SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

7
SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 1 SI KECIL BERTUDUNG MERAH WATAK Si Kecil Betudung Merah (Sara) : Perwatakan : Si Kecil Bertudung Merah merupakan seorang budak perempuan yang cantik dan sering memakai tudung merah. Ibu dan Nenek : Perwatakan : Seorang Ibu yang sangat menyayangi Sara dan juga melakonkan watak sebagai nenek yang sedang berkebun. Sang Serigala : Perwatakan : Serigala ini seorang yang malas dan hanya tahu mencuri hasil tanaman pekebun yang ada di hutan tersebut. Pemburu @ Pemotong Kayu : Tempoh masa : 15 minit Masa Keseluruhan 5 babak dan mempunyai satu babak tiga minit. [Type the company name] | SULIT

Transcript of SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

Page 1: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 1

SI KECIL BERTUDUNG MERAH

WATAK

Si Kecil Betudung Merah (Sara) :

Perwatakan :

Si Kecil Bertudung Merah merupakan seorang budak perempuan yang

cantik dan sering memakai tudung merah.

Ibu dan Nenek :

Perwatakan:

Seorang Ibu yang sangat menyayangi Sara dan juga melakonkan watak

sebagai nenek yang sedang berkebun.

Sang Serigala :

Perwatakan :

Serigala ini seorang yang malas dan hanya tahu mencuri hasil tanaman

pekebun yang ada di hutan tersebut.

Pemburu @ Pemotong Kayu :

Tempoh masa : 15 minit Masa Keseluruhan

5 babak dan mempunyai satu babak tiga minit.

~ BABAK 1 ~

| SULIT

Page 2: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 2

Pada suatu masa dahulu, tinggallah seorang gadis kecil bersama ibunya di

sebuah kampung yang berhampiran dengan hutan. Apabila dia keluar

sahaja dari rumah, dia akan mengenakan topi berwarna merah, jadi orang

kampung pun menggelarnya Si Kecil Bertudung Merah dan dia adalah

Sara.

Di suatu petang, Ibu Sara menyuruh Sara untuk menghantar sedikit buah

tangan ke rumah neneknya kerana telah lama tidak pergi menziarahi

neneknya ( sambil menghulurkan raga yang berisi buahan kepada Sara).

Ibu : Hati-hati ya anakku..sampaikan salam ibu kepada nenekmu dan

ingat jangan pergi ke mana-mana selain dari rumah nenekmu dan jangan

bercakap terhadap orang yang tidak dikenali.

Sara : baiklah ibu, Sara akan ingat pesan ibu, sara jalan dahulu.

Tanpa membuang masa , si Sara pun menghantar buah tangan tersebut

ke rumah Neneknya yang berada di hutan. Dalam perjalanan tersebut…

Diiringi dengan lagu kanak-kanak yang sedang bergembira. (Suasana

ceria)

~ BABAK 2 ~

Sang Serigala berjalan-jalan sambil memegang perutnya dengan

mengadu…Sebenarnya Sang Serigala ini seorang yang malas dan hanya

tahu mencuri hasil tanaman pekebun yang ada di hutan tersebut.

Sang Serigala : Aduh!aduh!aduh!...laparnya perut aku ini…

Tiba-tiba dia terdengar bunyi siulan dan suara kanak-kanak perempuan

yang sedang menyanyi-nyanyi keriangan. Lalu serigala bersembunyi di

sebalik pokok sambil berkata…

Sang Serigala : Aha, aku rasa ini adalah peluang yang baik (sambil

tersenyum puas hati). Nampaknya usaha aku sebelum ini berhasil.

| SULIT

Page 3: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 3

(Dalam diam, Sang Serigala telah menghantar berita palsu kepada Ibu

Sara mengatakan bahawa Nenek Sara sedang sakit) Lalu dia pun keluar

dari semak tersebut dan berpura-pura mundar-mandir di sekitar pohon di

laluan hutan tersebut.

Sang Serigala : Hai budak comel, kemanakah awak hendak pergi?

Sara : Saya ingin mengunjungi rumah nenek saya yang berdekatan

dengan hutan dipinggir sungai. Sudah lama saya tidak menjenguknya,

rindu saya kepadanya.

Lalu gadis kecil bertudung merah baru sedar betapa lambatnya dia. Dia

pun dengan cepat meminta izin untuk pergi dan segera meneruskan

perjalanannya ke rumah neneknya.

Sementara itu, tanpa diketahui serigala pun mengambil jalan pintas

dengan nafas termengah-mengah kerana sebaik sahaja berlari-lari, sang

Serigala sampai terlebih dahulu di rumah nenek dan mengetuk pintu .

Sang Serigala : Aha, ini peluang yang baik. Nenek tiada dirumah.

(Berfikir sambil memegang janggutnya.

Tanpa membuang masa Serigala terus masuk ke rumah nenek lalu

mengutak-atik almari nenek untuk memakai gaun tidur yang disukainya.

Dia juga memakai topi tidur dan sebagai tambahan, serigala menyembur

minyak wangi kesukaan nenek dibelakang telinga runcingnya.

~ BABAK 3 ~

Pada masa yang sama juga nenek sedang berada dikebun sayurnya.

Sambil mencangkul-cangkul tanah dan menyanyikan lagu “Tanam Sayur

“. Setelah penat berkebun, nenek pun berehat sambil mengelap

peluhnya…..

Nenek : Panas betul cuaca hari ini, lebih baik aku pulang.

(Mengelap peluh dan terbatuk-batuk kecil).

| SULIT

Page 4: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 4

~ BABAK 4 ~

Beberapa minit kemudian, si Comel Bertudung Merah mengetuk pintu. Si

Sang Serigala melompat ke atas katil dan menarik selimut sampai ke

hidung untuk menutupi hidung besarnya.

Sang Serigala : Siapa itu?

Sara : Ini saya, Sara..cucumu nek.

Sang Serigala : Masuklah sayangku!!! (Jawab serigala dengan suara

parau).

Semasa Sara masuk ke dalam rumah, dia tidak dapat mengenali

neneknya.

Sara : “ Nenek! Kenapa suara nenek sangat berbeza, sangat garau…

adakah nenek sakit? ”

Nenek : Oh, nenek sangat sejuk…(Jawab Serigala dengan suara

menggigil disertai batuk untuk membuktikan bahawa dia demam.

Sara :”Tapi nenek, telinga nenek sangat besar” ujar gadis bertudung

merah semasa dia mendekati tempat tidur.

Sang Serigala : “ Ooh, supaya nenek dapat mendengar lebih baik,

sayang,”

Sara :”Tapi mata nenek juga besar “,

Sang Serigala : “ Ooh, ya,supaya nenek dapat melihat kamu dengan

lebih baik dan jelas, sayang,”

Sara :” Gigi-gigi nenek juga besar “,..

Sang Serigala : Supaya dapat memakan kamu dengan lebih baik,

sayang,” sambil Serigala meraung dan turun dari katil untuk menangkap

Si gadis Kecil.

| SULIT

Page 5: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 5

Nasib menyebelahi, Sara menyedari bahawa orang yang berada di katil

itu bukanlah neneknya, tapi seekor serigala yang kelaparan. ( sambil

berlari keluar dari rumah tersebut dan menjerit-jerit meminta tolong.

Sara : “tolong!tolong!tolong! ada serigala!

Sementara itu, ada seorang pemburu yang sedang memotong kayu di

hutan mendengar jeritannya dan berlari ke arah rumah nenek dengan

cepat. (sambil membawa kapak berlari-lari dengan tergopoh-gapah).

Sara : Pakcik tolong saya…

Pemburu : Serigala tak guna! Jaga kau!

Sang Serigala menjadi takut melihat kapak pembelah kayu lalu lari ke

dalam hutan.

Dalam pada yang sama, nenek pun sedang dalam perjalanan pulang ke

rumahnya. Dia terdengar suara jeritan itu dan dia mendapati bahawa

suara itu adalah kepunyaan cucunya, Si Kecil Bertudung Merah.

Sara : “oh, nenek aku takut sekali,” ujar Sara sambil menangis. Saya

menyesal

tidak mendengar nasihat ibu supaya tidak bercakap dengan orang

yang tidak dikenali.

Nenek : Cu, kamu telah mempelajari sesuatu hal yang sangat

penting, syukurlah kamu selamat dan ucapkan terima kasih

kepada pemburu yang telah membantu kamu..

| SULIT

Page 6: SI KECIL BERTUDUNG MERAH.docx

SKRIP AMALI PERSEMBAHAN 6

Sementara itu, Si Pemburu berusaha keras mengalahkan Sang Serigala.

Sang Serigala menjadi takut melihat kapak pembelah kayu lalu lari ke

dalam hutan.

Sara : Terima kasih Pakcik…

Pemburu : sama-sama nak.

Akhirnya Sara pun bersama-sama neneknya mengajak Pemburu yang

telah membantu mereka memakan buah yang dibawanya sambil

berborak keriangan sebagai tanda terima kasih.

~ TAMAT ~

| SULIT