Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

34
Siri 1(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia Muhammad Nuruddin Bashah BA (hons) Engineering UM Pendahuluan Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini (2008), masih banyak kedengaran negara-negara yang terjebak dengan peperangan dalaman, perang saudara atau yang lebih terkenal digelar perang puak pemisah atau gerakan separatism. Secara umumnya ia kelihatan seperti suatu tindakan yang penuh keganaasan, melampau, agresif serta dilihat sebagai puak penderhaka. Dalam aspek yang lain gerakan separatism ini juga merupakan suatu gerakan kemerdekaan. Ada tanah tertentu yang diagih-agih secara tidak adil oleh penjajah lama mereka. Ada yang dijajah secara terhormat seperti Patani dan pelbagai lagi tujuan gerakan kemerdekaan ini. Separatism merujuk kepada tindakan pemisahan akibat tuntutan budaya, etnik[1] asal, agama di mana kelompok tertentu ingin memisahkan diri daripada tanah besar (negara yang induk) dan memiliki autonomi atau kuasa penuh politik bagi membina negara yang baru serta berdaulat. Tindakan ini bergantung kepada situasi tempatan sama ada bertujuan untuk kemerdekaan, ingin memiliki kembali hak asasi yang terancam

description

[Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]For more information, please visit http://munawwarah.blogdrive.com

Transcript of Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Page 1: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Siri 1(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia)Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia

Muhammad Nuruddin Bashah

BA (hons) Engineering UM

 

Pendahuluan

 

Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini (2008), masih

banyak kedengaran negara-negara yang terjebak dengan peperangan

dalaman, perang saudara atau yang lebih terkenal digelar perang puak

pemisah atau gerakan separatism. Secara umumnya ia kelihatan

seperti suatu tindakan yang penuh keganaasan, melampau, agresif

serta dilihat sebagai puak penderhaka. Dalam aspek yang lain gerakan

separatism ini juga merupakan suatu gerakan kemerdekaan. Ada

tanah tertentu yang diagih-agih secara tidak adil oleh penjajah lama

mereka. Ada yang dijajah secara terhormat seperti Patani dan pelbagai

lagi tujuan gerakan kemerdekaan ini.

 

Separatism merujuk kepada tindakan pemisahan akibat tuntutan

budaya, etnik[1] asal, agama di mana kelompok tertentu ingin

memisahkan diri daripada tanah besar (negara yang induk) dan

memiliki autonomi atau kuasa penuh politik bagi membina negara

yang baru serta berdaulat. Tindakan ini bergantung kepada situasi

tempatan sama ada bertujuan untuk kemerdekaan, ingin memiliki

kembali hak asasi yang terancam serta ingin memiliki kuasa penentu,

inginkan wilayah lama kembali atau menyahkan pengkolonialan yang

sedia ada[2].

 

Tulisan ini cuba mempamerkan beberapa gerakan pemisah secara

umum dan adil untuk diteliti dan hipotesis awalnya adalah; semua

bangsa yang tertindas tanpa mengira agama akan bertindak sebagai

Page 2: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

kaum pemisah yang mungkin menggunakan kekerasan dan

peperangan awam.

 

Hari ini dunia Islam dicalit dengan tomahan dan panggilan sebagai

pengganas. Media tajaan barat yang anti Islam pula telah

memanipulasikan banyak gerakan pemisah (baca dengan

kemerdekaan) yang ingin menubuhkan wilayah/negara Islam sebagai

punca berlakunya keganasan. Media tidak pula memaparkan

kekejaman tentera kerajaan yang menentang gerakan pemisah

tersebut, malah kematian rakyat awam banyak disebabkan sikap

tentera kerajaan yang menggunakan senjata berbahaya dan berjarak

jauh ketika menentang gerakan ini.

 

Terlalu kerap kaum muslim dikaitkan dengan gerakan penderhaka,

pemisah dan sebagainya melalui pemesongan fakta dan kronologi

sebenar. Gerakan separatis Quebec di Kanada, Gerakan separatis

Tamil Elam (Macan Tamil) di Srilangka, Gerakan Bouganville Revoy

Army di Papua New Guinea, Gerakan Moro Islamic Liberation Front di

Filipina, Irish Republican Army (IRA) di Irlandia Utara, The Pattani

United Liberation Organisation (PULO), Barisan Revolusi Nasional

(BRN), Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) di Thailand dan

sebagainya adalah sederetan contoh gerakan pembebasan[3].

Kesemuanya menggunakan senjata dan hakikatnya itu sahajalah jalan

yang sesuai dengan tuntutan mereka kerana mereka juga dilayan

dengan senjata.

 

Pada asalnya gerakan pemisah (kemerdekaan) di wilayah Islam masih

diselubungi idea dan fahaman sekular atau berlandaskan patriotisme

bukan Islam tetapi kemudiannya mengubah dasar dan perjuangan.

Dengan kegagalan pergerakan sekular, pergerakan berlandaskan Islam

telah mendapat perhatian, sokongan dan tempat bersatu golongan

Page 3: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

minoriti Islam yang tertindas. Dengan tercetusnya Revolusi Iran pada

1979, politik Islam menjadi pilihan dan ini telah melahirkan golongan

pejuang yang lebih ber-imejkan Islam pada 1980an. Di Filipina, MNLF

telah bertukar menjadi MILF (Moro Islamic Liberation Front), di

Palestine PLO telah diselubungi oleh Hamas dan Hizbollah, di Thailand

PULO, BRN dan BNPP telah ditenggelamkan oleh Barisan Bersatu

Mujahidin Patani (BBMP) (sekitar tahun 1985)[4]

 

Bahagian A: Gerakan Pemisah Islam

 

1.      Gerakan Pemisah Islam Aceh

 

Akhir abad ke 18, ketika Inggeris dan Belanda berebut Selat Malaka,

Aceh bergolak. Atjeh Oorlog (Perang Aceh 1873-1913) yang

memerangi Kesultanan Aceh menjadi perang terpanjang Belanda, yang

rasminya tidak berkesudahan kerana Aceh menggabung ke dalam

perjuangan RI[5].

 

Aceh diiktiraf sebagai kuasa merdeka oleh Belanda dan Inggeris

semasa Perang Napoleon melalui perjanjian 1824[6]. Oleh sebab itulah

mereka hairan mengapa Indonesia terlalu ghairah inginkan wilayah

Aceh. Belanda mula mungkir janji apabila dalam Konferen Meja Bulat

1949 menyatakan bahawa Aceh adalah sebahagian daripada negara

baru sekular iaitu Indonesia.

 

Ketika  Republik Indonesia masih baru dan lemah, Aceh kembali

bergolak di bawah pengaruh Tengku Daud Beureueh iaitu pemimpin

Pemberontakan Darul Islam[7].  Sukarno telah berkolaborasi dengan

Gerakan Darul Islam semasa penubuhan Indonesia dahulu dan ini

menghentikan seketika perjuangan bersenjata Aceh yang menyokong

Gerakan Darul Islam[8].

Page 4: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

 

Gerakan Aceh Merdeka, atau GAM adalah sebuah organisasi (yang

dianggap pemisah) yang bertujuan agar daerah Aceh atau yang

sekarang secara rasmi disebut Nanggroe Aceh Darussalam bebas dari

Negara Kesatuan Republik Indonesia. Konflik antara kedua pihak telah

berlangsung sejak tahun 1976 dan menyebabkan kehilangan hampir

15,000 jiwa.

 

GAM dipimpin oleh Hasan di Tiro[9]. Pada 17 Julai 2005, setelah

perundingan selama 25 hari, pasukan perunding Indonesia berhasil

mencapai kesepakatan damai dengan GAM di Vantaa, Helsinki,

Finland. Penandatanganan nota kesepakatan damai dilangsungkan

pada 15 Ogos 2005. Proses perdamaian selanjutnya dipantau oleh

sebuah pasukan yang bernama Aceh Monitoring Mission (AMM) yang

dianggotai oleh lima negara ASEAN dan beberapa negara yang

tergabung dalam EU. Di antara isi pentingnya adalah  pemerintah

Indonesia akan turut membantu pembentukan parti politik tempatan di

Aceh dan pengampunan bagi anggota GAM.

 

Seluruh senjata GAM yang mencapai 840 pucuk habis diserahkan

kepada AMM pada 19 Disember 2005. Pada 27 Disember pula, GAM

melalui jurucakap tenteranya, Sofyan Daud, menyatakan bahawa

sayap tentera mereka telah dibubarkan secara rasmi. Bagaimana

dengan masa depan perjuangan Aceh yang ingin berdaulat serta

merdeka? Ada yang berpendapat peristiwa Tsunami adalah kemuncak

kepada berhentinya perjuangan pemisahan ini apabila GAM sendiri

menjadi mangsa dalam bencana alam ini. Adakah ia benar?

 

Kita tahu bahawa rakyat Aceh telah lama terluka. Luka ini tidak boleh

disembuhkan hanya melalui bantuan kemanusiaan yang dihulurkan

oleh Jakarta dan masyarakat antarabangsa kerana apa yang diinginkan

Page 5: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

oleh Aceh ialah kedamaian, kedaulatan dan kebebasan yang

berkekalan. Konflik politik yang hangat berlangsung sebenarnya lebih

parah dan pedih jika hendak dibandingkan dengan pukulan tsunami.

Semasa Belanda menjajah tanah Indonesia, Aceh sahaja yang kekal

merdeka, malah Tengku Daud Beureuh yang menjadi pemimpin Aceh

dahulu pernah ditipu oleh Sukarno hingga Aceh terpaksa bergabung

dengan Republik Indonesia[10].

 

2.      Gerakan pemisah Islam di Patani

 

Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam

kerajaan Thailand. Bangkok sering menegaskan bahawa wilayah-

wilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala,

Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana

Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan

Siam tidak akan diserahkan walau barang seinci pun kepada puak-

puak pemisah atau pengganas. Wujudkah puak pemisah di sana atau

mereka sebenarnya adalah pejuang kebebasan?[11]

Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand

sekarang, bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah.

Sejarah mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika

zaman kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi. Sesetengah ahli

sejarah berpendapat Patani sudah berada di bawah naungan kerajaan

Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng. Namun, ramai

sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14,

kerajaan Sukhotai mula melalui zaman kemunduran dan diganti oleh

kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Hikayat Patani meriwayatkan

bahawa Sultan Mudzafar Shah, pemerintah Patani mempunyai

hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara

Thailand. Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai

Page 6: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun

Ayuthia.

Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam

dan membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam.

Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri

utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan. Namun,

penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan

bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam.

                                                                                                          

Perjanjian Bangkok 1909 telah menyebabkan negeri utara tanah

Melayu diserahkan kepada British manakala Patani diambil secara

rasmi oleh Siam. Tindakan Siam yang  dilihat memihak kepada Jepun

dalam  Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan  British. Pelik sekali

apabila menjelang Perang dunia Kedua,  Patani dan Negeri Utara

dipegang pula oleh Siam walaupun menerima pemerintahan Jepun.

Patani dan Negeri Utara telah lama dijadikan alat politik dan gula-gula

penjajah.

Golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak

berzaman lagi. Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam

di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand

yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi. Pondok-pondok di Patani

terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk

mencari ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa Tuan-

Tuan Guru yang berijazah pondok[12] ini memimpin gerakan rakyat

dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada

dicemari idealisme kuffar.

 

Dengan tercetusnya Revousi Iran pada 1979, pergerakan penentangan

Patani juga telah mengalami perubahan dengan menjadi lebih condong

Page 7: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

kepada perjuangan berteraskan Islam. Pergerakan yang lebih sekular

seperti BRN(Barisan Revolusi Nasional)  dan PULO (Patani United

Liberation Organisation)  menjadi tidak kurang signifikan (pejabat BRN

and PULO di Arab Saudi hampir tidak beroperasi menjelang

pertengahan 1980an). Pergerakan lain seperti BNPP (Barisan Nasional

Pembebasan Patani)  menjadi lebih rapat dengan pergerakan global

Islam. Pada 1979, BNPP telah meningkatkan program latihan

ketenteraan dan bergerak secara gerila menentang pasukan

keselamatan Thai. Pada 1985, golongan yang lebih radikal dan militan

dari BNPP, yang diketuai oleh timbalan pengerusinya Wahyuddin

Muhammad, telah berpecah dari organisasi induk BNPP untuk

membentuk Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP). Kemudian pada

1986, BNPP telah diubah nama kepada Barisan Islam Pembebasan

Patani (BIPP) untuk menyokong komitmen yang lebih kepada

pergerakan Islam.

 

Pergerakan di Selatan Thai sememangnya seiringan dengan 'trend' di

Dunia Islam sejagat pada akhir abad ke-20. Di serata dunia, kumpulan

minoriti Islam telah mula bangkit menuntut hak persamaan dan hak

kerakyatan, dan jika tuntutan ini tidak diendahkan, mereka akan mula

bangkit menentang. Peristiwa terakhir yang terburuk adalah pada

2004 iaitu pembunuhan beramai-ramai di Thak Bai.

 

3.      Gerakan Pemisah Islam di Moro

 

The Moro National Liberation Front (MNLF),  iaitu gerakan pembebasan

terbesar dalam organisasi bersenjata Moro yang kemudiannya

bertukar nama kepada Moro Islamic Liberation Front telah lama

bersungguh memperjuangkan penubuhan semula wilayah muslim yang

berdaulat di selatan Filipina[13]. MNLF hanya mengisytiharkan

perjanjian damai pada sekitar tahun 1996 sahaja selepas berdekad

Page 8: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

lamanya berjuang. Pemisahan ini semestinya berasaskan pemisahan

agama dan bangsa asal Mindanao. Islam telah hadir di selatan Filipina

sekitar abad ke-13 lagi manakala Kristian Sepanyol hanya datang

menjajah pada era 1500an sahaja.  Kesultanan Sulu Filipina juga

memiliki jajahan Islamnya di kepulauan Borneo serta pernah

mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Islam Brunei.

Tekanan ekonomi dan budaya daripada penguasa Kristian di Manila

menyebabkan rakyat mula melancarkan gerakan pemisahan malah

Filipina memiliki gerakan gerila yang lebih ekstrim iaitu Gerakan Abu

Sayyaf.

 

Hari ini sekali lagi pihak pemerintah Filipina menipu rakyat. Mahkamah

agung Filipina menangguh perjanjian penyerahan kuasa autonomi

kepada penduduk Islam menyebabkan MILF kembali melancarkan

mortar ke arah pihak tentera[14].

 

 

[1] Sesuatu yang berkaitan bangsa, ras, agama dan kebudayaan manusia (lihat : http://www.thefreedictionary.com/ethnic). Bagi pendapat penganalisa sosialis, usaha pihak separatis yang inginkan kemerdekaan atas hujah sejarah dan hak asal adalah suatu perjuangan yang tidak berguna. Mereka hanya memandang penstrukturan semula ras dan komuniti berasaskan nilai ekonomi dan usaha mandiri sendiri kaum tertentu  untuk terus releven di sesuatu tempat.[2] daripada Wikipedia, the free encyclopedia  (Redirected from Separatist movement)[3] SEBAB-SEBAB MUNCULNYA KONFLIK SEPARATIS        DI THAILAND SELATAN Oleh: Adi Saputra1 Dr. Syahrial Syarbaini, MA2 Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Budi Luhur [4] Sejarah Patani yang tidak tercatat,  Farish A. Noor dalam http://www.geocities.com/ummahonline/kolum/farish/040512farish-patani.htm[5] Semasa Kesultanan Aceh dahulu ia pernah menjadi suatu kuasa tentera yang menjadi ancaman kepada Belanda dan Portugis.

Page 9: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Diplomasi antarabangsanya terserlah apabila pernah menghantar beberapa deligasi ke Turki untuk mengadap sultan Turki Uthmaniyyah. Malah, Sultan Turki pernah menghadiahinya dengan meriam buatan Turki. Rakyat Aceh tidak pernah menganggap mereka berada dalam mana-mana Negara bangsa seperti Indonesia.[6] Lee Kam Hing, "Aceh at the Time of the 1824 Treaty", dalam  Reid (ed), Verandah of Violence, mukasurat .74[7] Nazaruddin Sjamsuddin, The Republican Revolt: A Study of the Acehnese Rebellion, (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1985), mukasurat.6-9[8] Sukarno berjanji akan member wilayah autonomi kepada Aceh tetapi dimungkirinya.[9] Hasan di Tiro adalah bekas penyokong Gerakan darul Islam menentang Sukarno. Namun apabila menubuhkan GAM, ia lebih kepada perjuangan kebangsaan nasionalisme Aceh sahaja.[10] Aqil Fithri, Aceh sudah lama menangis dalam web Ummah.Online[11] http://taimiyyah.blogspot.com/2004_10_01_archive.html[12] Ulama'-ulama' pondok seperti Sheikh Ahmad Al Fatani, Sheikh Abdul Samad Al Falimbani (dari Palembang) pernah beberapa kali melancarkan perang jihad terhadap penjajah Siam yang zalim. Ini menolak tohmahan pihak tertentu yang menyatakan ulama' pondok tidak pernah berusaha berjuang menentang penjajah.[13] Mark Turner, "Terrorism and Secession in the Southern Philippines: The Rise of the Abu Sayyaf," Contemporary Southeast Asia, Vol. 17, No. 1 1995[14] Sepatutnya perjanjian bersejarah itu dilakukan di Malaysia pada 5 Ogos 2008 tetapi secara mendadak ditangguhkan oleh Mahkamah Agung. Lihat Utusan Malaysia 5 Ogos 2008.Posted at 06:36 pm by Pendita BitaraKomen membina   Permalink

Siri 2(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) 

1.      Gerakan Pemisah Islam di Uygur[15]

 

Republik Rakyat China telah menegaskan bahawa mereka adalah

negara pelbagai kaum pada 1949. Akan tetapi telah menjadi dasar

utama Komunism, pada 1957  telah wujud akta untuk menentang serta

menghalang penyebaran mana-mana agama iaitu The Communist

Party’s Anti Rightist Policy of 1957. Sekitar era Revolusi Kebudayaan

China (1066-76) melihat di mana kaum Uygur di Xinjiang yang

Page 10: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

majoritinya beragama Islam telah diserang habis-habisan. Masjid

dibakar.

 

Walaupun pada sekitar tahun 1970 hingga kini, dasar China agak

longgar dalam memerangi agama, akan tetapi Xinjiang masih belum

ingin dibebaskan memandangkan ia menjadi jalan untuk

menghubungkan China dengan  Asia Tengah melalui jalan-jalan , jalan

keretapi serta jaringan paip dengan  Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan

Tajikistan[16].

 

The East Turkestan Islamic Movement (ETIM) adalah sebuah gerakan

ala militan-dakwah yang memperjuangkan kemerdekaan negeri-negeri

Islam seperti sebahagian Afghanistan iaitu Xinjiang yang kini berada

dalam wilayah China. Pengasasnya, Hasan Mahsum telah dibunuh oleh

Pakistan pada 2 Oktober 2003.

 

ETIM dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan

China, Kazakhstan, Pakistan dan Amerika Syarikat. Kertas ini tidak

ingin menghuraikan bentuk penindasan dan kezaliman China terhadap

rakyat Uygur. Terlalu banyak dan zalim. Pembaca boleh membuat

kajian sendiri serta hayati perasaan dan keadaan mereka sejak tahun

1949 hingga kini.

 

Lihat sahaja tuduhan melulu pihak polis China yang mengatakan

bahawa pihak militan Gerakan Islam Turkestan Timur akan

melancarkan serangan dalam tempoh 1 hingga 8 Ogos sebelum

pembukaan Sukan Olimpik. Keselamatan dan ketumbukan tentera

diperketatkan di wilayah Xinjiang sepanjang sukan antarabangsa itu

kerana skeptikal dan sindrom ‘takut dengan bayang-bayang sendiri’

terhadap kaum muslim Xinjiang[17].

 

Page 11: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

2.      Gerakan pemisah Myanmar

Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat

seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam.

Bakinya kebanyakan beragama Buddha. Umat Islam tinggal di

kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut.

Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi

simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam

melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam memun-

cak dengan penubuhan kerajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini

telah bertahan selama 350 tahun, sehinggalah penganut Buddha

menamatkannya dengan menakluki Arakan[18].

Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada

tahun 1783, penganut Buddha Burma telah memulakan polisi

menindas dan malah secara fizikal cuba menghapuskan umat Islam.

Negara ini kemudiannya dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke-

19.

Kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh penganut Budda semakin

rancak pada abad ke-20 dengan pembunuhan beramai-ramai di

Arakan pada tahun 1942 yang mengakibatkan kematian kira-kira

100,000 umat Islam.

Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 apabila berakhirnya

pemerintahan British. Tetapi Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat

kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah

menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat

Islam. "Program Parti Sosialis Burma" telah menggunakan segala

macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.

Page 12: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang

serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat

hiburan ataupun kuil Buddha. Mengerjakan haji, berkorban di bulan

Haji, solat berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah

diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan,

sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu.

Rejim militari di Myanmar memulakan perang besar-besaran ke atas

umat Islam, terutama ke atas masjid-masjid, para imam dan orang-

orang soleh. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha

di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan

untuk memberi “latihan profesional,” dan kemudian dirogol. Sesiapa

yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli

pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah

ditukar menjadi stesen polis, dan mereka yang kehilangan rumah

berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan.

Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994[19].

Gerakan Militer Rohingya tidak dapat dielakkan kerana umat Islam

tertekan dengan tekanan ketenteraan Junta Tentera Myanmar. Adakah

mereka pengganas?

3.      Gerakan pemisah Islam Kurdish[20]

 

Orang Kurdi adalah satu kelompok etnis yang menganggap diri mereka

penduduk asli suatu daerah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan,

suatu wilayah yang meliputi sebagian Iran, Iraq, Syria, dan Turki[21].

Komuniti Kurdi juga boleh ditemui di Lebanon, Armenia, Azerbaijan

(Kalbajar dan Lachin, sebelah barat Nagorno Karabakh) dan, pada

beberapa tempoh terkini  beberapa negara-negara Eropah serta

Amerika Syarikat. Secara etnik, kaum ini memiliki hubungan dengan

Page 13: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

suku bangsa Iran. Mereka menggunakan bahasa Kurdi, suatu bahasa

Indo-Eropah dari cabang bahasa Iran.

 

Sepanjang sejarah, bangsa Kurdi selalu memperjuangkan

kemerdekaannya, dan untuk itu mereka telah berperang melawan

Sumeria,Assyria,Parsi, Mongolia, Tentera Salib Eropah, serta Turki.

Dengan jumlah perkiraan 30 juta orang, kaum Kurdis merupakan salah

satu kelompok etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negara-

bangsa sendiri. Pada abad ke-20, Turki, Iran, dan Irak telah

memadamkan pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh

kaum Kurdi.

Sama sahaja nasib kaum ini dengan bangsa Palestin yang diperkotak

katik hingga hilang tanah air.

Usaha bangsa Kurdi untuk menjadi bangsa yang merdeka semakin

sukar memandangkan geopolitiknya berada di tengah kawasan mewah

minyak. Hal ini menyebabkan negara umat Islam yang lain juga

menetang pembebasan tanah mereka.

Dilihat sejarahnya, kemerdekaan Kurdi sebenarnya pernah dijanjikan

oleh Presiden AS Woodrow Wilson (1856–1924) melalui Perjanjian

Sevres (The Treaty of Sevres)tahun 1920 antara Kekhalifahan Turki

Uthmaniyah dan sekutu AS untuk membagi-bahagikan wilayah bekas

kekuasaan Turki. Hanya saja,terbentuknya negara baru Turki[22] di

bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk yang meliputi sebagian besar

wilayah Kurdistan telah terhapus harapan itu.

Sejak itu,konflik antara suku Kurdi dan Turki terus berkembang. Pasca

kemerdekaan Iraq tahun 1932, bangsa Kurdi semakin terpencil dan

terpecah-pecah. Mereka yang mendiami daerah-daerah  sempadan ini

selalu menjadi korban pertikaian antara Iraq, Iran, dan Turki. Lantaran

Page 14: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

kecewa dengan semakin tertutupnya peluang menuju kemerdekaan,

maka wujudlah  kelompok-kelompok militan Kurdi yang kerap

melancarkan tindakan agresif.

Terpecahnya mereka dalam tiga wilayah negara yang berbeza juga

telah membuat suku ini semakin terpisah. Bahkan, negara-negara

tempat suku Kurdi berada sering dipaksa  untuk mengasimilasikan

budaya mereka dengan kaum-kaim negara ‘tuan mereka’ iaitu Iran,

Iraq dan Turki  hingga pemusnahan bangsa terbesar di dunia Arab ini.

Di Iran, suku Kurdi walaupun berasal dari rumpun bangsa Parsi,

mereka tetap dipinggirkan. Ini kerana mereka adalah para penganut

Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berbeza dengan agama majoriti negara

Iran. Setelah bertahun- tahun lamanya melakukan penindasan kepada

kelompok Kurdi, Iran akhirnya dapat melemahkan kekuatan Kurdi.

Pada akhir 1920-an, misalnya, Iran berhasil membunuh pemimpin

Republik Mahabad Kurdistan, Qazi Muhammad dan Ismail Agha Simko.

Di bawah pemerintahan Ayatullah Khomeini, militer Iran juga berhasil

melakukan pembunuhan dua pimpinan karismatik Kurdistan[23], Abdul

Rahman Gasemblou (1989) dan Sadeq Sharafandi (1992). Nasib

bangsa Kurdi di Turki juga tidak lebih baik. Majoriti suku Kurdi memang

tinggal di bahagian tenggara Turki dan lebih setengahnya hidup di ibu

kota Ankara.

Sebagai keturunan bangsa Parsi, suku Kurdi menjadi salah satu

hambatan gerakan nasionalisme dan sekularisme Turki. Meskipun

mereka berhasil mendirikan Negara Darurat Kurdistan di wilayah Turki

pada 1922–1924 dan Republik Mahabad Kurdistan tahun 1946,

keduanya dapat dihancurkan oleh tentera Turki. Malah sejak 1924

Turki melarang penggunaan bahasa Kurdi di tempat umum.

Page 15: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Operasi militer besar-besaran terus dilakukan untuk menumpaskan

gerakan prokemerdekaan yang mengakibatkan ribuan jiwa kehilangan

nyawa. Kekuatan terbesar Kurdi di Turki diwakili oleh Parti Pekerja

Kurdistan (PKK). Pada 1991, ketua PKK Abdullah Ocalan, ditangkap

oleh pemerintah Turki dan dijatuhi hukuman mati.Tekanan Turki

ternyata mampu melemahkan tuntutan kemerdekaan yang memaksa

PKK mengubah orientasinya pada perjuangan autonomi daerah khusus

Kurdistan.

Operasi-operasi militer pun kemudian kerap dilakukan untuk

menghapus kekuatan PKK. Apatahlagi  wilayah perbatasan Turki-Iraq 

memiliki potensi sumber alam yang melimpah (minyak, gas, air bersih,

dan sumber mineral). Maka, membiarkan rakyat Kurdi memerdekakan

diri tentulah sesuatu yang mustahil (Middle East Policy,2004).

 

4.      Perjuangan kemerdekaan Bosnia dari Yoguslavia.

 

Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Bermula

zaman Uthman Affan lagi, Islam telah mula menguatkan Angkatan /

Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam.

Kesemuanya melingkari benua Eropah[24].

 

Tahun 1543M, kota Constantinopole, pusat pentadbiran Byzentium

Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke

tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam

tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece,

Bulgaria, Austria, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482).

 

Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan

kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun

Page 16: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

memimpin, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti

terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-

Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi

untuk membentuk sebuah negara Islam berbanding umat Islam di

negara-negara lain dalam Eropah.

 

Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia

(Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun

(1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama

dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin

campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat.

Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara,

ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia.

 

Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisme pada

1991 di Soviet Union menyebabkan Yugoslavia di ambang perpecahan.

Semua negara di dalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan

kemerdekaan. Serbia (bekas ibu negara Yoguslavia)  yang

menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras.

Croatia (Kristian Khatolik) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB

menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan

antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina

mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat. PBB tidak

pula  menempatkan Tentera Pengaman!!

 

Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia.

Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah

sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan

kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang

terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta Bosnia),

lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta menjadi pelarian.

Page 17: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Di akhir tahun 1994, ramai Mujahidin terutamanya orang-orang Arab

masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam

mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan

adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahidin yang berpengalaman

dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuhkan Soviet Union

pada tahun 1991.

 

Di tangan Mujahidin, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan

pelarian Serbia semakin meningkat. Bilangan pelarian Serbia

mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia

dikalahkan (oleh Mujahidin), tetapi juga Jerman, Perancis, Itali dan lain-

lain.

 

Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang

bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian

Damai Dayton. Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan

dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95) didokong Kuasa-

kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton),

England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan

dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2

juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat

Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan).

Yang memaksa Milosevic ke meja perundingan adalah kejayaan 500

orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995).

 

Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta

Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara

Bosnia dari bumi negara Bosnia[25], terutama warga Arab di kalangan

para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad

Islam yang sedang berputik di sana.

 

Page 18: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam Bosnia oleh pasukan

Serbia dalam Perang Balkan yang berlangsung pada tahun 1992-1995

dikatakan sebagai kejahatan perang terburuk di Eropah setelah Perang

Dunia II. Lebih 200,000 Muslim Bosnia menjadi korban kekejaman

pasukan Serbia selama perang berlangsung, dan sekitar 20,000

muslimah menjadi korban perkosaan yang dilakukan secara sistematik

oleh pasukan Serbia. Salah satu tragedi yang menyayat hati adalah

perisiwa pembunuhan 8,000 lelaki dan remaja Muslim di

Srebrenica[26].

 

Pemerintah Serbia yang dipimpin Radovan Karadzic menggalakkan

tentera Serbia dan membiarkan pembunuhan demi pembunuhan

sehingga 8.000 lelaki Muslim Bosnia menjadi korban dalam

pembunuhan beramai-ramai itu.

 

Pasukan Serbia juga cuba menghapus jejak pembunuhannya dengan

menggali kembali kuburan warga Muslim, dan jenazah korban

dipisahkan dalam kubur-kubur yang lebih kecil.

 

Setelah perang berakhir, peristiwa pembantaian warga Muslim ini

mulai mendapat perhatian dunia antarabangsa. Para keluarga korban

menuntut agar para penjenayah itu diseret ke Mahkamah

Antarabangsa. Setelah melalui perbahasan panjang, PBB akhirnya

menetapkan peristiwa Srebrenica sebagai peristiwa

pembersihan etnik atau genocide dan para pelakunya diumumkan

sebagai telah melakukan jenayah perang.

 

 

 

Page 19: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

[15] Elizabeth Van Wie Davis, Uyghur Muslim Ethnic Separatism in Xinjiang, China Asia-Pacific Center for Security Studies. January 2008[16] Wilayah Islam ini kaya dengan petroleum dan gas asli. Kaum Han telah ramai datang ke wilayah ini untuk mengaut hasil bumi wilayah Islam tanpa rasa malu selepas beberapa dekad mereka merogol, membakar dan membunuh orang Islam di Xinjiang.[17] Utusan Malaysia 4 Ogos 2008[18] Lihat banyak kes-kes penindasan Islam:  http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam19.php[19] Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kertas kerjanya Senario Umat Dan Cabaran semasa-Perspektif Nasional dan Serantau yang dibentang dalam Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia pada 27-28 Oktober 2007 di Kelantan.[20] http://opinibebas.epajak.org/opini/kurdi-bangsa-besar-yang-termarginalkan-666/[21] Asalnya mereka dipisahkan oleh Safavis di Iran dengan kuasa Uthmaniyyah di Turki pada abad ke-16.[22] Negara bangsa (nation state) menurut perkiraan barat di mana wilayah Negara bangsa tidak akan berubah lagi kerana ditetapkan oleh barat. Hal ini menyukarkan lagi orang Kurdis untuk merdeka.[23] Kurdistan yang dimaksudkan adalah Negara Kurdis Iraq yang berjaya mendapat sedikit kuasa autonomi, manakala Kurdis di Iran dan Turki masih terpenjara. Parti Pekerja Kurdistan, Parti Demokratik Turkistan ada;ah antara Parti yang menjaga bangsa Kurdis di Iran, Iraq dan Turki. [24] http://satuumat.blogspot.com/search/label/Info%20BOSNIA[25] Inilah tujuan sebenar Perjanjian Dayton.[26] Wilayah ini terpisah dari wilayah Bosnia yang lain (rujuk peta Bosnia). Lantaran itulah pembunuhan di sini tidak dapat dibantu oleh Sarajevo. Posted at 06:24 pm by Pendita BitaraKomen membina   Permalink

Siri 3(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) 

Bahagian B: Bagaimana dengan gerakan pemisah bukan Islam?

Adakah gerakan pemisah bukan Islam juga berjuang demi agama?

Mereka juga berjuang untuk tanah air mereka. Namun begitu ada juga

tindakan mereka yang melampau tetapi tidak dihebahkan oleh media

dunia. Di sini cuba diperlihatkan sekilas berkenaan beberapa gerakan

pemisah bukan Islam, faktor-faktor serta implikasinya.

Page 20: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

 

1.      Gerakan pemisah Ireland

 

Ketika Ireland (Selatan) merdeka dari Great Britain pada tahun 1920,

penduduk Ireland  Utara yang sebahagian besar beragama

Kristian Protestan dan masih setia terhadap Kerajaan Great Britain

memilih untuk kekal  menjadi sebahagian negara itu. Mereka (Ireland

Utara) digelar golongan Kesatuan (union) sedangkan orang dari Ireland

Selatan disebut golongan  Nasionalis. Tetapi permasalahan tidak

berhenti di sini tetapi berterusan, kerana orang-orang yang beragama

Kristian Katolik di Ireland  Utara merasa didiskriminasi oleh Kerajaan

Britain. Rusuhan yang dinamai "The Troubles" mula terjadi  dari tahun

1969.

Liberal Unionists mula  ragu dengan kekuasaan dominasi golongan

Protestant.The Irish Republican Army (IRA)  telah muncul dalam bentuk

gerila pemisah di mana bertujuan menjaga segmen Katholik dalam

populasi utara daripada sebarang tindakan yang membahayakan

kelangsungan golongan Khatolik daripada dominasi Protestant.

Tentera British mula memasuki Ireland Utara sekitar tahun 1970an

tetapi mereka dianggap oleh IRA (Khatolic) sebagai ‘orang luar’.

Parlimen dan Perlembagaan Ireland Utara telah digantung pada March

1972 oleh Perdana Menteri Britain Edward Heath.

Paling buruk adalah pada 1972 apabila 467 rakyat terkorban dan

purata 275 mati dari tahun 1971 hingga 1976. Hingga 1990an, hampir

3100 mangsa telah terkorban.

Page 21: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

2.      Gerakan Pemisah Georgia

Gerakan ini lebih kepada perjuangan memerdekakan tanahair. Perang

Ossetia Selatan 2008 tercetus pada 7 Ogos 2008, melibatkan negara

Georgia, Persekutuan Rusia dan republik-republik Ossetia Selatan dan

Abkhazia yang ingin berpisah dari wilayah Georgia. Perang tercetus

setelah perjanjian gencatan senjata antara Georgia dan Ossetia

Selatan tidak dapat bertahan (kedua-dua pihak saling menyalahkan

satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata), lalu Georgia

menceroboh Ossetia Selatan dengan bala tentera yang besar yang

meranapkan kota Tskhinvali. Seorang pegawai kanan Kementerian

Pertahanan Georgia berkata negaranya hendak "memulihkan perintah

berperlembagaan" terhadap kawasan Ossetia Selatan. Kerajaan

Georgia berkata tenteranya telah dikerah untuk menamatkan bedilan

puak pemisah Ossetia Selatan terhadap orang awam Georgia.

Rusia bertindak balas pada hari kemudian dengan mengerahkan tenteranya ke Ossetia Selatan, agar mengusir tentera Georgia dari Tskhinvali sambil meneruskan pengeboman sasaran dan prasarana tentera Georgia. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Georgia sedang "menghapuskan rakyat sendiri" sementara Presiden Dmitry Medvedev menyatakan bahawa tujuan negaranya adalah "untuk memaksa pihak Georgia agar beraman", serta beliau "wajar melindungi nyawa dan maruah warga Rusia di mana jua mereka berada," iaitu menyentuh pasukan pengaman Rusia  dan mungkin juga kira-kira 90% penduduk awam di Ossetia Selatan yang memegang pasport Rusia. Konflik ini masih berlarutan.

3.      Gerakan Pemisah Timur Laste

 

Sejarah Timor Timur berawal dengan kedatangan orang Australoid dan

Melanesia. Orang dari Portugal mulai berdagang dengan pulau Timor

pada awal abad ke-16 dan menjajahnya pada pertengahan abad itu

juga. Setelah terjadi beberapa peperangan dengan Belanda, dibuat

perjanjian pada 1859 di mana Portugal memberikan bahagian barat

pulau itu. Jepun menguasai Timor Timur dari 1942 sampai 1945,

Page 22: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

namun setelah mereka kalah dalam Perang Dunia II, Portugal kembali

menguasainya.

 

Pada tahun 1975, ketika terjadi Revolusi Bunga di Portugal dan

Gabenor terakhir Portugal di Timor Leste, Lemos Pires, tidak

mendapatkan jawapan dari Pemerintah Pusat di Portugal untuk

mengirimkan bala bantuan ke Timor Leste yang sedang terjadi perang

saudara.

 

Setelah itu  FRETILIN  (parti Komunis)  menurunkan bendera Portugal

dan mendeklarasikan Timor Leste sebagai Republik Demokratik Timor

Leste pada tanggal 28 November 1975. Menurut suatu laporan rasmi

dari PBB, selama berkuasa selama 3 bulan ketika terjadi kevakuman

pemerintahan di Timor Leste antara bulan September, Oktober dan

November, Fretilin melakukan pembantaian terhadap sekitar 60.000

penduduk awam (sebahagian besarnya pendukung fahaman  integrasi

dengan Indonesia). Berdasarkan itulah, kelompok pro-integrasi

kemudian mendeklarasikan integrasi dengan Indonesia pada 30

November 1975 dan kemudian meminta dukungan Indonesia untuk

mengambil alih Timor Leste dari kekuasaan FRETILIN yang berhaluan

Komunis.

 

Pertikaian antara puak komunis, puak yang pro-Indonesia serta puak

yang menyokong Kemerdekaan awal Timor Laste terus berlaku dan

semakin buruk.

 

Pada 30 Ogos 1999, dalam sebuah referendum yang diadakan PBB,

sebahagian besar rakyat Timor Timur memilih merdeka dari Indonesia.

Dalam selang masa referendum sampai kedatangan pasukan

perdamaian PBB pada akhir September 1999, kaum anti-kemerdekaan

yang konon didukung Indonesia mengadakan pembunuhan balasan

Page 23: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

besar-besaran, di mana sekitar 1.400 jiwa terkorban dan 300.000

dipaksa merempat ke Timor barat. Pada 20 Mei 2002, Timor Timur

diakui secara internasional sebagai negara merdeka.

 

4.      Gerakan Tamil Eelam

 

Tamil Eelam adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan tamil di

Sri Langka yang ingin membina sebuah negeri impian di Utara dan

Timur Sri Langka. Nama lama bagi Sri Langka adalah Eelam. Liberation

Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sekarang menguasai sebahagian tanah

yang digelar mereka sebagai Tamil Eelam. Antara daerah yang

dipegang mereka (bukan kerajaan) adalah Kilinochchi, Mullaitivu dan

Vavuniya.

British telah menguasai seluruh Pulau Sri Langka dalam tahun 1815

dengan perwakilan daripada Eropah, Sinhalese, Tamil Sri Langka dan

golongan Burgher. Golongan Tamil mula bersifat cummunal

(perkauman) dan hanya inginkan golongan tamil sebagai ketua seluruh

kawasan tersebut. Maka bermulalah suatu puak pemisah yang ekstrim.

Namun begitu perlu kita ketahui juga, etnik terbesar di Sri Langka

adalah Singhala (Sinhalese).

Isu kumpulan pemisah Harimau Tamil telah mendatangkan kepayahan

dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawasan-kawasan

yang terjejas di bahagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil

masyarakat Sinhalese turut mengangkat senjata bagi menentang umat

Islam, menyerang perniagaan orang Islam, masjid-masjid dan juga

kehidupan peribadi umat Islam[27].

 

5.      Gerakan pemisah Ambon

 

Page 24: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

Masyarakat Kristian di Ambon tiba-tiba mengamuk pada sekitar tahun

1998 membunuh orang-orang kampung serta membakar kampung

serta masjid-masjid. Ambon adalah sebahagian daripada Kepulauan

Maluku yang pada suatu ketika adalah sebuah kerajaan Islam. Asal

perkataan Maluku adalah ‘Muluk’ yang bermaksud kerajaan. Wilayah

Maluku adalah meliputi Banda Naira, Ternate, Tidore dan Ambon.

 

Bangsa Eropah yang pertama sekali datang ke Maluku adalah Portugis

(1511). Selain membolot  kekayaan alamnya, mereka juga

memperkenalkan agama Kristian. Pada tahun 1605 Belanda yang

menganut Kristen Protestan pula datang  merebut kekuasaan Portugis

dan mengusirnya[28].

Ketika terjadi perang reformasi di Eropah, orang Belanda yang 

bermazhab Protestan memerangi dan membasmi orang-orang Portugis

yang Khatolik. Kerana itu, sehingga tahun 1950 agama Kristian

Protestan menjadi begitu dominan di Ambon.

Namun,  sekali lagi harus dicatat, bahawa Islam jauh lebih dahulu

berkembang di Ambon. Islam mulai masuk  ke daerah ini sejak abad ke

7 (sekitar tahun 600an Masihi) . Sedangkan Khatolik abad ke 16

(1500an Masihi) manakala Protestan abad 17 (1600an Masihi). Jadi

yang meletakkan budaya kehidupan Maluku sebenarnya adalah Islam.

 

Masyarakat Kristian inginkan autonomi mereka di wilayah ini walaupun

asal kekuasaan adalah daripada kesultanan Islam. Adakah mereka

digelar pengganas?

 

Penutup: Pentingnya Analisis Sejarah[29]

Page 25: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

 

Dasarnya, gerakan pemisah berlaku apabila sesuatu komuniti, etnik

dan penganut agama tertentu menerima tamparan, hambatan sosial

melampau serta diskriminasi tertentu. Malah ia berlaku berasaskan

nilai sejarah. Pembentukan Negara Bangsa pasca perang dunia kedua

juga banyak membawa kepada penerusan perjuangan ini kerana

penetapan wilayah peta dunia yang banyak merugikan sesuatu etnik

yang mungkin menjadi mangsa percaturan kuasa-kuasa besar. Umat

Islam perlu tahu apa itu PBB, bagaimana ia terbentuk dan tujuan

utama ia berlaku.

 

Imam Hassan Al Banna banyak meninggalkan kerangka kerja untuk

kita bersumberkan ilmu sejarah dan geo politik yang tajam iaitu

perlunya kita menganalisa sejarah, mengetahui aspek kelemahan

umat Islam serta langkah penyelesaian yang bermula dengan langkah

anjakan paradigma dan perspektif.

 

Kita juga akan adil dan saksama dalam menilai isu gerakan pemisah

(separatism movement) serata dunia yang semestinya ada hak mereka

di situ. Tulisan ini cuba untuk memberi fakta yang seimbang mengapa

sesuatu perjuangan pemisah itu berlaku penafian gelaran ‘terrorist’

diberikan kepada pejuang kemerdekaan wilayah Islam hari ini.

 

Menurut Prof. Mohamad Abu Bakar, gerakan keselamatan dan

ketenteraan dunia hari ini menggunakan tema yang sama iaitu

gerakan menentang pengganas di mana kita melihat perjuangan ini

mencirikan perjuangan pasca perang dingin. Jika dahulu dielektik

komunis-kapitalis lebih menjadi tema perjuangan, kini tema pengganas

menjadi justifikasi dan matlamat semua pihak akibat dorongan

Amerika Syarikat. Isu keganasan antarabangsa juga  dijadikan hujah,

modal, dan rasional untuk menambat golongan lain dalam skema

Page 26: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

memperkasakan pemahaman atau ideologi pihak pemerintah negara-

negara tertentu yang berkiblatkan barat[30].

 

Sebagai penutup mari kita perhatikan kata- kata Imam Hassan Al

Banna dalam bukunya, "Jika anda mengkaji kembali sejarah

kebangkitan berbagai bangsa, samaada Barat atau Timur, dahulu atau

sekarang, anda akan menjumpai kenyataan bahawa para pelopor

kebangkitan dapat menuai kejayaan karena memiliki manhaj tertentu

yang menjadi acuan dalam kerja mereka. Ulang kajilah sejarah

berbagai organisasi dan bangsa, anda akan mengetahui dengan jelas

bahawa apa yang saya katakan ini merupakan kunci kejayaan dalam

setiap kebangkitan. Jika anda layangkan ingatan pada sejarah

kelompok-kelompok yang menamakan dirinya Islam dan pada masa-

masa yang telah berlalu, lalu anda membuat perbandingan antara

tegaknya Daulah Abbasiyah di Timur dan kebangkitan negara-negara

moden di Eropah; mulai dari Perancis, Rusia, serta Turki, samaada

pada tahap pertama, iaitu masa penyatuan kelompok- kelompok kecil

dan masa pendirian pemerintahan, atau tahap masa kini, iaitu masa

pembentukan dasar-dasar negara dan penyebaran pandangan, niscaya

anda akan melihat bahawa semua itu tunduk pada manhaj yang telah

jelas langkah-langkahnya untuk menuju sebuah hasil yang telah

diperhitungkan yang menjadi orientasi kerja umat. " (Risalah "Hal

Nahnu Qaumun 'Amaliyun")

 

[27] http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam19.php[28] http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00178.html

Page 27: Siri 1 [Penilaian Umum Gerakan Pemisah Islam]

[29]  Prof. Dr Abdul Hamid Al-Ghazali ,Tiang-tiang Kebangkitan Umat (1)[30] Prof. Mohamad Bakar ,TATA BARU DUNIA DAN TERORISME ANTARABANGSA Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Hubungan Antarabangsa Semasa dibentang dalam Seminar Kempen Menentang Terorisme Anjuran Persatuan Ulama' Malaysia pada 20 April 2002.Posted at 06:17 pm by Pendita Bitara