Sistem Operasi

23
SISTEM OPERASI KURSUS : TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHAP : 2

description

ok

Transcript of Sistem Operasi

Page 1: Sistem Operasi

SISTEM OPERASI

KURSUS : TEKNOLOGI MAKLUMATTAHAP : 2

Page 2: Sistem Operasi

PENGENALAN KEPADA PERISIAN

Satu set arahan elektronik yang mengarahkan sistem komputer untuk beroperasi atau melakukan tugas-tugas yang dikehendaki oleh pengguna.

Contoh-contoh perisian adalah seperti Microsoft Windows 2003, Windows XP, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Micromedia Director dan sebagainya.

Perisian juga boleh didapati di dalam jenis grafik seperti perisian animasi, automasi pejabat, CAD dan sebagainya.

Page 3: Sistem Operasi

KATEGORI-KATEGORI PERISIAN

Perisian-perisian dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Terdapat tiga kategori perisian yang utama iaitu :

Perisian Sistem Operasi Perisian Aplikasi Perisian Utility

Page 4: Sistem Operasi

Perisian Sistem Operasi

Merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar.

Contoh perisian sistem operasi adalah seperti Microsoft Windows, DOS, Unix, MacOS, Solaris dan sebagainya.

Page 5: Sistem Operasi

Perisian Aplikasi

Meliputi perisian yang membolehkan seseorang melakukan tugas-tugas atau aplikasi yang dikehendaki.

Contoh perisian aplikasi adalah seperti perisian pemproses perkataan, pangkalan data, grafik dan sebagainya.

Page 6: Sistem Operasi

Perisian Utility

Merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan dan perisian aplikasi serta perisian sistem operasi.

Contoh perisian utility adalah seperti perisian anti-virus, penjagaan cakera keras, pemadam fail dan sebagainya

Page 7: Sistem Operasi

Sistem Operasi (OS)

Sistem operasi (OS) adalah sebuah perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sebuah sistem komputer. Apabila komputer dihidupkan, BIOS akan dibaca dan dijalankan untuk mengesan perkakasan-perkakasan asas seperti cakera keras, jumlah memori dan jenis pemproses. Setelah itu, OS pula akan dibaca dan dimasukkan ke dalam memori.

Page 8: Sistem Operasi

Fungsi utama sistem pengoperasian

Menguruskan proses-proses seperti menjalankan beberapa aplikasi pada satu masa.

Menguruskan pembahagian dan penggunaan memori utama di antara aplikasi-aplikasi.

Menguruskan dan membaca fail-fail di dalam cakera keras.

Menguruskan peranti-peranti input dan output (I/O) seperti kad video, papan kekunci dan tetikus.

Page 9: Sistem Operasi

TUGAS PERTAMA

Pengurusan proses yang perlu dilakukan oleh pemproses yang mana ia merupakan tugas utama sesebuah OS.

Ia mengendalikan penjadualan dan sistem pengiliran di antara aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada satu-satu masa supaya dapat diproses oleh pemproses dengan cara bergilir.

Ia menyebabkan aplikasi-aplikasi ini seolah-olah berjalan serentak, atau dipanggil sebagai multitasking atau multi tugas.

Kebanyakkan OS kini menyokong kefungsian ini. Satu lagi kefungsian yang berkaitan ialah multireading iaitu apabila sesebuah aplikasi mempunyai beberapa proses yang dijalankan secara serentak, sebagai contoh sesebuah pemproses perkataan boleh mengubahsuai sebuah dokumen dan pada masa yang sama ia boleh mencetak dokumen yang lain.

Page 10: Sistem Operasi

TUGASAN KEDUA

Tugasan pembahagian memori tidak kurang pentingnya kerana jumlah memori adalah terhad.

OS yang terkini memberi ruang dan lokasi memori yang khusus untuk sesebuah aplikasi.

Ini penting terutama sekiranya berlaku masalah pada salah satu aplikasi tersebut, ia tidak akan mengganggu aplikasi-aplikasi yang lain.

Jika jumlah memori utama tidak mencukupi, maka OS akan menggunakan cakera keras sebagai memori maya atau juga dikenali sebagai virtual memory yang bertindak sebagai memori tambahan walaupun ianya lebih lambat berbanding dengan memori utama.

Page 11: Sistem Operasi

TUGASAN KETIGA

Salah satu tugasan penting sesebuah OS ialah pengurusan fail-fail di dalam cakera keras.

Tugasan ini diperlukan kerana sesebuah fail itu disimpan di dalam cakera keras dalam beberapa segmen yang perlu dibaca dan dicantumkan semula menjadi satu dokumen atau aplikasi yang diperlukan oleh pengguna atau sesebuah aplikasi.

Lokasi di mana fail-fail ini disimpan di dalam cakera keras diletakkan di dalam sebuah fail yang diberi nama VFAT (Virtual File Allocation Table) dalam Window 95, FAT (File Allocation Table) dalam DOS dan HPFS (High Performance File System) di dalam OS/2. Selain daripada itu, OS juga menyediakan kemudahan-kemudahan berkaitan seperti untuk menyalin dan memadam fail-fail.

Page 12: Sistem Operasi

TUGASAN KE-EMPAT

Tugasan ke-empat ialah menguruskan peranti-peranti I/O seperti papan kekunci, kad video dan tetikus supaya berinteraksi dengan pengguna dengan baik.

Biasanya tugasan ini dilakukan dengan bantuan perisian pemacu (software driver) yang direka khusus untuk sesebuah peranti itu.

Perisian pemacu ini biasanya disertakan apabila pengguna membeli peranti-peranti tersebut.

Contoh peranti yang disertakan dengan perisian pemacu adalah seperti kad bunyi dan pencetak. Windows 95 dan 98 menyertakan bermacam-macam perisian pemacu untuk berbagai-bagai jenama peranti seperti kad bunyi, kad video, pencetak, modem dan sebagainya.

Page 13: Sistem Operasi

CIRI-CIRI SISTEM OPERASI

1. Pelbagai Pengguna (Multiuser)2. Pelbagai Pemprosesan (Multiprocessing)3. Pelbagai Tugas (Multitasking) 4. Pelbagai Tema (Multithreading)5. Pemprosesan Masa Nyata (Real Time

Processing)

Page 14: Sistem Operasi

Pelbagai Pengguna (Multiuser)

Membolehkan lebih daripada seorang pengguna menggunakan sesebuah sistem komputer pada satu-satu masa.

Terdapat OS yang membenarkan lebih daripada 100 malah 1000 pengguna secara serentak.

Kebanyakkan komputer jenis kerangka utama dan komputer mini mempunyai ciri-ciri tersebut

Page 15: Sistem Operasi

Pelbagai Pemprosesan (Multiprocessing)

Menyokong penggunaan sesebuah perisian atau program dari beberapa buah CPU secara serentak.

UNIX dan OS/2 merupakan antara OS yang menggunakan konsep sistem pelbagai pemprosesan.

Ia juga sering dikenali sebagai parallel processing.

Page 16: Sistem Operasi

Pelbagai Tugas (Multitasking)

Ciri pelbagai tugas (multitasking) membolehkan seseorang pengguna menggunakan beberapa buah program secara serentak dalam satu masa yang sama.

Hanya satu PC sahaja yang terlibat tetapi ia mampu berubah-ubah fungsi dan tugas di dalam mengendalikan beberapa buah perisian dalam satu masa yang sama.

UNIX, Windows 95 dan windows yang lebih tinggi merupakan contoh OS yang berteraskan multitasking.

Page 17: Sistem Operasi

Pelbagai Tema (Multithreading)

Membolehkan bahagian yang berbeza dalam sebuah program atau perisian dilancarkan secara serentak.

Contohnya semasa proses mencari maklumat menggunakan perisian Microsoft Internet Explorer dilakukan, dalam masa yang sama pengguna boleh melakukan operasi mencetak, operasi mendapatkan bantuan, operasi menukar spesifikasi perisian dan sebagainya.

Page 18: Sistem Operasi

Pemprosesan Masa Nyata (Real Time Processing)

Merupakan ciri yang membolehkan sesebuah sistem bertindak balas atau berinteraksi kepada tindak balas pengguna secara masa nyata dan makna sebenar kerana ia biasanya memerlukan beberapa saat ataupun beberapa minit untuk mula bertindak balas.

Page 19: Sistem Operasi

FAKTA SISTEM OPERASI

Windows 98, Windows ME, Windows 2000, UNIX dan solaris merupakan antara OS yang sering digunakan oleh kebanyakkan komputer masa kini.

Macintosh terkenal dengan penggunaan MacOS sebagai sistem operasi yang utama.

Setiap OS ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Page 20: Sistem Operasi

Sistem Pengoperasian Cakera (DOS)

Sistem pengoperasian cakera (Disk Operating System atau DOS) merupakan OS yang sering digunakan di kalangan pengguna komputer mikro pada suatu masa dahulu.

Sistem DOS yang terkenal ialah Microsoft Disk Operating System (MS-DOS) dan PC-DOS (Personal Computer Disk Operating System). Ianya dikeluarkan oleh IBM untuk komputer keluaran syarikatnya.

Page 21: Sistem Operasi

Kelebihan

DOS tidak memerlukan ruang storan dan memori yang tinggi.

DOS mampu beroperasi dalam apa jua jenis sistem komputer sama ada baru mahupun lama.

Ia memerlukan ruang memori sebanyak 512KB dan ruang storan yang kecil.

Ini berbeza dengan sistem operasi yang lain seperti Windows 98, 2000, XP dan lain-lain yang memerlukan sekurang-kurangnya 32 MB RAM dan kira-kira 100 MB ruang storan bagi membolehkan ianya digunakan dengan berkesan.

Page 22: Sistem Operasi

Kelemahan

Kebanyakkan perisian komputer yang dikeluarkan kini memerlukan sistem operasi yang lebih terkenal dan berkeupayaan tinggi seperti Microsoft Windows.

DOS merupakan sistem operasi yang berasaskan teks, di sini pengguna perlu memahami dan menghafal arahan-arahan DOS bagi memudahkan pengendalian.

Page 23: Sistem Operasi

ARAHAN DALAM DOS

Bil Command Fungsi

1. ver Memaparkan versi MS-DOS yang digunakan

2. cd .. Digunakan untuk menukar root directory

3. cd Digunakan untuk menukar directory

4. copy Untuk menyalin fail ke fail yang lain di dalam lokasi yang berlainan.

5. type Memaparkan kandungan fail

6. exit Keluar dari MS-DOS

7. format Format cakera a: / c:/ d: dll

8. fdisk Untuk cipta dan padamkan pembahagian (partition)

9. date Memaparkan tarikh semasa

10. rd Memindahkan directory