SINTAKSIS

download SINTAKSIS

of 10

description

sintaksis

Transcript of SINTAKSIS

  • Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

    SINTAKSIS Oleh:Noor Azni bin Yahya PPT

  • Takrif KlausaKlausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat

  • BINAAN KLAUSA

  • Contoh klausa adalah seperti yang berikut:Dia/ tidak datangPakaiannya/ basahMereka/ berehat

    SUBJEKPREDIKATDiaDatangPakaiannyaBasahMerekaBerehat

  • SUBJEK Merupakan perkara utama dalam ayat.PREDIKAT Menjadi penerang kepada subjek atau sebagai keterangan dalam binaan ayat.

  • SUBJEK Bahagian ayat yang letaknya di hadapan predikat dalam pola ayat biasa.Bahagian subjek biasanya diisi oleh Frasa Nama (FN)

    PREDIKATBahagian ayat yang letaknya selepas subjek dalam pola ayat biasaBahagian predikat diisi oleh sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FSN)

  • Jika klausa tersebut diujarkan dengan intonansi yang sempurna, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap:Dia tidak datangPakaiannya basahMereka berehat

  • Klausa terbahagi dua jenis:Klausa bebasKlausa tak bebasKlausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap.Klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.

  • Lihat contoh yang berikut:Dia tidak datang jika tidak mendapat keizinanPakaiannya basah kerana hujan lebatMereka berehat apabila tiba masanyaAyah-ayat terdiri daripada dua klausa iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.

    Klausa bebasKlausa tidak bebasDia tidak datangJika tidak mendapat keizinanPakaiannya basahKerana hujan lebatMereka berehatApabila tiba masanya

  • Klausa bebas itu boleh berdiri sendiri dan dalam keadaan sedemikian klausa ini dinamakan klausa utama.Klausa yang didahului dengan kata hubung jika, kerana dan apabila itu pula dinamakan klausa tidak bebas kerana maknanya tidak lengkap jika tidak disertai oleh klausa utama.Dalam kata lain, klausa tidak bebas ialah klausa yang dipancangkan kepada klausa utama dalam satu binaan ayat yang sempurna.