Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

3
Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi. Rentak rasa sayang hey. lirik: rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey. Laut kita biru airnya, Angin monsun bertiup-tiup, Ikan yang banyak berenang-renang, Beri rezeki untuk nelayan. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey. Panas dan lembap cuaca Malaysia, Indah selesa rasa di jiwa, Ramai pelancong luar negara, Datang ke sini bersuka ria. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey. Negara kita hujannya banyak, Suhunya pula baik sekali, Tanam cili pasti menjadi, Beri rezeki pada petani. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey. Pengenalan Permainan Rumah Idaman

Transcript of Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

Page 1: Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi. Rentak rasa sayang hey.

lirik:rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.

Laut kita biru airnya,Angin monsun bertiup-tiup,Ikan yang banyak berenang-renang,Beri rezeki untuk nelayan.

rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.

Panas dan lembap cuaca Malaysia,Indah selesa rasa di jiwa,Ramai pelancong luar negara,Datang ke sini bersuka ria.

rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.

Negara kita hujannya banyak,Suhunya pula baik sekali,Tanam cili pasti menjadi,Beri rezeki pada petani.

rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.

Pengenalan Permainan Rumah Idaman

Page 2: Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

Permainan Rumah Idaman memerlukan setiap kumpulan membina sebuah rumah. Murid-murid akan dididik untuk saling bekerjasama membina rumah tersebut.

Kesesuaian Subjek : Kajian Tempatan, PSK, PSVSasaran : Tahun 4/5Tempoh cadangan : 30 minitAlat: Kapur tulis/ pen marker, papan tulis.Objektif: Mengembangkan bakat melukis dan imaginasi murid.Nilai: Kerjasama.

Kaedah1. Bahagi murid kepada kumpulan-kumpulan yang seimbang bilangan ahlinya.

2. Lantik ketua bagi setiap kumpulan.

3. Edarkan sebatang kapur/pen marker untuk setiap kumpulan melalui ketua masing-masing.

4. Jelaskan arahan permainan kepada murid.

Arahan untuk murid

Setiap kumpulan dikehendaki melukis sebuah rumah idaman dengan menggunakan kapur/pen marker di papan hitam. Setiap ahli kumpulan hanya dibenarkan melukis satu garisan sahaja dan seterusnya disambung oleh ahli yang lain. Teruskan lakukan aktiviti ini secara bergilir-gilir dengan memastikan semua ahli terlibat. Siapkan rumah anda dalam tempoh lima minit. Rumah yang paling kreatif akan memenangi permainan ini.

Panduan guru

Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Berikan kebebasan yang terkawal kepada murid supaya mereka dapat mempamerkan imaginasi dan kreativiti mereka. Berilah

Page 3: Set induksi pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

dorongan dan galakan kepada murid yang lemah. Asuh mereka supaya mengamalkan nilai-nilai bekerjasama. Setelah permainan tamat, guru meminta ketua kumpulan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Jika kena pada gayanya, permainan ini akan menjadi sangat menarik!

Alternatif

Selain melukis rumah, guru juga boleh menentukan objek-objek lain yang lebih sesuai dengan subjek kelas ganti