SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

21
TUTORIAL 11 SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA: PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

Transcript of SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

Page 1: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

TUTORIAL 11SISTEM ATMOSFERA DAN

MANUSIA: PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

Page 2: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklm.

(3)Perubahan unsur-unsur iklim seperti suhu, kelembapan udara, angin, hujan dan lain-lain dalam jangka mass panjang iaitu dalam tempoh 100 tahun ke 10,000 tahun. Pada mass kini konsep perubahan iklim juga dirujuk kepada fenomena pemanasan global, laitu satu fenomena meningkatnya suhu permukaan bumi samada di daratan mahupun lautan yang berlaku di seluruh dunia

Page 3: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (b) Bagaimanakah kesan rumah hijau boleh meningkatkan suhu dunia.

(4)Gas-gas rumah hijau bertindak sebagai selimut tebal (blanket) yang memerangkap bahangan bumi. Gas-gas ini lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi (bahangan terestrial).Kesanya bahangan bumi akan berkitar di dalam ruang atmosfera yang sama yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu. Secara teorinya sekiranya tiada gas-gas rumah hijau di atmosfera, maka suhu di bumi mungkin 33°C lebih sejuk daripada suhu hari ini.

Page 4: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (c) Bagaimanakah fenomena pemanasan global telah meningkatkan aras laut dunia. (4)

Pemanasan global menyebabkan pencairan litupan ais benua dan juga ais pergunungan. Apabila litupan ais mencair, ia akan mamasuki dan membanjiri laut. Kesannya aras laut dunia akan meningkat.Mengikut sainstis, aras laut kini dijangka meningkat 15 cm pada tahun 2050 dan 34 cm pada tahun 2100 jika fenomena pemanasan global berterusan berlaku.

Page 5: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (d) “Peningkatan suhu global telah memperluaskan kawasan gurun di zon tropika kering”. Buktikan pernyataan ini. (4)

Fenomena pemanasan global menyebabkan kekeringan yang berpanjangan. Kadar sejatan melebihi kerpasan (imbangan air negative) berlaku di kawasan zon Tropika Kering.Keadaan yang kering kontang ini memudahkan proses layangan angin berlaku melampaui sempadan gurun. Lama-kelamaan kawasan gurun semakin meluas: Gurun menjadi kering - Kontang tandus - gersangSebagai contoh proses penggurunan di Negeria Utara terus melebar hingga 10 km setiap tahun. Penggurunan yang ketara dialami oleh Gurun Sahel dan Gurun Gobi..

Page 6: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (e) Bagaimanakah fenomena pemanasan global telah memberikan impak negatif kepada kehidupan penduduk Malaysia masa kini. (4)

Pemanasan global menyebabkan pertambahan wabak penyakit seperti denggi dan H1N1 yang mudah tersebar apabila cuaca panas. Selain itu peningkatan kes deman panas, dihidrasi yang disebabkan oleh gelombang haba (heatwave) yang dibawa oleh fenomena pemanasan globalPemanasan global juga boleh menjejaskan bekalan air domestik apabia sumber-sumber air permukaan seperti sungai, paya dan tasik akan kekeringan air yang mengehadkan bekalannya kepada sistem empangan.

Page 7: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (f) Jelaskan pengaruh perubahan iklim ke atas pengeluaran sumber makanan dunia. (4)

Kesan perubahan iklim menjejaskan pengeluaran tanaman makanan dunia khususnya padi dan gandum. Ini membawa kepada krisis bekalan makanan dan menjejaskan kelestarian hidup penduduk.Cuaca panas melampau dan berpanjangan akan menyebabkan perubahan dalam kandungan kelembapan tanah yang seterusnya akan membantutkan tumbesaran tanaman Pengeluaran makanan di negara-negara Afrika, Korea Utara, China dan India terjejas teruk. Ini menambahkan lagi derita penduduk daripada segi kebuluran dan kelaparan.

Page 8: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (g) Mengapakah kerjasama antarabangsa tidak begitu berkesan dalam menangani fenomena pemanasan global pada masa kini. (4)

Kerjasama antarabangsa tidak begitu berkesan dalam konteks pemanasan global pada masa kini kerang sikap negara maju yang tidaK bersunggu-sungguh untuk melaksanakan beberapa protocol seperti Protokol Montreal dan Kyoto. Gas-gas rumah, hijau terus dibebaskan secara besar-besaranKepentingan negara mengatasi kepentingan antarabangsa – Sesebuah negara sedang membangun perlu fikir untuk kepentingan rakyatnya terlebih dahulu demi mengejar kemajuan. Kepentingan globai terpaksa diketepikan. Justeru itu aktiviti ekonomi yang banvak membebaskan gas-gas rumah hijau banyak dibebaskan.

Page 9: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (h) Tunjukkan bentuk kerjasama antarabangsa dalam menangani peningkatan suhu dunia. (6)

Dalam bentuk protokol dan perjanjian seperti Protokol Montreal untuk mengurangkan pengeluaran gas kloroflorokarbon, dan Protokol Kyoto untuk mengurangkar pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah hijau yang lain.Dalam bentuk kerjasama teknikal dan bantuan dana. Misalnya kerjasama untuk memajukan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga solar, hidro, ombak dll.

Page 10: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

1 (i) Bagaimanakah masyarakat antarabangsa boleh memainkan peranan untuk mengurangkan fenomena pemanasan global? (4)

Menjayakan kempen seperti kempen Earth Hour. Earth Hour mengajak penduduk seluruh dunia untuk bergelap dengan memadamkan semua lampu yang menggunakan tenaga elektrik tepat pukul 8.30 malam waktu tempatan. Tujuan utama, Earth Hour ialah bagi menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai perlunya satu tindakan proaktif bagi menangani isu pemanasan global.Mengoptimunkan penggunaan tenaga baru yang sudah ada di pasaran. Antaranya seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar (sistem hibrib suria) tenaga ombak, tenaga dan kincir angin dan biomass bagi tujuan mengelakkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau.

Page 11: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim masa kini?

(10)1. Aktiviti industri/kilang dan stesyen janakuasa.• Banyak membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang

mampu memerangkap bahangan bumi‑yang menyebabkan kesan rumah hijau.

• Di antara gas-gas rumah hijau yang banyak dibebaskan ialah; Karbon dioksida, Metana, Nitrus Oksida

• Disamping aktiviti industri yang banyak membebaskan CFC dan Halons yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Seperti industry pencuci/pelarut, penghawa dingin dan peti sejuk.

Page 12: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim masa kini?

(10)2. Aktiviti pengangkutan/kenderaan• Meliputi sumber kenderaan bermotor yang

merupakan sumber utama pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar.

• Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbun dan hidrokarbon‑hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum.

Page 13: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim masa kini?

(10)3. Aktiviti Domestik.• Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di tapak

pelupusan sampah, di tapak-tapak pertanian yang juga membebaskan gas-gas karbon dioksida dan monoksida.

• Kegiatan pertanian dan penternakan membebaskan gas metana dan nitres oksida yang juga bertindak sebagai gas rumah hijau.

• Penggunaan alat penyemburan – aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFC dan halon menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Page 14: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim masa kini?

(10)4. Aktiviti penyahutanan.• Penebangan hutan yang berleluasa turut menyumbang

kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera.• Pembersihan hutan menyumbang kepada pembebasan

sebanyak 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan pemotongan kira-kira 34 juta ekar hutan setiap tahun. Kemusnahan hutan tropika sahaja telah menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun.

• Lebihan karbon dioksida ini menyebabkan dunia menjadi semakin panas.

Page 15: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim masa kini?

(10)5. Ujian nuklear di kutub/ benua antartika.• Ujian peluru berpandu menyebabkan

kebocoran lapisan ozon.• Bahangan matahari menerobosi lapisan

atmosfera dengan mudah.• Suhu bumi meningkat.

Page 16: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal• Mempercepatkan fenomena "Penggurunan

(Desertification). Pemanasan global mempercepatkan proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angindan seterusnya memudahkan pembesaran saiz gurun.

• Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Cairan ais benua akan membanjid laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak. Kawasan-kawasan pantai yang rendah mudah ditenggelami. Kecairan litupan ais pergunungan tinggi pula akan menambahkan kadar hakisan glacier, fenomena salji runtuh, gelangsaran tanah dll.

Page 17: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal• Menggalakkan Kejadian EI-Nino. Pemanasan global akan

mempercepatkan lagi kenaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik. Kenaikan suhu lautan Pasifik telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Keadaan ini telah melemah, mengubah atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat khususnya di negara-negara Asia Tenggara. Kesannya negara-negara tersebut mengalami cuaca panas, kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

• Menggalakkan kebakaran hutan secara semulajadi sekaligus menyebabkan pula fenomena jerebu. sepertimana yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia.

Page 18: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal• Pada Skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global

akan menyebabkan kejadiaan Pulau Haba Bandar. Dengan terbentuknya lapisan "Selimut Karbon Dioksida" di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap. Kawasan bandar menjadi lebih panas berbanding dengan kawasan luar bandar.

• Gangguan ke atas kitar hidrologi. Ketidakseimbangan air benua, regim wilayah daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam dan proses transpirasi tumbuhan. Ini kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat tidak sepadan dengan bekalan air yang ada. Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mats air dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kekurangan sumber air.

Page 19: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal• Gangguan ke atas sistem ekologi. seperti ke alas

ekosistem hutan, ekosistem tasik, ekosistem muara, ekosistem paya, ekosistem laut dan sebagainya. Yang melibatkan peningkatan suhu dan kekurangan bekalan air. Contohnya mengancam kepelbagaian spesis flora dan fauna, kepupusan hidupan akuatik, terumbu karang dll.

Page 20: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan ke atas alam sekitar manusia.• Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan

cuaca panas seperti memudahkan perebakan penyakit, stroke haba dan juga ketidakselesaan hidup serta gangguan kepada aktiviti social penduduk.

• Gangguan kepada bekalan air penduduk – menjejaskan aktiviti dan keperluan harian dan kualiti kehidupan penduduk. Pemanasan global boleh menyebabkan kemarau yang mengurangkan bekalan air kepada penduduk.

Page 21: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)

2 (a) Bincangkan kesan perubahan iklim ke atas persekitaran fizikal dan manusia. (10)

Kesan ke atas alam sekitar manusia.• Menjejaskan aktiviti pertanian akibat cuaca

panas - kekurangan bekalan air, tanaman cepat coati terutamanya tanaman padi sawah dan sayur sayuran Produktiviti pertanian terjejas, petani mengalami kerugian.

• Resiko kebakaran yang tinggi khususnya di kawasan pertanian dan kawasan hutan. Ancaman ryawa, hartabenda dill. Kebakaran hutan boleh menghasilkan jerebu yang menggangu urusan ekonomi dan sosial harian penduduk