Seruling Cina

4
SERULING CINA Buluh dan Seruling PENGENALAN Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

Transcript of Seruling Cina

Page 1: Seruling Cina

SERULING CINA

Buluh dan Seruling

PENGENALAN

        Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia

dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan

badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran

tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini

berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke

Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

Page 2: Seruling Cina

SEJARAH

        Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500

tahun  Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang

dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.

        Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini

dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam

alat-alat muzik tiupan.

Abad ke-7   ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup

muzik   yang berkualiti tinggi. 

Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di

kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.

       

Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama

yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan

irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

Jenis- jenis Seruling

Page 3: Seruling Cina

Cara-cara memegang Seruling

PERBEZAAN

Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara

China 

Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah.

Seruling utama yang biasa dimaninkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak

panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan

lembut.Terutama  yang dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze.

Langgam pemainan seruling di utara negara Cina  adalah lebih tegap. Seruling

utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan

akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.