SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak...

15
1 SET 4 Soalan 1: Rumusan [ 30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu dan kepentingan memiliki ilmu. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk melahirkan generasi muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini anak perlu dididik tentang kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil , bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada seindah pelangi atau semalap hitam masa depan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berilmu. Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan generasi berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan dengan itu, rumah menjadi sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat menerima pengajaran ibu bapa dengan hati yang terbuka. Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda yang berilmu harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. Hal ini demikian kerana, anak-anak dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang baharu memandangkan ilmu boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan wujudnya sudut bacaan, anak- anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah. Anak-anak juga boleh mengisi masa senggang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan anak-anak. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan tongkat. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini dapat meningkatkan kegemaran anak untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang anak mendapat buku yang berkualiti di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan seperti pertandingan menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa hal ini dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat pelbagai pengalaman yang berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan dalam pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan generasi berilmu semua pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan pembangunan negara yang dibentuk.

Transcript of SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak...

Page 1: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

1

SET 4

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa

dalam melahirkan generasi berilmu dan kepentingan memiliki ilmu. Panjangnya rumusan

hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk

melahirkan generasi muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini anak perlu dididik tentang

kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada

seindah pelangi atau semalap hitam masa depan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa

pentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berilmu.

Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan generasi

berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana,

anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan dengan itu, rumah

menjadi sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya

menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut.

Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat menerima pengajaran ibu bapa dengan hati

yang terbuka.

Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda

yang berilmu harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. Hal ini demikian kerana, anak-anak

dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang baharu memandangkan ilmu

boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan wujudnya sudut bacaan, anak-

anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah. Anak-anak juga

boleh mengisi masa senggang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh

itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan

anak-anak.

Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan

tongkat. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat

kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak

buku dan bahan bacaan yang berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini

dapat meningkatkan kegemaran anak untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang

anak mendapat buku yang berkualiti di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan seperti pertandingan

menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa hal ini

dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat pelbagai pengalaman yang

berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan

dalam pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam

melahirkan generasi berilmu semua pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan

pembangunan negara yang dibentuk.

Page 2: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

2

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Ibu Bapa Mewariskan Generasi Ilmu’

Oleh Sharneyshaa Subramani,

Dewan Siswa, Jun 2013

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata masa senggang? [2 markah]

(ii) Pengarang telah mengemukakan beberapa kesan apabila ibu bapa menggalakkan

anak-anak menyertai pertandingan berbahasa.

Nyatakan dua kesan. [3 markah]

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah

untuk melahirkan generasi berilmu.

[4 markah]

Soalan 2(b)- Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.

CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah

baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?

NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar

rasanya.

CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.

Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya

PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di

Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina

dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan

kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model

dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Page 3: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

3

AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat

patriotik

dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat

perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif

menerusi nilai-nilai murni.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk

Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam

antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Program Latihan Khidmat Negara berbeza daripada program-program biasa yang lain.

Nyatakan perbezaan-perbezaan tersebut.

[ 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, selain mengadakan kempen apakah cara-cara yang boleh

dilakukan untuk menarik minat remaja menyertai PLKN?

[ 3 markah ]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat

lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.

[ 4 markah]

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri

KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima

laskar perang; yang terus-menerus

membajakan kezaliman- sering

mengudupkan putik dendam

kita masih perlu berterima kasih

kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata

untuk berlari dengan tangan bergari

sempat juga menadah sejambak puisi

untuk sehari lagi; sambil bertanya:

siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk

ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus

ringkik kuda, gemerincing

Page 4: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

4

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak

di daerah angkara-perciknya

menumbuhkan kelopak rahsia

dalam keliru, tertanya-tanya kita

tangan mana yang memenggal

leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih

tidak mahu

menyanjungnya pendekar yang paling gagah

kerana takhta setia terbina

di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya

pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta

melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak

menggelarnya sebagai pengkhianat

kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersiat- nun, karam

di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat.

Perang pun melecurkan lidah muslihat

bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya

mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya

teramat lara kita menjahit semula

perca-perca bahagia- seperti perawan

yang dibungkamkan cinta pertama.

Sehingga senja tiba,

kita masih bertengkar

tentang siapa

pahlawan sebenarnya

TUAH SAUJANA

Antologi Sejadah Rindu

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 5: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

5

(i) Mengapakah masyarakat agak sukar menganggap Hang Jebat sebagai

pengkhianat?

[ 2 m ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa

membuat penilaian terhadap jasa seseorang?

[ 3 m ]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[ 4 m ]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham

akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar

imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) barisan pelapis

(ii) golongan sasaran

(iii) kumpulan pemikir

(iv) pihak berwajib

(v) rakan sejawat

(vi) teman sepermainan

[ 6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat penyata berhuruf condong di bawah, bina ayat tanya dengan

menggunakan kata tanya.

(i) Encik Ali berjanji untuk berjumpa dengan anaknya selepas habis waktu pejabat.

(ii) Keadaan kesihatan jiran saya semakin pulih selepas menjalani pembedahan

jantung pada dua bulan lepas

(iii) Semua kenderaan bergerak perlahan kerana kerja-kerja pembaikan jalan sedang

dilakukan oleh pihak kontraktor.

(iv) Doktor menyarankan orang ramai agar meminum banyak air sewaktu musim

panas untuk mengelakkan kejadian strok haba.

(v) Sebanyak 30 buah tukun tiruan telah diturunkan ke dasar laut untuk dijadikan

habitat pembiakan ikan

(vi) Pameran robotik peringkat antarabangsa akan diadakan di bandar raya Ipoh

pada tahun hadapan.

[ 6 markah ]

Page 6: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

6

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari

segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

anda tidak tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan dari segi imbuhan.

Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembinaan hotel yang menepati piawan antarabangsa dapat meningkat taraf

pelancongan negara kita setara dengan negara-negara luar.

(ii) Penetapan jumlah bayaran bagi program kecemerlangan SPM sekolah itu telah

terdapat persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Agong PIBG

(iii) Kepelbagaian corak dan warna tekstail dapat membantu pengusaha butik

menggubah perekaan fesyen mereka

[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat dibawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata

atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Persekitaran landskap sekolah yang indah dapat menggerakkan kehadiran

murid di sekolah.

(ii) Sistem pengaliran yang baik atau pembajaan yang berjadual menjamin kebaikan

sesuatu tanaman ladang.

(iii) Kecekapan pengawal lalu lintas udara di menara udara kawalan dapat

memastikan kebolehan pendaratan dan pelepasan kapal terbang.

[ 6 markah ]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Setelah pihak majlis daerah menurunkan kadar lesen perniagaan di kawasan itu,

jumlah peniaga kecil semakin bertambah sehingga kawasan baharu terpaksa

dibuka.

(ii) Azim seorang murid yang mudah mengingati semua perkara yang diajar oleh

gurunya walaupun dia baru pertama kali mengikuti pelajaran tersebut .

(iii) Razak tidak menduga bahawa kajian lapangan yang dibuatnya untuk

mendapatkan kelulusan peringkat ijazah pertama telah dicadangkan untuk

dinilai pada peringkat sarjana.

Page 7: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

7

Soalan 4 : Novel (15 markah )

4(a) Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah pengajaran tentang simpati.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

4 (b) Huraikan satu perwatakan bagi setiap watak sampingan yang terdapat dalam jadual di bawah: Novel Watak Songket Berbenang Emas Embong Jendela Menghadap Jalan Haji Abdul Rahman (Datuk)

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 8: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

1

SKEMA JAWAPAN Modul -4

PENDAHULUAN

Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu pada

masa ini. (2m)

Rumusan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu

dan kepentingan memiliki ilmu.

(2m)

Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu.

(1m)

ISI TERSURAT – Peranan ibu bapa

1. Mendidik anak tentang kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil. (2m).

2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. (2m)

3. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak. (2m)

4. Ibu bapa harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. (2m)

5. Ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah. (2m)

6. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali. (2m)

7. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti.

(2m)

8. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan. (2m)

ISI TERSIRAT – Kepentingan ilmu

1. Lulus cemerlang dalam peperiksaan (2m)

2. Memiliki jati diri yang kukuh (2m

3. Melahirkan bakal pemimpin berwibawa/berilmu (2m)

4. Dihormati oleh masyarakat (2m)

5. Mudah mendapat pekerjaan (2m)

6. Mengharumkan nama keluarga (2m)

Page 9: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

2

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah berusaha melahirkan generasi berilmu agar anak-anak berjaya

dalam kehidupan. (2m)

2a. Pemahaman –Petikan Umum

i Maksud masa senggang

- waktu lapang/ terluang (2 markah)

- masa lapang/ terluang (1 markah)

- waktu senggang (1 markah)

ii Kesan

1. Dapat mencungkil bakat

2. Dapat pelbagai pengalaman yang berguna

3. Dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat

(Dua isi cukup – 3 markah)

iii Langkah

1. Mempelbagaikan aktiviti menarik seperti kem motivasi + huraian

2. Memantapkan program NILAM supaya pelajar minat membaca

3. Memastikan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

4. Meningkatkan disiplin pelajar ketika sesi PdP

5. Masalah ponteng dalam kalangan pelajar ditangani dengan segera.

Page 10: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

3

2b. Petikan Cerpen

(i) Sebab PLKN berbeza

- Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga [1m]

- Tidak mengikut mana-mana model dari negara luar [1m]

- Dilaksanaan menurut cara Malaysia [1m]

(ii) Cara menarik minat remaja menyertai PLKN

- Menggubal modul latihan yang sesuai dengan jiwa remaja

- Menaikkan elaun latihan

- Menaik taraf Kem PLKN dengan pelbagai kemudahan

- Tempoh menyertai PLKN dipendekkan

- Memberi pengiktirafan yang tinggi kepada pelatih-pelatih yang berjaya

menamatkan kursus.

2 isi cukup

3 markah

(iii) Latar masyarakat dalam petikan

-Masyarakat yang bersemangat patriotik. Murid-murid tidak sabar mengikuti program

PLKN dan berkhidmat untuk negara.

[1+1]

-Masyarakat yang bersifat ingin tahu. Murid-murid ingin mendapatkan maklumat lanjut

tentang program PLKN.

[1+1]

Maksimum 2 markah

Latar masyarakat lain

- Masyarakat yang tidak beradab. Aiman bersikap kasar terhadap Nek Sinah dan

memarahi Nek Sinah [1+1]

- Masyarakat yang sibuk dengan kerjaya. Khir Ghazali sentiasa sibuk dengan urusan

kerjanya. [1+1]

- Masyarakat yang hidup dalam kemewahan. Aiman hidup dalam kemewahan dan

sering dimanja oleh ibu dan bapanya. [1+1]

- Masyarakat yang tegas. Khir Ghazali bertegas tidak mahu memenuhi permintaan

Aiman untuk dikecualikan daripada menyertai kem PLKN. [1+1]

- Masyarakat yang terlalu memanjakan anak. Ibu Aiman terlalu memanjakan Aiman

sehingga sanggup meminta suaminya menuruti permintaan Aiman. [1+1]

Maksimum 2 markah]

Page 11: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

4

2d. Pemahaman Sajak

(i) Hang Jebat

-Ketidakadilan berlaku terhadap diri Hang Jebat [1m]

-Hang Jebat mangsa kepada sifat dendam [1m]

-Rakyat menganggap Hang Jebat seorang yang mulia [1m]

Maksimum 2 markah

(ii)Perkara-perkara yang perlu diambil kira

- faedah-faedah jasa seseorang itu kepada masyarakat [1m]

- sejauh mana impak jasa seseorang itu terhadap negara [1m]

- kesan jangka pendek sumbangan jasa tersebut [1m]

- kesan jangka panjang sumbangan jasa tersebut [1m]

- perubahan-perubahan yang berlaku hasil sumbangan jasa [1m]

- penilaian dari semua sudut sama ada pro dan kontra [1m]

Maksimum 3 markah

(iii)Persoalan

- Peperangan membawa kesengsaraan hidup + huraian [1+1]

- Penghargaan terhadap jasa pahlawan + huraian [1+1]

- Perjuangan untuk menuntut keadilan+ huraian [1+1]

- Kesetiaan kepada pemimpin yang tidak berbelah bahagi+ huraian [1+1]

- Kekeliruan terhadap pahlawan yang sebenar + huraian [1+1]

Maksimum 4 markah

(Jawapan lain yang relevan diterima)

3. Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa

3a

- Remaja yang berkualiti merupakan barisan pelapis kepimpinan negara pada masa

hadapan

Page 12: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

5

- Program motivasi itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan sasaran iaitu

remaja lepasan sekolah

- Profesor Azmi telah dilantik oleh pihak kerajaan sebagai seorang ahli dalam

kumpulan pemikir dasar-dasar ekonomi negara.

- Segala aduan tentang masalah pencemaran itu telah diambil tindakan oleh pihak

berwajib

- Seorang kakitangan kerajaan mestilah sentiasa menjaga nama baik rakan

sejawatnya.

- Walaupun sudah menjadi pegawai berpangkat tinggi, Ali tetap tidak melupakan Abu

yang merupakan teman sepermainannya sewaktu kecil dahulu.

3b

(ii) Bilakah Encik Ali berjanji untuk berjumpa dengan anaknya?

(iii) Bagaimanakah keadaan jiran awak selepas menjalani pmbedahan jantung pada dua

bulan lepas?

(iv) Mengapakah semua kenderaan bergerak perlahan?

(v) Apakah yang disarankan oleh doktor sewaktu musim panas untuk mengelakkan

kejadian strok haba

(vi) Berapakah jumlah tukun tiruan yang telah diturunkan ke dasar laut untuk dijadikan

habitat pembiakan ikan?

(vii) Di manakah pameran robotik akan diadakan pada tahun hadapan?

3c

(i ) Ejaan : piawan - piawaian

Imbuhan: meningkat – meningkatkan

(ii) Ejaan : Agong - Agung

Imbuhan : terdapat – mendapat

(iii) Ejaan : tekstail – tekstil

Imbuhan: perekaan –rekaan

3d

(i) kata atau istilah : menggerakkan – menggalakkan

Tatabahasa : di – ke

(ii) kata atau istilah : kebaikan – kesuburan

Tatabahasa : atau – dan

(iii) kata atau istilah : kebolehan- kelancaran

Page 13: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

6

Tatabahasa : menara udara kawalan – menara kawalan udara

3e

(i) Bak cendawan tumbuh selepas hujan

(ii) Terang hati

(iii) Pucuk dicita ulam mendatang

4a. Peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati.

Novel Jendela Mengadap Jalan

1. Peristiwa Lili bersimpati dengan masalah Che Jah yang sering didera oleh suaminya

Seman apabila gagal menyerahkan wang kepada Seman. Pengajaran :Kita hendaklah bersimpati dengan nasib individu yang menjadi mangsa

penderaan

2. Peristiwa Lili bersimpati dengan datuknya, Hj Abdul Rahman yang sering dihina dan dipandang sepi oleh beberapa orang yang tidak percaya dengan perubatan tradisional

Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib pengamal perubatan

terdisional.

3. Peristiwa Lili bersimpati dengan nasib Haziq dan Rafiq yang menjadi mangsa penderaan bapa mereka. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang bermasalah

4. Peristiwa Lili diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa Haziq cuba melepaskan diri akibat

dikejar oleh orang kampung. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan seseorang yang menjadi mangsa

jenayah

5. Peristiwa Kak Mimah berjumpa datuk untuk mendapatkan rawatan kakinya yang sakit. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan penderitaan individu yang

menghidap penyakit. Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Dahlia bersimpati dengan ibunya yang mengalami penyakit hilang ingatan. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang menghidap penyakit.

2. Peristiwa Najib dan Kavitha bersimpati dengan kedaifan yang dialami oleh keluarga

Dahlia ketika mereka datang melawatnya di kampung Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan kesusahan orang lain.

3 Peristiwa Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya

Page 14: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

7

untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh orang

lain.

4 Peristiwa Haji Sulaiman mengarahkan orang kampung membina rumah Embong yang baharu setelah rumah yang asal dihanyutkan oleh banjir.

Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang yang ditimpa musibah 5 Peristiwa Hj Sulaiman menghubungi kakitangan Hospital Batu Pahat untuk

membawa Saleha ke hospital kerana bersimpati dengan Saleha yang sakit. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang menghidap penyakit

6 Peristiwa Nek Kiah bersimpati dengan Embong kerana rumahnya roboh akibat

banjir. Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang ditimpa musibah

7 Peristiwa Cikgu Hisyam meminta Kavitha membuat salinan nota untuk Dahlia

kerana bersimpati dengan Dahlia yang tidak dapat hadir ke sekolah Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang ditimpa masalah.

8 Peristiwa Bakar bersimpati dengan kakaknya Dahlia yang dicemuh oleh Aton di

surau Pengajaran : Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang yang dihina.

(4b) Perwatakan Watak Sampingan Novel Jendela Menghadap Jalan – Haji Abdul Rahman i) Seorang yang mahir • Haji Abdul Rahman mahir dalam perubatan tradisional. Beliau merawat ibu Geetha iaitu Letchumy dan ayah Danel iaitu William menggunakan kaedah rawatan herba dan tradisional. ii) Seorang yang taat pada agama • Hj Abdul Rahman taat pada ajaran agama, contohnya beliau menjadi imam ketika menunaikan sembahyang berjemaah bersama-sama Lili dan nenek iii) Seorang yang suka membantu • Haji Abdul Rahman sering membantu Seman. Dia juga membantu Rafiq dan Haziq yang cedera dibelasah oleh penduduk kampung. iv) Seorang yang berwibawa • Menjadi tempat rujukan penduduk kampung apabila berhadapan dengan masalah. v) Seorang yang gigih • Haji Abdul Rahman gigih mempertahankan perubatan tradisional dan herba walaupun pesakitnya semakin berkurangan vi) Seorang berani • Haji Abdul Rahman masuk ke dalam hutan seorang diri untuk mendapatkan bekalan herba. vii) Seorang sabar

Page 15: SET 4 Soalan 1: Rumusan markah Baca petikan di bawah ... · kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang

8

• Haji Abdul Rahman tidak melenting apabila orang ramai menuduhnya bersubahat dengan Sugi menipu penduduk kampung. Novel Songket Berbenang Emas - Embong

i) Seorang yang bertanggungjawab • Embong menyara keluarga dengan menoreh getah di kebun getah di belakang rumah pada waktu pagi manakala pada sebelah petang mengambil upah mengait buah kelapa sawit di kebun penduduk kampung. ii) Seorang yang berani • Embong berani bergelut dengan ular sawa dan akhirnya berjaya membunuh ular sawa tersebut dengan menggunakan sebatang buluh. iii) Seorang yang sabar • Embong tidak melenting apabila dituduh oleh Aton menjadi penyebab kematian anaknya Said. Dia juga tidak melawan kata-kata ibu mentuanya yang menyakitkan hati. iv) Seorang yang penyayang • Ketika isterinya dirawat di hospital, Embong sering terkenang akan isterinya dan mengingati kenangan ketika mereka bersama-sama. v) Seorang yang mementingkan pendidikan • Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah kerana dia ingin Dahlia berjaya dalam peperiksaan STPM demi mengubah masa depan mereka sekeluarga. vi) Seorang yang berpegang pada ajaran agama • Embong dipatuk ular ketika mandi sebelum pergi menunai