Sistem Otot

48
DISEDIAKAN OLEH : WAN HAFIZAH WAN DERAMAN NOR ATIRAH MOHD RAPINGI NURHIDAYATULFADHILAH MAT REFIN FATASYA NAJJUA -3PISMP MATEMATIK 1- Sistem Otot

description

Topik 4 dalam subjek PJM3106 (ANATOMI & FISIOLOGI)

Transcript of Sistem Otot

Page 1: Sistem Otot

DISEDIAKAN OLEH :WAN HAFIZAH WAN DERAMANNOR ATIRAH MOHD RAPINGI

NURHIDAYATULFADHILAH MAT REFINFATASYA NAJJUA

-3PISMP MATEMATIK 1-

Sistem Otot

Page 2: Sistem Otot

TAHUKAH ANDA???

Kira-kira 40% - 50% daripada berat badan manusia terdiri daripada tisu otot

Lebih kurang 600 otot terdapat dalam badan manusia

Page 3: Sistem Otot

SISTEM OTOT

Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia

berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot.

Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.

Page 4: Sistem Otot

Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang

menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain.

Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan,

dengan mengenakan daya kepada tula

ng dan sendi melalui pengecutan.

Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi

saraf.

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang.

Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang

mengosongkan bahagian tengah gentian otot

untuk miofibril.

Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat

kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang

lain seperti humerus

PERKAITAN DENGAN SISTEM OTOT

Page 5: Sistem Otot

KOMPONEN SISTEM RANGKA

Fiber Otot Merupakan sel-sel

otot

Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.

Berjalur dan bersaiz besar.

Diameter diantara 10-100 µm

Panjang sehingga 40cm.

Page 6: Sistem Otot

Tisu Penghubung

Endomisium- Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium

Perimisium- Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

Epimisium-Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Page 7: Sistem Otot

Tendon Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot

kepada tulang

Tendon tidak begitu kenyal

Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua

atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.

Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

Page 8: Sistem Otot

Kartilej Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran

darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakan pada tulang.

Page 9: Sistem Otot

FUNGSI OTOT Menghasilkan pergerakan

Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

Mengekalkan posturOtot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

Menstabilkan sendiSelain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

Menghasilkan habaSel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Page 10: Sistem Otot

JENIS-JENIS OTOT

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin.

Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

Page 11: Sistem Otot

Otot Rangka

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat

Rentak Kontraksi Tiada

Page 12: Sistem Otot

Otot Kardiak

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding jantung

Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.

Kelajuan Kontraksi Perlahan

Rentak Kontraksi Ada

Page 13: Sistem Otot

Otot Licin

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran

jantung

Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis

dan regangan.

Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan

Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

Page 14: Sistem Otot

CIRI-CIRI OTOT

Kebolehujaankemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Kebolehkucupankeupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

Kebolehpanjangankeupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

Kebolehanjalankeupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.

Page 15: Sistem Otot

JENIS-JENIS OTOT RANGKA

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Otot aksialOtot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.

Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

Otot apendikularOtot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.

Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

Page 16: Sistem Otot

Otot-otot Rangka Yang Utama

Pandangan hadapan dan belakang badan

Page 17: Sistem Otot

Bahagian Kepala

Otot muka

Page 18: Sistem Otot

Otot leher

Page 19: Sistem Otot

Bahagian Badan

Otot tengah badan

Page 20: Sistem Otot

Otot belakang badan

Page 21: Sistem Otot

Bahagian Lengan

Otot lengan

Page 22: Sistem Otot

Bahagian Kaki

Otot kaki

Page 23: Sistem Otot

LEKATAN OTOT Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-

kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu :

Proksimal* Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan.* Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.* Dikenali sebagai origin.

Distal* Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.* Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.* Dikenali sebagai insertion.

Page 24: Sistem Otot

Nama Otot Proksimal Distal

Sternocleidomastoid Sternum, klavikel Mastoid

Latissimus dorsi Bahagian bawah

vertebra, iliak

Hujung proksimal

Deltoid Klavikel, skapula Bahagian tengah humerus

Bisep brakii Skapula Proksimal radius

Pektoralis major Klavikel, sternum,

tulang rusuk

Proksimal humerus

Gluteal maksimus Sakrum, ilium Proksimal femur

Kuadriseps Bahagian atas pelvik Patella

Gastroknemius Distal femur dan fibula Kalkanus

Page 25: Sistem Otot

INTERAKSI OTOT-OTOT DALAM PERGERAKAN

RANGKASaling tindakan otot-otot

Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan.

Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:

Agonis

Otot-otot penggerak utama (prime movers)

Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus

Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus

Contoh: biseps brakii dan brakialis

Page 26: Sistem Otot

Antagonis Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan

otot penggerak utama.

Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.

Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.

Contoh: triseps brakii

Sinergis

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.

Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

Page 27: Sistem Otot

Perlekatan otot

Page 28: Sistem Otot

PENGUNCUPAN OTOT RANGKA

Jenis-jenis penguncupan otot

Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup.

Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi fi lamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.

Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

Penguncupan isometrik (penguncupan statik)

Penguncupan Isotonik

Penguncupan Isokinetik

Page 29: Sistem Otot

Penguncupan Isometrik (Penguncupan Statik)

Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.

Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya

Menolak dinding

Page 30: Sistem Otot

Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot

memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.

Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.

Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

Biceps curl

Page 31: Sistem Otot

Penguncupan Isokinetik

Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.

Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.

Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.

Bench press

Page 32: Sistem Otot

Halaju Penguncupan

Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.

Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.

Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat .

Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

Page 33: Sistem Otot

Fiber sentak cepat

Dikenali sebagai fiber jenis II.

Saiz lebih besar dan berwarna putih.

Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.

Contoh: lari pecut.

Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

Page 34: Sistem Otot

Fiber sentak lambat

Dikenali sebagai fiber jenis I.

Saiz lebih kecil dan berwarna merah.

Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.

Contoh: jogathon.

Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

Page 35: Sistem Otot

Kesan umur ke atas sistem otot

Page 36: Sistem Otot

Umur (tahun)

Perkembangan Psikomotor ( Motor kasar ----- Motor halus )

Lahir - 2 Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan. Ini adalah hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot kasar (leher, kaki, tangan dan kaki).

Perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggengam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan.

Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks yang melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil krayon dan melukis.

Page 37: Sistem Otot

2 Menaiki tangga dengan bantuan. Memegang objek-objek besar seperti bola

dan memanipulasi objek-objek kecil seperti krayon.

3 Melambung bola. Menunggang basikal roda tiga.

4 Melompat dan berlari. Menaiki dan menurun tangga tanpa

bantuan.

5 Menggunakan kasut roda. Menulis huruf-huruf dan perkataan-

perkataan yang mudah.

Page 38: Sistem Otot

6 Memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan baju.

7 - 12 Otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menulis dengan lebih kemas.

Belajar membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan.

Belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola.

Menjahit, mengait, membina model…… Belajar gimnastik, berenang, tenis dan

olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada

permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang.

12 - 15 Otot-otot bertambah kuat. Pertambahan koordinasi.

Page 39: Sistem Otot

7

JENIS-JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGUATKAN OTOT

Mengandungi protein dan karbohidrat seperti:-

•Daging

•Telur

•Buah-buahan dan sayur-sayuran

•Kacang

•Biji-bijian

•Susu rendah lemak

Page 40: Sistem Otot

OTOT & ANGKAT BERAT

Page 41: Sistem Otot
Page 42: Sistem Otot

OTOT & PEJALAN KAKI

Page 43: Sistem Otot
Page 44: Sistem Otot

GIMNAS & OTOT

Page 45: Sistem Otot

OTOT YANG TERLIBAT DALAM SUKAN BADMINTON

BICEPS

TRICEPS

DELTOIDS

GASTROCNEMIUS

QUADRICEPS

SOLEUS

Page 46: Sistem Otot

OTOT TERLIBAT DALAM SUKAN BOLA SEPAK

QUADRICEPS GASTROCNEMIUS

SOLEUS