Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.

2
SASTERA MODEN. SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK MELAYU SEBELUM PERANG. 1. Bila bermulanya sejarah-sejarah diterbitkan dalam akhbar dan majalah? Pada tahun 1934. 2. Siapa penulisnya? Sajak-sajak Punggok ciptaan Muhammad Yassin Makmur , iaitu : i. Keluh Kesah. ii. Selalu Merayu. iii. Tak Sangka. iv. Pujukan Hati. v. Ibuku. 3. Apakah tema atau persoalan sajak-sajak sebelum perang? Masalah Peribadi. Nasionalisme. Agama & Akhlak. Menyentuh persoalan cinta muda-mudi untuk menyuarakan rasa hati dan perasaan. Contohnya : 1. Sajak Punggok seperti Pujukan Hati, Selalu Merayu, Keluh Kesah dan Waktu Senjakala. Menyentuh juga persoalan cita-cita tetapi sedikit bilangannya. Contohnya sajak Rindu, ciptaan Kasmani Haji Ariff. Mengenai soal ekonomi, kepentingan ilmu dan pelajaran untuk meningkatkan taraf hidup. Contohnya : 1. Sajak Pertanyaan Sukma, karya Kasmani Haji Ariff. 2. Sajak Rayuan Tanahair oleh Ngumba. 3. Sajak Darah Muda oleh Cintati. 4. Sajak Sayunya Hatiku ciptaan Ahba Darultakzim. Dan sebagainya. Mengandungi unsur nasihat dan seruan untuk mengutamakan agama. Contohnya : 1. Sajak Islam, karya Kasmani Haji Ariff. 2. Sajak Tuan Hendak Ke Mana, oleh Anggerik. 3. Sajak Oh Perawan ciptaan Yusuf Arsyad. 4. Apakah teknik penulisan sajak-sajak sebelum perang? Masih terikat dengan puisi tradisional iaitu pantun dan syair dari sudut : a. Pola rima dan pola rima akhir. Sajak sebelum perang masih mengamalkan pola rima akhir seperti pantun dan syair iaitu a/b/a/b.

Transcript of Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.

Page 1: Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.

SASTERA MODEN.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK MELAYU SEBELUM PERANG.

1. Bila bermulanya sejarah-sejarah diterbitkan dalam akhbar dan majalah?

Pada tahun 1934.

2. Siapa penulisnya?

Sajak-sajak Punggok ciptaan Muhammad Yassin Makmur, iaitu : i. Keluh Kesah. ii. Selalu Merayu. iii. Tak Sangka. iv. Pujukan Hati. v. Ibuku.

3. Apakah tema atau persoalan sajak-sajak sebelum perang?

Masalah Peribadi. Nasionalisme. Agama & Akhlak.

Menyentuh persoalan cinta muda-mudi untuk menyuarakan rasa hati dan perasaan. Contohnya : 1. Sajak Punggok seperti

Pujukan Hati, Selalu Merayu, Keluh Kesah dan Waktu Senjakala.

Menyentuh juga persoalan

cita-cita tetapi sedikit bilangannya. Contohnya sajak Rindu, ciptaan Kasmani Haji Ariff.

Mengenai soal ekonomi, kepentingan ilmu dan pelajaran untuk meningkatkan taraf hidup. Contohnya : 1. Sajak Pertanyaan

Sukma, karya Kasmani Haji Ariff.

2. Sajak Rayuan Tanahair oleh Ngumba.

3. Sajak Darah Muda oleh Cintati.

4. Sajak Sayunya Hatiku ciptaan Ahba Darultakzim.

Dan sebagainya.

Mengandungi unsur nasihat dan seruan untuk mengutamakan agama. Contohnya : 1. Sajak Islam, karya

Kasmani Haji Ariff. 2. Sajak Tuan Hendak

Ke Mana, oleh Anggerik.

3. Sajak Oh Perawan ciptaan Yusuf Arsyad.

4. Apakah teknik penulisan sajak-sajak sebelum perang?

※ Masih terikat dengan puisi tradisional iaitu pantun dan syair dari sudut :

a. Pola rima dan pola rima akhir. Sajak sebelum perang masih mengamalkan pola rima akhir seperti pantun dan syair iaitu a/b/a/b.

Page 2: Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.

Selain sajak-sajak Punggok, penyair-penyair lain seperti Atma Jiwa, Anggerik, Najir Abdul Hamid, Bayu dan Anum juga gemar menggunakan pola tersebut pada baris setiap rangkap.

b. Gambaran unsur lukisan. Unsur-unsur ini berhubung dengan emosi romantis yang indah atau sayu. Lukisan alam diambil dari simbol-simbol alam sekeliling kita banyak digunakan serta membawa pengertian yang umum. Contohnya :

i. Bunga melambangkan kekasih atau gadis. ii. Gelombang melambangkan keresahan rasa. iii. Matahari melambangkan semangat keberanian.

c. Pembahagian baris.

Setiap satu rangkap yang mengandungi empat baris. Setiap baris terbahagi lagi kepada dua bentuk pengucapan.

d. Penggunaan perkataan arkaik. Perkataan arkait gemar sekali digunakan oleh penyair iaitu penggunaan imbuhan.

e. Puisi kata-kata. Penggunaan bahasa dengan teknik persajakan dapat diperolehi melalui pola rima, bahasa dan diksi. Penggunaan sesuatu ayat atau pengubahan struktur bahasa atau ayat bertujuan untuk menjaga kepantingan rima. Contohnya : sajak Oh Dunia ciptaan Wok Jamilah.