SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal...

4
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V. SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 KANAK-KANAK MALAYSIA BAKAL MENIKMATI MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH Dutch Lady Malaysia menyumbang dana sebanyak RM1.5 juta menerusi Dana Inspirasi Masa Depan Selangor, 26 Oktober 2013 Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) yang telah berlangsung selama 10 bulan kini telah sampai ke kemuncaknya. 50 kanak-kanak bertuah kini dihadiahkan polisi insurans berjumlah RM1.5 juta bagi membantu merealisasikan impian mereka. Kempen murni ini bermatlamat untuk mendorong rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk terus memberi inspirasi kepada kanak-kanak di Malaysia. Hasil kerjasama yang di jalankan bersama UniAsia Life Assurance Berhad, Dutch Lady Malaysia menghadiahkan polisi insurans yang bernilai RM30,000 kepada setiap kanak-kanak yang telah memenanginya dan polisi akan matang apabila mereka mencecah usia 18 tahun. Syarikat tenusu gergasi ini yakin bahawa polisi ini akan memberikan satu pelaburan dalam masa depan kanak-kanak dan membantu mereka mencapai impian yang dihasratkan. Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Malaysia dilancarkan untuk merayakan ulang tahun ke-50 Dutch Lady Malaysia. Sejajar dengan misi syarikat tenusu gergasi ini „Membantu rakyat Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan tenusu yang dipercayai‟ , kempen ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda di Malaysia bagi mencapai impian dalam bidang yang diminati mereka termasuk pendidikan, sukan, seni kreatif dan sebagainya. Menerusi kempen ini, Dutch Lady Malaysia berharap dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru, ia telah dirancang bagi membantu 50 kanak-kanak terpilih melanjutkan pelajaran serta mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati mereka. 50 kanak-kanak ini dipilih melalui 3 kategori, iaitu 10 kanak-kanak dipilih menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, 10 dipilih dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 30 yang lain dipilih secara terbuka kepada umum berdasarkan peraduan video yang paling memberi inspirasi. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) Level 5, Quill 9, 112 Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia t +60 (0)3 7953 2600 f +60 (0)3 7953 2700/ 79552985 www.frieslandcampina.com www.dutchlady.com.my

Transcript of SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal...

Page 1: SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063 SIARAN AKHBAR UNTUK

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

SIARAN AKHBAR

UNTUK SIARAN SEGERA

50 KANAK-KANAK MALAYSIA

BAKAL MENIKMATI MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH

Dutch Lady Malaysia menyumbang dana sebanyak RM1.5 juta menerusi Dana Inspirasi

Masa Depan

Selangor, 26 Oktober 2013 – Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Milk Industries

Berhad (Dutch Lady Malaysia) yang telah berlangsung selama 10 bulan kini telah sampai ke

kemuncaknya. 50 kanak-kanak bertuah kini dihadiahkan polisi insurans berjumlah RM1.5 juta

bagi membantu merealisasikan impian mereka. Kempen murni ini bermatlamat untuk

mendorong rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk terus memberi inspirasi

kepada kanak-kanak di Malaysia.

Hasil kerjasama yang di jalankan bersama UniAsia Life Assurance Berhad, Dutch Lady Malaysia

menghadiahkan polisi insurans yang bernilai RM30,000 kepada setiap kanak-kanak yang telah

memenanginya dan polisi akan matang apabila mereka mencecah usia 18 tahun. Syarikat

tenusu gergasi ini yakin bahawa polisi ini akan memberikan satu pelaburan dalam masa depan

kanak-kanak dan membantu mereka mencapai impian yang dihasratkan.

Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Malaysia dilancarkan untuk merayakan ulang tahun

ke-50 Dutch Lady Malaysia. Sejajar dengan misi syarikat tenusu gergasi ini „Membantu rakyat

Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan tenusu yang dipercayai‟ , kempen ini bertujuan

untuk memberi inspirasi kepada generasi muda di Malaysia bagi mencapai impian dalam bidang

yang diminati mereka termasuk pendidikan, sukan, seni kreatif dan sebagainya.

Menerusi kempen ini, Dutch Lady Malaysia berharap dapat memberi impak yang besar kepada

masyarakat. Justeru, ia telah dirancang bagi membantu 50 kanak-kanak terpilih melanjutkan

pelajaran serta mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati mereka. 50 kanak-kanak ini

dipilih melalui 3 kategori, iaitu 10 kanak-kanak dipilih menerusi kerjasama dengan Kementerian

Pendidikan Malaysia, 10 dipilih dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 30

yang lain dipilih secara terbuka kepada umum berdasarkan peraduan video yang paling memberi

inspirasi.

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) Level 5, Quill 9, 112 Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia t +60 (0)3 7953 2600 f +60 (0)3 7953 2700/ 79552985 www.frieslandcampina.com www.dutchlady.com.my

Page 2: SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063 SIARAN AKHBAR UNTUK

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

“Kempen ini juga membuktikan kerjasama yang erat antara sektor awam dan swasta. Dutch

Lady Malaysia telah berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan serta Jabatan Kebajikan

Masyarakat bagi memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia,” kata Ramjeet Kaur

Virik, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

“Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus membuktikan bahawa

rakyat Malaysia amat mengutamakan masa depan generasi muda. Kami berbesar hati kerana

mampu mencetuskan impak yang positif kepada masyarakat di Malaysia menerusi kempen

Inspirasi Masa Depan. Kami berazam meneruskan usaha Dutch Lady Malaysia dalam memberi

inspirasi serta mengasah potensi generasi muda di Malaysia,” katanya.

Lebih 800 penyertaan yang telah diterima dari segenap lapisan masyarakat. Bagi kategori di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak156 penyertaan telah diterima dari Kelantan

dan Terengganu. Setiap guru besar sekolah telah mencadangkan hanya seorang kanak-kanak

untuk mewakili setiap sekolah.

Bagi 43 kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula, nama mereka dikemukakan

oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pertubuhan amal. Setiap pertubuhan amal

hanya boleh mencadangkan lima calon sahaja. Profesor Madya Dr Mariani Mohd Nor, pensyarah

Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling di Universiti Malaya, memainkan peranan penting

dalam menghasilkan kaedah penilaian serta pemilihan bagi kategori ini.

Beliau amat memuji usaha murni Dutch Lady Malaysia dalam memberi inspirasi kepada generasi

muda di Malaysia.

“Kita perlu memberi inspirasi kepada kanak-kanak bermula dari seusia kecil lagi, di samping

memupuk serta menggalakkan idea mereka, supaya mereka lebih gigih mengejar impian dan

tidak mudah berputus asa. Kempen ini membuktikan ramai kanak-kanak mengidamkan peluang

untuk menggapai potensi mereka. Maka, jika diberi asas kukuh, mereka pasti mampu

mengecapi kejayaan besar yang mengharumkan nama negara,” terangnya.

Masyarakat khasnya pihak ibu bapa dan penjaga dapat menyertai kempen ini dengan

menghantar video yang menggambarkan cara serta usaha mereka dalam memberi inspirasi

kepada anak-anak. Daripada 625 video yang diterima, 30 peserta dipilih oleh panel

penghakiman termasuk pegawai-pegawai tertinggi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Profesor

Madya Dr Mariani, duta kempen Ziana Zain serta Faizal Tahir dan kakitangan Dutch Lady

Malaysia.

Kempen ini juga mengajak semua rakyat Malaysia menurunkan cap tapak tangan sebagai tanda

ikrar inspirasi kepada kanak-kanak diseluruh Malaysia. Lebih 50,000 ikrar telah dikumpul dari

seluruh negara.

Page 3: SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063 SIARAN AKHBAR UNTUK

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

“Kami yakin bahawa kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady telah berjaya memberi inspirasi

kepada lebih 50,000 rakyat Malaysia dan menyampaikan mesej yang penuh bermakna ini.

Kempen ini mempertingkatkan lagi keyakinan kami bahawa ramai kanak-kanak mengharapkan

peluang untuk mencapai impian mereka. Oleh itu, jika diberi asas yang kukuh, mereka pasti

akan mencapai kejayaan yang memberangsangkan,” tambah Ramjeet.

Sambutan terhadap kempen ini telah mendorong Dutch Lady Malaysia melanjutkan kempen ini

dengan menganjurkan 50 Bengkel Inspirasi Masa Depan yang akan diadakan pada bulan

November dan Disember. Bengkel ini diadakan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik

dan diharap dapat menyampaikan mesej inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa dan kanak-kanak

di seluruh Malaysia.

50 kanak-kanak yang memperoleh manfaat menerusi kempen ini telah datang dari seluruh

negara dan berumur antara 4 hingga 12 tahun. Kempen ini menyaksikan pelbagai personaliti

kanak-kanak yang menakjubkan dan telah mengambil bahagian. Pelbagai cita-cita yang mereka

impikan termasuk ingin menjadi jurugambar, pembaca berita, pelakon, usahawan fesyen,

angkasawan, juruterbang, pakar wushu dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang Dana Inspirasi Masa Depan Dutch Lady, sila layari laman

sesawang www.inspiretomorrow.my.

-tamat-

Page 4: SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063 SIARAN AKHBAR UNTUK

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

Mengenali Dutch Lady Milk Industries Berhad

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) diasaskan pada tahun 1963 dan kini

merupakan syarikat hasil tenusu yang terkemuka di Malaysia. Syarikat pemegangnya ialah

Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat Belanda berbilang negara dan salah satu syarikat

kerjasama bahan tenusu yang terbesar di dunia.

Dutch Lady Malaysia menghasilkan dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti di

pasaran negara serta luar negara. Jenama Dutch Lady serta Friso-nya mendapat sambutan yang

amat baik. Dutch Lady Malaysia yakin terhadap inovasi produk dan sentiasa berusaha untuk

mempertingkatkan pelbagai prosesnya untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan

berkhasiat kepada pelanggannya.

Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang memasarkan tepung Susu Untuk Membesar yang

dirumus khas untuk kanak-kanak sehingga tiga tahun. Pelbagai rangkaian ini kini dipasarkan di

Malaysia sebagai Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+.

Dutch Malaysia merupakan penyokong kuat industri hasil tenusu tempatan dan berganding

tangan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menggalakkan perkembangannya.

Sejajar dengan misi syarikat „membantu rakyat Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan

tenusu yang dipercayai‟ kualiti produk yang dihasilkan amat dititikberatkan.

Dutch Lady mematuhi tahap kualiti, keselamatan makanan serta amalan global yang ketat,

sejajar dengan akreditasi pensijilan ISO9001, ISO14001, OHSAS 18001 (Kesihatan Pekerjaan

dan Siri Penilaian Keselamatan) dan HACCP (Analisis Bahaya dan Pengendalian Titik Kritis) yang

diperoleh. Dutch Lady juga mencapai rekod yang cemerlang sebagai jenama produk tenusu

yang utama, dan kecemerlangan ini dikesahkan lagi apabila ia memenangi anugerah Super

Brand Gold oleh Reader‟s Digest untuk 11 tahun berturut-turut sejak tahun 1999, di samping

diakui sebagai salah satu daripada 30 Jenama yang Paling Bernilai di Malaysia sejak tahun 2007.

2013 melambangkan satu pencapaian yang penting bagi Dutch Lady kerana ia telah mengecapi

kecemerlangan selama 50 tahun. Bagi merayakan ulang tahun ke-50, sambutan ini akan

memberi tumpuan kepada janjian syarikat menerusi Dana Inspire Tomorrow untuk mengilhami

golongan muda di Malaysia untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang dihasratkan

menerusi pendidikan, sukan mahu pun seni kreatif.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.dutchlady.com.my.

_______________________________________________________________

Dikeluarkan oleh: OgilvyAction

Bagi pihak: Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lynn Koh

Account Executive

03 – 2718 8269 / 012 - 7702 809

[email protected]