SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah...

9
1019 1st International Malaysian Educational Technology Convention SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF BERASASKAN STAIL PEMBELAJARAN BARSH Yon Rafizah Hanim Samsudin, 1 Saidatul Maizura Sahimi, 2 Farah Mohamad Zain, 3 Nabila Akbal Noorul Kamar, 4 Foo Kok Keong, 5 Hanafi Atan, 6 Zuraidah Abdul Rahman, 7 Omar Majid Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan tentang pembangunan dan cadangan penilaian Sistem e- Pembelajaran Beradaptif Berasaskan Stail Pembelajaran Barsh. Pembangunan sistem e- pembelajaran ini melibatkan penggunaan atribut media seperti teks, grafik, audio dan video. Atribut media dan gabungannya bergantung kepada stail pembelajaran seseorang pelajar yang diukur melalui instrumen Stail Pembelajaran Barsh. Pelbagai teori pemprosesan maklumat diketengahkan dan ini termasuklah Teori Pemprosesan Maklumat Gagne, Teori Pengkodan Dual dan Teori Summatif Kiu. Gaya pembelajaran seseorang pelajar juga akan diketengahkan. Cadangan metodologi seperti reka bentuk, pembolehubah, sampel dan instrumen kajian juga dibincangkan. PENGENALAN Sistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. Suatu masa dahulu, pendidikan hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja di mana guru perlu bersemuka dengan pelajar di dalam bilik darjah sahaja. Jika pelajar tidak dapat menghadiri kelas, maka pelajar tersebut akan ketinggalan pelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut. Tetapi kini zaman teknologi semakin canggih, iaitu semenjak Koridor Raya Multimedia diperkenalkan oleh Tun Seri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 1 Ogos 1996, penggunaan internet dan teknologi maklumat semakin berkembang pesat. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data iaitu dengan lebih tepat lagi penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Kini pembelajaran jarak jauh atau pembelajaran atas talian semakin mendapat tempat dan perhatian daripada pelajar terutamanya pelajar yang sedang bekerja yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana pelajar tidak perlu menghadiri kelas dan bersemuka dengan guru. Pelajar hanya perlu mengakses internet dari tempat mereka sahaja pada bila-bila masa. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) juga tidak ketinggalan menyahut cabaran ini dan seterusnya menjadi pelopor bagi program pendidikan jarak jauh. PPPJJ, USM menyediakan khidmat sokongan pembelajaran seperti e-pembelajaran dalam laman web Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran atau pembelajaran atas talian adalah satu sistem yang membenarkan proses pembelajaran berlaku secara langsung tanpa perlu menghadiri kelas dan boleh diakses bila-bila masa mengikut keperluan pelajar serta menjimatkan kos dan masa. Selain itu, pelajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran kerana nota-nota pelajaran disediakan dalam laman web PJJ. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah dengan menghantar email kepada pensyarah berkenaan dan akan mendapat maklum balas dari pensyarah tersebut dalam kadar yang cepat. Kesimpulannya, PJJ memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan pelajar. LATAR BELAKANG MASALAH Penggunaan laman web dalam Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) kini menarik perhatian ramai penyelidik. Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web (Web-based Learning enviroment, WBLE) memberi ruang untuk pengajar menyampaikan ilmu pengetahuan mengatasi

Transcript of SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah...

Page 1: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1019 1st International Malaysian Educational Technology Convention

SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF BERASASKAN STAIL PEMBELAJARAN BARSH

Yon Rafizah Hanim Samsudin, 1Saidatul Maizura Sahimi, 2Farah Mohamad Zain, 3Nabila

Akbal Noorul Kamar, 4 Foo Kok Keong, 5 Hanafi Atan, 6Zuraidah Abdul Rahman, 7Omar Majid Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang pembangunan dan cadangan penilaian Sistem e-Pembelajaran Beradaptif Berasaskan Stail Pembelajaran Barsh. Pembangunan sistem e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan atribut media seperti teks, grafik, audio dan video. Atribut media dan gabungannya bergantung kepada stail pembelajaran seseorang pelajar yang diukur melalui instrumen Stail Pembelajaran Barsh. Pelbagai teori pemprosesan maklumat diketengahkan dan ini termasuklah Teori Pemprosesan Maklumat Gagne, Teori Pengkodan Dual dan Teori Summatif Kiu. Gaya pembelajaran seseorang pelajar juga akan diketengahkan. Cadangan metodologi seperti reka bentuk, pembolehubah, sampel dan instrumen kajian juga dibincangkan. PENGENALAN Sistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. Suatu masa dahulu, pendidikan hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja di mana guru perlu bersemuka dengan pelajar di dalam bilik darjah sahaja. Jika pelajar tidak dapat menghadiri kelas, maka pelajar tersebut akan ketinggalan pelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut. Tetapi kini zaman teknologi semakin canggih, iaitu semenjak Koridor Raya Multimedia diperkenalkan oleh Tun Seri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 1 Ogos 1996, penggunaan internet dan teknologi maklumat semakin berkembang pesat. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data iaitu dengan lebih tepat lagi penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Kini pembelajaran jarak jauh atau pembelajaran atas talian semakin mendapat tempat dan perhatian daripada pelajar terutamanya pelajar yang sedang bekerja yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana pelajar tidak perlu menghadiri kelas dan bersemuka dengan guru. Pelajar hanya perlu mengakses internet dari tempat mereka sahaja pada bila-bila masa. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) juga tidak ketinggalan menyahut cabaran ini dan seterusnya menjadi pelopor bagi program pendidikan jarak jauh. PPPJJ, USM menyediakan khidmat sokongan pembelajaran seperti e-pembelajaran dalam laman web Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran atau pembelajaran atas talian adalah satu sistem yang membenarkan proses pembelajaran berlaku secara langsung tanpa perlu menghadiri kelas dan boleh diakses bila-bila masa mengikut keperluan pelajar serta menjimatkan kos dan masa. Selain itu, pelajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran kerana nota-nota pelajaran disediakan dalam laman web PJJ. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah dengan menghantar email kepada pensyarah berkenaan dan akan mendapat maklum balas dari pensyarah tersebut dalam kadar yang cepat. Kesimpulannya, PJJ memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan pelajar. LATAR BELAKANG MASALAH Penggunaan laman web dalam Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) kini menarik perhatian ramai penyelidik. Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web (Web-based Learning enviroment, WBLE) memberi ruang untuk pengajar menyampaikan ilmu pengetahuan mengatasi

Page 2: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1020 1st International Malaysian Educational Technology Convention

kekangan ruang dan masa. Ia melancarkan pengendalian kursus dengan menyajikan atribut media yang pelbagai maklumat yang tidak terhad dan kolaborasi sinkronos dan asinkronos untuk pemudahcaraan proses pembelajaran (Salmiah et al.,2002). Namun begitu, terdapat pendapat yang meluas yang menyatakan bahawa WBLE hanya merupakan bentuk media baru bagi penyampaian bahan pembelajaran dan tidak menyumbang nilai yang signifikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Integrasi teknologi dalam pembelajaran memerlukan penekanan isu yang paling penting iaitu meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran ke tahap yang tinggi dan bukan hanya dilihat sebagai media baru pembelajaran yang fleksibel sahaja (Nicholas, 2003). Salah satu faktor yang menyumbangkan kepada masalah WBLE ini dikatakan kurangnya aspek personalization (keperibadian) (Cristea, 2004; Rumershofer & Wob, 2003). Dalam erti kata lain WBLE tidak boleh menyesesuaikan proses pembelajaran mengikut keperibadian seseorang pelajar. Konsep adaptation (penyesesuaian) adalah isu yang penting dalam penyelidikan sistem pembelajaran. Sistem pembelajaran yang membolehkan pengguna menggunakan parameter sistem dan menyesesuaikannya mengikut ciri keperibadian mereka dipanggil adaptable. Manakala sistem yang menyesesuai kepada pengguna secara automatik berasaskan penilaian sistem itu sendiri terhadap keperibadian pengguna dipanggil adaptive (adaptif) (Santally dan Santeni, 2005) TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT Prinsip Modaliti – Mayer 2003 Menurut Mayer (2001), memori jangka pendek dalam sistem pemprosesan maklumat manusia terdiri sekurang-kurangnya dua channel proses maklumat iaitu channel auditori dan channel visual dalam pelajar. Menurut prinsip modaliti, penggunaan audio adalah untuk menerangkan penyampaian visual yang boleh meningkatkan pemahaman dan menyelesaikan masalah yang berkaitan secara praktikal. Prinsip Modaliti menyimpulkan bahawa pelajar belajar lebih baik apabila maklumat verbal disampaikan secara auditori seperti percakapan adalah lebih baik daripada disampaikan secara visual melalui skrin teks (Mayer, 2001; Clark & Mayer, 2003). Lihat Rajah 1.

Rajah 1: Visual dan auditori channel dengan penyampaian suara dan grafik (Clark & Mayer, 2003, p. 91)

Teori Kognitif Kogan (1983) mendifinisikan gaya kognitif sebagai variasi cara individu membuat persepsi, mengingat, dan berfikir ; atau sebagai cara tersendiri memahami, mengingat dan menggunakan maklumat. Daripada semua jenis kognitif yang dikenalpasti, field dependent (FD) atau field independent (FI) merupakan yang paling banyak dikaji (Worthley, 1987). Hal ini mungkin disebabkan perbezaan ciri FD/FI dari pelbagai aspek. Hepner (1994) membuktikan bahawa pelajar FI secara signifikan mendapat skor yang tinggi daripada pelajar FD atas pencapaian peperiksaan mereka.

Multimedia Mod Deria Memori Bekerja

Proses Phonetik

Proses Visual

Percakapan Perkataan

Gambar

Telinga

Mata

Page 3: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1021 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Teori Memproses Maklumat Gagne – Gagne, 1985 Teori digunakan untuk menerangkan proses penghantaran maklumat dalam kognitif manusia. Lihat Rajah 2. Daripada teori ini, terdapat tiga langkah otak manusia proses maklumat, iaitu;

1. Memilih dan mengenalpasti maklumat 2. Menyusun maklumat 3. Mendapatkan semula maklumat

Rajah 2: Teori Memproses Maklumat Gagne (Gagne, 1985) Teori Pengekodan Dual (DCT)- Paivio, 1986 Teori ini menerangkan bagaimana maklumat visual diproses dan disimpan dalam ingatan dan menerangkan proses maklumat verbal dan bukan verbal. Lihat Rajah 3. DCT menyatakan bahawa sistem kognitif manusia terdiri dua saluran atau dua subsistem yang melibatkan maklumat verbal dan bukan verbal (Paivio, 1986; Mayer, 2001)

Rajah 3: Teori Pengekodan Dual (DCT)- Paivio, 1986

Teori Summatif Kiu (CST) - Severin, 1967 CST mengatakan bahawa ada peningkatan dalam pembelajaran apabila pertambahan stimulasi (Severin, 1967). Severin (1967) menyimpulkan bahawa kombinasi illusi perkataan

PERSEKITARAN

EFEKTOR

RESEPTOR

INGATAN

SENSORI

PENJANA TINDAKAN

KAWALAN EKSEKUTIF JANGKAAN

INGATAN JANGKA PENDEK

INGATAN JANGKA

PANJANG

SISTEM VERBAL SISTEM VISUAL

SISTEM SENSORI

HUBUNGAN PERWAKILAN

LOGOGEN IMEGEN

HUBUNGAN

RUJUKAN

Page 4: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1022 1st International Malaysian Educational Technology Convention

dan gambar yang relevan akan memberi kemajuan yang tinggi kerana summatif kiu. Lihat Rajah 4. Daripada kajian, membuktikan bahawa tiada signifikan dalam pencapaian antara pelajar apabila maklumat disampaikan dalam pelbagai cara (Severin, 1967)

Rajah 4: Maklumat yang disampaikan melalui pelbagai mod.

GAYA PEMBELAJARAN Gaya pembelajaran adalah proses seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Manakala, Riding (1983) menyatakan bahawa gaya pembelajaran adalah cara seseorang pelajar memproses maklumat secara menyeluruh atau secara berperingkat-peringkat atau analitik. Gaya pembelajaran mempengaruhi strategi penyampaian dan reka bentuk bahan pengajaran (Riding, 1983) Santally dan Santeni (2005) pula berpendapat bahawa setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dengan pelajar lain yang berada di dalam kelas yang sama begitu juga dengan budaya dan agama. Pembelajaran secara individu ini dikenali juga sebagai kesesuaian gaya pembelajaran (Santally dan Santeni, 2005). Persepsi modaliti adalah sebahagian daripada gaya pembelajaran. Clark dan Mayer (2003) mendefinisikan persepsi modaliti sebagai cara pertama individu mengekstrak maklumat dari persekitaran dengan menggunakan deria mereka. Manusia mempunyai lima sistem deria iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh. Persepsi modaliti sangat penting dalam proses pembelajaran kerana persepsi modaliti adalah proses pertama manusia memperoleh maklumat. Eiszler (1983) pula mengatakan bahawa terdapat tiga persepsi modaliti yang berhubungkait dengan proses pembelajaran adalah penglihatan, pendengaran dan pergerakkan modaliti. Tetapi dalam kajian ini hanya memberi penumpuan terhadap dua persepsi modaliti iaitu penglihatan dan pendengaran. Maklumat yang diserap oleh visual melalui mata diproses dalam satu saluran manakala maklumat yang diserap oleh auditori melalui telinga diproses dalam satu saluran yang lain di dalam proses maklumat manusia (Mayer, 2001). Eiszler (1983) juga mengatakan bahawa pelajar yang berbeza mempunyai modaliti pembelajaran yang berbeza semasa menerima maklumat. Dalam kajian ini, modaliti pembelajaran dikombinasikan menjadi tiga atribut modaliti. Ketiga-tiga atribut modaliti itu ialah yang pertama kombinasi teks + grafik, yang kedua kombinasi teks + grafik + audio dan yang ketiga adalah kombinasi teks + grafik + video. Teks adalah asas dalam penyampaian maklumat pada skrin dan ianya digunakan secara meluas sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Grafik adalah kunci utama yang digunakan dalam pembelajaran berasaskan web. Grafik mengilustrasikan mesej iaitu menggambarkan kesemua idea yang ingin disampaikan. Contoh grafik ialah carta organisasi, jadual dan graf. Audio ialah elemen bunyi dan suara yang digunakan untuk menerangkan sesuatu penyampaian pengajaran selain penggunaan teks dan grafik. Manakala video adalah integrasi kedua-dua gambar dan bunyi dalam penyampaian pengajaran. Kesesuaian modaliti ini berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Seseorang boleh belajar dengan baik jika modaliti yang dominan bagi mereka digunakan dalam sistem pembelajaran. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai kadar

Penyampaian Maklumat

Gambar (visual)

Teks (visual)

Audio (auditori)

Pelajar

Page 5: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1023 1st International Malaysian Educational Technology Convention

memprosesan maklumat yang berbeza dalam channel kognitif mereka. Sesetengah individu memproses maklumat dengan baik dalam channel teks berbanding dengan channel audio, begitu juga antara channel teks dengan channel video dan seterusnya. CADANGAN METODOLOGI KAJIAN

(a) Reka Bentuk Kajian Kajian ini bercadang menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan faktorial 3 x 2. Ia melibatkan tiga atribut modaliti iaitu yang pertama teks + grafik, yang kedua teks + grafik + audio dan yang ketiga teks + grafik + video dan diuji kepada dua sampel kategori pelajar iaitu field dependent (FD) dan field independent (FI) yang dipilih secara rawak.

(b) Pembolehubah Kajian

Kajian ini akan melibatkan tiga jenis pembolehubah iaitu pembolehubah tak bersandar, pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator. Pembolehubah tak bersandar dalam kajian ini ialah tiga jenis atribut modaliti yang telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu yang pertama teks + grafik, yang kedua teks + grafik + audio dan yang ketiga teks + grafik + video. Pembolehubah bersandar pula ialah skor min pencapaian akademik pelajar dan skor min pencapaian motivasi pelajar. Manakala pembolehubah moderator ialah gaya kognitif iaitu field dependent (FD) dan field independent (FI).

(c) Sampel Kajian

Sample terdiri daripada pelajar dari kursus Fizik, USM yang berdaftar untuk subjek ZCT104 – Fizik Moden bagi sidang pengajian 2007/08. Pusat Pengajian Fizik, USM hanya menawarkan subjek ZCT104 pada semester 2 setiap sidang pengajian.

(d) Instrumen Kajian Terdapat empat jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini.

1) Praujian akan diberikan kepada sampel sebelum rawatan dijalankan 2) Pascaujian akan diberikan kepada sampel selepas rawatan dijalankan 3) Pramotivasi akan diberikan kepada sampel sebelum rawatan dijalankan 4) Pascamotivasi akan diberikan kepada sampel selepas rawatan dijalankan

(e) Perlaksanaan Kajian Kajian ini terdiri daripada tiga fasa, iaitu :

(a) fasa pertama : Sebelum rawatan - soalan-soalan praujian dan soalan-soalan pramotivasi diberikan kepada sampel.

Selepas tiga minggu kemudian (b) fasa kedua : Rawatan

- pembangunan sistem e-pembelajaran didedahkan kepada sampel. (c) fasa ketiga : Selepas rawatan

- soalan-soalan pascaujian dan soalan-soalan pascamotivasi diberikan kepada sampel.

(f) Fasa Pembangunan Dan Penilaian

Page 6: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1024 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 5 : Fasa Pembangunan dan Penilaian.

1) Analisis Pada peringkat ini, proses analisis mempunyai beberapa aktiviti yang perlu dilakukan seperti :

a) mengenal pasti sumber maklumat b) mengumpul maklumat baru dan bahan sedia ada c) membandingkan maklumat yang diperoleh d) membuat keputusan e) mendokumentasikan keputusan yang dibuat.

2) Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran yang digunakan dalam kajian ini adalah Sembilan Adengan Pengajaran Gagne (1988) iaitu :

(a) Mendapatkan Perhatian Pelajar (b) Menyampaikan Objektif Pembelajaran (c) Mengingat Semula Pelajaran Lepas (d) Menyampaikan Pelajaran (e) Memberi Panduan/Bantuan Pelajaran (f) Mencungkil Pelakuan Pelajar Dengan Cara Menyoal (g) Mendapat Gerak Balas Yang Betul (h) Menilai Prestasi (i) Mengukuhkan Ingatan Dan Pindahan Pembelajaran

3) Pembangunan dan Pelaksanaan

Laman web adaptif berasaskan tiga modaliti ini dibangunkan. Mekanisme adaptif akan diintegrasikan dalam laman Web dengan menggunakan Barsh Learning Style Inventory. Setelah log-in pelajar perlu terlebih dahulu masukkan maklumat diri mereka mengikut inventory ini. Sistem kemudiannya membuat pengiraan secara automatik tentang dimensi modaliti yang dominan untuk seseorang pelajar. Sistem seterusnya akan mempamerkan bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan dimensi modaliti pelbagai tersebut. Aturan pembelajaran untuk bahan pembelajaran a, b dan c untuk ketiga-tiga dimensi modaliti ditunjukkan dalam Rajah 6.

1. Analisis

2. Reka Bentuk Pengajaran

3. Pembangunan 4. Pelaksanaan

5. Penilaian

Komputer berasaskan web

Page 7: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1025 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 6 : Sistem Adaptif Berasaskan Prinsip Modaliti Skrin paparan laman web pembelajaran yang dibangunkan adalah seperti berikut:

Rajah 7: Skrin paparan laman web bagi atribut modaliti teks + grafik

Rajah 8: Skrin paparan laman web bagi atribut modaliti teks + grafik + audio

Modaliti Teks

Bahan Pembelajaran a

Bahan Pembelajaran b

Bahan Pembelajaran c

Modaliti Teks + Audio Modaliti Teks + Video

Bahan Pembelajaran a

Bahan Pembelajaran b

Bahan Pembelajaran c

Bahan Pembelajaran a

Bahan Pembelajaran b

Bahan Pembelajaran c

Page 8: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1026 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 9: Skrin paparan laman web bagi atribut modaliti teks + grafik + video

4) Penilaian Penilaian adalah peringkat terakhir dalam reka bentuk pengajaran berasaskan web. Fasa ini melibatkan pendedahan sistem yang dibangunkan kepada kumpulan rawatan. Pra ujian dan pasca ujian akan diberikan kepada mereka sebelum dan selepas pendedahan. Kumpulan kawalan pula akan didedahkan kepada sistem pembelajaran kawalan yang terdiri daripada bahan pembelajaran yang sama tetapi turutan bahan pembelajaran adalah dibawah kawalan pelajar sendiri. Pelajar boleh memilih sendiri turutan pembelajaran yang dirasakan sesuai oleh mereka. Analisis perbandingan dilakukan untuk memperlihatkan keberkesanan sistem pembelajaran adaptif yang dibangunkan. Soal selidik berasaskan skala Likert juga diberikan kepada pelajar untuk menilai kekuatan dan kelemahan sistem pembelajaran yang dibangunkan. Di samping soal selidik ini juga melihat kesesuaian sistem mereka kepada sistem pembelajaran ini.

JANGKAAN DATA

1) Terdapat perbezaan pencapaian antara pelajar yang melalui rawatan sistem pembelajaran adaptif ini dengan sistem pembelajaran kawalan yang dibangunkan tanpa ciri-ciri adaptif.

2) Dengan menggunakan web beradaptif, tiada perbezaan skor min pencapaian dalam ketiga-tiga atribut modaliti.

3) Dengan menggunakan web beradaptif, tiada perbezaan skor min pencapaian bagi gaya kognitif FD/FI dalam ketiga-tiga atribut modaliti.

4) Dengan menggunakan web beradaptif, atribut modaliti yang paling sesuai untuk pelajar FD/FI untuk meningkatkan penguasaan dalam pembelajaran ialah pelajar FD lebih sesuai dengan atribut modaliti teks + grafik + video dan pelajar FI lebih sesuai dengan atribut modaliti teks + grafik + audio.

KESIMPULAN Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan terhadap dunia Pendidikan Jarak Jauh iaitu pelajar dapat belajar dan menguasai pembelajaran dengan cepat mengikut kesesuaian modaliti pembelajaran seseorang pelajar itu sendiri.

Page 9: SISTEM E-PEMBELAJARAN BERADAPTIF · PDF fileSistem pendidikan di negara ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana mengalami zaman era globanisasi. ... ketinggalan dalam pelajaran

1027 1st International Malaysian Educational Technology Convention

RUJUKAN Cristea, A. (2004). Adaptive and Adaptable Educational Hypermedia : Where Are We Now and Where Are We Going? Paper presented at the Web based Education Conference Feb16-18, Innsbruck, Austria. Clark, R. H. & Mayer, R.E. (2003). E-Learning and The Science of Instruction. Jossey-Bass: San Fransico. Clinch, J & Richards, K. (2002). How Can The Internet Be Used To Enhance The Teaching Of Physics? Physics Education, 37(2), 109-117. Dunn, R.S. & Dunn K.J. (1978). Teaching Elementary Students Through Their Individual Learning Style : A Practical Approach For Grade 3-6. Mass : Allyn & Bacon. Eiszler, C.F. (1983). Perceptual Preferences As An Aspect of adolescent Learning Style. Education, 103(3), 231-242. Gagne, R.M. (1985). The Condition Of Learning And Theory Of Instruction (4th Edition. Fort Worth: Holt, Rinehart And Winston, Inc. Gagne, R. M. & Drisscoll, M. P. (1988). Essentials Of Learning For Instruction, Prentice-Hall Inc., Eaglewood Cliffs, New Jersey. Hepner, K. D. (1994). The Interactive Effects Of Varying Levels Of Visual Complecity In Computer Animated Graphic Presentations. Doctoral Dissertation. University Of Pittsburgh. Kogan, N (1983). Stylistic Variation In Childhood And Adolescence: Creativity, Metaphor And Cognitive Styles, In J. Flavell & E. Markman (Eds.), Handbook Of Child Psychology, 3, 630-706. New York: Wiley. Mayer, R.E. (2001) Multimedia Learning. South Africa: Cambrige Universiti Press. Nichols, M. (2003). A Theory For eLearning. Educational Technology & Society, 6(2), 1-10, Available at http://ifets.ieee.org/periodical/62/1.html Okpala, P. & Onocha, C. (1988). Difficult Physics Topics In Nigerian Secondary Schools. Physics Education, 23, 168-172. Paivio, A (1986). Mental Reprentations: A Dual Coding Approach. New York: Oxford University Press. Riding, R (1983). Adapting Instruction of The Lecturer In Whedal, K & Riding, R(ed) Psychological Aspects of Learning & Teaching. London : Croom Helm. Rumetshofer, H. & Wob, W. (2003). XML-Based Adaptation Framework For Psychological-Driven E-Learning Systems. Educational Technology & Society, 6(4), 18-29. http://ifets.ieee.org/periodical/6 3/4.pdf Salmiah Mokhtar, Maizatul A Ismail & Ali F A Khan. (2002). Sistem Pendidikan Berasaskan Web, Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-15, Kangar, Perlis, pp 291- 295 Santally, M.I. & Santeni, A. (2005). Adaptation Models For Personalization Web-Based Learning Enviroments. Malaysian Online of Instructional Technology, 2(1). Severin, J.M (1967). Another Look At Cue Summation. Audio Visual Communications

Review, 15(4), 233-401 Tamby Subahan Mohd. Merah (1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Worthley, K.M.E. (1987). Learning Style Factor Of Field Dependency/Independency And

Problem Solving Strategies Of Among Refugee Students (ERIC Document Reproduction Service No Ed 087790)