SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan...
Transcript of SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan...
SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VEST
MENGGUNAKAN RFID
RAZIMAN BIN ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas para
Rasul Junjungan serta kaum kerabat baginda. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan
limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan laporan ini sebagaimana yang
dirancangkan.
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga buat Dr Mohd Murtadha bin Mohamad selaku penyelia projek saya. Beliaulah
yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan panduan serta idea yang bernas
sehingga terlaksananya projek ini.
Tidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi
yang banyak memberikan pandangan dan bantuan. Jasa anda semua tidak akan saya
lupakan.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan pandangan dan
cadangan sepanjang pelaksanaan projek ini, ribuan terima kasih diucapkan. Akhir kalam,
yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan
diri saya sendiri. Semoga jasa baik anda semua akan dirahmati dan diberkati olehNya.
Sekian, wassalam.
v
ABSTRAK
Di era negara yang sedang membangun sekarang, kewujudan mesin-mesin baru
untuk menghasilkan sesuatu barangan mula bertambah. Ini menyebabkan lambakan
barangan terjadi dan keperluan untuk pengurusan inventori menjadi lebih penting.
Apabila bilangan barangan bertambah, kaedah tradisional seperti pengurusan
menggunakan fail atau lejar menjadi kurang efisyen. Kaedah ini tidak mampu untuk
menampung bilangan data yang semakin meningkat setiap hari dan kesilapan semasa
mengurus data mungkin terjadi. Oleh demikian banyak sistem berasaskan komputer
telah diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengurusan inventori yang lama.
Sistem dihubung terus kepada pangkalan data, dan semakan inventori menjadi lebih
mudah. Bergerak seiring dengan era pembangunan, banyak teknologi-teknologi baru
telah diperkenalkan untuk membantu kehidupan manusia. Kebanyakkan teknologi ini
boleh diintegrasikan ke dalam sistem sedia ada untuk menghasilkan satu sistem yang
lebih baik. Salah satu teknologi tersebut adalah Radio Frequency Identification (RFID).
RFID digunakan untuk mengesan lokasi inventori dalam satu kawasan yang terhad di
mana isyarat dari tag yang dilekatkan di inventori boleh saling berhubungan dengan
pembaca RFID. Domain penggunaan peranti RFID dapat dilihat di kebanyakkan kilang-
kilang, perpustakaan utama, dan juga di pejabat-pejabat di mana pengesanan staf boleh
dilakukan. Dengan berpandukan kepada penggunaan teknologi RFID, satu projek yang
diberi nama Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID telah dibangunkan.
Pengurusan inventori menjadi lebih cekap dan komunikasi antara pentadbir sistem dan
pengguna biasa menjadi lebih mudah dengan pembangunan sistem berasaskan atas
talian. Selain itu sistem ini juga telah mengadaptasi kemudahan SMS sebagai pemberi
makluman kepada pengguna.
vi
ABSTRACT
In the era of massive country’s development now, the existing of new machines
to produce items is increasing. In this case, when the production has increased, the needs
for inventories management become more crucial. When the sizes of inventories are
increasing, the traditional methods such as using files or ledgers become less efficient.
This method cannot handle the increasing size of data every day and may causes error in
data management. Therefore, many computer-based systems had been introduced to
upgrade the classic inventories management system. The system will be directly
connected to the database, and the inventories checking have become easier. Moving
along with the technology development, many new technologies are introduced to
facilitate human’s life. Some of this technology can be integrated into the existing
system to produce a better system. One of the technologies is the Radio Frequency
Identification (RFID). The RFID is used to detect the location of inventory in a limited
area where the signal from tagged inventories can be received by the RFID reader. The
domain usage of the RFID can be found in many sectors such as factories, libraries, and
in the offices where the staff detection method can be used. With the usage of the RFID
technology, a project called “Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID” is
developed. The inventories management has become more effective and the
communication between the system administrator and normal users has become much
easier with the development of the online system. Redundant data management will be
simpler with the location monitoring that can be done using computers. Other than that,
this system uses the SMS technology to provide information to the user.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Matlamat Sistem 3
1.4 Objektif Sistem 3
1.5 Skop Sistem 4
1.6 Rumusan 5
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.2 Kajian Terhadap Proses Kerja Pemantauan Inventori 7
Blazer dan Vest Menggunakan Kaedah Tradisional
2.3 Kajian Terhadap Sistem Lain 8
2.3.1 Sistem Pemantauan Buku-buku Di Perpustakaan 8
Negara Malaysia
2.3.2 Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol 10
(SMART Tag)
2.4 Analisis Masalah Mengenai Sistem Pemantauan 11
Melalui Kaedah Tradisional
2.5 Kajian Terhadap Organisasi, Keperluan Pengguna, dan 11
Keperluan Sistem Dijalankan Di Organisasi
2.6 Teknik, Peralatan, dan Perisian Yang Akan Digunakan 13
Dalam Menyelesaikan Masalah
2.6.1 Sejarah Ringkas Bagi Teknologi Pengesanan 13
Lokasi
2.6.2 Radio Frequency Identification (RFID) 14
2.6.3 Tag RFID 15
2.6.4 Global Positioning System (GPS) 16
2.6.5 Uniform Resource Locator (URL) 17
2.6.6 Internet 17
2.6.7 Microsoft.NET 18
2.6.8 Platform .NET 19
2.6.9 Visual Studio .NET (VS .NET) 20
2.6.10 Pelayan Web (IIS) 20
2.7 Justifikasi Pemilihan Teknik, Peralatan, dan Perisian 21
2.8 Rumusan 22
ix
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Metodologi Yang Digunakan 24
3.2.1 Justifikasi Metodologi 28
3.3 Fasa Pembangunan Sistem 29
3.3.1 Aktiviti Dalam Fasa Pertama (PSM 1) 29
3.3.2 Aktiviti Dalam Fasa Kedua (PSM 2) 30
3.4 Keperluan Sistem 31
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 31
3.4.2 Spesifikasi Perisian 34
3.4.3 Justifikasi Pemilihan Perisian 35
3.5 Rumusan 37
4 REKABENTUK DAN ANALISIS SISTEM
4.1 Pengenalan 38
4.2 Rekabentuk Kawalan Capaian 41
4.3 Rekabentuk Sistem Aplikasi 42
4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 43
4.5 Rekabentuk Konsepsual 45
4.5.1 Rekabentuk Gambarajah Kes Guna 45
4.5.2 Rekabentuk Logikal 47
4.6 Rekabentuk Pangkalan data 51
4.7 Rekabentuk Rangkaian 53
4.8 Rekabentuk Antaramuka Sistem 53
4.9 Rumusan 54
x
5 PERLAKSANAAN DAN HASIL
5.1 Pengenalan 55
5.2 Fasa Perlaksanaan 55
5.3 Bahagian Implementasi 56
A) Pengekodan Untuk Bahagian Pendaftaran 56
Ahli
B) Pengekodan Untuk Bahagian Pentadbir 59
Sistem
C) Pengekodan Untuk Bahagian Staf dan 78
Pelajar UTM
5.4 Persekitaran Pembangunan 81
5.4.1 Proses Pengujian 82
5.4.2 Pengujian Unit 82
5.4.3 Pengujian Integrasi 83
5.4.4 Pengujian Kotak Hitam 85
5.5 Hasil 86
5.6 Rumusan 86
6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 87
6.2 Hasil dan Pencapaian 87
6.3 Masalah dan Kelemahan Sistem 90
6.4 Cadangan Bagi Pembaikan Peningkatan 91
6.5 Kesimpulan 92
xi
RUJUKAN 93
LAMPIRAN A - PSM 1 95
LAMPIRAN B - PSM 2 97
LAMPIRAN C - GAMBARAJAH KES GUNA DAN
GAMBARAJAH JUJUKAN 99
LAMPIRAN D - REKABENTUK PANGKALAN DATA 106
LAMPIRAN E – REKABENTUK ANTARAMUKA 114
LAMPIRAN F - MANUAL PENGGUNA 127
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Spesifikasi Minimum Komputer 32
3.2 Keperluan Perisian Dan Keterangan 35 4.1 Kawalan Capaian Pengguna 42 4.2 Rekabentuk Pangkalan Data 52
5.1 Hasil Bagi Pengujian Integrasi Yang Telah
Dilakukan 84
5.2 Hasil Bagi Pengujian Kotak Hitam Yang Telah
Dilakukan 85
6.1 Pencapaian Sistem Berdasarkan Objektif 89
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Proses Yang Berlaku Di Perpustakaan 9
2.2 Smart Tag 10 2.3 Logik Bagaimana RFID Berfungsi 15 3.1 Faktor-faktor Strategi Prototaip Evolusi 26
3.2 Pendekatan Pembangunan Prototaip Evolusi
Dalam Pembangunan Sistem 28
3.3 Lokasi RFID Mengikut Cadangan 33
3.4 Peranti RFID Yang Digunakan Dalam Sistem 33
3.5 Modem Dari Jenis Huawei E160 34
3.6 Modem Dari Jenis Fast Track Wavecom 34
4.1 Bahagian Utama Dalam Sistem 39
xiv
4.2 Aliran Aplikasi Sistem Tradisional 40
4.3 Aliran Aplikasi Sistem Yang Dibangunkan 41
4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 44
5.1 – 5.23 Keratan Kod Aturcara 58
xv
SENARAI SINGKATAN
ID / id - Identifikasi
IIS - Internet Information Service
GPS - Global Positioning System
RFID - Radio Frequency Identification
SDLC - Software Development Life Cycle
SMS - Short Messaging System
UML - Unified Modelling Language
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt PSM 1 95
B Carta Gantt PSM 2 97
C Gambarajah Kes Guna Dan Gambarajah Jujukan 99
D Rekabentuk Pangkalan Data 106
E Rekabentuk Antaramuka 114
F Manual Pengguna 127
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Untuk sekian lamanya organisasi telah menghadapi cabaran dalam mengesan dan
menjejak sumber manusia dan aset. Aktiviti-aktiviti seperti penerimaan, penyimpanan,
dan penghasilan item inventori dan mengesan keadaan dan lokasi aset utama serta
sumber manusia masih kekal tidak berubah. Cuba bayangkan cabaran untuk mengesan
kedudukan yang tepat bagi satu inventori yang berada di dalam gudang, daripada beribu-
ribu inventori yang kelihatan seakan-akan sama. Ketika teknologi tradisional boleh
membantu merekod apabila satu inventori sampai dan di mana ia diletakkan, tiada
sistem yang mampu menyediakan informasi lokasi yang tepat kepada pengurus bagi
operasi yang kompleks. Tiada sistem yang seperti itu sehinga diperkenalkan Radio
Frequency Identification (RFID).
Sistem Inventori Blazer dan Vest adalah sistem yang dapat mengesan lokasi aset
ini dan mengawasinya dari dibawa keluar dari tempat simpanan secara tidak sah. Satu
cara penyelesaian RFID kebiasaannya menggunakan satu komputer desktop ataupun
komputer riba, yang diletakkan pada satu kawasan yang tetap dan diawasi oleh seorang
staf. Sistem pengesanan ini akan berfungsi selagi “RFID reader” atau pembaca RFID
dapat mengesan isyarat dari tag yang dilekatkan pada satu-satu inventori.
2
1.2 Latarbelakang Masalah
Hampir keseluruhan sistem inventori di organisasi masih menggunakan cara
tradisional dalam sistem pengurusannya. Jika teknik pengurusan ini diurus dengan baik,
ia mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagi sistem inventori yang besar,
terdapat beberapa kelemahan yang akan timbul. Sebagai contoh, terdapat sistem
inventori masih menggunakan cara simpanan data secara manual iaitu mengunakan fail,
borang, dan perisian seperti Microsoft Excel atau Pro Data Maker. Apabila stok
inventori terlampau banyak, pihak pengurusan perlu menyimpan bilangan data yang
lebih banyak, dan carian data juga mungkin sukar dan memerlukan masa yang lebih
lama.
Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan sistem yang lebih berteknologi, di
mana pengguna hanya perlu memberi arahan kepada sistem dan biarkan sistem yang
membuat kerja. Ia turut memudahkan kandungan data yang berbeza seperti stok lama,
stok baru, lokasi inventori, dan staf yang bertanggungjawab terhadap inventori dipantau
dengan segera tanpa melibatkan dokumen yang berserabut.
Sistem melibatkan pengurusan inventori tidak akan lari dari masalah kehilangan
inventori. Memandangkan pengurusan data yang melibatkan dokumen yang banyak,
mungkin terdapat sesetengah pihak cuba membawa keluar inventori untuk kegunaan
persendirian secara haram kerana kurangnya penguatkuasaan. Dengan penggunaan
sistem berteknologi, inventori boleh dipantau setiap masa, dan dengan adanya teknologi
RFID, pihak pengurusan akan mengetahui sekiranya inventori berada dalam simpanan
atau sudah dibawa keluar dari fasiliti.
Sistem lama juga tidak akan lari dari pertindihan data, memandangkan masa
yang lama diperlukan untuk memeriksa rekod inventori yang banyak, maka proses ini
dilangkau oleh mana-mana staf. Sistem yang dibangunkan dapat membantu dalam
pembahagian data yang telah sedia ada dan data baru, dan pengguna seperti staf terlibat
3
akan mengetahui tentang adanya ralat dengan serta merta. Memandangkan sistem
tradisional mempunyai kelemahan yang ketara, maka sistem yang dibangunkan telah
dapat mengatasi masalah ini, dan sekaligus dapat memudahkan samada pihak organisasi
atau orang awam.
Tujuan utama projek ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak organisasi
memantau rekod inventori, membuat penambahan atau kemaskini data, memantau lokasi
inventori pada masa nyata, dan sekaligus membantu pertukaran maklumat di antara staf
dan orang awam.
1.3 Matlamat Sistem
Matlamat utama Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID ialah
untuk menyediakan satu sistem pengurusan inventori bagi kemudahan penyimpanan
maklumat inventori blazer melalui laman web ke pangkalan data dan mengaplikasikan
teknologi RFID sebagai gajet yang membantu dalam proses pengesanan lokasi aset.
1.4 Objektif Sistem
Sistem yang dibangunkan perlu mempunyai objektif yang harus dicapai oleh
pembangun. Bagi projek ini, terdapat beberapa objektif yang telah dicapai di mana
setiap satu telah dikenalpasti dengan sepenuhnya iaitu :
i. Mengkaji kelemahan yang terdapat di dalam sistem sedia ada. Kelemahan
ini perlu diatasi di dalam sistem baru yang telah dibangunkan.
4
ii. Membangunkan sistem secara atas talian untuk memudahkan capaian
oleh setiap kumpulan pengguna yang berbeza.
iii. Merekabentuk sistem yang dicadangkan mengikut kehendak pengguna
dan keperluan sistem. Pengguna lebih mudah untuk berinteraksi dengan
sistem yang lebih mesra pengguna dan senang difahami.
iv. Mengimplementasikan sistem cadangan mengikut fasa-fasa yang telah
ditentukan. Sistem perlu menjalani beberapa fasa penting dalam Kitar
Hayat Pembangunan Sistem (SDLC).
v. Membangunkan sistem yang dapat beroperasi berdasarkan masa nyata, di
mana pemantauan lokasi menggunakan RFID membolehkan lokasi storan
diketahui dengan cepat dan tepat.
1.5 Skop Sistem
Skop bagi sistem yang telah dibangunkan ini adalah seperti yang berikut :
i. Projek ini telah dibangunkan pada salah sebuah unit di Pejabat Hal Ehwal
Pelajar. Unit yang terlibat menguruskan inventori blazer dan vest.
ii. Entiti yang terlibat di dalam sistem ini adalah staf yang menguruskan
inventori ini.
iii. Capaian oleh pengguna biasa adalah terhad dan untuk mendapat
maklumat inventori secara lebih lanjut, mereka perlu berhubung dengan
mana-mana staf yang berkaitan.
iv. Sistem akan lebih tertumpu kepada fungsi mengesan lokasi inventori dan
samada inventori masih terdapat di organisasi atau tidak.
5
v. Sistem ini boleh dicapai menggunakan internet tetapi kebiasaannya ia
hanya akan dipantau dari satu lokasi sahaja samada di gudang atau pintu
keluar. Capaian dari pihak luar mungkin hanya untuk memantau
perjalanan stok sahaja.
1.6 Rumusan
Sistem yang telah dibangunkan ini merupakan sistem yang menggunakan
teknologi-teknologi terkini yang seiring dengan peredaran zaman. Pada zaman ICT kini,
penggunaan teknologi-teknologi mahupun sistem yang sotisfikated dilihat mampu
memudahkan tugas pengguna di samping meningkatkan mutu dan gaya kehidupan
rakyat Malaysia. Dari prospek sistem yang dicadangkan, masih banyak organisasi yang
belum memperkenalkan sistem pengurusan aset secara web dan mengimplementasikan
penggunaan teknologi baru seperti RFID. Ini sekaligus merugikan, kerana
perkembangan teknologi ini sebenarnya dapat membantu pengguna dalam kehidupan
harian yang lebih mudah dan efisyen. Selain menggantikan sistem tradisional yang
dilihat mempunyai banyak kelemahan, sistem yang dibangunkan ini juga mempunyai
banyak faedah ke atas pengguna.
Bagi pihak organisasi sendiri, proses-proses pemantauan inventori akan menjadi
lebih mudah. Lokasi inventori akan dipaparkan dengan segera dan tidak memerlukan
staf mencari data ia disimpan di dalam mana-mana fail. Pembangunan sistem secara web
juga diharap dapat membantu komunikasi antara staf yang mentadbir sistem dan
pengguna biasa seperti staf dan pelajar UTM yang mengguna pakai sistem.