SEPERTI SENARAI EDARAN HEBAHAN PROGRAM ... terkini/2019...Sarapan pagi VIP dan tetamu jemputan AJK...
Transcript of SEPERTI SENARAI EDARAN HEBAHAN PROGRAM ... terkini/2019...Sarapan pagi VIP dan tetamu jemputan AJK...
Rujukan kami : MCFR/S (49) Jld 1/2020 Tarikh : 19 Disember 2019 SEPERTI SENARAI EDARAN Melalui, Pengarah Hospital Melaka YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, HEBAHAN PROGRAM MELAKA CPR FUN RUN 3.0 TAHUN 2020 PERINGKAT NEGERI
MELAKA
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka dan Melaka Emergency Medicine Society (MEMS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menganjurkan Program Melaka CPR Fun Run 3.0 pada ketentuan berikut :
Tarikh : 18 April 2020 (Sabtu) Tempat : Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka Masa : 6.00 pagi – 1.00 tgh
3. Objektif yang disasarkan melalui penganjuran Melaka CPR Fun Run 3.0 ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada penduduk di Negeri Melaka tentang ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) dan kepentingannya, memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran mereka untuk melakukan CPR, meningkatkan liputan program-program kesihatan khasnya berkaitan CPR, mewujudkan kesedaran dan memperkasakan masyarakat untuk memupuk gaya hidup yang sihat melalui aktiviti Fun Run yang akan dijalankan dan sebagai petunjuk asas untuk program atau dasar masa depan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat serangan jantung luar hospital atau ‘Out of hospital cardiac arrest’ (OHCA). 4. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Program Melaka CPR Fun Run 2.0 yang telah diadakan pada tahun 2019 telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Negeri Melaka. Program tersebut juga telah menerima liputan meluas di akhbar-akhbar dan stesen televisyen tempatan. Pihak kami juga telah menerima kelulusan YB Exco Kesihatan Negeri, YB Low Chee Leong untuk menjadikan program Melaka CPR Fun Run ini sebagai salah satu program tahunan Negeri Melaka. Pada tahun 2020, dianggarkan program ini bakal menerima kehadiran seramai 1500-2000 orang berdasarkan sambutan pada tahun 2019 yang sangat menggalakkan.
5. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan juga, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan pada tahun penganjuran Melaka CPR Fun Run 3.0 Tahun 2020 seperti aktiviti demonstrasi dan praktikal CPR, sesi Mass CPR, acara Fun Run 5KM, Melaka Emergency Bicycle Rescue Team (MELBERT), demonstrasi pengendalian mangsa tercekik (kanak-kanak dan dewasa), demonstrasi Automated External Defibrilator (AED) dan ambulans, pemeriksaan saringan kesihatan dan pergigian, acara cabutan bertuah dan pameran booth-booth daripada pelbagai agensi kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999 dan banyak lagi. 6. Sehubungan dengan itu, pihak kami juga berharap agar pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat menghebahkan kepada semua warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital dan Klinik Kesihatan masing-masing untuk hadir ke program ini. Bersama ini disertakan poster program. Borang pendaftaran ini juga boleh diisi secara online di website https://tinyurl.com/melakacpr2020 ataupun di aplikasi JomRun. Yuran penyertaan adalah RM50 untuk kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke bawah, manakala RM55 untuk umur 14 tahun dan ke atas. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mac 2020. Peserta yang mendaftar juga boleh menyertai ‘Pertandingan Aerodance’ yang berkonsepkan senam sihat yang menawarkan hadiah yang lumayan. 7. Diharapkan dengan program yang dianjurkan pada kali ini dapat membantu merealisasikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai misi nasional. Melalui program ini secara tidak langsung dapat menjadikan Negeri Melaka sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk melawat tempat bersejarah dan menarik di Negeri Melaka. Sokongan dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan bagi merealisasikan Program Melaka CPR Fun Run 3.0 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA” Saya yang menjalankan amanah, (DR RABIHA BINTI MOHD ALIP) MBBS (UM), EM. MED (USM) Pakar Perubatan Kecemasan UD56 Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka (No Pendaftaran MPM : 37844) Merangkap, PENGERUSI MELAKA CPR FUN RUN 3.0
TENTATIF PROGRAM Tarikh : 18 April 2020 (Sabtu) Tempat : Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka Masa : 6.00 pagi – 1.00 tgh
Masa Aktiviti Petugas
6.00 – 6.30 pagi Kehadiran peserta AJK Pendaftaran
6.30 pagi Sesi ‘warming up’ dan zumba Semua fasilitator
6.45 pagi Kehadiran VVIP dan tetamu jemputan AJK Protokol
7.00 pagi Demonstrasi dan ‘hands on’ CPR Semua fasilitator
7.10 - 7.15 pagi Upacara perasmian AJK Perasmian
7.15 – 7.30 pagi Sesi ‘Mass CPR’ Semua fasilitator
7.30 pagi Flag-Off Fun Run
Lawatan booth & Press Conference
Sarapan pagi VIP dan tetamu jemputan
AJK Keselamatan
AJK Protokol
8.00 pagi Aktiviti CPR bersama pelajar sekolah Instruktor CPR
8.30 – 9.00 pagi Penyampaian medal dan sijil Melaka
CPR Fun Run 2.0
Penyampaian hadiah
Cabutan bertuah
AJK Goodies
9.00 pagi – 12 tgh Pertandingan Aerodance
Pameran ambulans dan booth
Demonstrasi pengendalian kes tercekik
(Kanak-kanak dan dewasa)
Kempen derma darah
Pemeriksaan pergigian
Saringan kesihatan/pergigian
Semua AJK
Team EMRS/APM
Bacang Charity/
St John/PKD
Melaka Tengah/
Blood Bank/Dental
SENARAI EDARAN
1. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
2. Pengarah
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
3. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Tingkat 9, 10, 11 & 17
No. 1 Wisma Sunway
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9
40100 Shah Alam
Selangor
4. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30590 Ipoh
Perak
5. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah
05400 Alor Setar
Kedah
6. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Lot 21 Mukim Utan Haji
Jalan Raja Alwi
01000 Kangar
Perlis
7. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
8. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Tingkat 3 & 4 Blok B, Wisma Persekutuan
Jalan Air Molek
80590 Johor Bahru
9. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jalan IM4
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan
Pahang
10. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20920 Kuala Terengganu
Terengganu
11. Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Wisma Persekutuan
Jalan Bayam
15590 Kota Bharu
Kelantan