skema-jawapan-bab-3-t4

5
Soalan: Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan seni bina di negara kita pada hari ini. Soa lan Isi dan Huraian Mark ah 1 Pengenalan Jelaskan cara-cara kedatangan pengaruh Agama Hindu- Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara Kedatangan agama Hindu Buddha ke Asia Tenggara berlaku setelah datang penakluk dari Benua Kecil India contohnya penakluk dari Kerajaan Cola ke Kedah, sekaligus mereka telah membawa pengaruh agama Hindu Buddha. Apatah lagi, turut serta bersama dengan kedatangan penakluk tersebut ialah golongan Brahmin yang menyebarkan ajaran agama Hindu dan ajarah Veda. Selain daripada itu, wujudnya hubungan dagang dengan India mewujudkan pertembungan budaya. Hal ini dapat dibukti melalui penemuan artifak buatan India di tapak arkeologi Lembah Bujang. 5 2 Pertama, kedatangan agama Hindu dan Buddha dibawa oleh golongan tentera atau ksyatria. Ia disebarkan oleh penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara. Kedua, menerusi peranan pedagang atau vaisya, manakala pendapat ketiga mendakwa pengaruh Hindu dan Buddha dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Selain itu, pendapat keempat pula mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja, yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Di samping itu, bukti kemasukan pengaruh kebudayaan dari India dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ialah sumber dari China.Sumber dari China menyatakan kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad 30 Mark ah

Transcript of skema-jawapan-bab-3-t4

Page 1: skema-jawapan-bab-3-t4

Soalan:

Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan seni bina di negara kita pada hari ini.

Soalan

Isi dan Huraian Markah

1 Pengenalan

Jelaskan cara-cara kedatangan pengaruh Agama Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara Kedatangan agama Hindu Buddha ke  Asia Tenggara berlaku setelah datang penakluk dari Benua Kecil India contohnya penakluk dari Kerajaan Cola ke Kedah, sekaligus mereka telah membawa pengaruh agama Hindu Buddha. Apatah lagi, turut serta bersama dengan kedatangan penakluk tersebut ialah golongan Brahmin yang menyebarkan ajaran agama Hindu dan ajarah Veda. Selain daripada itu, wujudnya hubungan dagang dengan India mewujudkan pertembungan budaya. Hal ini dapat dibukti melalui penemuan artifak buatan India di tapak arkeologi Lembah Bujang.

5

2 Pertama, kedatangan agama Hindu dan Buddha dibawa oleh golongan tentera atau ksyatria. Ia disebarkan oleh penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara. Kedua, menerusi peranan pedagang atau vaisya, manakala pendapat ketiga mendakwa pengaruh Hindu dan Buddha dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Selain itu, pendapat keempat pula mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja, yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Di samping itu, bukti kemasukan pengaruh kebudayaan dari India dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ialah sumber dari China.Sumber dari China menyatakan kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ke-2 Masihi.Sumber dari China membuktikan Funan ialah kerajaan terawal di Asia Tenggara. Sumber dari China menyatakan bahawa kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga masihi berdasarkan catatan Kang Tai dan Chu Ying yang di hantar ke Funan untuk menemui raja Houan-Tien. Tambahan pula, data arkeologi seperti   jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha dan langgam arca dipengaruhi oleh seni arca Amaravati dari India. Selain itu, hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India dibuktikan melalui jumpaan artifak gendang gangsa Dongson.

30

Markah

3 Kesan dan pengaruh Hindu-Buddha dalam seni bina di Asia Tenggara

Page 2: skema-jawapan-bab-3-t4

Jelaskan kesan pengaruh Hindu dan Buddha dalam seni bina di Asia Tenggara dengan merujuk:

  Candi Angkor Wat dibina untuk agama Hindu di kemboja.Raja Suryavarnam II bertanggungjawab dalam membina angkor wat. Melambangkan orde kosmos.Tinggi angkor wat ialah 213 meter dan keluasan kawasannya ialah 208 hektar. Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat. Setiap sudutnya mempunyai menara. Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir.Terdapat ukiran di dinding yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata. Candi Borobudur  dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah. Terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan gautama Buddha.Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada nafsu. Stupa candi borobudur terbahagi kepada tiga tingkat. Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila (moral), samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan), seperti dalam ajaran Buddha. Candi borobudur dibina dalam masa 75 tahun. Candi Lembah Bujang dibina untuk agama Hindu dan Buddha di kedah.Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Vimana dan Mendapa.Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan dan mendapa ialah bahagian luar candi.

15

Markah

4 Langkah ke arah matlamat Malaysia sebagai negara yang terkenal dari aspek seni bina

Langkah-langkah untuk memajukan aspek seni bina di Malaysia ialah mencari peluang ekonomi yang baru,meluaskan pasaran,meningkatkan kajian dan pembangunan,meningkatkan kemajuan sains dan teknologi,melakukan penyelidikan dan inovasi,menyediakan kemudahan asas,menyumbang idea bertaraf dunia,mampu mereka cipta,menarik pelabur luar ,keberanian mengambil risiko, mengekalkan kestabilan ekonomi, memberi bantuan kewangan,memberi bantuan mesin,memberi bantuan teknikal dan nasihat,menyediakan pelbagai insentif,menumpukan kepada teknologi seni bina,menambah ilmu yang sedia ada, meneroka bidang baru, ,mempunyai kebolehan menjangka perubahan baru,Penciptaan dan penemuan baru/ pertanian / perindustrian /Pembuatan

15Mark

ah

5 Kejayaan dalm aspek seni bina kini

1)Bangunan Menara Berkembar Petronas

2) Menara Kuala Lumpur

3) Lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur

10 Mark

ah

Page 3: skema-jawapan-bab-3-t4

4) Perpustakaan Negara Malaysia

5) Muzium Negara

6)Tugu negara

7)Masjid Putra

8)Tokong Kek Lok Si

9)Kuil Sri Mahamariaman

10)Rumah Minangkabau

6Generasi hari ini dapat mempertahankan warisan bangsa dalam aspek kesenian dan kebudayaan:

F1 Memelihara bangunan bersejarah

F2 Memulihara bangunan bersejarah

F3 Menjaga bangunan antik

F4 Mempromosi tempat-tempat bersejarah pada pelancong

F5 Mempromosi kebudayaan bangsa

F6 Menyertai pertandingan kebudayaan di peringkat luar Negara

F7 Memperagakan pakaian tradisional kepada pelancong luar

F8 Menaik taraf muzium Negara

F9 Mengadakan program citra warna

F10 Menubuhkan kelab warisan di sekolah

F11 Mewujudkan sudut / galeri / bilik warisan di sekolah

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10 Mark

ah

7 Nilai-nilai murni / iktibar yang diperoleh dari sifat keterbukaan masyarakat

Page 4: skema-jawapan-bab-3-t4

Malaysia

F1 Kerjasama

F2 Inovatif

F3 Kreatif

F4 Berdaya saing

F5 Positif

F6 Optimis

F7 Berani

F8 Gigih

F9 Yakin diri

F10 bangga sebagai rakyat Malaysia

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10Mark

ah

8Iktibar

- Mempunyai sifat keterbukaanPengetahuan yang diperoleh

- Kepelbagaian budaya masyarakat MalaysiaHarapan

- Memilih pengaruh luar yang positif- Mempertahankan warisan bangsa- Mempunyai jati diri

5Mark

ah