SISTEM BEKALAN ELEKTRIK - ahm80.files. · PDF fileRajah 3.1, adalah contoh proses-proses...
Transcript of SISTEM BEKALAN ELEKTRIK - ahm80.files. · PDF fileRajah 3.1, adalah contoh proses-proses...
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
1
Unit
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
OBJEKTIF AM
Memahami konsep-konsep asas penjanaan, penghantaran dan pengagihan
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Mentakrifkan sistem penjanaan, sistem penghantaran dan sistem pengagihan
Menjelaskan unit kawalan pengguna sistem satu fasa dan tiga fasa
Menyatakan secara ringkas fungsi setiap komponen dalam unit kawalan pengguna
Menerangkan maksud litar kecil akhir ( kuasa dan lampu)
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
2
Tenaga AirTenaga StimTenaga Gas
Tenaga Mekanikal Tenaga Elektrik
3.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM BEKALAN DAN PEMASANGAN
Merupakan proses bagi memenuhi keperluan pengguna secara berperingkat-peringkat dan ia mengandungi tiga(3) peringkat utama iaitu;
a) Sistem Penjanaanb) Sistem Penghantaranc) Sistem Pengagihan
3.1 SISTEM PENJANAAN
Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya.
Rajah 3.1, adalah contoh proses-proses pertukaran tenaga yang berlaku di dalam sesebuah stesen janakuasaelektrik ;
Rajah 3.1 : Gambar Rajah Blok Proses Penghasilan Dge.
INPUT
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
3
3.1.1 Teori Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Di dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet seperti Rajah 3.2 di bawah. Apabila pengalir (abcd) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux magnet) akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka terhasillah daya gerak elektrik (dge).
a
b a c arah 180o 360o
pusingan 90o b 270o d
d
c
Rajah 3.2 : Graf Penghasilan Dge.
3.1.2 Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik
a) Stesen Janakuasa Elektrik Hidro b) Stesen Janakuasa Elektrik Stim c) Stesen Janakuasa Elektrik Gas d) Stesen Janakuasa Elektrik Disele) Stesen Janakuasa Elektrik Nuklearf) Stesen Janakuasa Elektrik Solar
Di Malaysia tenaga elektrik dijanakan oleh ;a) Stesen Janakuasa Elektrik Hidro (*14.5%)b) Stesen Janakuasa Elektrik Stim (*24%)c) Stesen Janakuasa Elektrik Gas (*14.2%)d) Stesen Janakuasa Elektrik Disel (*0.1%)e) Lain-lain (*47.2%)
Kutub
U
SKutub
* sumber TNB tahun
2002.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
4
3.1.3 Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa ;
a). Kurang penjagaanb). Ringkasc). Keluaran tenaga maksimumd). Murahe). Saiz kecilf). Tiada pencemarang). Voltan tinggi
Biasanya (Rajah 3.3) , loji stesen kuasa mengandungi ;
Rajah 3.3 : Carta Alir Proses Di Dalam Loji Janakuasa
Relau Dandang Stim Turbin Suis Gear
TransformerKelengkapanPembantu
Tahukah anda? TNBadalah badan yangbertangungjawab
menguruskan bekalan tenaga elektrik di negara
kita.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
5
Aci
3.1.4 STESEN JANAKUASA HIDRO
Janaelektrik
Pintu empangan
Kawasan air
Saluran masuk
Empangan
Injap pintu air Kipas turbin Saluran keluar
Rajah 3.4 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Hidro
Prinsip kendalian :
a) Air ditakung pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas turbin.
b) Air disalurkan menerusi saluran masuk ke turbin dengan suatu tekanan yang kuat dan deras. Injap air berfungsi untuk mengawal kelajuan air.
c) Tekanan air yang kuat deras ini akan menggerakkan kipas turbin.d) Apabila kipas turbin berputar maka pengalir rotor dalam penjana akan bergerak dan urat
daya akan dipotong, seterusnya daya gerak elektrik (dge) akan terhasil.e) Air yang keluar dari turbin akan disalurkan ke sungai
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
6
3.1.5 STESEN JANAKUASA STIM
Stim tekanan tinggi Lawas
Kipas turbin Aci
Bahan api
Air penyejukPam
Kondenser
Air
Rajah 3.5 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Stim
Prinsip kendalian :
a) Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang.
b) Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi.c) Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin.d) Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar
daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang.
e) Proses berulang.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
7
Bahanapi
3.1.6 SISTEM JANAKUASA GAS
Gas tekanan tinggi
Ruang pembakaran
Turbin Janaelektrik
Pemampat
Aci Aci
Udara masuk Lawas
Rajah 3.6 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Gas
Prinsip kendalian :
a) Udara disedut dan dimampatkan oleh pemampat dari luar dan disalurkan ke ruang pembakaran.
b) Bahan api dimasukkan ke dalam ruang pembakaran dan dibakar bersama aliran udara.c) Hasil daripada pembakaran , gas bertekanan tinggi dihasilkan.d) Gas tersebut disalurkan ke turbin. Sebahagian gas tersebut akan berfungsi untuk
menggerakkan kipas turbin dan sebahagian lagi menggerakkan pemampat.e) Oleh kerana kipas turbin berputar, maka pengalir rotor juga berputar dan seterusnya
menghasilkan dge.f) Gas yang keluar dari turbin disalurkan keluar melalui saluran gas lawas.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
8
AKTIVITI 3A
3.1 Berikan takrifan bagi sistem penjanaan di dalam sistem bekalan .
3.2 Senaraikan lima (5) jenis stesen janakuasa elektrik yang anda ketahui.
3.3 Berikan lima (5) faktor yang diambil kira sebelum sesebuah stesen janakuasa dibina.
3.4 Terangkan secara ringkas teori penghasilan tenaga elektrik.
Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat ulang kaji.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
9
MAKLUM BALAS 3A
3.1 Sistem penjanaan ialah Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya.
3.2 Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik :a. Stesen Janakuasa Elektrik Hidro b. Stesen Janakuasa Elektrik Stimc. Stesen Janakuasa Elektrik Gasd. Stesen Janakuasa Elektrik Disele. Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear
3.3 Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa :a. Kurang penjagaanb. Ringkasc. Keluaran tenaga maksimumd. Murahe. Saiz kecil
3.4 Teori Asas Penghasilan Tenaga ElektrikDi dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet. Apabila pengalir (pemutar) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux magnet) akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka terhasillah daya gerak elektrik (dge).
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
10
3.2 SISTEM PENGHANTARAN
Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Tujuan meninggikan voltan janaan adalah ;
a) Untuk mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak .b) Untuk mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kecil).
3.3 Kaedah sambungan dalam sistem penghantaran
3.3.1 Sistem Jejari
Dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari seperti Rajah 3.7. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
S - Lilitan sekunder P - Lilitan Primer
Rajah 3.7 : Gambar Rajah Blok Sistem Jejari
INPUT
JANAKUASAELEKTRIK
S
P
S
P
S
P
S
P
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
11
3.3.2 Sistem Gelang
Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah 3.8. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
Pengubah Peninggi
Ke Pengubah Penurun
Rajah 3.8 : Gambar Rajah Blok Sistem Gelang
3.3.3 Sistem Bus Ties
Dengan menyambungkan lilitan primer dan sekunder secara gelang Rajah 3.9.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
Pengubah Peninggi
Ke Pengubah Penurun
Rajah 3.9 : Gambar rajah Blok Sistem Bus Ties
JANAKUASAELEKTRIK
SP
SP
SP
SP
SP
SP
JANAKUASAELEKTRIK
SP
SP
SP
SP
SP
SP
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
12
3.3.4 Sistem Rangkaian
Dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan lilitan sekunder secara gelang, Rajah 3.10. Kedua-dua lilitan adalah dari pengubah peninggi.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
Pengubah Peninggi
Ke Pengubah Penurun
Rajah 3.10 : Gambar Rajah Blok Sistem Rangkaian
JANAKUASAELEKTRIK
SP
SP
SP
SP
SP
SP
Banyaknya yang kena ingat, macam mana nak hafal ni?
Unit ini perlu kepada banyak bacaan dan hafalan, gunakan kaedah yang sesuai untuk mengingatinya.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
13
3.3.5 Sistem Grid Nasional
Digunakan untuk menyambungkan janakuasa-janakuasa elektrik yang besar seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.11.
Rajah 3.11 : Gambar Rajah Blok Sistem Grid Nasional
3.5.1 Kebaikan dan Keburukan Sistem Grid
a). Kebaikani. Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain
menghadapi masalah.ii. Perubahan frekuensi sentiasa stabil.iii. Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan.
b). Keburukani. Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak.ii. Memerlukan penjagaan yang rapi.iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui talian-talian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri mekanikal :
i. Kekuatan penyokongii. Lendutan iii. Tegangan
Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesen-stesen yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ;
i. Stesen dieselii. Stesen Tempataniii. Luar bandariv. Stesen Hidro.
JANAKUASAELEKTRIK (A)
JANAKUASAELEKTRIK (C)
JANAKUASAELEKTRIK (B)
JANAKUASAELEKTRIK (D)
P
S
SP S
P
P
S
S
P
S
P
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
14
3.4 SISTEM PENGAGIHAN
Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan.
Sistem Penghantaran
Sistem Pengagihan
Rumah Industri kecil / sekolah Industri berat (240V) (415V) (11kV)
Rajah 3.12 : Gambar Rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan
Berdasarkan Rajah 3.12 di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.
Stesen Janakuasa11kV
11kV / 66kV132kV / 275kV
132kV / 11kV
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
15
AKTIVITI 3B
3.5 Berikan takrifan bagi sistem penghantaran dan sistem pengagihan.
3.6 Nyatakan kaedah sambungan yang terdapat di dalam sistem penghantaran bekalan elektrik.
3.7 Dengan bantuan gambar rajah, berikan definisi bagi kaedah sambungan jejari di dalam sistem penghantaran.
Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat ulang kaji. Semak jawapan anda pada maklum balas di sebelah. Semoga berjaya.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
16
MAKLUM BALAS 3B
3.5(a). Sistem penghantaran merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.
3.5(b). Sistem pengagihan Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan.
3.6 i. Sambungan jejariii. Sambungan gelangiii. Sambungan bus-tiesiv. Sambungan rangkaianv. Sambungan grid nasional
3.7 Sistem Jejari ialah dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
Gambar rajah Blok Sistem Jejari
S – Lilitan sekunder P- Lilitan Primer
JANAKUASAELEKTRIK
S
P
S
P
S
P
S
P
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
17
Penilaian Kendiri
1. Berikan tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan elektrik.
2. Di dalam sistem penghantaran, sistem gelang adalah salah satu daripada kaedah sambungan untuk menghantar tenaga elektrik kepada pencawang voltan tinggi. Berikan definisi bagi sistem gelang dengan bantuan gambar rajah.
3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan prinsip kendalian Stesen Janakuasa Stim.
4. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penghantaran dan pengagihan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna.
Untuk menilai prestasi anda, sila jawab semua soalan di bawah dan
hantar kepada pensyarah anda untuk dinilai...
Jangan cepat give up !!Semoga Berjaya !!!
Kenapalah pensyarah
buat soalan yang very hard.. Ini lah yang menyebabkan aku give up ni.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
18
MAKLUM BALAS KENDIRI
1. Tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan elektrik ialah ;
i. Sistem penjanaanii. Sistem penghantaraniii. Sistem pengagihan
2. Sistem Gelang Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah di bawah sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.
Ke Pengubah Penurun
Pengubah Peninggi
Pengubah Peninggi
Ke Pengubah Penurun
Gambar rajah Blok Sistem Gelang
JANAKUASAELEKTRIK
SP
SP
SP
SP
SP
SP
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
19
2. Rajah di bawah, adalah gambar rajah blok bagi stesen janakuasa stim ;
Stim tekanan tinggi
Lawas
Kipas turbin Aci
Bahan api
Air penyejukPam
Kondenser
Air
Gambar rajah Stesen Janakuasa Stim
Prinsip kendalian :
i. Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang.
ii. Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi.iii. Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin.iv. Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar
daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang.
v. Proses berulang.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
20
4. Rajah di bawah menunjukkan proses penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna.
Sistem Penghantaran
Sistem Pengagihan
Rumah Industri kecil / sekolah Industri berat (240V) (415V) (11kV)
Gambar rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan
Berdasarkan Rajah di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.
Stesen Janakuasa11kV
11kV / 66kV132kV / 275kV
132kV / 11kV
Alhamdulilah, aku berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Yahoo...!!!.