SI AR AN MEDI A - · PDF filedengan aci engkol enjin. ... kotak atas, meningkatkan ......

3
SIARAN MEDIA MODEL LAGENDA HONDA GOLD WING 2012 MENINGKATKAN PENANDA ARAS UNTUK MOTOSIKAL TOURING Di Bilik Pameran Impian Honda Bermula 31 Mei 2012 Kuala Lumpur, 31 Mei 2012 Lagenda siri motosikal pengembaraan-touring Honda Gold Wing kini kembali dengan lebih bergaya dan berkuasa berbanding model sebelumnya. Boon Siew Honda Sdn Bhd akan melancarkan Honda Gold Wing 2012 hari ini yang sekali gus meningkatkan penanda aras bagi motosikal touring mewah. “Kami berbangga untuk memperkenalkan Honda Gold Wing 2012 yang menawarkan kelancaran mengagumkan, kecekapan dan keselesaan untuk mengembara dalam jarak jauh. Honda Gold Wing 2012 akan menawarkan pengalaman menjelajah terbaik untuk peminat motosikal di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Transcript of SI AR AN MEDI A - · PDF filedengan aci engkol enjin. ... kotak atas, meningkatkan ......

Page 1: SI AR AN MEDI A -   · PDF filedengan aci engkol enjin. ... kotak atas, meningkatkan ... Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki

S I A R A N M E D I A

MODEL LAGENDA HONDA GOLD WING 2012 MENINGKATKAN

PENANDA ARAS UNTUK MOTOSIKAL TOURING

Di Bilik Pameran Impian Honda Bermula 31 Mei 2012

Kuala Lumpur, 31 Mei 2012 – Lagenda siri motosikal pengembaraan-touring Honda

Gold Wing kini kembali dengan lebih bergaya dan berkuasa berbanding model

sebelumnya. Boon Siew Honda Sdn Bhd akan melancarkan Honda Gold Wing 2012

hari ini yang sekali gus meningkatkan penanda aras bagi motosikal touring mewah.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan Honda Gold Wing 2012 yang menawarkan

kelancaran mengagumkan, kecekapan dan keselesaan untuk mengembara dalam

jarak jauh. Honda Gold Wing 2012 akan menawarkan pengalaman menjelajah

terbaik untuk peminat motosikal di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua

Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Page 2: SI AR AN MEDI A -   · PDF filedengan aci engkol enjin. ... kotak atas, meningkatkan ... Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki

“Honda Gold Wing 2012 mendapat perhatian meluas sewaktu ia mula-mula

diperkenalkan pada MotoXpo 2012 Februari lalu. Ia mencipta kejutan dalam

kalangan komuniti penunggang motosikal dengan penampilan luaran yang bergaya

dan prestasi termaju. Ia membuktikan aspek kebolehpercayaan dan tahan lasak

yang boleh didapati pada kenderaan-kenderaan Honda. Kami berbesar hati untuk

mengalu-alukan kedatangan model Honda Gold Wing 2012 di Malaysia,”

tambahnya.

Honda Gold Wing 2012 dijana oleh unit enjin lawan mengufuk enam silinder

bersesaran 1832cc dengan sistem penyejukan cecair yang unik. Teknologi PGM-FI

memastikan maklum balas pendikit yang lancar dan ekzosnya mengeluarkan emisi

gas yang rendah. Sistem penukar gas ekzos mangkin dengan pengesan oksigen

HECS3 meminimumkan emisi gas-gas berbahaya daripada ekzos bagi memastikan

ia menepati garis panduan emisi Euro-3. Kesan tork sisi dihapuskan oleh kotak gear

lima kelajuan bersama ciri pemacu lampau yang berputar pada arah berlawanan

dengan aci engkol enjin. Gear kelima merupakan pemacu lampau yang

membolehkan putaran enjin rendah sewaktu ditunggang secara santai.

Honda Gold Wing 2012 menggabungkan prestasi tinggi dan reka bentuk menarik

menerusi gayaan luaran yang telah dipertingkatkan. Berpenampilan elegan,

motosikal ini membentuk bahagian hadapan yang dinamik dan hebat, di samping

garis yang mengintegrasikan bahagian hadapan dan belakangnya. Aspek

aerodinamik jentera ini ditingkatkan dengan menukar bentuk bahagian bawahnya,

Direka untuk mereka yang gemar mengembara, Honda Gold Wing 2012

menampilkan ruang penyimpanan barang lebih besar, poket-poket pada fairing dan

kotak atas, meningkatkan kapasiti ruang keseluruhan kepada lebih 150 liter.

Kompartmen penyimpanan pada bahagian tengah yang berkapasiti 2.8 liter

disediakan untuk menyimpan barangan kecil peribadi dan aksesori ketika

menunggang di atas jalan raya.

Pengalaman menunggang motosikal touring tidak lengkap tanpa sistem audio yang

bagus untuk memainkan muzik. Honda Gold Wing 2012 hadir bersama satu sistem

audio dengan bunyi keliling yang menawarkan kebebasan untuk menghasilkan lagu-

lagu sesuai untuk perjalanan dalam pelbagai format seperti MP3, WMA dan AAC

yang boleh disambung kepada iPod®, iPhone® atau USB.

Page 3: SI AR AN MEDI A -   · PDF filedengan aci engkol enjin. ... kotak atas, meningkatkan ... Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki

Kemewahan sebenar Honda Gold Wing 2012 disempurnakan dengan material

tempat duduknya yang telah dipertingkatkan. Pelapik tempat duduk yang kalis cuaca

dan kusyen uretana dibentuk bagi memberikan penunggang keselesaan terbaik.

Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki

memberikan suhu selesa sepanjang perjalanan. Pro-Arm Rear Swingarm

menawarkan pengendalian responsif, manakala titik graviti yang rendah memberikan

keseimbangan dan kestabilan ketika ia ditunggang perlahan.

Honda Gold Wing 2012 juga dilengkapi dengan ciri-ciri tunggangan termaju yang

pasti disukai oleh peminat motosikal berikutan maklum balas dan kemudahan yang

ditawarkannya. Satu butang pada pemegang hendal sebelah kanan membolehkan

gear mengundur dimasukkan dengan mudah. Sementara perjalanan menjadi

semakin mudah melalui sistem kawalan jelajah elektronik yang menggunakan satu

ECU 16-bit, iaitu mekanisma pendikit yang digerakkan oleh motor.

Dengan sistem penetapan penyelarasan cermin utama enam cara sebanyak

100mm, sesi tunggangan bukan sahaja lebih selamat apabila angin kencang

menerjah, malah jentera ini dipertingkatkan melalui perlindungan udara dan angin

yang dibina pada bahagian hadapan dan tubuhnya. Ciri-ciri keselamatan turut

dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang berperanan

mengurangkan usaha membrek apabila ia mengesan roda akan terkunci. Sementara

Sistem Brek Gabungan (CBS) pula bertanggungjawab memberi keseimbangan di

antara brek hadapan dan belakang.

Honda 2012 Gold Wing hadir dalam dua warna – Putih Mutiara dan Grafit Hitam.

Model baharu itu boleh didapati bilik pameran Impian Honda yang sah pada harga

RM174,900.00 (di atas jalan) mulai 31 Mei 2012.

Maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas

Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin – Jumaat, 9pg – 5ptg, kecuali cuti awam).

# # #