Sinopsis Destinasi Impian

2
Sinopsis/Pendahuluan/Kupasan Ringkas Novel Destinasi Impian Novel Destinasi Impian memaparkan isu cabaran yang mencabar dan yang dicabar. Kedua-duanya digarap dengan begitu baik oleh pengarang melalui watak Firdaus, seorang anak muda yang pantang dicabar. Watak Johari dan Azlina pula sentiasa berlegar di sekeliling konflik yang dihadapi oleh Firdaus. Cabaran untuk berbasikal ke Pantai Morib terjelma hasil perbualan antara mereka dengan datuk. Firdaus, abang kepada Azlina seorang lelaki lemah lembut, pantas terusik ego kelakiannya apabila dicabar untuk berbasikal. Firdaus mencapai kemuncak konfliknya apabila hampir-hampir lemas di laut semasa cuba menyelamatkan rakannya. Selepas insiden itu, bibit-bibit keinsafan mula tumbuh segar dalam hatinya. Nama-nama latar yang digunakan dalam novel ini ialah fakta sebenar seperti Masjid Sultan Sulaiman, Istana Mahkota, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Pantai Morib Baru. Semua latar ini terletak di negeri Selangor. Penulis menggunakan latar sebenar untuk mengaitkannya dengan cabaran yang sentiasa wujud di bumi nyata. Cabaran tidak wujud melalui angan-angan. Bukan semua orang mampu menghadapi cabaran. Yang mampu menghadapi cabaran akan berjaya. Yang gagal usahlah cepat berputus asa. terimalah cabaran dengan fikiran yang positif untuk membina ketahanan diri dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Sinopsis Destinasi Impian: Mengisahkan tentang Firdaus, anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan bersama empat kakak dan seorang adik perempuan. Tidak seperti rakan-rakan sama jantina dan seusianya yang gemar melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran membuatkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas, menggubah bunga atau membaca majalah hiburan. Wataknya yang juga digambarkan sebagai anak manja ini menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-

description

novel

Transcript of Sinopsis Destinasi Impian

Sinopsis/Pendahuluan/Kupasan Ringkas Novel Destinasi Impian

Novel Destinasi Impian memaparkan isu cabaran yang mencabar dan yang dicabar. Kedua-duanya digarap dengan begitu baik oleh pengarang melalui watak Firdaus, seorang anak muda yang pantang dicabar. Watak Johari dan Azlina pula sentiasa berlegar di sekeliling konflik yang dihadapi oleh Firdaus. Cabaran untuk berbasikal ke Pantai Morib terjelma hasil perbualan antara mereka dengan datuk. Firdaus, abang kepada Azlina seorang lelaki lemah lembut, pantas terusik ego kelakiannya apabila dicabar untuk berbasikal. Firdaus mencapai kemuncak konfliknya apabila hampir-hampir lemas di laut semasa cuba menyelamatkan rakannya. Selepas insiden itu, bibit-bibit keinsafan mula tumbuh segar dalam hatinya.

Nama-nama latar yang digunakan dalam novel ini ialah fakta sebenar seperti Masjid Sultan Sulaiman, Istana Mahkota, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Pantai Morib Baru. Semua latar ini terletak di negeri Selangor. Penulis menggunakan latar sebenar untuk mengaitkannya dengan cabaran yang sentiasa wujud di bumi nyata. Cabaran tidak wujud melalui angan-angan. Bukan semua orang mampu menghadapi cabaran. Yang mampu menghadapi cabaran akan berjaya. Yang gagal usahlah cepat berputus asa. terimalah cabaran dengan fikiran yang positif untuk membina ketahanan diri dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sinopsis Destinasi Impian: Mengisahkan tentang Firdaus, anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan bersama empat kakak dan seorang adik perempuan.

Tidak seperti rakan-rakan sama jantina dan seusianya yang gemar melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran membuatkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas, menggubah bunga atau membaca majalah hiburan.

Wataknya yang juga digambarkan sebagai anak manja ini menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-rakan, termasuklah adik perempuannya, Azlina yang lebih optimis dan berani.

Suatu hari, Firdaus, Azlina dan seorang lagi sepupu mereka telah dicabar oleh datuk mereka untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Pantai Morib.

Firdaus tidak gemar dengan aktiviti itu namun disebabkan ia adalah satu cabaran dan Azlina serta sepupunya juga bersungguh-sungguh mencabarnya, maka dia menyahut juga cabaran itu walaupun dengan rasa berat hati.

Untuk sampai ke destinasi impiannya, Firdaus bukan sahaja sering merungut, malah perlu berdepan cabaran dan halangan, termasuklah diejek dan disindir oleh Azlina yang sebenarnya mahu abangnya menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati dan seorang abang.

Firdaus hampir putus asa, namun perjalanan itu sendiri telah memberikannya pengajaran dan pengalaman baharu untuk diri dan kehidupannya.