SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

20
1 SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU Penulisan Kata Dasar Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: i. Keputusan itu adalah tidak adil. ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. iii. Sungai itu agak dalam. Penulisan Kata Terbitan Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar yang berimbuhan ( sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. MINGGU 5

description

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU. Penulisan Kata Dasar Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: Keputusan itu adalah tidak adil. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. Sungai itu agak dalam. Penulisan Kata Terbitan - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Page 1: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

1

SISTEM EJAAN RUMI BAHARUBAHASA MELAYU

Penulisan Kata Dasar

Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya:

i. Keputusan itu adalah tidak adil.ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang.iii. Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan

Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar yang berimbuhan ( sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

MINGGU 5

Page 2: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

2

Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan

Imbuhan Kata Kata Terbitan

Awalan Dasar

Anti karat antikarat

Auto graf autograf

Dwi bahasa dwibahasa

Juru mudi jurumudi

Poli klinik poliklinik

Pra sekolah prasekolah

Pro kerajaan prokerajaan

Sub kategori subkategori

Swa daya swadaya

Tata susila tatasusila

Tuna karya tunakarya

Page 3: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

3

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:

1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya:

Allah Yang Maha Esa

2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya:

bersikap anti

pro dan kontra

Page 4: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

4

3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar, contohnya:

se-Nusantarase-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran

Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut:

Akhiran Kata Kata TerbitanDasar

-an minum minuman-ah ustaz ustazah-isme ego egoisme-kan masuk masukkan-man budi budiman-nita biduan biduanita-wan harta hartawan

Page 5: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

5

Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan

Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut:

Apitan Kata Dasar Kata Terbitan

ber…ananggap beranggapan

ber…kan dasar berdasarkan

di…i iring diiringi

di…kan umum diumumkan

diper…kan tingkat dipertingkatkan

ke…an sejuk kesejukan

me…i kirim mengirimi

me…kan hadiah menghadiahkan

memper…i isteri memperisteri

memper..kan hambamemperhambakan

pe…an rasa perasaan

penge..an had pengehadan

ter..kan kata terkatakan

Page 6: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan

Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

-el- tunjuk telunjuk

-em- kuning kemuning

-er- gigi gerigi

-in- sambung sinambung

Penulisan Kata Sendi Nama

Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya.

1. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:

Page 7: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

7

i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu.

ii. Mereka berlayar menuju ke selatan.

2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya:

i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.

ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

3. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya:

i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja.

ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

Page 8: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

8

4. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya:

i. Adiknya tinggal di Kajang.

ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik)

Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:

kaulihat kuamati

kautulis kubaca

kaubisik kudengar

kauberi kuterima

Page 9: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

9

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya:

kasihku kasihmu kasihnya

rinduku rindumu rindunya

temanku temanmu temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya:

i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku?

ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini!

iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.

Page 10: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

10

Penulisan Partikel

Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun.

Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

ada-lah adalah

bimbing-lah bimbinglah

siapa-kah siapakah

bila-kah bilakah

apa-tah apatah

Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah.

Page 11: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

11

1. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya:

i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2. Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu:

adapun ataupun

andaipun bagaimanapun

biarpun kalaupun

kendatipun lagipun

mahupun meskipun

sekalipun sungguhpun

walaupun

Page 12: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

12

Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)

Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan.

Penulisan Kata Ulang Semu:

anai-anai biri-biri

hati-hati kuda-kuda

kupu-kupu labah-labah

labi-labi tupai-tupai

laki-laki undang-undang

Page 13: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

13

2. Penulisan Kata Ulang Jamak

jawatan-jawatan borang-borang

projek-projek dewan-dewan

program-program aktiviti-aktiviti

3. Penulisan Kata Ulang Berentak

bolak-balik gerak-geri

mundar-mandir lauk-pauk

kuih-muih ramah-tamah

serba-serbi kucar-kacir

4. Penulisan Kata Ulang Berimbuhan

keanak-anakan akhir-akhirnya

bersiar-siar segala-galanya

karang-mengarang menulis-nulis

Page 14: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

14

Penulisan Gabungan Kata

1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah.

i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah:

air hujah duta besar

balai raya jalan raya

bom tangan luar biasa

model linear garis lintang

tengah hari nasi minyak

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata

setara ditulis secara terpisah:

hidup mati adik kakak

ibu bapa miskin kaya

tua muda besar kecil

Page 15: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

15

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah:

buah hati hati batu

bulan madu pilih kasih

darah muda tangkai jering

2. Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan:

Bentuk Dasar Bentuk Berulang

balai raya balai-balai raya

guru besar guru-guru besar

kapal laut kapal-kapal laut

kertas kerja kertas-kertas kerja

Page 16: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

16

3. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, ermasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai:

ambil alih jadi pengambilalihananak emas menganakemaskanlipat ganda melipatgandakantidak adil ketidakadilan

ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap:

antarabangsa pesuruhjaya bumiputerasetiausaha jawatankuasa sukarelakakitangan suruhanjaya kerjasamawarganegara tanggungjawab olahragamatahari tandatangan

Page 17: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

17

iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai:

jawatankuasa jadi jawatankuasa- jawatankuasa

pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruh-

jaya

tanggungjawab tanggungjawab-

tanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan:

setiausaha jadi kesetiausahaan

tanggungjawab penanggungjawaban

warganegara kewarganegaraaan

tandatangan menandatangani

Page 18: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

18

Penggunaan Tanda Sempang ( - )

Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk:

i. menulis semua jenis kata ulang (kata ganda):

bukit-bukau gunung-ganang

sekolah-sekolah kekuning-kuningan

cita-cita keanak-anakan

ii. memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris:

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan per-

timbangan pihak Fakulti.

Page 19: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

19

iii. memperjelas ungkapan:

ber-evolusi ber-revolusi

iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama:

anti-Amerika hamba-Mu

ISBN-nya pro-Malaysia

v. merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal:

ke-24 ( kedua puluh empat)

ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an:

tahun 60-an (tahun enam puluhan)

tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

Page 20: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

20

vii. Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah:

alat-pandang dengar

mesin-ketam roda-gigi