Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

download Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

of 2

Transcript of Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

  • 7/29/2019 Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

    1/2

    Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

    Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia seringkali diuar-uarkan di media elektronik mahupun

    media cetak. Kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk membeli barangan buatan

    tempatan.Dengan membeli barangan buatan Malaysia, ia dapat menyuburkan semangat patriotisme

    dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Dengan membeli barangan buatan Malaysia,kita dapat menghargai dan mengamalkan tradisi

    dan budaya bangsa. Misalnya,terompah,batik,baju melayu, kraftangan,makanan tradisional dan

    banyak lagi.Produk-produk ini akan terus berkembang maju dan tidak luput begitu sahaja kerana

    penduduk tempatan memyokong barangan buatan tempatan.

    Selain itu,membeli barangan tempatan juga dapat melahirkan masyarakat yang bersyukur

    sebagai rakyat Malaysia kerana barangan buatan Malaysia dapat menyaingi jenama-jenama yang

    sudah lama bertapak di persada antarabangsa.Contohnya,industri automatif berkembang pesat di

    negara kita seperti pembuatan kereta nasional iaitu Proton.Masyarakat Malaysia berminat membeli

    dan menggunakan kereta keluaran tempatan di jalan raya.

    Membeli barangan buatan tempatan juga dapat menanam sifat gigih dan rajin dalam diri

    pengeluar tersebut.Ini kerana pengeluar akan menghasilkan produk-produk baru untuk dipasarkan

    dan menyaingi barangan yang berjenama dari luar negara.Perkara ini akan mengwujudkan satu

    persaingan yang sihat antara produk tempatan dan antarabangsa.

    Seterusnya,pengeluar akan menjadi lebih mematuhi peraturan dan undang-undang kerana

    pengguna komited untuk membeli barangan daripada mereka.Mereka akan memastikan segala

    produk yang dikeluarkan menepati piawaian dan kehendak pengguna.Kualiti barangan yang

    dihasilkan juga menarik minat pembeli dari luar negara.

  • 7/29/2019 Slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia

    2/2

    Di samping itu,kita juga akan berganding bahu dalam usaha membangunkan negara.Dengan

    cara membeli barangan buatan Malaysia,kita juga sama-sama bertanggungjawab menjana

    pendapatan dan ekonomi negara.Jika tiada pembeli,maka barangan tersebut tidak dapat dipasarkan.

    Konklusinya,kita seharusnya berbangga dengan barangan buatan Malaysia.Barangan yang

    dihasilkan setanding dengan barangan dari luar negara.Oleh itu,kita hendaklah menyokong barangan

    buatan Malaysia.