isu2 semasa

24
Implikasi Konvensyen Pelarian 1951 terhadap status pelarian Rohingya di Malaysia Terdapat perbezaan secara defenitif apabila kita membincangkan isu pelarian, imigran kerja serta pendatang tanpa izin. Imigran selalunya adalah pendatang dengan dokumen yang sah serta hadir untuk tujuan pengajian dan mencari rezeki di negara ini. Manakala pendatang tanpa izin adalah bertujuan yang sama tanpa memiliki dokumen yang sah. Pelarian pula adalah suatu kelompok manusia yang meninggalkan negara mereka yang sedang bergolak sama ada akibat tindakan ganas kerajaan mereka atau campur tangan asing seperti yang berlaku di IndoChina dahulu. Dalam konsep Islam, melarikan diri dari negara bukan Islam yang menzalimi mereka dan keluar ke negara yang melindungi Islam adalah wajib dan ini dikenali sebagai hijrah. Malah sebahagian ulama’ fiqh mengharamkan umat Islam berlindung di bawah kerajaan bukan Islam yang menghalang syariah jika tanpa keperluan (seperti menyambung pengajian dan sebagainya.) Namun begitu, insiden keganasan dan kezaliman RELA dan Polis negara ini terhadap PATI serta dibabitkan juga dengan kaum pelarian seperti Champa, Rohingya dan sebagainya menunjukkan betapa negara ini masih kabur dalam aspek kefahaman definisi pelarian, malah gagal memahami hak-hak asasi pelarian serta pengurusan pelarian yang sewajarnya. Sebagai contoh kenyataan pemimpin Malaysia sejurus selepas Persidangan ASEAN di Bali pada tahun 2009 yang banyak membahaskan obligasi Myanmar untuk menerima Rohingya semula tanpa mengeluarkan kenyataan untuk terus mendesak Myanmar melalui pintu PBB dan lain-lain jalan antarabangsa. Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri pernah berkata, terdapat tuduhan melulu termasuk yang dibuat Jawatankuasa bagi Pelarian dan Pendatang Amerika Syarikat (USCRI) yang meletakkan Malaysia antara negara paling teruk mencabuli hak pelarian. ''Malaysia tidak pernah menandatangani atau mengiktiraf Konvensyen Hapuskan Status Pelarian 1951 dan protokolnya pada 1967 kerana kedudukan geografi Malaysia yang berada di tengah-

Transcript of isu2 semasa

Page 1: isu2 semasa

Implikasi Konvensyen Pelarian 1951 terhadap status pelarian Rohingya di Malaysia

Terdapat perbezaan secara defenitif apabila kita membincangkan isu pelarian, imigran kerja serta pendatang tanpa izin. Imigran selalunya adalah pendatang dengan dokumen yang sah serta hadir untuk tujuan pengajian dan mencari rezeki di negara ini. Manakala pendatang tanpa izin adalah bertujuan yang sama tanpa memiliki dokumen yang sah. Pelarian pula adalah suatu kelompok manusia yang meninggalkan negara mereka yang sedang bergolak sama ada akibat tindakan ganas kerajaan mereka atau campur tangan asing seperti yang berlaku di IndoChina dahulu. Dalam konsep Islam, melarikan diri dari negara bukan Islam yang menzalimi mereka dan keluar ke negara yang melindungi Islam adalah wajib dan ini dikenali sebagai hijrah. Malah sebahagian ulama’ fiqh mengharamkan umat Islam berlindung di bawah kerajaan bukan Islam yang menghalang syariah jika tanpa keperluan (seperti menyambung pengajian dan sebagainya.)

Namun begitu, insiden keganasan dan kezaliman RELA dan Polis negara ini terhadap PATI serta dibabitkan juga dengan kaum pelarian seperti Champa, Rohingya dan sebagainya menunjukkan betapa negara ini masih kabur dalam aspek kefahaman definisi pelarian, malah gagal memahami hak-hak asasi pelarian serta pengurusan pelarian yang sewajarnya.

Sebagai contoh kenyataan pemimpin Malaysia sejurus selepas Persidangan ASEAN di Bali pada tahun 2009 yang banyak membahaskan obligasi Myanmar untuk menerima Rohingya semula tanpa mengeluarkan kenyataan untuk terus mendesak Myanmar melalui pintu PBB dan lain-lain jalan antarabangsa.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri pernah berkata, terdapat tuduhan melulu termasuk yang dibuat Jawatankuasa bagi Pelarian dan Pendatang Amerika Syarikat (USCRI) yang meletakkan Malaysia antara negara paling teruk mencabuli hak pelarian.

''Malaysia tidak pernah menandatangani atau mengiktiraf Konvensyen Hapuskan Status Pelarian 1951 dan protokolnya pada 1967 kerana kedudukan geografi Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara. Kerajaan menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan negara luar mengatakan Malaysia tidak mempunyai prosedur perlindungan, pendaftaran dan bersikap diskriminasi dengan perkara berkaitan agama terhadap pelarian”. (23/07/2008 Utusan)

Benar, Malaysia masih membenarkan pelarian seperti Rohingya untuk berada di bumi Malaysia. Namun begitu bagaimana pula dengan pendidikan mereka? Prosedur pendidikan mereka untuk ke sekolah formal masih kabur, tanpa pekeliling dan arahan absah Kementerian Pelajaran kepada guru-guru besar dan PPD untuk menerima pelajar pelarian. Tiada juga pekeliling dan arahan Parlimen kepada ketua-ketua kampung kerajaan untuk menerima kehadiran mereka serta memastikan mereka menerima dokumen sokongan ketua kampung untuk muamalah dan sebarang aktiviti formal mereka di Malaysia. Undang-undang seperti Akta Imigresen 1951/1963 juga tidak memperincikan golongan pelarian secara khusus. Lebih malang lagi, kerjasama UNHCR yang mulai baik dengan PDRM diburukkan dengan ketidakselarasan RELA untuk mengenali antara pelarian dengan golongan PATI. Semua inilah antara cebisan masalah yang ditimbulkan oleh USCRI bukan menafikan sumbangan NGO dan kerajaan Malaysia terhadap pelarian.

Page 2: isu2 semasa

Kedua, kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Hapuskan Status Pelarian 1951 adalah salah kerana konvensyen yang sebenar ialah Konvensyen Pelarian 1951 (Refugee Covention 1951) dan bukannya suatu konvensyen untuk mengadakan jus soli membabi buta terhadap pelarian.

Malaysia bukan ahli dalam Konvensyen 1951 berhubung dengan Status Pelarian dan Protokol 1967, dan undang-undang negara ini tidak memberi status pelarian atau pemohon suaka. Kerajaan belum mewujudkan satu sistem untuk memberi perlindungan kepada pelarian. Sebagai amalan, pihak kerajaan tidak memberi perlindungan terhadap tindakan mengusir atau menghantar balik pelarian ke negara-negara di mana nyawa atau kebebasan mereka boleh diancam disebabkan ras, agama, kerakyatan, keanggotaan dalam kelompok sosial tertentu, atau pandangan politik. Pihak kerajaan umumnya tidak menghantar balik individu-individu yang berdaftar dengan UNHCR dan yang sedang diproses bagi tujuan penempatan semula di negara-negara ketiga.

Pihak kerajaan masih mengusir sesetengah pelarian dan pemohon suaka tetapi membenarkan pelarian-pelarian dan orang-orang tertentu yang memerlukan perlindungan untuk terus tinggal di sini sementara menunggu untuk ditempatkan semula di negara-negara lain. Umumnya, pihak kerajaan tidak membezakan antara pemohon suaka dengan pendatang haram dan menahan mereka di pusat-pusat yang sama. Pada bulan April 2009, kerajaan mulai memberi layanan istimewa kepada mereka yang membawa kad UNHCR.

Dahulu, Tunku Abdul Rahman Putra pernah menerima kaum pelarian bangsa Champa dari Kemboja yang melarikan diri daripada kekejaman Komunis Pol Pot. Disebabkan tiada perjanjian Malaysia dengan Konvensyen tersebut, Malaysia berhak untuk menampilkan sikap sama ada menerima atau menolak kehadiran pelarian. Ketika era 1975 dahulu, masyarakat Muslim Kemboja dilayan dengan baik malah turut menerima perlindungan melalui PERKIM.

Jika diteliti dengan mendalam, dalam krisis Perang Dingin dahulu, blok komunis berlawan dengan blok kapitalis AS. Rentetannya, mangsa perang ini akan diterima oleh Britain, AS dan Perancis sebagai penduduk tetap atau warganegara mereka semasa dan selepas perang. Hal ini adalah kerana mereka menjadi mangsa percaturan perang ideologi AS dan Rusia. Maka istilah ‘Negara Ketiga’ muncul dalam pengistilahan isu pelarian iaitu negara yang bakal menerima mereka. Negara pertama adalah negara mereka sendiri, manakala negara kedua adalah negara persinggahan, sementara menanti masa ke negara ketiga.

Dalam isu Rohingya, tiada istilah negara ketiga yang wujud kerana ia adalah perang ideologi Komunis terhadap kaum Islam. AS pastinya tidak akan bertanggungjawab. Dalam isu pelarian Champa dan kaum Khmer yang beragama Buddha, mereka pasti menerima bantuan suaka politik dan perlindungan negara kedua oleh Malaysia, Thailand dan Indonesia dan sebagainya atas pengaruh AS. Saat itu semua negara blok ASEAN dan kapitalis berusaha melaksanakan kempen AS dan mencontohi sikap AS terhadap pelarian di negara yang mereka kucar-kacirkan. Lihat sahaja bagaimana AS menyokong mujahidin menentang Rusia sekitar tahun 1980an dahulu. Malaysia sendiri tidak menganggap pelajar tempatan yang berjuang di Pakistan dan Afghan sebagai pengganas. Tetapi sikap Malaysia berubah pula selepas 11 September 2001. Inilah malapetaka yang menimpa kepimpinan umat Islam.

Hari ini, Rohingya bersendirian. Tiada negara besar yanag berminat terhadap mereka menyebabkan mereka diusir oleh Thailand dan Bangladesh seperti haiwan semasa mereka

Page 3: isu2 semasa

menumpang seketika di perairan dan pantai negara berkenaan. Mereka juga menjadi mangsa penindasan umat Islam dan sememangnya hari ini isu penindasan terhadap umat Islam adalah rutin serta sunnah dunia hari ini. Ia bukan sesuatu yang perlu diatasi segera.

Berbalik kepada statistik pelarian di Malaysia, terdapat anggaran tiga juta warga asing di negara ini. Satu juta daripada mereka adalah pendatang haram (pada pandangan undang-undang) dan tidak mempunyai dokumen. Daripada jumlah pendatang haram tersebut, terdapat lebih kurang 90 peratus adalah kaum Chin dan Rohingya yang berasal dari Burma, dan sejumlah besar dari puak Kachin, Karen, dan Sun. Selain itu, seramai 61,000 orang Islam Filipina yang telah melarikan diri daripada pemberontakan Moro pada tahun 1970-an dilaporkan tinggal di negara ini.

Tidak ada undang-undang khusus yang melarang penyeksaan, namun undang-undang melarang "melakukan kecederaan parah" disebabkan seksaan. Terdapat beberapa tuduhan ke atas anggota RELA dan pegawai imigresen yang memukul dan menganiaya tahanan di PTI yang dikelola oleh Jabatan Imigresen dan dibantu oleh RELA.

Pada bulan Mei 2008, sebagai respons terhadap kejadian memukul seorang warga Pakistan yang ditahan oleh pegawai imigresen di PTI Lenggeng pada bulan April 2008, seorang pesuruhjaya daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menyiasat dan menemui "bukti berlaku kes penyeksaan." Namun, tidak ada siasatan lanjutan yang diketahui telah dibuat.

Apa yang terkandung di dalam Konvensyen Pelarian 1951 itu? Menurut UNHCR, konvensyen ini mendefinasikan makna ‘pelarian’. Ia juga menggariskan hak kebebasan pelarian untuk mengamalkan agama mereka serta bergerak dalam negara kedua yang mereka singgah. Hak pendidikan serta hak mendapat dokumen perjalanan juga dinyatakan. Di samping itu, ia juga menggariskan tanggungjawab pelarian terhadap negara yang membantu mereka. Menjadi tanggungjawab negara yang menandatangani perjanjian itu untuk tidak menghantar pulang mereka ke negara asal yang mereka takuti.

Bolehkah negara yang tidak menandatangani konvensyen itu untuk menolak menerima kehadiran kaum pelarian ini? Prinsip asas undang-undang antarabangsa adalah hak asasi manusia. Tidak ada peruntukan undang-undang untuk sesebuah negara memaksa mana-mana kelompok manusia untuk pergi ke negara yang mereka takuti akibat kezaliman dan ketidakstabilan dalaman.

Pada asasnya Malaysia tidak menandatangani sokongan Konvensyen Pelarian 1951 adalah kerana masih bergelut dengan isu kerakyatan dan keadaan pendatang tanpa izin di Sabah serta isu rakyat tanpa warganegara di sana. Namun akibatnya Malaysia tiada obligasi untuk melindungi hak asasi pelarian di negara ini serta tiada negara yang boleh menyalahkan Malaysia dalam hal kebajikan pelarian. Inilah hakikat yang berlaku.

Muhammad Nuruddin Bashah

Page 4: isu2 semasa

Etnik Rohingya: NGO Asean harap suruhanjaya dapat henti konflik

23 Ogos 2012

KUALA LUMPUR - Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam Asean berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan oleh kerajaan Myanmar akan menghentikan konflik penghapusan etnik Rohingya di wilayah Rakhine.   Pengerusi IKIAM Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang mengalu-alukan penubuhan suruhanjaya itu, menggesa suruhanjaya itu melakukan siasatan terhadap individu dan pihak terlibat yang melakukan keganasan dan jenayah serta mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan di Myanmar dan mahkamah antarabangsa.   "Kami juga menyeru kerajaan Myanmar memberikan penyelesaian bersepadu dan mampan iaitu memberikan hak jaminan keselamatan dan pembangunan serta hak kewarganegaraan bagi Muslim Rohingya di seluruh Myanmar dan para pelarian yang kini berada di puluhan negara di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini.   Beliau berkata proses itu akan mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman bersama menyumbang kepada pembangunan Myanmar.  Katanya perkara itu adalah sebahagian daripada lapan resolusi yang dicapai pada Persidangan Gerakan NGO Islam Asean yang dianjurkan bagi membela umat Islam Rohingya di Myanmar pada 14 Ogos lalu. Zahidi berkata langkah positif kerajaan Myanmar juga membuka ruang kepada IKIAM dan Majlis Gerakan NGO Islam Asean, serta badan bukan kerajaan yang lain untuk bersiap sedia dengan pelbagai keperluan seperti makanaan, ubat, pakaian dan buku serta alat tulis kanak-kanak untuk melaksanakan misi kemanusiaan Rohingya di wilayah Rakhine dan kawasan lain yang terbabit dengan konflik itu.   "IKIAM juga sedang menggerakkan sukarelawan 'International Islamic Peace Corps (IIPC), yang akan menyumbang khidmat tenaga, kepakaran kesihatan dan pelbagai kemahiran serta kaunseling kepada mangsa penduduk Islam Rohingya di Myanmar, atau di negara-negara yang memberi perlindungan kepada para pelarian di kem-kem pelarian di Bangladesh," katanya.   Selain itu, Zahidi juga meminta badan bukan kerajaan Buddha di Malaysia untuk tampil membantu menyelesaikan isu itu dengan mempengaruhi dan mendesak kumpulan ekstremis di Myanmar menghentikan kekejaman terhadap penduduk Rohingya.   Selain daripada penubuhan IIPC, antara resolusi yang dicapai ialah menggesa badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menganjurkan persidangan khas secepat mungkin, bagi membincangkan langkah-langkah strategik bagi menangani isu itu secara bersepadu.   Majlis Gerakan NGO Islam Asean, yang menggabungkan semua organisasi Islam di rantau itu, ditubuh sebagai inisiatif bagi menangani isu penduduk Rohingya. - Bernama

Page 5: isu2 semasa

Kebenaran Kronisme, Nepotisme, Dan Korupsi

Lis yang dikeluarkan oleh UMNO Mahathir selepas bersidang baru lalu adalah bukti yang kukuh apa yang dikatakan Zahid Hamidi tentang Kroni, Korupsi dan  Nepotisi (KKN) yang membarah di dalam UMNO. Lis itu juga sekali gus membuktikan Mahathir adalah berbohong semata-mata apabila mengatakan UMNO tidak mengamalkan amalan KKN itu. Sesuailah kalau dikatakan sekarang, selain pemfitnah, Mahathir juga penipu besar, pembohong ternama.

Rakyat masih leka dalam menangani isu KKN ini, rakyat yang ikut apa saja yang UMNO kata, akan bercakap juga tentang KKN ini, tetapi sekarang mereka akan sabitkan DSAI dengan KKN, Selepas perhimpunan tahun lalu, mereka sabitkan KKN ini dengan Mahathir apabila Zahid Hamidi yang memulakannya.

Zahid memulakan isu KKN ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Mahathir ialah bapak KKN, tetapi ketika itu, payah semua pembesar UMNO akibat ucapan Zahid itu. Mereka menafikan apa yang dikatakan oleh Zahid itu. Oleh kerana Zahid lah pemula akan isu ini, kononnya disuruh oleh DSAI.Pada pendapat UMNO dia jugalah sepatutnya penamat akan isu itu, lalu Zahid pun menamatkan isu ini dengan mengaku betapa dia telah disuruh DSAI untuk berbuat demikian.

Apalah malang dengan ketua pemuda UMNO yang satu ini. Dulu dia mengaku dia disuruh oleh DSAI dan sekarang walaupun dia tidak mengaku dia disuruh oleh Mahathir untuk mengaku dia telah disuruh DSAI dulu, tetapi orang semua fahamlah sekarang dia mengaku demikian setelah disuruh Mahathir. Sebenarnya yang tersirat ialah dia hanya mengaku bahawa dia beralih kroni saja, namun amalan kroni yang dia nak nafi itulah kroni yang sebenarnya. Dulu dalam kroni DSAI dan sekarang dalam kroni Mahathir pulak.

Pengakuan yang Zahid buat itu bukannya hendak mengaku bahawa amalan kroni itu salah, dia cuma mengaku dia salah kerana berkroni dengan DSAI saja, bukan amalan kroni itu salah, apabila masuk saja kroni Mahathir, maka amalan kroni yang Zahid marah dulu itu sudah  dibolehkan untuknya berkroni semula. Rakyat di Bagan Datuh sudah tahulah sekarang begini rupanya orang harapan mereka.

Zahid ingat dia selamat setelah mengaku tidak mahu lagi berkroni dengan DSAI, tetapi sekarang berkroni dengan Mahathir pula. Apabila dalam keadaan rakyat marah pada Mahathir, nasib dia belum tentu selamat juga setelah berkroni dengan Mahathir pun. Kecualilah dia boleh tiru gaya Tengku Razaleigh, sanggup jilat menjilat maka akan dibenci oranglah dia.

Ketika memulakan KKN itu dulu, Zahid agaknya percaya dengan DSAI bahawa amalan itu tak baik ada dalam UMNO. Sebab itulah dia bangkitkan UMNO yang sudah syok dengan KKN. DSAI pula beranggapan dia dan Zahid tak dalam satu kroni. Setelah DSAI hilang semuanya dalam UMNO, maka Zahid pula dicap

Page 6: isu2 semasa

sebagai kroni DSAI sehinggakan dia disuruh mengaku begitu untuk menbersihkan dirinya dari orang UMNO lain kata dia kroni DSAI. Kalau dulu ucapan dia, dia tuju pada PM dan kroninya itu salah dan tak boleh ada dalam UMNO. Tetapi pengakuan itu pula dia tuju pada DSAI dan kroninya itu salah. Padahal mereka semuanya berkroni, cuma dulu Zahid kata Mahathir berkroni salah, dan sekarang dia kata pula DSAI dan kroninya salah. Walauapa pun keadaan, DSAI memang dah tak ada jalan untuk berkroni maka dia dah tak terdedah untuk salah berkroni. Yang tinggal sekarang ialah Zahid dan Mahathir saja yang sangat terdedah untuk berkroni. Zahid tak kata pulak berkroni sekarang  salah?.

Sekian

muramozi  

Lebih 60 NGO tubuh Majlis Gerakan NGO Islam bantu RohingyaNOR ATIEYAH YUSOFF14 Ogos 2012

Dari kanan, wakil Rohingya, Dr Rashed Osman Joher dan Pengerusi Ikiam, Datuk Zahidi bersama NGO lain semasa Persidangan Gerakan NGO Islam Asean, semalam.

KUALA LUMPUR - Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) bersama 61 badan bukan kerajaan (NGO) Asia Tenggara bersetuju menubuhkan Majlis Gerakan NGO Islam yang akan berpusat di Malaysia bagi membantu etnik Rohingya.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, gerakan tersebut menggabungkan badan Islam bagi mencari jalan untuk membantu etnik tersebut.

Beliau berkata, kesengsaraan rakyat Rohingya membuka mata masyarakat Islam terutamanya NGO berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

"Antara misi kami ialah menggesa badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam

Page 7: isu2 semasa

(OIC) menganjurkan persidangan khas mengenai isu ini.

"Malah, mendesak mereka supaya mengambil tindakan ke atas Myanmar yang gagal mematuhi dan menghormati protokol Badan Hak Asasi Manusia Asean (AHRB)," katanya selepas menandatangani Resolusi Persidangan Gerakan NGO Islam Asean Misi Kemanusiaan Rohingya, hari ini.

Antara negara yang terlibat sama adalah Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Menurutnya, resolusi itu ditubuhkan untuk membantu pelarian Rohingya dari terus dianiaya dan dibunuh oleh pihak berkuasa Myanmar.

"Tindakan pemerintah Myanmar yang hanya mementingkan kerusi politik berbanding kesengsaraan masyarakat Rohingya yang dianiaya dan dibunuh sejak dua dekad lalu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketika rombongannya ke Arakan baru-baru ini, mereka diberi amaran oleh pemerintah Myanmar suapaya tidak meneruskan perjalanan ke perkampungan tersebut.

Beliau bersama ahli rombongan menghadapi pelbagai cabaran kerana disekat oleh tentera mereka dari menjejakkan kaki ke perkampungan tersebut.

Menurutnya, di sebalik kekejaman pemerintah Myanmar, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kemanusiaan terutamanya, Thailand.

"Kementerian Thailand bersimpati dengan nasib masyarakat Rohingya telah membawa isu kesengsaraan mereka ini ke peringkat antarabangsa dengan merujuk kepada OIC.

"Malah, Angkatan Tentera Laut Thailand turut membantu pelarian Rohingya berlindung dari kekejaman rejim Myanmar," katanya.

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM): PERANAN DAN BIDANG KUASASEJARAH PENUBUHAN SUHAKAM

            Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ini ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulungnya pula diadakan pada 24 April 2000.

            Penyertaan Malaysia yang aktif di dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Commission for Human Rights-UNCHR) telah menyebabkan Malaysia juga berusaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional pada tahun 1993 hingga 1995. Pada waktu itu,Malaysia dilantik sebagai ahli

Page 8: isu2 semasa

Suruhanjaya oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seterusnya pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan iaitu dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Ketua perwakilan pada masa itu adalah Tan Sri Dato’ Musa Hitam.

MENGAPA MALAYSIA MENUBUHKAN SUHAKAM?

            Kerajaan Malaysia telah mempertimbangkan sebab-sebab yang mendorong penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia ini. Antara sebab-sebabnya adalah :

1.                  Penglibatan Malaysia yang aktif di dalam UNCHR.

2.                  Perhatian antarabangsa terhadap isu-isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna.

3.                  Kerajaan-kerajaan yang menyertai UNCHR termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga meyedari peri pentingnya diwujudkan badan-badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing. 

BEBERAPA FAKTOR YANG MENDORONG CADANGAN INI

1.                              Terdapat tekanan yang semakin meluas di peringkat antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara.

2.                              Penglibatan Malaysia dalam sistem Bangsa-bangsa Bersatu.

3.                              Suasana politik Malaysia yang kian bertukar dengan para pengundinya semakin menyedari perkembangan politik di samping masyarakat awam yang bergerak maju dan bertambah peka tentang politik.

Maka, sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Dato’ Musa Hitam mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia iaitu pada tahun 1994 inilah masanya yang terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.

RANG UNDANG-UNDANG

Page 9: isu2 semasa

      Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

      Rang Undang-undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga pengalaman yang ada pada institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya di rantau Asia Pasifik.

PERLANTIKAN

      Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan tersebut dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

      Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, namun begitu keputusan telah dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sahaja pada waktu itu sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.

PERANAN SUHAKAM

      Peranan SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

a)      Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia.

b)      Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.

c)      Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

Page 10: isu2 semasa

d)     Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 selagi pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

      Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Justeru itu, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah di putuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

BIDANG KUASA SUHAKAM

Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif.  Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

a)      Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengakujanji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu.

b)      Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil.

c)      Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini.

Page 11: isu2 semasa

d)     Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu.

e)      Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu.

f)       Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuakuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

KEPENTINGAN SUHAKAM KEPADA RAKYAT

            Penubuhan SUHAKAM pada tahun 1999 telah banyak membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa mereka.  SUHAKAM memainkan peranan penting sebagai medium perantaraan di antara rakyat dengan kerajaan.   Pertubuhan ini telah memudahkan prosedur pengaduan yang melibatkan kerajaan.  Rakyat Malaysia yang ditindas atau tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai individu diMalaysia boleh mengadu kepada SUHAKAM untuk campurtangan dan seterusnya membantu mereka meyelesaikan masalah yang dialami oleh pengadu.

Pihak SUHAKAM bersedia membantu tanpa adanya sikap pilih kasih.  Penyiasatan akan dibuat berdasarkan aduan yang diterima.  Sekiranya kes yang dilaporkan benar, pihak SUHAKAM dengan sedaya upaya akan cuba untuk membantu menyelesaikannya dengan pihak yang bertanggungjawab.  SUHAKAM juga telah menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri dan selagi sesuatu perkara yang berlaku tidak melanggar hak kebebasan asasi individu mereka boleh hidup dengan aman dan damai.  Andai kata terjadi sesuatu perkara yang melanggar hak kebebasan asasi mereka,  setiap individu boleh melaporkan perkara itu kepada SUHAKAM untuk mendapatkan pengadilan yang sewajarnya.           

Bagi memudahkan urusan pengaduan,  SUHAKAM telah membahagikan kumpulan kerja mengikut bidang tertentu iaitu Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia, Kumpulan kerja Pembaharuan Perundangan dan Triti Antarabangsa, Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan dan Kumpulan kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.

Page 12: isu2 semasa

Sikap proaktif SUHAKAM telah memberi keyakinan kepada umum bahawa Suruhanjaya ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang diadukan kerana mereka sanggup turun padang tidak kira di mana sekalipun ia berlaku.  Maka tidak hairanlah banyak kes yang diadukan dapat diselesaikan oleh SUHAKAM dan hingga kini aduan yang diterima telah bertambah.  Ini menunjukkan masyarakat telah mengiktiraf SUHAKAM dan peranannya dalam masyarakat.

PENUTUP

SUHAKAM telah banyak membantu mengembalikan hak masyarakat dalam kehidupan mereka.  Peranan yang dimainkan tidak sewajarnya diperlekehkan oleh masyarakat.  Berdasarkan kajian dan bacaan, pihak SUHAKAM telah banyak membuat penyelidikan dan sanggup turun padang untuk menyaksikan sendiri apa yang dikatakan oleh pengadu agar mereka mendapat gambaran yang sebenarnya.  Walaupun SUHAKAM mempunyai batas-batas tertentu dalam menjalankan tugasnya, namun dengan kerjasama pihak yang terbabit banyak perkara telah dapat diselesaikan.  Oleh itu masyarakat yang masih tidak pasti peranan SUHAKAM sewajarnya mengikuti seminar-atau bengkel yang dianjurkan agar hak kebebasan asasi mereka terbela.

Page 13: isu2 semasa

PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA-NEGARA BERKEMBANG DI ASIA AKAN MENURUN TETAPI STABIL – LAPORAN ADBDate

11 April 2012

Countries

Show 45 tags

Subjects

ADB administration and governance; Economics; Poverty

Facebook

 

Twitter

 

More

Hong Kong, China (11 April 2012) – Permintaan global yang melemah akan membebani negara-

negara berkembang di Asia pada tahun 2012 namun pertumbuhan ekonomi di sebagian besar

negara-negara tersebut akan tetap kuat dan meningkat pada 2013 didukung oleh konsumsi

rumah tangga, demikian laporan terbaru Asian Development Bank (ADB) yang diterbitkan hari

ini.

Publikasi utama ADB, Asian Development Outlook 2012 (ADO 2012), yang diluncurkan hari ini

memperkirakan bahwa pertumbuhan Produk Domestik Bruto (PDB) di negara-negara

berkembang di Asia akan mencapai 6,9% pada 2012 dan meningkat menjadi 7,3% pada 2013.

PDB pada 2011 tumbuh sebesar 7,2% setelah tumbuh 9,1% pada tahun 2010 di saat

perekonomian di kawasan pulih dengan kuat dari krisis ekonomi global.

“Ketidakpastian yang terus berlanjut di kawasan euro dan semakin menurunnya perdagangan

global bisa menjadi ancaman bagi prospek pertumbuhan ekonomi,” kata Changyong Rhee,

Kepala Ekonom ADB.”Pada saat yang sama, perekonomian di Asia secara bertahap telah

melakukan diversifikasi ke pasar-pasar baru, konsumsi rumah tangga meningkat dan

ketergantungan kawasan Asia terhadap pembiayaan langsung dari kawasan euro terbatas. Hal

tersebut akan membantu mempertahankan momentum pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.”

Perdagangan luar negeri menurun pada tahun 2011, namun permintaan domestik menutup

sebagian penurunan tersebut. Surplus transaksi berjalan kawasan Asia turun dari 4% dari PDB

Page 14: isu2 semasa

pada tahun 2010 menjadi 2,6%. Inflasi secara perlahan turun tetapi tetap berpotensi menjadi

ancaman terhadap prospek ekonomi karena gejolak harga pangan dan bahan bakar minyak.

Anjloknya investasi pada paruh akhir 2011, dan kemungkinan meningkatnya ketidakpastian

aliran keluar masuknya modal asing di kawasan Asia harus diwaspadai oleh para pembuat

kebijakan.

Asia harus siap menghadapi guncangan besar yang baru dari kawasan euro yang bisa

menghambat pemulihan ekspor, menggerus pembiayaan perdagangan atau melemahkan rantai

suplai global yang penting dimana Asia menjadi bagian integral di dalamnya. Keadaan keuangan

di sebagian besar perekonomian negara-negara di kawasan Asia meningkat tajam setelah krisis

keuangan global pada tahun 2008 dan memiliki kapasitas untuk menghadapi pelemahan

eksternal lebih jauh.

“Tidak ada alasan yang kuat untuk melakukan respon kebijakan dalam jangka pendek, tapi kalau

tekanan inflasi meningkat lagi dan aliran modal kembali masuk, kemungkinan perlu dilakukan

penyesuaian kebijakan moneter guna menjaga stabilitas harga,” kata Changyong Rhee.

Dalam jangka panjang, para pembuat kebijakan harus menyeimbangkan antara pembayaran

utang dan pada saat yang sama mendorong pertumbuhan yang inklusif ramah lingkungan.

Pertumbuhan di Asia Timur akan turun menjadi 7,4% tahun ini dari 8% pada 2011, karena

turunnya ekspor dan investasi. Republik Rakyat Cina, yang merupakan perekonomian terbesar

kedua di dunia akan mengalami penurunan pertumbuhan menjadi 8,5% pada 2012 dan 8,7%

pada 2013, dari partumbuhan sebesar 9,3% pada 2011.

Pertumbuhan di Asia Selatan juga tetap rendah yakni 6,6% pada 2012 karena permintaan yang

turun dan keterbatasan fiskal. Pertumbuhan ekonomi akan meningkat menjadi 7,1% pada tahun

2013 didorong oleh India yang diperkirakan akan tumbuh sebesar 7,5%.

Pertumbuhan di Asia Tenggara akan makin cepat yakni sebesar 5,2% tahun 2012 dari 4,6%

pada 2011 setelah perekonomian di Thailand terus membaik.

Aktivitas ekonomi di Asia Tengah tidak banyak berubah pada tahun 2012, dimana ekonomi

diperkirakan akan tumbuh 6,1%. Hal ini mencerminkan lemahnya kondisi di kawasan euro dan

rendahnya pertumbuhan di Federasi Rusia. Pertumbuhan di kawasan Pasifik akan turun menjadi

6% pada 2012 dan 4,1% pada 2013, karena Papua Nugini, yang merupakan perekonomian

terbesar di kawasan ini, mengalami penurunan proyek-proyek infrastruktur yang pada tahun

2011 mendongkrak pertumbuhan ekonomi.

Page 15: isu2 semasa

Instrumen budayaOleh Fairuz [email protected]/03/04

« sebelum  selepas »

AKSI penari cilik menambah tarikan dalam persembahan capoeira Brazil di Royal Belum World Drums

Festival 2012, Perak, baru-baru ini.

Page 16: isu2 semasa

KL Drumline Corps mewakili Malaysia.

Malwa Sabhyacharak Club, dari India.

Dari bunyi asal tulang kaki kering, evolusi alat muzik tradisional rentas sempadan, semai perpaduan

MUZIK diibarat jambatan seni yang menyatukan rumpun bangsa. Dari timur ke barat, alunan melodi yang terhasil dari alat muzik merentasi akar budaya lantas membentuk penyatuan jiwa.Selain menjadi bukti tamadun bangsa, seni muzik yang dicipta menjadi simbol kemegahan dan identiti bangsa. Tidak hairanlah, kekuatan dan kegemilangan bangsa membawa bersama elemen muzik yang menyubur budaya.Meneliti sejarah, muzik dikatakan hadir seawal kejadian manusia moden homo-sapien pada 180,000 hingga 100,000 tahun dulu. Tiada siapa tahu dengan jelas bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Namun, dari penemuan arkeologi di lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 hingga 100,000 tahun dulu, jelas menunjukkan perubahan evolusi pemikiran manusia.

Mengikut evolusinya, muzik pada asasnya bermula dari bunyian terhasil dari tulang kaki kering dan kayu keras yang mengeluarkan melodi. Atas kepintaran akal manusia, kulit binatang yang diletak dalam rongga kayu besar ditarik lalu dikembangkan menjadi gendang.

Dari alatan muzik asas, irama terus berevolusi dari era pertengahan, renaissance, baroque, classical hingga pasca moden. Apa yang menarik, reka bentuk dan fungsi alat muzik juga boleh dikatakan sama mengikut lokasi dan budaya kaum. Di rantau Asia contohnya, pengaruh alat muzik tertumpu kepada instrumen tradisional yang terpelihara hingga hari ini.

Antara instrumen muzik tradisional yang banyak persamaan dalam susur budaya masyarakat Asia ialah gendang, seruling dan rebana yang menjadi sebahagian daripada identiti muzik di Malaysia, Indonesia, China, Vietnam, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain di rantau ini. Keadaan sama dilihat di Eropah yang memiliki persamaan dari segi reka bentuk dan fungsi alat muzik. Lihat saja seni pembuatan bagpipe yang dikaitkan dengan Scotland tetapi alat muzik itu turut popular di Perancis, Belgium, Belanda, Jerman, Switzerland, Austria, Ireland dan United Kingdom (UK).

Sering kali alat muzik juga dikaitkan dengan misteri yang mewakili ‘semangat’ dalam sesebuah rumpun bangsa.

Page 17: isu2 semasa

Alat muzik yang sering dimainkan pada majlis keramaian dan persembahan diraja banyak dikaitkan dengan elemen mistik sehingga memberi persepsi berbeza mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat.

Sama ada di Eropah, Asia Barat hinggalah ke rumpun Asia Tenggara, kepercayaan bahawa alat muzik memiliki semangat dan pantang larang tertentu hidup subur berdasarkan adat resam yang diwarisi turun-temurun.

Misalnya, gamelan yang menjadi antara elemen penting dalam persembahan muzik tradisional masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia dikatakan memiliki misteri yang sukar diterjemah alam nyata.

Instrumen gamelan yang merangkumi metalofon, gambang, gendang dan gong masing-masing memiliki identiti tersendiri di sebalik alunan melodi bersifat spiritual. Pengaruh Jawa yang kuat dan subur melalui alunan melodi gamelan dapat disaksikan pada mana-mana persembahan kebudayaan, tarian hinggalah pada acara berkait rapat dengan persembahan diraja.

Di kalangan masyarakat Jawa khususnya di rumpun Pulau Jawa serta Keraton di Yogyakarta dan Solo, pengaruh kesenian gamelan sukar dipisahkan dari kehidupan masyarakat. Firasat hidup masyarakat Jawa sendiri cukup subur dalam memartabat seni budaya di mana gamelan menjadi perantara antara budaya dan gaya hidup.

Begitulah obsesi manusia terhadap muzik dan instrumen yang dicipta sejak berzaman dulu. Meraikan evolusi dan kegemilangan muzik, Royal Belum World Drums Festival 2012 yang berlangsung di Perak baru-baru ini menarik minat pemuzik tempatan dan antarabangsa dalam menyanjung seni irama dan lagu.

Sisipan Rona yang berpeluang menyertai festival enam hari itu menyaksikan sendiri bagaimana acara itu menjadi pentas eksperimentasi seni muzik gendang dan genderang dari seluruh dunia selain menilai sendiri apa yang dikatakan obsesi manusia terhadap keindahan irama muzik.

Selain pemuzik tempatan, festival yang dianjurkan sempena Tahun Melawat Perak 2012 itu disertai delegasi kumpulan gendang dan genderang dari Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, India, Japan, Korea, Brazil dan Republic of Azerbaijan.

Meraikan evolusi muzik, sisipan Rona mendekati keunikan seni muzik lapan negara yang menyertai festival itu:

Indonesia

KAYA dengan budaya dan taburan pelbagai etnik, Indonesia mempunyai kepelbagaian alat muzik yang biasanya dimainkan dalam rentak tradisional tempatan.

Antara alat muzik tradisional negara itu ialah rebana; gong; calung; karinding; gendrum; kecapi; rebab dan saluang. Turut tersenarai saron; kendang; tambo; tifa; triton; dan angklung. Malah, sesetengah alat muzik tradisi Indonesia turut popular dan dimainkan di Malaysia seperti rebana, rebab, gong dan angklung.

Unsur spiritual dalam muzik tradisi di Indonesia dikatakan paling banyak dilihat pada persembahan gamelan masyarakat Jawa yang dianggap mistikal.

Vietnam

XAM adalah sejenis alat muzik rakyat yang popular dimainkan di wilayah utara Vietnam. Seolah-olah biola, alat muzik yang diperbuat daripada kayu ini mempunyai tali halus dan perlu digesel untuk mengalunkan muzik mengasyikkan.

Ketika era pemerintahan dinasti, alat muzik Xam sering dimainkan penghibur buta yang mengembara dari bandar ke bandar. Hari ini, alat muzik ini semakin terancam dan kurang dimainkan.

India

PEPA adalah salah satu instrumen muzik yang menjadi identiti tradisional India. Kerap dimainkan di daerah Assam, instrumen muzik itu biasanya diperbuat daripada batang pendek seperti buluh dan rotan kecil.

Untuk menambah alunan bunyi asyik dalam instrumen tiupan ini, ia menggunakan bahagian tanduk kerbau. Seperti alat muzik lain, instrumen ini juga semakin terhakis dek arus pembangunan dan kurangnya pemeliharaan. Difahamkan setiap Pepa dijual pada harga Rs2,500 (RM157) sekarang.

Korea

JANGGU atau dieja sebagai changgo adalah sejenis gendang yang digunakan secara meluas dalam muzik tradisional Korea. Reka bentuk yang melengkung dan bertali di bahagian tepi, alat muzik gendang ini boleh

Page 18: isu2 semasa

didapati dalam kebanyakan jenis - merangkumi badan hourglass berbentuk dengan dua kepala yang diperbuat daripada kulit binatang.

Dua bahagian kepala menghasilkan bunyi yang berbeza dan apabila dimainkan bersama dipercayai mewakili keharmonian lelaki dan wanita.

Jepun

RYUTEKI adalah seruling dan dikenali sebagai ‘naga seruling’ di kalangan masyarakat Jepun. Diperbuat daripada buluh, instrumen muzik ini sering digunakan dalam muzik klasik Shinto.

Bunyi yang dihasilkan dalam Ryuteki dikatakan mewakili naga yang mendaki langit (diwakili oleh Sho). Manakala manusia di bumi (diwakili oleh hichiriki). Ryuteki adalah salah satu daripada tiga seruling dalam rumpun instrumen muzik berkenaan.

Takeshi Sasamoto adalah antara pemain seruling terkemuka yang berjaya mempopularkan alat muzik Ryuteki mengikut aliran muzik terkini.

Brazil

BERIMBAU adalah antara instrumen muzik utama dalam persembahan seni capoeira Brazil. Reka bentuknya seolah-olah sebatang busur panah, alat muzik tradisional ini bagaimanapun tidak diketahui status asal usul sama ada dari Afrika, Orang Asli Brazil mahupun Eropah.

Busur muzik yang mengalunkan irama asyik ini menjadi pelengkap dalam rutin persembahan seni mempertahankan diri capoeira Brazil. Berimbau diperbuat daripada pita kayu sepanjang kira-kira empat kaki. Kayu yang digunakan adalah dari jenis verga yang didapati banyak tumbuh di Brazil dengan tali ditarik ketat serta bahagian hujungnya memuatkan buah labu kering. 

Thailand

KHONG Wong Lek adalah alat muzik tradisional Thailand yang diperbuat daripada gong bersaiz kecil yang membentuk deretan melengkung. Memuatkan keseluruhan 18 gong, semua bunyian itu mempunyai identiti tersendiri lalu menjadikan alunan Khong Wong Lek bertambah asyik.

Selain Khong Wong Lek, satu lagi instrumen Khong Wong Lai mempunyai identiti tersendiri. Selalunya dua alat muzik ini dimainkan serentak untuk pelbagai persembahan seni muzik tradisional.

Azerbaijan

GARMON adalah alat muzik akordian yang popular dimainkan di Azerbaijan. Negara Arab yang bersempadan dengan Russia di bahagian utara dan Iran di sebelah selatan ini memainkan Garmon dalam persembahan tarian yang menampakkan ciri hiburan unggul masyarakat Arab.

Garmon mempunyai dua garis butang di sebelah kanan yang memainkan nota skala diatonik dan sekurang-kurangnya dua baris butang di sebelah kiri yang memainkan chords. Selain Azerbaijan, Garmon juga menjadi antara alat muzik utama di Georgia dan Chechen. 

Jambatan budaya

WAKIL kumpulan Saratuspersen dari Indonesia, Muklis Sierra berkata, Royal Belum World Drums Festival 2012 dianggap jambatan budaya yang menyatukan identiti alat muzik sesebuah negara untuk dihayati secara bersama.

Mukhlis berkata, kumpulan pemuzik itu mengetengahkan elemen alat muzik dari Bali dan Sunda untuk dipelbagaikan serta disesuaikan mengikut aliran rentak muzik moden kontemporari.

“Jika kita lihat, ada banyak persamaan dari segi instrumen muzik terutama di dalam rumpun Melayu.

“Melalui festival ini, kita mampu menghayati keindahan instrumen muzik tradisi seperti yang kami cuba perkenalkan iaitu gamelan Bali, trompet Sunda dan gendang Sunda,” katanya yang tampil bersama 15 anggota pemuzik sepenuh masa dari Bandung pada festival itu.

Ditanya sejauh mana muzik mampu menyatukan bangsa dan budaya, Muklis berkata, pertunjukan seni muzik seperti yang mengisi festival gendang secara tidak langsung mendekatkan masyarakat dengan budaya.

Page 19: isu2 semasa

Beliau berkata, kumpulannya menjelajah banyak negara termasuk Jepun, Australia, Belgium dan Singapura bagi memperkenalkan muzik Indonesia.

Bagi Sylvia Park Se Hyun yang mewakili kumpulan pemuzik U Ri So Ri, mereka bangga diberi peluang mengetengahkan muzik Korea di festival berkenaan.

Sylvia yang sudah lebih 15 tahun menetap di Malaysia, membentuk kumpulan muzik tradisi Korea sejak lima tahun lalu bersama dengan 10 rakan senegara.

Mengetengahkan tarian sambil mengalunkan alat muzik Janggu, Jing dan Kweng Gwari, kumpulan muzik ini berjaya mengalirkan rentak muzik baru untuk dihayati.

“Setiap kali ada acara berkaitan persembahan tradisional, kami sering diundang untuk mengadakan pertunjukan seni. Kami pernah dijemput mengadakan persembahan di hadapan anggota Kabinet di Putrajaya dan saat itu cukup menyeronokkan,” katanya.

Kumpulan muzik Absolute Thai yang diwakili Universiti Rajabhat Nakhonpathom turut gembira kerana berpeluang mempamer budaya Thai dalam festival berkenaan. Tampil bersama 20 anggota, kumpulan Absolute Thai diketuai Pairat Damrongkittarworn.

“Apa yang istimewa apabila menghadiri festival muzik ini, kita bukan hanya dapat memperkenalkan seni muzik dari negara sendiri, malah secara tidak langsung mempelajari budaya dan seni muzik negara orang,” kata Pairat.

Info

Royal Belum World Drums Festival 2012 dianjurkan kerajaan Perak, Tourism Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta diuruskan oleh Kilatan Unggul EZ Events Sdn Bhd.

Malaysia diwakili empat kumpulan muzik iaitu White Percussion Unit, Dhol Federation, Pekusigatra dan Kuala Lumpur Drumline Crops yang tampil dengan persembahan menghiburkan disulami elemen tradisional.

Peserta Royal Belum World Drums Festival 2012:

Kuala Lumpur Drumline Corps (Malaysia) Dhol Federation (Malaysia) White Percussion Unit (Malaysia) Pekusigatra (Malaysia)  Wadaiko Syo (Jepun)  Capoeira Camara (Brazil)  Saratuspersen (Indonesia)  Absolute Thai (Thailand)  Rhythm Masala (Singapura)  Natiq Rhythm Group (Republic of Azerbaijan)  Malwa Sabhyacharak Club (India)  U Ri So Ri (Korea)  Bonita (Vietnam)