Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

15
SYARIAH 1 PENGANTAR FIQH ~PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

Transcript of Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Page 1: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

SYARIAH 1 PENGANTAR FIQH

~PEREMPUAN YANG

HARAM DIKAHWINI

Page 2: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

~oleh:MUHAMMAD KAMARUL B. ABDULLAH

Page 3: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Islam meletakkan landasan terpeinci tentang wanita yang tidak boleh dikahwini atas beberapa sebab.

Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:

i. Haram buat selamanya.ii. Haram buat sementara waktu.

Page 4: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Secara lebih khusus, seseorang lelaki haram mengahwini mana-mana perenpuan apabila ada salah satu daripada sebab berikut.

1-sebab ada hubungan nasab dan keturunan.

2- sebab penyusuan . 3-sebab persemendaan. 4-sebab permaduan. 5-sebab kafir. 6- sebab isteri orang. 7- sebab dalam ‘iddah.

Page 5: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

 Haram dengan sebab keturunan

  i. Ibu dan nenek hingga ke atas.

ii. Anak dan cucu hingga kebawah.iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas. v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas. vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah. vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. –

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

Page 6: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Haram dengan sebab penyusuan

Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seseorang perempuan sebanyak 5 kali atau lebih dan umurnya kurang dari 2 tahun dengan ibu susuan dan perempuan tersebut haram dinikahi, dan pertalian lain yang haram dikahwini.

1-ibu susu,emak ibu susu dan ke atas. 2- adik beradik perempuan dan ke

bawah. 3- emas saudara kepada ibu susuan dan

ke atas. 4- bekas isteri anak lelaki sesusuan.

Page 7: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Dalil kepada larangan sebab penyusuan.

"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Haram dari susuan sebagaimana haram dari

keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)~Perempuan-perempuan yang haram dengan

sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.

 

Page 8: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Syarat-syarat haram dengan penyusuan.

i. Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh. ii. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun dan kebawah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun". ( Riwayat DaruQutni )

iii. Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quraan ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja". ( Riwayat Muslim )

iv. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-limanya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun".

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

Page 9: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Haram kerana persemendaan i. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan. 

ii. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas.iii. Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas.iv. Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

" Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati ". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 23 )

Dan firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: " Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah

dikahwini oleh bapa kamu ( ibu tiri ) ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

Page 10: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Haram kerana permaduan 1- Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu

haram dimadukan dua beradik dalam satu masa. 2- Mengumpulkan anak saudara dengan emak

saudara dalam satu masa. 3- Isteri juga haram dimadukan dengan adik

beradik perempuan kepada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa sebapa atau seibu. Firman Allah,

Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu).

surah an-nisa’4:23.

Page 11: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Haram kerana kafir. Lelaki islam diharamkam berkahwin

dengan wanita bukan islam, kecuali ahli kitab, iaitu mereka yang beragama yahudi dan nasrani yang asli dan mereka beriltizam (mengikut) agama serta kitab mereka yang asli. Walaubagaimanapun perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan islam, walaupun Ahli Kitab yang asli.

Page 12: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Haram kerana isteri orang. ~jangan kahwin dengan isteri orang‘’ Dan diharamkan jua kamu mengahwini

wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki’’1

Haram sebab ‘iddah ~perempuan yang bercerai dengan

suaminya atau kematian suami dengan suaminya atau kematian suami dan masih dalam ‘iddah haram dikahwini oleh mana-mana lelaki.

1-Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikut tertawan bersamanya.

Page 13: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Dari kitab Perundangan Fiqh (ms 190) Ulama Hanafi : Liwat = pengertian zina,

bersabit dengan pengharaman persemendaan.

Cth: orang yang liwat leleki tersebut haram untuk berkahwin dengan ibu atau anak perempuan seseorang itu.

Ulama syafi’e dan Malik : perbuatan zina tidak menyebabkan haram persemendaan, dia tidak haram mengahwini perempuan itu dan anak perempuannya. Perempuan itu juga tidak haram kepada bapa dan anak lelaki yang menyetubuhinya tetapi perbuatan itu‘makruh’..

Page 14: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Seorang lelaki bertanya kepada nabi

tentang lelaki itu ingin berkahwin dengan anak perempuan yang berzina dengannya.

Hasil daripada itu terdapat sebuah hadis yang yang maksudnya….”yang haram itu tidak mengharamkan yang halal,sesungguhnya yang haram itu hanyalah apa yang disebabkan dengan perkahwinannya…”

Page 15: Shariah - Perempuan yang haram dikahwini

Sekian Bitaufiq wa Najah