Skrip Cerita Buaya Dan Kerbau

4
SKRIP CERITA Tajuk : Kisah Kerbau dan Buaya Watak : Kerbau , Buaya, Kancil, Burung Pada suatu hari Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar sura meminta tolong. Pada mulanya Sang Kerbau buat tak tahu sahaja. Namun demikian, lama- kelamaan sura tersebut semakin lemah menyebabkan Sang Kerbau simpati dan mahu melihat siapa yang meminta tolong. Buaya : Tolong, tolong….tolong saya. Sang Kerbau berjalan sehingga sampai ke tepi sungai dan mendapati suara yang meminta tolong itu adalah Sang Buaya yang ditimpa oleh pokok yang tumbang. Sang Buaya yang terlihat Sang Kerbau meminta tolong kepadanya. Sang Kerbau memang terkenal dengan susuk badan yang besar, tanduk yang panjang, dan tenaga yang begitu kuat sekali. Kerbau: "Wahai buaya ! Mengapa engkau ditimpa pohon ini ?". Buaya: "Tolonglah aku... aku tak sengaja lalu di bawah pokok mati ini lalu ditimpa oleh dahannya yang jatuh. Aku telah ditimpa pohon ini selama beberapa jam. Bolehkah engkau membantuku?". Kerbau: Jangan bimbang wahai Buaya. Saya akan membantu anda. Kerana simpati dengan Sang Buaya, Sang Kerbau pun menolong mengalihkan batang pokok yang menghempapnya. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh akhirnya Sang Kerbau berjaya

description

buaya dan kerbau

Transcript of Skrip Cerita Buaya Dan Kerbau

Page 1: Skrip Cerita Buaya Dan Kerbau

SKRIP CERITA

Tajuk : Kisah Kerbau dan Buaya

Watak : Kerbau , Buaya, Kancil, Burung

Pada suatu hari Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar sura meminta

tolong. Pada mulanya Sang Kerbau buat tak tahu sahaja. Namun demikian, lama-

kelamaan sura tersebut semakin lemah menyebabkan Sang Kerbau simpati dan mahu

melihat siapa yang meminta tolong.

Buaya : Tolong, tolong….tolong saya.

Sang Kerbau berjalan sehingga sampai ke tepi sungai dan mendapati suara

yang meminta tolong itu adalah Sang Buaya yang ditimpa oleh pokok yang tumbang.

Sang Buaya yang terlihat Sang Kerbau meminta tolong kepadanya. Sang Kerbau

memang terkenal dengan susuk badan yang besar, tanduk yang panjang, dan tenaga

yang begitu kuat sekali.

Kerbau: "Wahai buaya ! Mengapa engkau ditimpa pohon ini ?".

Buaya: "Tolonglah aku... aku tak sengaja lalu di bawah pokok mati ini lalu ditimpa oleh

dahannya yang jatuh. Aku telah ditimpa pohon ini selama beberapa jam. Bolehkah

engkau membantuku?".

Kerbau: Jangan bimbang wahai Buaya. Saya akan membantu anda.

Kerana simpati dengan Sang Buaya, Sang Kerbau pun menolong mengalihkan

batang pokok yang menghempapnya. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh

akhirnya Sang Kerbau berjaya mengalihkan batang pokok tersebut. Sang Kerbau begitu

gembira kerana dapat menolong Sang Buaya. Begitu juga Sang Buaya. Namun tidak

semua benda akan menghargai jasa pihak lain. Sang Buaya melihat kerbau yang besar

itu, seleranya berkocak. Lantas dibahamnya kaki kerbau tersebut.

Buaya: "Terima kasih ya teman. Tapi sudah satu bulan aku tidak makan, nasib kau

sungguh malang.

Page 2: Skrip Cerita Buaya Dan Kerbau

Kerbau: "Eeeee....tunggu dulu, apakah kau akan memakanku?".

Buaya:"Akhirnya engkau mengerti juga".Ya!

Kerbau: "Kau sungguh jahat! Aku telah menolongmu , kenapa engkau ingin

memakanku?". Kau memang tak mengenang jasa!

Buaya: "Aku sangat lapar!".

Sang Kerbau merasa sungguh kesakitan kerana kakinya digigit oleh Sang

Buaya. Sang Kerbau menjerit-jerit meminta tolong.

Kerbau: Tolong..tolong..

Kebetulan pada masa itu, Sang Burung yang melalui kawasan itu ternampak

kejadian itu. Burung berkata dalam hati;

Burung : Aku mesti memberitahu kejadian ini kepada sang kancil.

Lalu ia pun terbang mencari Sang Kancil.

Burung : Kancil oh Kancil. Di manakah engkau? Kerbau berada dalam kesusahan.

Kancil oh Kancil. Dimana kau?

Sang Kancil terdengar suara Sang Burung dan menjawab.

Kancil : Burung.. oh burung. Aku ada di sini. Apa yang berlaku? Kenapa dengan

Kerbau?

Burung pun menceritakan apa yang dilihatnya dengan pantas.

Kancil : Astaga..Mari lekas. Kerbau dalam bahaya. Tunjukkan jalan kepadaku.

Burung : Baiklah Kancil.

Sang Kancil begitu simpati dengan Sang Kerbau dan memikirkan idea untuk

membantunya. Dia menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan

melakonkan semula adegan Sang Buaya dihempap pokok. Sang Buaya pada mulanya

Page 3: Skrip Cerita Buaya Dan Kerbau

berdegil namun setelah dipujuk dan Sang Kancil berjanji selepas itu dia akan dapat

makan Sang Kerbau, maka Sang Buaya pun bersetuju.

Kancil: "Tunggu dulu! Ada apa ini?".

Kerbau: "Kancil lihatlah! Tadi buaya sedang ditimpa pohon, ketika aku sampai ia

meminta tolong padaku untuk membantunya keluar dari pohon yang menimpanya.

Selepas aku bantu ia keluar, buaya hendak memakanku".

Kancil: "Cuba kita lakonkan kembali kejadian tadi untuk mencari penyelesaian ".

Buaya dan Kerbau : "Baiklah".

Buaya dan Kerbau setuju untuk melakonkan kembali kejadian tersebut.

Kancil: "Lakonkan balik kejadian semasa Buaya ditimpa pohon ".

Sang Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kancil menyuruh

Sang Kerbau mengangkat kembali batang pokok tadi dan meletak di atas belakang

Sang Buaya kembali seperti asal. Sang Kerbau pun mengikut arahan.

Setelah batang pokok itu diletakkan, Sang Buaya menjerit kesakitan. Sang

Kancil terus mengajak Sang Kerbau lari meninggalkan Sang Buaya. Sang Kerbau yang

masih terpinga-pinga mengikut Sang Kancil. Mereka terus meninggalkan Sang Buaya

yang tidak menghargai jasa Sang Kerbau itu bersama batang pokok di atas

belakangnya. Kasihan.

Kancil:"Rasakan kau buaya yang tidak tahu berterima kasih!".

Muzik Latar : Muzik asal cerita Sang Kancil, Kerbau dan Buaya.