Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB - · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB)...

13
Maklumat dan Panduan Permohonan SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Transcript of Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB - · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB)...

Page 1: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Maklumat dan Panduan Permohonan

SKIM PENAJAAN

SENI BUDAYA

(Skim PSB)

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia

Page 2: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

1

SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA

(Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

------------------------------------------------------------------

1. PENDAHULUAN

Karya seni dan budaya merupakan manifestasi kehidupan

masyarakat sesebuah negara. Kekerapan, kualiti serta kemudahan untuk pengkaryaan sering dikaitkan dengan taraf hidup penduduk dan turut dijadikan salah satu kayu pengukur antarabangsa didalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pelaksanaan kegiatan seni budaya yang berkualiti menyumbang kepada pembentukan bangsa yang menghargai warisan seni

budaya masyarakatnya serta membantu memenuhi visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) untuk menampilkan seni budaya Malaysia ke persada dunia dan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni antarabangsa.

2. SKIM PSB

Skim PSB menyediakan kemudahan tajaan oleh Kerajaan dan pihak swasta melalui Akaun Amanah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang bertujuan untuk membantu aktivis seni budaya yang bergerak secara individu atau sebagai syarikat seni yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROC/ROB) untuk melaksanakan aktiviti pementasan dan/atau aktiviti yang berkaitan dengan pementasan.

3. OBJEKTIF

Memupuk kecemerlangan seni persembahan di Malaysia. Pencapaian objektif tersebut ialah melalui Skim PSB yang dapat: 3.1. Menggalakkan penghasilan karya-karya tempatan yang

bermutu yang boleh diketengahkan diperingkat antarabangsa.

3.2. Membentuk kumpulan artis dan penggiat seni yang

profesional, kreatif dan disegani di dalam dan luar negara.

Page 3: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

2

3.3. Mewujudkan pengisian aktiviti berkualiti didalam usaha

menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni budaya antarabangsa.

4. JENIS AKTIVITI YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN

4.1. Aktiviti berbentuk pementasan karya tari atau teater atau muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya.

4.2. Aktiviti yang berkaitan dengan pementasan seperti penulisan skrip, gubahan lagu dan lain-lain yang seumpama dengannya.

4.3. Touring atau persembahan bergerak.

5. JENIS-JENIS PENAJAAN

5.1. Penajaan Separa

(Partnership)

Penajaan kepada syarikat seni atau individu untuk pelaksanaan; i) Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bersama

oleh syarikat seni atau individu dengan Kementerian.

Jumlah bantuan : 30 % - 50% dari keseluruhan kos produksi. Kemudahan lain yang disediakan oleh Kementerian seperti ruang dan bantuan teknikal diambil kira didalam pengiraan kos.

5.2. Penajaan Penuh

(Commissioning)

Pembiayaan sepenuhnya untuk pementasan atau aktiviti baru yang dilaksanakan oleh pertubuhan; i) bagi pihak Kementerian;

ii) yang memenuhi matlamat atau spesifikasi

Kementerian (berkualiti, membawa pembaharuan, melibatkan pelbagai kaum, berpotensi untuk diterima baik oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa); atau

Pembiayaan sepenuhnya kepada individu yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan karya khusus dalam bentuk skrip, gubahan lagu dan lain-

Page 4: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

3

lain seumpamanya mengikut spesifikasi

Kementerian.

5.3. Penajaan Awal

(Seed Grant)

Penajaan sebagai galakan kepada syarikat seni atau individu untuk menghasilkan karya baru melalui

pementasan kecil. Jumlah bantuan: Tidak melebihi RM 10,000.

5.4. Penajaan Untuk Galakan Penggiat Muda

(Emerging Artistes)

Penajaan sebagai galakan kepada syarikat seni atau individu yang mempamerkan potensi untuk cemerlang.

Jumlah bantuan : Tidak melebihi RM 10,000.

6. KELAYAKAN DAN SYARAT UNTUK MEMOHON

Aktivis seni budaya yang layak memohon Skim PSB adalah seperti berikut;

6.1. Syarikat Seni Budaya

Kumpulan atau Syarikat seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROC/ROB) dan memenuhi syarat-syarat berikut; i) Mempunyai kod-kod bidang yang berkaitan dengan

aktiviti pementasan dan penghasilan karya seni.

ii) Telah wujud dan berdaftar sebagai sebuah syarikat seni budaya untuk tempoh tidak kurang lima (5) tahun, sementara kategori emerging artiste tidak kurang dua (2) tahun.

iii) Mempunyai rekod yang baik dari segi pelaksanaan

aktiviti-aktiviti yang prolifik dan bermutu dalam bidang seni.

iv) Mengemukakan kertas cadangan yang lengkap

untuk pertimbangan Jawatankuasa Penajaan.

Page 5: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

4

v) Aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah

mengutarakan pengha-silan karya penggiat seni tempatan dalam bentuk pementasan setempat atau untuk pementasan bergerak (touring) berdasarkan kriteria berikut;

• Pementasan karya tari atau teater atau muzik

atau lain-lain yang seumpama dengannya. Karya boleh dalam bentuk penghasilan baru (original) atau karya yang pernah dipentaskan dan mendapat sambutan yang baik dari khalayak.

• Cadangan aktiviti yang dikemukakan perlu

mempa-merkan potensi untuk cemer-lang dan/atau membawa elemen pembaharuan serta

boleh diterima oleh mas-yarakat. • Aktiviti yang melibatkan pen-yertaan pelbagai

kaum akan diberi pertimbangan khas.

6.2. Individu

i) Telah terlibat sekurang-kurangnya 5 (Lima) tahun di

dalam penghasilan karya seni dan terbukti kecemerlangannya melalui karya-karya yang dihasil-kan dan dipentaskan atau di-bukukan (minima 5 karya).

ii) Mempunyai rekod pengkaryaan yang baik dan

konsisten.

iii) Mengemukakan Kertas Cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Jawatankuasa Penajaan.

iv) Warganegara Malaysia.

v) Aktiviti yang dikemukakan perlu mempamerkan

potensi untuk berjaya dan boleh diterima/dimanfaatkan oleh masyarakat penggiat seni berdasarkan perkara berikut;

• Pementasan karya tari atau teater atau muzik

atau lain-lain yang seumpama dengannya. Karya boleh dalam bentuk penghasilan baru (original) atau karya yang pernah dipentaskan dan mendapat sambutan yang baik dari khalayak.

Page 6: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

5

• Cadangan aktiviti yang dikemukakan perlu

mempa-merkan potensi untuk cemerlang dan/atau membawa elemen pembaharuan serta boleh diterima oleh masyarakat.

• Aktiviti yang melibatkan pen-yertaan pelbagai

kaum akan diberi pertimbangan khas.

7. KAEDAH PERMOHONAN

7.1. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang PSB-1 yang boleh didapati dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri seperti di

Lampiran atau dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia secara percuma.

7.2. Semua permohonan yang menggunakan Borang PSB-1,

hendaklah disertakan;

i) Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran daripada Suruhanjaya Pendaftar Syarikat (ROC/ROB) bagi Syarikat Seni Budaya atau salinan Kad Pengenalan bagi individu.

ii) Kertas Cadangan Projek

iii) Salinan Akaun Bank yang terbaru.

7.3. Semua borang yang lengkap dan sebarang pertanyaan

boleh dikemukakan kepada Urusetia Penajaan Kebudayaan seperti berikut;

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia

Tingkat 30, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail,

50694 Kuala Lumpur.

(u.p. URUSETIA SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA)

Tel: 03-2612 7600 Fax: 03-26975606

Page 7: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

6

8. PERJANJIAN

Semua permohonan yang telah diluluskan permohonannya WAJIB menandatangani Surat Setuju Terima Penajaan Akaun Amanah Ke-budayaan (Borang PSB-2) sebelum proses

penyediaan cek dibuat.

9. LAPORAN PROJEK 9.1. Semua permohonan yang telah diluluskan, telah menerima

pembayaran dan telah melaksanakan projek sebagaimana di pohon WAJIB mengemukakan Laporan Projek menggunakan Borang PSB-3 dalam tempoh empat belas

hari daripada tarikh projek dilaksanakan. 9.2. Syarikat atau individu yang telah menerima Penajaan tetapi

ingkar untuk mengemu-kakan Laporan Projek tidak layak untuk memohon penajaan seterusnya.

9.3. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

berhak untuk menarik balik penajaan jika projek tidak dilaksanakan atau pemohon tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

10. JAWATANKUASA SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA DAN

TERMA RUJUKAN

10.1. Semua permohonan oleh syarikat atau individu penggiat

seni budaya akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penajaan yang terdiri daripada;

ii) Ketua Setiausaha Kemente-rian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Malaysia sebagai Pengerusi.

ii) Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan) sebagai Timbalan Pengerusi Bersama.

iii) Setiausaha Bahagian Kebuda-yaan dan Kesenian,

Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Ketua-Ketua

Jabatan di bawah KeKKWa mengikut keperluan sebagai Ahli.

Page 8: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

7

iv) Urusetia Skim PSB adalah Bahagian Kebudayaan dan

Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

10.2. Jawatankuasa Skim PSB bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut;

i) Meneliti maklumat syarikat seni atau individu yang

memohon Skim PSB.

ii) Berhak untuk mendapatkan ma-klumat lanjut

mengenai syarikat atau individu yang memohon Skim PSB.

iii) Membuat keputusan sama ada menerima atau

menolak sesuatu permohonan penajaan berdasar-kan borang dan maklumat yang dikemukakan.

iv) Bertindak sebagai pemantau terhadap perbelanjaan

dan pelaksanaan projek kepada permohonan Skim PSB yang telah diluluskan.

v) Boleh memberikan apa-apa juga arahan berkaitan

persembahan atau lain-lain perkara yang berkaitan Skim PSB yang telah diluluskan.

vi) Menarik balik kelulusan yang telah diberi atau

sebaliknya.

vii) Meminda, menyesuai, atau menyelaras semula

konsep projek yang hendak dilaksanakan agar selaras dengan visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Page 9: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

8

11. PROSES KERJA PERMOHONAN SKIM PSB

12. KESIMPULAN

Skim PSB adalah suatu insentif kepada penggiat seni ke arah kecemerlangan melalui penghasilan karya-karya tempatan yang bermutu dan boleh diketengahkan diperingkat antarabangsa, pembentukan kumpulan karyawan yang profesional, kreatif dan disegani didalam dan luar negara serta sebagai penyediaan pengisian untuk memenuhi hasrat Kerajaan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni dan budaya antarabangsa.

Borang Di Terima

Semak & Proses

Tawaran & Perjanjian

Mesyuarat Jawatankuasa

Skim PSB

Penyediaan Cek

Terima Laporan

Semak Laporan Pertanyaan (Jika Perlu)

Selesai

LULUS

Jawab

Jawab

Page 10: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

9

Lampiran

SENARAI JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI-

NEGERI

------------------------------------------------------- 1. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis Taman Budaya Negeri Perlis, Jalan Lintasan Kangar,

01000 Kangar PERLIS

Telefon: 04-979 3604

2. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah Taman Budaya Negeri Kedah Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Star,

KEDAH. Telefon: 04-731 5930 3. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang Kompleks Pustaka Warisan Seni, Lot 2183, Jalan Rawang, 10460 Pulau Pinang PULAU PINANG Telefon: 04-281 7792 4. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak Taman Budaya Negeri Perak Jalan Caldwell off Jalan Raja Di Hilir 30250 Ipoh,

PERAK Telefon: 05-253 7001

Page 11: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

10

5. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor Lot 22.2, Tingkat 22, Menara MBSA, Persiaran Perbandaran, 4000 Shah Alam,

SELANGOR Telefon: 03-5510 2664 6. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan Taman Budaya Negeri Sembilan Jalan Sungei Ujong 70200 Seremban NEGERI SEMBILAN

Telefon: 06-763 6308 7. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka Tingkat 3, Bangunan Risda Negeri, Jalan Sri Lanang 75100 Melaka MELAKA Telefon: 06-2842521 8. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor Tingkat 13, KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook 80000 Johor Bahru, JOHOR Telefon: 07-2248270 9. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan

Lot 839, Jalan Long Yunos off Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, KELANTAN

Page 12: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

11

Telefon: 09-744 3455 10. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu Taman Budaya Negeri Terengganu Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu

TERENGGANU Telefon: 09-6178831 11. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang Taman Budaya Negeri Pahang Lot 57100, Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan

PAHANG

Telefon: 09-517 8466 12. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah Tingkat 5, Blok E, Bangunan KWSP, Peti Surat 51, Jalan Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, SABAH Telefon: 088-237 052 13. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching,

SARAWAK Telefon: 082-422006 14. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Page 13: Skim Penajaan Seni Budaya Skim PSB -  · PDF file1 SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

12

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Telefon: 03-2164 8343