Seredah laut kasihmu

4
Seredah Laut Kasihmu Sejak semalam Rania termenung di kamar sewaannya.Dia merenung ke dalam dirinya sambil sesekali melepaskan nafas resahnya.Kesusahan hidup yang menimpa Rania tetap tabah menghadapi segala keperitan. Rania ditunangkan dengan Azman , pemuda sekampungnya.Rania akur dengan tindakan ayahnya. Rania juga bekerja mencari rezeki untuk keluarganya. “Nia kamu di mana?”Tanya ibunya. Tiba-tiba Rania dikejutkan oleh suara ibunya. Selepas itu, batuk-batuk kecil mula kedengaran. “Nia kat sini ibu” jawab Rania. “Tolong ambilkan ibu ubat di atas almari itu”kata ibunya. “Baiklah ibu”jawab Rania. Hari ini,dialah ayah ,dialah ibu dan dialah segala-galanya dalam keluarga.Sungguhpun demikian,kesengsaraan Rania sejak akhir-akhir ini sudah sampai kemuncaknya.Kesusahan bertambah teruk sejak ayahnya meninggal dunia dua bulan yang lalu. Di kampung yang sederhana moden dan masyarakatnya yang peramah serta mempunyai semangat kejiranan yang tinggi itu, Rania tinggal bersama-sama ibunya. Ibunya yang berpenyakit lelah tidak mampu membuat kerja-kerja berat.Sejak itu Rania tahu bahawa hidupnya tidak sama seperti gadis-gadis yang lain.Dia terbayangkan Sarah,anak tauke pau yang cantik dan pandai pula. Sesekali dia terbayangkan wajah

Transcript of Seredah laut kasihmu

Page 1: Seredah laut kasihmu

Seredah Laut Kasihmu Sejak semalam Rania termenung di kamar sewaannya.Dia merenung ke dalam dirinya sambil sesekali melepaskan nafas resahnya.Kesusahan hidup yang menimpa Rania tetap tabah menghadapi segala keperitan. Rania ditunangkan dengan Azman , pemuda sekampungnya.Rania akur dengan tindakan ayahnya. Rania juga bekerja mencari rezeki untuk keluarganya.

“Nia kamu di mana?”Tanya ibunya.

Tiba-tiba Rania dikejutkan oleh suara ibunya. Selepas itu, batuk-batuk kecil mula kedengaran.

“Nia kat sini ibu” jawab Rania. “Tolong ambilkan ibu ubat di atas almari itu”kata ibunya. “Baiklah ibu”jawab Rania.

Hari ini,dialah ayah ,dialah ibu dan dialah segala-galanya dalam keluarga.Sungguhpun demikian,kesengsaraan Rania sejak akhir-akhir ini sudah sampai kemuncaknya.Kesusahan bertambah teruk sejak ayahnya meninggal dunia dua bulan yang lalu.

Di kampung yang sederhana moden dan masyarakatnya yang peramah serta mempunyai semangat kejiranan yang tinggi itu, Rania tinggal bersama-sama ibunya. Ibunya yang berpenyakit lelah tidak mampu membuat kerja-kerja berat.Sejak itu Rania tahu bahawa hidupnya tidak sama seperti gadis-gadis yang lain.Dia terbayangkan Sarah,anak tauke pau yang cantik dan pandai pula. Sesekali dia terbayangkan wajah Aisyah ,gadis lembut penuh santun,pandai,dan sering membantunya.Malah , apabila berad di sisi Aisyah, dai berasa lebih yakin dan berani berkongsi pengalaman hidup dan kesusahannya.

Sejak akhir-akhir ini, kehidupan Rania semakin tertekan apabila ibunya sering sakit.Kadang-kadang Rania seperti hilang punca.Sungguhpun demikian, ibunya tetap bekerja di sebuah

Page 2: Seredah laut kasihmu

gerai makan untuk menyara kehidupan mereka berdua. Ibunya mengahwinkan Rania dengan Azman yang dipertunangkan satu tahun yang lalu kerana ibunya tidak mampu. Rania mengambil upah mencuci dan menggosok baju jiran-jiran yang memerlukan khidmatnya tanpa pengetahuan ibu dan suaminya. Bagi Rania, kerja ringan begitu tidak akan menjejaskan pelajarannya dan dapat menolong ibunya. Dia yakin dengan wang yang diperoleh daripada kerja halal itu, dia akan dapat menolong ibu yang dia kasihi itu.

Pada suatu malam ketika hujan mula turun dan membasahi bumi, Rania menghampiri suaminya. Dia melihat suaminya leka membelek fail sambil termenung panjang. Rania berdehem dan dengan berat hati dia memulakan bicara.

“Abang, Nia nak berhenti sekolah.Nia nak bantu ibu. Nia nak cari duit untuk rawatan penyakit ibu.”

Air matanya tertumpah ke lantai. Dia mencapai hijung bajunya untuk mengesat air matanya yang mengalir itu.

Azman tersentak apabila mendengar permintaan isterinya itu. Azman merenung tajam wajah isterinya yang cantik itu.

“Nia, kau masih muda dan belum tahu erti hidup yang sebenarnya.Meskipun ibu kau miskin dan tiada harta tetapi dia bukan pengemis atau peminta sedekah. Arwah ayah kau selalu berpesan, hidup ialah perjuangan. Orang yang cepat mengalah akan tewas.”

Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Azman menyambung kembali bicaranya.

“Nia, hanya kamulah anak ibumu. Ibumu mahu kamu berjaya dalam pelajaran. Walau bagaimana susah sekalipun keadaan kita, kamu mesti meneruskan pelajaranmu. Ayahmu berpesan kepada saya supaya mendidikmu sehingga berjaya. Lupakanlah hasratmu itu.” Azman membisikkan wasiat ayahnya ke telinga Rania ketika mereka berpelukan.

Page 3: Seredah laut kasihmu

Rania mendakap suaminya kuat-kuat. Suasana sedih amat terasa ketika itu.

Selepas solat subuh pagi itu, Rania bersiap untuk ke sekolah. Hari ini, dia berjanji bahawa tekad dan misi hidupnya hanya satu, iaitu ingin membuktikan bahawa kemiskinan dan perkahwinan tidak pernah menjadi penghalang kejayaan seseorangnya. Dorongan suami menjadi azimat hidupnya. Sejak hari itu, Rania semakin bersemangat untuk belajar dan dia telah berjanji kepada suaminya untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga sampai ke puncak kejayaan. Suaminya sering membantunya dengan memberikan wang kepadanya untuk membeli buku, membayar yuran dan sebagainya.

Kegigihan, ketabahan dan kesungguhan Rania akhirnya berhasil. Keputusan peperiksaan SPM yang diperolehnya amat cemerlang. Dengan keputusan itu, dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Undang-undang dan Pentadbiran. Ketika di universiti juga dia berjaya merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Canselor. Bagi Rania, hanya kecemerlangan akademik sahajalah hadiah terbaik yang mampu diberikan kepada suami dan ibunya.

Hari ini, setelah enam tahun berlalu, Rania telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Dia memiliki firma guamannya sendiri. Di tengah-tengah bangunan pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur, bangunan bernama Wisma NiAz & Co. itu lambang kejayaan Rania. Hidup mereka telah jauh berubah. Rania amat bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa itu. Tanpa kasih, tunjuk ajar dan dorongan daripada Azman , Rania tidak akan berjaya dalam hidupnya.