Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

7
SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH SOALAN PERBINCANGAN SEMASA SESI INTERAKSI TUTORIAL / KULIAH 1. Membincangkan tentang latar belakang , bentuk , elemen merentas kurikulum dan kurikulum berasaskan standard dalam KSSR. Latar Belakang Transformasi Kurikulum Kebangsaan Keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6 / 2008. Dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pelajaran. Pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan peringkat sekolah rendah. Bertujuan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi : memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi : kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan turut mengambil kira kemahiran menaakul, kreativiti dan inovasi, teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi, KPM melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju : memastikan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. KPM dapat input dari pelbagai pihak berkepentingan (Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa) untuk membangunkan konsep kurikulum persekolah rendah berasaskan standard. 1

description

pembentangan

Transcript of Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Page 1: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

SOALAN PERBINCANGAN SEMASA SESI INTERAKSI TUTORIAL / KULIAH

1. Membincangkan tentang latar belakang, bentuk, elemen merentas kurikulum

dan kurikulum berasaskan standard dalam KSSR.

Latar Belakang

Transformasi Kurikulum Kebangsaan

Keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6 / 2008.

Dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pelajaran.

Pada 23 Mei 2008.

Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan peringkat

sekolah rendah.

Bertujuan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan

datang.

Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah

merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum

persekolahan rendah sedia ada.

Tujuan transformasi : memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan

semasa untuk menghadapi cabaran abad ke – 21.

Fokus transformasi : kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)

dan turut mengambil kira kemahiran menaakul, kreativiti dan inovasi,

teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen

keusahawanan.

Dalam proses transformasi, KPM melakukan penandaarasan dengan

kurikulum persekolahan negara maju : memastikan kurikulum

kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global.

KPM dapat input dari pelbagai pihak berkepentingan (Pertubuhan

Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa) untuk

1

Page 2: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

membangunkan konsep kurikulum persekolah rendah berasaskan

standard.

Konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3 / 2009 pada 2

Oktober 2009.

KPM bangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

berasaskan prinsip – prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kurikulum Pendidikan Khas turut terlibat dibangunkan.

Pelaksanaan rintis dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh

negara, bertujuan memastikan kurikulum itu mantap.

Hasrat KSSR

Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif

melalui tunjang – tunjang komunikasi, sains dan teknologi,

perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan

kerohanian, sikap dan nilai.

KSSR berteraskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).

KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi

(MBE) dan teori pembelajaran terkini.

KSSR mengguna pakai 4 tonggak pendidikan UNESCO iaitu

i Belajar untuk mengetahui ( learning to know )

ii Belajar untuk bertindak ( learning to do )

iii Belajar untuk hidup bersama ( learning ti live together )

iv Belajar untuk membentuk peribadi ( learning to be )

Murid yang mengikuri KSSR akan mempunyai asas – asas berikut :

Insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi, jasmani

dan sosial.

Warga negara yang bertanggungjawab.

Warganegara yang boleh berperanan diarena global ( Global

Player ).

Pekerja ilmu.

2

Page 3: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Prinsip KSSR

Mengekalkan kesemua prinsip KBSR kerana sesuai dan relevan untuk

melahirkan insan yang seimbang dan holistik.

Prinsip – prinsip tersebut adalah seperti berikut :

i Pendekatan Bersepadu

- Unsur – unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabung

untuk wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sosial.

ii Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

- Semua mata pelajaran berperanan memenuhi keperluan

intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial ( potensi murid

dikembang secara bersepadu ).

iii Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

- Beri peluang yang luas dan saksama kepada semua murid

untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

menyeluruh dan seimbang.

iv Pendidikan Seumur hidup

- Menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran

kehidupan dan pendidikan sepanjang hayat.

Bentuk Kurikulum

Konsep Tunjang

Diperkenalkan dalam KSSR.

Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai.

Berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Terdapat 6 tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan

nilai yang menjadi asas pembangunan insan yang berfikiran kreatif,

kritis dan inovatif.

Tunjang menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,

kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

3

Page 4: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Senarai 6 tunjang ialah seperti berikut :-

1. Tunjang Komunikasi

Penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa

dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis serta nilai tambah menaakul.

Bertujuan menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang

bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah BM,BI,BC,BT,BA,BCSK,

BTSK,Bahasa Iban,Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk

kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, nakat dan

apresiasi.

Disiplin ilmu aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan ; kreativiti, bakat dan apresiasi ialah Pendidikan Seni Visual

dan Pendidikan Muzik.

3. Tunjang Kemanusiaan

Penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang masyarakat

dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan

semangat patriotisme dan perpaduan.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang

diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

4. Tunjang Keterampilan Diri

Penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Bertujuan memberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam

kegiatan kokurikulum serta meningkatkan potensi diri sebagai

pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi

4

Page 5: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Penekanan kepada penguasaan:

- Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.

- Pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam matematik.

- Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu dalam Tunjang Literasi sains dan Teknologi ialah Sains,

Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT ) serta Teknologi

Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada

penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Disiplin ilmu dalam tunjang merangkumi Pendidikan Islam ( murid

Islam ) dan Pendidikan Moral ( murid bukan Islam ).

Fokus KSSR

Selepas 6 tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

Beri penekanan kepada 4M ( membaca, menulis, mengira dan menaakul )

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan

penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Tahap 1

Pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.

Literasi dan numerasi ditekankan untuk membolehkan murid kuasai 4M.

Ditekankan juga kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,

keusahawanan dan TMK.

Tahap 2

Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di

samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih

kompleks, pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah.

Organisasi Kurikulum KSSR

Diorganisasikan dalam bentuk modular.

Dikenali sebagai modul kerana mengelompokkan mata pelajaran dalam

kumpulan tertentu.

5

Page 6: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Mata pelajaran turut diorganisasikan secara modular.

Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri –

lengkap ( self – contained ).

Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap 1

Kurikulum diorganisasikan dalam :-

1. Modul Teras Asas

Merangkumi bidang pembelajaran asas.

Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani dan

Modul Pendidikan Kesihatan.

Mesti dipelajari oleh semua murid.

2. Modul Teras Tema

Menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul.

Terdapat 2 modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains

dan Teknologi( DST ).

Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.

DST menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi ( RBT )

dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).

Mesti dipelajari oleh semua murid.

3. Modul Elektif

Pilihan disiplin pilihan yang ditawarkan kepada murid.

BA, BCSK, BTSK, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun.

Ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai

bahasa.

Pemilihan dibuat oleh pihak sekolah, sekurang – kurangnya satu

bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek;

i Penyediaan guru

ii Permintaan daripada murid

iii Prasarana sekolah

6

Page 7: Sjh 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Organisasi Tahap 2

Diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata

Pelajaran Elektif.

Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul.

7