Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

20
TERHAD Kod Kertas: 942/2 SKEMA JAWAPAN PRA PERCUBAAN STPM BAHARU 2014 942/2 (PENGGAL 2) SKEMA PEMARKAHAN GEOGRAFI KERTAS 2 1 TERHAD

Transcript of Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

Page 1: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

Kod Kertas: 942/2

SKEMA JAWAPAN PRA PERCUBAANSTPM BAHARU 2014

942/2 (PENGGAL 2)

SKEMA PEMARKAHAN

GEOGRAFI KERTAS 2

Skema pemarkahan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak.

1TERHAD

Page 2: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah]

Jawab semua soalan.

1 a) Takrifkan maksud atmosfera. [ 3 ]

Skema pemarkahan

Atmosfera boleh ditakrifkan sebagai [satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa] yang [berada di atas permukaan bumi] disebabkan oleh[ tarikan daya graviti bumi].

b) Jelaskan peranan troposfera dalam mencorakkan cuaca di permukaan bumi [ 4 ]

Skema pemarkahan

Peranan troposfera terhadap cuaca di permukaan bumi:

Kod Peranan troposfera MarkahB1 Menjadi tempat simpanan wap-wap air. Wap-wap air dari proses sejat-

peluhan akan terkumpul dalam atmosfera membentuk awan, tepu dan turun sebagai kerpasan khususnya hujan.

2

B2 Menjadi tempat simpanan haba pendam yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah suhu di permukaan bumi. Haba pendam yang banyak suhu akan meningkat dan sebaliknya haba pendam yang sedikit suhu akan menurun.

2

B3 Menjadi tempat berlakunya perubahan tekanan udara yang seterusnya mempengaruhi tiupan angin, badai, taufan dan siklon. Di atmosfera suhu akan berubah, tekanan udara akan berubah. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi (suhu sejuk) ke tekanan rendah (suhu panas)

2

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

2TERHAD

Kunci Idea:

1. satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa = 1M2. berada di atas permukaan bumi = 1M3. tarikan daya graviti bumi = 1M

MAX = 3 MARKAH

Page 3: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

(c) Bagaimanakah lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi? [4]

Skema pemarkahan

Cara lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi:

Kod Peranan troposfera MarkahC1 Melalui proses serakan, serapan, tapisan dan balikan yang dijalankan oleh

wap air dan ozon terhadap bahangan matahari yang menyebabkan bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja tenaga matahari.

2

C2 Melalui sifat semulajadi sesetengah komponen atmosfera yang lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan suhu bumi seimbang.

2

C3 Melalui proses ALBEDO iaitu pembalikan yang dilakukan oleh permukaan bumi yang bewarna cerah seperti permukaan salji, permukaan laut dan cermin.

2

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) Bagaimanakah aktiviti manusia menggangu keseimbangan sistem atmosfera? [ 4 ] Skema pemarkahan

Aktiviti manusia yang menggangu keseimbangan sistem atmosfera.

Kod Peranan troposfera MarkahD1 Aktiviti perindustrian dan pengangkutan yang banyak membebaskan

gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi. Kesannya suhu atmosfera akan meningkat menghasilkan pemanasan global.

2

D2 Aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan kawasan pertanian yang banyak membebaskan partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, jelaga dan habuk dalam kepekatan yang tinggi yang menghasilkan pencemaran udara dan jerebu.

2

D3 Aktiviti pembandaran dengan membina bangunan konkrit dan jalan bertar yang banyak menyimpan haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam yang menghasilkan pulau haba – suhu di bandar meningkat

2

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

3TERHAD

Page 4: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

Soalan 2

a) Mengapakah fenomena el – Nino sering berlaku di perairan Tropika?. [ 9 ]Kod Sebab-Sebab el – Nino sering berlaku di perairan Tropika Markah

A1

Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa.

Di samping itu, kawasan ini juga menerima tenaga matahari dalam keadaan sudut tepat. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautannya iaitu lautan Pasifik meningkat dengan cepat

3

A2

Lembangan lautan Pasifik yang ada di perairan Tropika merupakan lembangan lautan yang paling luas di dunia. Oleh itu apabila berlaku perubahan suhu di lautan ia akan mempengaruhi suhu daratan dengan lebih cepat.

Kenaikan suhu lautan Pasifik membolehkan proses pembuakan (termoklin) berlaku dengan giat. Ini mewujudkan tekanan udara rendah di laut, seterusnya melemah dan menghentikan tiupan angin timuran ke bahagian daratan. Kesannya bahagian daratan mengalami cuaca panas el-Nino, kadar hujan amat sedikit serta kelembapan udara yang rendah

3

A3 Kawasan perairan Tropika merupakan lokasi/zon laluan angin utama dunia seperti

angin timuran dan angin baratan. Pertembungan angin menyebabkan kekacauan atmosfera dan halajunya semakin

lemah.. Kesannya pergerakan angin timuran menjadi perlahan dan terhenti di laut yang menyebabkan kawasan daratan tidak menerima hujan

3

Pemarkahan: 3 isi x 3 markah = MAX 9 Markah MAX 9

b) Jelaskan kesan fenomena el – Nino ke atas unsur-unsur cuaca. [ 8 ]Kod Kesan Fenomena el- Nino ke atas unsur-unsur cuaca Markah

B1 Cuaca panas dan udara kering. Dalam tempoh El-Nino, cuaca menjadi panas

dan menyebabkan udara menjadi kering (dry air). Proses transpirasi tumbuhan berkurangan seterusnya mengurangkan peratus

kelembapan udara. Kadar sejatan pula amat tinggi.2

B2 Hujan sedikit. Taburan hujan yang turun di bahagian daratan juga amat sedikit.

Ini disebabkan oleh tiupan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di lautan Pasifik.

Oleh itu lembapan udara yang terbentuk di laut tidak diangkut ke bahagian daratan khususnya di barat Pasifik yang menyebabkan hujan adalah amat sedikit

2

B3 Kemarau panjang. Sepanjang El-Nino, cuaca panas, udara kering serta hujan

sedikit akan menyebabkan kemarau. Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air yang dialami di sesuatu tempat.

Kemarau juga menunjukkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun.

2

B4

Fenomena Jerebu. El Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu.

Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu rentas sempadan

2

Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah MAX 8c) Bandingkan kesan fenomena el – Nino ke atas alam sekitar fizikal antara kawasan Asia

4TERHAD

Page 5: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

Tenggara dengan Amerika Selatan. [ 8 ]

KOD JUDUL ISI KAWASAN ASIA TENGGARA KAWASAN AMERIKA SELATAN

MARKAH

C1 Fenomena Kemarau dan Banjir

Fenomena Kemarau berlaku di Asia Tenggara kerana kekurangan hujan. Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air dalam tempoh yang panjang (2 hingga 3 bulan).

Sedangkan pada masa yang sama kejadian banjir berlaku di Amerika Selatan. Fenomena La Nina membawa hujan lebat luar biasa, kawasan rendah di pesisir pantai akan mengalami banjir yang besar.

2

C2 Kelembapan udara

Di kawasan Asia Tenggara cuaca panas El-Nino menyebabkan udara menjadi kering (dry air), lembapan tanih dan kelembapan udara merosot.

Manakala kawasan Amerika Selatan kelembapan udaranya adalah tinggi. Ini kerana wap-wap air yang terbentuk di laut akan di bawa oleh angin baratan ke kawasan daratan.

2

C3 Tiupan Angin Angin kering. Semasa el- Nino angin bertiup dari daratan ke laut kerana tekanan udara di daratan lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di laut ekoran daripada peningkatan suhu laut dan proses pembuakan yang berlaku. Angin ini tidak membawa hujan.

Manakala kawasan Amerika Selatan pula angin lembab bertiup dengan kencang bersama dengan ribut/taufan. Tekanan udara di lautan yang tinggi menyebabkan aingin baratan bertiup ke daratan membawa bersama wap-wap air yang terbentuk di laut dan melepaskannya sebagai hujan lebat

2

C4 Jerebu dan cuaca mendung.

Cuaca panas dan udara kering di Asia Tenggara memudahkan kejadian jerebu. Kebakaran hutan akan berlaku membebaskan banyak partikel-partikel terampai seperti asap, habuk dan jelaga yang terapung dalam keadaan udara kering membentuk jerebu yang tebal.

Di Amerika Selatan pula, cuacanya lebih lembab, sejuk dan mendung. Keadaan awannya lebih bersih daripada partikel-partikel terampai tetapi tebal dengan wap-wap air.

2

Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah. MAX 8

Soalan 3

5TERHAD

Page 6: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

a) “Peningkatan suhu di bandar adalah dipengaruhi oleh aktiviti manusia”. Bincangkan pernyataan ini. [ 13 ]

Kod Aktiviti Manusia MarkahAktiviti manusia sememangnya boleh meningkatkan suhu di bandar sehingga terjadinya pulau haba. Namun begitu terdapat juga aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu di bandar.

Di antara aktiviti manusia yang menyebabkan suhu di bandar meningkat ialah:

A1 Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan

menyimpan haba matahari pada waktu siang dan membebaskannya pada waktu malam sebagai haba pendam.

Pada masa yang sama bangunan-bangunan tinggi juga menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera pada waktu malam. Ini menambahkan lagi kadar simpanan dan pengaliran haba dalam atmosfera bandar seterusnya menggalakkan kejadian pulau haba.

2

A2

Pengurangan kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit.

Ini mengurangkan peratus kelembapan udara dalam bandar. Proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan tidak berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara.

Kesannya peratus kelembapan udara menjadi rendah, dan udara menjadi kering (dry air) yang seterusnya menggalakkan lagi peningkatan suhu di bandar.

2

A3

Aktiviti pengangkutan dan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll.

Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi – ini menyebabkan kesan rumah hijau apabila bahangan bumi terperangkap oleh gas-gas pencemar berkenaan dan seterusnya suhu di bandar akan meningkat.

2

A4

Pertambahan penduduk bandar. Kepadatan/kesesakan penduduk dalam bandar akan menambahkan sumber haba dalam bandar menerusi metabolisme badan manusia.

Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba pada kadar 100 - 300 watt bergantung kepada jenis kerja yang dilakukannya. Pertambahan haba oleh manusia ini akan menambahkan lagi jumlah tenaga haba yang tersimpan dalam bandar.

2

Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh merendahkan suhu di dalam bandar daripada terus mengalami pulau haba. Antaranya ialah:

A5

Aktiviti penghijauan bandar (menanam pokok). Pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab dalam bandar, di bahu jalan dan juga di laluan jalan kaki.

Di samping itu pemilik bangunan juga menamam pokok-pokok sebagai hiasan landskapnya. Aktiviti ini akan menambahkan kelembapan udara melalui proses transpirasi tumbuhan dan ia mampu menurunkan suhu di dalam bandar.

2

Aktiviti menambahkan kawasan badan air dalam bandar seperti tasik/kolam buatan manusia dan juga taman tema air misalnya Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur dan juga Taman air Sunway Lagoon.

6TERHAD

Page 7: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

A6 Kewujudan badan-badan air mampu menyejukkan udara melalui proses

sejatan di permukaan, menambahkan kelembapan udara dan adakalanya mampu menurunkan hujan. Badan-badan air dalam bandar mewujudkan kawasan pulau sejuk.

2

A7

Aktiviti manusia seperti penggunaan pengangkutan awam contohnya LRT dan komuter, melaksanakan kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga seperti kempen EARTH HOURS juga boleh mengurangkan peningkatan suhu di bandar.

Ini kerana aktiviti ini mampu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar boleh dikurangkan.

2

Kesimpulannya terdapat dua kesan daripada aktiviti manusia di bandar. Ada aktiviti yang boleh meningkatkan suhu dan juga ada aktiviti yang boleh menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas pada masa kini, aktiviti manusia yang boleh menigkatkan suhu lebih besar berbanding dengan aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu.

1

Pemarkahan: 6 isi ( 3 + 3) x 2 markah = 1 markah + Menjawab soalan bincangkan = 1 markah. MAX 13 Markah. MAX

13

b) Cadangkan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar. [ 12 ]

Kod Langkah Mengurangkan Peningkatan suhu di bandar Markah

B1 Langkah perundangan. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 seperti :

Peraturan Udara Bersih 1978, Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain.

Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap untuk memastikan akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Seterusnya Hukuman seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas dan adil kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa kawalan.

2

2

2

MAX 4

B2 Langkah Pengurusan Strategik yang meliputi:

7TERHAD

Page 8: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar.

Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik reakreasi dll.Contohnya Taman Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon.

Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti pengangkutan,perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan gas-gas rumah hijau.

Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan kloroflourokarbon (CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan dan sebagainya yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah disahkan bersifat “Mesra alam” (Environmental friendly).

Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Selain itu melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

2

2

2

2

2

MAX 6

B3 Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours oleh penduduk bandar. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas-gas rumah hijau.

Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.Termasuk juga kempen penggunaan basikal di dalam bandar dan mewujudkan zon khusus dalam bandar yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan diesel seperti lori, bas, truck dll.

Pendidikan alam sekitar pula menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT disamping memperkukuhkan peranan badan bukan kerajaan NGO.

2

2

2

MAX 2Pemarkahan:

Langkah Perundangan = MAX 4 MarkahLangkah Pengurusan = MAX 6 Markah

Kempen PAS = MAX 2 Markah

MAX 12

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

8TERHAD

Page 9: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 4:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian? [ 3 ]

Bioteknologi pertanian bermaksud [teknik atau proses saintifik] dalam pertanian yang menggunakan [genetik/DNA benda hidup] seperti mikro organisma, haiwan, atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau [menghasilkan produk pertanian baru] yang bermanfaat kepada manusia.

b) Bagaimanakah bioteknologi boleh meningkatkan kemajuan sektor pertanian di Malaysia? [ 4 ]

Kod Cara-cara bioteknologi meningkatkan kemajuan sektor pertanian MarkahB1 Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka

masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang bermutu. Misalnya benih padi IR berjaya menambahkan produktiviti per hektar sawah dan membolehkan tanaman padi ditanam 3 kali dalam tempoh 2 tahun.

2

B2 Meningkatkan kualiti produk pertanian dan berdaya tahan perosak serta penyakit kerana klon benih telah melalui uji kaji makmal secara berterusan. Contohnya hasil sayuran tanaman hidroponik dan fertigasi adalah tahan lama berbanding dengan kaedah tanaman biasa kerana menggunakan benih bermutu hasil bioteknologi.

2

B3 Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna seperti betik exotica, golden rice dsb.

2

B4 Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit, perubatan/farmasi dari tanaman herba dsb.

2

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) Bagaimanakah aktiviti pertanian telah menyebabkan pencemaran alam sekitar fizikal ?.

9TERHAD

Kunci Idea:Teknik atau proses saintifik dalam pertanian = 1m genetik/DNA benda hidup = 1mmenghasilkan produk pertanian baru =1m MAX 3 Markah

Page 10: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

[ 4 ]

Kod Kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal MarkahD1 Penggunaan racun serangga dan baja kimia. Menyebabkan pencemaran

air sungai, tasik dan air tanih akibat penggunaan baja kimia serta racun serangga/rumpai secara berlebihan seperti baja urea, racun paraquat dll. Proses larut resap air hujan berlaku yang membawa bersama sebatian kimia dan toksid ke dalam tanah, sungai, tasik dan kolam.

2

D2 Aktiviti Pembakaran terbuka menyebabkan pencemaran udara dan jerebu khususnya amalan pembakaran terbuka di kawasan sawah padi, ladang tebu dan juga ladang kelapa sawit apabila tiba di peringkat tanam semula. Partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan jelaga dari pembakaran akan terapung di dalam udara kering yang boleh menyebabkan jerebu.

2

Pemarkahan:2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) Cadangkan dua langkah bukan perundangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian [ 4 ]

Kod Dua Langkah Bukan Perundangan MarkahD1 Kaedah hidroponik. Tanaman tanpa tanah dan penggunaan baja

secara larutan dan juga tanpa menggunakan racun serangga. Mengurangkan pencemaran tanah.

2

D2 Penggunaan baja asli. Contohnya baja kompos dan najis haiwan dan tidak bergantung kepada baja kimia. Mengurangkan pencemaran air. 2

D3 Kawalan Biologi. Penggunaan pemangsa seperti burung hantu dan ular bagi mengawal perosak seperti mengawal tikus. Ini mengelakkan penggunaan racun tikus yang boleh mencemarkan air seperti di dalam sawah padi.

2

D4 Amalan tebang - reput. Pembersihan ladang pertanian seperti ladang tebu, kelapa sawit dan sawah padi melalui kaedah tebang – reput bukannya tebang – bakar. Ini mengelakkan pencemaran udara di samping menyuburkan tanah.

2

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

Jawab samada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 5

10TERHAD

Page 11: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

a) Mengapakah sektor perhutanan masih lagi penting kepada sosio ekonomi negara Malaysia ? [ 12 ]

Kod Kepentingan sektor perhutanan MarkahSebab-sebab sektor perhutanan masih lagi penting kepada sosio ekonomi Malaysia ialah:

A1

Memajukan sektor ekonomi hiliran. Industri berasaskan kayu seperti industri perabot, papan lapis, pembuatan kertas dapat dimajukan kerana mendapat bekalan sumber kayu balak yang berterusan.

Industri pembinaan juga berkembang kerana sokongan sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam pasaran daripada projek perladangan hutan yang dijalankan.

2

A2

Meningkatkan pendapatan negara. Produk kayu, perabot dan kraf tangan berasaskan sumber hutan yang berkualiti tinggi dieksport ke luar negara.

Ini akan menambahkan pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing dari negara yang lebih tinggi nilai matawangnya seperti negara Eropah dan Jepun.

2

A3

Menyediakan peluang pekerjaan. Sektor perhutanan juga menyediakan peluang pekerjaan sebagai pembalak, pemandu, pekerja kilang papan, sebagai renjer hutan, pegawai penyelidik dll.

Ini akan mengurangkan pengganguran, menambahkan pendapatan perkapita penduduk, meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang terlibat dengan sektor perhutanan.

2

A4

Menambahkan teknologi melalui R&D. Keupayaan teknologi dalam negara ditingkatkan melalui R&D yang berterusan dalam sektor perhutanan sepertimana yang dijalankan oleh FRIM dan UPM.

Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu pokok, teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan bagi memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan yang lestari.

2

A5

Pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Disamping pengusahasilan, sektor perhutanan juga melibatkan aktiviti memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan secara berterusan.

Ini dapat mengekalkan ekosistem, habitat, kepelbagaian biologi daripada pupus untuk dinikmati oleh generasi kini, akan datang dan selamanya. Hutan sebagai sumber warisan negara.

2

A6

Sumber perubatan. Aktiviti perhutanan juga melibatkan usaha memajukan sumber-sumber perubatan tradisional berasaskan herba seperti tongkat Ali, kacip Fatimah, hempedu bumi dsb.

Melalui R&D yang berterusan industri farmasi dapat berkembang pesat, penduduk mempunyai pelbagai pilihan ubat untuk merawat penyakit.

2

A7

Ekopelancongan dan sumber air . Hutan lipur yang kaya dengan pelbagai spesis fauna dan flora, air terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber ekopelancongan yang menguntungkan ekonomi negara.

Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadikan sebagai kawasan tadahan untuk bekalan air kepada penduduk, sektor pertanian dan

2

11TERHAD

Page 12: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

tenaga hidro menerusi pembinaan empangan.

Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah MAX 12

b) Bagaimanakah aktiviti pembalakan menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal?. [ 13 ]

Kod MarkahDi antara kesan negatif aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal ialah:

B1

Kemusnahan ekosistem dan habitat. Amalan tebang bersih bukannya tebang terpilih dalam aktiviti pembalakan masa kini telah menyebabkan kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora hutan seperti pokok cengal, meranti, seraya, keruing dll.

Selain itu kemusnahan habitat, rantaian makanan dan penghijrahan fauna telah berlaku di dalam ekosistem hutan.

2

B2

Hakisan dan tanah runtuh. Pembalakan tanpa kawalan dan aktiviti penarahan bukit untuk dibina laluan mengangkut balak telah menyebabkan hakisan tanah dan kegagalan cerun.

Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk memintas air hujan. Ini menyebabkan hakisan percikan yang tinggi. Akar-akar pokok yang musnah juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan tanah runtuh terjadi.

2

B3

Pencemaran sumber air. Aktiviti pembalakan berhampiran dengan sungai akan menyebabkan sungai tercemar dengan selut, kelodak dan lumpur.

Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem akuatik terjejas dan jika berlaku pemendapan kelodak, dasar sungai menjadi cetek yang boleh mempercepatkan pula kejadian banjir.

2

B4

Kemusnahan kawasan tadahan air. Aktiviti pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan dan adakalanya melewati kawasan rezab sungai. Ini akan memusnahkan kawasan tadahan air.

Penebangan pokok akan mengurangkan proses susupan air ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer terjejas yang akan menjejaskan pula bekalan air kepada sungai dan tasik.

2

B5

Pemanasan setempat. Penebangan hutan secara besar-besaran akan mengurangkan peratus kelembapan udara disebabkan oleh ketiadaan pokok untuk melakukan proses transpirasi.

Kesannya udara menjadi lebih kering dan suhu mikro boleh meningkat/pemanasan setempat.

2

B6 Perubahan landskap. Aktiviti tebang bersih berskala besar akan mencerahkan kawasan hutan. Kesan-kesan penggondolan akan kelihatan dengan jelas dan ketara terutama sekali melalui pandangan udara.

Dalam jangkamasa panjang perubahan landskap berlaku apabila hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder yang hanya ditumbuhi oleh belukar dan semak samun. Manakala pokok-pokok

2

12TERHAD

Page 13: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

balak yang muda tidak lagi tumbuh.

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah + 1 Markah mana-mana huraian yang lebih baik = MAX 13

MAX 13

Soalan 6

Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan jelaskan;

a) a) masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai. [ 7 ]

Kod Masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai. MarkahNegara yang dipilih ialah Malaysia. Di antara masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai di Malaysia ialah:

1

A1

Masalah kekurangan modal. Ia berlaku dalam kalangan nelayan pinggir pantai yang di belenggu kemiskinan.

Keupayaan modal yang terhad menyebabkan nelayan pinggir pantai tidak mampu untuk memiliki bot-bot besar, pukat dan peralatan tangkapan moden dan sebagainya. Ini menyebabkan hasil tangkapan mereka adalah sedikit.

2

A2

Masalah pasaran. Masalah ini berkait dengan kebergantungan nelayan pinggir pantai dengan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan sistem hutang yang berpanjangan.

Nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan secara sepenuhnya kerana terpaksa menjual kepada orang tengah (peraih) dengan harga yang murah.

Oleh sebab itu, pendapatan yang peroleh para nelayan sedikit dan nelayan kekal dibelenggu kemiskinan

2

A3

Kekurangan teknologi. Masalah ini berkait dengan kekurangan modal yang menghalang nelayan untuk memiliki teknologi dan kelengkapan tangkapan moden.

Kebanyakan nelayan pinggir pantai masih menggunakan teknologi tradisional seperti pukat tangkul, bubu, pancing, dan bitol. Teknologi ini jelas tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan.

Selain itu taraf pendidikan dan kemahiran yang rendah juga menyebabkan nelayan tidak dapat mengendalikan bot-bot yang besar, alat ecosonar, dan sistem telekomunikasi

2

Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = 6 Markah + 1 markah negara = MAX 7 MAX 7b) kesan yang ditimbulkan oleh aktiviti perikanan pinggir pantai. [ 6 ]

Kod Masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai. MarkahDi antara kesan yang ditumbulkan oleh aktiviti perikanan pinggir pantai ialah:

Kepupusan sumber perikanan. Kepupusan sumber perikanan berpunca daripada tangkapan berlebihan ikan secara

13TERHAD

Page 14: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

B1 berterusan. Ada sesetengah nelayan pinggir pantai menggunakan kaedah

menuba, mengebom dan renjatan elektrik selain daripada mengunakan pukat yang diharamkan seperti pukat harimau dan pukat tunda di kawasan pinggir pantai.

Kaedah ini mengakibatkan habitat akuatik musnah terutama di kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi pembiakan ikan.

2

B2

Pencemaran air laut. Pencemaran air laut berlaku khususnya di sekitar pelabuhan perikanan berpunca daripada pembuangan bahan-bahan cemar seperti sisa-sisa ikan, dan air pembersihan bot nelayan.

Air laut juga dicemari oleh sisa-sisa domestik yang dibuang dari petempatan nelayan. Terdapat juga bot-bot nelayan yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan dibiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai.

2

B3

Kemusnahan ekosistem paya bakau. Aktiviti perikanan pinggir pantai pada masa ini diperluaskan kepada ternakan marinkultur di kawasan muara dan paya bakau sebagai pendapatan sampingan kepada nelayan.

Pembinaan kolam-kolam ternakan ikan melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan kawasan hutan bakau dan nipah di zon pinggir pantai.

Aktiviti penyahhutanan ini menyebabkan ekosistem di kawasan tersebut terjejas. Tindakan ini juga memusnahkan habitat pelbagai jenis hidupan (ketam nipah, ikan, lokan, kerang, burung, dan haiwan primat) dan menjejaskan rantaian makanan. Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar populasi asal hutan bakau berkenaan. Sebagai contohnya, seperti yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor

2

Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = 6 Markah MAX 6

c) Nilaikan program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor perikanan di negara yang anda pilih itu. [ 12 ]

Kod Masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai. MarkahPenilaian program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor perikanan

Program : Pembangunan infrastruktur menerusi LKIM. Menyedia dan memperbaiki kemudahan pendaratan ikan di

14TERHAD

Page 15: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

A1 pelabuhan perikanan, menyediakan tempat penyimpanan ikan,kilang air batu dll. Sebagai contohnya, komplek pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan, Cendering, Terengganu, Kuala Sedili, Johor, dan Batu Maung, Pulau Pinang.

Penilaian : Langkah ini amat berkesan dan berjaya membantu nelayan mendaratkan ikan dan seterusnya menjual ikan terus kepada LKIM tanpa dibelenggu oleh orang tengah.

2

1

MAX 3

A2

Program: Mewujudkan persatuan nelayan dan koperasi nelayan melalui Skim Permodenan Nelayan Berkelompok yang diwujudkan pada tahun 2006. Skim ini menggabungkan nelayan –nelayan pantai yang berselerak untuk diurus tadbir di bawah satu persatuan supaya pengaruh orang tengah dapat dihapuskan. Skim ini memperkenalkan kaedah pembelian bot besar melalui gabungan berkelompok persatuan atau koperasi di sesuatu kawasan.

Penilaian: Skim ini amat berjaya kerana ia membolehkan nelayan tempatan berdaya saing dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan. Antara faedah skim tersebut ialah nelayan tempatan yang menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara meluas dan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

2

1

MAX 3

A3

Program Bantuan modal/subsidi. Kerajaan menambahkan keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bagi memajukan sektor perikanan negara. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi untuk membeli enjin, bot, pukat, minyak diesel dan sebagainya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan.

Penilaian: Bantuan modal membeli bot telah Berjaya memberi peluang kepada nelayan untuk memiliki bot-bot yang lebih besar dan lebih baik berbanding secara sewa-beli bagi membolehkan mereka menangkap ikan di laut dalam. Namun begitu skim subsidi diesel kurang berkesan akibat penyelewengan nelayan sendiri yang menjual diesel kepada orang lain.

2

1

MAX 3

A4

Program: Menyediakan sistem pemasaran berpusat bagi menghapuskan pengaruh orang tengah. Misalnya hasil tangkapan dijual terus kepada LKIM atau kepada koperasi nelayan (NEKMAT). Selain itu tempat-tempat penjualan ikan juga disediakan di pesisir pantai untuk membolehkan nelayan-nelayan kecil menjual terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna. Contohnya di pesisir pantai Terengganu.

Penilaian: Langkah ini juga berjaya meningkatkan

2

15TERHAD

Page 16: Skema Pra Percubaan Penggal 2 (2014)

TERHAD

pendapatan nelayan kerana mereka boleh menjual dengan harga yang lebih mahal serta terkawal. Keuntungan nelayan tidak dikaut oleh orang tengah/peraih.

1

MAX 3

A5

Program: Memajukan akuakultur sebagai pendapatan sampingan nelayan. Kerajaan menggalakkan nelayan agar mengusahakan ternakan akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau. Hal ini demikian kerana perikanan akuakultur mula berkembang sebagai subsektor utama dalam sektor perikanan.

Untuk membangunkannya, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi, dan khidmat nasihat yang berterusan khususnya melalui LKIM. Kerajaan juga bersedia untuk mengeksport hasil-hasil akuakultur ke pasaran luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada nelayan yang mengusahakannya.

Penilaian: Pada masa ini program ini amat berjaya kerana ia mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Malah konsep industri akuakultur juga diperluaskan dan digabungkan dengan sektor pelancongan dan dinamakan akuapelancongan. Sumber pendapatan nelayan pantai telah dipelbagaikan.

2

1

MAX 3

Pemarkahan: 4 isi x 3 markah = 12 MarkahPemarkahan bagi setiap isi : Program = 2 markah + Penilaian

Program = 1 markah = MAX 3 MarkahMAX

12

TAMAT

16TERHAD