Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

9
Sinopsis Umum Novel Darah Titik di Semantan : Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua. Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger. Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford. Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

description

@@

Transcript of Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

Page 1: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

Sinopsis Umum Novel Darah Titik di Semantan: 

Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman  merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.

Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger.  Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.

          Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain  itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil.

Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame

Page 2: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

bangsa sendiri.  Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir  Batu Hampar semula.

Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.

Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.

Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak  ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.

Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawanLubuk Terua semula.

Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung.  Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk

Page 3: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.

TEMA:

Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

Contoh:Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.

Page 4: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

PERSOALAN:

Kerjasama dalam menghadapi penjajah.

Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.

Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.

Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.

Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.

Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.

Kesetiaan kepada negara. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.

Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan.

Kepentingan mendengar arahan ketua.

Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.

Page 5: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN:

Watak Perwatakan ContohZahid watak utama

dalam novel ini.

seorang yang pandai menentang musuh.

Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.

seorang yang patuh kepada ajaran agama.

Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

seorang yang berani.

Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.

seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.

Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.

seorang yang mementingkan semangat setia kawan.

Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Datuk Bahaman orang kaya

Semantan mempunyai 2

anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad

pembesar negeri.

seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.

Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.

seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.

Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan

seorang yang Datuk Bahaman telah kembali ke

Page 6: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

berani. Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.

seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.

Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

seorang yang berpegang pada janji.

Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati.

Samad Rakan kepada

Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.

Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.

seorang yang berani.

Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.

seorang yang pandai menyimpan rahsia.

Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.

seorang yang bijaksana mengatur strategi.

Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.

seorang yang mempunyai semangat kerjasama

Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.

Mat Lela Umurnya

hendak

seorang yang berfikiran terbuka

Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal

Page 7: Sinopsis Umum Novel Darah Titik Di Semantan

meningkat ke 30 tahun.

Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad

Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan

fikiran.

seorang yang berterus-terang.

Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.

Lajis guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya. Baru berkahwin dengan Kak Minah. Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan

Inggeris di Kuala Semantan. seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat

dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.

seorang yang taat pada perintah agama.