silinder penyukat

3
2.2 SILINDER PENYUKAT SILINDER PENYUKAT Setelah membuat pemerhatian terhadap makmal sains sekolah rendah semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), didapati bahawa makmal sains ini tidak mempunyai silinder penyukat. Pada pandangan saya, saya bersetuju bahawa makmal sains sekolah rendah sepatutnya mempunyai silinder penyukat. Silinder penyukat ini dapat digunakan semasa pengajaran topik pengukuran, Tahun empat dengan subtopik iaitu mengukur isipadu cecair. Jadi, guru boleh melaksanakan eksperimen yang mempunyai dua aktiviti. Aktiviti pertama dengan objektifnya mengenalpasti alat standard untuk mengukur isipadu cecair. Murid diberikan beberapa jenis alat seperti cawan, botol, bikar dan silinder penyukat untuk mengenalpasti dan mengelaskan alat yang standard dan alat bukan standard untuk mengukur isipadu cecair. Aktiviti kedua dengan objektifnya mengenalpasti teknik yang betul semasa mengambil bacaan. Dalam aktiviti kedua, murid mengukur 50ml minyak dalam silinder penyukat A dan minyak 50ml dalam silinder penyukat B. Seterusnya, tuangkan 50ml minyak dari silinder penyukat A ke dalam silinder penyukat B untuk mendapatkan bacaan baru. Kedua-dua aktiviti dalam eksperimen ini dapat meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid. Salah satu daripadanya ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains yang betul. Sebagai contoh, murid-murid dapat menggunakan dan 6

description

silinder penyukat

Transcript of silinder penyukat

2.2 SILINDER PENYUKAT

SILINDER PENYUKATSetelah membuat pemerhatian terhadap makmal sains sekolah rendah semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), didapati bahawa makmal sains ini tidak mempunyai silinder penyukat. Pada pandangan saya, saya bersetuju bahawa makmal sains sekolah rendah sepatutnya mempunyai silinder penyukat. Silinder penyukat ini dapat digunakan semasa pengajaran topik pengukuran, Tahun empat dengan subtopik iaitu mengukur isipadu cecair. Jadi, guru boleh melaksanakan eksperimen yang mempunyai dua aktiviti. Aktiviti pertama dengan objektifnya mengenalpasti alat standard untuk mengukur isipadu cecair. Murid diberikan beberapa jenis alat seperti cawan, botol, bikar dan silinder penyukat untuk mengenalpasti dan mengelaskan alat yang standard dan alat bukan standard untuk mengukur isipadu cecair. Aktiviti kedua dengan objektifnya mengenalpasti teknik yang betul semasa mengambil bacaan. Dalam aktiviti kedua, murid mengukur 50ml minyak dalam silinder penyukat A dan minyak 50ml dalam silinder penyukat B. Seterusnya, tuangkan 50ml minyak dari silinder penyukat A ke dalam silinder penyukat B untuk mendapatkan bacaan baru.Kedua-dua aktiviti dalam eksperimen ini dapat meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid. Salah satu daripadanya ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains yang betul. Sebagai contoh, murid-murid dapat menggunakan dan mengendalikan silinder penyukat dengan betul seperti cara menuangkannya dan cara mengambil bacaan dengan mengambil bacaan pada bahagian terendah meniskus serta mata berada pada bahagian menikus. Seterusnya, eksperimen ini juga dapat meningkatkan kemahiran manipulatif lain iaitu membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Selepas eksperimen tersebut dijalankan, murid-murid membersihkan silinder penyukat ini dengan cara yang betul dan seterusnya menyimpannya dengan betul dan selamat seperti meletakkannya pada rak silinder penyukat. Keadaan ini secara tidak langsungnya telah meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid. Justeru, makmal sains sekolah rendah wajar mempunyai silinder penyukat.Selain itu, eksperimen tersebut juga dapat meningkatkan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid. Melalui aktiviti kedua, murid dapat mengukuhkan kemahiran meramal dengan meramal apakah yang akan berlaku pada bacaan silinder penyukat B sebelum mencampurkan kedua-dua cecair. Seterusnya, murid akan meningkatkan kemahiran memerhati dengan menggunakan deria penglihatan untuk memerhatikan perubahan yang akan berlaku pada bacaan silinder penyukat B apabila minyak dicampurkan. Seterusnya, para murid telah meningkatkan kemahiran mengukur dan menggunakan nombor iaitu dengan mengambil bacaan yang baru pada silinder penyukat B. Kemudiannya, murid juga dapat meningkatkan kemahiran membuat inferens terhadap pemerhatian tersebut seperti campuran 50ml dengan 50ml menghasilkan 100ml. Dalam aktiviti pertama, murid juga dapat meningkatkan kemahiran mengelas dimana para murid mengelaskan yang manakah alat standard dan alat bukan standar untuk mengukur isipadu cecair. Selepas itu, murid dapat mengukuhkan kemahiran berkomunikasi dengan mempersembahkan keputusan aktiviti pertama dalam bentuk jadual. Justeru, makmal sains sepatutnya mempunyai silinder penyukat bagi meningkatkan kemahiran proses sains asas tersebut.Seperkara lagi, eksperimen ini dapat meningkatkan kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan murid seperti mentafsirkan data. Dalam aktiviti pertama, murid dapat memberi penerangan rasional iaitu bikar dan silinder penyukat merupakan alat standard disebabkan terdapatnya skala pada kedua-dua alat supaya dapat mengukur isipadu cecair dengan tepat. Di samping itu, murid juga dapat mengukuhkan kemahiran membuat hipotesis dengan menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens. Contohnya, hanya alat yang mempunyai skala dapat mengukur isipadu cecair dengan tepat. Lantaran itu, murid juga meningkatkan kemahiran mengeksperimen dengan mempunyai kebolehan melaksanakan prosedur eksperimen untuk menguji hipotesis bagi kedua-dua aktiviti dalam eksperimen ini. Tuntasnya, makmal sains sekolah rendah sepatutnya mempunyai silinder penyukat yang penting untuk membantu murid memperolehi kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Disediakan oleh,THIAN FANG MING3 PISMP-SAINS

8