Slide Wacana
-
Upload
wan-nur-hanani -
Category
Documents
-
view
255 -
download
1
Transcript of Slide Wacana
JBEA 3111 ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU
AHLI KUMPULAN
Wan nur hanani binti wan hassan ( jea090157 ) Masitah binti mohd razali ( jea090037 )
Azlina binti mat arifinKhadijah hanin Ruby hamzah
( jea090011)
TAJUK : ANALISIS CIRI-CIRI WACANA DALAM cerpen PENDOA YANG IKHLAS
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti ciri-ciri wacana berdasarkan contoh dalam cerpen. Mengemukakan konsep wacana dan ciri-ciri wacana.
BAHAN KAJIAN
Teks : Tarikh : Penulis : Azizi Haji Abdullah Muka surat : Tajuk Cerpen: Pendoa yang ikhlas
KAEDAH KAJIAN Kami telah menggunakan kaedah kepustakaan dalam tugasan ini. BATASAN KAJIAN Kajian ini menggunakan bahan bertulis yang mempunyai jumlah perkataan lebih dari seribu patah perkataan.
KONSEP WACANAASMAH HAJI OMAR ( 1986 : 208) Mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat dan dengan pengertian ini wacana boleh terdiri daripada ayat , sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan sebagainya.
HARIMURTI ( 1976:12)
Kesatuan bahasa yang paling lengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ayat atau perenggan. Wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi yang mempunyai kesinambungan untuk melahirkan satu kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi hierarki tatabahasa wacana terletak sebagai hierarki tertinggi selepas ayat.
7. INTERTEKSCIRICIRI WACAN A
1. TAUTAN (KOHESI)2. RUNTUTAN (KOHERAN)
6. KEADAAN
5. MAKLUMAT
3. TUJUAN4. PENERIMAAN / KHALAYAK
1. TAUTAN (KOHESI)Tautan dikenali sebagai konsep kohesi iaitu keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan sebuah wacana yang utuh dan lengkap. Keserasian hubungan ini biasanya berlaku dalam hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa dan ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan amat penting dalam sesuatu wacana kerana tautan boleh mewujudkan bakesinambungan antara bahagian teks dengan bahagian yang lain sehingga terbentuk satu kesatuan.
HASIL DAPATANContoh 1 ( m/s 90 )Dan, bapa sendiri pun tidak marah jika ada orang yang mengatakan dia sudah tua. Sememangnya pun sudah tua kalau sudah berusia 90-an, berjalan dengan bantuan tongkat, langkah pendek-pendek, penat
mengah jika tiga kali berulang-alik ke masjid. Tualah itu !
HASIL DAPATANContoh 1 merupakan tautan kata jenis pengulangan hiponim. Kata
tua merupakan superordinat. Manakala, sudah berusia 90-an,berjalan dengan bantuan tongkat, langkah pendek-pendek, penat mengah jika tiga kali berulang-alik ke masjid ini merupakan hiponim bagi superordinat tua. Selain itu, terdapat juga kata jenis penggantian frasa, iaitu pengulangan hiponim di atas kepada itu. Di samping itu, ayat ini juga mempunyai tautan kata jenis penggantian kata ganti nama ketiga iaitu dia yang merujuk kepada bapa.
HASIL DAPATAN
Contoh 2 ( m/s 90 - 91 )Kematian emak setahun yang lalu benar-benarmembimbangkan aku, abang-abangku, dan kakakku. Rasarasanya untuk menggantikan emak tidak ada lagi perempuan dalam dunia ini. Emak sungguh taat kepada bapa. Buatlah apa pun, emak tetap taat. Makan minum bapa dijaga. Sakit demam bapa tidak pernah diabai walaupun tidak pernah emak
mencempung bapa ke klinik atau ke hospital.
HASIL DAPATAN
Contoh 2 merupakan tautan kata jenis pengulanganunsur yang sama.
Unsur tersebut ialah kata ganti nama ketiga iaituemak. Setiap kata tersebut secara penuh dan tidak mengalami sebarang perubahan atau asimilasi.
HASIL DAPATANContoh 3 ( m/s 90 )Setahu aku, dalam kampung, baik yang sihat walafiat, baik yang sakit terkedang tak ada seorang pun yang lebih tua daripada bapa. Dan,bapalah satu-satunya orang kepala masam di kampung.
HASIL DAPATAN
Contoh 3 di atas ialah tautan kata jenis penggantian kata
ganti nama ketiga iaitu bapa.Kata bapa digantikan secara makan atau semantik yang sama. total tetapi mempunyai
Kata ini juga merupakan salah satu jenis pengulangansinonim kata.
HASIL DAPATAN
Contoh 4 ( m/s 91 )Mujur selepas kematian emak, bapa tidak pernah bersungut hendak menikah lain. Aku dengan abang-abang
dan kakak sudah berpakat, kalau bapa bersungut hendakmenikah lain, kita jangan tahan. Itu naluri manusia.
Bagaimanapun, kami rasa kasihan pula kerana kesunyian dan
ketuaan bapa.
HASIL DAPATAN
Contoh 5 ( m/s 97 ) Kakak Limah sudah tak seronok mendengar rungutan itu. Abang-abang aku juga begitu. Dan, aku apabila balik sekali-sekala, apabila mendengar aduan begitu, panas juga telingaku. Tuduhan orang kampung ada alasan juga, tapi mereka tidak berani memberontak. Menurut Kakak Limah, bapa pernah menerima salinan surat terbang daripada seorang anak jemaahnya.
HASIL DAPATAN
Contoh 5 menunjukkan bahawa terdapat tautan kata jenis penggantian kata ganti nama ketiga mereka yang merujuk kepada orang kampung.
Kata bapa pula digantikan dengan kata ganti nama ketigadengan kata nya.
2. RUNTUTAN ( KOHERAN)Runtutan ialah kesinambungan sesuatu idea yang
terdapat sebuah teks yang mempunyai makna atau dapatdifahami. Ciri runtutan ini merupakan asas dalam pembinaan
wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacanajika teks tersebut mempunyai makna yang dapat difahami.
HASIL DAPATANContoh 1(m/s 90)
BAPA benar-benar sudah tua. Siapa pun tidak boleh menafikan: baik abang-abangku, kakakku, mahupun menantu besan, ataupun cucu-cucu bapa yang ramainya tak termuat satu bas ekspres itu. Orang kampung dan anak buah bapa sudah maklum. Dari yang tinggal di hujung kampung sampai Kampung Paya di kaki bukit, semuanya sudah maklum yang bapa benar-benar sudah tua.
HASIL DAPATAN
Contoh 1 di atas menunjukkan kesinambungan idea yang
diketengahkan dalam cerpen tersebut. Proses kesinambungan idea ini berlaku melalui hubungan idea
dengan semantik antara ayat yang berkaitan antara satu sama lain. Kesinambungan idea ini menyebabkan tautan antara ayat mantap dan serasi yang mempunyai makna untuk
menjadi
memudahkan pembaca memahaminya. Hal ini dapatlah dibuktikan melalui pengulangan kata sudah tua dalam ayat 1 dan 2.
HASIL DAPATANContoh 2(m/s 92)
Seminggu selepas emak meninggal dunia setahun yanglalu, aku menulis surat kepada bapa meminta bapa berhenti daripada bergiat dalam politik. Aku sudah sengsara melihat kegilaan dan pengorbanan bapa dalam politik. Emak juga turut sengsara dulu apabila bapa meranduk dalam lumpur politik. Emak terpaksa bela ayam, jual kelapa dan daun pisang buat menampung belanja harian. Bapa tidak peduli semua itu. Wangnya dihabiskan untuk perjuangan.
HASIL DAPATAN
Bapa tidak menjawab surat aku. Aku terasa malu. Sehari dua aku menunggu juga kalau-kalau bapa menjawab. Memang tabiat aku begitu dan bapa pun bertabiat begitu. Aku tidak pernah berdepan muka kalau hendak berkata atau
membantah sesuatu kepada bapa. Dan, bapa pun tidak pernah menegur aku, melainkan ditulisnya surat. Posmennya cucu-cucu bapa atau bapa pos saja ke tempat kerjaku.
HASIL DAPATANContoh 2 di atas terdiri daripada kesinambungan sesuatu idea antara perenggan yang saling berkaitan. Kesinambungan tersebut berlaku melalui hubungan idea dengan semantik yang menjadikan sesebuah teks itu mempunyai makna yang difahami. Misalnya idea yang ditonjolkan dalam cerpen ini ialah bergiat dalam politik. Seterusnya akibat daripada idea itu diketengahkan dalam perenggan ke 1 dan 2,misalnya emak terpaksa bela ayam, jual kelapa dan daun pisang untuk menampung keluarga kerana wang habis digunakan dalam politik dan bapa tidak menjawab surat itu kerana anaknya menyuruh dia berhenti bergiat dalam politik.
HASIL DAPATANContoh 3(m/s 104) Pak Ngah Mat Isa tersenyum. Lebai Husin tersenyum. Mentuaku juga tersenyum, dan semua tersenyum. Semua menganggap aku berterima kasih kepada bapaku sendiri. Tapi, jauh di sudut hati kecilku, sesungguhnya mereka tidak tahu, bahawa akulah yang pertama tersedar, betapa bapaku orang yang paling mulia dan ikhlas kerana mendoakan sebuah
perkahwinan untuk sepanjang hidup.Apakah yang lebih bahagia daripadakerukunan rumah tangga jika ia dicetuskan oleh sebuah doa daripada orang yang ikhlas? Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Barulah aku sedar kenapa bapa mempertahankan kerjanya sebagai jurunikah. Rasarasanya itu saja pergorbanan dengan cara lakukan. berdoa yang bapa dapat
HASIL DAPATAN
Dalam contoh 3, idea mendoakan sebuah perkahwinan untuk sepanjang hidup menunjukkan kesinambungan idea yang diketengahkan dalam ayat tersebut yang menyebabkan tautan antara satu sama lain bagi menghasilkan wacana yang
bermakna. Kesinambungan ini berlaku melalui hubunganideadengan semantik antara ayat.
3. TUJUAN
HASIL DAPATAN Teks ini berbentuk tulisan iaitu cerpen. ( Pendoa yang
ikhlas )
Cerpen ini merupakan teks daripada hasil karya Azizi Haji Abdullah dalam Himpunan-himpunan cerita
sastera.
HASIL DAPATANTujuan yang dapat dilihat dalam teks ini adalah untuk :I. Memperlihatkan ketabahan seorang lelaki tua dalam
menjalankan tugasnya kepada masyarakat. II. Memperlihatkan keikhlasan seorang lelaki tua dalam
mendoakan kesejahteraan sesebuah perkahwinan.III. Untuk menyatakan pentingnya seseorang jurunikah dalam sesebuah perkahwinan.
4. PENERIMAAN / KHALAYAK Perlu mempunyai pembaca ataupun pendengar kerana pembaca atau pendengar merupakan golongan
penerima/khalayak.
Hubungan
antara
penutur
dengan
pendengar
(khalayak pendengar). Penulis dengan pembaca (khalayak pembaca)
Penulis mesti tahu sasaran khalayak yang hendakditujukan. Sama ada bersifat formal ataupun tidak formal.
HASIL DAPATAN
Sasaran ditujukan kepada pembaca cerpen tersebut yang dimuatkan dalam buku Himpunan-himpunan cerita sastera. Secara umumnya untuk semua pembaca, dan secara khususnya kepada pihak media sastera.
5. MAKLUMAT
HASIL DAPATANAnalisis Data Maklumat Lama dan Baru
Maklumat Lama- Aku lihat bapa cukup seronok
Maklumat Baru- Bapa seronok setiap kali melakukan upacara akad nikah
Analisis Ayat : Seronok merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat baru
dalam ayat ini ialah setiap kali melakukan upacara akad nikah.
Maklumat Lama - Menurut Kak Limah, bapa pernah menerima salinan surat terbang daripada seorang anak jemaahnya.
Maklumat Baru - Surat itu dikirim kepada Majlis Agama meminta Majlis Agama menggantikan bapa dengan orang lain.
Analisis Ayat : Surat merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat baru dalam ayat ini ialah dikirim kepada Majlis Agama meminta Majlis Agama menggantikan bapa dengan orang lain kerana pembaca baru mengetahui perkara tersebut.
Maklumat Lama - Jadahnya, aku masih teragak-agak.
Maklumat Baru - Dan, oleh sebab teragak-agak itu, sehinggalah pukul dua belas aku dapati bapa sudah tidur di atas katil tanpa
kelambu
Analisis Ayat : Teragak-agak merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat baru dalam ayat ini ialah sehinggalah pukul dua belas aku dapati bapa sudah tidur di atas katil tanpa kelambu kerana pembaca baru mengetahui perkara tersebut.
Maklumat Lama - Aku sudah sengsara melihat kegilaan
Maklumat Baru - Emak juga turut sengsara dulu apabila
dan pengorbanan bapa dalam politik.
bapa meranduk dalam lumpur politik
Analisis Ayat : Sengsara merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat baru dalam ayat ini ialah apabila bapa meraduk dalam lumpur politik.
6. KEADAAN
Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan
wacana itu relevan dengan situasi sesuatu ujaran. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu
sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.
Pembaca atau penghasil wacana berkaitan
dengan tujuan manakala penerima wacana berkaitan dengan khalayak.
HASIL DAPATAN
Wacana dalam cerpen ini adalah hubungan tidaklangsung iaitu antara penulis cerpen dan pembaca cerpen. Bahasa yang digunakan dalam wacana cerpen ini bersifat tidak formal, kerana banyak
menggunakan dialog perbualan bahasa tidak formal.
7. INTERTEKS
Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana
yang lain. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting
untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana
bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara
yang sedang dibaca atau didengarnya itu.
HASIL DAPATAN
Tiada sebarang interteks ditemui dalam cerpen ini.
KESIMPULAN
SEKIAN TERIMA KASIH..