SJHK3023 TUGASAN 2

8
Tajuk Artikel : Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia Penulis : Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman & Rashila Hj Ramli Bilangan muka surat : 12 muka surat Sumber : Jurnal Akademika 81 (1) 2011: 39-50 Artikel yang bertajuk Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia yang ditulis oleh Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman dan Rashila Hj Ramli adalah sebuah jurnal yang membincangkan kemunculan teori konstruktivisme sebagai teori yang baru di dalam teori hubungan antarabangsa. Di samping itu, makalah ini juga berkisarkan tentang hubungan antarabangsa Malaysia yang dikaitkan dengan teori konstruktivsme sosial. Teori konstruktivisme sosial adalah berkaitan dengan hubungan Malaysia bersama institusi multilateral atau organisasi antarabangsa. Di dalam konteks penulisan ini terdapat tiga institusi multilateral atau organisasi antarabnagsa yang dibincangkan secara mendalam iaitu Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Komanwel dan Organization of Islamic Conference (OIC). Makalah ini cuba menelusuri dan memahami peranan Malaysia dalam pelbagai institusi global dan serantau melalui konstruktivisme sebagai pendekatan alternative dalam hubungan antarabangsa bagi menganalisis peranan Malaysia dalam institusi global. Tambahan juga, penulisan ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil tetapi berperanan besar dalam organisasi global dan serantau. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global.

description

malaysian dan hubungan antarabangsa

Transcript of SJHK3023 TUGASAN 2

Page 1: SJHK3023 TUGASAN 2

Tajuk Artikel : Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia

Penulis : Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman & Rashila Hj Ramli

Bilangan muka surat : 12 muka surat

Sumber : Jurnal Akademika 81 (1) 2011: 39-50

Artikel yang bertajuk Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia

yang ditulis oleh Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman dan Rashila Hj Ramli adalah

sebuah jurnal yang membincangkan kemunculan teori konstruktivisme sebagai teori yang

baru di dalam teori hubungan antarabangsa. Di samping itu, makalah ini juga berkisarkan

tentang hubungan antarabangsa Malaysia yang dikaitkan dengan teori konstruktivsme

sosial. Teori konstruktivisme sosial adalah berkaitan dengan hubungan Malaysia bersama

institusi multilateral atau organisasi antarabangsa. Di dalam konteks penulisan ini terdapat

tiga institusi multilateral atau organisasi antarabnagsa yang dibincangkan secara mendalam

iaitu Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Komanwel dan Organization of

Islamic Conference (OIC). Makalah ini cuba menelusuri dan memahami peranan Malaysia

dalam pelbagai institusi global dan serantau melalui konstruktivisme sebagai pendekatan

alternative dalam hubungan antarabangsa bagi menganalisis peranan Malaysia dalam

institusi global. Tambahan juga, penulisan ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa

Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil tetapi berperanan besar dalam organisasi

global dan serantau. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya

mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global.

Page 2: SJHK3023 TUGASAN 2

RINGKASAN ARTIKEL

Selama ini perdebatan mengenai teori atau pendekatan antarabangsa adalah

didominasi oleh pendekatan realisme dan liberalisme. Namun, setelah berakhirnya Perang

Dingin maka muncul satu pendekatan baru di dalam hubungan antarabnagsa iaitu

konstrukstivisme sosial. Secara umumnya konsep teras konstruktivisme adalah mengenai

globalisasi, hak asasi manusia antarabangsa, polisi keselamatan dan lain-lain lagi.

Konstruktivis melihat dunia di sekeliling kita sebagai dikonstrukkan atau dikendalikan secara

sosialnya atau socially constructed. Perspektif konstruktivisme memberi nilai kepada faktor-

faktor ideational seperti idea, budaya, ilmu pengetahuan, identity, keutamaan, interaksi,

norma dan institusi sebagai asa untuk memahami tindak tanduk negara.

Teori konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa Malaysia dapat dilihat melalui

hubungan Malaysia dengan tiga organisasi antarabangsa yang utama iaitu ASEAN,

Komanwel dan OIC. Di dalam ASEAN terdapat lima norma yang menjadi panduan kepada

ahlinya. Antaranya ialah meyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan, autonomi

serantau, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, tidak akan menubuhkan

pakatan ketenteraan dan ‘ASEAN WAY’. ‘ASEAN WAY’ merupakan satu prosedur dalam

membuat keputusan dalam mencapai persetujuan dalam kalangan negara ahli melalui

musyawarah, konsultansi atau muafakat. Malaysia sebagai sebuah negara pengasas telah

berjaya membentuk ASEAN menjadi sebuah pertubuhan serantau yang bersesuaian

dengan dasar luar yang menekankan konstruktivisme sosial.

Di dalam Komanwel, Malaysia dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia di mana

Malaysia dengan begitu lancang mengkritik dasar Aparteid di Afrika Selatan yang

mendiskriminasikan orang kulit hitam. Hal ini dianggap bertentangan dengan prinsip Hak

Asasi Manusia. Jelas dilihat Komenwal dijadikan sebagai landasan bagi Malaysia

menyuarakan pendapatnya di peringkat antarabangsa.

OIC pula dilihat sebagai satu wahana bagi Malaysia di dalam memperjuangkan syiar

Islam. Dalam teori konstruktivisme ini dilihat bahawa Islam merupakan faktor penting yang

membentuk dasar luar Malaysia walaupun sebelum ini dasar luar Malaysia dianggap

sebagai cenderung kepada pro-Barat.

Sebagaimana yang telah dibincangkan, pendekatan Konstruktivisme berpendapat

identity dan kepentingan negara dikonstruk secara sosial. Bagi mempromosi negara ini di

persada antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menggunakan pelbagai institusi multilateral

dan ini dilihat sebagai satu pendekatan di dalam teori konstruktivisme sosial.

Page 3: SJHK3023 TUGASAN 2

ULASAN KRITIS

Hasil pembacaan yang mendalam di dalam makalah ini, saya amat meminatai

dengan apa yang diperbahaskan oleh penulis mengenai teori Konstruktivisme dan

hubungan anatarabangsa Malaysia. Isu ini merupakan isu semasa yang sedang berlaku

dalam konteks hubungan luar Malaysia. Dari hari ke hari Malaysia terus menjalin hubungan

dengan dunia luar. Oleh hal yang demikian, wajar untuk kita fahami mengenai tindak tanduk

Malaysia dalam menjalin hubungan antarabangsa berdasarkan pendekatan konstruktivisme

sosial.

Konsrtuktivisme dilihat sebagai satu teori hubungan antarabangsa yang baru kerana

teori realisme dan liberalisme merupakan teori yang terawal muncul di dalam skop

hubungan antarabangsa. Jika dibandingkan di antara ketiga-tiga teori ini, saya bersetuju

dengan penulis apabila penulis ada menyatakan bahawa pendekatan konstruktivisme sosial

merupakan satu pendekatan terpenting di dalam menjalin hubungan antarabangsa. Hal ini

kerana pendekatan konstruktivisme lebih menjurus kepada memperjuangkan hak-hak

kemanusiaan yang seharusnya tidak wujud unsur diskriminasi.

Hasil dari pembacaan, saya dapati bahawa tujuan penulisan artikel ini adalah untuk

menelusuri dan menganalisis konstruktivisme dalam memahami peranan Malaysia sebagai

sebuah negara dalam konteks rantau dan global. Artikel ini lebih bersifat selektif iaitu hanya

merujuk kepada beberapa institusi global dan serantau dengan memberi tumpuan kepada

beberapa isu dalam dasar luar Malaysia. Tiga institusi tersebut adalah ASEAN, Komanwel

dan OIC.

Apabila kita berbicara soal teori konstruktivisme sosial, kita perlu tahu apakah yang

dimaksudkan dengan teori ini dengan sebenar-benarnya. Menurut penulis pendekatan

konstruktivisme adalah berasaskan andaian bahawa identity dan kepentingan negara adalah

dibentuk secara sosial. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan penulis kerana untuk

memahami tingkah laku negara bermakna kita cuba untuk memahami konteks sosial

antarabnagsa di mana negara itu berkembang dan berinteraksi. Setiap negara mahukan

sesuatu dan mempunyai matlamat dalam jangka masa yang ditentukan. Keinginan asas

negara seperti keinginan untuk keselamatan fizikal, kestabilan, pengiktirafan oleh negara

lain dan pembangunan atau peningkatan taraf hidup rakyat. Keinginan inilah yang akan

menentukan tindak tanduk sesuatu negara, ianya hanya boleh dicapai dengan menjalin

hubungan bersama organisasi antarabangsa. Negara menentukan kepentingannya

berasaskan situasi sosial di mana mereka merupakan peserta dalam proses hubungan

antarabangsa tersebut.

Page 4: SJHK3023 TUGASAN 2

Hubungan Malaysia di dalam ASEAN merupakan salah satu pendekatan yang dibuat

oleh Malaysia seperti yang termaktub di dalam teori konstruktivisme sosial. Penulis ada

menyatakan bahawa Malaysia menjadikan ASEAN sebagai satu wadah untuk memulihkan

hubungan antara Malaysia dengan Indonesia selepas berlakunya Konfrontasi, di samping

merapatkan hubungan dalam kalangan negara bukan komunis di rantau ini. Perkara ini

mendapat sokongan daripada saya sepenuhnya. Perkara ini dapat saya buktikan sewaktu

berlakunya konflik di antara Malaysia dan Filipina di dalam peristiwa Corrigidor. Atas

semangat ASEAN dan prinsip yang terdapat di dalam ASEAN telah membuatkan kedua-dua

negara ini mengadakan satu usaha damai dengan mengguna pakai prosedur ‘ASEAN

WAY’. Hal ini jelas membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme yang diguna pakai

oleh Malaysia adalah bertujuan untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian sejagat

dengan cara menjalin hubungan sosial di kalangan penduduk negara ahli.

Di dalam Komanwel, Malaysia di lihat begitu lancing di dalam melontarkan kritikan-

kritikan berasas tanpa berasa gentar. Perkara ini merupakan salah satu pendekatan di

dalam teori konstruktivisme. Identiti, pegangan dan keinginan sesebuah negara itu

mencerminkan tindak tanduk negara itu. Buktinya, Malaysia menentang sekeras-kerasnya di

dalam dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan, sehinggakan Malaysia

mencadangkan agar tidak menjalin hubungan ekonomi kepada negara tersebut. Dasar

Aparteid berkisarkan tentang penindasan di kalangan orang kulit hitam yang dilakukan oleh

orang kulit putih. Isu hak-hak kemanusiaan diperjuangkan oleh Malaysia atas dasar

perikemanusiaan. Penulis menyokong dengan tindakan Malaysia terhadap isu tersebut dan

begitu juga saya.

Akhir sekali, penulis ada menyentuh mengenai hubungan Malaysia dengan OIC.

Penulis menyatakan bahawa Islam merupakan landasan utama dan faktor terpenting dalam

membentuk dasar luar Malaysia. Tambahan penulis lagi Malaysia sangat memperjuangkan

isu-isu yang berkaitan Islam dan menegakkan segala syiar Islam di dalam hubungan

antarabangsa. Dari sudut pandang buah fikiran saya, saya kurang bersetuju dengan apa

yang dikatakan oleh penulis. Jika dilihat sehingga detik ini Malaysia masih tidak

mengamalkan syiar Islam yang sebenar-benarnya. Buktinya undang-undang hudud masih

belum diterima umum oleh Masyarakat Malaysia. Ini jelas menampakkan syiar Islam belum

ditegakkan dengan seteguhnya oleh Malaysia. Benar penulis ada mengemukakan bukti

seperti penentangan terhadap perbuatan Yahudi dan rejim Israel terhadap masyarakat Islam

di Palestin. Namun, di dalam situasi ini tidak ada yang dapat dipertontonkan kerana

Malaysia sendiri masih menjalin hubungan dengan syarikat multinasional Israel seperti

Starbucks dan McDonald’s.

Page 5: SJHK3023 TUGASAN 2

PENUTUP

Tuntasnya, konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang terbaik di dalam

hubungan antarabangsa. Ini kerana ianya merangkumi pelbagai aspek di dalam kehidupan

individu, masyarakat dan negara. Ianya jelas dilihat di mana pendekatan konstruktivisme

memperjuangkan hak asasi manusia, keselamatan fizikal dan pelbagai lagi isu-isu yang lain.

Melalui pendekatan konstruktivisme, organisasi antarabangsa dan institusi multilateral dilihat

sebagai wahan yang terbaik bagi sesuatu negara dalam mengkonstrukkan secara sosial

indentiti dasar luar sesebuah negara tersebut. Dengan adanya organisasi antarabangsa dan

institusi multilateral ini dapat dilihat ianya memainkan peranan yang sangat penting di dalam

memperjuangkan sesuatu isu seperti yang dilakukan oleh Malaysia di dalam organisasi

ASEAN, Komanwel dan OIC.

Page 6: SJHK3023 TUGASAN 2

Socially bermakna konstruktivis memberi penekanan yang lebih kepada sosial berbanding

dengan material ataupun kebendaan. Dalam erti kata yang lain, konstruktivis lebih

menumpukan kepada hak-hak kebajikan sosial berbandingkan kebendaan semata-mata

dalam menjalin hubungan luar. Constructed pula bermakna sarjana konstruktivis memahami

dunia ini wujud dikonstrukkan melalui satu proses interaksi antara agen (individu, negara,

aktor bukan negara) dengan struktur (organisasi antarabnagsa, konvensyen, undang-

undang antarabangsa, perjanjian antarabangsa dan sistem antarabangsa_ dalam

persekitaran yang lebih luas. Secara ringkasnya, terdapat satu proses saling mempengaruhi

antara agen dengan struktur.