Slot 1(Pengenalan Kelas Pemulihan BM)

23
TAKLIMAT PELAKSANAAN

description

pemulihan

Transcript of Slot 1(Pengenalan Kelas Pemulihan BM)

TAKLIMAT PELAKSANAAN

SLOT 1:

PENGENALAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

(KPBM)

PENGENALAN

Pengenalan

1

Mengurangkan kegagalan Bahasa Malaysia murid di SJK

Merealisasikan visi dan misi PPPM

(2013-2025) serta meningkatkan

prestasi pencapaian Bahasa Malaysia

dalam UPSR

Matlamat

Inisiatif dalam PPPM Gelombang 1

2Memartabatkan Bahasa Malaysia

3

LATAR BELAKANGPPPM (2013-2025)) menyatakan tentang pelaksanaan Kelas Pemulihan BM untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 yang mengalami masalah dalam Bahasa Malaysia.

Selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

termaktub dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961

PEMBELAJARAN

Menyediakan murid dengan kemahiran 3M sebelum ke sekolah menengahMerapatkan jurang pencapaian murid

antara jenis dan lokasi sekolahMenerapkan nilai-nilai murni dalam komunikasi berkesan

Mengeratkan perpaduan antara kaum

RASIONAL

murid mahir dan cekap berbahasa

Membina jati diri muridMemartabatkan bahasa kebangsaan

RASIONAL

KUMPULAN SASARAN

MURID LINUSTidak Menguasai Literasi Saringan

2 Tahun 3

Murid Tahap Penguasaan (TP) 1

dan TP 2 dalam KSSR

Tidak Melepasi Praujian ProTim

Kerangka konsep

INPUT/SUMBERa) Kelas Linus(Murid tidak menguasai kemahiran Literasi Tahun 3)

b) KSSR Bahasa Malaysia(Murid Tahun 3 yang berada pada Tahap Penguasaan (TP) 1 dan 2)

c) ProTim(Praujian- murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia)

PROSESKelas Pemulihan Bahasa

Malaysia di luar jadual waktu

OUTPUT/KELUARANPencapaian 100% murid dalam kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia pada tahun 2015

Tahun Pencapaian

2014 4 94%

2015 5 100%

*Tidak termasuk murid berkeperluan khas

OUTCOME/HASILMurid menguasai

kemahiran literasi dan kemahiran berbahasa

Bahasa Malaysia

Objektif

1. Memastikan 100% murid

normal Tahun 3 2013 menguasai kemahiran

Bahasa Malaysia pada tahun 2015

2. Memastikan semua murid

menguasai kemahiran berbahasa Bahasa

Malaysia

3. Memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua

sekolah

4.Memartabatkan BM di SJK

sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa

ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar

MBMMBI

KOMUNITI

KPM

PERANAN

JPN

PPD

SEKOLAH

GB

PIBG

IBU BAPA

PERANAN JPN1. Membentuk jawatankuasa kerja Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (KPBM) Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat negeri. 2 Mengadakan mesyuarat KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6

bersama-sama PPD.

3. Menerangkan prosedur pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga

Tahun 6 kepada PPD .

4. Menjadikan pencapaian KPBM sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah Pendidikan Negeri.

5. Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur PKPBM Tahun 4 hingga Tahun 6.

6. Mengumpul, menyemak dan membuat analisis data berkaitan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6.

PERANAN JPN

7. Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai

kemahiran Bahasa Malaysia di peringkat JPN.

8. Memastikan sekolah melaksanakan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu persekolahan.

9. Memantau pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.

10. Mengadakan dialog prestasi KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6

dengan pegawai pelajaran daerah.

11. Melaporkan secara berkala pencapaian KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada KPM.

PERANAN PPD

1. Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat daerah.

2. Mengadakan mesyuarat pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru besar.

3. Menerangkan prosedur pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar dan ketua panitia Bahasa Malaysia.

4. Memantau dan membimbing secara berterusan pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6.

5. Mengadakan dialog prestasi berkaitan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan guru besar.

PERANAN PPD6. Menjadikan pencapaian KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6

sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD.

7. Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai

kemahiran Bahasa Malaysia pada peringkat daerah.

8. Memastikan sekolah melaksanakan KPBM dengan berkesan.

9. Memastikan sekolah melaksanakan KPBM dijalankan di

luar jadual waktu persekolahan.

10. Melaporkan secara berkala pencapaian KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada JPN.

PERANAN GURU BESAR

1. Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah.

2. Memastikan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM.

3. Mengadakan mesyuarat pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru di sekolah.

4. Menerangkan prosedur pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru di sekolah.

5. Menjadikan pencapaian KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru besar.

PERANAN GURU BESAR6. Memastikan data murid KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6

dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada waktu yang ditetapkan.

7. Memantau pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berterusan.

8. Mencerap pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.

9. Mengenal pasti murid yang terlibat dalam KPBM Tahun 4

hingga Tahun 6 dengan melaksanakan ujian/saringan.

10. Melantik guru untuk mengajar KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6.

PERANAN GURU BESAR

11. Memastikan tempat pelaksanaan yang sesuai dan kondusif

bagi KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah.

12. Menyediakan jadual KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu persekolahan.

13. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa murid yang terlibat dalam KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6.

14. Memastikan murid menghadiri KPBM sepenuhnya.

15. Menyebar luas pelaksanaan KPBM kepada ibu bapa dan komuniti.

16. Memastikan pelaksanaan/pelaporan /pencapaian KPBM menjadi agenda mesyuarat profesionalisme di sekolah.

PERANAN GURU

1. Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

2. Menyedia rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.

3. Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru.

4. Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

PERANAN GURU

5. Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dihantar kepada guru besar pada waktu yang ditetapkan.

6. Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar secara berterusan.

7. Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai sasaran.

8. Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid.

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

1. Menjadi ahli jawatankuasa KPBM

2. Menjalankan PdP KPBM di luar waktu PdP

3. Memberi khidmat bimbingan kepada guru KPBM

4. Menyedia rancangan pengajaran KPBM

PERANAN IBU BAPA/PENJAGA

1. Menyokong dan memberi kerjasama dalam pelaksanaan KPBM yang dijalankan di sekolah

2. Memastikan anak jagaan hadir dan mengikuti KPBM

yang dijalankan di sekolah.

PERANAN PIBG

1. Menyokong pelaksanaan KPBM murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah sama ada dari segi kewangan dan sokongan moral.

2. Menyebarluaskan pelaksanaan KPBM murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua ibu bapa.

3. Menjadi perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 yang terlibat.

4. Memastikan setiap murid pemulihan yang terpilih mengikuti kelas pemulihan yang dirancang.

PERANAN KOMUNITI

Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada

peringkat sekolah sama ada kewangan atau punsokongan moral.