sinopsis-ikut-bab-novel-konserto-terakhir (1).pdf

6
1 Sinopsis Konsserto Terakhir. BAB 1 Keluarga Hilmi berhijrah dari kampungnya dari Kedah, ke rumah pak ciknya, Datuk Johari untuk mencari kerja. Ayahnya berharap sepupunya itu dapat membantu anaknya mencari pekerjaan kerana Datuk Johari merupakan orang ternama dan berpengaruh di Kuala Lumpur . Namun begitu, kedatangannya mendapat sambutan yang dingin oleh keluarga Datuk Johari, terutamanya isterinya, Datin Salmah yang amat memandang rendah orang miskin dan yang berpelajaran rendah. Pada masa itu Datuk Johari mengimbas kenangannya kembali semasa dia meninggalkan kampung halamannya itu ketika sehari selepas berkahwin. Sudah 17 tahun dia telah meni nggalkan kampung halamannya dan tidak pernah menziarahi saudara -maranya di kampung. Dia juga teringat akan kata-kata abang sepupunya yang berharap suatu hari nanti dia dapat membantu Hilmi. Datuk Johari pula berusaha mencari pekerjaan untuk Hilmi. Walaupun Datuk Johari berpengaruh tinggi beliau tetap gagal mencari pekerjaan untuk Hilmi kerana Hilmi hanya berkelul usan darjah empat sekolah Melayu. Akhirnya Hilmi diupah oleh Datuk Johari sebagai tukang kebun di rumahnya. Hilmi diberi tempat tinggal dan makan di rumah Datuk Johari. Hilmi berasa amat gembira terhadap tawaran oleh Datuk Johari, kerana berkebun merupakan minatnya. Hilmi bekerja dengan rajin sekali tanpa menunggu arahan daripada Datuk Johari dan Datin Salmah. BAB 2 Kuli Hilmi tinggal di pondok pekerja di belakang rumah pak ciknya wal aupun dia saudara kepada Datuk Johari. Akan tetapi, Hilmi tidak pernah mempersoalkannya. Hilmi amat berbakat dalam perkebunan. Dia mengubah kedudukan pasu-pasu bunga supaya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Jiran Datuk Johari, Dr Nathan amat mengagumi kebolehan Hilmi. Hilmi amat mengambil berat tentang pokok -pokok bunga dan kebun sayurnya. Kali pertama Hilmi mendengar bunyi piano, Hilmi telah jatuh cinta terhadap muzik tersebut. Hilmi juga amat mengagumi anak perempuan Datuk Johari, Hayati yang dapat bermain piano dengan begitu baik. Setiap kali Hilmi bekerja di kebun dia pasti akan dapat mendengar alunan piano. Datin Salmah tidak pernah mengaku Hilmi sebagai saudaranya dan masih terus memandang rendah Hilmi dan juga Mohsin anak saud ara Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak mengambil kira perkara tersebut dan tetap melaksanakan tugasnya dengan penuh kesungguhan. Pak Amat, iaitu pemandu Datuk Johri tinggal sebilik dengan Hilmi. Pak Amat pernah berkahwin dengan seorang wanita asing di Australia dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi telah gugur semasa beperang di Vi etnam. Datin Salmah berasa amat malu kerana adik -adiknya mengetahui bahawa Hilmi ialah saudara suaminya. Dia merasakan Hilmi akan kerap menimbulkan masalah baru dalam keluarganya dan amat menyesali tindakannya membenarkan Hilmi menetap di sini. Dia juga mula merancang sesuatu agar Hilmi meninggalkan rumah ini secepat mungkin. BAB 3 Kuli Hilmi terus memberikan tumpuan dengan kewajipannya sebagi tu kang kebun Datuk Johari baik siang ataupun malam. Kadangkala, Hayati juga bersiar-siar di taman bunga pada waktu malam. Minat Hilmi dalam piano semakin mendalam. Dia pasti akan berada berhampiran tempat Hayati bermain piano setiap Khamis dan Sabtu petang.Walaupun hujan lebat atau matahari yang terik dia juga tetap berada disitu. Apa yang penting, dia dapat mendengar Hayati bermain piano. Hatinya tidak senang jika tidak dapat mendengar Hayati bermain piano pada hari-hari tersebut. Hilmi juga cemburu akan kemesraan Hayati dengan tunangnya, Mohsin setiap kali Mohsin pulang untuk bersama dengan Hayati dan keluarga nya. Datuk Johari mula menghargai bekas tangan Hilmi di taman bunganya dan mula memuji hasil kerjanya. Kesemua tanaman yang ditanam oleh Hilmi amat subur dan tumbuh dengan cantiknya. Selain Datuk Johari, hasil kerja Hilmi juga mendapat pujian daripada raka n-rakan Datin Salmah yang sering kali membawa buah tangan seperti pokok -pokok bunga kepada Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak pernah mendapat sebarang pujian atau penghargaan daripada Datin Salmah.

Transcript of sinopsis-ikut-bab-novel-konserto-terakhir (1).pdf

  • 1Sinopsis Konsserto Terakhir.

    BAB 1 KeluargaHilmi berhijrah dari kampungnya dari Kedah, ke rumah pak ciknya, Datuk Johari untuk mencari

    kerja. Ayahnya berharap sepupunya itu dapat membantu anaknya mencari pekerjaan kerana Datuk Joharimerupakan orang ternama dan berpengaruh di Kuala Lumpur . Namun begitu, kedatangannya mendapatsambutan yang dingin oleh keluarga Datuk Johari, terutamanya isterinya, Datin Salmah yang amat memandangrendah orang miskin dan yang berpelajaran rendah.

    Pada masa itu Datuk Johari mengimbas kenangannya kembali semasa dia meninggalkankampung halamannya itu ketika sehari selepas berkahwin. Sudah 17 tahun dia telah meni nggalkan kampunghalamannya dan tidak pernah menziarahi saudara -maranya di kampung. Dia juga teringat akan kata-kata abangsepupunya yang berharap suatu hari nanti dia dapat membantu Hilmi.

    Datuk Johari pula berusaha mencari pekerjaan untuk Hilmi. Walaupun Datuk Johariberpengaruh tinggi beliau tetap gagal mencari pekerjaan untuk Hilmi kerana Hilmi hanya berkelul usan darjahempat sekolah Melayu. Akhirnya Hilmi diupah oleh Datuk Johari sebagai tukang kebun di rumahnya. Hilmidiberi tempat tinggal dan makan di rumah Datuk Johari. Hilmi berasa amat gembira terhadap tawaran olehDatuk Johari, kerana berkebun merupakan minatnya. Hilmi bekerja dengan rajin sekali tanpa menunggu arahandaripada Datuk Johari dan Datin Salmah.

    BAB 2 KuliHilmi tinggal di pondok pekerja di belakang rumah pak ciknya wal aupun dia saudara kepada

    Datuk Johari. Akan tetapi, Hilmi tidak pernah mempersoalkannya. Hilmi amat berbakat dalam perkebunan. Diamengubah kedudukan pasu-pasu bunga supaya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Jiran DatukJohari, Dr Nathan amat mengagumi kebolehan Hilmi. Hilmi amat mengambil berat tentang pokok -pokokbunga dan kebun sayurnya. Kali pertama Hilmi mendengar bunyi piano, Hilmi telah jatuh cinta terhadap muziktersebut. Hilmi juga amat mengagumi anak perempuan Datuk Johari, Hayati yang dapat bermain piano denganbegitu baik. Setiap kali Hilmi bekerja di kebun dia pasti akan dapat mendengar alunan piano.

    Datin Salmah tidak pernah mengaku Hilmi sebagai saudaranya dan masih terus memandangrendah Hilmi dan juga Mohsin anak saud ara Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak mengambil kira perkaratersebut dan tetap melaksanakan tugasnya dengan penuh kesungguhan. Pak Amat, iaitu pemandu Datuk Johritinggal sebilik dengan Hilmi. Pak Amat pernah berkahwin dengan seorang wanita asing di Australia danmempunyai seorang anak lelaki tetapi telah gugur semasa beperang di Vi etnam.

    Datin Salmah berasa amat malu kerana adik -adiknya mengetahui bahawa Hilmi ialah saudarasuaminya. Dia merasakan Hilmi akan kerap menimbulkan masalah baru dalam keluarganya dan amatmenyesali tindakannya membenarkan Hilmi menetap di sini. Dia juga mula merancang sesuatu agar Hilmimeninggalkan rumah ini secepat mungkin.

    BAB 3 KuliHilmi terus memberikan tumpuan dengan kewajipannya sebagi tu kang kebun Datuk Johari baik

    siang ataupun malam. Kadangkala, Hayati juga bersiar-siar di taman bunga pada waktu malam. Minat Hilmidalam piano semakin mendalam. Dia pasti akan berada berhampiran tempat Hayati bermain piano setiapKhamis dan Sabtu petang.Walaupun hujan lebat atau matahari yang terik dia juga tetap berada disitu. Apa yangpenting, dia dapat mendengar Hayati bermain piano. Hatinya tidak senang jika tidak dapat mendengar Hayatibermain piano pada hari-hari tersebut.

    Hilmi juga cemburu akan kemesraan Hayati dengan tunangnya, Mohsin setiap kali Mohsinpulang untuk bersama dengan Hayati dan keluarga nya. Datuk Johari mula menghargai bekas tangan Hilmi ditaman bunganya dan mula memuji hasil kerjanya. Kesemua tanaman yang ditanam oleh Hilmi amat subur dantumbuh dengan cantiknya. Selain Datuk Johari, hasil kerja Hilmi juga mendapat pujian daripada raka n-rakanDatin Salmah yang sering kali membawa buah tangan seperti pokok -pokok bunga kepada Datin Salmah.Namun begitu, Hilmi tidak pernah mendapat sebarang pujian atau penghargaan daripada Datin Salmah.

  • 2BAB 4 HukumanHilmi terpaksa menbantu Mak Minah me ngemas bahagian dalam rumah kerana Leha pembantu

    Mak Minah telah berhenti kerja dan telah berkahwin. Hal i ni bermakna tugas Hilmi bertambah sekali ganda.Namun begitu, Hilmi menerimanya dengan hati yang terbuka. Oleh itu , peluang Hilmi untuk menghampiripiano Hayati juga telah bertambah. Keinginan hilmi untuk bermain alat muzik tersebut tidak lagi dapatdibendung lagi. Hilmi mencuba memetik piano mengikut rentak muzik yang cukup dihafalnya setiap kaliHayati memainkan melodinya. Dia merasa begitu asyik dan terpegun dengan dentingan aluman piano sehinggadia tidak menyedari kedatangan Mak Minah di ruang tamu.

    Perbuatannya mengganggu piano kepunyaan Hayati ditegah keras oleh Mak Minah yangkebetulan masuk ke ruang tamu. Mak Minah memberi kan amaran kepada Hilmi bahawa perbuatannya hanyaakan mengundang kemarahan Datin Salmah dan Hayati. Hilmi terus memohon maaf dan tidak menyedaribahawa perbuatanya merupakan suatu kesalahan. Apabila Hayati pulang dan telah menyedari bahawa pianonyatelah diusik kerana perubahan nada pada suatu kekunci telah disedari olehnya.

    Hilmi terus dipersalah oleh Datin Salmah. Datin Salmah bukan sahaja memarahi perbuatanHilmi malah menghina keturunannya. Hilmi diherdik dan dimalukan didepan saudara -mara Datin Salmah.Hilmi menyangka tentulah Mak Minah yang mengadu tentang hal ini kepada Datin Salmah. Sebagai hukuman,Hilmi dilarang menyentuh piano serta gajinya dipotong bagi membaiki kerosakan piano tersebut. Hilmi amatkesal dengan perbuatanya dan tidak menyangka perbuatanya akan mend atangkan masalah besar kepadanya.

    Beberapa hari kemudian Datuk Johari dan sekeluarga akan bercuti ke Eropah. Mak Minahdiberi cuti dan pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan. Hilmi di pertanggungjawabkan untuk menjaga danmengurus rumah Datuk Johari sendiri. Pada masa itu Datin Salmah telah banyak memberikan amaran daningatan agar Hilmi tidak merosakkan barang-barang kepunyaan keluarganya. Hilmi pula berasa kehilanganHayati yang sememangnya ada dalam hatinya. Hilmi sempat bermonolog dengan bunga -bunganya tentangorang yang mampu menggantikan Hayati sepanjang ketiadaannya.

    BAB 5 Penunggu Hilmi ditugaskan menjaga rumah sepanjang sebulan semasa ketiadaan Datuk Johari dan

    sekeluarganya. Sebagai seorang yang bertanggungjawab Hilmi melakukan tu gas hariannya tanpa pengawasan.Dia mempunyai jadual harian yang ketat bagi memastikan tugas -tugas yang diamanahkan berjalan lancar.Walaupun penat Hilmi tetap melaksanakan tugasnya dengan sempurna tanpa melupakan solat.

    Kesunyian sepanjang keseorangan di ubati dengan kehadiran Mamat, pemandu Dr Nathan.Mamat merupakan satu-satunya rakan Hilmi. Mamat berwatak periang dan peramah. Dia baru sahajaberkahwin dengan Esah, tukang masak Dr Nathan. Sekali -sekala Mamat mengajak Hilmi berjalan -jalan denganmenaiki kereta tuannya dan kerap bertukar fikiran dan pendapat.

    Walaupun pernah dimarahi dan dipotong gaji, Hilmi masih lagi cenderung untuk bermain alatmuzik tersebut. Mamat menyedari minat Hilim terhadap muzik dan memperkenalkannya kepada Encik Bakar,seorang guru muzik dan bermain muzik dalam sebuah quartet. Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi denganbaik dan menganggapnya mempunyai bakat muzik yang luar biasa. Buktinya, Hilmi mampu bermain alatmuzik walaupun tidak pernah belajar secara formal. Hilmi mula b erasa seronok dengan pelajaran muziknya.Kesungguhan Hilmi belajar menyebabkan Encik Bakar sering memujinya dan tid ak mengenakan sebarangbayaran.

    Bab 6 MuzikHilmi mula menunjukan minatnya yang mendalam terhadap pelajaran muziknya. Dia cuba

    sedaya upaya untuk memahami dan menguasai ilmu baru yang dipelajari olehnya dari Encik Bakar. Pada masayang sama , Hilmi tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai tukang kebun dan penjaga rumah pak ciknya.Hilmi mula melahirkan kebimbanganya kepada Mamat bahawa dia mungkin tidak lagi berpeluang belajarmuzik apabila Datuk Johari dan Datin Salmah pulang dari cuti. Hatinya gusar dan amat tidak menentu.

    Pada suatu hari, Hilmi begitu teringin memetik piano setelah sekian lama dia tidak berbuatbegitu. Kali ini permainannya sudah menjadi baik dan meyakinkan dia begitu asyik mengalunkan melodi yangdipelajarinya daripada Encik Bakar . Dengan tidak disangka-sangka, semasa dia asyik bermain piano pak cik

  • 3dan sekeluarganya pulang secara tiba -tiba. Hilmi amat terkejut. Timbu l perasaan kesal yang teramat sangatdalam dirinya. Datin Salmah tidak sempat memarahi Hilmi kerana dihalang Hayati. Hayati begitu terpegun danterkejut kerana dia tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi boleh bermain piano malah memberi kan pujian dantepukan.

    Semenjak peristiwa itu, Hayati mula menghormati kebolehan Hilmi. Pada malam tersebutHayati ke bilik Hilmi dan menghadiahkan Hilmi sebuah patung bermuzik yang pada asalnya dibeli khas untuktunangnya di Vienna. Hilmi amat terkejut dam amat terharu me nerima pemberian Hayati. Ibu Hayati tidak sukaakan Hayati berbaik dengan budak kampung itu dan mendesak Hayati menelefon Mohsin untuk memaklumkankepulanganya secara tiba-tiba. Akan tetapi, Hayati enggan berbuat demikian . Datin Salmah cuba menyiasattujuan Hayati ke bilik Hilmi dan tidak me nyangka Hilmi akan menerima oleh -oleh istimewa. Dia mula merasacuriga kerana Hayati tiba-tiba mesra dengan Hilmi sejak mereka kembali dari bercuti.

    BAB 7 Oleh-olehMohsin turut merasai perubahan yang berlaku kepada diri Hayati semenjak pulang dari

    melancong. Sikap acuh tak acuh Hayati setiap kali melaya nnya, menyebabkan Mohsin berasa sakit hati.Mohsin melihat masalah ini berpunca daripada Hilmi dan mula menyalahka nnya. Sementara itu, hubunganantara Hayati dan Hilmi semakin intim dan mesra. Hubungan cinta mereka mula berputik dalam hati mereka.Masing-masing dapat merasakan tetapi tidak dapat meluahkanya. Mereka sering kelihatan berdua -duaan ditaman bunga atau di kebun sayur di belakang rumah. Hayati sering berkongs i cerita tentang muzik dan bunga -bungaan sepanjang lawatannya ke barat.

    Datin Salmah semakin curiga melihat hubungan Hilmi dan Hayati yang semakin mesra.Sebaliknya, hubungan Hayati dengan Mohsin menjadi dingin. Hayati keberatan menghubungi Mohsin unt ukmemaklumkan kepulangannya kepada Mohsin. Hayati juga melayan kehadiran Mohsin acuh tak acuh sahajatidak seperti selalunya. Tali leher yang dihadiahkan kepada Mohsin, sebenarnya ba ru sahaja dibelikan di tanahair dan bukan dari Eropah. Hayati tidak lagi mengiringi kepulangan Mohsin seperti dahulu lagi tetapi terusmasuk ke dalam bilik walaupun Mohsin masih belum beredar.

    Semua perubahan yang berlaku terhadap diri Hayati dapat dikesan oleh Datin Salmah. Hayatisemakin mesra dengan Hilmi dan semakin d ingin kepada tunangnya. Akibatnya hal itu telah menimbulkankonflik antara Hayati dan ibunya. Hayati membantah ibunya melarang dia berhubung dengan Hilmi. Merekasering bertengkar kerana Datin Salmah sering menghina dan membeza -bezakan Hilmi berbanding den ganMohsin. Hayati tidak suka ibunya membanding -bandingkan Hilmi dengan Mohsin. Datin Salmah mengugutbahawa akan memberitahu bapanya sekiranya Hayati masih meneruskan hubungan mesranya dengan Hilmi.

    Mak Minah dipangil semula berkerja secara mengejut dari kampungnya. Pada sangkaannyakehadiran polis di rumahnya secara mendadak ada kaitan dengan anaknya yang menjadi anggota tentera. Rupa -rupanya ada pesan daripada majikanya. Hayati turut memberikan jam tangan Sw iss kepada Mak Minah keranaMak Minahlah yang paling mengambil berat tentang Hayati. Mak Mina h amat terharu kerana Hayati tida kpernah lupa membawa pulang oleh -oleh setiap kali pergi melancong ke luar negara.

    BAB 8 SengketaHilmi masih terus belajar muzik daripada Encik Bakar. Azizah anak perem puan tunggal Encik

    Bakar memberikan layan baik kepada Hilmi dan mengajarnya piano. Dia tidak memaklumkan bahawa ayahnyatiada di rumah pada hari itu. Apabila Azizah mengetahui Hilmi hanya seorang tukang kebun, layan mesraAzizah tiba-tiba berubah. Azizah lantas memaklumkan kepada ayah dan ibunya yang pulang lewat keranamelawat mak ciknya yang baru melahirkan anak. Hilmi agak kesal dan bergegas pulang kerana sudah agaklewat.

    Azizah masih memandang rendah diri Hilmi kerana pekerjaan nya. Selama ini dia menyangkaHilmi mempunyai jawatan yang baik kerana layanan yang baik olah ba panya. Encik Bakar berasa kesalterhadap hinaan oleh anaknya kepada Hilmi kerana pekerjaa nnya dan tidak membuat pandangan dari sudutlain. Sebelum berjaya sebagai seorang pemain muzik , bapanya juga seorang yang susah tetapi kuat berusaha.Atas alasan itulah Encik Bakar ingin membantu Hilmi mendalami bidang muzik.

  • 4 Hilmi tiba lewat ke rumahnya. Dati Salmah menegur dan memarahi Hilmi kerana keluar tanpakebenarannya dan pulang pada wakt u lewat. Sebagai hukuman Hilmi tidak diberi makan malam pada malamtersebut. Namun begitu, belas kasihan Hayati mendorongnya melanggar larangan ibunya m alahan Hayatisendiri yang menghantar nas i kepada Hilmi. Hilmi kemudian b erasa kasih sayang Hayati menjalar dalamhatinya.

    Pada malam tersebut Hilmi, berbincang dengan Mamat untuk mencari jalan kelu ar untukberpindah keluar rumah pak ciknya kerana berasa terhina terhadap sindiran dan layanan buruk oleh DatinSalmah.

    BAB 9 PertemuanRancangan Hilmi keluar dari rumah pak ciknya berjaya dengan bantuan Mamat. Surat tulisan

    tangan Mamat, memberikan alasan bahawa bapanya sedang sakit. Kono nnya dia akan balik menziarahibapanya. Bagi Datin Salmah inilah peluang keemasa nnya bagi menghalau Hilmi daripada rumah ini tanpasebarang prasangka dan konflik. Kehilangan Hilmi turut akan menyelamatkan hubungan Hayati denganMohsin, sebaliknya memutuskan hubungan terus Hilmi dengan anak kesayangan nya.

    Namun begitu, ketiadaan Hilmi menimbulkan masalah besar. Banyak bunga kesayangan DatinSalmah telah mati dan layu tanpa penjagaan rapi. Datuk Johari dan Datin Salmah masalah yang menimpamereka berpunca daripada ketiadaan Hilmi walaupun pada masa yang sama mengakui sumbangan Hilmiselama ini.

    Sejak ketiadaan Hilmi, Hayati sentiasa dalam kemurungan dan selalu mengasingkan diri. Diamula hilang minat terhadap kelas pianonya. Dia mendakwa kehilangan Hilmi merupakan rancangan ibunyatetapi berjaya diyakinkan oleh ibunya akan punca sebenar. Hubungan Hayati dengan Mohsin semakinrenggang. Namun begitu, Mohsin menyangkakan Hayati merajuk kerana meninggalkanya agak lama keEngland. Datin Salmah dapat mengesan perubahan ketara pada diri anaknya. Bagi mengatasi kemelutantersebut, dia mencadangkan agar perkahwinan Mohsin dan Hayati d ipercepat sebelum Mohsin kembalibertugas semula ke England, tetapi mendapat bantahan keras daripada Hayati.

    Sementara itu, Hilmi membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung. Sebaik sahaja diTanjung Malim, dia mengambil keputusan berpatah balik dan me ncari pekerjaan di Kuala Lumpur. Diaakhirnya memdapat pekerjaan sebagai attenden pam minyak di sebuah stesen petrol SHELL di Jalan Setapak.Mohsin terserempak dengan Hilmi semasa mengisi minyak keretanya. Dia meminta majikan Hilmi supayamemberhentikan kerjanya. Namun begitu, ugutanya tidak berjaya kerana Ah Kong lebih rela kehilanganseorang pelanggan daripada seorang pekerja yang baik seperti Hilmi. Hilmi mengambil keputusan menerus kanpelajaran muziknya semula dengan Encik Bakar selepas menerima kata -kata perangsang oleh Pak Amat.

    Encik Bakar menerima kehadiran semula Hilmi setelah hilang agak lama dengan penuhkegembiraan.Sejak itu Hilmi tidak menoleh ke belakang lagi. Dia belajar muzik dengan bersungguh -sungguh.Dalam tempoh yang singkat Hilmi beru paya bermain trompet, seksofon dan instrumen lain.

    BAB 10 BebasKehilangan Hilmi benar-benar mengubah kehidupan peribadi Hayati. Dia ser ing bersendirian

    tanpa mempedulikan nasihat dan kata-kata ibunya. Datin Salmah mula menaruh prasangka dan menyalahkanHilmi atas perkara yang telah berlaku. Datuk Johari sebaliknya meminta isterinya menilai diri sendiri sebelummenyalahkan Hilmi semata-mata, kerana selama ini mereka jarang meluangkan masa mendengar masalah anakmeraka.

    Perubahan yang berlaku kepada Haya ti ialah dia sudah meninggalkan cara hidup bebas danmula tertarik dengan buku-buku agama dan telah mengerjakan solat. Datin Salmah amat terkejut denganperubahan tersebut. Dia dan suaminya telah lama jauh daripada agama kerana kono nnya mahu menyesuaikandiri dengan kehidupan moden. Rumah mereka turut dilengkapi dengan kemudahan mini bar yang jelasbertentangan dan menyalahi agama Islam sebenar.

    Kepulangan singkat Mohsin ke tanah air akhirny a menyaksikan majlis perkahwinan denganHayati menjadi kenyataan. Datuk Johari dan Datin Salmah bingung kerana Hayati langsung tidak membantahrancangan tersebut. Berita tersebut cepat tersebar melalui akhbar. Hilmi yang mengetahui berita itu amat

  • 5kecewa dan amat terkejut. Seminggu lamanya Hilmi mengurung diri. Hari kel apan Hilmi telah berjayamengubati luka hatinya. Dia mula bersemangat semula dan mengarang beberapa lagu bagi men ggambarkanperasaanya. Gubahan lagu pertamanya dinamakan intermeso.

    BAB 11 Intermeso Hilmi berhenti berkerja di stesen pam petrol bagi membolehkannya menumpukan perhatian

    bermain muzik di quartet Encik Bakar di Hotel Titiwangsa. Kehilangan amat dirasai oleh Ah Kong, majikanyakerana sikap rajin, jujur dan bersungguh -sungguh dengan kerja yang di lakukanya. Dia juga di senangi rakan -rakan sekerja yang lain kerana mudah bertolak ansur dan suka membantu. Percubaan pertamanya bermaindalam quardret Encik Bakar walaupun pada mulanya diragui, tetapi akhirnya mendapat pujian daripada ahli -ahli quardret dan juga daripada para penonton.

    Persembahan gesekan biola Hilmi secara solo telah mendapat liputan sebuah akhbar bahasaInggeris. Berita tersebut amat mengejutkan Datuk Johari kerana rakan -rakannya akan mengetahui tukangkebunnya sudah menjadi ahli muzik berbakat. Berita itu juga disembunyika n oleh isterinya daripada Hayati.Dia cukup bimbang Hayati akan membacanya. Akan tetapi , Hayati mengetahuinya melalui sepupunya, diatidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila terbaca berita kejayaan Hilmi. Dia sama sekalitidak menyangka Hilmi masih berada di Kuala Lumpur.

    Encik Bakar tersentak apabila menerima surat amaran daripada Setiausaha PersatuanPemain-Pemain Muzik Nasional agar memberhentikan Hilmi dan menjawab surat tunjuk sebab dia tidak bolehdipecat daripada persatuan tersebut. Keputusan akhirnya memihak kepada Encik Bakar setelah persatuanmenimbangkan sumbangan jasa besar Encik Bakar dan bakat besar Hilmi. Hilmi juga diterima semula sebagaiahli persatuan yang sah dan bermulalah kariernya sebagai seorang ahli muzik yang ba kal mengubah kehidupanbarunya.

    Bab 12 KrisisHilmi berasa bersalah kepada Encik Bakar kerana dialah Encik Bakar menghadapi saat -saat

    genting dalam kerjayanya sebagai ahli muzik. Dia berkira -kira apa akan berlaku sekiranya Persatuan Pemain -pemain Muzik Nasional memecat keahlian Encik bakar hatinya betul -betul gusar dan tidak tentu hala. Hilmimenunggu kepulangan Encik Bakar denga n penuh debaran. Ibu Azizah men enteramkan hati Hilmi daripadaterlalu menyalahkan diri sendiri.

    Hilmi meninggalkan rumah Enc ik Bakar secara mendadak setelah terbaca berita tentang Hayatimelalui akhbar yang dibawa oleh Azizah. Hilmi terlupa sebentar masalah yang meru nsingkannya. Hayati yangakan bertolak ke London pada malam itu dengan suaminya dan menyambung pelajarannya dalam bidangmuzik di Conservatory of Music. Hilmi ingi n sekali bertemu dengan Hayati b uat kali terakhir tetapi dia tidakberani kerana bimbang akan tindakan Datin Salmah terhadapnya.

    Tidak disangka-sangka oleh Hilmi, Mamat kawan bai knya sedang berusaha membantumenemukan Hayati dengannya. Hayati mendapat kebenaran suaminya untuk berjumpa dengan Hilmi.Pertemuan tersebut berjalan dalam suasana yang cukup memilukan. Mereka berdua mencurahkan perasaancinta masing-masing yang telah lama terpendam. Namun begitu, mereka tidak bisa mengubah mengubah takdirwalaupun hati mereka hancur. Hayati berharap Hilmi akan terus menghubunginya memberitahu perkembangankerjayanya.

    Hilmi kini sudah bergelar pemain muzik profesional. Pada malam itu, Hilmi telah memberikanpersembahan yang luar biasa dan penuh dengan keyakinan serta betul -betul menyentuh perasaan. Dia amatterharu dengan pengorbanan Mamat dan isterinya yang berusaha keras menemukan dengan Hayati walupunterpaksa menempuh kesukaran. Malam itu juga, Hilmi berjaya me ngubah sebuah lagu bertajuk Perpisahan.Encik Bakar memuji lagu gubahan tersebut yang dianggapnya sangat baik. Namun begitu Encik Bakar tidakbersetuju lagu itu dinyanyi oleh anaknya, Azizah. Hilmi terkejut dengan kenyataan Encik Bakar yangbertentangan dengan jiwa seorang pejuang muzik.

    Keinginan Hilmi menubuhkan kumpulan kugiran dipersetujui oleh Encik Bakar walaupun diasendiri tidak menyukai muzik serupa itu. Hilmi berharap muzik sedemikian dapat melupakan keru nsinganmemikirkan kegagalan hubungannya dengan Hayati. Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Azizah dan

  • 6diberi nama Kugiran Dahlia. Namun begitu, era kegemilangan mereka cepat menurun. Hilmi kembali aktifsemula dalam persembahan orkestra.

    Azizah sering mendampingi Hilmi tetapi dia memye dari Hilmi sering berpura-pura gembirasetiap kali bersamanya.Sebenarnya, Hilmi masih tidak dapat melupai Hayati. Akhirnya setelah setahun lebihbersama, Hilmi dan Azizah berkahwin. Rumah tangga mereka mulai goyah setelah anak mereka berusiasetahun. Timbul konflik yang semakin susah diselesaikan.

    Bab 13 PerpecahanHasil kerja kuat Hilmi yang tidak mengerti kekecewaan telah melonja kkan namanya sebagai

    pemain muzik yang cukup berjaya. Kekosongan jiwanya kerana kegagalan rumah tangganya membuatkan diakerap kali bersendirian dan mengubah lagu yang cukup mengesankan. Ramai penyanyi te rkenal tanah airmenunggu-nunggu gubahan lagunya yang pasti akan melonja kkan nama dan jualan album mereka.

    Hilmi berjaya menjuarai pertandingan Orkestra RTM tiga kali bertur ut-turut. Rezekinya jugasemakin murah. Dia mengadakan pertunjukan mengelilingi Malaysia. Semasa berjaya di puncak kejayaan,Encik Bakar, guru dan juga pendorong kuatnya te lah meninggal. Walaupun berada di puncak kejayaan Hilmimasih merendah diri dan bersedia menerima teguran.

    Hilmi diberi peluang mengadakan pertunjukan perdana. Kejayaannya telah sampai kepengetahuan Datuk Johari dan Datin Salmah. Datin Salmah mula menghargai Hilmi dan tidak malumemberitahu rakannya bahawa Hilmi ialah saudaranya. Datuk Johari pula menyesal kerana Hilmi berjayadengan usaha sendirinya tanpa bantuan daripada pak ciknya. Dia cuba membanding dan merendahkanpencapaian Hayati, anak kandungnya yang berpendidikan formal dalam bidang muzik.

    BAB 14 SenimanMalam itu bakal menyaksikan Hilmi menerima penghomatan besar. Persembahannya itu

    dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Dan Pe rmaisuri Agong, Perdana Menteri, dan orang-orang kenamaan.Dewan Tunku Canselor penuh sesak sehingga ke luar dewan walaupun tiket telah habis dijual.

    Kelewatan Hilmi tiba telah menyebabkan kegemparan khususnya kepada Ketua Pengarah RTM.Dia berusaha untuk mengesan kelewatan Hilmi dan menjemputnya di rumah. Sesuatu yang mengejutkanberlaku kerana Hilmi tidak dapat membuat persembahan pada malam itu. Hilmi telah jatuh sakit dan terlantardi wad kecemasan. Pengarah dalam kebuntuan dan hanya mampu berdoa kerana tiada orang yang dapatdihubungi bagi menggantikan Hilmi. Hayati pulang ke tanah air semata -mata untuk menyaksikanpersembahan Hilmi yang bernama Hi lmi Potpouri. Secara kebetulan Hayati mengetahui tra gedi yangmenimpa Hilmi dan bersedia men ggantikan tempat Hilmi. Pada mulanya Ketua Pengarah tidak yakin dengankemampuan Hayati tetapi setelah diyakini oleh Hayati dia memperjudikan persembahan tersebut dalam tanganHayati. Persembahan tersebut cukup berjaya oleh sebab dia pernah menghayati kesemua gubahan Hilmi.

    Banyak konflik dan rahsia lama terlerai satu-persatu. Sebaik sahaja selesai persembahan, Hayatidan Ketua Pengarah RTM segera bergegas ke Hosp ital Besar untuk melihat keadaan Hilmi. Di hospital AbangKarim, iaitu abang sepupu Datuk Johari telah membongkarkan suatu rahsia yang telah lama tersimpan.Sebenarnya, Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Karim mengahwini bekas isteri Datuk Johari keran a inginmenyelamatkan maruah keluarga serta demi mengelakkan konflik keluarga yang lebih besar. Datuk Joharidan Datin Salmah terkejut amat. Rasa kekesalan mereka tidak berkesudahan apabila mengenang cara layananyang buruk olehnya kepada Hilmi semasa bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya semula. Azizah jugatidak dapat mengawal perasaan lalu menyalahkan dirinya atas semua yang berlaku. Hayati juga terkejut danbersyukur kerana hal ini hubungannya dengan Mohsin kembali jernih.

    Ternyata penyakit yang dialaminya menyebabkan Hilmi tidak lagi dapat bertahan. Hilmimeninggal sebaik sahaja keluarganya meni nggalkan hospital. Datuk Johari terlalu terkejut dengan menerimaberita kematian Hilmi. Datin Salmah dan Hayati masing -masing tidak dapat mengawal perasa an. Kematianseorang seniman yang sungguh memeranjatkan itu turut dirasai oleh rakyat seluruh negara.