Sister in Islam Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia
description
Transcript of Sister in Islam Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia
51
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
SISTER IN ISLAM: WAJAH GERAKAN LIBERALISME DI MALAYSIA?
1.0. PENGENALAN
Sisters In Islam (SIS) adalah satu di antara gerakan feminisme yang
memperjuangkan emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan
didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non
Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum
(Malaysia) Berhad. Sungguhpun kemunculan SIS boleh dianggap baharu
berbanding pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO wanita yang hadir lebih
dahulu sebelumnya, namun SIS sejak awal kemunculannya lagi telah berjaya
menjadi sebuah gerakan feminisme yang paling popular dan terkehadapan di
Malaysia.
Sejak dari awal penubuhan, SIS dilihat sebagai gerakan feminisme yang paling
aktif dan vokal dalam memperjuang dan mempertahankan ideanya. Fenomena ini
telah menjadikan SIS sebagai sebuah gerakan wanita yang sentiasa dibayangi
kontroversi di sebalik kejayaannya. Lebih dari itu, perjuangan SIS yang
mendaulatkan hak-hak asasi manusia dan prinsip-prinsip sejagat, serta
pendekatan agamanya yang berasaskan tafsiran dari perspektif hak-hak
kemanusiaan, telah mengundang dakwaan yang mengaitkannya dengan aliran
fahaman Islam Liberal. Sebelum mengaitkan SIS dengan aliran Islam Liberal,
pengenalan terhadap organisasi SIS dan peranannya sebagai gerakan feminisme
Islam di Malaysia perlu dibincangkan secara teliti.
2.0. LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Sejarah SIS bermula dengan sebuah ‘study group’ yang terdiri dari kalangan
sahabat wanita profesional yang terdiri dari peguam, aktivis, ahli akademik dan
52
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
wartawan.1 Gerakan awal kumpulan wanita ini bermula pada tahun 1987, apabila
Persatuan Peguam-peguam Wanita (Association of Women Lawyers; AWL) telah
menjemput kumpulan wanita ini untuk bergabung di bawah sebuah jawatankuasa
kecil yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Persatuan Peguam-Peguam
Syariah Wanita (The Association of Women Lawyer’s Syariah Sub Committee).
Pertemuan ini merupakan pertemuan kali pertama mereka. Jawatankuasa kecil ini
telah membuka ruang kepada mereka untuk mengkaji permasalahan-
permasalahan yang berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang keluarga
Islam baru yang telah dibentuk dalam tahun 1984 dan dikuatkuasakan pada tahun
1987.
Segalanya-galanya bertolak dari sebuah persoalan iaitu “Kalau Allah itu Maha Adil
atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang
dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskan ketidakadilan?” Menurut Puan Ratna,
persoalan asas inilah yang menjadi pendorong dan penyuntik semangat kumpulan
wanita ini untuk mengetahui benarkah wujud dalam ajaran Islam yang
menganjurkan ketidakadilan terhadap kaum wanita.2 Persoalan ini telah menarik
minat mereka untuk mendalami ajaran Islam dan hukum-hukamnya. Maka,
sebagai permulaan, kumpulan ini telah mengadakan kelas kajian terhadap al-
Qur`an, ilmu tafsir, Syariah dan fiqh. Untuk menjayakan kelas ini, mereka telah
menjemput Dr. Abdullahi Ahmed An-Na‘im dan kemudiannya, Dr. Amina Wadud
1Barisan pengasas awal SIS terdiri dari Zainah Anwar; seorang jurnalis, Salbiah Ahmad; pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM), Rashidah Abdullah; pengasas bersama kepada Asian-Pacific Resource and Research Centre for Women (ARROW), Rose Ismail; penulis kanan akhbar The New Straits Times, Norani Othman; mantan Profesor dan mantan Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Askiah Adam iaitu seorang jurnalis, Aminah Wadud iaitu ahli akademik dan mantan pensyarah UIAM dan Sharifah Zuriah Aljefri pula ialah seorang penggiat seni. Norani Othman, Rashidah Abdullah, Rose Ismail, Sharifah Zuriah dan Zainah Anwar masih lagi aktif dalam barisan pimpinan SIS sehingga kini. Sementara, Amina Wadud dan Askiah sudah tidak menganggotai SIS lagi, namun mereka masih tetap terlibat dan komited memberi sokongan kepada SIS; Sisters In Islam, 2006, hlm. 3-4.
2Temu bual pengkaji bersama Puan Ratna pada 30 Mac, 2011, jam 2.30 petang, bertempat di Ibu Pejabat SIS, Petaling Jaya,
Selangor. Ratna Osman ialah Pemangku Pengarah Eksekutif. Beliau adalah sarjana lulusan undang-undang, LLB (Law dan Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa (Islamabad, Pakistan) dan mampu berkomunikasi dalam berbagai-bagai-bagai bahasa iaitu Inggeris, Arab dan Urdu. Sebelum menyertai SIS, beliau telah pun terlibat dalam dunia perdagangan dan korporat. Oleh kerana, kesedaran yang tinggi terhadap perjuangan feminisme Islam, serta keinginan yang mendalam untuk memberi khidmat dalam perkembangan reformasi Islam dan pembangunan sosial masyarakat, beliau telah mengambil keputusan untuk aktif sepenuh masa dalam pergerakan SIS, pada tahun 2009. Setelah menyertai pertubuhan ini, beliau dilantik sebagai Pengarah Program Advokasi, Khidmat Perundangan dan Unit Reform (Programme Manager for the Advocacy, Legal Service and Reform Unit). Di samping kerja-kerja sosial, beliau juga banyak terlibat dalam penulisan dan penyelidikan yang dijalankan SIS khasnya, dalam aktiviti-aktiviti kempen dan advokasi perundangan dan reformasi pemikiran Islam. Lihat juga: Sisters In Islam, 2006, Empowering Voices for Change. Annual Review. Sisters In Islam. Selangor, hlm. 2-3.
53
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
sebagai tenaga pengajar. Ketika itu, kedua-dua tokoh ini bertugas sebagai
pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Menurut Ratna :
“Mulai dari situ, mereka memahami bahawa segalanya berpunca dari kefahaman
umum yang mengatakan undang-undang Islam itu adalah Syariah. Apabila ia
disebut Syariah, maka ia mestilah diterima secara mutlak serta tidak lagi boleh
untuk dipertikaikan. Sebaliknya, SIS memahami bahawa Syariah itu adalah hasil
kerja manusia yang mungkin berdasarkan pada al-Qur`an dan Hadith. Namun,
perolehan untuk hukum di mana, kebanyakannya diambil dari hasil kerja-kerja
para imam fiqh, sebenarnya bersifat manusiawi. Maka, sudah tentu undang-
undang tersebut sentiasa terbuka untuk dikaji, dipersoalkan, diperkemas mahupun
ditolak mengikut sebab-sebab yang tertentu.”3
Pada peringkat awalnya, kumpulan wanita ini bergerak dalam keadaan yang
begitu sederhana dengan siri perbincangan yang diadakan di kediaman Zainah
Anwar4 selama lebih kurang tiga tahun sehinggalah beliau berpindah ke London
untuk bekerja di bawah sekretariat Komanwel.5 Dengan tertubuhnya
jawatankuasa tersebut, pergerakan kumpulan wanita ini ternyata berjaya menemui
sasarannya. Mereka telah dihadapkan dengan pelbagai aduan daripada golongan
wanita yang menghadapi pelbagai masalah yang berpunca dari krisis
perkahwinan, poligami dan penceraian. Isu-isu seperti ketidakadilan suami,
kesukaran dalam menuntut hak dan nafkah serta keadilan dan keberkesanan
badan atau pihak berkuasa agama, menjadi siri popular yang dihidangkan kepada
mereka. Oleh itu di peringkat awalnya, mereka banyak memberi tumpuan kepada
3Temu bual pengkaji bersama Puan Ratna pada 30 Mac, 2011.
4Zainah Anwar telah lama berkhidmat sebagai jurnalis bagi akhbar The New Straits Times, kemudiannya telah melanjutkan
pelajaran ke peringkat sarjana di Boston University, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang pengasas utama Sisters In Islam dan telah memimpin pertubuhan ini selama hampir 20 tahun dalam perjuangannya menegakkan hak-hak wanita dalam Islam. Beliau juga pernah dilantik menjadi ahli Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Selain kerjayanya sebagai seorang jurnalis dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau sangat aktif dalam penyampaian ceramah-ceramah umum berkenaan dengan Islam dan hak-hak wanita, politik, kebebasan masyarakat sivil dalam dan luar negara. Antara jawatan-jawatan lain yang dipegangnya ialah sebagai Ketua Pegawai Program, Bahagian Hal Ehwal Politik, secretariat Komanwel (Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat) yang berpusat di London dan Penganalisis Kanan di Institut Strategi dan Kajian Antarabangsa (Institute of Strategic and International Studies; ISIS), Kuala Lumpur. Bukunya bertajuk Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students,1987, Pelanduk Publications, Petaling Jaya, telah menjadi salah satu rujukan utama dalam kajian mengenai Islam di Malaysia.
5Sisters In Islam, 2006, hlm. 2; Nazila Ghanea-Hercock, 2009, Sisters In Islam, Draft, NGPA Working Papers Series,
www.Ise.ac.uk/ngpa/publications, hlm. 7.
54
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
permasalahan wanita dari sudut undang-undang dan perlaksanaannya. Tumpuan
mereka banyak pada kajian untuk mengenal pasti dan memahami sebarang
kepincangan dalam pelaksanaan undang-undang Syariah. Sekaligus, mereka
berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi sebarang kelemahan dalam
pelaksanaan sistem perundangan tersebut.6
Bagi mencapai hasrat tersebut, buat pertama kalinya, kumpulan ini telah
mengendalikan sebuah bengkel yang turut melibatkan The National Council of
Women’s Organisations (NCWO),7 Bahagian Hal Ehwal Wanita Kerajaan
Persekutuan (The Federal Government’s Women’s Affair Division) dan Pusat
Islam di Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung dalam tahun 1988. Objektif
utama bengkel tersebut ialah untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan
pihak berkewajiban tentang permasalahan-permasalahan yang dialami oleh
golongan wanita ekoran dari pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam yang
baru. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengemukakan rumusan ke arah
reformasi undang-undang dan mencari prosedur baru bagi memastikan hak-hak
wanita Islam dilindungi secara perundangan.8
Idea reformasi terhadap undang-undang tersebut sebenarnya hanyalah permulaan
perjalanan kumpulan ini. Mereka melihat pendekatan perundangan semata-mata
tidak memadai. Sebaliknya, punca kepada segala permasalahan berkaitan
penindasan gender perlu dikenal pasti untuk diatasi. Menurut mereka, terdapat
pelbagai faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. Mereka mengenal pasti
bahawa punca utama kepada masalah tersebut adalah berpaksi kepada krisis
kefahaman sama ada dari persepsi yang terseleweng atau kejahilan terhadap
ajaran agama Islam itu sendiri.9
6Temu bual pengkaji bersama Puan Ratna pada 30 Mac, 2011.
7NCWO telah ditubuhkan pada 25 Ogos, 1963 dan Kamsiah Abdul Majid (Presiden Women’s Institute) adalah presiden pertamanya.
Badan NGO ini ditubuhkan sebagai wadah untuk menggabungkan pelbagai pertubuhan wanita yang wujud ketika itu. Dengan tertubuhnya badan ini serta kesedaran emansipasi wanita yang semakin meluas, kegiatan NGO-NGO wanita tidak lagi setakat membela kepentingan dan menjaga kebajikan kaum wanita semata-mata, malah langkah-langkah penentangan terhadap undang-undang yang diskriminatif ke atas wanita semakin giat diambil.
8Sisters In Islam, 2006, hlm. 2.
9Sisters In Islam, 2006, hlm. 3.
55
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
Menurut SIS, lebih malang lagi, trend penyampaian ajaran Islam khasnya yang
berkaitan dengan isu kekeluargaan sama ada melalui kuliah-kuliah agama, siaran
media massa, mahupun keputusan-keputusan di mahkamah Syariah dilihat tidak
membantu memberi kesedaran sebenar apatah lagi untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan keadilan dan kesetaraan gender. Ratna menjelaskan
bahawa masyarakat sering didedahkan dengan ajaran-ajaran seperti kedudukan
lelaki yang mengatasi wanita, lelaki adalah ketua keluarga, kesaksian seorang
lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita, lelaki diberi hak untuk memukul
isteri, satu-satunya tempat bagi perempuan yang tidak mentaati suaminya di
akhirat kelak ialah neraka dan seumpamanya. Semua ini dilihat banyak membawa
imej ketiadaan perseimbangan gender dalam ajaran dan sistem Islam.10
Kumpulan wanita ini beranggapan bahawa fenomena berat sebelah ini berpunca
dari pembacaan dan pentafsiran secara sehala terhadap teks agama yang
dimonopoli oleh kaum lelaki yang mendukung konsep ketuanan mereka.11
Sebagai contoh, kumpulan wanita ini telah lama mendesak kerajaan agar
menerima kes keganasan rumah tangga sebagai satu bentuk jenayah. Malangnya
terdapat bantahan ketika itu dari pihak Pusat Islam sendiri yang berpendapat
bahawa undang-undang keganasan rumah tangga tidak boleh disabitkan ke atas
pihak suami yang memukul isterinya yang nusyuz. Alasan yang diberikan ialah
kerana Islam membenarkan si suami memukul isterinya yang nusyuz berasaskan
dalil dari al-Qur`an. Menurut mereka, hujah sedemikian sangat-sangat tidak
masuk akal, kerana sebagai orang Islam, mereka percaya bahawa Islam itu
agama keadilan, Allah itu Maha Adil dan mustahil yang Allah itu memuliakan
ketidakadilan, menyokong keganasan dan penindasan terhadap kaum wanita.12
Akhirnya, mereka menyimpulkan bahawa persepsi yang salah terhadap ajaran
Islam, tafsiran terhadap nas agama iaitu ayat al-Qur`an dan Hadith serta hukum
10
Temu bual pengkaji bersama Puan Ratna pada 30 Mac, 2011. 11
Sisters In Islam, 2007, Tentang SIS, atas talian: http://www.sistersinislam.org.my/BM/pengenalan. htm. [10 Disember, 2008]; Sisters In Islam, 2006, hlm. 3.
12Sisters In Islam, 2006, hlm. 3.
56
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
fikah yang dicemari dengan budaya silam yang menganjurkan doktrin patriarki,
menjadi punca kepada keberlangsungan ketidakadilan terhadap kaum wanita.
Jadi, bagi menangani kecelaruan tafsiran berhubung persamaan hak dan persepsi
sehala yang melebihkan kaum lelaki ini, keperluan untuk melihat semula tafsiran
teks al-Qur`an menjadi tuntutan kumpulan feminisme ini.13
Justeru, di samping cuba mencari maksud sebenar kehendak agama dalam isu
kesetaraan gender, kumpulan wanita ini juga merasakan diri mereka terpanggil
untuk membetulkan semula persepsi dan penyelewengan terhadap ajaran agama
dalam isu tersebut. Namun, kewujudan mereka sebelum ini sebagai sebuah
persatuan yang hanya melakukan kajian terhadap permasalahan undang-undang
keluarga Islam semata-mata tidak mampu memenuhi tuntutan dan hasrat tersebut.
Jadi berasaskan kesedaran untuk merungkai dan menyelesaikan persoalan inilah,
mereka berusaha ke arah pembentukan pergerakan feminisme Islam. Pergerakan
feminisme ini merupakan sebuah gerakan yang mendukung dan mengembangkan
Islam sebagai agama yang mendaulatkan keadilan dan hak sama rata dan
kemuliaan martabat manusia, sekali gus menentang sebarang bentuk penindasan
dan penafian terhadap hak-hak asasi kaum wanita.14
Selain faktor-faktor dalaman tersebut di atas, tidak dinafikan bahawa faktor luaran,
terutamanya pengaruh gerakan feminisme Barat, banyak mempengaruhi
perkembangan perjuangan feminisme sedunia. Begitu juga di Malaysia, pengaruh
gerakan feminisme Barat ini banyak menyumbang kepada perkembangan gerakan
feminisme di sini termasuklah SIS. Mereka dilihat tertarik dengan seruan
feminisme sejagat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak
kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita dan pelbagai pendekatan yang
berpusat kepada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi
kaum wanita. Kebanyakan pejuang feminisme terfokus kepada beberapa isu asas
13
Temu bual pengkaji bersama Cik Norhayati Kaprawi, pada 3 Mac, 2011, jam 11.30 pagi di Restoran Chawan, berhadapan dengan Bangsar Village Mall, Bangsar, Kuala Lumpur. Lihat juga: Sisters In Islam, 2007, Tentang SIS, atas talian: http://www.sistersinislam.org.my/BM/pengenalan.htm [10 Disember, 2008].
14Sisters In Islam, 2007, Tentang SIS, atas talian: http://www.sistersinislam.org.my/BM/pengenalan. htm. [10 Disember, 2008];
Sisters In Islam, 2006, hlm. 3.
57
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara membangun seperti kemiskinan,
kemunduran, pemodenan, keadilan sosial dan sebagainya.15
Fenomena ini boleh dilihat setelah berlangsungnya beberapa persidangan yang
dianjurkan oleh pejuang feminis di peringkat antarabangsa seperti di Nairobi
(1985)16 dan Beijing (1995).17 Persidangan feminisme sejagat ini telah memberi
kesan yang meluas terhadap kemunculan gerakan feminisme di negara
membangun. Dari situ, satu jawatankuasa di peringkat antarabangsa telah
dibentuk bagi menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara-
negara tersebut. Dari semasa ke semasa, siri persidangan atau konferen
antarabangsa ini berjaya meluluskan resolusi-resolusi yang berkaitan dengan
perjuangan feminisme. Resolusi-resolusi yang diluluskan ini kemudiannya
dikemukakan kepada pemimpin-pemimpin di negara masing-masing dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar
pembaharuan dan perubahan bagi wanita.
Sebuah artikel melaporkan bahawa Prof. Datin Dr. Azizan Baharudin,18 ketika
berucap di Muktamar Wanita Islam di Alam Melayu 2009, anjuran Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menjelaskan: “Wanita Barat melalui
15
Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rasyid, Gerakan Feminisme di Malaysia – Antara Idealisme Dengan Matlamat, Dewan Budaya, Bil. 8, Jil. 20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ogos, 1998, hlm. 10.
16Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun
1985 bertemakan Forward Looking Strategies bagi menghadapi tahun 2000. Resolusi-resolusi yang terkandung dalam risalah antarabangsa ini meliputi usul-usul utama berkenaan dengan hak kesetaraan gender, autonomi dan kuasa wanita. Secara ringkasnya konferen antarabangsa ini membawa resolusi untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap kaum wanita melalui sistem perundangan. Persamaan tersebut juga meliputi hak dalam isu kahwin dan cerai. Ia mendesak semua kerajaan agar membentuk satu badan kerajaan yang memantau perlaksanaan hak persamaan ini. Mengenai autonomi dan kuasa bagi wanita, ia menuntut agar wanita memperoleh kuasa dan pilihan sendiri dalam menentukan status perkahwinan, kuasa berekonomi seperti hak untuk membeli atau menjual harta miliknya secara bebas. Konferen ini juga memutuskan resolusi yang mengiktiraf kerja-kerja (rumah tangga) wanita yang tidak berbayar dan meningkatkan peluang wanita dalam kerjaya yang berbayar. Ia mendesak agar pihak kerajaan berusaha membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh mengurangkan kerja-kerja wanita yang tidak berbayar. Perkhidmatan tersebut antaranya memperkenalkan insentif tertentu kepada pihak majikan yang menyediakan kemudahan penjagaan anak bagi golongan ibu bapa yang bekerja dengannya. Seterusnya, dalam bidang kerjaya yang berbayar, ia mendesak agar kaum wanita diberi peluang yang sama rata untuk memiliki kerjaya dan kadar gaji yang sama nilai dengan kaum lelaki. Sila lihat: Official UN Documents of the Women's / Beijing Process, atas talian: http://www.earthsummit2002.org/toolkits/women/un-doku/un%20beijing.html [28 Februari, 2010].
17Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995 ini bertujuan untuk
mempercepatkan pelaksanaan perjanjian-perjanjian bersejarah yang telah dipersetujui dalam Persidangan Dunia Ketiga tentang Wanita yang diadakan di Nairobi, Kenya pada tahun 1985.
18Dr. Azizan binti Baharuddin adalah Profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Universiti Malaya. Lulusan
Ph.D. dari Universiti Lancaster, United Kingdom, beliau kini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Malaya. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Dialog Peradaban, Canselori, 2001- 2009.
58
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
persidangan wanita di Beijing pada tahun 1995, berjaya mengarusperdanakan
konsep wanita di dalam pembangunan.”19 Pengaruh perkembangan gerakan
feminisme di peringkat antarabangsa ini turut mencorak pembentukan SIS sebagai
sebuah gerakan feminisme di Malaysia. Hakikat ini diakui sendiri oleh Norani
Othman, salah seorang pengasas dan tokoh terpenting SIS, di mana beliau
menjelaskan bahawa penyertaan SIS dalam konferen wanita sedunia itu telah
menyuntik semangat mereka, sekaligus mengesahkan peranan SIS sebagai
sebuah gerakan ‘feminis Islam’.20
Secara ringkasnya, perkembangan pergerakan kumpulan wanita tersebut yang
bermula dari perbincangan antara kumpulan sahabat, pengkajian dalam bidang
perundangan, penglibatan langsung dalam penyediaan bantuan kepada mangsa
krisis kekeluargaan, kempen reformasi undang-undang, seterusnya idea
pengkajian semula al-Qur`an, adalah tahap-tahap bagaimana kumpulan feminis ini
menuju ke arah pembentukan sebuah organisasi feminisme Islam yang lengkap
dengan ideologi, falsafah dan matlamat perjuangan yang tersendiri. Turut
dijelaskan juga bahawa perjuangan mereka bertolak atas semangat menyokong
revolusi Islam sebagai agama yang meningkatkan martabat kaum wanita.21
Berasaskan faktor-faktor, semangat dan cita-cita perjuangan ini, mereka mulai
bangkit dalam sebuah organisasi keagamaan yang mencari keadilan dari sudut
hak-hak kemanusiaan.
Adalah penting untuk diketahui bahawa SIS mempunyai link yang erat dan luas
dengan negara-negara luar, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO); Islam
dan bukan Islam sama ada di peringkat dalaman mahu pun luar negara, parti
19
Rabiatul Adawiah Koh Abdullah, 8 Mac, 2009, Perjuangan Gender Tajaan Barat, atas talian: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm [12 Mac, 2009]; Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rasyid, 1998, Gerakan Feminisme di Malaysia – Antara Idealisme Dengan Matlamat, Dewan Budaya, 8 (20), hlm. 10.
20Nazila Ghanea-Hercock, 2009, hlm. 8.
21Sisters In Islam, Pengenalan, atas talian: http://www. sistersinislam.org.my/BM/whi-pengenalan.htm [28 Februari, 2010].
59
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
politik, ahli akademik, aktivis-aktivis persendirian, individu-individu dan pihak
kementerian.
3.0. ISLAM DARI PERSPEKTIF SIS
Secara etimologi, SIS boleh dirujuk sebagai sebuah gerakan yang mempunyai dua
premis utama yang tersirat di sebalik penubuhannya iaitu pertama; Islam dan
reformasi agama, kedua; perjuangan mempertahankan hak-hak kemanusiaan.
Justeru, kajian yang membandingkan ideologi atau kefahaman SIS dengan
gagasan ideologi aliran Islam Liberal menjadi perkara paling asas dalam usaha
untuk menjawab persoalan di atas. Di samping itu, reformasi Islam juga adalah
antara hasrat dan matlamat utama penubuhan SIS. Maka sudah tentu kefahaman
yang jelas terhadap perspektif Islam SIS menjadi asas penting kepada sebarang
justifikasi terhadapnya.
SIS sebelum memulakan perbincangan mengenai konsep dan agenda
perjuangannya, sudah awal-awal lagi memberi fokus pada aspek ideologi dengan
menganjurkan perbincangan yang merujuk kepada maksud atau tujuan asal Islam
yang diwahyukan dalam kehidupan umat manusia. SIS berusaha mengajak
masyarakat Islam untuk menganalisis dan menilai semula apakah Islam seperti
yang difahami dan diamalkan oleh majoriti umat Islam dewasa ini adalah sebenar-
benarnya menepati maksud dan kehendak asal Islam yang diwahyukan itu. Lalu,
dalam usaha untuk menjustifikasikan kewujudan SIS dan kepentingan
pergerakannya, SIS memulakan perbincangannya dengan mengungkit persoalan
yang dianggap sangat penting untuk difikirkan bersama iaitu tentang realiti Islam
dalam perkembangan hidup umatnya, permasalahan dan punca-puncanya
sehinggalah kepada kaedah penyelesaian yang perlu diusahakan. Dalam hal ini,
SIS sering memulakan perbahasannya dengan persoalan :
“Sekiranya keadilan dan kesamaan sebagai nilai intrinsik dalam Islam,
mengapakah kaum perempuan dilayan sebagai kelas kedua dalam teks
60
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
perundangan Islam. Sekiranya kesamaan menjadi inherent kepada konsep
keadilan dalam dunia moden, mengapa ia tidak terjelma dalam undang-undang
keluarga di kebanyakan negara Islam yang mendakwa sebagai moden dan
dipimpin oleh Syariah?”22
SIS menjelaskan di sini, bahawa realiti Islam yang diamalkan oleh masyarakat
Islam dalam majoriti negara Islam tidak menggambarkan ajaran Islam yang asal.
Sebaliknya, SIS melihat dunia Islam tidak terlepas dari sebuah kehidupan yang
mengamalkan sistem dan budaya yang meletakkan kaum wanita berada di kelas
kedua berbanding lelaki. Bertolak dari persepsi tersebut, SIS mendakwa bahawa
permasalahan yang dibangkitkan itu bukan berpunca dari agama atau sumbernya
iaitu al-Qur`an. Secara umumnya, SIS melihat faktor utama kepada
permasalahan tersebut adalah akibat daripada penerimaan Syariah yang
menyeleweng dari nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan seperti yang diiktiraf
dalam konteks dunia moden.
SIS kemudiannya meletakkan kesalahan ini kepada para ulama tradisionalis yang
telah memonopoli tafsiran teks Islam terutama al-Qur`an, lalu menggubal hukum
Syariah secara tidak benar, bias gender dan berkepentingan diri, politik serta di
bawah pengaruh warisan budaya patriarki. Dalam aspek ini, SIS menerima
pandangan yang diutarakan oleh aliran Islam Liberal, seperti mana yang
dijelaskan oleh Dr. Amina Wadud, salah seorang pengasas dan bekas pemimpin
utamanya. Dr. Amina menggesa agar umat Islam menilai dan memahami realiti
Islam dari dua sudut asas iaitu ideologi dan sejarah pelaksanaan ideologi itu
dalam masyarakat. Khusus pada aspek pembentukan dan pelaksanaan ideologi
yang terjelma dalam peraturan Syariah, beliau melihat Islam sama seperti agama-
agama dunia yang lain, di mana Islam tidak terlepas daripada pengaruh ortodoks,
pentafsiran dan cara pelaksanaan yang korup yang berlaku semenjak
22
Ziba Mir-Hosseini, The Construction of Gender In Islamic Legal Theory, dalam seminar International Consultation on Trends in Family Law Reform in Muslim Countries, anjuran Sisters In Islam, pada 18-20 Mac, 2006, di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur, hlm. 1; Lihat juga Sisters In Islam. 2006. Activities. http://www.sistersinislam.org.my/BM/archive-activities.htm [2 Ogos 2010]. Hjh. Nik Noraini Nik Badlishah, 2003, Islamic Family Law and Justice for Muslim Women, Sisters In Islam, Petaling Jaya, hlm. 95.
61
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
kemunculannya sejak lebih 1400 tahun yang lampau.23 Menurut beliau lagi,
agama-agama dalam masyarakat termasuk juga Islam telah dipengaruhi oleh
social inflections (perubahan dan perkembangan sosial). Dalam konteks
pembentukan ilmu, tafsiran dan hukum agama Islam pula, beliau menganggap
proses tersebut telah didominasi oleh ulama’ dari kaum lelaki. Beliau menegaskan
ulama’-ulama’ yang dikenalinya sebagai ‘Tradisionalis’ ini telah dipengaruhi oleh
warisan budaya masyarakat Arab yang bersifat patriarki dan bias gender.24
Bentuk dan tafsiran Islam yang salah dan menyeleweng inilah yang mendominasi
dan mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam di seluruh dunia. Rose Ismail,
aktivis dan juga salah seorang dari barisan pengasasnya, dalam artikel Returning
To The Root of Islam, memetik pandangan salah seorang tokoh popular Islam
Liberal Riffat Hassan25 yang mendakwa bahawa, umat Islam hari ini memakai satu
bentuk Islam sahaja, iaitu Islam yang didominasi oleh Arab Saudi yang
menganjurkan versi Islam yang begitu sempit.26 Menurut Rifaat lagi, agama
seperti yang diwarisi oleh Arab Saudi tersebut sebenarnya didominasi oleh sebuah
masyarakat Islam yang disifatkannya sebagai Syariah-minded Muslims (orang
Islam yang berfikiran Syariah) yang sentiasa menekankan bahawa undang-
undang itu adalah jiwa atau inti kepada ajaran Islam.27
23
Sisters In Islam, 1993, Islam, Gender and Human Rights: An Alternative Views, SIS Forum Berhad, Kuala Lumpur, hlm. 1. 24
Sisters In Islam, 1993, hlm. 3-4. 25
Riffat Hassan (lahir 1943) adalah seorang ahli teologi dan tokoh pemikir feminisme Islam berbangsa Pakistan-Amerika. Dari sudut latar belakang akademiknya, beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah mubaligh Kristian iaitu Cathedral High dan kemudiannya menyambung pengajian di St. Mary’s College di Durham University, England dalam bidang bahasa Inggeris dan kefalsafahan. Beliau telah mendapat Ph.D. dari Durham University dalam tahun 1968 melalui tesisnya tentang tokoh ‘Muhammad Iqbal’. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah menjadi pensyarah di University of Punjab di Lahore pada tahun 1966 hingga 1967. Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Penyebaran dan Informasi Pakistan dalam tahun 1969 hingga 1972. Dalam tahun 1972, beliau telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan pernah menjadi pensyarah di Oklahoma State University dan Harvard University. Kini, beliau menjawat jawatan profesor di Jabatan Pengajian Agama di University of Louisville. Dari sudut aliran pemikiran, beliau banyak menganjurkan pemikiran Islam Progresif dan sangat memberi tumpuan kepada Hak Asasi Manusia (HAM) dan perjuangan emansipasi wanita di dunia Islam. Beliau menjelaskan bahawa al-Qur’an merupakan Magna Carta kepada hak asasi manusia yang menerangkan tentang kesaksamaan dan kesetaraan hak untuk semua. Bagi beliau, masalah ketidaksamaan hak yang dihadapi oleh kaum wanita di dunia Islam kini sebenarnya berpunca dari pengaruh budaya. Di samping itu, seperti tokoh-tokoh pemikir Islam Liberal yang lainnya, beliau juga menganjurkan idea pentafsiran al-Qur’an secara hermeneutik yang menekankan maksud moral ajaran agama (ethical criterion). Keterangan lanjut tentang idea-idea Riffat yang mendukung fahaman Islam Liberal dan feminisme boleh dirujuk pada dua buah buku beliau iaitu Are Human Rights Compatible with Islam? dan Religious Human Rights in The Qur’an.
26Sisters In Islam, 1993, hlm. 76.
27Sisters In Islam, 1993, hlm. 76, 77.
62
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
Justeru, SIS melihat bahawa rata-rata umat Islam kini mewarisi kefahaman yang
salah tentang konsep agama Islam itu sendiri. Bagi SIS, konsep agama yang
diwarisi mereka ini adalah produk yang dihasilkan oleh ulama tradisionalis yang
menjadikan pengertian agama dalam rupa Syariah yang sempit. Dalam kata lain,
maksud beramal dengan ajaran agama atau melaksanakan tuntutan agama diukur
atau diertikan dengan sejauh mana proses perlaksanaan hukum Syariah tersebut
berjalan. Bagi mereka, Islam yang difahami dalam perspektif ‘Syariah minded’ itu
mengakibatkan agama ini dilihat sebagai agama yang tidak bertoleransi, keras
dan sentiasa bersifat menghukum. Agama yang difahami dalam rupa Syariah
sebegini sudah tidak sesuai dan relevan lagi dengan realiti pemodenan dan
perkembangan kehidupan manusia hari ini. Menurut SIS, pembentukan dan
pengamalan hukum agama tersebut, sememangnya terdedah kepada suasana
dan corak perubahan sosial dalam masyarakat setempat dan realiti ini berlaku
kepada semua agama-agama di dunia yang rata-ratanya bersifat patriarki.28
Kini, meskipun negara-negara umat Islam sudah merdeka dari era kolonialisme
dan mendakwa sedang menuju ke arah pemodenan, namun rata-rata umatnya
masih lagi dilihat tidak bermaya dan ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan.
Menurut SIS, suasana dan keadaan ini wujud adalah akibat daripada pengaruh
gerakan-gerakan Islam yang dikenali sebagai golongan Islam Revivalis yang tetap
berfikiran atau diasuh dengan ideologi dan pendekatan konservatif. Islam
Revivalis ini disifatkan sebagai pewaris ulama’ tradisionalis di mana
pergerakannya dirujuk sebagai sebuah gerakan kepolitikan yang berjuang untuk
mengembalikan semula nilai-nilai dan corak kehidupan Islam yang awal pada
zaman kegemilangannya, setelah ia hilang akibat dari pengaruh kolonialisme
Barat.29
SIS menganggap Islam Revivalis ini sebagai suatu gerakan yang berpolitik demi
mendapatkan identiti budaya asal yang dianggap benar dan tulen seperti yang
28
Norani Othman (pnyt.), 2005, Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism, Vinlin Press Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 96.
29Norani Othman, 2005, hlm. 7.
63
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
disebut oleh para sarjana sains sosial sebagai politics of cultural identity and
authenticity. Golongan Revivalis Islam ini lebih mengutamakan pendekatan yang
mementingkan perolehan kuasa politik yang mendaulatkan hukum Syariah dalam
sebuah negara yang disebut sebagai Negara Islam. SIS mendakwa bahawa
politik Islam beginilah yang difahami seterusnya dijadikan dasar dan matlamat
oleh gerakan Islam Revivalis dan Islam Fundamentalis.30
Bagi SIS, adalah sesuatu yang malang apabila majoriti umat Islam kini masih terus
didominasi oleh pemikiran Islam sedemikian. Mereka terus diasuh dengan impian
dan seruan yang meyakini bahawa corak kehidupan zaman awal Islam itu adalah
sebagai contoh yang terbaik dalam segenap lapangan kehidupan. Segala
pemikiran, keputusan dan sistem yang diamalkan oleh generasi awal ini adalah
yang paling sah dan perlu diutamakan. Ini kerana generasi awal ini dianggap lebih
mengetahui tentang Islam dan peranannya dalam kehidupan umat Islam
berbanding dengan masyarakat Islam hari ini. Umat Islam terus ditanam dengan
doktrin yang mengatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin mencapai kemajuan
seperti di zaman kegemilangan tamadunnya, umat Islam perlu mengembalikan
semula corak dan sistem kehidupan zaman Rasulullah dan Khulafa’ ar-Rasyidin
ini.31
Umat Islam terus diimpikan dengan cita-cita untuk mendapatkan semula apa yang
telah hilang itu (their lost cultural identity), tanpa diberi ruang untuk berfikir dan
berusaha secara kritikal dan progresif, sama ada semua yang telah hilang dalam
lipatan sejarah tersebut masih lagi sesuai atau relevan dengan pemodenan dunia
kini. Kebebasan berfikir, bersuara dan mengkaji sumber agama diperketatkan
bahkan ditutup. Pintu ijtihad dikunci dengan beberapa syarat yang sengaja dibuat
dan ternyata telah memberikan hak berijtihad ini kepada golongan ulama yang
terpilih atau tertentu sahaja. Kesudahannya, SIS menjelaskan bahawa masyarakat
Islam hari ini terus mewarisi kefahaman dan amalan agama yang diwarisi dari
30
Norani Othman, 2005, hlm. 89. 31
Norani Othman, 2005, hlm. 7.
64
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
tafsiran ulama tradisionalis yang didakwa bersifat fanatik, eksklusif, tidak toleran,
punitive (bersifat menghukum), patriarki dan bias gender. Fikiran mereka terus
didominasi oleh golongan Revivalis yang bersifat Syariah Minded, tiada sifat
kritikal dalam jiwa, serta kerap mengambil pendekatan yang keras dan sempit
terhadap Islam.32
Pendirian dan anggapan SIS ini sebenarnya turut dikongsi oleh aliran Islam
Liberal. Golongan yang mendukung fahaman Islam Liberal telah menyifatkan
golongan Islam Revivalis juga sebagai kelompok pendukung fahaman Islam
Tradisional atau Konservatif, yang berjuang untuk kuasa politik Islam bagi
mendaulatkan undang-undang Syariah dalam sebuah Negara Islam. Golongan ini
juga sering didakwa dalam kategori yang sama dengan kelompok
Fundamentalisme Islam atau Wahabisme yang hanya mengiktiraf Islam warisan
ulama Tradisionalis sahaja yang benar dan perlu dipertahankan. Kesemua aliran
dari kategori ini dianggap sebagai pesaing utama kepada usaha reformasi atau
liberalisasi agama yang ingin direalisasikan oleh aliran Islam Liberal. Islam Liberal
dan SIS melihat bahawa kelompok yang mempertahankan warisan Islam
Tradisional ini sentiasa menganggap hanya golongan yang sealiran dengan
mereka sahaja yang memenuhi syarat untuk mentafsirkan ajaran dan hukum
agama. Kelompok Islam Tradisional ini juga didakwa sebagai anti pemodenan,
sering bercanggah dengan nilai-nilai sejagat dan tidak relevan lagi dengan
perkembangan kehidupan manusia.33
4.0. SIS MENERIMA ISLAM PROGRESIF
Setelah menolak konsep Islam yang diwarisi dan diamalkan dalam masyarakat
Islam tersebut, maka timbul pertanyaan apakah konsep atau sifat Islam sebenar
menurut kaca mata SIS? Apakah Islam SIS adalah Islam Liberal seperti yang
32
Sisters In Islam, 1993, hlm. 77. 33
Charles Kurzman (pnyt.), 2003, Wacana Islam Liberal Pemikiran Islam Kontemporer Tentang Isu-Isu Global (terj.); judul asal: Liberal Islam: A Sourcebook, Paramadina dengan kerjasama Yayasan Adikarya IKAPI dan The Ford Foundation, Jakarta Selatan, hlm. xvi; Norani Othman, 2005, hlm. 201.
65
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
didukung oleh Jaringan Islam Liberal (JIL), Indonesia yang juga berjuang untuk
reformasi Islam, hak-hak asasi kemanusiaan, feminisme, menolak Islam Syariah
dan Islam Politik serta menganggap gerakan Islam Revivalis sebagai pesaingnya?
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini sudah tentu akan menzahirkan imej
sebenar SIS. Namun, sehingga kini apa yang jelas, SIS tidak pernah menyebut
secara zahir yang dirinya menganut atau mendukung fahaman Islam Liberal.
Oleh kerana hak ‘kebebasan’ (liberty) adalah prinsip utama yang mendasari
perjuangan setiap aliran liberal, maka kaitan fahaman ini dengan SIS tetap perlu
diberi perhatian memandangkan pertubuhan wanita ini menjelaskan yang kajian
Islamnya adalah dari perspektif hak asasi manusia sebagai premis kedua
penubuhannya. Justeru, ketiadaan pengakuan secara langsung dari SIS tersebut
tidak bererti bahawa ia sememangnya tidak menganut atau bebas dari pengaruh
fahaman Islam Liberal. Sebaliknya, melihat kepada beberapa penulisan tokoh-
tokoh SIS, perkataan ‘Islam Progresif’ (Progressive Islam) pula sering digunakan
secara langsung ketika mereka ingin menjelaskan bentuk atau konsep Islam yang
diperjuangkan SIS.34 Justeru, untuk menjawab semua persoalan di atas, perlu
difahami terlebih dahulu apakah konsep Islam Progresif yang bermula dengan
latar belakang, ciri-ciri dan asas-asas, seterusnya kepada matlamat
kefalsafahannya.
Mengenai latar belakang pembentukan fahaman Islam Progresif, kebanyakan para
cendekiawan sosio-agama mengatakan bahawa para pemikir Islam Progresif
inilah yang menghasilkan banyak aliran pemikiran yang liberal dalam Islam.
Kebanyakan mereka bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kedua-dua
aliran pemikiran, Islam Progresif dan Islam Liberal, merupakan produk yang
terhasil akibat perkembangan globalisasi semasa yang melanda dunia Islam.
Perkembangan globalisasi yang mengarusperdanakan fahaman liberalisme turut
34
Kenyataan-kenyataan secara langsung SIS yang menjelaskan dukungannya terhadap Islam Progresif dan ikutan serta pengiktirafannya kepada para tokoh yang mempromosikan idea Islam Progresif dan Islam Liberal boleh ditelusuri dalam buku: Norani Othman (pnyt.), 2005, hlm. 102, 103; laman web SIS, Feminism Islam Warisan Sunnah Rasulullah, 23 Julai, 2003; dan ucapan Zainah Anwar pada pembukaan Sisters In Islam International Consultation on Trends in Family Law Reform in Muslim Countries yang dilangsungkan pada 18 Mac, 2006, atas talian: http://www.sistersinislam.org.my [12 Mac, 2010].
66
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
meninggalkan pengaruh yang kuat terhadap perkembangan pemikiran dalam
dunia Islam. Pada masa yang sama, Islam tercemar dengan imej atau momokan
sebagai agama teroris, fanatik dan anti Barat serta anti pemodenan. Maka, Islam
Progresif begitu juga Islam Liberal lahir sebagai sebuah rumusan atau gagasan
pemikiran para pemikir Islam yang moderate dalam usaha mereka untuk
menjenamakan dan mengharmonikan semula imej Islam yang tercemar itu.35
Sungguhpun demikian, sebelum perbincangan lanjut mengenai hubungan SIS
dengan kedua fahaman ini, terlebih dahulu perlu dijelaskan apakah yang
dimaksudkan dengan Islam Progresif ini.
‘Progresif’ dari sudut pengertian bahasa berasal dari perkataan Latin ‘progredior’
yang bermaksud ‘maju’; maka Islam Progresif secara bahasanya bermaksud
‘Islam yang Maju’. Namun, mengikut pengertian istilah yang diberikan oleh ahli
sosiologi agama, Islam Progresif sinonim dengan Islam Liberal dalam aspek
perjuangan liberalisasi agamanya. Islam Progresif berusaha untuk
memperjuangkan kehidupan yang lebih makmur berasaskan nilai-nilai keadilan
sejagat yang wujud dalam al-Qur`an, di samping, merealisasikan seruan
liberalisasi agama seperti yang diusahakan oleh Leonardo Boff,36 Gustivo
Gutierezz, juga seperti yang ditunjukkan oleh Edward Said37 melalui idea sekular
35
Charles Kurzman, 2003, hlm. xi-xxv; dan Omid Safi, Averroes Foundation: What is progressive Islam?, atas talian: http://www.averroes-foundation.org/articles/progressive-Islam.html [12 Ogos, 2010].
36Leonardo Boff, lahir di Estado de Santa Catarina, Brasil, 14 Disember 1938, adalah seorang ahli teologi, falsafah dan penulis yang
terkenal kerana keaktifannya memperjuangkan hak-hak golongan tertindas dan miskin. Beliau juga adalah salah seorang pengasas aliran liberalisme teologi (bersama-sama dengan Gustavo Gutierrez). Boff seorang yang gigih membela perjuangan hak-hak asasi manusia serta banyak mengkritik pimpinan dan peranan Gereja Katolik Rom dalam aspek sosial dan ekonomi yang dilihat menindas masyarakat pekerja dan bawahan. Para pimpinan Gereja Katolik Rom menolak kritikan dan pandangan Boff dan menuduhnya sebagai penganut Marxisme. Dari sudut kerjaya, Boff pernah berkhidmat sebagai Profesor dalam bidang teologi, etika, dan falsafah di hampir seluruh universiti di Brasil serta menjadi pensyarah di kebanyakan universiti luar negera, antaranya: University of Heidelberg, Harvard University, University of Salamanca, University of Lisbon, University of Barcelona, University of Lund, University of Louvain, University of Paris, University of Oslo, University of Torino dan lain-lain lagi. Beliau telah menulis lebih dari 100 buah buku yang telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa utama dunia. Pada 2001, beliau dianugerahkan ‘The Right Livelihood Award in The Swedish Parliament’.
37Edward Said (keturunan Palestin, lahir pada tahun 1935) adalah seorang ahli falsafah dan perintis kepada pengajian Pasca-
Kolonialisme. Said dibesarkan di Kaherah, Mesir dan mendapat pendidikan awal di sana. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Princeton dan Universiti Harvard. Karya Said yang paling terkenal adalah Orientalisme yang menjelaskan cara pandang dunia Barat ke atas dunia Timur. Said menjelaskan bahawa dunia Barat sentiasa menindas dan berusaha untuk menguasai Timur di mana penguasaan ini terhasil dari pandangan mereka yang menganggap bahawa Timur sebagai entiti ‘yang lain atau asing’, sama ada dari sudut bahasa, budaya, tradisi, atau segala hal yang berkaitan dengan dunia Timur. Jauh dari itu, Said berpendapat bahawa dunia Barat sering menganggap segala kelainan yang wujud di dunia Timur itu sebagai suatu yang lebih rendah mutunya. Jadi, segala aspek ketimuran tersebut perlu dibangunkan sama dengan apa yang wujud di Barat yang dianggap lebih maju atau dominan. Dari sudut kerjaya, Said telah berkhidmat di Jabatan English and Comparative Literature, Columbia University, sejak dari awal kerjayanya iaitu bermula pada tahun 1963 sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2003. Pada 1974, beliau menjadi Profesor Pelawat di Harvard University dan pada 1975 hingga 1976, menjadi Felo di Center for Advanced Study in Behavioral Science, Stanford University. Dalam tahun 1977, Said dilantik sebagai The Parr
67
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
humanismenya. Sungguhpun begitu, idea-idea dan usaha-usaha tersebut tetap
diperjelaskan dalam kerangka Islam yang difahami mereka sebagai agama yang
bersifat maju dan sentiasa berkembang. Islam Progresif juga diringkaskan sebagai
Islam yang berjuang untuk keadilan sejagat dan menjunjung nilai-nilai pluralisme
dalam masyarakat, memberi perhatian yang serius terhadap kesetaraan gender,
membela nasib kaum yang tertindas dari golongan miskin, wanita, kanak-kanak
dan sebagainya, serta komited dengan usaha reformasi Syariah demi
merealisasikan cita-cita perjuangan tersebut.38
Kurzman pula menjelaskan ciri-ciri aliran Islam Progresif dengan merujuk kepada
golongan Modern Muslims (modenis Islam) yang memperjuangkan idea-idea Islam
Liberal. Beliau menjelaskan antara idea-idea utama tersebut ialah pengamalan
demokrasi, pembangunan dan pemodenan kehidupan, reformasi terhadap hukum
Syariah, pluralisme agama, kebebasan bersuara, kebebasan berijtihad,
pembelaan hak-hak wanita, penolakan autoriti agama dan pengamalan
pendekatan hermeneutik.39
Salah seorang tokoh Islam Liberal dari Indonesia yang banyak menulis tentang
Islam Progresif, Sumanto Al-Qurtubi,40 menjelaskan maksud Islam Progresif
sebagai :
Professor of English and Comparative Literature di Columbia dan pada 1979, menjadi Profesor Pelawat di Jabatan Kemanusiaan, Johns Hopkins University. Dalam tahun 1992, beliau dilantik sebagai Profesor tertinggi dalam bidang akademik oleh universitinya. Said juga pernah berkhidmat sebagai Presiden di Modern Language Association, anggota The American Academy of Arts and Sciences, dan ahli lembaga pengarah kepada The American Academy of Arts and Letters, The Royal Society of Literature, The Council of Foreign Relations dan The American Philosophical Society.
38Omid Safi, http://www.averroes-foundation.org/articles/progressive-Islam.html [12 Ogos, 2010]; Asghar Ali Engineer, 2008, Islam
Misgivings and History, Vitasta Publishing Pvt. Ltd., New Delhi, hlm. 89-100. 39
Charles Kurzman, 2003, hlm. 2-4; Charles Kurzman, Liberal Islam: Prospects and Challenges, Jurnal MERIA, jil. 3, September, 1999; atas talian: http://www.unc.edu/-kurzman/LiberalIslamLinks.html [12 Ogos, 2010]. Hermeneutik (hermeneutics) merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh Friedrich Schleiermacher (1768-1834), ahli teologi dan falsafah Jerman bermazhab Protestant, yang mengutamakan metode pentaakulan rasional secara induktif di samping berlandaskan kajian terhadap pengalaman sejarah sosio-politik manusia.
40Sumanto Al Qurtuby, Sekretari Am Komuniti Nahdatul Ulama Amerika dan Kanada, adalah calon PhD dalam bidang Antropologi
Politik dan Agama, Boston University, Amerika Syarikat, BA dalam Undang-undang Islam, IAIN Walisongo, Semarang dan MA dalam bidang Sosiologi Agama, Universiti Kristian Satya Wacana (UKSW, Salatiga), Indonesia. Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua editor Jurnal Justisia, juga sebagai editor akhbar mingguan Cina, Nurani Bangsa. Beliau juga pengasas bersama kepada Institut Kemanusiaan dan Hubungan Antara-Agama yang dikenali sebagai Institut ILHAM (Institute of Inter-Religious Relations and Humanity), iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bermatlamatkan pembentukan hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang etnik dan kepercayaan. Pertubuhan ini berusaha mewujudkan sebuah masyarakat sivil yang menjunjung pluralisme. Beliau banyak menulis buku-buku akademik dalam bidang kemasyarakatan dan keagamaan seperti pluralisme, keganasan etnik-keagamaan, Islam Liberal, sejarah Islam, budaya masyarakat Asia Tenggara. Antara karya beliau:
68
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
“Islam progresif biasanya dimaksudkan sebagai ‘Islam yang maju’, sesuai dengan
asal kata dalam bahasa Latin ‘progredior’. Sebagaimana banyak pemikir yang
mengaku progresif, mereka menempatkan Islam sebagai ‘evolving religion’, yakni
agama yang selalu berkembang mengikuti zaman. Dalam perspektif ini, Islam
juga dipandang sebagai agama budaya. Karena itulah, tidak mengherankan, jika
mereka memandang tidak ada satu ajaran Islam yang bersifat tetap. Semua
harus tunduk dengan realitas zaman. Agama ditundukkan oleh akal. Salah satu
yang banyak dijadikan dasar pijakan adalah aspek ‘kemaslahatan’ dan sifat Islam
sebagai ‘rahmatan lil calamin’.”41
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang aliran Islam Progresif dan
pergerakannya, Muslims for Progressive Values (MPV)42 merupakan contoh
The New Era of Islamic Law in Indonesia (1999), Many Ways Towards Islam (2002) dan Jihad against Religious Extremists and Awakening Progressive Islam (2009).
41Atas fahaman Islam Progresif ini juga, Al Qurtuby melihat sebahagian larangan dalam Syariah adalah sesuatu yang bercanggah
dengan ajaran Islam sepertimana yang difahaminya ‘sebagai rahmat untuk sekalian alam’ (rahmatan lil calamin). Beliau
menjelaskan: “Agama, apalagi Islam, yang mengusung jargon ‘rahmatan lil calamin’ ini harus memberi ruang kepada umat gay,
lesbian, atau waria untuk diposisikan secara equal dengan lainnya. Tuhan, saya yakin tidak hanya milik laki-laki dan perempuan saja, tetapi juga ‘mereka’ yang terpinggirkan di lorong-lorong sepi kebudayaan.”; Sumanto Al Qurtuby, Jihad Melawan Ekstremis Agama, Membangkitkan Islam Progresif, Borobudur Indonesia Pub., Semarang, hlm. 176.
42Muslim for Progressive Values berasal dari sebuah organisasi yang mendukung aliran Islam Liberal iaitu The Progressive Muslim
Union of North America (PMU) yang dilancarkan secara rasmi pada November 15, 2004 di Manhattan. Akibat dari pembubaran PMU pada Disember, 2006, sebahagian dari pengasas PMU telah menubuhkan Muslim for Progressive Values (MPV) pada Mei, 2007 untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PMU sebelum ini. Mengikut latar belakang sejarahnya, PMU berasal dari hasil perbincangan dan usaha sekumpulan masyarakat Islam Amerika Utara yang komited untuk memajukan masyarakat Islam di sana dalam bidang sosial, keagamaan dan politik kepelbagaian. Keanggotaan PMU ini terdiri dari golongan agamawan, ulama dan juga dari kalangan berfahaman sekular yang total, yang berkongsi fahaman dan komitmen untuk sama-sama berusaha memperkasakan bidang pendidikan, politik dan sosial, keadilan dan kebebasan serta sama-sama memberi perhatian serta kasih sayang untuk komuniti Islam.
Selepas itu, PMU telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang sangat kontroversi. Antara isu yang kontroversi itu ialah berkenaan pengertian seorang Muslim di mana definisi Muslim menurut PMU menyalahi definisi biasanya yang berasaskan keimanan. Sebaliknya, menurut PMU, ia berasaskan pada komitmen terhadap sosial dan budaya menurut prinsip-prinsip yang digariskan sendiri oleh PMU yang bersifat liberal. Akibatnya, sebahagian ulama dari aliran Islam Tradisional telah meninggalkan PMU kerana beranggapan bahawa pertubuhan itu telah sangat dipengaruhi oleh aliran Islam Liberal. PMU telah menolak sebahagian ulama Islam Tradisional yang muktabar semata-mata kerana mereka dilihat tidak selari dengan fahaman dan nilai-nilai Barat yang dijunjung mereka. Ulama Tradisional juga menentang PMU atas alasan pertubuhan tersebut telah menolak sebahagian ajaran al-Qur’an yang didakwa sudah ketinggalan zaman. Antara isu kontroversi yang melibatkan pertubuhan ini ialah tentang hukum yang membolehkan wanita mengimani solat Jumaat. Pertubuhan ini telah menganjurkan solat Jumaat yang bercampur gender pada 18 Mac 2005, yang diadakan di Gereja Manhattan, New York, dengan diimami oleh imam wanita iaitu Prof. Dr. Amina Wadud, yang ketika itu merupakan Profesor dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Commonwealth Virginia, Amerika Syarikat. Solat Jumaat ini telah dibiayai dan ditaja oleh pelbagai sumber yang terdiri dari majalah dan pertubuhan wanita dari aliran liberal. Salah seorang tokoh pengasas PMU, M. A. Muqtedar Khan, menentang bentuk reformasi Islam sebegini dan berhujah bahawa proses reformasi itu sepatutnya terhad pada isu-isu sosial sahaja, tidak boleh diaplikasikan ke dalam aspek-aspek ibadat. Namun, para pendukung reformasi Islam dari PMU yang berfahaman liberal mendakwa tidak ada keterangan atau larangan secara langsung dari al-Qur’an berhubung isu wanita sebagai imam solat, sebaliknya, mereka menuduh larangan tersebut semata-mata diwarisi dari budaya patriarki yang berakar dalam tradisi Islam. Pada tahun 2005, beberapa tokoh dari ahli majlis PMU sendiri telah keluar dari pertubuhan itu akibat dari pertembungan idea antara fahaman Islam Liberal dan Islam Konservatif. Mereka gagal mencari kata sepakat berhubung sejauh mana tahap ‘progresif’ itu difahami dan diaplikasikan dalam reformasi Islam yang diperjuangkan oleh PMU. Antara tokoh pengasas PMU yang tidak sehaluan dengan fahaman liberal yang ekstrem tersebut dan menarik diri darinya ialah M. A. Muqtedar Khan, Omid Safi, Hussein Ibish and Sarah Eltantawi. Namun begitu, Omid Safi dan Laury Silvers masih menyokong tafsiran Islam Progresif tetapi
69
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
terbaik untuk dirujuk sebagai sebuah organisasi yang menganuti dan mendukung
fahaman ini. Organisasi ini pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia Islam
apabila menganjurkan solat Jumaat yang bercampur gender serta berimamkan
seorang wanita, Dr. Amina Wadud. Sejak itu, pergerakan ini telah dikenali sebagai
pendukung Islam Progresif yang paling terkehadapan dalam memperjuangkan
reformasi agama.
MPV menjelaskan dirinya sebagai sebuah pertubuhan yang mendukung fahaman
Islam yang bersumberkan idea-idea mengenai ketinggian martabat manusia
(human dignity) dan keadilan sosial yang berlandaskan al-Qur`an. Sementara,
hala tuju pergerakannya ialah untuk menegakkan nilai-nilai progresif yang meliputi
hak-hak kemanusiaan, kebebasan berekspresi, menjunjung dan mempraktikkan
dasar sekularisasi yang memisahkan peranan agama dari urusan duniawi
terutamanya dalam urusan politik.
MPV menjelaskan sepuluh asas utama Islam Progresif yang menjadi prinsip dan
kerangka kepada pergerakannya. Asas-asas tersebut; pertama, berkenaan
dengan identiti sebagai seorang Muslim. Aliran Islam Progresif mengiktiraf sesiapa
sahaja yang mengaku sebagai seorang Muslim. Adapun kesahihan dan integriti
iman seseorang itu merupakan urusan diri individu itu sendiri dengan Tuhannya.
Soal keimanan tersebut bukan dan tidak boleh sekali-kali menjadi urusan negara.
Ia juga bukan menjadi urusan atau hak pihak lain untuk menjustifikasikan atau
membuat sebarang tuntutan ke atas keimanan individu tersebut.
Kedua, aliran Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan nilai
kesaksamaan dan kesetaraan bagi semua umat manusia tanpa mengira rupa,
bangsa, agama, jantina, budaya, etnik dan sebagainya. Pergerakan MPV sentiasa
berjuang untuk kesaksamaan dan keadilan untuk semua lapisan manusia tersebut
dengan pendekatan yang lebih berorientasikan tradisional. Akibat dari perpecahan kalangan para tokoh dan aktivis PMU yang akhirnya membawa kepada pembubarannya, pengerusi PMU ketika itu, Pamela Taylor dan pengarah eksekutifnya Zuriani ‘Ani’ telah membentuk organisasi baru yang diberi nama Muslims for Progressive Values (MPV) pada Mei 2007.
70
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
dalam setiap lapangan hidup yang meliputi peluang-peluang berpolitik,
berpendidikan, berekonomi dan sebagainya.
Ketiga, aliran Islam Progresif mendukung doktrin yang memisahkan urusan atau
peranan keagamaan dengan kuasa pemerintahan. MPV percaya bahawa
kebebasan untuk berkeyakinan dan berkepercayaan bukan sahaja salah satu
perkara yang asasi bagi umat manusia bahkan, ia turut dianjurkan oleh al-Qur`an.
Maka, Islam Progresif berkeyakinan dan berpegang pada kenyataan bahawa
kerajaan sekular adalah hanya satu-satunya cara untuk mencapai idea Islam yang
mempertahankan hak kebebasan dari sebarang paksaan dalam urusan
kepercayaan agama ini.
Keempat, aliran Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan kebebasan
bersuara, mendapatkan maklumat dan menyampaikannya dalam apa bidang
sekalipun sama ada dalam urusan politik, agama, kesenian, pergaulan sosial, dan
sebagainya. Sekalipun, kebebasan dalam berekspresi ini telah mengundang
cemuhan atau tuduhan liar pihak lain yang menganggap perbuatan seperti itu
adalah dari sifat munafik, sesat atau sebagai satu bentuk penghinaan terhadap
agama. Islam Progresif berpendirian bahawa seseorang itu tidak boleh dianggap
bersalah atau dikenakan tindakan undang-undang disebabkan dirinya mempunyai
pandangan yang tidak popular atau berbeza dengan pandangan majoriti.
Kelima, aliran Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan hak-hak asasi
manusia yang universal dalam segenap lapangan kehidupan yang meliputi politik,
ekonomi, sosial demi keadilan sejagat. MPV berusaha untuk menyediakan
kesihatan dan pendidikan sejagat, memelihara alam sekitar serta berusaha untuk
membasmi kemiskinan dalam masyarakat. MPV berusaha untuk memberi
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan tertindas dan berjuang untuk
mendapatkan hak-hak sivil yang sama rata bagi golongan tersebut.
71
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
Keenam, aliran Islam Progresif sentiasa menjunjung dan mempertahankan hak-
hak wanita yang setara dengan kaum lelaki di segenap aspek kehidupannya.
Oleh itu, MPV komited dalam usahanya untuk memperkasakan hak-hak wanita
untuk bebas membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya termasuklah dalam
soal kesihatan tubuh badan, hak untuk melahirkan atau menggugurkan anak, hak
berseksual dan sebagainya.
Ketujuh, aliran Islam Progresif mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan gay.
MPV menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak
sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang
mengamalkan interseksual. MPV menyokong sebarang usaha atau ketetapan
yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan manusia dalam
sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya
hidup seseorang.
Kelapan, aliran Islam Progresif mendukung idea yang menganjurkan analisis dan
tafsiran yang bersifat kritikal terhadap teks-teks dan sumber-sumber Islam
termasuklah dalam sistem perundangan tradisional, demi merealisasikan
pembangunan Islam dan umatnya. Pergerakan ini mempromosikan bentuk
tafsiran yang melambangkan prinsip-prinsip al-Qur`an yang bersifat toleran,
menjunjung inklusivisme, rahmat dan kasihan belas serta hak yang sama rata
dalam kalangan umat manusia sejagat.
Kesembilan, aliran Islam Progresif menjunjung nilai dan sikap kasihan belas dalam
kalangan umat manusia. MPV berpendirian bahawa keadilan dan nilai kasih
sayang wajar menjadi prinsip yang memandu setiap aspek dan aktiviti kehidupan
manusia. Pergerakan ini menentang sebarang bentuk kekerasan, militarianisme
dan penindasan sama ada di peringkat individu, organisasi atau di peringkat
nasional.
Kesepuluh, aliran Islam Progresif mengiktiraf dan menjunjung kepelbagaian dan
kemajmukan umat manusia (diversity of human being). MPV mendukung
72
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
pluralisme agama dan kepelbagaian inspirasi (diversity of inspirations) yang
mendorong masyarakat ke arah keadilan sosial. MPV percaya bahawa agama
seseorang itu tidak mempunyai sumber kebenaran yang bersifat eksklusif.43
Demikian juga, pergerakan ini menerima kepelbagaian falsafah pemikiran dan
tradisi spiritual demi menggapai kehidupan duniawi yang lebih adil, makmur dan
harmoni.44
Berdasarkan penjelasan terhadap pengertian-pengertian dan ciri-ciri serta asas-
asas Islam Progresif di atas, bolehlah disimpulkan bahawa Islam Progresif adalah
sinonim dengan Islam Liberal. Rumusan ini dibuat dengan merujuk pada asas-
asas pemikiran terutamanya; Islam Progresif melihat Islam sebagai agama yang
bersifat sentiasa berkembang serta sebagai produk budaya (atau agama budaya).
Di samping itu, ia juga berpegang pada doktrin relativisme yang menganggap
kebenaran itu bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak. Islam juga dianggap
sebagai agama atau produk budaya seperti agama-agama selainnya yang
sentiasa tunduk kepada realiti perubahan zaman dan perkembangan akal
manusia. Islam Progresif juga menekankan keutamaan amalan ijtihad dan
demokrasi serta menolak sebarang autoriti keagamaan. Seterusnya, Islam
Progresif juga berpegang pada doktrin inklusivisme45 agama yang menolak
pembenaran terhadap kepercayaan atau keputusan sendiri, di samping
menjunjung doktrin pluralisme agama. Dalam usahanya merealisasikan
pembaharuan dan kemajuan bagi Islam dan umatnya, Islam Progresif juga
menganjurkan sekularisasi dan liberalisasi agama seperti yang digagaskan oleh
para ahli teologi liberal Barat. Fokus utama liberalisasi agama ialah untuk
mempertahankan hak-hak asasi manusia dan membela nasib golongan lemah dan
tertindas terutamanya golongan miskin dan wanita, di samping, proses reformasi
43
Eksklusif, exclusive, exclusivism, bermaksud: tidak termasuk, tidak tergolong, hanya untuk seseorang atau golongan yang tertentu, istimewa dan khas. Lihat Kamus Dwibahasa, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Cet. Kelima, hlm. 445.
44Muslim for Progressive Values, Our Principles, atas talian: http://www.mpvusa.org [2 Ogos, 2010].
45 Inklusivisme dapat disimpulkan sebagai sikap menerima kebenaran semua agama, dan bahawa agama itu hanya merupakan
jalan partikular untuk mencapai kebenaran universal menyembah Tuhan yang satu. Teori ini pada asalnya dipopularkan oleh sarjana Barat, antaranya John Hick (1922-2012) di mana beliau mentafsirkan kembali Kristologi tradisional dengan mengatakan bahawa istilah Tuhan bukan sebagai peribadi seperti yang dinyatakan oleh agama teistik teatpi adalah realiti yang tidak terbatas yang difahami dengan pelbagai cara melalui berbagai-bagai-bagai bentuk pengalaman beragama manusia.
73
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
agamanya mengikut model hermenutik, menolak Syariah Klasik dan mengambil
sikap yang kritikal terhadap ajaran dan amalan yang diwarisi dari golongan
Tradisionalis.
JusterU, jelaslah bahawa Islam Progresif dan Islam Liberal berkongsi konsep yang
ternyata sama dari sudut kefalsafahan, pendekatan seruan, agenda dan matlamat
perjuangannya. Pendek kata, mana-mana Muslim yang memanggil diri mereka
sebagai pendukung fahaman Islam Progresif, pada masa yang sama boleh
dianggap sebagai pendukung fahaman Islam Liberal. Pengertian Islam Progresif
yang sinonim dengan Islam Liberal ini telah diterima dan diakui sendiri oleh tokoh-
tokoh Islam Liberal seperti Kurzman dan para aktivis Jaringan Islam Liberal. Maka
munasabahlah dalam perbahasan isu-isu berkenaan dengan reformasi agama dan
penjenamaan semula imej Islam, kedua-dua istilah ini sering disebut secara
bersamaan atau silih berganti, dalam konteks dan pengertian yang sama, dengan
sifat yang saling bersekongkol serta pengaruh mempengaruhi antara satu sama
lain.
Sungguhpun begitu, kalimah progresif juga sering digandingkan dengan Islam
oleh kebanyakan sarjana Islam yang sememangnya anti Islam Liberal,
terutamanya ketika penjelasan tentang Islam sebagai agama yang maju dan
membawa kemajuan kepada manusia. Namun, pemakaian progresif ini dilihat
hanya untuk merujuk kepada maksud bahasanya sahaja yang bersifat umum iaitu
sebagai agama ‘yang bersifat maju’, dengan tidak sekali-kali merujuk pada Islam
Progresif atau Islam Liberal dalam konteks aliran kefalsafahannya yang khusus
seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Menyentuh perbahasan tentang ideologi SIS ini, ia dilihat merujuk kepada Islam
Progresif dalam bentuk aliran pemikiran dan pergerakannya. Hakikat ini boleh
diperhatikan dalam penjelasan SIS mengenai realiti Islam yang diwarisi dan
diamalkan oleh majoriti umat Islam dewasa ini. SIS telah menganjurkan, sebagai
alternatif kepada penolakan terhadap Islam Syariah, supaya Islam dan ajarannya
74
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
itu ditafsirkan semula agar kembali kepada maksud asal agama itu diwahyukan
untuk sekalian umat manusia di sepanjang zaman. Di sini, Islam SIS menekankan
akan perlunya diberi nafas baru dan dijenamakan semula Islam agar ia mampu
kekal menjadi agama yang bersifat universal, berkembang dan sentiasa relevan
dengan kehendak, tuntutan dan perkembangan hidup manusia.
Bagi SIS, perkara pertama yang perlu diusahakan ialah menilai kembali tafsiran al-
Qur`an memandangkan kitab suci itulah yang menjadi sumber asas kepada Islam.
Untuk itu, SIS mengutarakan kepentingan mewujudkan versi tafsir al-Qur`an
progresif. Tafsir versi ini diperlukan agar ajaran al-Qur`an menepati nilai-nilai
kemodenan, menjunjung universalisme, hak asasi manusia dan seumpamanya,
yang mewakili dan memberi fokus yang setara dan saksama kepada lelaki dan
wanita serta semua lapisan manusia, berasaskan pandangan semesta Islam yang
bersifat maju dan berkembang itu.46
SIS juga secara terang-terangan merujuk pada istilah Islam Progresif dan
menyokong agenda perjuangannya ketika mengisytiharkan rangka kerja, aktiviti-
aktiviti dan program-program utamanya. Antaranya, SIS menegaskan:
Sisters In Islam committed itself to exploring the first proposal for annual short
course on progressive Islamic thought. There are possibilities of working with a
network of partners (in Indonesia, South Africa and Netherlands) where similar
course already exist or are already being planned.”
Seterusnya, SIS turut menjelaskan bahawa siri ceramah umum yang sedang
dirangka dan yang telah dilaksanakannya sebelum ini juga bertujuan untuk
mendedahkan masyarakat umum di Malaysia secara keseluruhannya tentang
pemikiran alternatif dalam Islam. Dalam siri ceramah ini, SIS telah mengundang
46
Norani Othman (pnyt.), 2005, hlm. 153.
75
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
tokoh-tokoh seperti Fathi Osman47 yang bercakap tentang Islam dan kemodenan;
Amina Wadud tentang Islam, al-Qur`an dan suara wanita; Abdullahi Ahmed an-
Naim tentang hak-hak asasi manusia, agama dan sekularisme; dan lain-lain lagi
dari kalangan ilmuwan yang mempromosikan aliran Islam Progresif.48 Selain dari
kenyataan-kenyataan di atas, para aktivis dan barisan kepemimpinan SIS
sememangnya sangat menekankan pembaharuan pemikiran Islam yang secara
langsung merujuk kepada kefahaman Islam Progresif sebagai alternatif yang perlu
dianuti oleh masyarakat Islam dewasa ini.49
Kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa SIS amat komited dengan usaha
untuk mempromosikan dan mengembangkan pemikiran Islam Progresif. SIS
menjelaskan bahawa pergerakannya akan terus menjalinkan hubungan dengan
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain yang boleh bekerjasama dengannya
dalam usaha berkongsi ilmu pengetahuan, maklumat dan strategi. SIS juga
menegaskan bahawa kerjasama dan perhubungan tersebut bertujuan mencari
kesepakatan dalam perjuangan menentang diskriminasi terhadap golongan wanita
yang dibuat atas nama agama. Pada masa yang sama, jalinan hubungan tersebut
merupakan usaha bersepadu kalangan NGO yang sealiran dalam perjuangan
mempromosikan pembangunan pemikiran Islam Progresif di dunia Islam.50
5.0. PENUTUP
Berasaskan hujah-hujah dan penjelasan-penjelasan SIS di atas, dapatlah
dirumuskan bahawa SIS mempunyai asas persamaan dengan aliran Islam Liberal
47
Mohammed Fathi Osman (1928-2010) seorang sarjana Mesir yang banyak berbicara tentang hubungan serta kerjasama antara Islam dan agama-agama lain. Beliau jug banyak menulis tentang penghayatan semula al-Qur’an demi kepentingan masyarakat umum. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden kepada American Association of Muslim Social Scientists dan sebagai Resident Scholar, Islamic Center of Southern California. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah kepada Research Center, Imam Muhammad ibn Saud University, Saudi Arabia. Hasil karyanya termasuklah The Islamic Legal Thinking between the Permanent Divine Sources and the Changing Juristic Contributions, The Islamic Thought and Human Change, The Muslim World: Issues and Challenges, Jihad: A Legitimate Struggle for Human Rights.
48 Norani Othman, hlm. 102-103.
49 Temu bual pengkaji bersama Puan Ratna, 30 Mac, 2011; dan bersama Cik Norhayati Kaprawi (Bekas Pengarah Program SIS)
pada 3 Mac, 2011. 50
Dalam hal ini SIS menegaskan: “Sisters in Islam will maintain communication with participating NGOs to build a process where we can work together to share knowledge, information, and strategies: as well as to provide mutual support to battle discrimination against women in the name of religion and to promote the development of a progressive Islam in the Muslim world”; Norani Othman, hlm. 153.
76
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
tentang Islam dan dasar yang perlu dilaksanakannya. Kedua-dua mereka; SIS
dan Islam Liberal, beranggapan bahawa adalah sesuatu yang terlalu asas dan
perlu didahulukan untuk mereformasikan atau mengembalikan semula maksud
Islam dan ajarannya kepada pengertian dan maksud asal agama itu diwahyukan.
Hakikat kepentingan ini jugalah yang menjadi desakan utama kepada usaha
reformasi agama yang diperjuangkan oleh kedua-dua mereka.
Konsep Islam sebagai agama, sama ada Islam Liberal ataupun Islam Progresif
yang diserukan itu, sememangnya merujuk pada sebuah agama yang bersifat
berkembang, universal, progresif dan dinamik. Justeru, segala tafsiran dan amalan
Islam itu perlu ditafsirkan dengan prinsip-prinsip asasnya yang menjunjung nilai-
nilai universalisme, hak-hak kemanusiaan dengan memberi fokus khusus pada
hak-hak wanita, golongan minoriti, kaum bukan Islam yang berada di bawah
sistem perundangan Islam, hak-hak kesetaraan tanpa mengira agama, budaya
dan fahaman politik, serta hak kebebasan berfikir dan berekspresi. Konsep agama
yang diperjuangkan SIS juga lebih mengutamakan pembinaan moral yang bersifat
mendidik dan bertoleransi berbanding pendekatan keras melalui penguatkuasaan
hukum Syariah tersebut.
Adalah jelas bahawa meskipun SIS tidak pernah secara langsung mendakwa
dirinya sebagai salah satu aliran yang mendukung fahaman Islam Liberal, namun
pengakuan secara langsungnya yang menyokong aliran Islam Progresif
menjelmakan dirinya yang terpengaruh dengan aliran Islam Liberal. Di samping
itu, SIS dan Islam Liberal mendakwa mempunyai cabaran yang sama. Kedua-
duanya menjelaskan bahawa kelompok aliran Islam Konservatif yang
mengutamakan pendekatan Islam politik dan Syariah-minded sebagai pesaing dan
cabaran utama kepada usaha reformasi agama yang diperjuangkan. Juga,
mereka masing-masing menolak dasar autoriti agama yang memberi
keistimewaan kepada segelintir ulama dari aliran Islam Tradisionalis yang
menganut doktrin eksklusivisme, yang dianggap sentiasa membenarkan ideologi
dan keputusan sendiri serta bersifat punitif, berbanding usaha-usaha ke arah
77
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
pembinaan moral seperti yang ditekankan dalam perjuangan reformasi agama
mereka.51
Biarpun SIS tidak memakai secara langsung nama Islam Liberal seperti yang
dilakukan oleh JIL, tetapi berasaskan kepada faktor Islam Progresif yang
dianjurkannya banyak menyamai Islam Liberal dari sudut konsepnya, serta faktor
penolakannya terhadap warisan Islam yang diamalkan oleh majoriti dunia Islam
kini, telah membuka ruang awal untuk mendakwa SIS dari sudut ideologinya, telah
terpengaruh atau sememangnya mendukung fahaman atau seruan Islam Liberal.
Sungguhpun begitu, kajian terhadap ideologi SIS yang bermula dengan premis
pertama mengenai bentuk Islamnya itu, perlu dilengkapkan dengan analisis
lanjutan yang tertumpu kepada premis keduanya yang berkenaan dengan hak-hak
asasi manusia. Hasil kajian terhadap kedua-dua premis SIS tersebut akan
memberi jawapan yang lebih lengkap untuk persoalan mengenai wajah ideologi
SIS ini.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rasyid. 1998. Gerakan Feminisme di Malaysia – Antara Idealisme
Dengan Matlamat. Dewan Budaya. 8 (20). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ali, Asghar Engineer. 2008. Islam Misgivings and History. New Delhi: Vitasta Publishing
Pvt. Ltd.
Kamus Dwibahasa. 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cet. Kelima.
Kurzman, Charles. 1999. Liberal Islam: Prospects and Challenges. Jurnal MERIA. Jil. 3,
September. http://www.unc.edu/-kurzman/LiberalIslamLinks.html [12 Ogos 2010].
Kurzman, Charles (pnyt.). 2003. Wacana Islam Liberal Pemikiran Islam Kontemporer
Tentang Isu-Isu Global. Heri Junaidi. (Terj.) Liberal Islam: A Sourcebook. Jakarta
51
Norani Othman (pnyt.), 2005, hlm. 4.
78
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
Selatan: Paramadina dengan kerjasama Yayasan Adikarya IKAPI dan The Ford
Foundation.
Musawah. 2009. Tentatif Program dan Senarai Pendek Pembentang Kertas Kerja dan
Ahli Jawatankuasa Pelaksana 13 hingga 17 Februari 2009.
http://www.musawah.org.
Muslim for Progressive Values. Our Principles. http://www.mpvusa.org [2 Ogos, 2010].
Nazila Ghanea-Hercock. 2009. Sisters In Islam, Draft. NGPA Working Papers Series,
www.Ise.ac.uk/ngpa/publications.
Nik Noriani Nik Badlishah. 2003. Islamic Family Law and Justice for Muslim Women.
Petaling Jaya: Sisters In Islam.
Norani Othman (pnyt.). 2005. Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism.
Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Norhayati Kaprawi. 2011. Tuntutan dan Keperluan Melihat Semula Tafsiran al-Quran.
Restoran Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur. Temu bual, 3 Mac.
Official UN Documents of The Women's / Beijing Process.
http://www.earthsummit2002.org/ toolkits/women/un-doku/un%20beijing.html [28
Februari, 2010].
Omid Safi. Averroes Foundation: What is progressive Islam?. http://www.averroes-
foundation.org/articles/progressive-Islam.html [12 Ogos, 2010].
Rabiatul Adawiah Koh Abdullah. 2009. Perjuangan Gender Tajaan Barat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malay
sia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm [12 Mac 2009].
Ratna Osman. 2011. Sisters In Islam: Islamic Feminisme. Ibu Pejabat Sisters In Islam,
Petaling Jaya, Selangor. Temu bual. 30 Mac.
Shaiful Azli Jamaluddin. 2009. Sisters In Islam dan Jaringan. Temu bual, 15 Januari.
Sisters In Islam. Pengenalan. http://www. sistersinislam.org.my/BM/whi-pengenalan.htm
[28 Februari, 2010].
79
Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?
Jabatan Agama Islam Selangor
Sisters In Islam. 1993. Islam, Gender and Human Rights: An Alternative Views. Kuala
Lumpur: SIS Forum Berhad.
Sisters In Islam. 2003. Feminism Islam Warisan Sunnah Rasulullah. 23 Julai.
http://www.sistersinislam.org.my [12 Mac 2010].
Sisters In Islam. 2006. Empowering Voices for Change. Annual Review. Sisters In
Islam. Selangor.
Sisters In Islam. 2006. Activities. http://www.sistersinislam.org.my/BM/archive-
activities.htm [2 Ogos 2010].
Sisters In Islam. 2007. Tentang SIS. http://www.sistersinislam.org.my/BM/
pengenalan.htm [10 Disember 2008].
Sisters In Islam. 2007. Tentang SIS. http://www.sistersinislam.org.my/BM/ whi-
pengenalan.htm [28 Februari 2010].
Sisters In Islam, 2008, Kenyataan Bersama: Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak
Rakyatnya, http://www.sistersinislam.org.my [2 Februari 2008].
Sumanto Al-Qurtuby. 2009. Jihad Melawan Ekstremis Agama, Membangkitkan Islam
Progresif. Semarang: Borobudur Indonesia Pub.
Zainah Anwar. 1987. Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among The Students.
Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Zainah Anwar. 2006. Sisters In Islam International Consultation on Trends in Family
Law Reform in Muslim Countries. http://www.sistersinislam.org.my [12 Mac 2010].
Ziba Mir-Hosseini. 2006. The Construction of Gender In Islamic Legal Theory. Dalam
Seminar International Consultation on Trends in Family Law Reform in Muslim
Countries. Anjuran Sisters In Islam, pada 18-20 Mac, di Crown Princess Hotel,
Kuala Lumpur.