Slide sunnah dan bid ah

65

Click here to load reader

description

slide kursus pemikiran islam semasa

Transcript of Slide sunnah dan bid ah

Page 1: Slide sunnah dan bid ah

8. Sunnah dan Bid’ah: Realiti Dalam Amalan Seharian Umat Islam

Wan Nurul Wahidah Binti Wan Lanang(D20111049117)

Suliyanie Binti Che Nordin (D20111049047)

Nurfarhana Binti Hassan(D20111049050)

Page 2: Slide sunnah dan bid ah

PENDAHULUANSunnah dan Bid’ah merupakan dua perkara atau

amalan yang berbeza. Sunnah merupakan sesuatu yang terpuji dan diredhai oleh Allah SWT manakala bid’ah merupakan amalan yang hanya diwujudkan oleh manusia atas pemahaman tersendiri. Bid’ah dilihat sebagai amalan yang bertentangan dengan sunnah yang telah mempengaruhi amalan seharian umat Islam. Pelbagai bid’ah yang diwujudkan oleh manusia yang tidak berpengatahuan tinggi yang mana boleh menyebabkan rosaknya akidah kaum Muslimin.

Page 3: Slide sunnah dan bid ah

Pengertian Sunnah • Sunnah berasal daripada perkataan Arab,

jamaknya sunan. • Antara maksudnya ialah al-tariqah (jalan), al-

sirah (perjalanan) atau sejarah hidup seseorang sama ada baik atau jahat. (Dalam Al-Muqri, al-Fayyumi, Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali, t.th. Al-Misbah al-Munir. (Tahqiq: ‘Abd al-’Azim al-Shanawi) . Misr: Dar al-Ma’arif)

Page 4: Slide sunnah dan bid ah

• Dalam Mu’jam al-Alfaz wa al-A’lam al-Qur’aniyyah, sunnah bermaksud jalan, peraturan dan garis panduan yang diikuti.

• Al-Sunnah menurut bahasa ialah jalan yg terpuji atau tercela berdasarkan Hadīth riwayat Muslim:

“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya.

Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang buruk, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim)

Page 5: Slide sunnah dan bid ah

• Menurut ahli fiqh, Sunnah ialah 'salah satu hukum syariat' –sesuatu yang dianjur untuk dilakukan

• Sunnah adalah kata lawan kepada wajib.• Menurut para ahli usul fiqh, Sunnah adalah apa yang

diriwayatkan dari Nabi saw., sama ada dari segi ucapan, perbuatan, atau pengakuannya.

• Makna sunnah yang lain iaitu “apa yang disunnahkan dan disyariatkan oleh Rasulullah saw. untuk umatnya lawan kepada apa yang direka oleh para pembuat bid'ah setelah masa Rasulullah saw.”

Page 6: Slide sunnah dan bid ah

• Sunnah juga merupakan lawan kepada bidaah.• Rasulullah saw. berucap dalam khutbahnya,

"Sesungguhnya sebaik-baik pembicaraan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah perbuatan bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat.”

Page 7: Slide sunnah dan bid ah

Bidaah

• Dari segi bahasa: kata nama daripada perkataan perkataan al-’ibtida’ (mengadakan) = irtifa’ (mengangkat).

• Bidaah juga membawa maksud mengurangkan atau menambah perkara-perkara agama (al-Fayyumi,t.th:38)

Page 8: Slide sunnah dan bid ah

• Perkara yang dilakukan itu berlainan dengan perintah syarak dan dalilnya yang khas atau am. (Dalam Al-Haytami, Abu al-’Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Hajar, 1407 H/19887 M. Al-Zawahir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. 2 juzuk. T.t.: Dar al-Fikr.

• Bidaah yang ditegah adalah yang menyalahi sunnah. (Dalam Al-Kahdahlawi, Muhammad Zakariyya ibn Muhammad Yahya ibn Isma’il, 1400 H/ 1980 M. Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik. 15 Juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 9: Slide sunnah dan bid ah

• Bid`ah pada pengertian syarak adalah sesuatu yang diada-adakan oleh manusia, baik berupa ucapan maupun perbuatan dalam masalah agama dan rukun-rukunnya yang tidak diambil dari Rasul SAW atau sahabat.

• Al-Syatibi mengatakan bahawa bid‘ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT.

Page 10: Slide sunnah dan bid ah

Pandangan ulama mengenai bidaah

• Terdapat ulama yang membahagi bid'ah kepada dua jenis:

i. bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) dan

ii. bid'ah sayyi'ah (bid'ah yang buruk')• Bid’ah menurut Imam al-Shatiby:

i. Bid’ah Hakikiii. Bid’ah Idhofy

Page 11: Slide sunnah dan bid ah

Menurut ‘Izz al-Din al-Salami, dalam bukunya Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, bidaah itu tebahagi kepada 5:

• Bidaah wajibah, contohnya menumpukan kepada ilmu nahu kerana ia boleh memahami Al-Quran dan Sunnah.

• Bidaah Mahramah, (bidaah yang haram dilakukan). contohnya mazhab al-Qadariyyah dan al-Jabariyyah, melagukan Al-Quran sehingga mengubah makna dan lafaz.

• Bidaah mandubah, (bidaah yang dianjurkan )contohnya mengadakan sekolah, jambatan dan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan yang tidak ada pada zaman Rasulullah.

• Bidaah makruhah, contohnya mencantikkan masjid, mengindahkan atau membuat lukisan di masahif.

• Bidaah mubahah(bidaah yang boleh dilakukan), contohnya berjabat tangan selepas solat Subuh dan Asar, membanyakkan benda-benda enak dalam makanan, pakaian, tempat tinggal, dan meluaskan baju.

Page 12: Slide sunnah dan bid ah

• Menurut al-Qaradawi, jika seseorang yang berusaha seboleh mungkin mencontohi seluruh perilaku Rasulullah saw hingga pada masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan tuntunan agama karena dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah saw., ia juga suatu tindakan yang terpuji, meskipun hal itu tidak dianjurkan oleh agama.

• Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi, “Sebahagian orang menyangka bahwa seluruh apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. adalah sunnah. Padahal, para ulama berkata bahwa perbuatan-perbuatan Nabi saw. yang termasuk sebagai sunnah hanyalah perbuatan yang ditunjukkan oleh baginda sebagai perbuatan ibadah.”

Page 13: Slide sunnah dan bid ah

• Bid'ah adalah cara berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT.

• Melakukan hal itu dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam bertaqarrub kepada Allah SWT.

• Dalam masalah beribadah, harus melengkapi dua hal:

• i. niat (hanya semata untuk Allah SWT) dan

• ii. mutaba'ah iaitu 'beribadah dengan mengikuti cara yang diajarkan oleh Al-Qur'an dan Rasulullah saw.'.

Page 14: Slide sunnah dan bid ah

Al-Nawawi berkata: “Perkara-perkara baru itu dua bentuk: • Pertama; perkara baru yang menyalahi al-

Qur’an dan al-Sunnah atau athar atau ijma’, maka ini merupakan kesesatan.

• Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf dalam kalangan ulama dalam perkara ini, maka ini merupakan perkara baru yang tidak dicela”. Ia juga dipegang oleh Imam al-Syafi’i.

Page 15: Slide sunnah dan bid ah

• Jahil (Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang.)

• Jahil dalam bahasa Arab, sunnah, ibadah dan mengikut hawa nafsu.

Sebab-sebab timbulnya bidaah

Page 16: Slide sunnah dan bid ah

• Taqlid buta kepada guru:sikap bertaqlid buta akan menyebabkan

matinya roh ijtihad. Apabila berlakunya pertembungan antara fatwa guru dengan al- Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan menjadi punca lahirnya bidaah

Page 17: Slide sunnah dan bid ah

Sebab-sebab bidaah membiak dalam kalangan masyarakat Melayu

• Mengikuti amalan orang yang alim yang dianggap benar.

• Adat tradisi sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai amalan agama-wanita mengandung (melenggang perut), perkahwinan (tepung tawar). Perbuatan mendiamkan diri seperti membenarkan perbuataan bidaah.

• Perasaan cintakan kedudukan-mencipta wirid, amalan zikir dan doa kepada anak muridnya sedangkan mereka bukan ahli

Page 18: Slide sunnah dan bid ah

Cara Mengatasi

1. Berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah.

firman ALLAH “dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” (QS.ALI ‘Imran: 103)

- As-Sunnah adalah penerang al-Quran. Maka wajib menjaga al-Quran berdasarkan dalil-dalil dan wajib menjaga keterangannya iaitu as-Sunnah.

Page 19: Slide sunnah dan bid ah

2. Menerapkan sunnah dalam perilaku individu mahupun masyarakat

- menerapkan apa yang manusia ketahui dari sunnah Rasulullah pada perlakunya dalam pelbagai aspek.

- penerapan sunnah ini akan menjadikan bid’ah sebagai perkara yang mungkar dalam masyarakat, sekaligus menampakkan rupa dan penampilan bid’ah yang buruk dan menunjukkan bahawa bid’ah itu satu ancaman kepada Islam dan kaum Muslimin.

Page 20: Slide sunnah dan bid ah

3. Amar makruf nahi mungkar - pada awalnya, bid’ah satu perkara yang kecil lalu

ianya semakin berkembang. - bid’ah itu sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat

manusia - bid’ah membuat manusia terbebas dari sebahagian

tuntutan syari’at - Allah mewajibkan amar makruf nahi mungkar kepada

semua secara kolektif - Allah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai

salah satu sifat kaum Mukminin dan cirinya membezakan mereka dari umat yang lain

Page 21: Slide sunnah dan bid ah

4. Membasmi sebab-sebab munculnya bid’ah - melarang orang awam berbicara tentang

masalah agama dan tidak menjadikan pendapat mereka sebagai acuan

- membantah serangan yang dialamatkan kepada Islam

- menghindari setiap tindakan yang menyimpang dari batas-batas as-Sunnah

- menghindari aliran pemikiran dan keyakinan yang tidak diperlukan oleh seorang Muslim

Page 22: Slide sunnah dan bid ah

BULAN MUHARRAM

• TERDAPAT TIGA PEMBAHASAN, iaitu1. BEBERAPA ATSAR YANG BERKAITAN DENGAN

BULAN MUHARRAM2. BID’AH DUKACITA YANG DILAKUKAN KAUM

RAFIDHAH3. BID’AH SUKACITA YANG DILAKUKAN KAUM

NASHIBAH

Page 23: Slide sunnah dan bid ah

1. PEMBAHASAN PERTAMA

• Masa berputar sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuknya ketika Allah menciptakan langit dan bumi

• Rasulullah SAW bersabda: puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan

adalah puasa pada bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam (tahajjud)

Page 24: Slide sunnah dan bid ah

• Rasulullah SAW bersabda bahawa berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintah kaum Muslimin agar berpuasa pada hari itu

• Hari Asyura’ bermaksud hari yang baik kerana pada hari tersebutlah Allah menyelamatkan Bani Isra’il dari musuh mereka, lalu Nabi Musa pun berpuasa kerananya

• Hari Asyura’ juga dianggap sebagai hari raya oleh orang Yahudi, maka Rasulullah SAW bersabda: ‘berpuasalah kalian pada hari itu’

Page 25: Slide sunnah dan bid ah

2. PEMBAHASAN KEDUA

• Pada hari kesepuluh bulan Muharram atau Asyura’, Allah memuliakan Husain bin Ali bin Abi Thalib dengan mewakafkannya secara syahid

• Saudaranya, Hasan bin Ali menjadi pemimpin kaum muda penghuni Syurga.

• Hasan dan Husain telah ditetapkan oleh Allah akan meraih kedudukan yang tinggi

• Kedua-dua mereka telah syahid sebagai orang yang teraniaya

• Allah telah menghina orang-orang yang telah menzalimi dan menganiaya dirinya

Page 26: Slide sunnah dan bid ah

• Peristiwa itu telah menyebabkan munculnya kejahatan dalam kalangan manusia

• Golongan ini menjadikan hari Asyura’ sebagai hari ratapan dan dukacita

• Dengan terbunuhnya Husain, syaitan menciptakan dua bid’ah iaitu dukacita dan ratapan dan kedua-duanya dilakukan pada hari Asyura’

• Mereka digelar Syi’ah Rafidhah kerana mencaci,melaknat dan mengkafirkan Abu Bakar dan Umar

Page 27: Slide sunnah dan bid ah

3. PEMBAHASAN KETIGA

• Menjelaskan tentang golongan yang bertentangan dengan Rafidhah yang menjadikan hari Asyura’ sebagai hari sukacita

• Mereka ialah kaum Nashibah yang melawan kedustaan, kerosakan, kejahatan dan bid’ah dengan bid’ah pula

• Mereka membuat bid’ah sukacita iaitu sikap yang berlebih-lebihan terhadap Husain

• Bida’ah nya sesat kerana tidak mempunyai dalil yang sah dan telah keluar daripada sunnah

Page 28: Slide sunnah dan bid ah

• Rasulullah SAW dan para Khulafaur Rasyidin tidak pernah menganjurkan amalan apa pun pada hari Asyura’ baik sukacita mahupun dukacita

• Hanya berpuasa dilakukan pada hari Asyura’ dan memerintah kaum Muslimin agar berpuasa pada hari tersebut

• Apabila kaum Yahudi menjadikan hari Asyura’ sebagai hari raya, maka Rasulullah bersabda untuk berpuasa pada hari tersebut bagi membezakan dengan kaum Yahudi

Page 29: Slide sunnah dan bid ah

BULAN SAFAR

• TERDAPAT DUA PEMBAHASAN, iaitu1. BEBERAPA ATSAR YANG BERKAITAN DENGAN

BULAN SAFAR2. BID’AH MENGANGGAP SIAL TERHADAP

BULAN SAFAR

Page 30: Slide sunnah dan bid ah

1. PEMBAHASAN PERTAMA

• Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan Safar• Rasulullah pernah bersabda: “tidak ada adwaa, tidak ada safar dan tidak ada

haammah”• Tidak ada adwaa bermaksud menafikan anggapan

dan keyakinan orang Jahiliyah yang meyakini bahawa penyakit dan kematian itu dapat menular dengan sendiri bukan kerana kehendak Allah SWT

Page 31: Slide sunnah dan bid ah

• Tidak ada safar bermaksud penangguhan status bulan haram yang dimiliki bulan Muharram ke bulan Safar

• Safar juga membawa makna anggapan bulan sial dan penyakit perut

• Tidak ada haammah menerangkan sejenis burung malam atau burung hantu atau kepercayaan akan berubahnya roh orang yang telah meninggal dunia menjadi burung hantu

Page 32: Slide sunnah dan bid ah

2. PEMBAHASAN KEDUA

• Bid’ah menganggap sial bulan safar• Menganggap sial terhadap bulan safar adalah

tathayyur yang dilarang• Nabi SAW bersabda: thiyarah itu syirik;thiyarah

itu syirik.• Bulan safar dianggap sial kerana terdapat

pendapat mengatakan bahawa setiap tahun turun 32000 bencana, dan semua itu terjadi pada hari Rabu terakhir dalan bulan Safar

Page 33: Slide sunnah dan bid ah

• Pada hari tersebut, siapa sahaja yang mengerjakan solat sebanyak 4 rakaat, maka akan jauh dari bencana tersebut

• Ada juga yang menulis tujuh ayat berisi salam dan kertas itu dimasukkan ke dalam gelas berisi air, lalu merkea meminum airnya kerana mereka meyakini bahawa khasiat tulisan itu untuk memelihara diri dari kesialan hari itu

• Namun Rasulullah SAW bersabda: “siapa saja yang mengurungkan niatnya kerana thiyarah maka ia telah berbuat syirik”

Page 34: Slide sunnah dan bid ah

BULAN RABI’UL AWWAL

• TERDAPAT ENAM PEMBAHASAN, iaitu:1. Orang yang pertama kali memunculkan bid’ah ini Bani ‘Ubaid al-Qaddah yang pertama kali mengada-adakan

bid’ah ini Mereka menganuti fahaman Rafidhah dan Syi’ah Mereka menampakkan jati diri Islam dan menyembunyikan

kekafiran Kesaksian seperti ini haram menurut kesepakatan umat

Islam kerana apa yang tampak adalah kemunafikan, kezindikan dan permusuhan terhadap wahyu Rasulullah SAW

Page 35: Slide sunnah dan bid ah

2. Keadaan masyarakat saat itu kebijakan politis ‘Ubaidiyun bekerja keras untuk

mendorong orang ramai agar menganut mazhab mereka

Kaum Muslimin mengajukan protes atas keberpihakan khalifah kepada non-Muslim

Orang-orang ‘Ubaidiyun melakukan perkra yang menimbulkan laknat bagi khalifah yang tiga iaitu Abu Bakar, Umar dan Utsman serta pata Sahabat Nabi lainnya

sepanjang pemerintahan ‘Ubaidiyun, laknat terhadap Ahlus Sunnah terus mengalir dari mulut orang-orang yang berdiri di atas mimbar di pelbagai wilayah Mesir

Page 36: Slide sunnah dan bid ah

Semua kezalimam itu adalah perbuatan al-Hakim al-Ubaidi yang menganggapnya sebagai Tuhan

Al-Hakim memerintahkan semua penduduk Mesir untu bersujud kepadanya, jika namanya disebutkan, walaupun saat itu rakyatnya berdiri

Orang-orang di sirtu meninggalkan sujud kepada Allah pada hari Jumaat mahupun hari lain, malah mereka rela bersujud kepada penguasa tesebut al-Hakim

Page 37: Slide sunnah dan bid ah

3. Beberapa syubhat yang memperkuatkan orang-orang yang mengemukakan bid’ah ini dan bantahan terhadapnya

As-Suyuthi berusaha mencari beberapa syubhat(dalil) yang mungkin boleh dijadikan dalil untuk membolehkan atau menghalalkan bid’ah perayaan maulid Nabi ini

Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan berbagai amalan seperti solat, puasa, sedekah atau membaca al-Quran

Page 38: Slide sunnah dan bid ah

4. Cara-cara menghidupkan perayaan maulid Perayaan maulid Nabi diadakan pada tanggal 12

Rabi’ul Awwal Orang tamai berkumpul di bawah manzharah selama

beberapa waktu menunggu kehadiran khalifah di atas manzharah, sejumlah ustadz melilitkan

serban mereka ke bahagian mulut dan duduk dekat dengan khalifah

Para qari’ memulai acara dengan membaca al-Quran Seterusnya, al-Hakim menyampaikan ceramah dan

diakhiri dengan pemanjatan doa untuk khalifah

Page 39: Slide sunnah dan bid ah

5. Hakikat mencintai Rasulullah Cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan

meyakini pertolongannya, menjalankan sunnahnya, tunduk kepada sunnahnya dan takut untuk menentangnya

Sungguh Rasulullah SAW membawa hidayah, yang menyelamatkan mereka dari kesesatan, yang menyeru mereka menuju keberuntungan, yang menjadi wasilah mereka menuju Rabbnya, yang menjadi juru bicara kaum Muslimin di akhirat kelak dan yang menjadi saksi atas keimanan mereka

Page 40: Slide sunnah dan bid ah

6. Sikap Ahlu Sunnah terhadap bid’ah perayaan maulid Nabi

Ulama Salafus Shalih sepakat bahawa perayaan maulid Nabi dan berbagai upacara lainnya yang tidak disyari’atkan merupakan perkaru baru dan bid’ah di dalam agama

Perayaan ini tidak pernah dilakukan Nabi SAW, tidak dilakukan para Sahabat dan tidal juga dilakukan ulama umat Islam

Semua upacara itu termasuk dalam kategori bid’ah dan sesiatu yang diada-adakan

Page 41: Slide sunnah dan bid ah

BULAN REJAB

• TERDAPAT 5 PEMBAHASAN1. Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan Rejab2. Pengagungan orang-orang kafir terhadap bulan

Rejab dan Atiirah pada bulan Rejab3. Bid’ah mengkhususkan bula Rejab untuk berpuasa

atau solat malam dan hukum umrah dan ziarah (ke Makkah) pada bulan Rejab

4. Bid’ah solat Ragha-ib5. Bid’ah perayaan Malam Isra’ Mikraj

Page 42: Slide sunnah dan bid ah

BULAN SYA’BAN

• Perbahasan pertama- beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan Sya’ban.

• Perbahasan kedua- bid’ah perayaan Malam Nishfu Sya’ban.

• Perbahasan ketiga- bid’ah solat alfiyah.

Page 43: Slide sunnah dan bid ah

Perbahasan Pertama: Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan Sya’ban.

• Dari Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. sering berpuasa hingga kami mengatakan beliau tidak pernah berbuka dan sering berbuka hingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Aku tidak pernah melihat beliau lebih banyak berpuasa di luar bulan Ramadhan daripada bulan Sya’ban. (mutafaq ‘alaih).

Page 44: Slide sunnah dan bid ah

• Dari Usamah bin Zaid berkata: “Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban? Rasulullah menjawab: Sya’ban adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, yang terletak antara Rejad dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal perbuatan akan diangkat ke sisi Rabb semesta alam. Maka, aku lebih suka apabila amalku diangkat saat aku sedang berpuasa.

Page 45: Slide sunnah dan bid ah

• Dari Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa ‘Jika malam Nishfu Sya’ban tiba, maka beribadah pada malam harinya dan berpuasalah pada waktu siang harinya. Sesungguhnya Allah akan turun pada malam itu ke langit dunia, sejak tenggelamnya matahari, lalu Dia berfirman: ‘Ketahuilah sesiapa saja yang meminta ampunan nescaya Aku akan mengampuninya. Ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberikan rezeki kepadanya. Dan ketahuilah sesiapa yang ditimpa penyakit maka Allah akan menyembuhkannya. Ketahuilah itu, ketahuilah ini..’ sampai terbit matahari.

Page 46: Slide sunnah dan bid ah

Perbahasan kedua: Bid’ah perayaan Malam Nishfu Sya’ban.

• Para ulama’ Syam mempunyai perbezaan pendapat mengenai cara menghidupkan malam Nishfu Sya’ban.

• Pertama: Disunatkan untuk menghidupkan malam Nishfu Sya’ban secara berjemaah di masjid. (Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin ‘Amir turut merayakannya.)

• Kedua: Dimakruhkan berkumpul di masjid pada malam Nishfu Sya’ban untuk melaksanakan solat, membaca kisah-kisah dan berdoa. (tapi tidak makruh untuk melakukannya secara sendirian.)

Page 47: Slide sunnah dan bid ah

• Namun menurut ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘ Aziz at-Tuwaijiri, mengikut pendapat yang kuat, amalan merayakan malam Nishfu Sya’ban adalah bid’ah kerana:

1. Tidak ada dalil yang menunjukkan keutamaan malam Nishfu Sya’ban (tiada amalan Rasulullah dan para sahabat.)

2. Al-Hafizh Ibnu Rajab, orang yang meriwayatkan adanya sebahagian Tabi’in yang memuliakan malam ini sehingga mereka menghidupkannya di masjid dan mengatakan bahawa dalil mereka dalam atsar Isra’iliyat. Padahal, sejak bilakah atsar-atsar dari Ahlul Kitab tersebut boleh dijadikan dalil syar’i?

Page 48: Slide sunnah dan bid ah

3. Para ulama’ kontemporari juga mengingkari orang-orang yang menganggap adanya kemuliaan pada malam Nishfu Sya’ban.

4. Tiada hadis Nabi yang mengandungi dalil keutamaan hanya untuk malam Nishfu Sya’ban.

5. Pendapat yang mengatakan bahawa solat yang dilakukan sendirian dan dikerjakan di rumah pada malam Nishfu Sya’ban adalah tidak dimakruhkan.

Page 49: Slide sunnah dan bid ah

Perbahasan ketiga: Bid’ah solat alfiyah.

• Orang yang pertama yang melakukannya pada malam Nishfu Sya’ban ialah Ibnu Abi Hamra (penduduk Nablus).

• Mula tersebar di sekitar Masjidil Aqsa.• Bacaan surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.• Terdiri daripada 100 rakaat, setiap rakaat baca

surah al-Ikhlas 10 kali.

Page 50: Slide sunnah dan bid ah

• Menurut al-Allamah bin al-Hajj perayaan ini dianggap bid’ah kerana:

1. Menggunakan dana yang banyak – boros.2. Acara-acara berbentuk perbuatan yang diharamkan

syar’i.3. Terdapat penambahan nyala lampu dan perilaku

menghamburkan harta. 4. Hadirnya para wanita. 5. Orang yang mendatangi masjid secara beramai-ramai

dan mengamalkan ibadat yang tidak disyariatkan.6. Mereka membawa talam-talam, tembaga berisi

gelas, teko dans ebagainya ke dalam masjid (memperlakukan seperti rumah mereka).

Page 51: Slide sunnah dan bid ah

BULAN RAMADHAN

• Perbahasan pertama- keutamaan bulan Ramadhan dan atsar-atsar yang berkaitan dengannya.

• Perbahasan kedua- beberapa bid’ah yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Page 52: Slide sunnah dan bid ah

• Pertama : Dari ‘Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa: “Islam dibangunkan di atas lima dasar: (1) bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah utusan Allah; (2) mendirikan solat; (3) mengeluarkan zakat; (4) menunaikan ibadat haji; (5) melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘Alaih).

• Kedua: Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila bulan Ramadhan tiba, maka dibukakan pintu-pintu Syurga, dikuncilah pintu-pintu Neraka Jahannam, dan diikat syaitan-syaitan.” (Muttafaq ‘Alaih).

Page 53: Slide sunnah dan bid ah

Bid’ah yang dilakukan pada bulan Ramadhan

1. Membaca surah Al-An’aam (pada rakaat terakhir solat Terawih di malam ke-27 Ramadhan).

2. Bid’ah solat Terawih setelah maghrib.3. Bid’ah solat al-Qadr.4. Bid’ah solat Terawih pada malam pengkhataman al-

Quran di bulan Ramadhan dengan membaca semua ayat sajdah dalam satu rakaat.

5. Bid’ah merangkai ayat-ayat doa.6. Bid’ah zikir setiap kali selesai mengerjakan dua rakaat

solat Terawih.

Page 54: Slide sunnah dan bid ah

7. Sejumlah bid’ah pada malam khatam al-Quran.

8. Bid’ah menyeru sahur.9. Bid’ah yang berkaitan dengan melihat hilal

Ramadhan.10. Bid’ah hifzhiyyah Ramadhan. 11. Bid’ah memukul tembaga di hari terakhir

bulan Ramadhan.12. Bid’ah perpisahan bulan Ramadhan.13. Bid’ah perayaan mengenang perang Badar.

Page 55: Slide sunnah dan bid ah

BULAN SYAWAL

• Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan Syawal.

• Bid’ah menganggap sial menikah pada bulan Syawal.

• Bid’ah ‘Iedul Abrar.

Page 56: Slide sunnah dan bid ah

• Dari Abu Ayyub al-Anshari, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan (sebulan penuh), kemudian meneruskannya dengan enam hari puasa Syawal maka itu sama dengan puasa satu tahun.

Page 57: Slide sunnah dan bid ah

Bid’ah menganggap sial menikah pada bulan Syawal.

• Ibnu Manzhur berkata: “Syawal termasuk bulan yang telah dikenal. Syawal adalah nama bulan yang mengiringi bulan Ramadhan dan ia adalah bulan pertama dari beberapa bulan haji.”

• Menurut pandangan lain, syawal (kurang) kerana tasymil (berkurangnya) air susu unta pada cuaca yang panas terik dan tiada rumput yang menghijau. - orang Arab menganggap sial jika berlangsungnya akad nikah pada ketika itu. (perumpaan unta betina dan unta jantan setelah berkahwin – angkat ekor).

• Islam menolak amalan tradisi Arab Jahiliah yang percaya perkara tahyul seperti ini.

Page 58: Slide sunnah dan bid ah

Bid’ah ‘Iedul Abrar

• Berlaku ketika hari ke-8 bulan Syawal.• Mereka menyambut perayaan ini selepas 6

hari berpuasa bulan Syawal dan menamakannya sebagai ‘Iedul Abrar.

• Menurut Syeikh Islam Ibnu Taimiyah, amalan ini dianggap bid’ah kerana membuat perayaan yang bukan perayaan syar’I dan bid’ah ini tidak disunnahkan dan tidak pernah dikerjakan oleh para Salaf.

Page 59: Slide sunnah dan bid ah

PENYERUPAAN KAUM MUSLIMIN TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR

PADA HARI RAYA MEREKA

Page 60: Slide sunnah dan bid ah

Perayaan Bid’ah Yang Disambut:

• Perayaan hari lahir al-Masih• Perayaan Nairuz. • Perayaan hari ulang tahun.• Sejumlah perayaan dan peringatan bid’ah.• Perayaan abad baru hijriah.• Perayaan untuk sejumlah ulama’ (haul).• Syariat agar berbeza dari Ahli Kitab.

Page 61: Slide sunnah dan bid ah

PENUTUP

Secara kesimpulannya, bid’ah merupakan sesuatu yang menyelisihi atau bertentangan dengan sunnah. Tiada bid’ah yang terpuji kerana setiap bid’ah adalah sesat. Bid’ah boleh tersebar apabila terdapat permasalahan agama yang datang dari orang mengikuti hawa nafsu dan tidak mengetahui sunnah. Sebagai Ahlu Sunnah, kita seharusnya berpegang pada wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT dan mengikut ajaran Rasululluh SAW.

Page 62: Slide sunnah dan bid ah

RUJUKAN

• ‘Abdullah bin Abdul ‘Aziz at-Tuwaijiri (2010), Menyoal Rutinitas Perayaan Bid’ah. Jakarta: Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i.

• Abd. Malik Abd. Rahman (2002), Salah Faham Terhadap Bid’ah. Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man.

• Muhammad Nua’im Sa’I (2002), Bid’ah paling berbahaya: Polemik Seputar Pembauran Laki-laki & Perempuan. Jakarta: Penerbit CV. Cendekia Sentra Muslim.

Page 63: Slide sunnah dan bid ah

• Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2004), Bid’ah Bukan Dari Ajaran Islam. Selangor: Penerbit Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

• Yusof Al-Qaradhawi (2011), Antara Sunnah dan Bid’ah. Johor Bharu: Penerbit Perniagaan Jahabersa.

• Yusof Al-Qaradhawi (2000), Sunnah dan Bid’ah. Jakarta: Penerbit Gema Insani Press.

Page 64: Slide sunnah dan bid ah

Al-Haytami, Abu al-’Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Hajar (1988). Al-Zawahir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. 2 juzuk. T.t.: Dar al-Fikr. Al-Kahdahlawi, Muhammad Zakariyya ibn Muhammad Yahya ibn Isma’il (1980) . Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik. 15 Juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.Al-Muqri, al-Fayyumi, Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali, t.th. Al-Misbah al-Munir. Tahqiq: ‘Abd al-’Azim al-Shanawi . Misr: Dar al-Ma’arif.‘Ali al-Mahfuz, t.th:20. Al Ibda’ fi Mudarr al-Ibtida’. Misr: Matba’ah al-Istiqamah)Al-Salami, Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-Aziz ibn ‘Abd al-Salam. (1980). Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. 2 Juzuk. Ta’liq Taha ‘Abd al-Ra’up Sa’ad, T.t: Dar al-Jayl.

Page 65: Slide sunnah dan bid ah

Ibn al-Jawzi al-Baghdadi, Jamal al-Din Abu al-Farj ‘Abd al-Rahman ibn ‘Ali ibn Muhammad ibn ‘Ali, 1368 H. Talbis Iblis. Misr: Maktabah al-Da’wah al-Islamiyyah.Jawiah Dakir dan Wan Awang Wan Ali (2010). Sunnah dan Bidaah: Dalam Amalan Orang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohammad Subki Abdul Rahman Al Hafiz dan Mohd Rifqi Myiddin (2013). Hukum Sambutan Maulid Nabi: Antara Sunnah dan Bidaah. Shah Alam: PSN Publications Sdn. Bhd.