke atas. Tak berani hendak menjawab. Tak

1

‘GURUKU’

berani hendak mengangkat tangan kerana sudah jelas kesalahan. Cara terbaik hendak diam. Hanya membisu. Biarkan insan yang berada di depan mereka mengaum dengan lantang. Menjerit-jerit. Tak perlu pedulikan insan itu. Biar dia membebel-bebel hingga keluar air ludah. Tetap mereka diam dan membisu. Masuk telinga kanan, dan keluar telinga kiri. Lebih elok pandang lantai. Lantai yang kotor dan penuh abuk dan tapak kaki. Lantai tak akan membalas pandang.

“Nabilah, kenapa awak tak baca?” Tiba-tiba suara itu memanggil nama. Nabilah terkejut. Sejak dari tadi dia hanya memandang ke lantai sahaja seperti yang lain. Tapi sekarang dia perlu menjawab. Tak ada jalan keluar. Kalau ikutkan hati nak cakap “tak ada masa untuk baca”. Tapi itu bukan jawapan. Itu hanya alasan. Alasan yang sangat dibenci oleh insan yang sedang berada di depannya. Insan yang sedang menggila dengan kemarahan. Insan yang dipanggilnya cikgu. Maha suci gelaran itu.

“Nabilah! Saya tanya dengan soalan yang mudah, dalam bahasa Melayu. Awak tak faham! Kenapa awak tak baca Gema Gong dan Rebana Rodat?” Suara itu meninggi lagi. Diselitkan unsur sindiran kerana sedang membuak marahnya. Yang lain masih memandang ke bawah. Memandang ke lantai dan berasa selamat buat seketika. Dua puluh satu jasad kesemuannya. Tapi satu pun tak berani memandang ke atas. Memandang ke arah tubuh insan yang bergelar cikgu.

“Saya terbaca salah Cikgu!” Jawab Nabilah dengan perlahan. Antara dengar atau tidak oleh insan di depannya itu bukan masalahnya. Yang penting dia sudah menjawabnya. Bebannya dah habis. Dah lenyap. Lenyap bersama jawapan yang diberikan. Rasa lega.

“Apa yang awak baca?” Celah insan itu ringkas.Tak terduga Nabilah bahawa insan yang berada di depannya akan terus

menanyakannya. Dalam otaknya terfikir cerpen-cerpen yang boleh digunakan sebagai bukti. Ada dua puluh tujuh buah cerpen dalam buku itu. Otaknya terngiang-ngiang mencari cerpen yang sesuai. Kalau salah beri bukti tentu dia sendiri akan masuk lubuk.

“Cerpen yang mana dalam buku Angin dari Gunung kamu baca?” Tegas insan sekali lagi apabila Nabilah tidak menjawab. Marahnya semakin membara. Kalau tak kerana menjaga adabnya sebagai cikgu, tentu sudah ditengking dan dikutuknya pelajar yang ada di depannya itu. Tapi sifat kasihannya masih ada. Dia tahu mereka sudah besar. Bukan budak-budak lagi. Dia tahu mereka tak suka dimarahi dan ditengking. Tentu jatuh air muka mereka. Dia tahu, kewujudannya di kalangan para pelajarnya itu sebagai pembimbing. Sebagai pembantu dan penasihat. Menjadi metovasi kepada mereka. Bukan sebagai singa lapar. Bukan sebagai penghukum.

“Saya baca Seorang Tua di Kaki Gunung!” Jawab Nabilah teragak-agak!“Apa!” Terus insan yang berada di depannya mencelah. Dia tahu Seorang di

Kaki Gunung adalah sebuah novel. Novel yang dihasilkan oleh Azizi Haji Abdullah. Bukan cerpen yang ada dalam kumpulan cerpen Angin dari Gunung.

“Salah! Salah!” Cepat-cepat Nabilah membetulkan kesilapannya. Ada yang tersenyum dan tersipu-sipu. Lucu. Cuba mengawal diri masing-masing. Ada yang tergerak-gerak badan. Tanda tak dapat mengawal diri. Tapi muka masih memandang lantai.

“Cerpen pasal dua orang yang cari rusa.” Jawapan Nabilah untuk membetulkan kesilapannya. Nabilah terus pandang ka bawah. Tentu kali ini dia akan terperangkap dengan jawapannya sendiri. Jawapan yang asal-boleh.

“Saya mahukan tajuk cerpen! Bukan apa yang ada dalam cerpen!” Tegas insan itu lagi.

Yang lain terus senyap. Mereka sudah terperangkap dengan helah masing-masing. Di otak setiap daripada mereka terngiang-ngiang siapa pula yang akan menjadi mangsa insan yang ada di depan mereka. Insan yang membuak perasaan marahnya.

2

‘GURUKU’

Ada yang terkumat-kamit mulutnya. Membaca sesuatu. Tentu membaca ayat-ayat menolak bala. Dan yang tahu jampi mentera, inilah masanya untuk digunakan. Mereka pasti menggunakannya untuk mengelak balak yang bergolek di depan.

“Jadi apa tajuknya?” Tambahnya sambil merenung tepat ke muka pelajarnya itu. Nabilah terus menunduk. Menunduk bukan tanda malu tapi takut dengan insan yang ada di depannya itu.

Nabilah merasa dirinya diperangkap dengan soalan yang bertalu-talu itu. Tak ada jalan keluar.

“Memburu cikgu!” Jawab Nabilah dengan nekad. Perlahan seakan-akan berbisik.

“Apa!” “Memburu!” Ulangnya sekali lagi dengan kuat sedikit.“Awak Shukri baca apa pulak?” Tanya Cikgu Yassir, mengalih sasarannya. Dia

pasti Shukri juga tidak membaca cerpen yang akan dikaji pada itu. Cikgu Yassir sudah bersedia untuk melenting lagi. Sudah bersedia untuk menerkam mangsa yang lain. Bukannya apa, setiap kali disuruh membaca cerpen-cerpen yang hendak dikaji, pelajar-pelajarnya tak lakunya. Pelbagai alasan diberikan.

“Tersalah baca cikgu!” “Buku tertinggal di kelas cikgu!”“Saya baca sekerat saja cikgu!”“Saya mangkir kelas minggu lepas cikgu!”“Tak sempat baca cikgu! Ada CCA!”“Latihan hoki saya sampai malam.” Bosan dengan alasan-alasan yang diberikan. Alasan yang tidak sepatutnya

dijadikan sandaran pengecualian daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

“Saya baca Putik Kasih Sudah Berkembang oleh Khadijah Hashim.” Tegas Shukri dengan bangga dan yakin. Bangga dan yakin kerana jawapan itu dianggapnya betul dan tepat.

Masih senyap. Masih membisu. Tapi kepala sudah mula berani diangkat ke atas. Sudah mula berani dihalakan ke hadapan. Ke hadapan memandang insan yang berada di depan mereka. Namun untuk bertentangan mata masih belum sanggup. Masih belum berani. Takut.

Semua percaya dengan apa yang dikatakan oleh Shukri. Tentu dia sudah membaca Putik Kasih Sudah Berkembang oleh Khadijah Hashim. Mereka yakin sepenuhnya. Shukri memang pelajar yang selalu mendapat markah yang baik di kalangan mereka. Tentu dia tidak buat silap.

“Tentu Shukri tak silap!” Bisik Hafizah dalam hatinya. Dia cuba mengawal dirinya. Cuba mengelakkan diri daripada tersenyum. Memang Hafizah murah dengan senyumannya. Sesiapa sahaja dihadiahkan senyumannya. Tidak kira berada di mana, sentiasa murah dengan senyumannya. Walaupun berada seorang diri.

“Awak pasti Khadijah Hashim yang tulis cerpen itu?” Tanya Cikgu Yassir sambil membulatkan matanya. Hendak menduga Shukri dan bukan mempersoalkan kesahihan pengakuannya itu.

“Betul cikgu! Khadijah Hashim yang tulis! Saya berani sumpah! Saya baca cerita tu! Pasal sepasang suami isteri yang pelihara kucing! Dan kucing tu selamatkan nyawa mereka” Tegas Shukri mempertahankan kebenarannya.

“Baik, sila buka halaman 285.” Seru Cikgu Yassir kepada semua pelajarnya. Sengaja hendak mengenakan Shukri.

“Siapa pengarang Putik Kasih Sudah Berkembang?” Tanya Cikgu Yassir kepada semua pelajarnya. Dua puluh satu orang semuanya.

3

‘GURUKU’

“Zaharah Nawawi!” Jawab mereka serentak tapi perlahan. Malu sendiri kerana mudah mempercayai rakan.

“Bagaimana Shukri?” Usik Cikgu Yassir sambil mengenakan paku buah keras.“Saya baca cikgu. Cuma salah pengarangnya!” Tegas Shukri, yang cuba

membetulkan kesalahannya itu.“Saya percaya kamu. Tapi perlu berwaspada.” Kata Cikgu Yassir yang

memandang ke arah muka Shukri. Menyindir dengan caranya yang tersendiri. Tak perlu menghantak meja dengan buku. Kenapa mesti merosakkan meja. Meja untuk menulis. Meja yang telah banyak berbakti. Kesian buku yang tak bersalah menjadi mangsa. Jadi tak perlu merosakkan buku. Buku yang banyak memberikan bakti kepada mereka yang menghargai nilai ilmu. Tak perlu juga menghentak meja dengan tangan. Hanya menyakitkan tangan sendiri sahaja. Lebih baik buat para pelajarnya berasa bersalah. Baru rasa puas hati dalam dirinya. Mata Cikgu Yassir merah. Para pelajar hanya mampu pandang ke lantai. Tak nampak mata Cikgu Yassir yang merah. Sengaja pandang ke lantai daripada memandang muka yang marah dan bengis itu.

Mata Cikgu Yassir memerhatikan setiap kepala yang memandang ke bawah itu. Sudah tiba buatnya mencari ‘mangsa’ yang lain.

“Azie!” Tiba-tiba kelantangan suara memecahkan kesunyian dalam bilik darjah itu. Bilik darjah yang berhawa dingin. Mereka beruntung mendapat bilik yang berhawa dingin untuk belajar. Bilik yang tertutup dan tidak terganggu dengan bunyi bising dan hiruk-pikuk kegiatan di luar. Bilik yang selesa untuk belajar.

“Azie!” Suara itu bergema lagi. Suara Cikgu Yassir yang memanggil pelajarnya yang duduk di bahagian belakang kelas. Tapi tiada jawapan.

“Azie!” Suara panggilan itu meninggi sedikit. Tiada jawapan yang keluar daripada pelajar yang dimaksudkan itu.

“Azie!” Suara bengis menggantikan suara nyaring Cikgu Yassir.“Pssst! Azie, Cikgu panggil kau!” Kata Suhana yang duduk di sebelah kiri

perlahan kepada Azie, sambil menyiku berkali-kali tangan Azie. Mata-mata yang lain hanya dapat menjerling perbuatan Suhana, pelajar yang berambut kerinting.

“Bukan akulah!” Jawab Azie perlahan sambil menundukkan kepalanya.“Kaulah! Cikgu panggil kau!” Kata Suhana dengan pelak Jawanya yang pekat. “Azie! Kenapa kamu senyap!” Bentak Cikgu Yassir dengan mukanya yang

merah padam. Yang lain terkejut. Tapi tak keluar suara. Kerana terlalu takut. Suhana menyiku-nyiku lengan Azie. Azie membalas perbuatan Suhana itu.

“Azie!” Seru Cikgu Yassir. Azie tetap senyap. Pelajar yang bertoncang dan bertubuh kecil serta pendiam

itu tak berkata apa-apa. Mukanya merah. Merah sejak dari tadi apabila cikgu mula melenting. Melenting kepada semua pelajar di dalam kelasnya. Bukannya pasal tak ada mood. Atau ada masalah peribadi. Tapi melenting dengan sikap para pelajar yang masih dalam “dunia keselesaan” mereka.

“Psssst, jawablah!” Bisik Suhana yang dari tadi menyiku-nyiku lengan Azie.“Aku tak baca! Tak tahu nak jawab!” Balas Azie perlahan. Terkomat-kamit

mulutnya. Kepalanya masih tunduk.“Jawab apa-apa je! Salah tak apa!” Bisik Suhana semula. Kali ini bisikannya

kuat sedikit. “Aku tak tahu nak cakap apa!” Kata Azie yang hampir menangis kerana dipaksa

begitu. Jantungnya berdebar-debar. Tentu Cikgu Yassir akan memanggilnya lagi. Dan tentu suara Cikgu Yassir lebih kuat dan garang seperti harimau yang mengaum.

“Cepatlah jawab! Nanti satu kelas kena!” Celah Farhana dengan suara garaunya. Farhana yang duduk di sebelah kanan Azie menguis kakinya ke kaki Azie.

4

‘GURUKU’

Azie tetap membisu. Kepalanya tetap menunduk, memandang lantai. Farhana menguis kaki Azie sekali lagi. Kali ini dengan kuat.

“Auuw!” Bunyi keluar dari mulut Azie. Bukan jawapan.“Tentu kali ini aku kena. Tak ada jalan keluar. Baik jawab. Nead saja.” Kata

Azie dalam hatinya. Dia tahu dia terpaksa menjawab, kalau tidak tentu semua yang ada akan menjadi mangsa insan yang berdiri di depan mereka. Nak tak nak soalan Cikgu Yassir wajib dijawab.

“Bunyi rebana ‘auuw, auuw, auuw, auuw’, cikgu.” Kata Azie seperti membisik sambil perlahan-lahan berdiri dan menolak kerusinya. Yang lain hanya cuba menahan rasa diri. Menahan diri daripada ketawa. Ada yang tergerak-gerak perut mereka. Cuba menahan ketawa.

“Kreaaaaaak!” Bunyi geselan kerusi dengan lantai simen. “Dah berapa kali saya katakan, angkat kerusi bukan serek! Berat nah ke kerusi

itu!” Celah Cikgu Yassir. Para pelajarnya tahu tabiat Cikgu Yassir. Kalau duduk mesti angkat kerusi bukan serek. Sudah banyak kali mereka didenda kerana lupa. Dah lazim dibuat hingga lupa. Kelaziman yang akhirnya menjadi norma dalam sifat mereka. Larangan Cikgu Yassir bersebab. Ada alasannya. Ada kelogikannya. Bila kerusi diserek tentulah mengeluarkan bunyi yang menikam telinga. Akan bengkok kaki kerusi. Rosak dan terkopak pula lantai simen.

Azie hanya mendiamkan diri saja. Dia tahu dia bersalah. Terlupa. Kerana dah menjadi darah daging.

“Awak tahu apa yang ditanya!” Sambung Cikgu Yassir lagi dengan membeliakkan matanya. Macam nak terkeluar biji matanya. Dapat dilihat urat-urat matanya.

Azie tahu itu bukan jawapan soalan yang ditanya oleh Cikgu Yassir. Malah jawapan yang diberikannya tiada kaitan langsung dengan soalan. Azie hanya memandang ke bawah saja. Tak ada cara lain.

“Adakah soalan saya ini payah sangat sehingga kamu tak faham!” Bentak Cikgu Yassir, tapi masih lagi menahan sabar. Sabar yang dianggap separuh daripada iman.

“Baik, biar saya cakap satu persatu! Sudahkah kamu membaca cerpen Gema Gong dan Rebana Rodat oleh Razak Mamat! Hari ini kita akan bincangkan cerpen itu! Kamu semua faham!” Sela Cikgu Yassir dengan menyebut setiap perkataan satu demi satu. Sengaja menyebut demikian untuk menyindir. Setiap kali sepatah kata disebut dimuncungkan bibirnya. Sengaja kerana ingin mengejek. Biarkan jika dimuncungkannya itu sama macam khinzir. Cikgu Yassir tak peduli. Kepala-kepala yang hanya menunduk. Tak berani ketawa. Tak berani keluarkan suara. Semua cuba menahan ketawa. Ada yang menahan senyum tapi tak berjaya. Cepat-cepat diletakkan tangan menutup mulut. Azie masih berdiri. Bebannya lebih berat. Setiap geraknya akan terlihat. “Bagaimana kamu hendak lulus peperiksaan nanti!” Celah Cikgu Yassir.

“Kamu jangan hanya mengharapkan belas ikhsan daripada guru!” Tambah Cikgu Yassir. Tiada jawapan. Satu kelas senyap. Cikgu Yassir sudah mula berleter. Mereka tahu kalau Cikgu Yassir berleteh tentu bingit telinga mereka. Malah mengalahkan makcik-makcik di Geyland. Lebih baik buat hal yang lain; lebih baik berkhayal atau mengingat peristiwa lalu yang manis-manis. Tak perlu dengar, lagi pun sikap malas itu tak akan lenyap sekelip mata.

“Selagi amalan mim alif lum syim menjadi darah daging kamu, selagi itulah kamu akan gagal!” Herdik Cikgu Yassir. Dia tahu pelajar tak suka dia berleter. Tapi sebenarnya dia bukan berleter tapi menasihati para pelajarnya. Para pelajar perlu diberitahu selalu. Para pelajar perlu diletehkan selalu dengan nasihat. Jika tidak mereka mudah lupa. Mereka mudah terlena dengan ‘keselasaan’ dan sikap ‘tidak apa’

5

‘GURUKU’

dan lewa. Biarkan mereka tak suka leterannya. Lama-lama mereka akan berubah kerana tak tahan dileter. Biarkan pelajar anggap dirinya sebagai ‘makcik tua’ atau ‘nenek’. Biar reputasinya sebagai seorang pendidik tercabar. Biar para pelajar membencinya. Yang penting para pelajarnya berubah. Dan akhirnya berjaya. Reputasi bukan sandaran buat dirinya, yang penting setiap pelajarnya ada masa depan. Cikgu Yassir mahu para pelajarnya menjadi ‘orang’. “Ain!” Cikgu Yassir memanggil pelajar yang duduk di depannya. Ain terkejut kerana terlalu khusyuk berbisik-bisik dengan Muhammad walaupun menundukkan kepala.

“Kamu faham apa yang saya maksudkan?” Tanya Cikgu Yassir, hanya mahu menduga Ain. Pelajar yang sedang mengulang kerana gagal peperiksaan tahun lepas. Ain mengangguk-angguk kepalanya. Mengangguk hanya sebagai syarat sahaja. Cikgu Yassir tahu Ain sedikit pun tak memberikan perhatian apa yang dikatakan tadi.

“Baik! Kenapa Awang mengambil keputusan hendak meninggalkan Julia?” Tanya Cikgu Yassir, bukan hendak menduga Ain tapi untuk mengenakannya. Dia tahu Ain tak akan tahu watak-watak yang ada di dalam cerpen itu. Dia pasti Ain tak akan baca. Bukan tak ada masa, tapi akibat ‘sikap’. Ain tidak menjawab. Senyap. Masih lagi duduk di kerusinya. Matanya menjerling Muhammad. Muhammad hanya menunduk ke lantai. Tangannya diletakkan di atas meja.

“Berdiri!” Seru Cikgu Yassir dengan nyaring dan tegas. Lagak sarjan major ketika memberikan arahan ketika berbaris. Sepantas kilat Ain berdiri. Macam askar yang diberikan arahan. Tapi sempat mengangkat kerusinya ke belakang. Senyap. Tak mahu Cikgu Yassir melenting lagi pasal seret kerusi.

“Diana!” Cikgu Yassir memanggil pelajar yang bermata sepet itu. Dengan segera Diana bingkas berdiri tanpa diarah. Kerusinya diangkat sama ketika berdiri. Lalu kerusi itu terlanggar peha Nadia, yang duduk di sebelah kirinya. Kelihatan Nadia cuba manahan sakit. Yang lain hanya cuba menahan daripada ketawa dengan memandang ke arah lantai. “Siapa kawan Awang yang sama-sama bekerja di Kuala Lumpur?” Tanya Cikgu Yassir.

“Tahar!” Celah Suhana dengan yakin.“Awak Diana ke? Tak tahu saya bahawa Diana berambut kerinting!” Kata Cikgu

Yassir menyindir. Terkena Suhana dengan sindiran Cikgu Yassir. Dia malu. Sepatutnya dia berfikir sebelum menjawab. Sekarang dia sudah mendukung biawak hidup. Jawapan yang diberikan merupakan beban. Beban yang diletakkan di bahunya sendiri. Dia yang mencari susah sendiri. Sekarang dia memerankap dirinya sendiri.

“Baiklah, memandangkan awak bersungguh-sungguh hendak menjawab, saya tidak akan mengecewakan awak!” Kata Cikgu Yassir dengan bersahaja. Para pelajar lain hanya tersenyum. Senyum dalam menunduk. Mereka sudah masak benar dengan perangai Cikgu Yassir. Sudah dua tahun mereka mendapat Cikgu Yassir sebagai guru sastera Melayu mereka. Pada mereka dua tahun merupakan satu jangka masa yang panjang. Sebenarnya, bukan mereka tak suka cara Cikgu Yassir mengajar, hanya rasa tertekan sahaja. Tertekan kerana selalu ditanya dengan pelbagai soalan rangsangan. Bagi mereka yang sudah membaca bahan-bahan yang disuruh tak ada masalah. Mudah dijawab soalan-soalan itu. Tapi bagi mereka yang tak baca atau malas, terpaksa mencari alasan awal-awal. Terpaksa menikam jawapan saja. Terpaksa hadapi leteran Cikgu Yassir.

“Cerpen Gema Gong dan Rebana Rodat mengkritik segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap golongan janda. Setujukah kamu dengan pandangan ini?” Tanya Cikgu Yassir kepada Suhana. Sengaja menggunakan ayat yang berbentuk soalan peperiksaan untuk menduga pelajar yang berambut kerinting itu.

6

‘GURUKU’

Suhana cuba menjawab, tapi mulutnya terasa kaku seperti dikunci rapat. Tak terkeluar kata-kata yang hendak diluahkannya.

“Kenapa senyap! Tadi saya panggil Diana tapi kamu yang jawab. Sekarang jawablah. Saya berikan peluang. Janganlah malu.” Kata Cikgu Yassir, mengusik.

Senyap juga. Mulut masih terkatup rapat.“Sila Suhana, sila jawab soalan saya. Tadi beriya-iya benar kamu hendak

jawab!” Makin pedas kata-kata Cikgu Yassir. Bukannya mengada-ngada tapi hanya mahu mengenakan pelajarnya. Mata yang lain hanya dapat memerhatikan saja. Tak berani menolong. Mereka tak berani menggantikan Suhana. Biar Suhana sahaja yang merasakan beban itu seorang diri.

“Kamu semua lihat sendiri! Berapa ramai yang sudah membaca cerpen Gema Gong dan Rebana Rodat! Hanya Shahani dan Hafeez saja. Yang lain tidak peduli langsung.” Kata Cikgu Yassir dengan bersungguh-sungguh. Senyap. Para pelajar hanya menunduk ke lantai. Tak berani memandang insan yang sedang berdiri di depan mereka.

“Bukan saya hendak mengata atau hendak marah kamu setiap kali ada kelas. Tapi sampai bila kita hendak mengikut sikap yang merugikan ini! Memang benar masyarakat kita sudah maju dan sudah berani bersaing. Tapi berapa jumlahnya. Kamulah yang patut menjadi penyambungnya.” Cikgu Yassir mula memberikan khutbahnya. Senyap. Tak ada yang berani bersuara.

“Mana tanggungjawab kamu semua sebagai pelajar? Mana cita-cita kamu untuk berjaya?” Cikgu Yassir mempersoalkan sikap para pelajarnya. Para pelajarnya senyap. Membisu.

“Ini bukan pertama kali perkara ini berlaku. Sampai bila kamu semua hendak amalkan sikap yang merugikan ini. Kita tidak boleh terus-menerus amalkan sikap begini. Sepanjang masa mengharapkan ikhsan daripada guru.” Sindir Cikgu Yassir.

“Kamu mempunyai tanggungjawab. Saya juga mempunyai tanggungjawab. Sehubungan itu, kita sama-sama mempunyai tanggungjawab. Kamu sebagai pelajar mempunyai amanah. Amanah yang diberikan oleh ibu bapa. Amanah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai yang terbaik, agar kamu semua mempunyai masa depan yang gemilang. Kamu semua diamanahkan menjadi orang. Menjadi orang yang gemilang. Melayu gemilang. Saya juga mempunyai amanah. Amanah yang diberikan oleh setiap ibu bapa kamu. Ibu bapa kamu memberi kepercayaan mereka kepada saya. Saya genggam kepercayaan itu. Saya jalankan amanah itu. Sepatutnya kamu juga begitu. Tidak boleh ambil lewa dan hidup dalam ruang ‘keselesaan’ saja.” Cikgu Yassir terus meluahkan perasaannya. Dia tahu para pelajarnya tak suka dileter. Tapi dia perlu betulkan sikap para pelajarnya.

“Semua ini terpulang kepada kamu semua. Saya akan terus menjalankan kewajipan saya, mengenggam amanah ibu bapa kamu. Saya tidak akan mengalah.” Kata Cikgu Yassir secara terung terang dengan bersemangat. Kelihatan air mukanya bersinar walaupun tidak menguntumkan senyuman. Di kelopak matanya kelihatan berair. Dia tahu, dia tak boleh menyerah kalah dan makan gaji buta sahaja. Semua anak didiknya perlu dilentur, perlu ditunjukkan jalan dan perlu dibimbing walaupun mereka membencinya. Kegagalan setiap pelajar adalah kegagalannya. Niat Cikgu Yassir suci.

7