sistem bumi: GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM...

download sistem bumi: GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM …sistembumi.blogspot.com/2014/06/geografi-tingkatan-4-bab...GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM BUMI sistem bumi terdiri daripada

If you can't read please download the document

Transcript of sistem bumi: GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM...

sistem bumi: GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM BUMI

sistem bumi

Sabtu, 28 Jun 2014

GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM BUMI

GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM BUMI

sistem bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrosfera, dan biosfera.atmosfera dibahagikan kepada traposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera dan eksosfera.litosfera terdiri daripada pelbagai jenis batuan, tanih, dan mineral.hidrosfera terdiri daripada kawasan air di permukaan bumi seperti laut, tasik, kolam, sungai, paya, dan air bawah tanah.biosfera terdiri daripada semua benda hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan organisma yang lain di permukaan bumi.struktur dalam bumi terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel, dan teras bumi.kerak bumi merupakan 'kulit luar' bumi yang terdiri daripada sial dan sima.sial merupakan lapisan yang terputus-putus. bahagian ini terbentuk daripada batuan granit dengan ketumpatan 2.7 g/cm^3. sial kaya dengan silika dan aluminium dan membentuk benua.sifat batuan berbeza dari segi kandungan, tekstur, dan struktur kerana terbentuk daripada mineral-mineral yang berbeza.batuan igneus terbentuk apabila magma atau lava menyejuk dan membeku menjadi batuan pejal.batuan igneus terdiri daripada dua jenis iaitu batuan igneus rejahan dan batuan igneus terobosan.batuan igneus rejahan membeku perlahan-lahan dalam kerak bumi. teksturnya kasar kerana berhablur kasar.batuan igneus terobosan membeku dengan cepat di luar kerak bumi. terdapat tekstur yang halus dan tekstur berkaca.batuan enapan terbentuk daripada batuan yang telah terluluhawa serta sisa tumbuh-tumbuhan, dan hidupan.ciri-ciri batuan enapan berlapis dan ada mengandungi fosil.pembentukan batuan enapan melalui 4 cara, iaitu;

mampatan (pada bahan enapan yang terhimpit)penyimenan (pada butiran bahan enapan)perubahan kimia (pada sisa hidupan dan tumbuhan)pembentukan hablur (pada larutan mineral)

batuan enapan dibahagikan kepada 3 jenis;

klastikkimiaorganik

batuan metamorfosis terbentuk apabila batuan igneus atau batuan enapan berubah akibat suhu dan tekanan yang tinggi.ciri batuan metamorfosis terbahagi kepada 2 jenis;

struktur berbutirberjalurtidak berjalur

kepentingan batuan kepada manusia dilihat daripada kegunaan batuan dalam pembinaan, perindustrian, pertanian, perhiasan, dan perlombongan

Dicatat oleh

mohammad noor Bitilis

di7:31 PG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Mengenai Saya

mohammad noor Bitilis

Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

2014

(1)

Jun

(1)GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB 1 : SISTEM BUMI

Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.