sistem ejaan bahasa melayu

12
BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: (i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy 2.1.1 Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah. Huruf Fonem di depan di tengah di belakang a e i o u [a] [] ə [e] [i] [o] [u] sapi emak enak itu oleh usang badi sena petak simpan kota tunas lupa imperialis me tauge sini pidato siku

Transcript of sistem ejaan bahasa melayu

Page 1: sistem ejaan bahasa melayu

BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u(ii) Huruf diftong: ai, au, oi(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

2.1.1 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakanga

e

i

o

u

[a]

[ə][e]

[i]

[o]

[u]

sapi

emakenak

itu

oleh

usang

badi

senapetak

simpan

kota

tunas

lupa

imperialismetauge

sini

pidato

siku

Page 2: sistem ejaan bahasa melayu

2.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

/ğ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

/ŋ/

/ń/

/p/

/q/

b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

ny

p

q

bahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Qur’an

sebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

Page 3: sistem ejaan bahasa melayu

/r/

/s/

/ś/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

r

s

sy

t

v

w

y

(i) z(ii) x

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zamanxenon

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat-

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz-

2.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang/ai/

/au/

/oi/

ai

au

oi

aising

auratauditorium

oidium

ghairahtrailer

saudara

boikot

pandai

harimau

amboi

2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Page 4: sistem ejaan bahasa melayu

2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal

(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang

terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata praakhir

Suku kata Akhir Tertutup

Contoh Penggunaan

1. a a asal talak halaman2. a i alih tarik parit3. a u asuh datuk baruh4. e (pepet) a emas kelam selam5. e (pepet) i betik ketil lebih6. e (pepet) u belut telur perut7. e (taling) a elak dewan perang8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh9. e (taling) o elok belok telor10. i a bilah kilang selinap11. i i intip pilih sisih12. i u pikul ribut tidur13. o a otak borang sekolah14. o e (taling) oleh boleh celoteh15. o o obor borong kelompok16. u a ulat bulat ketupat17. u i ulit kulit putih18. u u untuk buluh seluruh

2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bil Pola Contoh Bahasa Contoh Bahasa

Page 5: sistem ejaan bahasa melayu

Vokal Nusantara Inggeris1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel2. a-o calon lapor perabot atom faktor3. e pepet – e taling gembleng4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom5. i-e taling imlek simen tiket6. i-o ijon pilon diftong transistor7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor9. a-e pepet pakem teater10. e taling hipotesis objektif11. e taling-u petroleum spektrum12. e pepet – e pepet demdem pepet13. i-e pepet iseng artikel filem14. o-i fosil hipokrit15. o-u bonus forum16. u-e pepet lumer skuter17. e taling – e pepet meter18. o-e pepet Oktober

2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

2.3.1 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya:

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Akhlak Mulia Masyarakat JayaJalan MaharajalelaTaman Tun Dr. Ismail

2.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung

Page 6: sistem ejaan bahasa melayu

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya:

Dewan Bahasa dan PustakaSejarah Ekonomi dan Politik di MalaysiaDiari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan(tajuk surat / memo)

2.4 Penggunaan Tanda Baca

2.4.1 Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya:

Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik)Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan)

Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel)

2.4.2 Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:

b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat)dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain)hlm. (halaman) spt. (seperti)

2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

Page 7: sistem ejaan bahasa melayu

2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:

Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior

2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:

Teluk Intan Taman Bukit CahayaTeluk Air Tawar Kampung Baharu

2.5.3 Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya:

Perancis Belanda KanadaJapan Filipina Amerika SyarikatRepublik Rakyat China Mesir

2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya:England New York Cuba Bosnia-Herzegovina

2.6 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.

Page 8: sistem ejaan bahasa melayu

2.7 Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut:

adalah siapakah bilatahtolonglah itukah apatah

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:

2.7.1 Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu:

Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.Rambutnya pun tidak bersikat.Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.

2.7.2 Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu:

adapun andaipun biarpun kendatipunmahupun sekalipun walaupun ataupunbagaimanapun kalaupun lagipun meskipunsungguhpun

2.8 Penggunaan di dan ke

2.8.1 Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:

Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.

Page 9: sistem ejaan bahasa melayu

2.8.2 Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya:

disimpan kedua diawasikelima-lima disyorkan kehendak

dipercepat kesemua dikenal pastikesudahan

2.9 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah:

2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh

Contohnya:Anak-anak Pegawai-pegawai

Lambat-lambat Kerusi-kerusi

2.9.2 Menyambung Suku Kata

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti:

...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da-gungjawab sahaja... lam banyak hal...

2.9.3 Perjelaskan Ungkapan

Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

Page 10: sistem ejaan bahasa melayu

2.9.4 Merangkaikan Huruf

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti:

Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nyaPro-Arab Se-Malaysia

2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi

Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti:

Ke-20 Ke-100 Ke-3,000

2.9.6 Merangkaikan Angka

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an seperti:

Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an

2.9.7 Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti:

Alat pandang-dengarLebuh raya utara - selatan

Page 11: sistem ejaan bahasa melayu