Sin Drom

4
2.6. SINDROM DOWN Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal pada kanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1 daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yang disebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi 21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalah nama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri dan mencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama. 2.6. PUNCA SINDROM DOWN Banyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalam proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali sebagai disjunction’. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yang tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai nondisjunction’. Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.

description

sdsds

Transcript of Sin Drom

Page 1: Sin Drom

2.6. SINDROM DOWN

Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal pada kanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1 daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yang disebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi 21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalah nama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri dan mencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama.

2.6. PUNCA SINDROM DOWN

Banyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalam proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali sebagai ‘disjunction’. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yang tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai ‘nondisjunction’.

Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.

2.6. CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah:

Ciri-ciri Fizikal dan Kesihatan

i. Mata yang condong ke bawah atau ke atas

Page 2: Sin Drom

ii. Bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang

kepala adalah rata menyebabkan kepala kelihatan bulat

iii. Telinga kecil dan selalunya berkedudukan rendah

iv. Bahagian dalam mulut lenih kecil menyebabkan kuran ruang untuk lidah sehingga

menyebabkannya terjelir keluar

v. Bentuk leher lebih pendek

vi. Kaki dan tangan pendek, tapak tangan juga lebar dan rata, jari-jari pendek

vii. Tapak kaki lebar dan jari-jari kaki pendek

viii. Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah dan terkepalai, serta

lemah tindak balas

ix. 30 – 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down menghadapi masalah jantung

x. Mata kelihatan juling

Ciri Personaliti dan Temperan

Kanak-kanak Sindrom Down bukanlah mempunyai satu bentuk personaliti yang seragam tetapi mereka mempunyai variasi tret personaliti dan temperan yang pelbagai. Bagi bayi yang pada peringkat permulaannya tenang dan pendiam bertukar ceria, bebas dan bersifat ingin tahu adalah disebabkan penjagaan, ransangan dan pendidikan terutamanya semasa peringkat awal dan pertengahan zaman kanak-kanak dan seterusnya. Terdapat juga kanak-kanak yang kurang upaya dan lemah bertukar menjadi pemarah dan degil semasa remaja.

Ciri Perkembangan Bahasa dan Kognitif

i. Perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan kurangnya pengetahuan umum

ii. Bermasalah mempelajari peraturan-peraturan tatabahasa

iii. Boleh belajar perkataan baru dengan lebih mudah berbanding peraturan

tatabahasa

iv. Bermasalah dalam memahami arahan-arahan

v. Perkembangan kognitif mereka adalah lambat dan ukuran kecerdasan mereka

dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama.

2.6. CARA MENGATASI

Page 3: Sin Drom

Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down ialah:

Masalah Penglihatan

i. Tempatkan mereka di barisan hadapan

ii. Gunakan tulisan atau huruf cetak yang besar

iii. Lakukan persembahan secara jelas dan mudah

Masalah Pendengaran

i. Bercakap secara terus kepada pelajar

ii. Kukuhkan percakapan dengan ekspresi muka, isyarat atau gerak tubuh

iii. Kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujud

Kemahiran Motor Halus dan Kasar

i. Sediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran motor

ii. Sediakan aktiviti untuk menguatkan jari dan sendi pergelangan tangan seperti

menjahit dan memotong

iii. Lakukan aktiviti dan penggunaan bahan pelbagai deria yang luas

Masalah Pertuturan Bahasa

i. Beri masa untuk memproses bahasa dan tindak balas

ii. Gunakan bahasa yang mudah

iii. Sediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-bahan visual dan

sentuhan untuk mengukuhkan pertutura mereka

iv. Sediakan peluang-peluang bercakap dengan orang lain lebih kerap