Skema bm2 stpm selangor 2012

17
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2 @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD 1 TERHAD KOD KERTAS: 910/2 JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012 Skema Pemarkahan Dan Skema Jawapan BAHASA MALAYSIA 910/2 PERINGATAN: Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksaan dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012

description

 

Transcript of Skema bm2 stpm selangor 2012

Page 1: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

1

TERHAD KOD KERTAS: 910/2

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012

Skema Pemarkahan Dan Skema Jawapan

BAHASA MALAYSIA

910/2

PERINGATAN: Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan

pemeriksaan dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012

Page 2: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

2

CARA PEMBERIAN MARKAH

BAHAGIAN A : KARANGAN (50 markah)

Guru perlulah membaca karangan pelajar untuk memberikan markah yang sewajarnya.

Pemberian markah hendaklah mengikut Kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan

Bahasa (B). Pemberian markah adalah seperti berikut.

(A) Kerelevanan (R) [21 markah]

Pendahuluan (3 markah)

Tahap

Markah

Baik 3 markah – menepati kehendak tajuk dan jelas

Sederhana 2 markah – kurang menepati tajuk dan kurang jelas

Lemah 1 markah – tidak menepati kehendak tajuk/terlalu pendek atau terlalu panjang

Isi (15 markah)

Tahap

Markah

Baik 3 markah – isi menepati kehendak tajuk, jelas dan menjurus kepada isi utama

Sederhana

2 markah – isi masih menepati tajuk tetapi kurang jelas dan tidak menjurus

kepada isi utama

Lemah 1 markah – isi lemah

Kesimpulan (3 markah)

Tahap Markah

Baik 3 markah – jelas dan meyakinkan

Sederhana 2 markah – kurang jelas dan kurang meyakinkan

Lemah 1 markah – terlalu pendek

(B) Pengolahan (P) [14 markah]

Tahap

Markah

Amat baik 13-14 markah – pengolahan baik, teratur dan kemas serta binaan perenggan yang baik.

Baik

10-12 markah – pengolahan masih baik tetapi ada yang tidak teratur serta binaan perenggan yang masih baik

Page 3: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

3

Sederhana 7-9 markah – pengolahan dan perenggan masih baik

Lemah 4-6 markah – pengolahan dan perenggan kurang kemas dan kurang baik

Amat lemah 1-3 markah – pengolahan dan perenggan amat lemah

(C) Bahasa (B) [15 markah]

Tahap

Markah

Amat baik 13-15 markah – kesalahan sintaksis kurang daripada 3 kesalahan, bahasa lancar

dan berkesan, penggunaan diksi tepat dan luas

Baik

10-12 markah – kesalahan sintaksis antara 4 – 6 kesalahan, bahasa masih lancar

dan berkesan, penggunaan diksi masih tepat dan luas

Sederhana 7-9 markah – kesalahan sintaksis antara 7 – 10 kesalahan, bahasa masih baik dan

penggunaan diksi masih tepat.

Lemah 4-6 markah – kesalahan sintaksis antara 11 – 15 kesalahan, bahasa tidak lancar,

penggunaan diksi ada yang tidak tepat dan terbatas

Amat lemah 1-3 markah – kesalahan sintaksis lebih daripada 16 kesalahan, bahasa amat tidak

lancar, penggunaan diksi banyak tidak tepat dan terbatas

Nota;

Jumlah perkataan antara 550 – 649 : tolak 2 markah

Jumlah perkataan antara 451 – 549 : 4 markah

Jumlah perkataan antara 450 dan kurang daripada itu : Tolak 6 markah

Pemeriksa perlu menanda karangan calon hingga 700 patah perkataan sahaja.

BAHAGIAN A [50]

Soalan 1:

Kebanyakan persatuan belia di negara kita ’bagai hidup segan mati tak mahu’ kerana

belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan belia

menceburkan diri secara aktif dalam persatuan.

Skema Jawapan:

Pengenalan

Golongan belia yang menjadi aset negara perlu bergiat aktif dalam persatuan belia. Walau

bagaimanapun, kini belia tidak gemar melibatkan diri secara aktif dalam persatuan

menyebabkan sesetengah persatuan belia hampir terkubur. Hakikatnya, banyak kebaikan

yang dapat diperoleh belia sekiranya mereka bergiat aktif dalam persatuan.

Isi

Kebaikan belia berpersatuan secara aktif :

Page 4: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

4

IS1 : Memupuk daya kepemimpinan

IS2 : Meluaskan jaringan hubungan / sosialisasi, sama ada dengan ahli persatuan

di dalam negara atau di luar negara

IS3 : Meneroka ilmu/ kemahiran tambahan mengikut bidang / pengkhususan

persatuan

IS4 : Mengembangkan bakat dan potensi diri/ peluang melalui latihan formal atau

latihan tidak formal untuk kemajuan diri

IS5 : Meluangkan waktu senggang dengan bermanfaat / mengelakkan diri

daripada terlibat dengan unsur negatif

IS6 : Menyertai perbincangan melalui pelbagai mekanisme yang sedia ada, seperti

melalui majlis perundingan belia, dialog, dan konvensyen belia sama ada di

peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa

IS7 : Mendapat pengiktirafan/ sijil / anugerah yang boleh digunakan untuk

kenaikan pangkat / kemajuan diri

IS8 : Menaburkan bakti / sumbangan/ kebajikan melalui saluran yang betul dan

sempurna serta memahami masyarakat dan budaya secara mendalam

IS9 : Peka terhadap isu semasa yang berkaitan dengan belia

IS10 : Mendisiplinkan diri melalui peraturan berpersatuan dan kerja berkumpulan

Kesimpulan:

Setiap individu belia perlu memanfaatkan persatuan yang diwujudkan demi kemajuan diri,

masyrakat dan negara. Belia harus memainkan peranan dengan berkesan untuk

memperkasakan pertubuhan belia sebagai agen mobilisasi dalam pelbagai bidang.

Soalan 2.

Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai,

anda diminta untuk menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada

masalah rumah terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.

Format: Laporan

Tajuk

1.0 Pendahuluan

2.0 Senarai Jawatankuasa

3.0 Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai

3.1

4.0 Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai

4.1

5.0 Penutup

Disediakan oleh,

Tandatangan

Setiausaha

Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai

Page 5: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

5

Markah maksimum format yang akan ditolak : 4

Tiada : tajuk -1m

Pernomboran -1m

Subtajuk -1m

Tandatangan -1m

Skema Jawapan:

Pendahuluan:

Masalah rumah terbengkalai di Malaysia semakin serius. Kebanyakan projek

perumahan terbengkalai melibatkan projek perumahan kos rendah. Fenomena ini telah

menimbulkan pelbagai kesan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil

bagi menangani masalah ini.

Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai:

IS I Pembeli dibebani oleh masalah hutang/disenaraihitamkan oleh pihak pembiaya

sekiranya gagal melunaskan hutang.

IS 2 Pembeli tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

IS 3 Permintaan terhadap rumah sewa meningkat/kos sewa rumah meningkat.

IS 4 Wujud petempatan setinggan.

IS 5 Tapak projek perumahan terbengkalai akan menjadi tempat pembiakan

nyamuk - punca penyakit.

IS 6 Tapak projek ini juga menjadi sarang penjenayah.

IS 7 Pembeli yang tidak berpuas hati akan mengadakan demonstrasi untuk

mendesak pemaju menyiapkan projek mereka

Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai:

IS 8 Pengawasan/pemantauan terhadap semua projek perumahan perlu dilakukan

oleh kerajaan secara berkala.

IS 9 Melaksanakan kaedah “bina dan jual” rumah.

IS10 Pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti perlu dilaksanakan

sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

ISII Menyenaraihitamkan syarikat pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek/

mendakwa pihak pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek - mengenakan

kompaun.

IS12 Memberikan insentif kepada syarikat pemaju yang berjaya menyiapkan sesuatu

projek mengikut masa yang ditetapkan.

Kesimpulan:

Page 6: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

6

Kegagalan syarikat pemaju perumahan menyiapkan sesuatu projek perumahan telah

memberikan pelbagai kesan negatif. Penyelesaian masalah rumah terbengkalai ini

memerlukan kerjasama semua pihak.

Nisbah isi: 3:2

2:3

4:1

1:4

Soalan 3:

Kini, pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah

golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada

pengambilan makanan tersebut?

Skema Jawapan

Pendahuluan

Masyarakat kini yang sentiasa sibuk dengan urusan menyebabkan sesetengah

daripada mereka mewngabaikan pengambilan makanan harian. Oleh sebab itu, ada

individu mengambil makann kesihatan tambahan. Pemakanan kesihatan tambahan

merupakan makanan yang diolah dalam bentuk tertentu dan berkhasiat. Makanan

tersebut merupakan makanan yang sesuai untuk semua golongan bagi menjaga

kesihatan. Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh apabila individu mengamalkan

makanan tersebut.

Page 7: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

7

Isi:

IS I: Mudah diperoleh / dibeli

IS 2: Mengawal dan menjaga kesihatan individu / awet muda

IS 3 : Meningkatkan kecerdasan / mneguatkan daya pemikiran/ ingatan

IS 4 : Mengawal penyakit daripada menjadi lebih kronik /sebagai ubat alternatif

IS 5: Menjimatkan kos/ perbelanjaan (bagi sesetengah makanan kesihatan)

IS 6 : Menambahkan kecergasan fizikal

Kesimpulan:

Setiap individu hendaklah menitikberatkan kesihatan diri dengan mengambil

makanan yang diperlukan mengikut keperluan fizikal individu. Pengambilan

makanan tambahan kesihatan boleh menjadi amalan dalam kehidupan harian dan

menjadi makanan alternative dalam usaha individu menjaga kesihatan diri.

Soalan 4

Malaysia berusaha untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain

di dunia. Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara.

Skema Jawapan

Pendahuluan

Bidang aeroangkasa merupakan suatu bidang yang baru diterokai dan cuba dimajukan

oleh Malaysia dalam usaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan

negara-negara lain di dunia, khusunya dalam bidang sains dan teknologi. Inisiatif

kerajaan memajukan bidang aeroangkasa meninggalkan pelbagai kesan, sama ada

kesan positif atau kesan negatif.

Isi

Page 8: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

8

Kesan Positif

IS1 Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam pelbagai bidang.

IS2 Memajukan bidang teknologi satelit, khususnya bidang komunikasi dan

penyiaran

IS3 Mengesan sumber bahan mentah yang boleh diterokai untuk meningkatkan

ekonomi negara

IS4 Meramal dan memantau keadaan serta kejadian bencana alam

IS5 Melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa

IS6 Membantu kelancaran bidang pelayaran

IS7 Memajukan bidang perubatan. -penghasilan vaksin yang dijalankan di

angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.

IS8 Meningkatkan keselamatan negara - pengesanan senjata dan serangan musuh

Kesan Negatif

IS 9 Melibatkan perbelanjaan yang tinggi

IS10 Menyebabkan pencemaran udara

IS11 Menyebabkan kehilangan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa -kapal

angkasa Challenger meletup sebaik sahaja dilancarkan.

Kesimpulan

- Penglibatan negara dalam bidang aeroangkasa ini bukanlah suatu pembaziran

melainkan satu lagi tanda kemajuan negara dalam bidang sains dan teknologi.

BAHAGIAN B: MERUMUSKAN KARANGAN [20 Markah]

Isi: 10 markah

Tahap Markah

Amat Baik 9 - 10 : IU - Tepat dan lengkap

IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap

K - tepat dan lengkap

Baik 7-8 :

IU - Tepat dan lengkap

IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap

K - Kurang tepat / kurang lengkap

Atau

IU - Kurang tepat / kurang lengkap

Page 9: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

9

IS - Cukup dan lengkap

K - Tepat dan lengkap

Sederhana 5 – 6 :

IU - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap

IS - Tidak cukup (empat atau tiga)

K - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap

Atau

IU - Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap

IS - Cukup (enam atau lima isi) tetapi kurang lengkap/

kurang tepat

K - Tepat/ salah tempat / kurang lengkap

Lemah 3 – 4:

IU - Kurang lengkap/ kurang tepat/ samar

IS - Tidak cukup (dua atau satu sahaja)

K - Kurang tepat / kurang lengkap/ tiada

Amat

Lemah

1-2:

IU - Salah / tiada

IS - Tidak cukup/ tidak jelas/ salah

K - Salah / tiada

Nota:

i) Isi sokongan (IS) kurang lengkap dianggap sebagai isi sokongan yang lemah (ISL)

ii) Dua isi sokongan yang lemah (ISL) dianggap sama nilainya dengan satu isi (IS)

yang tepat dan lengkap.

iii) Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan. Jika calon menulis lebih

daripada tiga perenggan, tolak satu markah.

iv) Rumusan yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak perlu dibaca.

Persembahan : 10 markah

Tahap Markah

Amat Baik 9 – 10 : Olahan rumusan kemas, penyampaian berkesan, tidak

adakesalahan yang serius

Baik 7 – 8: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian memuaskan,

tidak ada kesalahan bahasa yang serius.

Sederhana 5 – 6: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian masih

memuaskan, mengandungi sedikit kesalahan bahasa tetapi tidak begitu

serius

Lemah 3 – 4: Olahan rumusan kurang kemas, penyampaian kurang

memuaskan, mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang

serius

Amat

Lemah

1-2: Olahan rumusan tidak kemas, penyampaian tidak

memuaskan,mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang serius

Page 10: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

10

Contoh:

IU = L

IS = 2

ISL = 3 ( sama dengan 1 ½ isi yang lengkap)

K = T

-------------------------------

I = 5 markah (markah isi)

P = 4 markah ( markah persembahan)

---------------

Jumlah 9

---------------

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat

dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat

dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara

180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan anda hendaklah

ditulis pada akhir jawapan. [ 20 ]

Gelombang pendidikan yang dahulunya berskala kecil kini telah berubah. Dengan

pelbagai transformasi global, pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat

untuk mengangkat martabat kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan perkongsian

maklumat terkini. Senario ini menyemarakkan taraf institusi pendidikan tinggi di

negara ini. Dengan wujudnya transformasi, ini bermaksud bahawa sesebuah institusi

itu bersedia untuk melaksanakan perubahan yang lebih besar dan melakukan anjakan

paradigma dalam semua segi. Dengan kata lain, sesebuah institusi pendidikan perlu

bersedia untuk melonjakkan kemampuan dan bersaing dengan institusi lain.

Sesuatu perubahan yang besar tidak boleh dilakukan secara terburu-buru

kerana hal ini membabitkan kapasiti keseluruhan sesebuah institusi pengajian tinggi.

Perubahan tidak hanya tertumpu pada satu pihak, malah membabitkan seluruh

organisasi. Oleh sebab itu, setiap institusi pendidikan tinggi perlu ada perancangan

yang teliti untuk pembangunan jangka panjang. Dunia hari ini memang memerlukan

institusi pendidikan yang melakukan perubahan, bukan atas dasar populariti tetapi

atas dasar penambahbaikan taraf serta mutu pendidikan masa depan. Transformasi

pendidikan juga tidak hanya berfokuskan matlamat membina nama, status dan

penjenamaan, malah memberikan tindak balas kepada penjanaan kemahiran diri dan

insaniah mahasiswa. Sekiranya sesebuah institusi pendidikan itu tersohor seantero

dunia, tetapi mahasiswanya memiliki kemahiran insaniah yang rendah, maka ini boleh

diandaikan bahawa tiada apa-apa transformasi yang berlaku terhadap institusi itu.

Era pendidikan dunia masa ini juga bukan lagi membudayakan kepelbagaian

jurusan ilmu semata-mata, malah membuka pintu kepada jalinan kerjasama antara

institusi merentasi pelbagai negara. Dengan aspirasi untuk memajukan pendidikan

Page 11: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

11

setara dengan permintaan global, pelbagai institusi pendidikan di negara ini, terutama

di peringkat tinggi mula mencari rakan baharu dan menjalin hubungan dua hala yang

strategik bagi bertukar-tukar kepakaran serta teknologi. Dengan menjadikan program

pengantarabangsaan sebagai asas lonjakan, institusi pengajian di seluruh negara ini

mula melaksanakan pembaharuan, seperti dari aspek dasar, utiliti dan mentaliti bagi

memenuhi kapasiti permintaan yang semakin tinggi.

Dalam konteks pendidikan hari ini, organisasi yang mahu menerima

perubahan dan mempunyai visi yang jelas, maka organisasi itu akan muncul sebagai

pemenang dan menjadi pilihan. Organisasi yang tidak berani berubah, pasti tidak

mampu bersaing. Masyarakat dunia hari ini suka menilai dan melihat pendidikan

sebagai aset yang perlu ditambah setiap masa. Oleh sebab itu, setiap institusi

memfokuskan transformasi pendidikan terhadap kepakaran dan ilmu sebagai cagaran

untuk mendapatkan pulangan. Namun demikian, ketaksuban melaksanakan

transformasi atau perubahan yang besar boleh mendatangkan impak sampingan.

Misalnya, ketidakupayaan pensyarah dan mahasiswanya untuk memenuhi piawaian,

bukan sahaja boleh menjejaskan emosi, malah menjadikan mereka keliru. Pastinya,

usaha melakukan transformasi gagal jika golongan ini tidak jelas akan matlamat

institusi. Bagi mengelakkan kesan itu, maka perancangan perlu dilakukan secara

menyeluruh dan teliti. Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek

transformasi pendidikan. Namun demikian, jika silap percaturan, pelaksanaan

transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi dengan

sekelip mata dan mungkin sukar untuk dipulihkan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Metro 4 April 2011)

Skema jawapan

Idea Utama

3/4 isi

: (Gelombang pendidikan kini telah berubah) (menyebabkan

pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat) (untuk

memartabatkan kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan

perkongsian maklumat terkini) (serta menyemarakkan institusi

pengajian tinggi Malaysia.)

IS1

2/2 isi

: (Transformasi menyebabkan sesebuah institusi bersedia untuk

melaksanakan anjakan paradigma dalam semua segi) (dan

bersedia untuk melonjakkan kemampuan serta bersaing dengan

institusi lain.)

IS2

2/3

: (Transformasi membabitkan kapasiti seluruh institusi) (dan

memerlukan perancangan jangka panjang yang teliti) (atas dasar

penambahbaikan taraf serta pendidikan masa hadapan.)

IS3 : (Transformasi pendidikan bukan hanya untuk membina nama

sahaja,) (malah untuk penjanaan kemahiran diri dan insaniah

Page 12: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

12

2/2 mahasiswa.)

IS4

2/3

: (Untuk menyetarakan pendidikan di Malaysia dengan permintaan

global, institusi pendidikan mewujudkan hubungan dua hala

yang strategik bagi pertukaran kepakaran dan teknologi. )

(Berlandaskan program pengantarabangsaan sebagai asas

lonjakan, institusi di Malaysia melaksanakan pelbagai

pembaharuan) (bagi memenuhi kapasiti permintaan yang semakin

tinggi.)

IS5

2/2

: (Setiap institusi memfokuskan transformasi pendidikan terhadap

kepakaran dan ilmu sebagai cagaran untuk mendapatkan

pulangan) ( tetapi ketaksuban melakukan transformasi boleh

meninggalkan kesan.)

K

2/2

: (Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek

transformasi pendidikan, ) (namun jika silap percaturan,

pelaksanaan transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah

institusi pengajian tinggi.)

BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [15 markah]

Isi ( I ) [5 markah]

Tahap Markah

Amat baik

5 markah – isi tepat, tiada isi tertinggal, tiada fakta terpesong

Baik

4 markah – isi masih tepat, terdapat sedikit isi/fakta yang tidak tepat/tertinggal

Sederhana

3 markah – isi masih baik, terdapat sebahagian isi terpesong dan fakta tertinggal

Lemah

2 markah – isi tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal

Amat lemah

1 markah – keseluruhan isi tidak tepat/sipi/menyeleweng/tertinggal

Page 13: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

13

Persembahan ( P ) [10 markah]

Tahap Markah

Amat baik

9-10 markah – jalinan kemas, tiada kesalahan bahasa dan bentuk alih bahasa tepat

Baik

7-8 markah – jalinan masih kemas, tiada kesalahan bahasa yang serius dan bentuk alih bahasa masih tepat

Sederhana

5-6 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan isi teks, alih bentuk alih bahasa kurang tepat

Lemah

3-4 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius, bentuk alih bentuk bahasa tidak tepat

Amat lemah

1-2 markah – jalinan tidak kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius sehingga merosakkan isi, bentuk alih bahasa yang terhasil terpesong

Nota * Pelajar yang menyalin petikan sepenuhnya diberi 1 markah.

CARA PEMERIKSAAN

(i) Guru hendaklah menandakan kesalahan bahasa sama seperti cara pemeriksaan/penandaan kesalahan

aspek bahasa dalam bahagian karangan.

(ii) Kalau alih bentuk bahasa keseluruhannya berbentuk ulasan/laporan markah keseluruhan ialah 2.

(iii) Markah hendaklah ditulis pada akhir jawapan calon.

Contoh:

I = 3

P = 6

____

9

_____

Bahagian C

6. Alih bahasa petikan di bawah kepada bahasa Melayu moden. [15]

Adapun akan Barga Singa itu ada seorang anak, Darsa Singa namanya. Maka disuruh

Maharaja Rawana memanggil Darsa Singa untuk berjumpa baginda. Maka tatkala ia

akan pergi maka bondanya yang bernama Sura Pandaki iaitu saudara Maharaja

Rawana berkata kepada anaknya, demikian bunyinya,”Hai, anakku, akan bapamu

sekian-sekian kebaktiannya kepada Maharaja Rawana lagi dibunuhnya, tiada dengan

dosanya berbanding dengan engkau kanak-kanak yang tiada tahu budi bicara! Pada

Page 14: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

14

bicaraku baik engkau bertapa ke dalam hutan.” Maka kata anaknya, “Baiklah.”

Maka Sura Pandaki dengan anaknya kedua masuk ke dalam hutan.

Beberapa lamanya berjalan dalam hutan maka bertemu dengan serumpun buluh.

Maka kata ibunya, “Hai, Darsa Singa, di sinilah baik anakku bertapa!.” Setelah

anaknya masuk ke dalam rumpun buluh itu maka Sura Pandaki pun kembali ke

rumahnya. Maka Sura Pandaki sediakala menghantar nasi gulai akan anaknya dalam

rumpun buluh itu. Sudah ia menghadap anaknya makan itu maka ia kembali ke

rumahnya. Sediakala inilah kerja ibunya.

(Dipetik daripada cerita Sikap Terburu-buru Membawa

Padah, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan

Pustaka)

Skema Jawapan

Barga Singa mempunyai seorang anak yang bernama Darsa Singa. Maharaja

Rawana menyuruh orang memanggil Darsa Singa untuk berjumpa dengan baginda.

Ketika Darsa Singa hendak pergi berjumpa dengan Maharaja Rawana, bondanya

yang bernama Sura Pandaki, iaitu saudara kepada Maharaja Rawana berkata kepada

anaknya bahawa bapa Darsa Singa yang telah banyak berjasa kepada Maharaja

Rawana pun dibunuh oleh Maharaja Rawana, walaupun Barga Singa tidak berdosa

apatah lagi Darsa Singa seorang kanak-kanak yang tidak tahu budi bicara. Sura

Pendaki menyatakan bahawa pada pendapat baginda, lebih baik jika Darsa Singa

bertapa di dalam hutan. Darsa Singa bersetuju. Sura Pandaki dan Darsa Singa

berjalan ke dalam hutan.

Setelah beberapa lama mereka berjalan di dalam hutan, mereka telah menemui

serumpun buluh. Sura Pandaki menyatakan bahawa tempat itu sesuai untuk Darsa

Singa bertapa. Setelah Darsa Singa masuk ke dalam rumpun buluh itu, Sura Pandaki

pun pulang ke rumah. Setiap hari Sura Pendaki menghantar nasi dan gulai kepada

anak baginda di dalam rumpun buluh itu. Setelah baginda menghadap Darsa Singa

makan, Sura Pandaki kembali ke rumah. Itulah yang dilakukan oleh Sura Pandaki

pada setiap hari.

7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu

moden [15]

Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya yang selalu mengambilnya pulang

dari sekolah.

Page 15: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

15

“Tak balik lagi ?” tanya Raja yang duduk di sebelah Rafizi.

“Pak Mat tak datang lagi. Ingatkan kau dah balik,” jawab Hafizi. Raja menggeleng-

geleng.

“Esok kau pergi tak ? Raja bertanya kepada Hafizi.

“Tengoklah dulu !”

“Bukannya selalu kita pergi berkelah,” pujuk Raja lagi. Kereta Proton Perdana

berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua. Pintu kereta ditarik perlahan-

lahan.

“Jom, aku hantar kau balik!” ajak Hafizi sambil menarik tangan Raja.

“Aku tunggu bas saja.”

“Marilah!” ajak Hafizi lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan itu setelah berkali-

kali digesa oleh Hafizi.

“Fizi, kau anak orang berada . Ada kereta besar. Datang dihantar dan balik pula

dijemput, tak seperti aku,” kata Raja merendah diri.

“Mungkin ini kelebihan yang dianugerahi Allah kepadaku, Raja. Bagaimanapun aku

tidak memandang kepada semua ini. Kaya atau miskin sama saja,” ujar Hafizi sambil

menepuk bahu Raja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tempang

Oleh Pitteriah Abdullah, Dewan Bahasa dan

Pustaka,halaman 91)

Skema jawapan:

Hafizi menunggu Pak Mat, iaitu pemandu keluarganya yang selalu menjemputnya

dari sekolah.

Raja yang duduk di sebelah Rafizi ingin tahu sebab Rafizi tidak balik lagi.

Hafizi menyatakan bahawa Pak Mat belum datang lagi. Hafizi menyatakan bahawa

dia mengandaikan Raja sudah pulang.

Raja menggeleng-gelengkan kepalanya.

Raja bertanya kepada Hafizi, sama ada Hafizi pergi atau tidak pada esok hari.

Hafizi menyatakanan bahawa dia belum pasti dengan keputusannya.

Raja memujuk Hafizi dengan mengatakan bahawa mereka tidak selalu pergi berkelah.

Page 16: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

16

Kereta Proton Perdana yang berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua.

Pintu kereta ditarik secara perlahan-lahan.

Sambil menarik tangan Raja, Hafizi mengajak Raja untuk dihantar pulang.

Raja menyatakan bahawa dia menunggu bas.

Hafizi mengajak Raja lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan Hafizi setelah

beberapa kali digesa oleh Hafizi.

Dengan nada merendah diri, Raja menyatakan bahawa Hafizi tidak seperti diri Raja

kerana Hafizi anak orang berada an mempunyai kereta yang besar serta Hafizi

dihantar dan dijemput pulang.

Sambil menepuk bahu Raju, Hafizi menyatakan bahawa keadaan tersebut mungkin

merupakan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada Hafizi. Tambah Hafizi lagi,

dia tidak memandang perkara tersebut. Menurutnya, sama ada kaya atau miskin,

mereka serupa.

BAHAGIAN D

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,

jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah Kementerian Belia dan

Sukan lancarkan pada 17 November 2008 dengan geran permulaan berjumlah RM 1

juta. Yayasan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet negara,

sama ada yang masih aktif, bersara mahupun yang kurang upaya. Hakikatnya,

sebelum YAKEB ditubuhkan, kebajikan beribu orang atlet negara seolah-olah terabai

dan disisihkan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai perspektif negatif masyarakat

sehinggakan timbul tanggapan dalam kalangan pelajar sekolah bahawa sukan tidak

menjanjikan jaminan kewangan yang baik dan kesenangan di masa tua. Justeru,

kredibiliti sukan di negara ini mesti dibina secara holistik.

Skema jawapan

Page 17: Skema  bm2 stpm selangor 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012 BM 910/2

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 TERHAD

17

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1. ...telah Kementerian

Belia dan Sukan

lancarkan...

Kesalahan struktur ayat pasif.

Bagi ayat pasif yang pelakunya

bukan kata ganti diri pertama atau

kedua, kata kerja pasif perlu

menggunakan imbuhan awalan di-

dan berada sebelum pelaku.

...telah dilancarkan oleh

Kementerian Belia dan

Sukan...

2. ...kebajikan atlet

negara, sama ada yang

masih aktif, bersara

mahupun yang kurang

upaya.

Kesalahan penggunaan kata

hubung berpasangan. Penggunaan

kata hubung “sama ada”perlu

berpasangan dengan kata hubung

“ataupun”/ atau.

...kebajikan atlet

negara, sama ada yang

masih aktif, bersara

ataupun yang kurang

upaya.

3. ...beribu orang atlet... Kesalahan kata bilangan yang

membawa maksud himpunan. Kata

bilangan yang membawa maksud

himpunan perlu digandakan.

...beribu-ribu orang

atlet...

4. ...di masa tua. Kesalahan penggunaan kata sendi

nama “di” bagi membentuk frasa

sendi nama yang merujuk maksud

masa.

Kata sendi nama yang digunakan

untuk merujuk masa ialah kata

sendi nama “pada”

...pada masa tua.

5. Justeru, kredibiliti

sukan...

Kesalahan penggunaan kata

hubung sebagai penanda wacana.

“Justeru” ialah kata hubung

gabungan dan tidak boleh

digunakan pada awal ayat.

Penanda wacana yang sesuai bagi

ayat ini ialah “Oleh itu”.

Oleh itu, kredibiliti

sukan...

T A M A T