Skema bm 2 percubaan stpm 2012

10
SULIT* 1 Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Terengganu Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Terengganu 2012 Disediakan oleh: Kumpulan Guru AKRAM Bahasa Melayu STPM Skema jawapan ini mempunyai 9 halaman bercetak. SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012 910/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2

Transcript of Skema bm 2 percubaan stpm 2012

Page 1: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

1

Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Terengganu

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Terengganu 2012

Disediakan oleh:

Kumpulan Guru AKRAM Bahasa Melayu STPM

Skema jawapan ini mempunyai 9 halaman bercetak.

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012

910/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2

Page 2: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

2

Bahagian A (50 markah) 1 Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan diminta untuk menyampaikan satu ceramah kepada satu kumpulan pelajar di sebuah sekolah. Fokus ceramah anda adalah mengenai kepentingan perpaduan kaum dan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini. Sediakan teks ceramah anda itu. Pendahuluan:

Patuhi format ceramah

Perpaduan kaum menjadi agenda penting negara sejak negara mencapai kemerdekaan.

Berbagai-bagai usaha wajar dilakukan untuk merealisasikan matlamat ini. Kepentingan

Perpaduan penting untuk melahirkan suasana yang aman dan negara dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan.

Perpaduan juga dapat mengukuhkan pertahanan negara – “Bersatu teguh bercerai Roboh”.

Kejayaan negara menyatupadukan rakyat akan diteladani oleh negara lain – imej negara meningkat.

Usaha

Kempen perpaduan – langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan hendaklah diteruskan dan perlu mendapat kerjasama pihak swasta.

Menggalakkan rakyat pelbagai kaum melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Memupuk nilai-nilai murni, seperti hormat-menghormati, bekerjasama, sayang-menyayangi, dan lain-lain.

Kesimpulan

Perpaduan kaum menjamin kebahagiaan hidup rakyat jelata dan kemajuan negara.

Matlamat perpaduan perlu dihayati oleh setiap individu agar usaha menyatupadukan rakyat mendapat sokongan pelbagai pihak.

Page 3: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

3

2 Penciptaan permainan berkomputer dikatakan mendatangkan pelbagai kesan kepada orang ramai, terutama golongan remaja. Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu. Pendahuluan:

Antara hasil kemajuan sains dan teknologi ialah penciptaan komputer.

Kini, komputer digunakan dalam berbagai-bagai aktiviti harian oleh pelbagai pihak.

Nyatakan kehendak soalan Kesan positif:

Dapat mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah

Meningkatkan kecerdasan minda dan cabaran dalam permainan.

Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Kesan negatif:

Pembaziran masa

Pembaziran wang – bil meningkat

Menjejaskan kesihatan – peningkatan tahap obesiti dalam kalangan kanak-kanak Kesimpulan:

Komputer ternyata banyak memberikan kemudahan kepada orang ramai menjalankan pelbagai urusan dengan lebih berkesan

Walaupun terdapat pelbagai kesan daripada penggunaan komputer, orang ramai tidak harus menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Page 4: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

4

3 Kecemerlangan seseorang atlet dalam bidang yang diceburinya dikatakan banyak bergantung pada sikap atlet itu sendiri. Sejauh manakah pandangan ini dianggap wajar? Pendahuluan:

Kini, penglibatan sesetengah atlet dalam bidang yang diceburi banyak bergantung pada sikap yang ditunjukkan oleh atlet itu sendiri.

Ulas isu

Nyatakan kehendak soalan

Faktor sikap atket, sebabnya:

Atlet menjadi lebih berdisiplin

Pengurusan masa semasa latihan yang lebih sistematik

Atlet bersikap tidak mudah berputus asa

Atlet mempunyai semangat juang yang lebih tinggi

Mereka akan mengamalkan gaya hidup yang sihat Faktor yang lain:

Kemudahan prasarana sukan yang lengkap dan canggih

Jurulatih yang berpengalaman

Latihan yang sistematik / secara berterusan

Atlet diberi insentif / dorongan

Pengurusan yang cekap daripada badan-badan sukan Kesimpulan:

Kecemerlangan dalam sukan bukan bergantung kepada sikap atlet sahaja, tetapi juga faktor yang lain

Gandingan pelbagai faktor akan membantu negara mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan

Page 5: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

5

4 Kini, filem-filem asing sendiri mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara. Bincangkan kesan-kesan kemasukan filem tersebut, khususnya kepada golongan muda. Pendahuluan:

Sentuh isu secara umum

Ulas isu

Nyatakan kehendak soalan Kesan Positif:

Peningkatan dari segi penggunaan teknologi yang lebih canggih dalam usaha untuk mengeluarkan filem yang bermutu

Filem asing lebih berkualiti dalam semua aspek

Peningkatan keuntungan kepada syarikat yang mengeluarkan filem asing

Filem asing akan menjadi rebutan / sambutan untuk syarikat penyiaran Kesan Negatif:

Penularan budaya asing yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat timur

Pengaruh unsur seks, aksi ganas dll

Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat

Meningkatnya kegiatan cetak rompak filem-filem asing

Terlalu banyak unsur khayalan – boleh memesongkan akidah Kesimpulan:

Sentuh isu semula

Ulas isi secara ringkas

Beri cadangan / harapan

Page 6: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

6

Bahagian B: Rumusan (20 markah)

IDEA UTAMA: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu membantu negara untuk mewujudkan suatu persekitaran ekonomi domestik yang kukuh (1) melalui usaha membina modal insan yang mantap. (2) IPTS dituntut agar memainkan peranan yang penting bagi memajukan ekonomi negara melalui usaha peningkatan mutu pendidikan negara (3)dan menyediakan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan bermoral tinggi (4) yang mampu memakmurkan ekonomi negara. (5) [3/5] ISI SOKONGAN: IS1: IPTS menjadi jentera pemacu pembangunan ekonomi negara (1) dari segi menyediakan sumber tenaga insan (2) dan peningkatan tukaran wang asing. (3) [2/3] IS2: Penubuhan IPTS selari dengan prinsip pendemokrasian kerajaan berasaskan Akta A 555 (1) yang membuka peluang dan menampung keperluan di peringkat pengajian tinggi di negara ini (2) ekoran keengganan pihak IPTA untuk mengambil pelajar tambahan (3) walaupun bilangan yang layak meningkat. (4) [3/4] IS3: IPTS memberikan peluang yang terbuka dan sama rata kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan tinggi (1) berdasarkan kelulusan dan kemampuan mereka. (2) Hal ini selari dengan matlamat pendidikan negara yang ingin menambah bilangan rakyat yang memiliki kelulusan ijazah dan doktor falsafah (PhD) (3) berdasarkan misi “MyBrain15”. (4) [3/4] IS4: Penubuhan IPTS dapat membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan pada tahap pengajian tinggi (1) dan berupaya untuk memberikan sumbangan kepada peningkatan perolehan mata wang asing negara.(2) Perkembangan ini juga dapat memajukan industri pelancongan negara dan yang berkait rapat dengannya. (3) [2/3] IS5: Hal ini terbukti tanpa sokongan dan bantuan secara langsung daripada kerajaan, (1) IPTS masih mampu untuk mencapai tahap pendidikan yang setaraf dengan universiti antarabangsa.(2) [2/2] IS6: IPTS turut dibebani oleh pelbagai masalah kewangan dan infrastruktur pembelajaran. (1) Hal ini menyebabkan pengajian banyak pelajar IPTS yang tersekat (2) dan membenarkan tanggapan bahawa IPTS bermotifkan keuntungan. (3) [2/3] KESIMPULAN: IPTS perlu bijak mengambil peluang daripada infrastruktur yang lengkap (1) dan memanfaatkan peluang untuk menembusi pasaran sedia ada.(2) Oleh itu, IPTS perlu memastikan gerak geri mereka selari dengan impian negara (3) supaya matlamat utama negara untuk melahirkan generasi wawasan yang berilmu (4) untuk menempuh ekonomi global yang mencabar, kompetitif dan sukar diramal dapat dicapai. (5) [3/5]

Page 7: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

7

Bahagian C: Alih Bentuk Teks (15 markah)

Soalan 6: 1. Dengan wajahnya yang agak sayu, Pak Mat memberitahu Cikgu Amri bahawa dia sangat berharap agar Amri berjaya ke universiti kerana Amri merupakan satu-satunya anaknya yang belajar hingga Tingkatan Enam. 2. Cikgu Amri meminta Pak Mat supaya tidak berasa risau kerana menurutnya Amri akan berjaya. 3. Cikgu Rosli meminta Amri mendengar penjelasan ayahnya yang menaruh harapan yang tinggi terhadapnya. Amri tunduk dan kakinya bergoyang-goyang. 4. Pak Mat menyatakan bahawa dia hendak sangat rasa anak berjaya dan tidak menjadi petani seperti dirinya. 5. Cikgu Rosli ingin tahu sebab Pak Mat berkata demikian. 6. Pak Mat menyatakan bahawa sebenarnya dia berasa rendah diri dan terhina apabila berjumpa dengan kawan-kawannya. Menurutnya lagi, setiap kali mereka berjumpa, kawan-kawan sering memberitahu kejayaan anak masing-masing. Katanya lagi dia tidak dapat berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. 7. Cikgu Rosli memberitahu Amri bahawa ayahnya akan berasa gembira sekiranya dia dapat memenuhi hasratnya. 8. Pak Mat tidak menafikan kegembiraannya kerana itulah satu-satunya harapan Pak Mat. Menurutnya lagi, dia juga berhasrat untuk merasai kejayaan anak-anak yang sama seperti kawan-kawannya.

Page 8: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

8

Bahagian C: Soalan 7 1. Pasangan buaya itu tinggal di kuala sungai. Setelah beberapa lama menanti, tetapi suaminya tidak pulang juga. Isteri buaya itu telah menyuruh seekor kura-kura untuk memanggil suaminya. 2. Isteri buaya itu menyatakan bahawa kura-kura perlu memberitahu suaminya bahawa dia sakit tenat dan berhasrat untuk menemui suaminya. 3. Kura-kura itu menemui suami buaya itu dan menyatakan bahawa tujuan kedatangannya adalah untuk memanggil buaya itu pulang kerana isterinya sedang sakit tenat. Menurutnya lagi, isteri buaya itu ingin menemuinya. 4. Kura-kura memberitahu suami buaya itu supaya pulang bersama-samanya pada masa itu juga. 5. Suami buaya itu menyatakan bahawa dia bersahabat dengan seekor kera dan dia sudah berjanji dengan kera tersebut. 6. Menurutnya lagi, dia akan pulang pada masa itu juga sekiranya diizinkan oleh kera itu. 7. Kura-kura itu ingin mengetahui sebab buaya itu berkata demikian. 8. Suami buaya itu menyatakan bahawa pada masa itu kera itu sudah menjadi sahabatnya.

Page 9: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

9

Bahagian D: Soalan 8

Mutu makanan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Walaupun

begitu, terdapat sesetengah makanan di pasaran mengandungi bahan pengawit yang membahayakan

kesihatan pengguna. Perkara ini harus disedari pengguna kerana pengambilan bahan tersebut secara

yang berlebihan boleh mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik. Oleh hal yang demikian,

pengguna hendaklah berhati dalam memilih makanan. Agar orang ramai tidak menjadi mangsa

keadaan ini hendaklah bertindak tegas, termasuklah menamatkan lesen operasi pengeluar makanan

yang didapati bersalah. Berdasarkan pada laporan persatuan pengguna, beberapa kilang pengeluar

makanan di negara ini telah disita disebabkan tahap kebersihan kurang memuaskan. Kilang yang

dimaksudkan itu hanya dapat beroperasi semula sekiranya pemiliknya mempersetujui syarat yang

ditetapkan.

Bil. Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1.

pengawit

Ejaan kata pinjaman hendaklah dikecualikan daripada pola keselarasan vokal bahasa Melayu.

pengawet

2.

hendaklah berhati dalam

“berhati” bermaksud mempunyai hati, iaitu tidak membawa maksud memberikan perhatian yang teliti seperti dalam konteks ayat.

hendaklah berhati-hati dalam

3.

Agar ... mangsa keadaan ini hendaklah bertindak tegas...

Ayat tergantung kerana tiada subjek.

Agar ... mangsa keadaan ini kerajaan hendaklah bertindak tegas ...

4.

Berdasarkan pada laporan persatuan ...

Menggunakan kata sendi nama (pada) selepas kk tak tr berpelengkap (berdasarkan).

Berdasarkan laporan persatuan ...

5.

beberapa kilang pengeluar makanan

Penjodoh bilangan perlu digunakan selepas kata bilangan tak tentu “beberapa”

Beberapa buah kilang pengeluar makanan...

6.

mempersetujui syarat

Lewah kerana menggunakan apitan memper-...-i; sepatutnya apitan me-...-i.

menyetujui syarat

Page 10: Skema bm 2 percubaan stpm 2012

SULIT*

10