Singapore Education

2
Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura. Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah. [88] Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik, biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun. Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka. [89] Yuran sekolah di kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi. [90] Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar sebulan. Bukan semua pelajar menghadiri sekolah menengah. Ramai juga yang menghadiri institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana mereka mengejar sijil vokasional. Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan Singapura atau sekolah yang ada “Integrated Programme”, di mana mereka memintasi peperiksaanSingapore-Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya.

description

singapore education

Transcript of Singapore Education

Page 1: Singapore Education

Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah

rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan

sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua

sekolah di Singapura.

Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga

berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah

mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa

Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa

Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun

"Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem

pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana

bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan

yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah.[88]

Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga

lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa

Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik,

biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.

Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga

yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah

menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa

Melayu, Mandarin atau Tamil. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil

peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis

laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka.[89] Yuran sekolah di

kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi.[90] Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar

sebulan.

Bukan semua pelajar menghadiri sekolah menengah. Ramai juga yang menghadiri

institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana mereka

mengejar sijil vokasional. Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan Singapura atau sekolah

yang ada “Integrated Programme”, di mana mereka memintasi peperiksaanSingapore-

Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya.

Selepas peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya berdaftar

dalam Kolej Rendah (Junior College), Institut Terpusat (Centralised Institute) atau Politeknik.

Program dalam Kolej Rendah atau Institut Terpusat berkesudahan dengan peperiksaan GCE A

Level selepas dua atau tiga tahun.

Terdapat lima politeknik di Singapura, iaitu Politeknik Singapura, Politeknik Ngee Ann, Politeknik

Temasek, Politeknik Nanyang dan Politeknik Republik. Politeknik di Singapura ini tidak

menawarkan ijazah, sebaliknya pelajar politeknik mengejar diploma dalam tempoh pelajaran tiga

tahun.

Page 2: Singapore Education

Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti

Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk

Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah membina banyak lagi universiti

awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada

30% setiap kohort.[91][92] Kursus politeknik dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris

sepenuhnya.

Banyak sekali universiti luar negara yang membuka kampus di Singapura. Antaranya

ialah INSEAD, Sekolah Perniagaan Chicago, Universiti New York, Universiti Las

Vegas,Technische Universität München, ESSEC dan lain-lain lagi.[92]