Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

18

Click here to load reader

description

Bagaimana menyapa? Bacalah...

Transcript of Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

Page 1: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL

SINOPSIS

Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar

iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam

masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu;

2. menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat;

3. memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

24

SISTEM SAPAAN

KATA PANGGILAN DALAM

KELUARGA

KATA PANGGILAN DALAM

MASYARAKAT

PROTOKOL PANGGILAN DALAM

MAJLIS RASMI

Page 2: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan

Apakah maksud bahasa sapaan ?

Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.

b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya.

Keluarga Sedarah

Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.

i. Keluarga asas

25

Page 3: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PANGGILAN KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid

Ketua keluarga lelaki

Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan

Ketua keluarga perempuan

PANGGILAN KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

CARA MENYEBUT

Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak longNgah Anak kedua Bang Ngah, Kak NgahLang Anak ketiga Bang Lang, Kak LangUda Anak keempat Bang Uda, Kak UdaAndak Anak kelima Bang Andak, Kak AndakTeh Anak keenam Bang Teh, Kak TehBusu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su

PANGGILAN KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

CARA MENYEBUT

Abang Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

Abang serta namaContoh : Abang Ali atau Bang Li

Kakak Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Kakak serta namaContoh : Kakak Fatimah atauKak Timah

Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalamkeluargu

Adik serta namaContoh : Adik Rozita atau Adik ItaAdik Azlan atau Adik Lan

ii. Keluarga Suku / Perut

26

Page 4: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS KELUARGA SUKU / PERUT

Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak LongBang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak NgahBang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak LangBang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak UdaBang / Kak Andak Pak Andak / Mak AndakBang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + namaContoh : Abang Ali

Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + namaContoh : Kak Lili

Bapa saudara sepupu

Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa

Sama seperti panggilan kepadasaudara kandung sebelah ibu atau bapa.Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim

Emak saudara sepupu

Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak.Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah

27

Page 5: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan)

Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur )Contoh : Milah, Ahmad

Cucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur)Contoh : Amin , Hasnah

iii) Keluarga Turun-temurun

Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Onyang, moyang

Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan

Moyang , onyang

Datuk, tok, tok wan

Generasi lelaki sebelum keluarga asas

Datuk, tok , tok wan

Mak tok, nenek, opah, wan

Generasi perempuan sebelum keluarga asas

Mak tok, nenek, opah, wan

Datuk saudara Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek

Datuk, tok

Nenek saudara Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek

Nenek, nek, datuk, tok

Cucu Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu.

28

Page 6: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Contoh : Bang Long Bang Ngah

b. Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan.

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Ayah/ emak mertua

Ibu bapa kepada suami atau isteri

Ayah, bapak/ ibu, emak

Anak menantu Suami atau isteri kepada anak sendiri

Memanggil nama anak menantu tersebut

Ipar Abang/ adik suami atau isteri Abang serta nama Contoh: Abang AliPanggilan KeluargaContoh : Bang LongPanggilan keluarga serta nama : Alang HamidUntuk adik dipanggil nama sahajaContoh : Salleh

Ipar-duai / ipar-lamai

Sepupu suami atau sepupu isteri

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.

Biras Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar

29

Page 7: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Suami / isteri Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri)SayangYangAbang ( panggilan untuk suami )Mengikut panggilan dalam keluargaContoh: Along, AndakAyah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak.Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya

c. Keluarga Angkat

Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga:

i) Anak angkat benar

Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah.

ii) Anak angkat panggilan

Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil

30

Page 8: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.

iii) Anak angkat sementara

Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat.Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah.

d. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat

Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.

i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan biasa

HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI

Erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak, pak cik, mak, mak cik

Lebih erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak cik + namaPak + namaContoh : Pak Man

Mak cik + namaMak + namaContoh : Mak Munah

Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + namaContoh : Tok Man

Rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Tok Cik

31

Page 9: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Nek + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Nek Ngah

Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + namaContoh : Abang Zaki

Kak + namaContoh : Kak Tijah

Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.

Rapat Sebaya Nama sahaja

Kurang rapat Sebaya Saudara ( lelaki )Saudari ( perempuan)

ii) Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat.

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial.

Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut:

a. Gelaran pergaulan tak sengajab. Gelaran warisanc. Gelaran kurniaan kerajaand. Gelaran kurniaan ikhtisase. Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982)

a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)

32

Page 10: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Kata ganti diri sapaan

Orang yang ditujukan

Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan )

Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis

Digunakan bersama nama / jenis jawatanContoh : Tuan Pengetua

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.Contoh : Tuan Hakim

Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.Contoh : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta.Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

Orang yang bergelar seperti Haji, ProfesorContoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin

Orang perempuan yang memegang jawatan

33

Page 11: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Contoh : Puan Pengetua

Pengerusi sesuatu upacara atau majlisContoh : Puan Pengerusi

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmiContoh : Puan-puan sekelian

Cik Orang perempuan yang belum berkahwin

Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur

Saudara ( lelaki)/Saudari (perempuan)

Orang yang baru dikenali

Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur

Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis

Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran Warisan

Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti:

34

Page 12: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

GELARAN / BAHASA SAPAAN

Tengku, Raja ( Engku)EngkuMegat ( Encik Megat)Syed ( Tuan Syed )Wan ( Encik Wan / Cik Wan)Nik ( Pak Nik )Abang ( Sarawak)Abang (Brunei)Dayangku ( Brunei)

c. Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

GELARAN BAHASA SAPAAN

TunToh PuanTan SriPuan SriDatin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji.Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

d. Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

GELARAN BAHASA SAPAAN

ProfesorDoktorCikguUstaz

Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz

Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

35

Page 13: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

e. Gelaran Keagamaan

Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

GELARAN BAHASA SAPAAN

Haji

Hajah

Imam

Lebai

Tuan Haji / Pak Haji Osman

Puan Hajah / Mak Hajah EsahCik Haji ( bagi lelaki / perempuan )

Tuan Imam

Pak Lebai

Protokol

Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat.Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan :

Gelaran Diraja Gelaran Turun –temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Protokol Panggilan Hormat

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong

Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama )

36

Page 14: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Duli Yang Maha Mulia Sultan …….( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ……( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ….. ( nama )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi

Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ……( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..

( nama )

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator

37

Page 15: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim

Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku….. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka

Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah

Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti …..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

38

Page 16: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang

Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua

Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/

Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan….. Yang Mulia Cik…… Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

39

Page 17: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications.

Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

40

Page 18: Sistem Sapaan Dan Protokol Bahasa Melayu

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

41