Skrip filem Tiga Abdul
-
Upload
zulhilmi-yazix -
Category
Documents
-
view
612 -
download
31
Transcript of Skrip filem Tiga Abdul
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
1/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
BABAK 1
LOKASI: KEDAI DAN PEJABAT SADIQ S.
WATAK: ABDUL WAHAB, ABDUL WAHUB, ABDUL WAHIB, SADIQ S, KASIM P.
SADIQ S BERSAMA PENASIHATNYA, KASIM P SEDANG DUDUK DI MEJA PEJABAT
SAMBIL BERBUAL DAN SEKALI SEKALA KETAWA KETAWA KECIL MELIHAT
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB DI LUAR PEJABAT SEDANG BERDIRI
DENGAN WAJAH MURAM. TERGANTUNG TANDA ‘UNTUK DIJUAL’ DI LEHER
MEREKA. ABDUL WAHUB MASUK KE KEDAI SADIQ S.
ABDUL WAHAB
Adinda!
ABDUL WAHUB
Siapa adinda? Cakap jangan sebarangan ya!
ABDUL WAHIB
Selamatkanlah kekanda adinda Abdul Wahub. Tolonglah kekanda.
ABDUL WAHUB
Oh, dulu kekanda bolot semua harta ayahanda, kekanda berdua tak peduli ayahanda sakit atau
meninggal dunia, sekarang baru kekanda nak minta tolong?
ABDUL WAHAB
Janganlah begitu adinda Abdul Wahub. Kita bukannya orang lain, kita adik beradik. Tolonglah
kekanda.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
2/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
(Mengejek) Kita bukannya orang lain, kita adik beradik. Mana adik beradik bila kekanda dua
yang tamak haloba bolot semua harta peninggalan ayahanda? Sudah!
ABDUL WAHUB BERJALAN DAN MENGETUK PINTU PEJABAT SADIQ S. KASIM P
MEMBUKA PINTU.
ABDUL WAHUB
Assalammualaikum tuan empunya kedai!
SADIQ S
Heh, waalaikummusalam, Abdul Wahub. Duduk. Ada apa ke sini?
ABDUL WAHUB
Hamba sebenarnya sudah terpikat dengan anak perempuan tuan hamba, Ghasidah.
SADIQ S
Jadi?
ABDUL WAHUB
Jadi kalau boleh, hamba ingin memperisterikan Ghasidah.
SADIQ S
Ha ha ha. Jangan marah, tapi tuan hamba tak boleh memperisterikan anak hamba, kerana
kedudukan tuan tidak setaraf dengan hamba.
ABDUL WAHUB
Haaa, tuan hamba jangan pandang hamba tak ada mata. Hamba lebih kaya daripada tuan hamba,
lebih kaya daripada Abdul Wahab, dan lebih kaya dari Abdul Wahib.
SADIQ S
Ha ha ha!
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
3/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Kalau tuan tidak percaya, ini buktinya. (mencampakkan dokumen ke atas meja)
SADIQ S
Aik? Harta Ismet Ulam Raja di luar negeri! Pakistan, Afghanistan, Turkistan, Kongostan,
Kelantan! Wah, kaya kaya! He he he. Anakanda Abdul Wahub, ayahanda minta maaf. Anakanda
boleh berkahwin dengan Ghasidah, tetapi dengan satu syarat.
ABDUL WAHUB
Apa syaratnya?
SADIQ S
Jikalau anakanda marah, anakanda akan dijual, dan seluruh harta anakanda akan dirampas.
ABDUL WAHUB
Oh, itu jika anakanda marah. Jikalau ayahanda pula yang marah?
SADIQ S
He he, ayahanda marah tak ada apa apa.
ABDUL WAHUB
He he, itu namanya perjanjian berat sebelah. Anakanda sendiri ada membawa surat perjanjian. Di
dalam surat ini ada mengatakan, jika anakanda marah, anakanda akan dijual, dan harta anakanda
akan dirampas. Tapi jikalau ayahanda pula yang marah, maka ayahanda juga akan dijual dan
harta benda ayahanda akan dirampas.
SADIQ S
Boleh ayahanda lihat?
ABDUL WAHUB
Silakan.
SADIQ S
Boleh ayahanda berbincang bersama penasihat ayahanda sebentar?
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
4/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Boleh.
SADIQ S BERBINCANG BERSAMA PENASIHATNYA, KASIM P DI LUAR PEJABAT.
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB YANG SEDANG MENCURI CURI DENGAR DI
LUAR DINDING PEJABAT, TERBURU BURU KEMBALI KE TEMPAT ASAL MEREKA
BERDIRI.
SADIQ S
Apa pendapat tuan penasihat? Kita tanda tangan atau tidak?
KASIM P
Saya rasa lebih baik kita tanda tangan. Sebab, Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang begitu
pandai pun kita boleh kenakan. Inikan pula adinda mereka, Abdul Wahub, budak mentah.
SADIQ S
Haa, betul. Betul tuan penasihat. Kalau perkara ini berhasil, saya akan bagi dua puluh lima
peratus!
KASIM P
Tanda tangan! Jangan takut!
SADIQ S
Baik!
SADIQ S DAN KASIM P MASUK SEMULA KE DALAM PEJABAT. ABDUL WAHAB
DAN ABDUL WAHIB KEMBALI MENCURI DENGAR DI LUAR PINTU PEJABAT.
SADIQ S
Anakanda Abdul Wahub, ayahanda setuju.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
5/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Bagus. Kalau ayahanda setuju, mari kita sama-sama tanda tangan surat ini.
SADIQ S
Ya, baik!
ABDUL WAHUB
Pen?
KASIM P MENGELUARKAN PEN DARIPADA KOCEK BAJUNYA.
ABDUL WAHUB
Dakwat habis.
KASIM P MENGELUARKAN BOTOL DAKWAT DARIPADA KOCEK BAJUNYA.
ABDUL WAHUB
Wah, semua benda keluar daripada kocek baju?
KASIM P
Siang peguam, malam ahli silap mata.
ABDUL WAHUB
Muka kurang cerdik, tapi otak geliga.
ABDUL WAHUB DAN SADIQ S SAMA-SAMA MENANDA TANGAN SURAT
PERJANJIAN TERSEBUT.
SADIQ S
Abdul Wahub, selepas menanda tangani surat ini, sekiranya berlaku apa-apa, ayahanda minta
halal.
ABDUL WAHAB
Ha ha ha. Sama juga, sekiranya berlaku apa-apa, anakanda minta halal, dunia dan akhirat.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
6/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
SADIQ S
Ha ha ha.
ABDUL WAHUB
Sebenarnya anakanda ada satu lagi permintaan. Anakanda mahu beli dua orang khadam di luar
sana.
SADIQ S
Anakanda mahu beli? Anakanda mahu buat apa?
ABDUL WAHUB
Anakanda perlukan mereka. Anakanda nak bela lembu, kembangkan perniagaan.
SADIQ S
Aik, anakanda ada berapa ekor lembu?
ABDUL WAHUB
Belum ada. Tapi kalau ayahanda boleh jual mereka kepada anakanda, anakanda sudah ada dua
ekor.
SADIQ S, ABDUL WAHUB dan KASIM P
Ha ha ha ha!
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
7/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
BABAK 2
LOKASI: RUMAH SADIQ S
WATAK: ABDUL WAHUB, SADIQ S, KASIM P, GHASIDAH, HAMIDAH, RAFIDAH,
TEMAN WANITA. SAUDAGAR DAGING DAN ORANG AWAM.
ABDUL WAHUB PULANG DARI KERJA DAN DISAMBUT OLEH SADIQ S DAN
SELURUH AHLI KELUARGA. ABDUL WAHUB DUDUK DI RUANG TAMU.
SADIQ S
Selamat pulang anakanda Abdul Wahub.
ABDUL WAHUB
Terima kasih ayahanda. Er, ayahanda tak nak buka kipas?
SADIQ S
Anakanda Abdul Wahub, di dalam rumah ini ada undang-undang. Semua kipas, tak boleh
dibuka.
ABDUL WAHUB
Wow, tak boleh buka kipas. Undang-undang ini sangat bijak. Undang-undang ini dinamakan
berlatih ke neraka.
SADIQ S
He he he.
ABDUL WAHUB
Ayahanda sudah makan?
SADIQ S
Sudah. Anakanda nak makan? Makanan sudah pun tersedia di atas meja sana.
ABDUL WAHUB
Oh baiklah.
ABDUL WAHUB BERGERAK BANGUN DARI KERUSINYA TETAPI DIHALANG OLEH
SADIQ S
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
8/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
SADIQ S
Eh eh, anakanda mahu ke mana?
ABDUL WAHUB
Ke meja makan. Tadi ayahanda bilang ada makanan?
SADIQ S
Ya, ada. Tetapi dalam rumah ini ada undang-undang. Semua orang tak boleh makan. Cuma boleh
jeling dari jauh.
ABDUL WAHUB
Jeling dari jauh? Wow. Undang-undang ini sangat bagus. Undang-undang ini dinamakan
mengelak obesiti!
ABDUL WAHUB MENJELING MAKANAN DI ATAS MEJA KEMUDIAN BERPURA-
PURA SENDAWA DENGAN KUAT.
ABDUL WAHUB
Anakanda sudah kenyang, anakanda ingat anakanda mahu pergi berehat.
SADIQ S
Ya, ya, silakan anakanda. Ghasidah, tunjukkan tempat tidur suami kau.
GHASIDAH MEMBAWA ABDUL WAHUB MENUJU KE KANDANG KUDA DI
BELAKANG RUMAH.
ABDUL WAHUB
Eh eh, pintu bilik tidur di sana, buat apa di sini?
GHASIDAH
Oh, dalam rumah ini ada undang-undang. Suami tak boleh tidur sekali di dalam bilik bersama
isteri. Suami kena tidur di kandang kuda.
ABDUL WAHUB
Wah, undang-undang ini adalah undang-undang paling baik dalam rumah ini. Undang-undang
ini dinamakan koboi yang bersabar.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
9/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
PENTAS DIGELAPKAN
HARI KEDUA. ABDUL WAHUB PULANG MEMBAWA SEORANG PEREMPUAN.
ABDUL WAHUB
Silakan adinda, silakan. Haa, dinda. Yang ini tukang masak, yang ini tukang bancuh air, yang ini
pula tukang kemas rumah, yang hujung itu tukang kebun dan yang tua tengah-tengah ini pula
jiran sebelah menumpang rumah. Rumah dia panas pasal tak buka kipas. Eh, jangan marah eh
ayahanda, nanti kena jual.
Ah khadam, kemaskan makanan-makanan ini semua. Anakanda dan teman anakanda yang cantik
molek ini sudah makan diluar. Ayuh dinda.
TEMAN WANITA
Baik, terima kasih.
ABDUL WAHUB DAN TEMAN WANITANYA KE RUANG TAMU. ABDUL WAHUB
MEMUTARKAN PEMAIN PIRING HITAM DAN MULA MENARI BERSAMA TEMAN
WANITANYA SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH SADIQ S DAN AHLI KELUARGANYA
YANG LAIN.
ABDUL WAHUB
Ayahanda marah?
SADIQ S
Tidak.. jogetlah sampai pagi.
PENTAS DIGELAPKAN
DI KANDANG KUDA, ABDUL WAHUB SEDANG BARING BEREHAT DI ATAS JERAMI.
GHASIDAH
Kanda, perempuan mana yang kanda bawa balik malam tadi?
ABDUL WAHUB
Kenapa dinda tanya? Dinda cemburu ya?
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
10/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
GHASIDAH
Tentulah dinda cemburu, sebab kanda suami dinda.
ABDUL WAHUB
Kalau kanda ini suami dinda, takkanlah kanda disuruh tidur di kandang kuda?
GHASIDAH
Itu bukan kemahuan dinda, itu adalah kemahuan ayahanda.
ABDUL WAHUB
Dinda dengar sini baik-baik. Kanda menikah dengan dinda, ialah kerana kanda ingin membalas
dendam terhadap perbuatan ayahanda, bukanlah kerana kanda cintakan dinda.
GHASIDAH
Sampai hati kanda hancurkan hati dinda. Suatu hari nanti, Tuhan akan membalas juga perbuatan
kanda, hati kanda pula yang akan dihancurkannya.
ABDUL WAHUB
Kenapa dinda menangis? Adinda sendiri tidak cintakan kanda.
GHASIDAH
Dinda sudah lama cintakan kanda, kanda saja yang tak tahu. Dari dulu lagi dinda sukakan kanda,
sejak kita berjumpa di majlis keraian di rumah kanda.
ABDUL WAHUB
Kanda juga begitu adinda. Sejak mula kita bertemu, hati kanda sudah terpaut pada adinda. Tetapi
ayahandalah. Ayahandalah yang membuat kanda membenci adinda seluruh keluarga.
GHASIDAH
Dalam setandan pisang, takkanlah semuanya busuk.
ABDUL WAHUB
Baiklah, biarlah kanda berterus-terang dengan adinda. Perempuan yang kanda bawa malam tadi
bukanlah kekasih kanda. Tetapi kanda mengupahnya hanya untuk menyakitkan hati ayahanda.
Puas?
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
11/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
GHASIDAH
Betulkah kanda?
ABDUL WAHUB
Sumpah, wallah.
GHASIDAH MENGESAT AIR MATANYA DAN BANGUN MENDEKATI ABDUL
WAHUB.
GHASIDAH
Kanda, malam ini tidur di kandang kuda ya.
ABDUL WAHUB
Kuda pun kudalah dinda.
GHASIDAH
Janganlah kanda risau. Dinda akan menemani kanda disini seumur hidup.
ABDUL WAHUB
Betul?
GHASIDAH
Sumpah, wallah.
PENTAS DIGELAPKAN
HARI KETIGA, KETIKA ABDUL WAHUB, SADIQ S DAN SELURUH AHLI
KELUARGANYA DUDUK DI RUANG TAMU SAMBIL MENGIPAS DIRI SENDIRI, DUA
ORANG LELAKI MASUK KE RUMAH.
ABDUL WAHUB
Ah datang pun. Ayahanda, kenalkan dua orang saudagar dari pasar.
SADIQ S
Buat apa mereka datang ke sini?
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
12/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Oh, mereka datang pasal anakanda bagitahu mereka yang ayahanda mahu beri sedekah.
SADIQ S
Sedekah apa?
ABDUL WAHUB
Sedekah kuda. Daripada ayahanda main judi lumba kuda, baik ayahanda sedekahkan saja kepada
dua orang saudagar ini buat daging korban. Kuda masuk syurga, ayahanda dapat pahala, sedikit.
Silakan saudara, silakan. Kudanya ada dibelakang sana.
Bukan, bukan di situ, itu katil saya. Ya, yang di hujung sana.
SADIQ S MEMANGGIL KASIM P KE PENJURU RUMAH DAN BERBINCANG
SADIQ S
Tuan penasihat, apa ni. Patutnya kita buat dia marah, tapi dia pula buat kita marah.
KASIM P
Sabar tuan, sabar. Sikit hari lagi, dia tidur di kandang kuda, perut kosong, pasti dia hilang sabar.
ABDUL WAHUB
Ayahanda marah?
SADIQ S
Tidak … seronok …
SADIQ S DAN KASIM P KEMBALI DUDUK DI RUANG TAMU. TIBA-TIBA,
SEKUMPULAN ORANG RAMAI DATANG MASUK KE RUMAH.
SADIQ S
Yang ramai-ramai ini siapa pula. Siapa kamu semua ha? Mau apa?
ABDUL WAHUB
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
13/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
Oh, yang ini fakir miskin ayahanda. Anakanda beritahu mereka di pekan tadi, yang ayahanda
mahu beri zakat. Tuan-tuan dan puan-puan semua. Jikalau ada barang di dalam rumah ini yang
tuan-tuan dan puan-puan suka, ambillah bawa balik. Hari ini tuan Sadiq banyak pemurah.
ORANG RAMAI BEREBUT-REBUT MENGAMBIL SEMUA BARANG DALAM RUMAH
SADIQ S. SADIQ S TERDUDUK DI LANTAI BILA SEORANG LELAKI MENGAMBIL
KERUSI YANG DIDUDUKINYA.
ABDUL WAHUB
Ayahanda marah?
SADIQ S
Tidak.... Ayahanda suka. Lama ayahanda tak beri zakat.
ABDUL WAHUB
Betulkah ayahanda? Kalau begitu anakanda ada berita baik untuk ayahanda!
SADIQ S
Ha? Berita baik? Berita baik apa anakanda Abdul Wahub?
ABDUL WAHUB
Haa, ayahanda ingat dulu anakanda cakap anakanda nak bela lembu?
SADIQ S
Ya, ayahanda ingat.
ABDUL WAHUB
Jadi anakanda sudah buat keputusan nak tukarkan rumah ini jadi kandang lembu. Ayahanda dan
yang lain boleh ikut anakanda tidur di kandang kuda. Tak elok tempat selesa begitu anakanda
duduk seorang.
SADIQ S MULA MENARIK-NARIK RAMBUTNYA SAMBIL TERPEKIK-PEKIK. KASIM
P CUBA MENENANGKAN BELIAU.
SADIQ S
Kau nak tukar rumah aku jadi kandang lembu!
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
14/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Eh eh, ayahanda marah?
SADIQ S
Ya, memang aku marah! Sudahlah bawa balik perempuan lain ke rumah ini, harta-harta aku pun
kau sedekah ikut suka hati kau, sekarang kau nak tukar rumah aku jadi kandang lembu! Abdul
Wahub, kau keluar dari rumah ini. Ghasidah, kau pun sama, ikut perangai suami kau. Kau pun
boleh keluar, keluar!
ABDUL WAHUB
Disebabkan ayahanda marah, ayahanda akan dijual. Dan kesemua harta ayahanda, akan
dirampas.
SADIQ S
Alamak? Aaaaa… (Pengsan)
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
15/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
BABAK 3
LOKASI: RUMAH ABDUL WAHUB
WATAK: ABDUL WAHUB, GHASIDAH, ABDUL WAHAB, ABDUL WAHIB, SADIQ S,
HAMIDAH, RAFIDAH
GHASIDAH SEDANG MENGAIT KAIN. ABDUL WAHUB DATANG DAN MEMEGANG
BAHUNYA DARI BELAKANG.
ABDUL WAHUB
Dinda, kekanda ada hadiah untuk dinda.
GHASIDAH
Kanda kata mahu ke pasar. Kanda beli apa di pasar untuk dinda?
ABDUL WAHUB
Itu dia, ada di sana. Khadam! Masuk!
SADIQ S, HAMIDAH DAN RAFIDAH MASUK KE DALAM RUMAH.
HAMIDAH & RAFIDAH
Adinda!
ABDUL WAHUB
Apa adinda adinda! Ini puan besar di dalam rumah ini. Sekarang, kamu berdua pergi berdiri di
sana.
Lekas! Apa terhegeh hegeh.
ABDUL WAHUB MEMBUNYIKAN LOCENG. ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB
TERGESA GESA MASUK.
ABDUL WAHAB & ABDUL WAHIB
Kami datang tuan.
ABDUL WAHUB
Khadam. Kenalkah kamu pada khadam tua yang berdiri di sana?
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
16/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB SAMBIL MELIPAT LENGAN BAJU MENUJU KE
ARAH SADIQ S.
ABDUL WAHAB
Dia inilah yang menyebabkan kita menjadi begini.
ABDUL WAHIB
Ya, penipu! Sini biar aku cekik dia.
SADIQ S
Makkk!
ABDUL WAHUB
Ai! Yang kamu nak marah dia tu pasal apa? Kamu tu yang bodoh, senang kena tipu.
ABDUL WAHAB & ABDUL WAHIB
Kami bodoh tuan.
ABDUL WAHUB
Tahu pun dia bodoh. Dengar sini. Disebabkan kamu berdua akan menjadi hamba tebusan seumur
hidup di dalam rumah ini, aku dah carikan kamu pasangan hidup. Sekarang pilih, yang mana satukamu mahu.
Kamu di sana tu, pilih juga.
HAMIDAH DAN RAFIDAH MEMUJUK ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB
RAFIDAH
Kanda, maafkan lah dinda.
HAMIDAH
Ya kanda, janganlah marah dinda kanda sayang.
ABDUL WAHAB
Takmau sayang!
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
17/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB BERJALAN KE PENJURU SUDUT RUMAH
MERAJUK.
ABDUL WAHUB
Eeh, merajuk konon. Penyamun! Aku lempang baru kau tahu.
Ai, lekas, datang minta maaf.
HAMIDAH DAN RAFIDAH MEMUJUK ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB SEKALI
LAGI.
HAMIDAH
Sudahlah kanda, janganlah merajuk. Marilah dinda pujuk.
RAFIDAH
Dinda janji tak buat lagi.
ABDUL WAHAB & ABDUL WAHIB
Takmau!
HAMIDAH & RAFIDAH
Takmau sudah!
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHAB MENYESAL DAN MEMUJUK ISTERI MASING-
MASING.
ABDUL WAHAB
Tuan, saya pilih yang ini.
ABDUL WAHIB
Saya yang ini tuan.
ABDUL WAHUB
Ha, khadam tua, khadam tamak tak sedar diri, khadam penipu, dengar sini semua. Aku nak buat
perhitungan dengan kamu. Duduk di sini semua.
ABDUL WAHUB BERGERAK KE ARAH KABINET KAYU DAN MENGAMBIL
DOKUMEN DI DALAM LACI.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
18/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHUB
Khadam khadam sekalian!
SADIQ S, HAMIDAH, RAFIDAH, ABDUL WAHAB & ABDUL WAHIB
Tuan..
ABDUL WAHUB
Aku boleh membebaskan kamu semua. Tetapi dengan satu syarat.
ABDUL WAHAB
Apa syaratnya tuan?
ABDUL WAHUB
Begini. Segala harta-harta allahyarham Ismet Ulam Raja di dalam dan di luar negeri beserta harta
Sadiq S menjadi hamba yang punya. Sekarang, suku daripada bahagian tersebut hamba serahkan
kepada Abdul Wahab, dan suku kepada Abdul Wahib.
ABDUL WAHIB
Itu tidak adil. Hamba suku bahagian, dia suku bahagian, tetapi tuan hamba dapat separuh
bahagian, sedangkan tuan hamba adalah adik yang paling kecil.
ABDUL WAHUB
Aku bukan adikmu, bahalol. Aku adalah tuan besar di dalam rumah ini!
ABDUL WAHAB
Suku pun sukulah tuan.
ABDUL WAHUB
Bagus. Jikalau setuju, turunkan tanda tangan di sini.
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB MENANDA TANGAN SURAT TERSEBUT.
ABDUL WAHUB
Khadam tua.
SADIQ S
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
19/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
Ya anakanda Abdul Wahub.
ABDUL WAHUB
Apa anakanda anakanda! Belum tanda tangan belum boleh panggil anakanda.
SADIQ S
Ya tuan yang mulia, intan payung.
ABDUL WAHUB
Lagi?
SADIQ S
Tak ada lagi, habis.
ABDUL WAHUB
Separuh harta anakanda, anakanda serahkan kepada ayahanda. Jikalau ayahanda setuju, turunkan
tanda tangan di sini.
SADIQ S MENURUNKAN TANDA TANGANNYA.
ABDUL WAHUB
Khadam!
SADIQ S, ABDUL WAHAB & ABDUL WAHIB
Tuan..
ABDUL WAHUB
Pergi berdiri di sana.
ABDUL WAHUB BERGERAK DAN MEMEGANG TANGAN ABDUL WAHAB, ABDUL
WAHIB DAN SADIQ S.
ABDUL WAHUB
Wahai kekanda Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan ayahanda. Adinda, anakanda ini memohon
maaf kerana terpaksa melakukan semua perkara ini walaupun zalim. Perkara ini adinda dan
anakanda lakukan hanyalah untuk menyedarkan kekanda dan ayahanda. Perbuatan ini mungkin
menjolok mata, tetapi ia hanyalah untuk mencari keadilan.
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
20/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
ABDUL WAHAB
Kekanda maafkan adinda, dan maafkanlah juga kekanda.
ABDUL WAHIB
Kekanda pun minta maaf. Kekanda berjanji selepas ini tidak akan tamak lagi.
SADIQ S
Ayahanda maafkan anakanda dan Ghasidah berdua dari dunia sampai akhirat.
ABDUL WAHUB
Ayahanda marah lagi tak?
SADIQ S
Tidakkk..
TAMAT
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
21/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016
BANGSAWAN
TIGA ABDUL
DISEDIAKAN OLEH:
ZULHILMI YAZIX
SALAHUDDIN
-
8/17/2019 Skrip filem Tiga Abdul
22/22
BANGSAWAN TIGA ABDUL[ ] March 12, 2016