SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas

8
NO KOD MP-060-1 KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN MP-060-1/M01/KP-PC M/S : 1 / 8 KERTAS PENERANGAN TAJUK PROGRAM & KOD JURUKECANTIKAN MP-060-1 TAHAP TAHAP 1 NO MODUL & TAJUK M01 PERTOLONGAN CEMAS NO & PERNYATAAN TUGASAN TASK 01.04 MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS TASK 01.05 MELAKSANAKAN PERTOLONGAN CEMAS OBJEKTIF MODUL MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN MELAKSANAKAN PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS MENGGUNAKAN MANUAL KESELAMATAN DAN KECEMASAN, SENARAI SEMAK PETI PERTOLONGAN CEMAS, KAIN KASA YANG TELAH DISTERIL, ANTISEPTIK, PLASTER, GUNTING KECIL, PEMBALUT BERUBAT, PANADOL, KAPAS/PUTIK KAPAS, PIN KESELAMATAN, GARAM HIDU DAN SELIMUT, DIREKTORI KECEMASAN DAN FORMAT LAPORAN KECEDERAAN/INSIDEN SUPAYA KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DIKENALPASTI, KEADAAN DAN TARIKH LUPUT DISEMAK, ITEM DIGANTI, PETI PERTOLONGAN CEMAS DILETAKKAN DITEMPAT YANG BOLEH DIAKSES DAN SUPAYA JENIS ISI DAN PENYEBAB KECEDERAAN DIPASTIKAN DAN DIRAWAT SELARAS DENGAN KEPERLUAN KESELAMATAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD KECEMASAN. NO. KOD : MP-060-1/M01/KP-PC HALAMAN : 1/7 TAJUK :

Transcript of SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas

Page 1: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 1 / 6

KERTAS PENERANGAN

TAJUK PROGRAM & KOD JURUKECANTIKAN MP-060-1

TAHAP TAHAP 1

NO MODUL & TAJUK M01 PERTOLONGAN CEMAS

NO & PERNYATAAN TUGASAN

TASK 01.04 MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMASTASK 01.05 MELAKSANAKAN PERTOLONGAN CEMAS

OBJEKTIF MODUL MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN MELAKSANAKAN PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS MENGGUNAKAN MANUAL KESELAMATAN DAN KECEMASAN, SENARAI SEMAK PETI PERTOLONGAN CEMAS, KAIN KASA YANG TELAH DISTERIL, ANTISEPTIK, PLASTER, GUNTING KECIL, PEMBALUT BERUBAT, PANADOL, KAPAS/PUTIK KAPAS, PIN KESELAMATAN, GARAM HIDU DAN SELIMUT, DIREKTORI KECEMASAN DAN FORMAT LAPORAN KECEDERAAN/INSIDEN SUPAYA KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DIKENALPASTI, KEADAAN DAN TARIKH LUPUT DISEMAK, ITEM DIGANTI, PETI PERTOLONGAN CEMAS DILETAKKAN DITEMPAT YANG BOLEH DIAKSES DAN SUPAYA JENIS ISI DAN PENYEBAB KECEDERAAN DIPASTIKAN DAN DIRAWAT SELARAS DENGAN KEPERLUAN KESELAMATAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD KECEMASAN.

NO. KOD : MP-060-1/M01/KP-PC HALAMAN : 1/7

TAJUK : MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMASMELAKSANAKAN PERTOLONGAN CEMAS

MODUL INI MENERANGKAN PELAKSANAAN BAGI TUGASAN YANG DISEBUTKAN DI ATAS DAN PRODUK/PERALATAN/BAHAN/MATERIAL YANG SESUAI DIGUNAKAN BAGI MELAKSANAKAN TUGASAN TERSEBUT.

Page 2: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 2 / 6

PENERANGAN:

PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:1. Dresing steril - beberapa saiz.2. Plaster - beberapa saiz.3. Bendej tiga segi ( kain anduh )4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )5. Larutan Flavin ( Iodin)6. Larutan atau krim antiseptik7. Gunting kecil

Peti pertolongan cemas Peralatan asas yang perlu ada

NAMA UBAT / ALAT KEGUNAAN

1. Kain Pembalut yang berlainan - Menolong menahan rawatan luka- Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak dan

juga membantu membetulkan sendi yang terseliuh.

2. Kain tekap yang berlainan saiz - Untuk menetapkan rawat- Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk merawat

luka

3. Kapas - Untuk membersihkan luka- Digunakan sebagai “Pading” untuk rawat luka untuk

menyerap darah daripada luka.

4. Plaster / Elastoplast - Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut.- Untuk merawat luka-luka kecil

5. Gunting kecil berkilat - Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya

Page 3: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 3 / 6

6. Pin Penyemat - Untuk menyemat pembalut

7. Termometer Klinik - Untuk mengambil suhu badan

PERTOLONGAN CEMAS Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas: - Menyelamatakan nyawa - Mengurangkan kesakitan - Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk - Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas: - Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. - Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu - Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn

tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula - memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. - Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. - Tindakan serta merta pertolongan cemas: - Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. - Memberikan rawatan renjatan dengan segera. - Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. - Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

- Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: - Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika

mangsa sedar. [R] - Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan

letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] - Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] - Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR

[Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

A. Luka/Pendarahan 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti

[darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas

kawasan yang luka

Page 4: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 4 / 6

3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.

4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

B. Keracunan Tanda-tanda:

- maklumat dari mangsa - mangsa sakit dengan tiba-tiba - kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir - anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:

1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.

2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

C. Terkejut Tanda-tanda:

- badan berpeluh - pucat - rasa nak pengsan - resah - nafas kerap tapi tipis - kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan

1. Baringkan mangsa 2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 5. Selimutkan jika suhu badan menurun 6. Segera hantar ke hospital

D. Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3. Third Degree

Page 5: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 5 / 6

a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

Rawatan 1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 3. baringkan mangsa 4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 6. hantar segera ke hospital

E. Melecur Rawatan

1. sejukkan dengan air sejuk 2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 3. rawat seperti mangsa terbakar

F. Kejutan Elektrik 1. putuskan hubungan elektrik 2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 3. rawat bagi terbakar jika ada

G. Terseliuh [dislocation] - Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik

atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Rawatan: RICE 1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] 2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 3. Balut tempat yang cedera [Compression] 4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 5. Hantar ke hospital

H. Ketegangan Otot - Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat

benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

I. Terkehel - Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di

bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Page 6: SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas

NO KODMP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGANMP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 6 / 6

Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.

RUJUKAN:-Buku Teks

SOALAN LISAN:

1. Apakah peti pertolongan cemas2. Senaraikan barangan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas