Skrip YDP 2010

download Skrip YDP 2010

of 1

Transcript of Skrip YDP 2010

  • 8/9/2019 Skrip YDP 2010

    1/1

    Kata Alu-aluan

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang mencoretkansepatah dua kata sempena Majlis Anugerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 pada kali ini. Mudah-mudahan kedua-dua program yang dijalankan ini, mampu mencetus ideadan pemikiran yang bernas ke arah memberi dorongan yang lebih besar dan kejayaan yang lebihgemilang kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Sememangnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Junjungini telah berjaya dan berjasa dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan-peperiksaan awam, malah saban tahun muncul pelajar-pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaansekolah dan ibu bapa.Sekalung tahniah kepada pihak sekolah.

    Sesungguhnya pendidikan amat penting untuk membina tamadun pada masa hadapan. Pihak sekolahmemainkan peranan penting untuk menjayakan hasrat murni negara ini. Namun begitu, dewasa iniperanan yang terpaksa dipikul oleh pihak sekolah amat mencabar. Warga pendidik dan kita sebagai

    waris terpaksa berdepan dengan pelbagai gelagat dan kerenah pelajar remaja. Isu-isu negatif yangmelibatkan remaja mestilah dipandang serius dan langkah-langkah penyelesaian wajar ditanganisecara bijaksana dan berhikmah.

    Sekolah bukan sahaja sebagai penjana kecemerlangan ilmu pengetahuan, tetapi perkara yang tidakkurang pentingnya adalah sebagai tempat menyemai dan memupuk sikap dan disiplin yang terpujiserta mulia. Ibu bapa melalui PIBG hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untukmencapai tujuan tersebut. Tugas ibu bapa dalam pendidikan adalah sama beratnya dengan tugasguru. Oleh itu, itu ibu bapa haruslah memupuk nilai - nilai positif dalam diri pelajar agar dapatmelahirkan pemimpin yang mempunyai ciri - ciri kepimpinan yang ideal pada masa hadapan. Ibubapa juga semestinya mengambil tindakan yang proaktif dalam merangsangkan kecemerlanganakademik, berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak sekolah ke arah mencapai hasrat yangmurni ini.

    Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaanmenganjurkan Majlis Agunerah Junjung Bestari 2010. Tahniah juga kepada para pelajar dan warisyang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Saya juga mengucapkan selamat bermesyuarat dansaya menyeru semua waris agar menjadikan wadah PIBG SMK. Junjung sebagai medan terbaik untukbersama-sama para guru ke arah penjanaan kecemerlangan akademik, ketrampilan personaliti dansahsiah serta pembentukan kerohanian berpaksikan nilai-nilai agama yang mampu mewujudkaninsan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

    Akhir kata, semoga usaha kita diberkati Allah dan semua program yang telah dan akan dirancangdapat diteruskan, insya-Allah.

    Sekian. Terima kasih.

    JUNJONG SENTIASA DI ATAS MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

    ( En. Habib Merikan Bawasah )Yang Dipertua PIBGSesi 2009 / 2010.Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung.