Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

18
1 SKEMA JAWAPAN BAB 1 KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

description

Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Transcript of Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Page 1: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

1

SKEMA JAWAPAN

BAB 1

KARANGAN BERDASARKAN

BAHAN RANGSANGAN

Page 2: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

MODUL KARANGAN BAHAGIAN A UNTUK KUMPULAN PERHALUS

INFO UMUM PENULISAN KARANGAN BERPANDU1. Panjang karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250 patah

perkataan.2. Karangan ini sebaik-baiknya mestilah disiapkan dalam tempoh 45 minit.3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah.4. Karangan ini mestilah mempunyai pengenalan, isi dan penutup.5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa seperti

peribahasa,ungkapan, cogan kata, dan sebagainya.

PANDUAN GURU1. Guru membimbing pelajar mengenal pasti kata kunci soalan, dan format soalan.2. Terangkan kepada pelajar jumlah perenggan yang diperlukan bagi karangan berpandu.3. Pada peringkat awal guru harus membimbing pelajar membina karangan dengan

melengkapkan perenggan melalui teknik pasang siap.4. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan adalah seperti berikut:

a. Perenggan pengenalan:Hendaklah terdiri daripada (3 atau 4 ) ayat.i. (AK) ialah ayat keterangan tentang tema secara umum. ii. (AH) ialah ayat yang menghuraikan keterangan.iii. (AA) ialah ayat arah yang mempunyai kata kunci dan menyatakan hala tuju

soalan.b. Perenggan isi:

Terdiri daripada:i. (AT) ialah ayat yang membuat penyataan tentang idea utama pada bahan

rangsangan.ii. (AH) ialah ayat yang menghuraikan idea utama dengan menggunakan teknik

penyoalan (MASBBD)iii. (AC) ialah ayat yang mengandungi contoh-contoh untuk memperkukuh isi.iv. (AS) ialah ayat yang menyimpulkan tentang isi dan huraian yang

dikemukakan dalam perenggan tersebut.c. Perenggan penutup:

Perenggan penutup terdiri daripada:i. (AS) ialah ayat yang membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang

karangan yang ditulis.ii. (AP) ialah ayat yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau

cadangan.iii. (AH) ialah ayat iaitu ayat yang mengandungi harapan pelajar berkaitan

cadangan .5. Skema ini hanyalah cadangan. Guru boleh menerima mana-mana jawapan yang

difikirkan sesuai.

2

Page 3: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

CADANGAN SKEMA KARANGAN BAHAGIAN A PERHALUS

Latihan 1Tajuk 1 : Kebaikan Amalan Gotong-royongPengenalan

1. Pada hari ini isu amalan gotong-royong selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius.3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan

amalan bergotong-royong.

Isi Pertama5. Sesungguhnya kebaikan amalan gotong-royong ialah boleh mengeratkan

perpaduan sesama ahli masyarakat.6. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.7. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan.8. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan melahirkan keadaan yang aman.9. Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.

Isi Kedua10. Selain itu, kebaikan amalan gotong-royong ialah dapat mempercepat dan

memudahkan sesuatu kerja.11. Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama.12. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. 13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja.14. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan.

Isi Ketiga15. Di samping itu, kebaikan amalan bergotong-royong ialah boleh memperkukuh

semangat kejiranan.16. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kejiranan.17. Contohnya, kita boleh menolong jiran yang menghadapi kesusahan.18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara jiran.19. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kebaikan.

Kesimpulan20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan amalan

gotong-royong ini.21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya.22. Semoga akan lahir masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong.23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

3

Page 4: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Latihan 2Tajuk : Sebab Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin Pengenalan

1. Pada hari ini isu disiplin pelajar selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius.3. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku?4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari sebab-

sebab pelajar tidak mematuhi disiplin.

Isi Pertama5. Sesungguhnya sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah keluarga.6. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak.7. Contohnya ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka.8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah anak-anak akan terbiar.9. Benarlah keluarga penting untuk membentuk disiplin pelajar.

Isi Kedua10. Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh dengan

rakan.11. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan rakan sebaya.12. Contohnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng sekolah.13. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa depan pelajar.14. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh mempengaruhi pelajar.

Isi Ketiga15. Di samping itu sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh media.16. Hal ini demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak baik.17. Contohnya perlakuan remaja menghisap rokok.18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. 19. Betullah bahawa media boleh mempengaruhi disiplin pelajar.

Kesimpulan20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu disiplin

pelajar ini.21. Jika tidak kita tidak akan berjaya menanganinya.22. Semoga akan lahir pelajar yang berwawasan pada masa akan datang.23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

4

Page 5: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Latihan 3Tajuk : Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan KaumPengenalan

1. Dewasa ini isu perpaduan kaum selalu dibincangkan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan.3. Persoalannya bagaimanakah usaha untuk melakukannya?4. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha untuk

memperkukuh perpaduan kaum.

Isi Pertama1. Sesungguhnya usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan

mengadakan sambutan rumah terbuka.2. Hal ini demikian kerana sambutan iini dapat diraikan oleh semua kaum.3. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh

meraikannya bersama. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum.5. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.

Isi Kedua1. Selain itu, usaha yang boleh dilakukan ialah mewujudkan sekolah untuk semua

kaum.2. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang

sama. 3. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaaan. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara kaum.5. Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum.

Isi Ketiga1. Di samping itu, mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum.2. Hal ini demikian kerana persefahaman penting untuk menjadikan negara kita aman.3. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia.4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum.5. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilangan kaum amat penting.

Kesimpulan1. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan

kaum ini.2. Jika semua pihak tidak bekerjasama usaha ini tidak akan berjaya.3. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita.4. Sesungguhnya, bersatu teguh bercerai roboh.

5

Page 6: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Latihan 4Tajuk : Usaha-usaha Memupuk Amalan Berbudi BerbahasaPengenalan

1. Pada hari ini isu amalan berbudi bahasa selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan.3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha-

usaha yang perlu dilaksanakan.

Isi Pertama1. Sesungguhnya usaha memupuk amalan berbudi bahasa ialah ibu bapa perlu

mendidik anak mereka.2. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir kepada

mereka.3. Contohnya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh adab yang baik. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan dapat membentuk anak-anak yang berbudi

bahasa.5. Benarlah ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan amalan yang baik.

Isi Kedua1. Selain itu, guru perlu mendidik pelajar supaya berbudi bahasa.2. Hal ini demikian kerana didikan guru menjadi ikutan kepada pelajar.3. Contohnya, sekolah boleh mengadakan program yang boleh memupuk amalan

baik.4. Sekiranya hal ini dilakukan, pastilah akan dapat melahirikan pelajar yang berbudi

bahasa.5. Tepatlah bahawa peranan guru penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa.

Isi Ketiga1. Di samping itu, kerajaan juga boleh melancarkan kempen berbudi bahasa.2. Hal ini demikian kerana kempen ini boleh menanam sikap berbudi bahasa.3. Contohnya, mengadakan poster dan iklan amalan berbudi bahasa dalam media

massa.4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan membentuk masyarakat yang berperibadi

mulia.5. Betullah bahawa kempen berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat berbudi

bahasa.

Kesimpulan1. Kesimpulanya semua pihak haruslah bekerjasama dalam melahirkan masyarakat

yang berbudi bahasa.2. Jika usaha ini dijalan sekadari melepas batuk ditangga, matlamatnya pasti tidak akan

berjaya.3. Semoga usaha ini akan melahirkan generasi yang berbudi berbahasa.

6

Page 7: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

4. Sesungguhnya berbudi bahasa budaya kita.

Latihan 5 Tajuk: Kemalangan Jalan raya

PENGENALAN1. Pada hari ini isu kemalangan jalan raya selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius.3. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku?4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari punca berlakunya hal ini.

ISI PERTAMA5. Sesungguhnya punca berlakunyanya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu.6. Hal ini demikian kerana mereka suka menjadikan jalan raya tempat berlumba.7. Contohnya mereka memandu melebihi had laju. Mereka ingin sampai cepat ke tempat yang dituju. Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah mereka tidak dapat mengawal kenderaan. Kenderaan yang dipandu mungkin terbabas dan menyebabkan kemalangan.9. Benarlah kata pepatah biar lambat asal selamat, kita akan sampai ke sesuatu destinasi dengan selamat jika kita tidak terlibat dengan kemalangan.

ISI KEDUA10. Selain itu, punca berlakunya kemalangan ialah keadaan jalan raya .11. Hal ini kerana jalan raya yang sempit boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Keadaan jalan raya yang rosak juga sekiranya kita tdak berhati- hati semasa memandu boleh mengundang padah.12. Contohnya, jalan yang berlubang menyebabkan kenderaan hilang kawalan.13. Sekiranya hal ini berlaku, ramailah pemandu akan menjadi mangsa keadaan.14. Tepatlah bahawa kesempurnaan dan penambaikan jalan raya ini dapat mengatasi kemalangan. ISI KETIGA15. Di samping itu,puncanya ialah tiada penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah jalan raya . 16. Hal ini demikian kerana denda-denda yang dikenakan masih tidak memberi kesedaran kepada mereka.17.Contohnya terdapat ramai pemandu tidak memiliki lesen. Ada juga pemandu bawah umur misalnya pelajar secara bebas menunggang motosikal tanpa lesen.18.Sekiranya hal ini berlaku, pastilah akan melanggar undang-undang jalan raya yang ditetapkan.19. Betullah bahawa punca kemalangan jalan raya dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

KESIMPULAN20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu kemalangan jalan raya ini.21. Jika tidak kita tidak akan berjaya.

7

Page 8: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

22. Semoga akan lahir generasi yang berhemah.23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.Latihan 6Tajuk:Usaha-usaha memupuk semangat patriotik

PENGENALAN1. Pada hari ini isu kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja selalu

diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan.3. Persoalannya mengapa hal sedemikian berlaku?4. Oleh itu sebelum nasi menjadfi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha-

usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.

ISI PERTAMA5. Sesungguhnya, usaha memupuk semangat ini adalah melalui perpaduan kaum.6. Hal ini demikian kerana golongan remaja terdiri daripada berbilang kaum.7. Contohnya,kaum Melayu,Cina dan India dapat disatukan dalam usaha memupuk

semangat ini serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara.8. Sekiranya hal ini dilakukan,pastilah akan melahirkan rakyat yang bersatu

mendukung cita-cita negara.9. Benarlah, kata peribahasa bersatu teguh bercerai roboh.

ISI KEDUA10. Selain itu, usaha memupuk semangat patriotik adalah melalui amalan menghormati

lagu kebangsaan.11.Hal ini demikian kerana remaja seharusnya tahu menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan negara mereka.12 Contohnya apabila lagu Negaraku dimainkan dalam majlis rasmi, rakyat Malaysia wajib berdiri sebagai tanda hormat.13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan remaja berwajah kebangsaan dan bersemangat patriotik.14. Tepatlah bahawa semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan remaja.

ISI KETIGA15. Di samping itu,usaha memupuk semangat patriotik ini adalah melalui sambutan hari kemerdekaan.16. Hal ini demikian kerana remaja sebagai pelapis negara boleh mengambil bahagian dalam perarakan hari kebangsaan.17 Contohnya,remaja-remaja membuat persembahan membentuk bendera Malaysia dalam acara perasmian majlis tersebut.18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah semangat ini dapat membentuk remaja patriotik.19. Betullah bahawa setiap usaha akan membuahkan hasil, kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

KESIMPULAN 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. 22. Semoga akan lahir generasi baru yang bersemangat patriotik. 23. Namun begitu bak kata peribahasa yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak

8

Page 9: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

datang melayang.

Latihan 7Tajuk:Faedah Melancong

PENGENALAN1.Pada hari ini isu pelancongan selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin mendapat perhatian masyarakat.3.Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?4.Hal ini dikatakan demikian kerana melancong mendatangkan faedah kepada kita.

ISI PERTAMA5. Sesungguhnya faedah melancong dapat menambahkan ilmu pengetahuan.6. Hal ini demikian kerana apabila kita melancong ke sesuatu tempat, kita dapat melihat sendiri tempat yang dilawati. Perkara yang sebenar akan dialami .7. Contohnya melawat ke bandar bersejarah seperti Melaka dapat menambah ilmu pelancong yang mengunjung tempat itu.8. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah pelancong memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan.9. Benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan.

ISI KEDUA10. Selain itu faedah melancong ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.11. Hal ini demikian kerana kita dapat berjumpa sanak saudara kita yang tinggal jauh.11. Contohnya kita dapat berkenalan dengan saudara mara di sebelah ibu dan bapa

kita.12.Sekiranya,hal ini dilakukan pastilah akan menjalin hubungan yang erat antara ahli

keluarga13. Tepatlah bahawa hubungan kekeluargaan ibarat isi dengan kuku.

ISI KETIGA

14. Di samping itu faedah melancong ialah dapat menambahkan ekonomi negara.15. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan dapat menambah pendapatan negara.16. Contohnya, kemasukan pelancong asing ke negara kita mampu meningkatkan

ekonomi negara.17.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah negara kita akan maju dan dapat bersaing

dengan negara luar.18.Kesannya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara

maju yang lain.

KESIMPULAN

21. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan industri pelancongan. 22. Semoga akan lahir negara yang maju dan berpendapatan tinggi. 23. Namun begitu bak kata peribahasa yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang.

9

Page 10: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Latihan 8Tajuk : Langkah-Langkah Memupuk Semangat KejirananPengenalan

1. Pada hari ini isu tentang semangat kejiranan yang semakin longgar dalam kalangan masyarakat selalu diperkatakan.

2. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan.3. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku?4. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari pelbagai

langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Isi Pertama5. Sesungguhnya langkah untuk memupuk semangat kejiranan ialah melalui aktiviti

bergotong-royong.6. Hal ini demikian kerana aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan masa.7. Contohnya penyediaan makanan untuk majlis kenduri kendara dapat disediakan

secara bergotong-royong.8. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah majlis tersebut dapat dijayakan dengan

sempurna dan meriah.9. Benarlah bahawa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Kedua

10. Selain itu, langkah memupuk semangat kejiranan ialah melalui aktiviti kunjung-mengunjung.

11. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

12. Contohnya sempena musim perayaan masyarakat akan saling mengunjungi jiran masing-masing.

13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memupuk semangat kejiranan.14. Tepatlah bahawa aktiviti kunjung-mengunjungi dapat memupuk semangat

kejiranan.

Isi Ketiga

15. Di samping itu langkah memupuk semangat kejiranan adalah melalui sikap bantu-membantu dalam kalangan masyarakat.

16. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut dapat meringankan beban jiran mereka.17. Contohnya jiran-jiran akan membantu jiran mereka yang menjadi mangsa bencana

alam.

10

Page 11: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa bencana alam tersebut.

19. Betullah bahawa jiran sepakat membawa berkat.

Kesimpulan

20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya.22. Semoga akan lahir masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.23. Namun begitu bak kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 9

Tajuk:Kepentingan menanam sayur di perkarangan rumah

Pengenalan

1. Pada hari ini isu tentang pentingnya menaman sayur-sayuran di pekarangan rumah selalu diperkatakan.

2. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin penting.3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?4. Oleh itu untuk menyahut seruan tersebut, marilah kita bersama-sama mencari jalan

untuk menjayakannya.

Isi Pertama

5. Sesungguhnya kepentingan aktiviti menanam sayur di perkarangan rumah ialah dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

6. Hal ini demikian kerana harga sayur-sayuran dalam pasaran agak mahal. 7. Contohnya dengan cara menanam sayur-sayuran di kawasan rumah, perbelanjaan

harian dapat dikurangkan.8. Sekiranya aktiviti menanam sayuran-sayuran dilakukan pastilah akan menjimatkan

perbelanjaan harian sesebuah keluarga.9. Benarlah sikap ringan tulang mendatangkan banyak faedah.

Isi Kedua

10. Selain itu kepentingan menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah ialah dapat memupuk semangat kejiranan.

11. Hal ini demikian kerana di kawasan petempatan penduduk, mereka dapat berkerjasama menanam pelbagai jenis sayur.

12. Contohnya setiap isi rumah menanam tanaman yang berbeza .

11

Page 12: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah apabila mendapat hasil, mereka boleh bertukar-tukar tanaman tersebut .

14. Tepatlah bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.

Isi Ketiga

15. Di samping itu aktiviti menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah ialah dapat mencantikkan kawasan perumahan.

16. Hal ini demikian kerana tanaman yang dijaga dengan baik akan mencantikkan kawasan rumah.

17. Contohnya terdapat tanaman yang mempunyai pelbagai warna seperti cili, tomato, dan terung.

18. Sekiranya kegiatan ini dilakukan pastilah kepelbagaian warna ini akan menambahkan keceriaan kawasan rumah.

19. Betulah bahawa sambil menyelam minum air.

Kesimpulan

20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam melakukan aktiviti menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah masing-masing.

21. Jika tidak, seruan kerajaan ini tidak akan berjaya.22. Semoga akan lahir masyarakat yang akan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti

harian.23. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 10Tajuk : Faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolahPengenalan

1. Pada hari ini isu masalah ponteng dalam kalangan pelajar selalu diperkatakan.2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius.3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha-

usahanya.

Isi Pertama5. Sesungguhnya pengaruh rakan sebaya yang tidak bersekolah merupakan faktor

utama masalah ini.6. Hal ini demikian kerana mereka berasa seronok melihat rakan-rakan yang tidak

bersekolah7. Contohnya,rakan mereka tidak perlu membuat kerja sekolah,mengulang kaji

pelajaran dan dapat melepak di pusat-pusat beli-belah. 8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan membawa kesan negative kepada pelajar. 9. Benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

kehidupan pelajar.

12

Page 13: Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Isi Kedua10. Selain itu faktor lain ialah akibat pengaruh media massa.11. Hal ini demikian kerana pada hari ini pelajar didedahkan dengan pelbagai unsur

hiburan yang melalaikan.12. Contohnya, “games” dari internet, rancangan-rancangan hiburan di televisyen dan

pawagam-pawagam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan moral remaja pada hari ini.14. Jelaslah bahawa media massa pada hari ini sangat besar pengaruhnya kepada

pelajar.

Isi Ketiga15. Di samping itu,faktor lain yang menyebabkan pelajar ponteng ialah akibat stres.16. Hal ini demikian kerana pelajar berasa tertekan atau tidak berasa seronok ketika

berada di sekolah.17. Contohnya, pelajar berasa terbeban dengan kerja sekolah yang banyak.18. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan menyebabkan pelajar terus ketinggalan

dalam pelajaran.19. Justeru hal ini haruslah diatasi dengan segera.

Penutup20. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya.22. Kesannya akan lahir masyarakat yang tidak berilmu.

23. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

13