SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

5
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU SISTEM RESPIRASI/PERNAFASAN Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Semasa badan dalam keadaan rehat, tisu-tisu badan menerima bekalan oksigen sepanjang masa melalui proses pernafasan. Dalam keadaan melakukan aktiviti fizikal, keperluan oksigen semakin bertambah. Komponen utama sistem respiratori dibahagi kepada dua: (a) Salur pernafasan Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul. (b) Paru-paru Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan. Proses sistem pernafasan berlaku seperti berikut : Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut. [email protected] Hidung Farinks Larinks Trakea Bronkus Bronkiul Alveolus

Transcript of SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

Page 1: SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

SISTEM RESPIRASI/PERNAFASAN• Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan

pertukaran gas.• Semasa badan dalam keadaan rehat, tisu-tisu badan menerima bekalan oksigen

sepanjang masa melalui proses pernafasan. • Dalam keadaan melakukan aktiviti fizikal, keperluan oksigen semakin bertambah.

Komponen utama sistem respiratori dibahagi kepada dua:

(a) Salur pernafasan Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari

tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul.

(b) Paru-paru Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga

lobus. Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-

gas pernafasan.

Proses sistem pernafasan berlaku seperti berikut :

[email protected]

Hidung

Farinks

Larinks

Trakea

Bronkus

Bronkiul

Alveolus

Page 2: SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

• Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut.

• Alveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Paru-paru adalah organ yang lembut dan berongga. Beratnya dianggarkan 1 kg.

• Pada bahagian paru-paru kiri, terdapat dua lobus manakala pada bahagian paru-paru kanan pula terdapat tiga lobus.

• Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh pergerakan sangkar kerangka (rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untuk menarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.

• Struktur alveolus yang terdapat dengan banyak di dalam paru-paru bagi membolehkan berlakunya pertukaran gas-gas untuk pernafasan.

PROSES PENGANGKUTAN GAS OLEH DARAHDarah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.(a) Pengangkutan oksigenOksigen diangkut melalui dua cara:

Oksigen larut di dalam plasma. Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.

(b) Pengangkutan karbon dioksidaKarbon dioksida diangkut melalui tiga cara:

Pelarutan dalam plasma. Bikarbonat. Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

[email protected]

Page 3: SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

RESPIRASI LUARAN RESPIRASI DALAMAN Semasa respirasi luaran, darah yang

melalui paru-paru memerangkap oksigen.

Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan.

Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus-menerus menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus.

Dengan itu, oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.

Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah.

Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonari meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi.

Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.

Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu.

Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah.

Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu.

Pada masa yang sama karbon dioksida meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh.

Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengankarbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.

[email protected]

RESPIRASI LUARAN DAN RESPIRASI DALAMAN

Page 4: SISTEM RESPIRASI/ PERNAFASAN

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

INSPIRASI/TARIK NAFAS (INHALATION)

CIRI-CIRI EKSPIRASI/HEMBUS NAFAS (EXHALATION)

Inspirasi adalah proses menyedut udara. Ini berlaku apabila diafragma dan otot-otot interkosta menguncup.

DEFINISI Ekspirasi ialah proses menghembus udara.Ini berlaku apabila diafragma dan otot interkosta mengendur dan mengembalikan rusuk ke kedudukan asal manakala isi padu kaviti toraks menjadi kurang dan tekanan udara di dalam akan meningkat.

Menguncup (contract) DIAGFRAM Mengendur (relaxes)Menguncup (contract) INTERCOSTAL

MUSCLEMengendur (relaxes)

Menaik (expand) TULANG RUSUK

Kedudukan asal

Menurun ( decrease) TEKANAN Meningkat (increase)Meningkat (increase) ISIPADU

paru-paruMenurun (decrease)

GAMBAR

[email protected]